AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR.
TINGKATAN 3 ALIRAN KEMAHIRAN HIDUP SEMASA MELAKUKAN. KERJA-
KERJA ...
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 ALIRAN KEMAHIRAN HIDUP SEMASA MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI, JOHOR
KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZULPAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2
3
i
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 ALIRAN KEMAHIRAN HIDUP SEMASA MELAKUKAN KERJA-KERJA AMALI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI, JOHOR
KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZULPAKAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat, ayah dan ibuku yang dicintai… Mohd Zulpakar Bin Hj. Abu Bakar (PIS) dan Puniah Binti Biran. Adik dan abang yang dikasihi… Anuar bin Mohd Zulpakar serta keluarga Mohd Azmi bin Mohd Zulpakar serta keluarga Khairul Azman bin Mohd Zulpakar serta keluarga Khairul Azrine Bin Mohd Zulpakar.
Tidak lupa juga kepada tunang yang diingati.. Kamaliah Binti Mohd Zain.
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai..
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian dengan sebaik-baik ganjaran Insya’Allah…
Semoga Di Rahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya, penyelidik dapat menyiapkan kajian ini.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa pihak yang telah membantu pengkaji untuk menyiapkan dan menyempurnakan projek sarjana muda ini.
Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia yang telah menerima saya sebagai salah seorang pelajar di antara ribuan yang ada.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Dr. Zainudin Bin Abu Bakar di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan perbincangan yang telah diberikan sepanjang penyelidikan projek ini.
Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek sarjana muda ini.
Dan akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua kerana usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 3 aliran kemahiran hidup semasa melakukan kerjakerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang diedarkan kepada 98 orang pelajar. Tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan berkaitan dengan keselamatan bengkel. Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 13.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 20 orang responden. Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.737. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dapat mengamalkan dengan baik langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Beberapa cadangan diberi untuk meningkatkan mutu keselamatan di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The aim of this research was to investigate the practice of safety among the student form 3 flow course of doing living skill practical work in the workshop in Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Questionnaire was used as the instrument and distributed to 98 students. Three aspects investiged were knowledge, skills, and the safety practice in workshop. Data were analysed using the SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) version 13.0 to get the frequency, percentage and means. Reliability analysis was conducted to 20 respondents and the result for the Alpha Cronbach was 0.737. Result showed that the student has practiced a good safety
while performing practical work in the school workshop. Some
recommendations are given to upgrade the standard of practice on safety in workshop among students in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB
BAB I
PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
i
PENGESAHAN PENYELIA
ii
TAJUK KAJIAN
iii
HALAMAN PENGAKUAN
iv
DEDIKASI
v
PENGHARGAAN
vi
ABSTRAK
vii
ABSTRACT
viii
KANDUNGAN
ix
SENARAI JADUAL
xiv
SENARAI SINGKATAN
xvi
SENARAI LAMPIRAN
xvii
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1-4
1.2
Latar belakang Masalah
4-8
1.3
Pernyataan Masalah
8
1.4
Objektif Kajian
8
1.5
Persoalan Kajian
9
viii 1.6
Kepentingan Kajian
10
1.7
Batasan Kajian
10
1.8
Definisi Istilah
11
1.8.1
Amalan
11
1.8.2
Pelajar
11
1.8.3
Keselamatan
12
1.8.4
Kerja Amali Bengkel
12
1.8.5
Bengkel
13
1.8.6
Kemahiran Hidup
13
1.9
BAB 2
Penutup
14
SOROTAN PENULISAN
2.1
Pengenalan
15
2.2
Pengertian Keselamatan Bengkel
15
2.3
Pengetahuan Tentang Cara-Cara Penjagaan
16-19
Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan Dan Mesin 2.4
Kemahiran Tentang Cara-cara Penjagaan
20-24
Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan Dan Mesin 2.5
Pengamalan Tentang Cara-Cara Penjagaan
24-30
Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan Dan Mesin 2.6
Penutup
30
ix
BAB 3
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
31
3.2
Reka bentuk Kajian
31
3.3
Lokasi kajian
32
3.4
Responden Kajian
32-33
3.5
Alat Kajian
34
3.5.1
Bahagian A (Demografi Responden)
35
3.5.2
Bahagian B (Soal Selidik)
35-36
3.6
Kajian Rintis
37
3.7
Analisis Data
38
3.8
Penutup
39
ANALISIS DATA
4.1
Pengenalan
40
4.2
Bahagian A : Demografi Responden
40
4.2.1
41
Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
4.2.2
Kekerapan Dan Peratusan Responden
41
Mengikut Bangsa 4.2.3 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan
42
Responden Mengikut Agama 4.2.4 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Pernah Mengikuti Seminar Bengkel
43
x
4.3
BAB 5
Bahagian B : Soal Selidik
43-45
4.3.1
Dapatan Persoalan Kajian Pertama
46-49
4.3.2
Dapatan Persoalan Kajian Kedua
50-53
4.3.3
Dapatan Persoalan Kajian Ketiga
54-57
4.4
Perbandingan Analisis Min
57
4.5
Penutup
58
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
59
5.2
Perbincangan
59
5.2.1
60-62
Tahap Pengetahuan Pelajar Mengenai Cara-Cara Penjagaan Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan Dan Mesin
5.2.2
Tahap Kemahiran Pelajar Mengenai
62-65
Cara-Cara Penjagaan Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan Dan Mesin 5.2.3
Tahap Pengamalan Pelajar Mengenai
65-66
Cara-Cara Penjagaan Dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan Dan Mesin 5.3
Rumusan
66-67
5.4
Cadangan
68
5.4.1
Pihak Guru
68
5.4.2
Pihak Sekolah
69
5.4.3
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri
70
5.4.4
Pihak Kementerian Pendidikan
70
xi
5.5
Cadangan Kajian Lanjutan
71
5.6
Penutup
72
BIBLIOGRAFI
73-78
LAMPIRAN A
79-83
LAMPIRAN B
84
LAMPIRAN C
85-86
LAMPIRAN D
87
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
Jadual 3.1
TAJUK
MUKA SURAT
Taburan kelas bagi pelajar tingkatan 3 yang
33
mengambil bidang kemahiran teknikal Jadual 3.2
Taburan soalan mengikut setiap persoalan
36
Jadual 3.3
Skala Likert
36
Jadual 4.1
Kekerapan Dan Peratusan Responden
41
Mengikut Jantina Jadual 4.2
Taburan kekerapan dan peratusan responden
41
mengikut bangsa Jadual 4.3
Taburan kekerapan dan peratusan responden
42
mengikut agama Jadual 4.4
Taburan kekerapan dan peratusan responden
43
pernah mengikuti seminar bengkel Jadual 4.5
Skala pemeringkatan 5 mata kepada 3 mata
44
Jadual 4.6
Penentuan tahap dan peratusan
45
Jadual 4.7
Skala min
45
Jadual 4.8
Taburan kekerapan dan peratusan responden
46
bagi tahap pengetahuan pelajar mengenai cara-cara
xiii penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin Jadual 4.9
Taburan jumlah purata nilai min responden
49
bagi tahap pengetahuan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin Jadual 4.10
Taburan kekerapan, peratusan dan min responden
50
bagi tahap kemahiran pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin Jadual 4.11
Taburan jumlah purata nilai min responden
53
bagi tahap kemahiran pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin Jadual 4.12
Taburan kekerapan, peratusan dan min responden
54
bagi tahap pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin Jadual 4.13
Taburan jumlah purata nilai min responden
57
bagi tahap pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin Jadual 4.14
Perbandingan analisis min
57
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
TAJUK
OSHA
Akta Keselamatan Pekerja Dan Kesihatan
NIOSH
National Institute of Organization Safety and Health
EPRD
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNJ
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
SPSS
Statistical Package for Social Science (SPSS) For Windows
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A.
Borang Soal Selidik
B.
Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan
C.
Salinan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD
D.
Salinan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN)
16
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Falsafah pendidikan Malaysia menjelaskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kerajaan Malaysia telah meletakkan satu hala tuju ke arah pembangunan dan kemajuan negara melalui wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang terutama yang berteraskan perindustrian. Ia boleh dicapai melalui sistem pendidikan negara yang berfungsi sebagai agen perubahan masyarakat. Melalui sistem pendidikan, generasi baru digembleng, dijana dan digerakkan agar menjadi tenaga mahir atau separuh mahir. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik
17 di Asia Tenggara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Dasar Pendidikan Negara yang bersesuaian dengan Dasar Perindustrian Negara bagi memastikan sistem pendidikan berganjak mengikut keperluan dan perubahan zaman. Oleh itu, kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional melalui pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH).
Di Malaysia, selain daripada sekolah menengah harian biasa dan sekolah menengah sains, terdapat juga sekolah menengah teknik dan vokasional. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu melibatkan teori dan amali. Semasa melakukan amali pelajar akan mendapat kemahiran dalam penggunaan mesin dan alatan. Menurut Yahya Emat (1996), latihan amali sangat penting dalam memberikan pelajar kemahiran yang diperlukan semasa mereka bekerja di dalam sektor industri kelak. Selain pelajar mendapat kemahiran, aspek keselamatan juga sering di titik beratkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memenuhi keperluan sektor industri, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga dilatih bagaimana hendak menggunakan peralatan tangan serta pengendalian mesin. Dalam usaha mempelajari dan memenuhi semua kemahiran ini, pelajar bukan sahaja berdepan dengan kemungkinan berlakunya kesilapan dan kegagalan tetapi juga akan menghadapi pelbagai risiko kecuaian dan kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Kemalangan yang terjadi di dalam bengkel bukan sahaja akan mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan anggota badan manusia malah boleh membawa maut.
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara
18 kreatif, inovatif dan produktiviti. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.
Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan.
Bengkel
Kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KMT), bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup (KMT) yang paling banyak digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4 bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel Enjin.
Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.
Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap
19 keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.
1.2
Latar Belakang Masalah
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya.
Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mestilah sentiasa mengemas kini kelemahan dalam pelaksanaan amalan keselamatan yang sedia ada.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), mendapati semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah menengah menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin akan dapat dicegah jika ianya dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna dari semasa ke semasa. Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang
20 mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu, nyatalah kesedaran akan pentingnya keselamatan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku.
Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan
Secara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah tetapi bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang terbabit. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan persekitaran.
21 Selain daripada itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi Badan Berkanun mulai 1 Julai 1985. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (1999), menyatakan walaupun kadar kemalangan industri kita semakin menurun, namun kerajaan masih belum berpuas hati. Hal ini kerana mengikut laporannya, penurunan tersebut masih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Kepentingan menjaga keselamatan penting kerana ia dapat menghalang pengaliran keluar wang bagi membayar pampasan akibat bencana pekerjaan. Berdasarkan laporan kemalangan yang dikeluarkan oleh PERKESO, sejak kebelakangan ini jumlah kemalangan perusahaan semakin meningkat. Pada tahun 1995, jumlah kemalangan dilaporkan sebanyak 114,134 kes, diikuti 1996 sebanyak 106,505 kes, 86,589 kes pada tahun 1997, manakala bagi tahun 1998 dan 1999 adalah sebanyak 85,338 dan 92,074 kes. Pada tahun 2001 menunjukkan penurunan sebanyak 9,777 kes berbanding dengan kes kemalangan yang berlaku pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 95,006 kes. Penurunan kemalangan perusahaan ini menandakan wujud kesedaran keselamatan pekerjaan di kalangan individu.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Biasanya kemalangan yang berlaku di sekolah kurang di dedahkan kepada media massa. Kemalangan tersebut hanya di rekod dalam buku rekod kemalangan sekolah. Misalnya, kemalangan yang terjadi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada tahun 1991, seorang pelajar automotif mengalami kecederaan yang serius di seluruh muka dan badannya akibat daripada kecuaian semasa menjalankan kerja amali di bengkel automatif (Buku rekod kemalangan, 1999). Kejadian tersebut berlaku ketika pelajar tersebut sedang membaik pulih salur pengalir haba kereta, tiba-tiba salur air tersebut pecah, air panas tersembur dan menyimbah tubuh pelajar berkenaan ketika kejadian itu berlaku.
22 Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan pelajar terhadap keselamatan bengkel. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada setiap masa. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan, kecederaan terhadap fizikal.
Latihan amali yang diikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak. Walaupun pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada para pelajar ia tidak menjamin keselesaan para pelajar seratus peratus semasa menjalankan amali di bengkel. Hal ini kerana pengetahuan, kemahiran dan amalan serta suasana juga merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan bengkel. Pendedahan awal di alam persekolahan akan dapat membiasakan diri pelajar apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak.
1.3
Pernyataan Masalah
Berdasarkan maklumat di atas, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti. Kajian-kajian dilakukan memfokuskan kepada beberapa aspek seperti pengetahuan, kemahiran dan amalan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Pengkaji juga ingin mengenal pasti sejauh manakah aspek keselamatan yang dilakukan semasa kerja-kerja dalam penyenggaraan bengkel tersebut.
23 1.4
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara khusus perkara-perkara berikut melalui persepsi pihak yang terlibat di dalam melihat amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel di sekolah.
i.
Mengenal pasti sejauh manakah
pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar
tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin. ii.
Mengenal pasti sejauh manakah
kemahiran yang dimiliki oleh pelajar
tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin. iii.
Mengenal pasti sejauh manakah pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin.
1.5
Persoalan Kajian
Secara khususnya kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut :
i.
Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin?.
ii.
Apakah tahap kemahiran pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin?.
iii.
Apakah tahap pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin?.