1 KOREOGRAFI PELAJAR MINOR SENI TARI ... - WordPress.com

118 downloads 303 Views 3MB Size Report
semester empat sejalan dengan kelas Produksi Seni Tari. ... telah menghasilkan pelbagai jenis tarian etnik kreatif dan kontemporari.Pertanyaan.
! ! KOREOGRAFI PELAJAR MINOR SENI TARI UPSI SATU KEPELBAGAIAN WARISAN NUSANTARA DI MALAYSIA1 by NEROSTI ADNAN Abstrak Tulisan ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan saya yang bertajuk Analisis Deskriptif Koreografi Pelajar Minor Seni Tari UPSI: Kajian Kes Tiga Produksi Tari 2008 – 2011”. Kelas Koreografi (ATM 3073) dilaksanakan pada semester empat sejalan dengan kelas Produksi Seni Tari. Ianya merupakan salah satu kursus yang tersenarai daripada delapan kursus pada Program Minor Seni Tari UPSI yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2008.Dari tiga sesi produksi telah menghasilkan 17 karya tari yang telah dicipta oleh pelajar. Karya tari pelajar tersebut telah menghasilkan pelbagai jenis tarian etnik kreatif dan kontemporari.Pertanyaan yang dikemukakan adalah: (1) Sejauh manakah karya tari pelajar Minor Seni Tari yang dipersembahkan dalam produksi tari memenuhi elemen-elemen koreografi? (2) Adakah karya tari pelajar Minor Seni Tari tersebut memenuhi kriteria etnik kreatif?Kaedah dan analisis yang dijalankan melalui proses koreografi iatu: 1. Pemilihan tema ataurangsangan awal, 2. Eksplorasi dan inprovisasi gerak, 3. Penghalusan, 4. Komposisi, 5 Persembahan. Ciri-ciri dan gaya etnik kreatif dapat dibuktikan melalui elemen-elemen koreografi yang meliputi tema, gerak, sentuhan emosional garis pada pola pergerakan, laluan penari, muzik, kostum dan solekan. Kajian ini mendapati dari 17 karya tari terdapat 11 tari yang termasuk kategori etnik kreatif. Hasil penyelidikan yang menggunakan pendekatan deskriptif analisis ini membuktikan bahwa karya-karya tersebut dapat menambah kepelpelbagaian tari nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, Kelantan, India dan Cina. Karya tari pelajar yang telah dipersembahkan di Panggung Budaya UPSI denganditonton oleh orang ramai dari dalam dan luar kampus tersebut, mempunyai nilai kreativiti sehingga dapat mempersembahkan kualiti estetik dengan kepelbagaian jenis tarian etnik kreatif, yang dapat berguna bagi memperlengkapkan genre khazanah tarian Malaysia Key word: Koreografi, Minor Tari Pengenalan Seni persembahan merupakan seni sesaat atau seketika, ianya akan lenyap berlalu bersama waktu. Apabila persembahan telah berlalu, penonton berharap akan memperolehi cakera padat rakaman yang dapat ditonton, namun sebenarnya cakera padat itu sifatnya adalah sementara. Oleh itu, sudah tiba masanya sebuah produksi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "!#$%&'()'*!+),)!-&.$')/!0)/$1)'!231)'()/)4!-&567)8!9&'*):$)'!-&'$4!;'$1$)! -)%)84!?6()!?$')%)73!=)7)>1$)4!@A""!#&B&.%&/!CD""E!

"! !

! ! tariyang merupakan satu bahgian daripada seni persembahan, didokumentasikan dalam bentuk penulisan ilmiah yang tentunya akan dimuatkan melalui kajian yang dapat dipertanggung jawabkan.Untuk mencapai kaedah tersebut saya membuat kajian tentang koreografi pelajar Minor Seni Tari UPSI, di mana kajian bertujuan untuk mendeskripsikan 17 karya tari pelajar Minor Seni Tari UPSI yang dipersembahkan dalam produksi tari dari aspek elemen-elemen koreografi. Dalam kertas kerja ini sengaja diberi tajuk “Koreografi Pelajar Minor Seni Tari UPSI: Satu Kepelbagaian Warisan Nusantara di Malaysia”, kerana dari hasil penyelidikan yang tengah dijalankan, terdapat karya tari pelajar yang mengambil tema dan sumber pergerakan tentang alam persekitaran Malaysia, baik daripada peristiwa budaya tempatan mahupun tari etnik dan tarian tradisional yang berkembang di Malaysia. Peristiwa budaya yang berupa upacara ritual dan tari-tarian tersebut mereka rekacipta secara kreatif sesuai kemampuan dan pengetahuan yang mereka perolehi daripada program Minor Seni Tari. Program Minor Seni Tari telah ditubuhkan semenjak tahun 2008 meliputi 8 kursus, masing-masing kursus mengandungi 3 kredit dengan jumlah kredit keseluruhan kursus berjumlah sebanyak 24 kredit. Semua pelajar yang mengambil Program Minor Seni Tari mempunyai masa kuliah selama 4 semester dengan dua kursus tiap-tiap semester. Terdapat lapan kursus diagihkan dalam empat semester dengan peringkat sebagai berikut: Semester pertama kursus Sejarah dan Apresiasi Seni Tari (ATM 3013) dan kursus Asas Seni Tari (ATM 3023). Untuk semester kedua kursus Seni Tari Rakyat (ATM 3033) dan kursus Pengajaran Seni Tari dan Pergerakan Kreatif (ATM 3043). Manakala semester ketiga kursus Seni Tari Istana (ATM 3053) dan Seni Tari Kontemporari (ATM 3063). Pada semester keempat kelas Koreografi (ATM 3073) dilaksanakan sejalan dengan kelas Produksi Seni Tari (ATM 3083). Kelas koreografi lebih kepada proses penciptaan tari hasil karya pelajar. Kelas Produksi Seni Tari pula lebih kepada pengurusan dan urusan perlengkapan artistik pentas. Semenjak Program Minor Seni Tari ditubuhkan sudah menghasilkan 3 sesi Produksi Seni Tari iaitu: sesi pertama pada semester 2 sesi 2009/2010 dan dan sesi kedua pada semester 1 sesi 2010/2011. Untuk sesi ketiga dijalankan dalam semester 2 sesi 2010/2011. Dari tiga sesi produksi tersebut telah menghasilkan 17 karya tari dari 22 orang pelajar. Pada produksi seni tari sesi pertama terdapat 10 orang pelajar, C! !

! ! setiap 2 orang pelajar mencipta 1 karya tari sehingga menghasilkan 5 buah karya tari. Namun demikian pada produksi kedua sebanyak 6 orang pelajar dan produksi ketiga sebanyak 6 orang, setiap satu orang pelajar mencipta 1 karya tari, ini dilakukan berdasarkan permintaan pelajar. Dari semua karya tari yang telah dicipta oleh pelajar, telah menghasilkan 17 karya tari pelbagai jenis tarian etnik kreatif dan kontemporari, ianya dapat berguna bagi memperlengkapkan genre khasanah tarian Malaysia. Kajian ini sememangnya merupakan langkah awal yang hanya bersifat deskriptif semata. Namun kajian yang berfokus pada pendeskripsian koreografi ini juga pernah dilakukan oleh Siegel2. Siegel mendeskripsikan 40 peristiwa tari, dari jenis-jenis tari Ballet Klasik, modern Amerika dari pemula tari Loie Fuller dan Isadora Duncan, Ruth St Dennis dan Ted Shawn hingga tari-tari modern karya Martha Graham dan Doris Humphrey yang mengambil tema ritual untuk koreografinya. Dalam kajiannya Siegel menemukan bentuk spesifik dan perjalanan perkembangan koreografi orang Amerika dalam masa 50 tahun baik yang menggunakan tema klasik mahupun moden. Beberapa kekuatan pementasan koreografi pelajar tersebut diakui satu proses kerja yang cukup berat bagi pelajar minor yang hanya mengambil 8 kredit kursus tari. Prestasi dan kreativiti inilah yang dimaksud oleh Hawkins, bahawa salah satu keunikan karektor manusia adalah kemampuannya untuk merespon dan dengan kreativiti mewujudkanpengalaman melalui bentuk-bentuk simbolik. Perbezaan antara seniman profesional dengan koreografer pemula adalah dalam pengalaman dan tingkatan kreativiti yang telah dicapai. Setiap orang mempunyai potensi untuk merespon secara kreatif dan mewujudkannya secara nyata terhadap apa yang ia rasakan dan yang dibayangkannya.3Seterusnya dijelaskan pula bahawa proses kerja koreografer melalui langkah-langkah sebagai berikut: (1) Pemilihan tema ataurangsangan awal, (2) Eksplorasi dan inprovisasi gerak, (3) Penghalusan, (4) Komposisi, dan (5) Persembahan.4 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !

C!-$&*&74!=)/B$)!GE!!"#$%&"&'#($)*$+"&,-#.$/0&-#$)*$10#234&,$5&,4#6$7)(8),.$9):-"8),$ ! ;3**3,-$?2)0$@38"3,.$1$A#B$;#8")C$*)2$5&,4#$;&D3,-6N&/:E!O! 0)>)'!#$%$)EG&/*&/)5!=&'3/3(!?)()!I)($P!=&(6,)!G)/3!,)7).!=&'B$+()!N)/$E!#&'+)1)/P!O-OE!CDDCE! 9EQD! !!!!R/E3C! ! ! !

F! !

! ! Proses Koreografi Pemikiran dan perenungan sangat diperlukan dalam menggarap sebuah karya tari, supaya karya tari dapat membentuk satu tarian yang utuh. l. Pemilihan Tema atau Rangsangan Awal Penemuan idea atau tema garapan, sesuai teori Meri (1975)Ada lima penilaian layak tidaknya sebuah tema dapat digarap, iaitu: (1) Apakah tema tari yang sedang anda fikirkan mempunyai nilai yang bermakna bagi dirimu, yang tidak akan menyulitkan dalam pementasan dan tidak membahayakan kerana idea itu telah pernah digarap oleh orang lain atau bukan yang baru. (2) Apakah tema itu dapat diungkapkan melalui gerak atau dengan kata-kata? Jika idea tersebut lebih baik diungkapkan dengan kata-kata lebih baik untuk drama saja. (3) Apakah tema tersebut memberi kesan kepada penonton? Maksudnya adakah idea tersebut mampu berkomunikasi dengan penonton? (4) Bagaimana kemampuan teknik si penata, adakah si penata memiliki teknik untuk mengungkapkan tema yang akan digarap? Bagaimana dengan kemampuan penari, apakah penari mampu melakukan teknik gerak yang ditata oleh si penata tari (5) Adakah perlengkapan pentas, pencahayaan, kostum dan muzik dapat menyokong kepada ide-ide anda?5 Dalam mennyusun atau mencipta tari, Smith (1985) memperkenalkan metode konstruk yang meliputi rangsang awal, pengembangan motif secara individu meliputi pengembangan

logik,

transisi,

penyusunan

tari

berkumpulan

dengan

mempertimbangkan aspek waktu dalam rampak meliputi pemberdayaan tenaga, ruang, dan masa.Rangsang dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang membangkitkan fikir atau semangat untuk mendorong kegiatan.6 Metode tersebut layaknya diaplikasikan pada masa eksplorasi hingga ke komposisi, yang bersesuaian pula dengan tahap-tahap proses kerja yang dikemukakan oleh Hawkins.7 a. Rangsang ide atau gagasan Beberapa karya tari mahasiswa mendapatkan idea dari sebuah peristiwa, boleh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! S=&/$4!T)E!U7&.&'A&7&.&'!?6.+61$1$!N)/$E!N&/:&.)8)'!-6&,)/16'64!V6*>)5)/()P!K-NO4!

"@HSE!9!CFE! W!-.$(84!X)Y3&7$'&E!?6.+61$1$P!9&(3':35!9/)5($1!G)*$!Z3/3E!N&/:&.)8)'!G&'!-38)/(6E! V6*>)5)/()P!O5)7)1($4!"@QS4!9E!CDACFE! H!I)J5$'14!6+EB$(!

R! !

! ! jadi peristiwa itu daripada sebuah pengalaman pribadi, sejarah, legenda, atau upacara ritual yang memunculkan gagasan-gagasan yang akhirnya terstruktur dalam karya tari mereka. Andai Randai walaupun terangsang daripada pergerakan randai, namun setelah membaca dan menemukan sejarah randai, akhirnya sang koreografer terinspirasi pula untuk mengekspresikan peristiwa-peristiwa sesuai sejarah randai yang berasal dari aktiviti bersilat bagi sekumpulan anak muda dikampung suatu ketika dahulu. Demikian pula dengan tari Ngayau, yang menggarap upacara ritual, di mana sebelum pergi berperang suku Dayak Iban terlebih dahulu melakukan sebuah ritual khusus yang disebut Ngayau. Upacara yang juga terdapat di Kalimantan Barat8 ini bertujuan memberikan kekuatan magis kepada pemuda- pemuda yang akan berperang dan agar dapat pula membawa kepala musuh.Berbagai sajian dipersiapkan didalam upacara Ngayau ini seperti arak, pulut, sirih, rotan dan babi. Para pemuda yang akan pergi berperang berkumpul dan dipimpin kepala kampung membacakan mantramantra sembari memusing-musingkan kepala ayam diatas kepala mereka. Para pemuda meminum arak yang dituangkan kepala kampung.Para pemuda juga menuangkan arak sebanyak 3 kali untuk memberi penghormatan kepada leluhur mereka, agar dapat memberkahi mereka yang akan pergi berburu kepala manusia. Diiringi mantra para kesatria menggigit mandau atau pedang. Setelah itu pemuda akan kebal dari aneka senjata. Mereka juga diharuskan memakan pulut, lambang mempererat sesama mereka dan leluhur.Penghormatan serta kepatuhan golongan wanita dapat dilihat dalam slot kedua dan terakhir karya ini. Kegagahan golongan lelaki Iban turut ditampilkan dan hampir dalam keseluruhan karya ini dapat memperlihatkan

kegagahan

mereka.Peristiwa

demi

peristiwa

kembali

direaktualisasikan melalui rekacipta gerak dengan berasaskan pergerakan Ngajat, sehingga membawa penonton kepada suatu peristiwa budaya yang merupakan warisan leluhur yang perlu dibina sebagai warisan 1 Malaysia. Rangsangan Idea dan gagasan ini juga terlihat pada Tatoo: Gendup Berpantang, mengambil tema masyarakat Dayak yang terdapat di Sarawak tentang tradisi tattoo sebagai kekuatan spitual. (4) Gawai Batu, menggarap tradisi masyarakat Iban dalam membersihkan kawasan tanaman padi yang sudah dituai sambil menghalau jembalang dan menyeru kembali semangat padi. Pergerakan yang diolah adalah pergerakan ngajat.The Sense of Beauty terilham dari keunikan telinga panjang !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Q!8((+P[[JJJE$',61$)/EB6.[\6531[3+)B)/)A),)(A'*)>)3A*66*7&!1&)/B8!

S! !

! ! yang merupakan symbol wanita Kenyah Sarawak, telinga panjang adalah lambang kemewahan, satu seni kecantikan diri,dapat memikat lelaki, bahkan merupakan warisan kebanggaan suku kaum orang Ulu.Jepit, berkonsepkan etnik kreatif menyingkap tradisi Antavu (memburu kepala) yang diamalkan masyarakat Murut, Sabah di suatu ketika dahulu, karya ini diolah untuk membuktikan sifat keberanian pahlawan Murut. Meskipun pergerakan bersumber daripada gerak tari Magunatif, yang menampilkan permainan buluh sebagai klimaks. Jepit makna daripada apit, yang membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit di antara dua buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya.9

Gambar 1: Jepit karya tari Andy Attak Rangsangan idea dan gagasan juga berlaku pada Kondattam.Kondaatam bermaksud “celebration” iaitu meraikan sesuatu perayaan, kegembiraan dan meraikan pertabalan puteri atau putera baru. Karya ini menggambarkan kegembiraan dan meraikan pertabalan puteri baru di antara 2 jenis golongan india. Iaitu golongan kasta tinggi (golongan istana) dan golongan kasta rendah (golongan kampung). Rangsangan Idea dan gagasan jelas terlihat pada tari Cinta Za’yu, walaupun satu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! @http://www.etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.

!

W! !

! ! sisi koreografer mengakui pula bahawa rangsangan yang didapatkan juga daripada kinestetik, di mana tari Zapin dan pergerakannya menjadi asas dan motif yang dikunstruk dalam Cinta Za’yu. Hal tersebut boleh sahaja berlaku bagi koreogfer pemula.

b. Rangsang Kinestetik Rangsangan kinestetik akan berlaku apabila seseorang mendapat ilham dari sebuah pergerakan. Terkadang pergerakan tersebut pergerakan sehari-hari, atau pergerakan tari yang langsung menjadi tema dalam karya baru tersebut.Beberapa karya tari yang menggunakan rangsangan kinestetik dalam memulai koreografi mereka adalah: Andai randai, San Kipas, Iras, Sekar Wangi, Cinta Za’yu, dan Jepit. Andai randai walaupun juga mendapat rangsangan daripada rangsangan idea dan gagasan, namun di dalam persembahan sangat kental terlihat pergerakan-pergerakan randai dan pola randai dalam bentuk bulatan yang menjadi asas kuat dalam pengkoreografian Andai Randai. Namun kreativiti yang dilakukan telah banyak mengubah kesan bahwa Andai Randai adalah karya baru, yang dapat dianalisis pada penempatan penari atau pola lantai yang bervariasi tidak hanya pada pola bulatan seperti yang menjadi cirri khas pada randai tradisional. Perbezaan juga pada demikian muzik iringan, tidak hanya menggunakan caklempong namun juga menggunakan muzik tradisional Melayu.San Kipas juga menampakkan kekuatan koreografinya pada merekonstruk tari Cina yang menggunakan Kipas. Namun kreativiti mahasiswa tersebut mesti diakui patut dihargai terutama dalam pelbagai permainan kipas, pelbagai pola lantai dan aras gerak ada yang berdiri membuat bulatan, ada yang dua baris dengan 8 orang penari Demikian pula dengan Asyik Iras yang memang mengambil langsung motifmotif tarian Asyik, Asyik Iras merupakan sebuah karya yang terhasil melalui pemerhatian daripada tarian istana Kelantan iaitu Tarian Asyik.Gerak daripada ragam-ragam Asyik dikonstruk supaya berbeza daripada ragam-ragam asal tari tersebut.Pengolahan gerak dibuat mengikut kesesuaian tema Asyik.Kreativiti terdapat pada pergerakan, pola lantai. Aras, Memberi kelainan kepada tarian ini “serupa tapi tak sama”.

H! !

! !

Gambar 2: Asyik Iras karya dan dokumen Wan Amira Sofea dan Rashimah

Gambar 3: Kelainan Tari Asyik Iras juga terlihat pada pola lantai dan aras.

Q! !

! ! Rangsangan kinestetik juga terdapat pada Kondattam yang merekonstruktari Bharata Nayamdan tarian Merak. c. Rangsang Auditif atau Rangsang Dengar Rangsangan auditif dan rangsang dengar adalah apabila seorang koreografer mendengar satu bunyi yang membangkitkan semangatnya untuk mencipta tari.Bunyi tersebut boleh jadi daripada bunyi alam atau bunyi muzik, di mana muzik tersebut langsung digunakan sebagai pengiring tarian tersebut. Rangsangan ini terdapat pada karya RiBird’s, di mana sang koreografer terinspirasi dari pada muzik tari Joget Gamelan. Namun dari segi tempo diubah dari lambat menjadi cepat pada bunyi gamelan. 2. Eksplorasi dan Improvisasi Setelah pelajar mendapatkan tema berasaskan bentuk rangsangan, pada tahap eksplorasi dan inprovisasi menggunakan teori Smith

10

iaitu dalam bentuk

pengembangan motif.Motif merupakan unsur terkecil dari gerak tari dalam bentuk yang sederhana atau unik, yang banyak variasi dapat dikembangkan.Motif adalah sesuatu yang membuka imajinasi koreografer atau sesuatu yang memotivasi penata tari untuk mencipta tari.Motif ada dua yakni motif pendek dan motif panjang.Motif pendek dapat berupa gerak sederhana dengan satu motif.Bisa pula dalam bentuk berfose atau bersikap dalam bentuk aksi, lalu diberi usaha untuk membuat gerak tersebut menjadi gerak tari dan berkualitas.Motif panjang adalah motif dengan gerakan panjang, namun bukan berarti bermacam motif tetapi tetap satu motif namun dilakukan dalam kiraan yang lama misalnya 1- 4 kiraan.Berdasarkan pemerhatian kelas koreografi dan temu bual dengan para pelajar, pelajar mengambil motif pada tari-tari etnik dan tari tradisional yang menjadi sumber pergerakan mereka. Pada eksplorasi awal mereka menggunakan motif pendek, seperti pada gerak randai motif pendek adalah tepuk, kemudian tepuk diberi divariasikan dengan memberikan tekanan tenaga, mempertimbangkan ruang yang dilalui dalam pergerakan tubuh penari dan aspek masa. Masa yang lama dan sedikit, sangat mempengarahui karektor pergerakan, hal ini terdapat pada tari RiBird’s, di mana !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "D!-.$(84!X)BY3&7$'&E!N&/:&.)8)'!G&'!-38)/(6E!F)0')(3(3$!&23.$%#E:&"$G#8:,H:D$G2&D83($7&-3$ I:2:$!&236$V6*>)5)/()P!O5)7)1($E!"@QSE!9E!FFAFH!

@! !

! ! koreografer melakukan gerak joget lambat yang aslinya lambat, kemudian divariasikan dengan tempo yang cepat. Kesan burung ketika mengembangkan sayapnya semakin kental kelihatan pada RiBird’s apabila dibandingkan pergerakan Joget Gamelan yang asli sebagai tari Timang Burung.Pengembangan motif dengan menggunakan tenaga dan usaha dengan variasi masa dan ruang gerak banyak ditemukan pada pergerakan tarian yang dicipta oleh pelajar. Selain itu motif berulang dan bervariasi daripada pengembangan motif pendek atau motif panjang adalah suatu alternatif pada tahap eksplorasi. 3. Penghalusan dan Komposisi Komposisi yang dihasilkan dalam karya mahasiswa Minor Seni Tari dapat diuraikan pada beberapa karya tari sebagai berikut: Struktur Cinta Za’yu11 Fasa pertama Permulaan tari dengan mengalunkan azan yang menandakan kedatangan Islam ke tanah melayu.Pemuda kampung memasang pelita di halaman pondok. Pelita melambangkan simbolik cahaya iaitu datangnya islam ke tanah melayu. Tiang tiang pelita juga membawa maksud alif iatu lurus membawa maksud Zapin Melayu.Selepas berkumandang azan, seorang gadis menyapa teruna desa yang baharu selepas solat di atas pondok. Selepas menyapa, teruna desa memulakan gerak tari Zapin secara perlahan sambil gadis desa mengikut sama memulakan gerak. Fasa Kedua Pasangan mula turun dari pondok ke bahagian tengah pentas. Dalam pada masa yang sama mereka di perhatikan oleh penduduk kampung. Pasangan suami isteri bersama anak berada di pondok sambil berbual-bual.Teruna teruna desa berada di bahagian kiri pentas sambil bertegur sapa.Sekumpulan gadis desa berada di sebelah kanan pentas.Masing masing tunduk malu dengan kain batik sebagai kain dagang yang menutupi kepala mereka.Selepas pasangan teruna dan gadis menari berpasangan, penari penari lelaki dan perempuan turun menghayati lagu serta sama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

""=38)..),!I31'$!%!K%3!I)1)'E]T)+6/)'!(3*)1)'!()/$!^$'()!_)`>3aE!CD"DE!9!"R!

"D! !

! ! sama menari.Permulaan tarian zapin ini dengan lagu Hari Ribut menggunakan gerak tari zapin melayu putar alam. Fasa Ketiga Penari-penari wanita berada dalam posisi bulatan di tengah pentas.Penari lelaki di sebelah kanan dan kiri pentas.Seolah-olah menjaga dan mengawal wanita.Gerak tari ini dialunkan dengan lagu Bunga Hutan dan menggerakkan zapin tenglu. Fasa Keempat Hanya

penari

lelaki

sahaja

berada

di

pentas.Penari

penari

lelaki

menggambungkan elemen silat dalam gerak tari di fasa ke empat ini.Terdapat tiga kumpulan di bahagikan, seolah olah masing masing menunjukan kehebatn bersilat.Elemen silat ini di masukkan kerana untuk menunjukkan lambang kemegahan lelaki dalam masyarakat Melayu.Akhir fasa ke empat ini tiga orang penari wanita menarikan gerak tari zapin kreatif. Fasa Kelima Kesemua penari masuk kembali ke pentas. Sepenuhnya fasa terakhir ini, melakukan gerak pantas berkolabarasi dengan muzik moden zapin. Gerak tari jugak di kreatifkan dan dipercepatkan pergerakan. Pakaian penari penari pada fasa ini telah di tukar dengan lebih nampak moden. Tujuan koreografer untuk menukarkan pakaian penari ialah ingin menunjukan peredaran masa dari zaman dahulu ke zaman yang lebih moden. Penari lelaki memakai baju melayu cekak musang dan wanita memakai baju kurung Pahang.

The Sense of Beauty12 Fasa Pertama Pergerakan solo oleh penari yang bertelinga panjang dengan menunjukkan aksi orang ulu yang sedang melakukan aktiviti ketika matahari hendak terbit di waktu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"C!X&''>!?6'*E!N3*)1)'!N8&!-&'1&!6\!G&)3(>E!CD""E!9!CAF!

""! !

! ! pagi dengan menguruskan diri. Kemudian penari lain masuk dengan melakukan pergerakan orang yang sedang mengintip atau mengendap di tepi sungai. Fasa Kedua Wanita bertelinga panjang tadi masuk semula bersama dengan seorang lagi temannya ke atas pentas.Pergerakan mereka adalah menunjukkan aktiviti seharian orang Ulu ketika di ladang.Kemudian penari kumpulan tadi masuk semula ke pentas dan berlaku aksi gerak penentangan, penunjukkan dan penerimaan di kalangan wanita ini. Fasa Ketiga Pergerakan secara gabungan wanita tadi dengan melakukan gerakan yang menunjukkan kekaguman mereka dengan memasukkan gerakan yang keras, aktif dan bersemangat. C. Aspek Persembahan Murgiyanto(1993) Tari dapat memuaskan mata, telinga, otak dan hati kita kerana ianya memperlihatkan nilai persembahan tari dengan elemen yang mesti diperhatikan adalah: (1) Kostumnya yang hebat, (2) mempunyai penari dengan teknik pergerakan yang indah, (3) mempunyai keperibadian yang berkesan, (4) memiliki kepekaan yang tinggi terhadap muzik dan ritma, (4) Idea tari yang baik berhasil dikoreografikan secara tepat (5) dapat mengajak emosi penonton sehingga kekurangan-dapat dilupakan.13 Sokongan daripada pihak penerbit rancangan dan teknikal Panggung Budaya dari aspek pencahyaan, sound sytem, pihak pengurusan panggung sangat membantu keberhasilan koreografi pelajar Minor Seni Tari yang sudah berjalan dalam 3 fase produksi. Pelbagai Etnik Nusantara dalam Tiga Produksi Tari Tujuh belas koreografi pelajar Minor Seni Tari yang telah dipersembahkan dalam tiga kali produksi tari mempunyai tema yang berbeza.Produksi pertama menggunakan temaClassic Kitsch Contemporary dan produksi kedua menggunakan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "F!=3/*$>)'(6, Sal. Ketika Cahaya Memuda. Jakarta: Deviri Ganan. 1993. P.6 !

"C! !

! ! tema Soul of Dance. Pada produksi yang ketiga menggunakan tema Six In a Box, dengan label Re-Tari 2011. Classic Kitsch Contemporary, adalah tema produksi tari yang merupakan produksi pertama bagi pelajar minor seni tari yang mendaftar pada program Minor Seni Tari sejak semester 1 2008/2009 dipersembahkan pada 18 Mac 2010 di Panggung Budaya UPSI. Sepuluh orang pelajar telah menghasilkan 5 karya tari. Lima karya tari tersebut mengambil idea garapan dari budaya dan alam semulajadi, yang mana merujuk kepada 5 budaya yang ada di Malaysia iaitu: Randai, Klasik, Cina, Sarawak dan Moden ( Studio Work). Setiap item ini tidak hanya berfungsi sebagai asas garapan tetapi juga sebagai amalan seharian yang diapresiasikan dalam pergerakan tari dalam bentuk inovasi dan kreatif.Seterusnya melahirkan karya yang bermakna, komunikatif dan estetis menggambarkan Classic dan Comtemporary. Lima koreografi yang dicipta pada produksi pertama iaitu: (1) Andai Randai merupakan pengembangan daripada gerak Randai. (2)San Kipas merujuk kepada budaya tari Cina.(3)Iras merupakan pengembangan daripada tarian Asyik yang merupakan tarian Klasik atau tarian Istana dari negeri Kelantan.(4)Ngayau merujuk kepada tarian Sarawak dengan menggarap ritual perang. (5) Room of Confession, satu-satunya tarian yang berkonsepkan contemporary, mengekspresikan tentang fungsi bilik dalam kalangan social. Produksi tari yang kedua berlangsung pada 27 Oktober 2010 di Panggung Budaya UPSI, bertemakan Soul of Danceolehmahasiswa yang mendaftar pada program Minor Seni Tari ambilan Tema garapan diambil dari ekspresi perasaan individu serta ekspresi budaya daripada alam persekitaran Malaysia. Enam karya tari yang telah digarap dalam bentuk Tari Klasik (India), Jawa, Sarawak dan Tarian Moden kontemporari, yang lahir dari luahan jiwa melalui pengamatan dan penghayatan individu pelajar. Enam Koreografi yang diciptakan pada produksi kedua iaitu: (1) Sekar Wangi adalah tari yang mengambil tema dan pergerakan berasaskan Jawa. (2) Kondattam, bertemakan kehidupan dua kasta yang berbeza dalam kalangan orang India, pergerakan berasaskan pada tari Bharata Natyamdan tarian Merak. (3) Tatoo: Gendup Berpantang, mengambil tema masyarakat Dayak yang terdapat di Sarawak tentang tra disi tattoo sebagai kekuatan spitual. (4) Gawai Batu,menggarap tradisi masyarakat Iban dalam membersihkan kawasan tanaman padi yang sudah dituai sambil menghalau jembalang "F! !

! ! dan menyeru kembali semangat padi. Pergerakan yang diolah adalah pergerakan ngajat.(5) Spread love no Enemies, tarian yang yang mengambil konsep contemporary, mengekspresikan konflik kehidupan mahasiswa di kolej yang saling tekan menekan sesama mereka, apalagi terhadap mahasiswa baru. Namun akhirnya mereka menyedari dan saling menyanyangi. (6) Haru-haru, tari kontemporari ini .&'6':675)'!5&8$,3+)'! 1&6/)'*! +&/&.+3)'! >)'*! (&/+)51)! .&'*8)/3'*$! 5&8$,3+)''>)! 1&7&+)1! 5&.)($)'! 5&5)1$8E! ! #)7).! :$J)'>)! ),)! ,35)! J)7)3+3'! 5&($5)! *&.%$/)E8)5$5)(! 1&%&')/'>)! %&7$)3! :3*)! (&7)8! .&'$'**)7! ,3'$)! )5)'! (&()+$! %&7$)3! ($,)5! ,)+)(! .&'&/$.)! ()5,$/'>)!$(3E Produksi tari ketiga yang berlangsung pada 14 April 2011 menamakan programReTari 2011.‘Re’ merupakan singkatan kepada istilah “rekonstruksi”, rekacipta”, dan “recital” di mana ia merupakan bermulanya proses pengkaryaan tari sehingga ia dipersembahkan di pentas. Apabila ia digabungkan dengan istilah “Tari” maka ia memberi maksudyang lebih bermakna. Tema produksi adalah Six in Box: Pragrance of Movements yang disimbolikkan daripada 6 karya tari dalam 1 persembahan.Tema ini dipilih kerana persembahan ini dianggap sebagai sebuah pakej haruman istimewa yang menampilkan 6 buah karya tari14 Enam karya tari yang telah dicipta iaitu: (1) Ri Bird’s yang berkonsepkan etnik kreatif ini mendapat imaginasi dari pergerakan burung, namunmenggunakan muzik joget Gamelan yang diremixkan, muncullah gerak yang dinamik dan lincah. (2) Cinta Za’yu, berkonsepkan kreatif dengan mengambil tarian Zapin sebagai landasan karya, mengekspresikan suasana surau dengan sekumpulan anak muda belajar silat dan belajar Zapin, sehingga tarian Zapin menjadi sebuah tontonan yang estetik. (3) The Sense of Beautyterilham dari keunikan telinga panjang yang merupakan symbol wanita Kenyah Sarawak, telinga panjang adalah lambang kemewahan, satu seni kecantikan diri,dapat memikat lelaki, bahkan merupakan warisan kebanggaan suku kaum orang Ulu. (4) Benang-benang, menggarap selendang sebagai props tari yang diolah secara kreatif. (5) Sammy Kappar, berkonsepkan kontemporari yang mengekspresikan bagaimana individu menghayati muzik yang sama dengan tafsiran yang berbeza dengan menterjemahakan melodi pada muzik, seperti suka, cinta, sedih , marah, dan sebagainya. (6) Jepit, berkonsepkan etnik kreatif menyingkap tradisi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "RG353!9/6*/).!b&N)/$!CD""E!9E!R!

"R! !

! ! Antavu (memburu kepala) yang diamalkan masyarakat Murut di suatu ketika dahulu, karya ini diolah untuk membuktikan sifat keberanian pahlawan Murut. Kesimpulan Dari 17 koreografi yang diproduksi oleh mahasiswa Minor Tari UPSI, terdapat 11 karya tari yang terkategori pada etnik kreatif yang layak disebut sebagai Tari Kreasi Nusantara. Etnik kreatif atau Tari Kreasi yang mengambil tema dan sumber pergerakan daripada tarian etnik dan tari klasik yang ada di Malaysia seperti etnik China, Melayu, India, Sabah dan Sarawak, selain itu terdapat pula kreasi daripada tari Istana Melayu, Jawa dan Negeri Sembilan. Sebelas koreografi tersebut iaitu: Andai Randai,San Kipas, Iras,Ngayau, Tatoo: Gendup Berpantang, Gawai Batu,Sekar Wangi, Kondattam, RiBird’s, Cinta Za’yu, Sense of Beauty danJepit, Sedang tarian yang terkategori tarian kontemporari iaitu: Room of Confession, Spread Love no Enemies, Benang-benang, The Melodies, dan Haru-haru. Elemen-elemen estetik persembahan sangat tergantung kepada: kesatuan, variasi, repetisi, kontras, transisi, klimaks, proporsi, seimbang dan harmoni. Keberhasilan karyakarya mahasiswa yang hanya 24 kredit tersebut tak luput daripada bimbingan dan arahan daripada pensyarah-pensyarah Minor Tari UPSI yang telah meneroka kerjaya sejak tahun 2008. Pensyarah tersebut adalah: Pn. Nerosti Adnan selaku pensyarah Koreografi, Nur Nabila Micheal Lung Abdullah selaku pensyarah Produksi Seni Tari , dibantu oleh Tutor Muhammad Fazli bin Taib Saearani, Muhaini Binti Ahmad dan Nurulakmal binti Abdul Wahid.

Rujukan Gonzales, Joseph (2004). Choreography A Malaysian Perspective.Kuala Lumpur: Akademi Seni Kebangsaan. Hadi, Y. Sumandiyo.(1996). Aspek-aspek Dasar Koreografi Kelompok.Yogyakarta: Mantili. Hawkins, Alma M. (2002) Moving From Within: A New Method for Dance Making.Terj. I Wayan Dibia.Bergerak Menurut Kata Hati: Metoda Baru dalam Mencipta Tari. Denpasar: ISI. 2002. Humphrey ,Doris. (1987).The Art of Making Dances : Princeton Book Company.

"S! !

! ! Meri, La. Elemen-elemen Dasar Komposisi Tari. Terj. Sudarsono. Yogyakarta: Lagaligo. 1986. Murgiyanto, Sal. Ketika Cahaya Memuda. Jakarta: Deviri Ganan. 1993 Sandra Cerny Minton. 1986. Choreography – A Basic Approach Using Improvisation (2nd edition). Human Kinetics Smith. Jacqueline. Komposisi Tari: Sebuah Petunjuk Praktis untuk Guru. Terj. Ben Suharto. Yogyakarta: Ikalasti. 1985. Nadel, Myron Howard and Nadel, Constance Gwen. 1970The Dance Experience: Reading in Dance Appreaciation. New York, Washington, London: Praecer Publishers. Murgiyanto, Sal. Ketika Cahaya Memuda. Jakarta: Deviri Ganan. 1993 Siegel, Marcia B. The Shapes of Change: Image of American Dance. Houghton Miflin Company. Boston. 1979.

"W! !