Mukasurat 1 dari 9. ISU-ISU SYARIAH DALAM PRODUK AKAUN SIMPANAN
DAN ... Produk yang pertama seumpamanya dalam industri perbankan Islam ini.
ISU-ISU SYARIAH DALAM PRODUK AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN AL-AWFAR BANK ISLAM: SATU PENJELASAN Disediakan Oleh: Haji Mohd Nazri Chik1 Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad
PENDAHULUAN Bank Islam Malaysia Berhad telah melancarkan produk akaun simpanan dan pelaburan Al-Awfar pada 25 Mac 2009. Produk yang pertama seumpamanya dalam industri perbankan Islam ini menggabungkan akaun simpanan dan pelaburan berasaskan kontrak Mudharabah dan peluang memenangi hadiah wang tunai yang dipilih melalui cabutan setiap suku tahun.
PRODUK AL-AWFAR Sebelum ditawarkan kepada pelanggan, produk Al-Awfar telah dibentangkan kepada Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam untuk kelulusan. Majlis melalui mesyuaratnya kali ke 102 pada 7 April 2008 dan ke 109 pada 26 Mac 2009 telah meluluskan produk ini. Di bawah kontrak perkongsian Mudharabah, pendeposit sebagai pemilik modal (rabbul mal) menyumbangkan modal untuk diuruskan oleh Bank sebagai pengusaha (mudharib) bagi urusniaga perbankan termasuklah memberikan pembiayaan, pelaburan dan lain-lain. Keuntungan akan diagihkan diantara Bank dan pendeposit mengikut kadar perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui sejak awal kontrak iaitu 98% (Bank) dan 2% (pendeposit) bagi akaun simpanan dan 70% (Bank) dan 30% (pendeposit) bagi akaun pelaburan. Pendeposit yang bertuah pula akan menerima hadiah wang tunai yang disediakan oleh Bank melalui cabutan yang akan diadakan setiap tiga bulan. Cabutan akan diadakan dikalangan pendeposit dimana setiap RM100 yang disimpan mewakili satu peluang (opportunity) untuk cabutan hadiah. Ciri-ciri produk ini bolehlah diringkaskan seperti berikut:
1
Haji Mohd Nazri bin Chik mendapat kelulusan Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Usul Fiqh) dan Sarjana Shariah (Sosiologi Hukum) daripada Universiti Malaya.
Mukasurat 1 dari 9
CIRI
AKAUN SIMPANAN
AKAUN PELABURAN
Mudharabah
Kontrak
Individu - lebih 12 tahun bagi akaun simpanan Akaun amanah – di bawah 12 tahun dengan ibubapa/ penjaga berumur lebih 18 tahun
Keperluan Umur
Pendeposit
Individu, persatuan, sekolah, universiti, masjid dan lain-lain.
Cara Deposit
Kaunter, CDM, ATM perbankan internet.
Pembukaan Akaun
Buku simpanan atau tiada buku Sijil Akaun Pelaburan akaun melalui ATM
Kadar Pembahagian Keuntungan
98 (Bank): 2 (Pendeposit)
dan Kaunter dan perbankan internet
70 (Bank): 30 (Pendeposit)
Apa-apa jumlah melebihi RM1
Tambahan dan Pengeluaran Jumlah Minimum Yang Perlu Dikekalkan
RM 100
Kelayakan Untuk Cabutan Hadiah
-
RM 100 = 1 peluang dengan syarat deposit telah dikekalkan$ dalam akaun sekurang-kurangnya selama 1 bulan. Akaun aktif sahaja (bukan dorman, mati dan dipindah kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut).
Cabutan Hadiah
Setiap tiga bulan (atau lebih kerap mengikut budi bicara Bank)
Hadiah
Wang tunai – akan dideposit kembali ke akaun Al-Awfar. Hadiah bagi 3 bulan pertama yang disediakan oleh Bank: Hadiah
Hadiah Wang Tunai
Bilangan Hadiah
1
RM 100000
1
2
RM 10000
1
3
RM 5000
1
4
RM 1000
3
5
RM 500
5
6
RM 250
18
7
RM 100
500
ISU-ISU SYARIAH Setelah produk ini ditawarkan, berbangkit dua persoalan Syariah dikalangan masyarakat iaitu: 1. Adakah produk ini termasuk dikalangan perjudian yang diharamkan oleh Islam? 2. Adakah cabutan “bertuah” dibenarkan oleh Islam?
Mukasurat 2 dari 9
ISU SYARIAH 1: ADAKAH PRODUK INI TERMASUK DIKALANGAN PERJUDIAN YANG DIHARAMKAN OLEH ISLAM? Konsep Perjudian Para fuqaha’ bersepakat (ijma’) bahawa judi adalah sesuatu yang diharamkan oleh Islam berasaskan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Maidah: Ayat 90 -91:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” Imam al-Jassas dalam mentafsirkan ayat di atas menjelaskan ayat ini merujuk kepada perjudian orangorang Arab Jahiliyyah dengan menggunakan anak panah. Mereka menyembelih seekor unta dan membahagi-bahagikan dagingnya kepada bahagian-bahagian yang berbeza-beza saiz besar dan kecilnya. Kemudian,setiap bahagian daging tersebut diberikan nama dan nama tersebut diikat kepada anak-anak panah. Kemudian anak-anak panah tersebut dikumpulkan bersama beberapa anak panah tidak bernama dan cabutan akan dibuat. Sesiapa yang mendapat anak panah bernama akan mengambil daging mengikut namanya, manakala sesiapa yang mendapat anak panah tidak bernama bukan sahaja tidak mendapat daging tetapi terpaksa membayar harga keseluruhan unta.2 Al-Quran melarang perlakuan ini dan di dalam surah al-Maidah: Ayat 3, Allah Taala memanggil perlakuan ini sebagai ز*م,-. م-/012ا:
2
At-Jassas, Abu Bakr (1347H), Ahkam al-Qur’an, Kahirah: al-Bahiyah, Juzu’ 2, ms. 11
Mukasurat 3 dari 9
Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik…” Selain daripada perkataan “al-maisir” (7/89: )اseperti digunakan dalam ayat 90 di atas, perjudian juga disebut sebagai “al-qimar” (ر-90: )اdalam bahasa Arab. Ibnu Jarir al-Tabari mencatatkan pendapatpendapat Mujahid, Sa’id bin al-Musayyib, Hasan al-Basri, Muhammd bin Sirin, ‘Ata’ bin Abi Rabah dan lain-lain bahawa “al-maisir” adalah “al-qimar” iaitu pada membahaskan firman Allah dalam surah al-Baqarah: Ayat 2193:
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keteranganketerangan hukumNya) supaya kamu berfikir.” Al-Qal’aji mentakrifkan al-Qimar sebagai setiap permainan yang disyaratkan bahawa pemenang akan mengaut (pertaruhan) dari yang kalah.4 Ibnu al-Manzur menyatakan bahawa “qamara” (7 )راهdan dalam satu daripada makna “al-murahanah” (@Aاه79: )اadalah “al-
3
4
At-Tabari, Muhammad bin Jarir (1951), Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an, Cairo: Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, Juzu’ 2, ms. 358 Qal’aji, Muhammad Rawwas dan Hamid Sadiq Qunaybi (1988), Mu’jam Lughah al-Fuqaha’,Beirut: Dar al-Nafais, ms. 369
Mukasurat 4 dari 9
mukhatarah” (ة7C-D9: )اiaitu pengambilan risiko. 5 ‘Abdullah bin ‘Abbas dalam mengulas tentang ayat di atas menjelaskan:
kaْ َأهmَaQ َ XِnMَopُ `N[aِ ِهMَc]ْ اdِe fُhXN ]ن ا َ Mَ آ, رMَ\_ِ ]ْ ا: XِZ[ْ \َ ]ْ ا: ل َ MَW , سMNOQ َ RْTْ اRQ َ k]Mَq َوkِ aِ ْهsَTِ t َ َذ َهkOِvMَw Xَ \َ Wَ Mَ\xّpsَeَ , k]Mَqَو Maksudnya: Daripada Ibn Abbas RA, katanya: “al-Maisir” ialah “al-Qimar.” Di zaman Jahiliyyah, seseorang lelaki merisikokan (mempertaruhkan) isterinya dan ahli keluarganya. Maka sesiapa diantara mereka berdua yang tewas, maka pemenangnya akan membawa pergi isteri dan keluarganya.6 Atas asas di atas, Imam al-Jassas menyimpulkan bahawa “al-qimar” ialah ة7C-D9: اIEF ل-9: اH8E9C atau “memberi pemilikan harta dengan risiko kehilangannya pada kedua-dua pihak.” Manakala para fuqaha’ lain tidak memberikan definisi secara langsung dan jelas tentang perjudian. Namun apabila diteliti penulisan mereka, dapat disimpulkan bahawa ciri utama perjudian adalah dua perkara:7 1. Ia disertai oleh dua atau lebih peserta yang mengeluarkan harta untuk ditaruhkan, sama ada harta taruhan itu terus diserahkan atau dijanjikan untuk diserahkan. Harta inilah yang akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang terpilih atau menang. 2. Dalam transaksi ini, untuk membolehkan seseorang memperolehi harta seseorang yang lain, maka dia perlu meletakkan hartanya pada dua kebarangkalian (risiko) sama ada mendapat keuntungan ataupun kerugian (م7JK أوNAJK أن-