Ahli Komputer.pdf - Google Drive

15 downloads 35 Views 889KB Size Report
Variable Automatic Computer) yang mengurangkan. penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari. ENIAC dan menggunakan Konsep
Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

Ahli Komputer 1418-8386-5465-8592-4036 Sukatan: 1. Mempunyai sebuah komputer peribadi (Personal Computer) atau telah menggunakan komputer di sekolah sekurang-kurangnya 12 bulan. 2. Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya. 3. Mengetahui sejarah ringkas komputer. 4. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan. 5. Mengetahui mengenai Sistem Pengorperasian (Operating Sistem) dan kegunaannya; misalnya Windos, DOS, Macintosh OS, MAC, UNIX dan sebagainya. 6. Mengetahui mengenai Virus Komputer dan cara mencegahnya. 7. Mengetahui 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri. 8. Menyediakan satu pengaturcaraan komputer seperti BASIC, C++ dan sebagainya ATAU mempuntai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word, Excel dan pelbagainya.

PERHATIAN Anda dikehendaki menghantar satu email kepada penguji - [email protected] dengan bentuk maklumat berikut: Nama : No Sekolah : Kelas : Patrol : No K/P: Jernama Komputer Di Rumah: Selepas itu anda akan mendapat 3 tugasan bagi perkara sukatan 8 di atas. Anda dikehendaki menyiapkan ketiga-tiga tugasan tersebut.

Komputer dan Komponen Asas Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan. Untuk menjalankan kerja, komputer perlu bergantung kepada 2 unsur penting iaitu perisian (software) dan perkakasan (hardware). Perisian Perisian merupakan aturcara (program) yang berfungsi untuk menjalankan komputer. Aturcara tersebut akan diproses oleh mikroprosesser mengikut bahasa yang difahami dan seterusnya melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh arahan tersebut Sistem-sistem pada komputer perlu arahan perisian untuk ia berfungsi. Ia boleh di kelasifikasi kepada beberapa jenis aturcara antaranya seperti; Pengoperasian Sistem (DOS, UIX,CPM ), aturcara pengguna (pemproses perkataan, helaian elektronik, data base dan lain-lain), aturcara utilities (PCTOOL,NORTON), aturcara diagnosis QAPLUS,CHECKIT,DIAGNOSIS). Perkakasan Perkakasan merupakan alat atau komponen elektronik yang di pasang pada papan litar tercetak dan membentuk kad atau sebuah mesin. Ia boleh di lihat secara fizikal. Hasil penyambungan kad atau mesin tersebut membentuk sistem yang static. Contoh perkakasan komputer adalah seperti ;Papan Litar Utama, Kad - kad pilihan, Pemacu Cakera, Paparan, Pemcetak dan lain-lain. Kombinasi perisian dan perkakasan ini membentuk satu mesin atau komputer yang berkeupayaan melaksanakan berbagai kerja mengikut kehendak pengguna. Ia berbeza dengan mesin elektronik yang lain, kerana mempunyai aturcara yang boleh melakukan berbagai - bagai kerja.

Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

1

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

Sejarah Komputer 1) GENERASI PERTAMA (1940-1959) Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak. Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la menggunakan nombor binari. Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. la juga menggunakan raksa untuk storan. 2) GENERASI KEDUA (1959-1964) Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM 7094) 3) GENERASI KETIGA (1964-1980) la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder. Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi. 4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang) Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

2

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium III. Pentium 4 dan Core 2 Duo)

Jenis-Jenis Komputer Super Komputer  sebuah komputer yang memimpin di dunia dalam kapasitas proses, terutama kecepatan penghitungan, pada awal perkenalannya. Superkomputer diperkenalkan pada tahun 1960-an, didesain oleh Seymour Cray di Control Data Corporation (CDC), memimpin di pasaran pada tahun 1970an sampai Cray berhenti untuk membentuk perusahaanya sendiri, Cray Research.  Superkomputer digunakan untuk tugas penghitungan-intensif seperti prakiraan cuaca, riset iklim (termasuk riset pemanasan global, pemodelan molekul, simulasi fisik (seperti simulasi kapal terbang dalam terowongan angin, simulasi peledakan senjata nuklir, dan riset fusi nuklir), analisikrip, dll. Militer dan agensi sains salah satu pengguna utama superkomputer. Mainframe (Kerangka Utama)  Sistem komputer yang direkabentuk bagi menampung pengguna dan aplikasi yang banyak.  Berupaya untuk digunakan dari 10- ratusan pengguna di dalam satu masa.  Keupayaan melaksanakan ratusan aplikasi secara serentak pada satu masa.  Pelbagai operasi boleh dilakkukan secara serentak seperti membuat salinan fail, memasukkan data, mengeluarkan laporan dan membuat backup. Mini Komputer  Komputer yang tergolong dalam kumpulan tengah antara Kerangka Utama dengan Mikro Komputer, kerana ia lebih kecil dan baru daripada kerangka utama manakala lebih besar dan awal daripada Mikro Komputer.  Biasanya antaramukanya (interface) adalah dalam skrin hitam dan berperkataan. Manakala Antaramuka Grafik (GUI) diperkenalkan pada awal tahun 1970-an. Micro Komputer  Komputer yang menggunakan mikropemprosesan (microprocessor) sebagai Unit Pemprosess Pusat (Central Process Unit). Mikro Komputer juga dikenali sebagai Personal Computer, Home Computer dan Small Business Computer.  Manakala Mikro Komputer yang diletakkan di atas meja dikenali sebagai Desktop, manakala mikro komputer yang boleh bergerak/ mudah alih dikenali sebagai Laptop.

Mikro Komputer

Super Komputer

Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

Mainframe

3

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

Cara Data Komputer disimpan Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang mengekalkan keadaan fisikalnya (data) untuk suatu jangka masa tertentu, walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan. Di dalam komputer rumah, jenis storan selalunya terdiri daripada:  Cakera keras, yang menyimpan program dan fail pengguna. Ia boleh menyimpan data walaupun tanpa bekalan kuasa, dan mempunyai muatan yang besar.  Cakera liut bersaiz 1.44 MB (kini menjadi kurang popular dengan adanya cakera optikal dan pemacu kilat USB  Cakera optikal, iaitu sama ada CD-ROM, DVD-ROM atau cakera Blu-ray. Cakera optikal mempunyai saiz storan yang besar, iaitu 650 MB (cakera padat), 4.7 GB (DVD) dan 25 GB (cakera Blu-ray).  Pemacu kilat USB adalah jenis peranti storan yang semakin popular bagi menggantikan disket disebabkan saiznya yang kecil tetapi mampu menyimpan data yang jauh lebih besar, malah sesetengah model mempunyai saiz storan lebih besar daripada sekeping DVD. Pemacu kilat USB menggunakan ingatan kilat yang tidak meruap tetapi boleh dipadam dan ditulis semula dengan pantas.  RAM, digunakan untuk menyimpan program atau data untuk sementara semasa komputer sedang menggunakannya. Ia boleh berfungsi dengan laju, namun segala maklumat yang ada di dalamnya akan hilang apabila komputer dimatikan.  Ingatan cache, biasanya dipasang terus pada mikropemproses, cakera keras atau peranti lain. Ia merupakan satu ingatan kecil berkelajuan tinggi yang menyimpan salinan data supaya pemproses boleh bekerja dengan pantas tanpa perlu menunggu peranti lain yang perlahan. Satu analogi yang sesuai ialah ingatan manusia, di mana cakera keras merupakan ingatan jangka panjang dan RAM merupakan ingatan jangka pendek.

USB Pendrive

Harddisk

Blue-ray Disk

Sistem Pengorperasian Sistem operasi komputer adalah sumber utama bagi menggurus perkakasan komputer seperti mendefinasikan antaramuka (peripheral) pengguna, berkongsi perkakasan diantara pengguna, berkongsi data pengguna, menyediakan kemudahan input/output dan mengelak berlakunya kesilapan. Sumber-sumber utama yang diuruskan oleh system operasi adalah seperti ; i. Processor ii. memori (storage) iii. peranti input/output. iv. data. Selain itu sistem operasi berupaya untuk menghubungkan perkakas komputer dengan modul-modul berikut i. operator ii. perisian penggunaan(applications program) iii. sistem aturcara(sistem programmers) iv. aturcara v. perkakasan vi. pengguna vii. Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

4

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

Jadi system operasi (os) disimpulkan melakukan 2(dua) fungsi utama dalam kebanyakan masa, iaitu: i. berkomunikasi dengan pengguna ii. berkomunikasi dengan perkakasan. Pada masa kini system operasi yang biasa atau kerap digunakan adalah MS-DOS,UNIX, LINUX, dan Windows, malah dua system utama iaitu MS-DOS dan Windows ini berkerjasama sesebuah komputer untuk menjalan pelbagai fungsi komputer. Seterusnya kita akan lihat komponen-komponen (perisian) yang menjalankan system operasi MS-DOS.

Sistem Operasi MS-DOS Sistem operasi MS-DOS dan Windows kerap digunakan dalam komputer. Sistem ini diwujudkan oleh Microsoft Corp. untuk komputer peribadi dimana ia mempunyai empat komponen utama iaitu: i. Boot Record ii. Antaramuka BIOS Read Only Memory(IBMBIOS.COM) iii. Aturcara DOS fail.(IBMDOS.com) iv. Command Processor (COMMAND.COM) i. Boot Record Boot record adalah aturcara permulaan untuk memulakan system. Sekiranya boot record tiada atau kerosakan berlaku dalam disket tersebut maka isyarat kesalahan ‘Non System disk’ akan dipaparkan. Bagi boot record pada cakera keras, ia berada pada track 0, sector 1, side 0 pada semua disket storan DOS. ii .BIOS Read Only Memory (fail IBMBIOS.COM) Dalam MS-DOS aturcara antaramuka BIOS ini dipanggil IO.SYS dan dan bagi IBM ia dipanggil IBMBIO.COM.bIa adalah ‘hardware-independent’ modul yang berfungsi menyediakan antaramuka paras tinggi diantara pengguna dengan komputer. IBMDOS.COM mengandungi aturcara pengurusan fail, data blok untuk disket dan juga beberapa fungsi yang lain yang dapat boleh dicapai oleh pengguna dengan senang. MSDOS.SYS menerima permintaan logical 1/0 (logical 1/0 request) dari aturcara pengguna atau modul OS yang lain dan memperterjemahkan kepada fizikal 1/0 command yang dihantarkan kepada IO.SYS, Yang mana hanya IO.SYS sahaja berhubung secara terus kepada perkakasan komputer. iii. Aturcara DOS (fail IBMDOS.COM) Aturcara operating system bagi MS-DOS dipanggil MSDOS.SYS dan IBM asli adalah IBMDOS.COM. Ia adalah ‘hardware-independent’ modul yang berfungsi menyediakan antaramuka paras tinggi diantara pengguna dengan komputer. IBMDOS.COM mengandungi aturcara pengurusan fail, data blok untuk disket dan juga beberapa fungsi yang lain dimana boleh dicapai oleh pengguna dengan senang.MSDOS.SYS menerima permintaan logical i/o (input output) dari aturcara pengguna atau modul operating system yang lain dan menterjemah kepada fizikal i/o command yang dihantar kepada IO.SYS. Dimana hanya IO.SYS sahaja berhubung secara terus kepada perkakasan komputer. iv. Command Processor ( fail Command.com) Command processor mempunyai tiga bahagian utama, iaitu : Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

5

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

i. resident portion memory. ii. initialization portion. iii. initialization portion. Resident portion memory – berada dalam lokasi RAM selepas IBM.COM yang berfungsi sebagai pengambil dan melaksanakan fail-fail yang mempunyai sambungan .com dan . exe dan juga menjalankan DOS ‘error’ . Arahan untuk resident portion memory terdiri dari BREAK, CLS, COPY, DATE, ERASE, EXIT, GOTO, FOR REM, TYPE dll. Initialization portion – ia mengandungi set-up routine untuk melaksanakan AUTOEXEC.BAT

Virus Komputer Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain. Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data. Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain. Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri. Pencegahan Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan oleh perisian anti-virus untuk mengesan virus. Yang pertama dan yang merupakan kaedah pengesanan virus yang jauh lebih biasa adalah dengan menggunakan sebuah senarai takrif tandatangan virus. Kelemahan kaedah pengesanan ini adalah bahawa para pengguna hanya dilindungi daripada virus-virus yang tersenarai pada kemas kini takrif virus yang terakhir. Kaedah yang kedua menggunakan algoritma heuristik untuk mencari virus berdasarkan tindakan-tindakannya yang serupa. Kaedah ini berupaya untuk mengesan virus yang firma-firma keselamatan anti-virus masih belum dapat mencipta tandatangannya. Banyak pengguna memasang perisian anti-virus yang boleh mengesan dan menghapuskan virusvirus yang diketahui selepas komputernya telah memuat turun atau melaksanakan fail boleh laku. Ia berjalan dengan memeriksa heuristik kandungan ingatan komputer (RAM dan sektor but) serta fail-fail yang disimpan di dalam pemacu tetap atau boleh alih (pemacu cakera keras, pemacu cakera liut), lalu membandingkan fail-fail itu dengan sebuah pangkalan data yang mengandungi "tandatangan" virus. Sesetengah atur cara anti-virus berupaya mengimbas fail-fail yang terbuka, selain daripada e-mel yang dikirimkan dan diterima secara tergesa-gesa dengan cara yang sama. Amalan ini dikenali sebagai Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

6

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

"pengimbasan pada capaian". Perisian anti-virus tidak mengubah keupayaan dasar perisian perumah untuk menghantar virus. Para pengguna harus mengemaskinikan perisian anti-virus mereka dengan tetap untuk menampung lubang-lubang keselamatan serta juga untuk perisian anti-virus mereka memperoleh pengetahuan tentang ancaman-ancaman yang terkini. Seseorang juga boleh mencegah kerosakan yang dilakukan oleh virus dengan mencipta data (dan sistem pengendalian) sandar secara tetap pada medium yang berlainan, baik disimpan secara berasingan daripada sistem (bagi kebanyakan masanya), atau secara baca sahaja, ataupun secara tidak boleh dicapai atas alasan-alasan yang lain, seperti menggunakan sistem fail yang berlainan. Dengan cara ini, jika data hilang kerana virus, seseorang masih dapat memulakan semula dengan menggunakan fail-fail sandar (yang seelokeloknya merupakan fail sandar baru-baru ini). Jika sidang sandar pada medium optik seperti CD dan DVD ditutup, ia menjadi baca sahaja dan tidak boleh lagi terjejas oleh virus. Serupa juga, sebuah sistem pengendalian yang disimpan dalam cakera boleh but boleh digunakan untuk memulakan komputer jika sistem pengendalian yang dipasang dalam komputer tidak boleh digunakan. Lagi satu kaedah adalah untuk menggunakan sistem pengendalian yang berbeza daripada sistem fail. Sesuatu virus tidak begitu mungkin akan menjejaskan kedua-dua sistem itu. Sokongan data juga boleh menggunakan sistem-sistem fail yang berbeza, umpamanya Linux memerlukan perisian yang khusus untuk menulis pada petak NTFS dan oleh itu, jika seseorang tidak memasang perisian tersebut dan sebaliknya menggunakan pemasangan MS Windows yang berlainan untuk mencipta fail sandar pada petak NTFS (dan seelok-eloknya hanya untuk alasan ini), fail-fail sandar itu harus selamat daripada sebarang virus Linux. Serupa juga, MS Windows tidak boleh membaca sistem-sistem fail seperti ext3 dan oleh itu, jika seseorang biasanya menggunakan MS Windows, fail-fail sandar boleh dicipta pada petak ext3 dengan menggunakan pemasangan Linux. Contoh Perisian Anti-Virus Norton Anti-virus Kaspersky Antivirus McAfee Antivirus AVG Antivirus Symantec Antivirus

Kegunaan Komputer Kegunaan Di Rumah  Membuat Kerja-kerja Sekolah/Akademik - Dengan bantuan komputer, kita boleh menyelesaikan kerjakerja rumah ataupun tugasan-tugasan melalui perisian tertentu, seperti menyediakan laporan, surat, minitminit mesyuarat, rencana-rencana dan lain-lain melalui Microsoft Word.  Media Hiburan - Kita boleh menonton movie, mendengar lagu, memain permainan digital dan lain-lain hiburan yang boleh merelakskan badan dan menlepaskan tekanan.  Sumber Maklumat - Kita boleh menggunakan komputer untuk melayari internet bagi menperolehi perbagai maklumat dalam sumber data tiada sempadan ini. Apajua sahaja maklumat boleh kita perolehi, tetapi yang baik dan buruk kita perlu menilai dengan teliti. Kegunaan Di Pejabat  Media penghantaran - pekerja pejabat boleh menggunakan komputer dengan gabungan rangkaian internet menghantar maklumat antara satu sama lain mahupun dalam organisasi sendiri ataupun dengan organisasi yang lain.  Penyediaan kertas unsul - pekerja boleh menggunakan perisian pemproses perkataan (Word Processing Software) seperti MS Word, Open Word dan lain-lain untuk menyediakan kertas-kertas kerja tersebut.  Pengiraaan - Pelbagai pengiraan boleh dibuat oleh komputer dengan cepat pada masa kini. Pengiraan seperti pengiraan Akaun, Stok, Kawalan kualiti dan lain boleh diuruskan oleh komputer dengan cepat dan tepat.

Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

7

Lencana Ahli Komputer

SMJK Chung Ling Butterworth

Kegunaan Di Industri  Para ahli nuklear dapat membuat model rekator nuklir pada layer komputer tidak perlu membuat model sebenarnya (menghindari bahaya dan risiko bahaya nuklear)  Para ahli kimia dapat menggunakan komputer untuk membuat model-model molekul dan melihat reaksi kimia melalui simulasi dalam pencampuran masing2 molekul.  Ahli geologi menggunakan komputer untuk mempelarai keadaan tanah serta countour dari suatu daerah.  Para ahli perancangan bentuk misalnya perancangan tata ruang, mobil,arsitektur bangunan / rumah, menggunakan aplikasi dari computer aided design (CAD), program software yg sering digunakan adalah AUTOCAD.  Perjalanan ke ruang angkasa yg memerlukan ribuan pekerjaan mendetail sangat dimudahkan dengan bantuan komputer dimana pengawasan dapat dilakukan melalui control di Stasen bumi mauhupun yg ada dalam pesawat.  Untuk melakukan pengolahan data penelitian, khususnya analisis data statistic, aplikasi komputer pengolahan data sangat memudahkan para peneliti/

Kandungan dan Cara Menyediakan Buku Log: 1. 2. 3. 4.

Halaman Muka Kepada Penguji ____________________ Daripada _____________________ Biodata Diri - Sekurang-kurang 20 perkara 5. Sukatan Ahli Komputer - Salin sukatan seperti di atas 6. Komputer dan Komponen Asas - Salin Maklumat di atas - Masukkan gambarajah atau foto 7. Sejarah Komputer - Salin Maklumat di atas - Masukkan gambarajah atau foto 8. Cara Data Komputer Disimpan - Salin Maklumat di atas - Masukkan gambarajah atau foto 9. Sistem Pengorperasian - Salin Maklumat di atas - Masukkan gambarajah atau foto 10. Virus Komputer - Salin Maklumat di atas 11. Kegunaan Komputer - Salin Maklumat di atas - Masukkan gambarajah atau foto 12. Bukti Penggunaan Komputer - Masukkan foto anda duduk di depan komputer dan menggunakannya. - Masukkan foto anda memasang komponen-koponen asas komputer. 13. Hasil Kerja Komputer - Masukkan arahan tugasan - Masukkan hasil kerja 14. Pengesahan - Jumpa dengan guru yang mengajar di sekolah anda dan minta beliau tandatangan. 15. Ulasan Penguji

Disediakan oleh: Wong Kok Nian (1 Jun 2009)

8