Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 1 ... Arahan :
Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab.
[ SULIT ]
SJK ( C ) PEI HWA BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 Nama Kelas
: __________________ ( :4( )
)
Markah Tarikh T/tangan Ibu Bapa
KERTAS 1
: ________ % : __ /5/2013 : ___________
MASA : 50 Minit
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 - 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1
Encik Taufik membeli _________ kereta Proton Saga. A. sebuah B. sepucuk C. sebungkus D. sehelai
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2
Ibu _________ pakaian yang basah di ampaian. A. memasang B. menyidai C. mengoyak D. membuang
3
__________ hendaklah berdiri dengan tegak ketika menyanyikan lagu ‘Negaraku’. A. Beta B. Dia C. Kita D. Saya
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 1
[ SULIT ] 4
Badrul berurut kakinya yang patah ________ rumah Wak Rahman. A. ke B. di C. dari D. kepada
5
Ibu Aliyah memasukkan pakaian ________ ke dalam mesin basuh. A. bersih B. keras C. cerah D. kotor
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6
Maria sedang belajar _________ rendang ayam di dapur. A. menumbuk B. menjahit C. mengupas D. memasak
7
Siva membuka ________ setelah dikejar anjing liar itu. A. ikat perut B. langkah seribu C. bekas tangan D. buta huruf
8
Encik Teo Boong Sai __________ Guru Besar SJK(C) Pei Hwa. A. adalah B. iaitu C. telah D. ialah
9
" ___________, cantiknya pakaian pengantin itu!" kata Zuria kepada Joshua. A. Aduh B. Cis C. Amboi D. Hai
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 2
[ SULIT ] Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10
Merokok boleh merosakkan __________. A. paru-paru B. hati-hati C. mata-mata D. jari-jari
11
Pengerusi majlis __________ selamat datang kepada para hadirin. A. menjelaskan B. mengucapkan C. menyampaikan D. membincangkan
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
12
Encik Fahmi membawa keluarganya berkelah di __________. A. Planetarium Negara B. Universiti Malaya C. Pantai Desaru D. Muzium Negara
13
Encik Wong ___________ anak-anaknya supaya menghormati orang yang lebih tua. A. dinasihati B. penasihat C. menasihati D. nasihatkan
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 3
[ SULIT ] 14
“___________ yang tidak hadir ke sekolah pada hari ini?” tanya Cikgu Chong kepada murid-muridnya. A. Siapakah B. Apakah C. Bilakah D. Bagaimanakah
15
Sungai Meru terletak di __________ dua buah kampung. A. dalam B. antara C. bawah D. sudut
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
16
Penduduk Kampung Seri Sentosa bergotong-royong membina _________. A. rumah B. dewan C. kantin D. jambatan
17
" ___________ hantarkan buku-buku ini ke bilik guru” kata Cikgu Azam kepada Zukairi. A. Harap B. Jemput C. Tolong D. Jangan
18
Tenunan songket yang dibuatnya itu _________ halus dan kemas. A. paling B. benar C. sungguh D. sekali
19
Baju sutera apabila dipakai akan terasa sejuk ________. A. paling B. sekali C. terlalu D. agak
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 4
[ SULIT ] Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.
20
Ting Soon didenda berdiri di luar kelas ________ tidak menyiapkan kerja rumahnya. A. lalu B. jika C. sambil D. kerana
21
Kami berasa seronok ketika menghabiskan masa bercuti di kampung. Perkataan seerti bagi seronok ialah A. gembira B. ikhlas C. sedih D. terharu
22
Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi itu akan berakhiri pada pukul 12.30 tengah hari. Perkataan berlawan bagi berakhir ialah A. berhenti B. bermula C. berjalan D. berehat
Soalan 23 dan Soalan 24 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23
I II III IV A. B. C. D.
Kakak tidak terangkat bakul yang berat itu. Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak-anak berat. Ayah suka minum kopi berat buatan emak. Hakim bagi pertandingan itu bersikap berat sebelah. I dan II I dan III III dan IV I, II dan IV
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 5
[ SULIT ] 24
I II III IV A. B. C. D.
Dia tidak dapat buku pintu pagar rumahnya. Saya membeli dua buku sabun mandi dari kedai runcit itu. Buku cerita itu saya pinjam dari perpustakaan. Buku saya yang menelefon kamu tadi. I dan II I dan IV II dan III I. III dan IV
Soalan 25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 25
Di manakah pertandingan bercerita itu bakal diadakan? A. Pertandingan bercerita itu belum diadakan lagi. B. Pertandingan bercerita itu bakal diadakan pada 6 Mei ini. C. Pertandingan bercerita itu bakal diadakan di dewan sekolah. D. Pertandingan bercerita itu dijangka tamat pada pukul sepuluh pagi.
Soalan 26 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 26
Majlis perkahwinan adik Dylan akan berlangsung pada hari Ahad ini. A. Bilakah majlis perkahwinan adik Dylan akan berlangsung? B. Di manakah majlis perkahwinan adik Dylan akan diadakan? C. Siapakah yang akan hadir pada majlis perkahwinan adik Dylan? D. Bagaimanakah suasana majlis perkahwinan adik Dylan pada hari itu?
Soalan 27 hingga Soalan 28 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. 27
A. B. C. D.
Adik, di manakah letaknya kedai roti! Adik di manakah letaknya Kedai Roti? Adik, di manakah letaknya kedai roti? Adik! Di manakah letaknya kedai roti?
28
A. B. C. D.
Sekolah saya terletak di Jalan persisiran Perling. Sekolah saya terletak di Jalan Persisiran Perling! Sekolah saya terletak di Jalan Persisiran Perling. Sekolah saya terletak di jalan Persisiran Perling.
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 6
[ SULIT ] Soalan 29 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 29
A. B. C. D.
30
I II III IV A. B. C. D.
Badannya berbau hangat kerana sudah tiga hari dia tidak mandi. Manaf ialah pemain hoki sekolah saya. Chee Meng akan melawat ke Sarawak di cuti sekolah nanti. Pak Cik Mohan membelikan baju sekolah baharu daripada adik. Pasukan kami berjaya ke peringkat akhir. Kalvani sudah lalu dengan perangai buruk Adrian. Sui Mei menyanyikan lagu itu dengan cantik sekali Fu Ming membaling seketul batu ke arah pencuri itu. I dan II II dan III I dan IV III dan IV
Soalan 31 hingga 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Saya dilahirkan di sebuah kilang di Klang. Badan saya diperbuat daripada getah. Selepas dilahirkan, saya diberi nama Cita. Saya dan kawan-kawan dibungkus lalu diangkut ke dalam lori yang besar. Kami dihantar ke kedai di sebuah pusat beli-belah. Selepas itu, kami dipamerkan di dalam almari kaca supaya jelas dilihat oleh orang ramai. Suatu hari, sekumpulan budak sekolah yang baru menjalani latihan bola datang ke kedai. Salah seorang budak tertarik dengan kecantikan saya. Saiz badan saya berpadanan dengan kakinya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membeli saya. Pada keesokan harinya, tuan saya memakai saya untuk menjalani latihan bola. Tuan saya kelihatan segak memakai saya. Kawan-kawannya memuji akan kecantikan diri saya. Pada suatu malam, tuan saya terlupa menyimpan saya di dalam rak. Anjing kesayangan tuan saya telah menggigit badan saya sehingga koyak. Begitu sakit sekali badan saya tetapi apakan daya saya untuk melawannya.
31
Badan ‘saya’ diperbuat daripada A. getah. B. kaca. C. besi. D. rak.
32
Mengapakah ‘saya’ dipamerkan di dalam almari kaca? A. supaya jelas dilihat orang ramai. B. supaya orang ramai memuji saya. C. supaya saiz kaki tuan saya berpadanan dengan badan saya. D. Supaya tuan saya segak memakai saya.
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 7
[ SULIT ] 33
Penyataan berikut adalah benar tentang petikan kecuali A. ‘Saya’ dilahirkan di sebuah kilang di Klang. B. ‘Saya’ dan kawan-kawan diangkut ke dalam lori. C. ‘Saya’ dan kawan-kawan dipamerkan di atas para-para. D. Tuan ‘saya’ memakainya untuk menjalani latihan bola.
34
Perkataan segak dalam petikan bermaksud A. harum. B. tampan. C. hodoh. D. masam.
35
Siapakah ‘saya’? A. Seekor anjing B. Sebuah kereta C. Sehelai baju D. Sepasang kasut
Soalan 36 hingga 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Nenek ke pasar berjalan kaki, Penat berjalan dia duduk; Elok dituruti sifat padi, Semakin berisi semakin tunduk. Singgah sebentar di Pekan Rabu, Di Pekan Rabu membeli daging; Banyak harta tiada ilmu, Bagai rumah tidak berdinding. Ke kampung seberang mendayung perahu, Ingin berjumpa dengan Tok Penghulu; Bila belajar tekun selalu, Jangan ingkar nasihat guru. Permainan rakyat mencari cucu, Dimainkan ketika cuaca redup; Bersungguh-sungguh mencari ilmu, Ilmu dicari penyuluh hidup.
36
Apakah sifat yang perlu kita ikuti? A. Tok Penghulu B. Nenek C. Padi D. Rakyat
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 8
[ SULIT ] 37
Bagaimanakah cara kita menghormati guru? A. Bejumpa dengan Tok Penghulu. B. Mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh. C. Belajar dengan tekun. D. Tidak mengingkari nasihat guru.
38
Perkataan redup dalam petikan bermaksud A. panas. B. mendung. C. kering. D. terang.
39
Orang yang berharta tetapi tiada ilmu bagai A. rumah tidak berdinding. B. rumah tidak bertiang. C. rakyat mencari cucu. D. berjumpa dengan Tok Penghulu.
40
Apakah jenis puisi di atas? A. Gurindam B. Sajak C. Pantun D. Syair
Disediakan oleh Disemak oleh
: Encik Ikhwari Bin Ismail : Encik Muhamad Shahar Bin Muhamad Rejab
Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Mei / Muka Surat 9