Bab 12

31 downloads 50998 Views 1MB Size Report
Sektor perkhidmatan perniagaan merangkumi pelbagai industri dan profesion. ... Sebagai contoh, hanya 25% golongan profesional perakaunan dan ..... MAE akan membangunkan sebuah kemudahan latihan khas untuk bidang kejuruteraan ..... kepada laporan tahunan pengurusan persekitaran, Kementerian Tenaga, ...
Program Transformasi Ekonomi 435 Hala Tuju Untuk Malaysia

Bab 12: Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

S

ektor perkhidmatan perniagaan Malaysia hanya menyumbang sebanyak 2.9% kepada PNK. Ini membuka peluang yang besar kepada bidang ini untuk berkembang dengan lebih luas lagi. Dalam ekonomi yang sedang pesat membangun, seperti China dan Filipina, sektor perkhidmatan 1

perniagaan diramalkan akan berkembang sekitar 11% pada dekad akan datang . Selaras dengan matlamat

untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia sewajarnya cuba untuk mencapai status itu atau melampaui sasaran tersebut. Malaysia ingin menjangkau penanda aras ekonomi negara membangun seperti United Kingdom menjelang 2020, yang mana sektor perkhidmatan perniagaan negara itu menyumbang lebih kurang 20% kepada KDNK dan juga pekerjaan, serta merupakan 14% 2

daripada hasil nilai eksportnya .

DEFINISI NKEA PERKHIDMATAN PERNIAGAAN Sektor perkhidmatan perniagaan merangkumi pelbagai industri dan profesion. Ia termasuk golongan akauntan, peguam dan pakar cukai yang membantu dan menyokong pertumbuhan sesebuah ekonomi. Ia turut merangkumi golongan arkitek, jurutera dan pereka yang mempelopori pengembangan berbagai industri seperti bidang pembinaan, aeroangkasa dan automotif. Akhir sekali, ia juga mengandungi industri yang cukup besar, termasuk perkhidmatan dan penyumberluaran IT, serta bidang membangun masa depan seperti perkhidmatan teknologi hijau.

1 Global Insight 2 Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran, “Perkhidmatan Profesional dan Perniagaan: Wawasan 2020 untuk Pertumbuhan”

436

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

PENILAIAN PASARAN

Penggerak Pertumbuhan Industri Pada peringkat global, pertumbuhan dalam perkhidmatan perniagaan dipacu oleh beberapa trend jangka panjang utama. • Pengglobalan dan penyumberluaran: Organisasi terus menggunapakai strategi penyumberluaran global untuk meningkatkan kecekapan dengan memanfaatkan tenaga kerja kos rendah dalam ekonomi yang sedang pesat membangun; • Kemampuan negara mengekalkan diri dari segi ekonomi: Perubahan iklim dan peralihan ke arah ekonomi berkarbon rendah memacu peningkatan pertumbuhan dalam beberapa bidang, termasuk pengurusan tenaga dan sisa, perancangan bandar, bangunan pintar dan pembaharuan semula tenaga; • Perkhidmatan dibolehkan oleh IT: Kemajuan dalam teknologi dibolehkan oleh IT akan terus menjana permintaan untuk perniagaan perkhidmatan, seperti pusat data, penyumberluaran proses perniagaan dan perkhidmatan pengkomputeran awan; • Kebangkitan media sosial: Kemunculan Web 2.0 dan ledakan media sosial akan mewujudkan permintaan terhadap perkhidmatan seperti perundingan IT, integrasi sistem dan perkhidmatan kreatif; dan • Kecekapan sektor awam: Dalam konteks iklim ekonomi yang mencabar, kecekapan dan ketelusan sektor awam semakin dituntut dalam perniagaan perkhidmatan antara kerajaan.

Sektor Perkhidmatan Perniagaan Malaysia Pada 2009, sektor perkhidmatan perniagaan di Malaysia menyumbang sebanyak RM19.5 bilion atau lebih kurang 2.9% kepada PNK. Walaupun kadar itu agak kecil pada masa kini, namun sektor tersebut sedang berkembang pesat. Antara tahun 2000 dan 2010, sumbangan perkhidmatan perniagaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 7.9% setahun, menjadikannya sektor kedua paling pantas berkembang dalam ekonomi negara. Dalam perkhidmatan perniagaan, Perkhidmatan IT dan Penyumberluaran adalah subsegmen yang terbesar, menyumbang sebanyak 37% PNK sektor ini. Perkhidmatan kejuruteraan, pengurusan, perundangan dan perakaunan juga merupakan penyumbang utama kepada NKEA ini. (Carta 12-1).

Program Transformasi Ekonomi 437 Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 12-1

Walaupun sektor perkhidmatan perniagaan agak kecil berbanding sektor lain di Malaysia, ia dijangka berkembang dengan pesat Pertumbuhan KDNK sebenar, 2000-2010

RM billion

Peratus

1.4

Pecahan bahagian subsegmen KDNK

PNK, 2009

Peratus

Minyak, gas dan tenaga

Perkhidmatan IT dan Penyumberluaran

109.6

37

Perkhidmatan kewangan

58.8

Perkhidmatan Kejuruteraan

9

6.2

Pemborongan & peruncitan

57.2

Perkhidmatan Pengurusan

9

6.0

Minyak sawit

Perundangan

8

7.1

6.3 -0.8 6.8

Pelancongan

36.9

Perakaunan

7

Elektrik & Elektronik

36.7

Pemajakan

6

Keselamatan

6

Pendidikan

7.8 4.8 7.9 8.8

52.7

27.1

Telekomunikasi

22.0

Pensurveian

4

Pertanian

20.2

Pengiklanan

4

Perkhidmatan perniagaan

19.5

Seni Bina

3

Perkhidmatan penjagaan kesihatan

Lain-lain

15.2

6

SUMBER: PEMANDU; EPU

Cabaran Sektor perkhidmatan perniagaan di Malaysia menghadapi beberapa cabaran yang menghalang pertumbuhannya. • Kekurangan tenaga mahir: Memandangkan sektor perkhidmatan perniagaan adalah sektor yang berintensif pengetahuan, kejayaan sektor ini memerlukan tenaga kerja mahir yang berkualiti tinggi. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam membina dan mengekalkan tenaga kerja mahir di negara ini bagi menyokong pertumbuhan perkhidmatan perniagaan. Bilangan pekerja mahir di Malaysia adalah kecil. Contohnya, Malaysia mempunyai 83,000 golongan profesional kewangan dan perakaunan berbanding 2.3 juta di India. Beban tenaga kerja mahir yang kecil diburukkan lagi oleh tahap kebolehgunaan tenaga yang rendah. Sebagai contoh, hanya 25% golongan profesional perakaunan dan kewangan Malaysia mempunyai kualiti yang secukupnya untuk bekerja dengan syarikat multinasional, berbanding dengan 30% di Filipina dan 40% di Republik Czech;

3

• Kos lebar jalur: Kos lebar jalur merupakan pemboleh utama perkhidmatan perniagaan yang dibolehkan oleh IT, seperti kemudahan pusat data dan perkhidmatan penyumberluaran. Kos lebar jalur di Malaysia adalah dua kali ganda berbanding hab serantau, justeru itu, mengurangkan tahap daya saing antarabangsa bagi syarikat perniagaan perkhidmatan Malaysia; dan 3 McKinsey Global Institute, “The emerging global labour market”, 2007

438

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

• Tiada fokus kebitaraan: Kebanyakan syarikat perkhidmatan perniagaan Malaysia berada pada tahap pertengahan yang tidak memiliki kemampuan untuk mengekalkan diri dari segi ekonomi, iaitu, antara pembekal perkhidmatan kos rendah dalam ekonomi pesat membangun dan pesaing bernilai tinggi dalam ekonomi yang lebih maju. Ini amat jelas sekali dalam industri penyumberluaran. Pada 2009, purata gaji tahunan seorang pekerja IT di Malaysia ialah RM46,000, berbanding dengan RM40,000 di India dan RM35,000 di Filipina. Ini menyebabkan kita tidak dapat bersaing dari segi kos. Namun, pada masa yang sama, kebanyakan syarikat penyumberluaran Malaysia tidak memiliki kemahiran dan keupayaan yang mencukupi untuk bersaing dalam segmen bernilai lebih tinggi, seperti penyumberluaran proses pengetahuan (KPO) yang melibatkan kerja yang dijalankan oleh pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang seperti perkhidmatan pelaburan, pemasaran dan penyelidikan undang-undang.

Isu Menuntut Perubahan Kami percaya bahawa sektor perkhidmatan perniagaan yang berkembang maju dapat memberi manfaat kepada Malaysia berdasarkan beberapa faktor. • Peniagaan perkhidmatan ialah satu sektor yang bernilai tambah tinggi. Perkhidmatan perniagaan adalah amat terbeza di mana ia menyediakan pelbagai kemahiran dan perkhidmatan bernilai tinggi. Ini membolehkan syarikat dalam industri itu mengenakan caj premium yang secara langsung membawa kepada gaji dan margin yang tinggi. Sebagai contoh, Biro Statistik Buruh AS melaporkan bahawa gaji tahunan dalam perkhidmatan perniagaan di AS ialah RM218,000 pada 2009, lebih tinggi berbanding sektor telekomunikasi (RM185,000) dan sektor kewangan dan insurans (RM182,000); • Peluang pengeksportan perkhidmatan perniagaan semakin meningkat. Peningkatan yang tinggi dalam kadar penembusan jalur lebar telah meningkatkan daya pengeksportan perkhidmatan perniagaan yang dibolehkan oleh IT, lantas memacu kemunculan industri seperti penyumberluaran luar 5

pesisir . Antara 2004 dan 2007, Pertubuhan Perdagangan Dunia melaporkan eksport perkhidmatan perniagaan meningkat sebanyak 17% setahun; • Perkhidmatan Perniagaan memberi kesan penggandaan yang signifikan pada keseluruhan ekonomi. Kami boleh mengambil contoh tenaga kerja mahir profesional (contohnya arkitek, jurutera, perancang bandar) dalam sektor teknologi hijau. Sistem pengangkutan dan bangunan efisien tenaga yang direka bentuk oleh golongan tersebut dapat menjana permintaan yang signifikan dalam industri berdampingan dan yang berada di paras yang lebih rendah dalam rantaian nilai, seperti sektor pembinaan dan bahan bangunan, serta peralatan seperti meter pintar; dan • Perniagaan perkhidmatan meningkatkan produktiviti industri. Sebagai contoh, penyumberluaran proses perniagaan (BPO) membantu syarikat meningkatkan kecekapan kos dan kualiti perkhidmatan dengan menggunakan ekonomi berskala untuk menyediakan perkhidmatan seperti senarai gaji dan perakaunan dengan lebih cekap. Sehubungan itu juga, sistem IT turut menggunakan teknologi untuk meningkatkan automasi dan kecekapan.

5 Juga dirujuk sebagai “offshoring”

Program Transformasi Ekonomi 439 Hala Tuju Untuk Malaysia

MATLAMAT DAN ASPIRASI Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan PNK sektor perkhidmatan perniagaan daripada RM19.5 bilion pada 2009 kepada RM78.7 bilion pada 2020, suatu jumlah yang merangkumi EPP, peluang perniagaan dan kesan penggandaan sektor berkaitan. Melihat pada keluasan bidang perkhidmatan perniagaan serta wujudnya keperluan untuk menjana hasil yang besar pada kadar segera, kami mesti menumpukan perhatian kepada subsegmen yang mempunyai potensi terbesar untuk meningkatkan impak kepada PNK. Kita juga harus menumpukan kepada subsegmen yang mana, produk dan perkhidmatan Malaysia memiliki pembezaan serta berkeupayaan untuk menguasai bahagian pasaran di luar negara. Analisis impak PNK yang berpotensi dan kebolehan Malaysia untuk berdaya saing menunjukkan sembilan subsegmen berpotensi tinggi yang dijelaskan dalam NKEA ini dan dua lagi subsegmen di bawah naungan NKEA lain (Carta 12-2). Carta 12-2

Terdapat 11 subsegmen perkhidmatan perniagaan yang berpotensi tinggi

Dikendalikan oleh NKEA lain

Tinggi Kejuruteraan Minyak & Gas Seni bina

Impak PNK yang berpotensi

Perkhidmatan Perubatan

Pengurusan projek

Kejuruteraan Awam & Mekanikal

Kejuruteraan Alam Sekitar Penyumberluaran Perkhidmatan Perkhidmatan Perundingan IT Perakaunan Kreatif Integrasi Sistem Perancangan & Ukur MICE Perhubungan Awam Perubatan Am Perancang Bandar Kejururawatan Pengurusan Hartanah Pereka Perundingan pengurusan Sokongan IT Fesyen Pereka Media Purchasing Penyelidikan Pasaran Dalaman Tenaga mahir dan Farmasi Arbitrasi Audit infrastruktur Litigasi Pergigian Percukaian UndangFirma yang kompetitif undang Korporat Permintaan domestik

Rendah Rendah

Tinggi

Keupayaan untuk bersaing

Enam EPP untuk Menghasilkan Peningkatan Berterusan PNK Sebanyak RM36.5 Bilion Dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan perkhidmatan perniagaan, kita telah mengenal pasti 6

enam projek permulaan (EPP) dalam keseluruhan sembilan subsegmen yang berpotensi tinggi ini. EPP ini terbahagi kepada dua tema. Pertama, kita bercadang untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor yang mempunyai pembezaanketara di mana Malaysia sudah menikmati suatu tahap kejayaan dan juga berpotensi untuk berdaya saing di peringkat global. Kedua, kita akan membangunkan segmen yang bakal berkembang dalam bidang yang berpotensi tinggi untuk maju serta mewujudkan pekerjaan. 6 Walaupun terdapat lapan projek titik permulaan yang sedang dilaksanakan, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan membangunkan peneraju penyumberluaran global dan dijelaskan dalam projek ini sebagai satu projek gabungan.

440

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Tema 1: Mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor dengan pembezaan ketara • EPP 1: Mengembangkan perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih penerbangan, diketuai oleh MAS Aerospace Engineering; • EPP 2: Membina pihak pembekal penyumberluaran yang berdaya saing secara global; dan • EPP 3: Menempatkan Malaysia sebagai hab pusat data bertaraf dunia.

Tema 2: Membangunkan segmen yang bakal berkembang • EPP 4: Melonjakkan industri teknologi hijau yang rancak; • EPP 5: Mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan berpengkhususan tinggi; dan • EPP 6: Membangunkan Malaysia sebagai hab KPO kewangan Islam global Selain daripada EPP tersebut, kita juga telah mengenal pasti serangkaian peluang perniagaan dan pemboleh yang akan mempercepatkan dan menyokong pertumbuhan sektor tersebut (Carta 12-3). Carta 12-3

EPP, peluang perniagaan dan pemboleh akan memacu pertumbuhan sektor Jenis inisiatif Mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor yang dibezakan Projek permulaan Membangunkan segmen membangun masa depan Peluang perniagaan

Pemboleh utama

Kriteria pemilihan

Inisiatif

Segmen dengan kelebihan daya saing, dengan produk dan perkhidmatan yang dibezakan

1. Mengembangkan perkhidmatan MRO, diterajui oleh MAE 2. Membina penyedia penyumberluaran yang berdaya saing secara global 3. Menempatkan Malaysia sebagai hab pusat data bertaraf dunia

Segmen yang akan menggerakkan pertumbuhan masa depan dan pekerjaan

4. Melonjakkan industri teknologi hijau yang rancak 5. Mengembangkan perkhidmatan khusus kejuruteraan yang besar 6. Membangunkan Malaysia sebagai hab KPO kewangan Islam global

Projek yang akan menyokong pengembangan perkhidmatan perniagaan

1. Firma pembinaan yang mengamalkan berbilang disiplin 2. Sektor perakaunan 3. Industri kandungan multimedia kreatif

Pemboleh yang kritikal untuk mempercepatkan pertumbuhan

1. Meningkatkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi pertumbuhan sektor perkhidmatan Malaysia1 2. Mengurangkan kos lebar jalur (diliputi dalam NKEA Komunikasi, Kandungan & Infrastruktur)

1 Juga dianggap sebagai peluang perniagaan

Program Transformasi Ekonomi 441 Hala Tuju Untuk Malaysia

Impak Secara menyeluruh, kita menjangka bahawa EPP dan peluang perniagaan (termasuk pemboleh utama dan penggandaan) akan menyumbangkan tambahan keseluruhan PNK sebanyak RM78.7 bilion pada 2020 (Carta 12-4). Ini termasuk kira-kira RM3.2 bilion PNK daripada kesan penggandaan yang diwujudkan oleh EPP daripada sektor lain. Sumber utama kesan penggandaan ini adalah NKEA yang termasuk Pemborongan & Peruncitan, yang mana kemudiannya akan meningkatkan sumbangan PNK Perkhidmatan Perniagaan. Sebagai contoh, pengembangan golongan peruncit dan pemborong akan menyebabkan peningkatan dalam permintaan untuk perkhidmatan profesional termasuk akauntan, peguam, pereka web dan pakar pengatur cara perisian dan golongan profesional pembekal penyumberluaran. Carta 12-4

6 EPP, 3 peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan dalam industri akan menghasilkan RM59.2 impak peningkatan PNK menjelang 2020 Sumbangan PNK 2020

19.5

78.7

PNK 2020

80

PNK 2009

RM billion

75 70 65 60

12.3

3.2

59.2

55 50 7.2 13.9

36.5

Jumlah EPP

40

Memban-gunkan sektor masa depan

45 35 30 25

22.7

20 15 10 5 Impak Keseluruhan PNK

Penggandaan

Pertumbuhan Minimum

Peluang perniagaan

Memper-cepatkan pertumbuhan

0

442

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN SEKTOR DENGAN PEMBEZAAN KETARA Sebagai sebuah negara yang kecil, bekalan tenaga mahir negara tidak mampu bersaing dengan gergasi serantau seperti China dan India. Contohnya, dianggarkan bahawa China mempunyai sebanyak 1.6 juta jurutera, berbanding hanya 49,000 di Malaysia. Begitu juga dengan negara India yang memiliki golongan profesional kewangan dan perakaunan hampir 2.3 juta orang, berbanding Malaysia dengan hanya 83,000 7

orang . Untuk bersaing, Malaysia perlu mengasah fokus sektor perkhidmatan perniagaannya. Ini bermakna menumpukan perhatian pada sektor yang mempunyai kelebihan serta produk dan perkhidmatan yang memiliki pembezaan ketara.

EPP 1: Mengembangkan perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat, diketuai oleh MAS Aerospace Engineering Rasional Negara beraspirasi untuk menubuhkan MAS Aerospace Engineering (MAE) sebagai pembekal penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) utama di Malaysia, dan secara langsung, membangunkan Malaysia menjadi hab MRO serantau. Industri perkhidmatan MRO penerbangan global dijangka akan berkembang pada kadar pertumbuhan tahun terkompaun sebanyak 4.4% dari 2009 hingga 2019, dan diramalkan akan bernilai RM208 bilion pada 2019 (Carta 12-5). Carta 12-5

Pasaran perkhidmatan MRO global dijangka bernilai RM208 bilion menjelang 2019 Ramalan MRO global, 2009-2019

% kerja tempatan dan penyumberluaran, 2007

RM billion

Peratus 208.6

100% 17

44.2 160.3 135.4 HMV & Mod

27.8

Kejuruteraan

57.6

Komponen

25.0

Penyumberluaran

32.3

53 70

63

83.2 67.8

83 42.2

Lini

31.4

25.0

28.8

2009

2014

Tempatan

47 30

39.0 2019

SOURCE: Team, SAI Consultancy, MRO forecast, 2007

7 McKinsey Global Institute, “The emerging global labour market”, 2007

HMV/Mod

Kejuruteraan

37

Komponen

Lini

Program Transformasi Ekonomi 443 Hala Tuju Untuk Malaysia

Kami yakin bahawa permintaan serantau yang pesat - dipacu oleh pertumbuhan ekonomi besar seperti India dan China - dan ditambah pula dengan keamatan fokus pada keberkesanan kos dalam industri penerbangan akan meningkatkan permintaan dalam pasaran serantau untuk perkhidmatan MRO. MAE, iaitu bahagian kejuruteraan dan penyenggaraan Malaysia Airlines, berada dalam kedudukan yang paling baik untuk menguasai peluang ini. Ia berjaya dalam menawarkan perkhidmatan MROnya kepada syarikat penerbangan lain, dan memberi khidmat kepada lebih daripada 100 pelanggan global, termasuk syarikat penerbangan terkemuka seperti Lufthansa, United Airlines dan Emirates. Hasil daripada pihak ketiga (iaitu pihak selain daripada Malaysia Airlines, yang armadanya terutamanya diselenggarakan oleh MAE), meningkat daripada RM179 juta pada 2005 kepada RM384 juta pada 2009. Namun demikian, sebagai divisyen syarikat penerbangan utama, MAE belum lagi memiliki autonomi bebas untuk mengambil kesempatan daripada peluang ini buat masa kini. Di samping itu, perkembangan industri ini turut dikekang oleh prosedur dan dasar penerbangan yang lapuk, kekurangan tenaga mahir serta ekosistem alat ganti yang tidak mencukupi di Malaysia. Tindakan Dalam usaha untuk membina industri MRO, Malaysia mesti memperbaiki struktur dan peraturan industri, berkembang dari segi geografi dan menceburi perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi serta membangunkan modal insan yang khusus kepada MRO. Menambah baik struktur dan peraturan industri. Walaupun MAE telah pun menyalurkan perkhidmatannya kepada syarikat penerbangan lain selain daripada Malaysia Airlines, MAE yang berautonomi akan bebas menetapkan strateginya sendiri, dapat memberi khidmat kepada lebih ramai pelanggan, menjadi lebih peka kepada keperluan mereka dan meningkatkan modal untuk pengembangan. Rakan kongsi strategik akan dijemput untuk melabur dengan MAE yang berautonomi ini, dalam usaha untuk membina keupayaan sedia ada MAE (misalnya dalam penyenggaraan kerangka pesawat udara). Di samping itu, ia membangunkan kemahiran yang jitu dalam bidang utama seperti pembaikan enjin, avionik dan komponen. Satu lagi langkah ke arah mewujudkan struktur industri MRO yang berdaya maju adalah dengan memperbaiki pengawalseliaan penerbangan awam yang utama. Kementerian Pengangkutan akan menswastakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan menubuhkan sebuah badan kawal selia yang terdiri daripada pihak industri dan Kerajaan, menurut Rangka Kerja Aeroangkasa Malaysia (2003). DCA juga akan menggantikan Peraturan Penerbangan Awam British dan mengemaskinikan amalan DCA supaya ia setara dengan amalan yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA). Oleh itu, dasar dan prosedur DCA yang berkaitan dengan peraturan, perakuan, kelulusan dan peperiksaan akan digantikan dengan standard EASA menjelang September 2011. Mengembang dari segi geografi dan memasuki perkhidmatan lebih bernilai tinggi. Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) adalah rakan kongsi utama lapangan terbang antarabangsa di Hyderabad, New Delhi dan Maldives, yang boleh dibangunkan menjadi pusat satelit strategik untuk menyalurkan balik tugas MRO kembali ke kemudahan MRO MAE di Lapangan Terbang Subang. Secara khusus, MAE boleh menyalurkan tugas penyenggaraan barisan dan kerangka pesawat udara ke pusat satelit dan menyalurkan kerja pembaikan komponen dan enjin ke Subang. Strategi operasi ini akan membantu mengembangkan Subang menjadi pusat pembaikan enjin dan komponen sepenuhnya. Untuk mencapai matlamat ini, MAE akan bergabung dengan MAHB untuk membina hangar tambahan di lapangan terbang luar negara ini menjelang 2011.

444

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Rantaian nilai bekalan alat ganti yang berkesan diperlukan di Malaysia supaya dapat menawarkan 8

perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelanggan MRO . Untuk menanganinya, MAE akan menubuhkan rantaian nilai bekalan alat ganti pusing ganti di Lapangan Terbang Subang menjelang 2013, dengan matlamat untuk membekalkan komponen alat ganti kepada pelanggan di pasaran ASEAN, sub-benua India dan Timur Tengah. Membangunkan modal insan MRO bagi memastikan bekalan tenaga mahir yang mencukupi untuk industri. MAE akan membangunkan sebuah kemudahan latihan khas untuk bidang kejuruteraan penerbangan di Subang mulai 2010 dengan menjemput pertubuhan pendidikan tinggi untuk menjadi rakan kongsi dan menubuhkan kampus di Malaysia. Rakan kongsi yang berpotensi terdiri daripada Cranfield University (UK), University Colorado (USA), University of Southern California (USA), Korea Aerospace University (South Korea) dan Beihang Aerospace University (China). Kita mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia dan DCA melaksanakan pembelajaran berterusan wajib selama 40 jam setahun berkaitan dengan aspek kritikal pembaikan pesawat menjelang 2011. Kakitangan yang mahu mengekalkan lesen jurutera, mekanik dan juruteknik pesawat mesti menjalani proses ini. Pembiayaan Sebanyak RM11.6 bilion perbelanjaan modal akan disumbangkan oleh sektor swasta menjelang 2020. Hampir kesemua - iaitu RM11.5 bilion - merupakan modal daripada sektor swasta yang digunakan untuk membina hangar tambahan di Subang, Delhi, Surabaya dan Jakarta, membeli lebih banyak kawasan untuk mengembangkan operasi, menubuhkan unit perniagaan alat ganti pusing ganti serta menubuhkan kampus latihan untuk modal insan khusus MRO. Dana selebihnya sebanyak lebih kurang RM61 juta akan disediakan oleh Kerajaan. Impak Malaysia berhasrat untuk membina industri MRO dengan PNK berjumlah RM13.4 bilion di Malaysia, diterajui oleh MAE, menjelang 2020. Dengan mencapai matlamat ini, kita akan mewujudkan sebanyak 20,700 pekerjaan.

EPP 2: Membina Pihak Pembekal Penyumberluaran yang Berdaya Saing Secara Global Rasional Industri penyumberluaran peringkat serantau dan global diramalkan berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun akan datang. Pasaran Asia Pasifik dijangka akan mengembang sebanyak 12% setahun antara 2009 dan 2014. Pada masa ini, Malaysia hanya membolot 3.9% pasaran Asia (tidak termasuk Jepun), iaitu lebih kurang RM3.5 bilion setahun (Carta 12-6). Antara tahun 2003 dan 2008, industri penyumberluaran Malaysia tumbuh sebanyak 9%, satu pertumbuhan yang pesat tetapi masih lebih rendah daripada purata serantau dan jauh lebih perlahan daripada peneraju 8

serantau seperti India (27%) dan China (16%). Syarikat penyumberluaran Malaysia agak ketinggalan di belakang rakan serantau mereka kerana mereka kecil dan terbahagi, kurang bidang fokus kebitaraan, terlalu bergantung pada pasaran domestik dan memiliki rekod prestasi yang tidak boleh dibanggakan.

8 Merujuk kepada alat ganti dan pemasangan yang diservis semula dan dibaiki, serta digunakan berulang kali 9 Gartner, “Forecast: Outsourcing, Worldwide, 2000-2014”

Program Transformasi Ekonomi 445 Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 12-6

Pada masa ini, Malaysia hanya menguasai 3.9 peratus pasaran Asia (kecuali Jepun) Sektor penyumberluaran & perkhidmatan IT Asia diramalkan akan berkembang pesat

Malaysia ketinggalan di belakang rakan negara serantau, dari segi saiz dan pertumbuhan

Hasil penyumberluaran & perkhidmatan IT Asia (kecuali Jepun) RM billion

Pasaran penyumberluaran & perkhidmatan IT Asia (kecuali Jepun) Saiz gelembung = hasil industri, 2009

181.2

163.4 133.4

27

CAGR (2003-2008)

+12%

201.4

147.5

114.6

Thailand

15

India

China

14 13 12

Rest of APAC

Singapura

11 10

Malaysia

9

Korea Selatan

8

Taiwan

7

Hong Kong

0 0

2009

2010

2011

2012

2013

2

4

6

2014

8

10

12

14

16

18

20

32

Bahagian pasaran, 2008 Peratus

SUMBER: Gartner

Di peringkat global, pasaran penyumberluaran yang paling berdaya saing memiliki satu persamaan: mereka menyediakan asas untuk kemunculan syarikat yang dapat berdaya saing secara global dalam penyumberluaran, seperti Infosys, TCS dan Wipro di India. Bermula daripada asas domestik yang kukuh, syarikat-syarikat ini telah mencapai skala, kesedaran dan kebolehpercayaan untuk menjadi syarikat terbesar dan paling dihormati di seluruh dunia. Aspirasi negara adalah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua buah syarikat penyumberluaran yang dapat berdaya saing pada peringkat global, dan dalam proses itu, menempatkan insentif dasar dan inisiatif pemasaran untuk membolehkan syarikat yang lebih kecil berkembang maju. Tindakan Kami akan berusaha dalam tiga aspek utama untuk mencapai aspirasi negara. Kita akan mencapai skala kritikal dengan menubuhkan pusat perkongsian perkhidmatan Kerajaan melalui perkongsian sektor awam dan sektor swasta. Kemudian dasar ini akan digunakan untuk mengembangkan peneraju industri dan menggalakkan penggabungan. Secara serentak, kami akan berusaha untuk membina kesedaran global dan memastikan bahawa pelanggan dalam pasaran sasaran sedar tentang kemahiran dan keupayaan pembekal khidmat penyumberluaran di Malaysia. Untuk memajukan keupayaan dan kredibiliti industri, terutamanya di luar negara, kita akan meningkatkan standard industri dan memupuk daya saing yang lebih kental dalam usaha untuk mencabar pesaing luar negara yang lebih mantap. Mencapai skala kritikal dengan menubuhkan pusat perkongsian perkhidmatan Kerajaan. Mulai 2011, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menjalankan projek rintis untuk menggabungkan pusat data dan perkhidmatan pemesejan bersepadu (termasuk e-mel dan pesanan suara) di seluruh kementerian dan agensi utama. MAMPU akan melaksanakan satu kajian Kerajaan yang menyeluruh untuk mengenal pasti duplikasi dalam proses

446

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

perniagaan bukan teras, dengan matlamat untuk menubuhkan pusat perkongsian perkhidmatan Kerajaan menjelang 2012. Reka bentuk dan pelaksanaan pusat perkongsian perkhidmatan Kerajaan akan diselia oleh pejabat pengurusan projek berdasarkan perkongsian sektor awam-sektor swasta. MAMPU akan bertindak sebagai agensi penyelaras pusat. Kumpulan inisiatif yang diwujudkan ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan Kerajaan dalam proses perniagaan dan IT bukan teras sehingga 20%. Penyertaan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dalam usaha ini akan menjadi langkah penting untuk mencapai skala dan kredibiliti. Suruhanjaya Putrajaya Prestasi Tinggi GLC, yang bergabung dengan persatuan industri, Outsourcing Malaysia (OM), akan mengatur satu perbincangan meja bulat antara pemegang berkepentingan GLC utama dan pembekal penyumberluaran Malaysia pada 2011. OM juga akan menerbitkan brosur pada 2011, yang mengetengahkan kemajuan dan kejayaannya yang terkini. Kerajaan akan menggunakan insentif dasar untuk menggalakkan penggabungan. Kementerian Kewangan akan melaksanakan rangka kerja pemerolehan berstrata, yang menetapkan syarikat penyumberluaran mesti mempunyai saiz minimum supaya layak untuk membida kontrak terbesar penyumberluaran Kerajaan (iaitu yang memperoleh hasil melebihi RM96 juta). Di samping itu, Malaysia Debt Ventures dicadangkan supaya meminda piagamnya bagi membiayai urusan M&A menjelang 2010 dan menyediakan pinjaman mudah untuk melindungi kos usaha wajar (due diligence cost). Membina kesedaran global. Untuk melaksanakan garis dasar dan menilai kemajuan, OM akan menjalankan penilaian pemasaran tahunan sambil meninjau pembeli dalam pasaran sasarannya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Timur Tengah. Ini bertujuan untuk mengukur kesedaran jenama dan menaksir nilai pembeli. OM juga akan menjalankan kempen pemasaran selama dua tahun sejajar dengan kempen “Malaysia Truly Business”, yang menumpukan penerbitan utama dan sistem dalam talian di pasaran sasaran. OM juga akan melaksanakan anugerah khidmat penyumberluran bagi mengiktiraf prestasi yang gemilang dan menaikkan profil industri. Kita berhasrat untuk meningkatkan kesedaran jenama syarikat khidmat penyumberluaran Malaysia sehingga 50% menjelang 2015. Perbadanan Pembangunan Multimedia (MdeC) dan OM akan bekerjasama untuk meningkatkan kehadiran Malaysia di luar negara melalui perwakilan jualan dan misi dagangan khas. MDeC akan mengupah lapan orang wakil jualan selama tiga tahun, dengan matlamat untuk menggandakan hasil dalam pasaran ini menjelang 2015 (empat akan ditempatkan di AS, dua di UK dan dua di Timur Tengah). OM juga akan menjalankan misi dagangan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2011 dan 2012 untuk bertemu dengan pelanggan sedia ada dan yang berpotensi, begitu juga mensubsidikan penyertaan sektor swasta di persidangan industri utama, seperti Persidangan Kemuncak Dunia Pertubuhan Antarabangsa Penyumberluaran Profesional (International Association of Outsourcing Professionals World Summit). Meningkatkan keupayaan dan kredibiliti. Untuk menambah bilangan profesional penyumberluaran bertauliah di Malaysia, MDeC akan membiayai antara 15 hingga 20% kos pensijilan untuk dua buah syarikat pembekal penyumberluaran Malaysia dan 100 orang profesional penyumberluaran setahun, selama 10 tahun. Ketelusan keupayaan penyumberluaran Malaysia akan menyokong aspek kredibiliti. MDeC akan menerbitkan kedudukan tahunan syarikat penyumberluaran Malaysia. Selain itu, OM akan memastikan semua ahlinya turut serta dalam kedudukan antarabangsa utama, seperti Neo Advisory’s Global Services 100.

Program Transformasi Ekonomi 447 Hala Tuju Untuk Malaysia

Pembiayaan Daripada RM2.28 bilion yang diperlukan untuk EPP ini, sebanyak RM2.1 bilion (93%) akan datang daripada sektor swasta. Baki pembiayaan akan diperoleh daripada Kerajaan dan digunakan untuk melancarkan perkhidmatan perkongsian dalam sektor awam. Impak Dalam membina peneraju global negara dan menguasai bahagian pasaran luar negara, kami berazam untuk membangunkan hasil penyumberluaran daripada RM3.5 bilion pada 2009 kepada RM12.8 bilion pada 2020. Ini akan menyumbang tambahan sebanyak RM6.9 bilion pada 2020 dan mewujudkan lebih kurang 43,000 pekerjaan. Dalam proses itu, kami akan (1) membina dua peneraju global berpangkalan di Malaysia (setiap satu dengan hasil melebihi RM1.5 bilion); (2) memperakui dua syarikat dan 100 orang profesional penyumberluaran setahun; (3) meningkatkan skor indeks kesedaran jenama10 syarikat penyumberluaran Malaysia dalam pasaran sasaran sehingga 50% menjelang 2015; dan (4) mencapai pengurangan 20 hingga 30% dalam perbelanjaan Kerajaan dan GLC ke atas IT bukan teras dan proses perniagaan.

EPP 3: Menempatkan Malaysia sebagai Hab Pusat Data Bertaraf Dunia Rasional Pusat data (DC) merupakan kemudahan selamat khas yang menempatkan sistem komputer canggih dan peralatan telekomunikasi. Ini merupakan komponen struktur utama untuk sebuah ekosistem infrastruktur IT perusahaan. Sistem ini menyokong operasi harian aplikasi dan pemprosesan data di samping pemulihan bencana. Selain daripada menyediakan pekerjaan bernilai tinggi dalam ekosistem IT, DC juga mewujudkan kesan lebihan yang positif ke atas industri lain (iaitu telekomunikasi, perkakasan dan perisian IT serta perkhidmatan pembinaan). Industri DC di Asia Pasifik dijangka akan berkembang sebanyak 16.3% setahun, mencecah RM10.9 bilion menjelang 2014.11 Kami percaya terdapat peluang yang menarik untuk membangunkan hab DC bertaraf dunia di Malaysia berdasarkan trend yang berikut: • Peningkatan permintaan luar. Permintaan dari luar negara disebabkan oleh (1) pihak multinasional yang berminat untuk menggabungkan operasi serantaunya di Asia Pasifik bertujuan untuk mencapai ekonomi ikut bidangan; (2) pembekal kandungan yang menubuhkan nod serantau di Asia Pasifik untuk berada lebih dekat dengan pengguna akhir mereka; (3) pembekal perkhidmatan awan yang hendak mengembangkan asas pengguna mereka di rantau ini; dan (4) pembekal perkhidmatan antarabangsa yang hendak mengembangkan perkongsian dengan pembekal tempatan; • Kenaikan kos menjalankan perniagaan kepada peneraju pasaran semasa: Sementara Hong Kong dan Singapura telah mengukuhkan status mereka sebagai peneraju pasaran ASEAN, kombinasi gaji dan kos harta tanah yang lebih tinggi di kedua-dua negara itu12 mula membuka peluang untuk negara lain di ASEAN; dan

11 Ini merujuk kepada bahagian pengguna dalam pasaran yang sedar tentang kewujudan sesuatu jenama 12 Strategic Analysis of the Asia Pacific Infrastructure Hosting Markets, Frost & Sullivan, Feb 2009 13 Frost and Sullivan, November 2009

448

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

• Peningkatan permintaan domestik terhadap penyumberluaran IT (ITO), penyumberluaran proses perniagaan (BPO) dan kandungan kreatif: Pertumbuhan DC sudah pun dirancakkan oleh industri ITO, BPO dan kandungan multimedia kreatif tempatan. MDeC menjangkakan industri kandungan kreatif Malaysia akan berkembang pada kadar purata 11.4% untuk mencecah RM16 bilion menjelang 2013. Kami yakin Malaysia mempunyai potensi untuk muncul sebagai hab DC bertaraf dunia. Kami mendefinisikannya sebagai memiliki bahagian yang agak besar dalam hasil DC di Asia Pasifik, menjadi pembekal perkhidmatan DC tempatan yang dipercayai serta memiliki pengiktirafan dalam menawarkan perkhidmatan terurus yang bernilai tinggi. Kami berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur DC dan meningkatkan bekalan ruang DC di Malaysia daripada 0.5 juta kaki persegi kepada 5 juta kaki persegi menjelang 2020 untuk mengambil kesempatan daripada pertumbuhan hasil DC yang mantap di Asia Pasifik. Tindakan Untuk membangunkan Malaysia sebagai hab DC bertaraf dunia, pihak industri dan Kerajaan akan berusaha untuk menyelaraskan usaha penjualan. Kami juga akan mempertingkatkan kredibiliti Malaysia sebagai hab DC dengan mewujudkan tanda aras bagi perkhidmatan dan menambah baik piawaian privasi. Selain itu, kami juga akan membangunkan modal insan untuk mengambil kesempatan daripada perkhidmatan terurus yang bernilai tinggi dan meningkatkan bilangan syarikat yang diiktiraf. Meningkatkan jualan ruang lantai DC Malaysia kepada 2.5 juta kaki persegi menjelang 2015 dan 5 juta kaki persegi menjelang 2020, yang menjadi ukuran terhadap kejayaan Malaysia dalam menguasai hasil pasaran Asia Pasifik yang semakin membesar. Dengan 0.5 juta kaki persegi pada 2010, Malaysia membekalkan lebih kurang 4% ruang lantai DC Asia Pasifik. Kami merancang untuk meningkatkan jualan menjelang 2015, dengan menumpukan fokus terhadap usaha industri, menyasarkan rakan sejawat serantau dan meningkatkan daya saing negara dari segi kos. OM akan menubuhkan kumpulan fokus DC yang terdiri daripada 16 buah syarikat DC utama di Malaysia. Kumpulan fokus ini akan bekerjasama dengan MDeC untuk memudahkan syarikat asing beroperasi di pasaran negara. Ini juga untuk meningkatkan bekalan ruang lantai DC mengikut jangkaan saluran permintaan. Selain itu, menerusi OM, kumpulan fokus ini juga akan menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam sektor DC Malaysia dengan mengadakan sesi persidangan, bengkel dan pembangunan modal insan secara usaha sama dengan Inisiatif Pembangunan Pekerja Berilmu (K-Workers) MDeC. Dengan usaha sama Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri, MDeC dan OM akan melancarkan jerayawara dan misi dagangan yang menumpukan kepada menggerakkan pelaburan serantau. Serentak dengan itu juga, NKEA Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur akan memacu usaha untuk mengurangkan kos lebar jalur bagi meningkatkan daya saing Malaysia dalam kos komponen yang signifikan ini. Keupayaan Malaysia dalam menonjolkan dirinya sebagai hab DC bertaraf dunia bergantung pada keupayaannya untuk menawarkan lebar jalur yang kompetitif. Kos lebar jalur Malaysia - yang berbeza-beza antara RM96 hingga RM256 setiap megabait sesaat sebulan - pada masa ini mewakili 30% kos operasi DC iaitu dua kali lebih tinggi daripada Singapura dan tiga kali lebih tinggi daripada Hong Kong13,14, (Carta 12-7).

13 Kos lebar jalur Malaysia dikira berdasarkan kadar Mbps sebulan daripada TM (RM96), Global Transit (RM240), PCCW (RM256) dan TATA (RM256), sementara lebar jalur Singapura dikira berdasarkan kadar daripada SingTel (RM96), NTT (RM64), PCCW (RM83) dan TATA (RM90) 14 Dikira berdasarkan operasi pusat data sebesar 40,000 kaki persegi dengan 2,000 rak, 60 kakitangan, 2Mbps akses Internet setiap rak, 2kW kuasa setiap rak dan pelunasan selama 7 tahun

Program Transformasi Ekonomi 449 Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 12-7

Kos lebar jalur nyata lebih tinggi berbanding pesaing serantau Purata kos 1 Gbp setahun RM bilion

Komponen kos utama untuk pusat data di Malaysia

Lebar jalur domestik

Lebar jalur Internet 1.9

0.7 0.2

1.0

0.7

Hong Kong

Guna tenaga 1.0

Penyenggaraan

0.4

0.2 AS

Peratus

Singapura

Malaysia

Ruang sewa

10

6

Elektrik

30

7

Julat kos Internet lebar jalur Purata kos 1 Gbp setahun RM bilion

Rendah

Tinggi

Pelunasan

17 30

3.07

0.77

1.15

Singapura

1.15

Rangkaian dan lebar jalur

Malaysia

Mempertingkatkan kredibiliti Malaysia sebagai hab DC. Untuk menarik minat pelabur DC, negara perlu meningkatkan kredibiliti berkaitan dengan kualiti golongan DC tempatan dan keteguhan piawaian privasi negara. MDeC dan OM akan bekerjasama dengan Institut Uptime untuk meningkatkan 16 DC di Malaysia ke tahap piawaian pengesahan global. Penandaan aras garis dasar keseluruhan akan dijalankan pada 2010, diikuti dengan pembangunan pelan hala tuju untuk setiap 16 DC tersebut mencapai pengiktirafan Uptime menjelang 2013. MDeC akan menerajui satu kempen yang agresif untuk memasarkan Malaysia sebagai lokasi DC serantau pilihan. Ini termasuk ulasan industri oleh Broadgroup dan IDC, penyertaan dalam jerayawara antarabangsa dan serantau serta meningkatkan kehadiran dalam persidangan DC antarabangsa. Dengan pewartaan Akta Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan pejabat pelaksana menjelang Januari 2011. Ini bagi meningkatkan kesedaran awam serta mendapatkan maklum balas mereka untuk membangunkan peraturan yang berkaitan dengan perlindungan privasi data menjelang Disember 2011. Membina modal insan untuk perkhidmatan terurus bernilai tinggi. Untuk menyokong pertumbuhan sebagai Hab DC bertaraf dunia, Malaysia perlu mempunyai kumpulan pekerja mahir DC. Ini dapat dicapai melalui empat inisiatif berdasarkan pendidikan dan perkongsian pengetahuan. Kami akan membina asas DC di universiti-universiti, dengan meminta MDeC, OM dan Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan kursus DC di universiti-universiti (termasuk perangkaian, pemayaan pelayan, IT hijau), sebagai sebahagian program ijazah sedia ada atau yang bakal diperkenalkan. Kajian semula kursus DC akan dijalankan setiap tahun bagi memastikan ia memenuhi keperluan industri. Untuk mengaitkan pendidikan dengan pengalaman, kami akan memanfaatkan model U-Grad MDeC. Mulai Jun 2011, MDeC akan menempatkan pelatih dengan pembekal perkhidmatan DC sebagai sebahagian daripada latihan industri pelajar.

450

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Bermula tahun 2011, tenaga pengajar DC akan diperakui sebagai Pakar DC Bertauliah (CDCE), diakreditasi oleh Institut Peperiksaan Sains Maklumat.Ini termasuk di bawah Program Pembangunan Keupayaan Koridor Raya Multimedia yang diterajui oleh MDeC. OM dan MDeC akan menerajui bengkel dwi-tahunan dan persidangan tahunan untuk membolehkan perkongsian pengetahuan di kalangan komuniti DC di Malaysia. Pembiayaan Pembiayaan sebanyak RM4.25 bilion diperlukan, dan daripada jumlah ini RM4.23 bilion akan diperoleh daripada sektor swasta dan bakinya akan dibiayai oleh sektor awam. Impak Dengan penubuhan hab DC bertaraf dunia di Malaysia, negara akan menjana lebih kurang RM2.4 bilion dalam peningkatan PNK pada 2020 dan mewujudkan lebih 13,000 pekerjaan. Kami akan menilai impak tersebut dengan mencapai sasaran 5 juta kaki persegi ruang DC dan 9,000 orang profesional DC yang diiktiraf menjelang 2020, di samping 16 DC yang beroperasi menurut piawaian penanda aras antarabangsa (Uptime) menjelang 2013 dan menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi (Personal Data Protection Act atau PDPA) menjelang 2011.

MEMBANGUNKAN SEGMEN PERTUMBUHAN MASA DEPAN Malaysia tidak mampu lagi untuk berdiam diri dalam dunia yang pesat berubah dengan persaingan yang semakin sengit. Ketika kami mempergiatkan kelebihan semasa negara, kami tidak harus lupa meninjau masa depan untuk mengenal pasti industri dan pekerjaan yang akan menggerakkan pertumbuhan dalam dekad akan datang dan selanjutnya. Terdapat banyak contoh negara yang berpandangan jauh telah menandingi pesaingnya apabila mereka melabur lebih awal dalam sektor yang baru muncul. Sebagai contoh, pada awal tahun 2000, Korea Selatan giat melabur dalam penyambungan jalur lebar, dan hasilnya, ia kini merupakan negara dengan penembusan jalur lebar tertinggi di dunia. Ini menggalakkan pertumbuhan dalam serangkaian produk dan perkhidmatan, termasuk telefon pintar, teknologi wayarles dan perkhidmatan hiburan kediaman seperti video atas permintaan. Lebih terkini, negara Malta telah membuat komitmen sebanyak RM288 juta untuk membiayai pembinaan grid pintar nasional pertama dunia. Menjelang 2012, mereka akan memasang 250,000 meter elektrik pintar di kediaman dan perniagaan. Selain daripada mengurangkan penggunaan tenaga, Malta sudah bersedia untuk menjadi pangkalan ujian bangunan dan teknologi pintar, yang menggalakkan pelaburan dan mewujudkan pekerjaan.

EPP 4: Melonjakkan Industri Teknologi Hijau yang Rancak Rasional Teknologi hijau ditafsirkan sebagai produk dan perkhidmatan yang mengurangkan penggunaan tenaga dan meminimumkan pencemaran (Carta 12-8). Sesetengah segmen seperti tenaga alternatif sedang mengalami pertumbuhan pesat sebanyak 30 hingga 40% setahun pada peringkat global.

Program Transformasi Ekonomi 451 Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 12-8

Perkhidmatan hijau mengunjukkan potensi penjimatan tenaga sebanyak RM295 bilion menjelang 2020 Perkhidmatan hijau melibatkan golongan arkitek, jurutera, pengurus tenaga dan pengurus karbon TIDAK TERHAD Firma pengurusan tenaga • Audit dan syor penjimatan • Perjanjian prestasi tenaga Firma pengurusan air • Audit dan syor penjimatan air • Nasihat mengenai pengitaran semula air dalaman dan yang berkaitan

Perkhidmatan ini akan menjana penjimatan tenaga sebanyak RM295 bilion menjelang 2020 Penjimatan terkumpul daripada kecekapan tenaga menjelang 2020 RM billion 350 300 250

Perkhidmatan rekaan yang mampan • Membangunkan dan mengubah suai bangunan menjadi bangunan 'hijau', contohnya Indeks Bangunan Hijau

200

Firma pengurusan bahan buangan • Menyediakan kepakaran dalam strategi sisa, seperti kitar semula dan pengurusan sisa toksik

100

Pembekal perkhidmatan tenaga diperbaharui • Perundingan untuk projek tenaga boleh diperbaharui • Perkhidmatan seperti penilaian kesesuaian ekonomi, reka bentuk projek, peruntukan kepakaran teknikal dalam pembinaan loji tenaga boleh diperbaharui

150

50 0 2010

11

12

13

14

15

16

Kecekapan yang dicapai menjelang 2020: (garis dasar penggunaan tenaga 2010)

17

18

19 2020 40% 25% 10%

Pewujudan industri teknologi hijau di Malaysia akan membawa manfaat di atas sebab-sebab yang berikut: • Membantu Malaysia mencapai sasaran pengurangan emisi: Malaysia telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 40% menjelang 2020, berdasarkan paras tahun 2005. Untuk mencapai matlamat ini, negara mesti menambah bekalan dan permintaan produk dan perkhidmatan hijau; • Menjana penjimatan kos yang agak besar: Dijangkakan bahawa peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 40% menjelang 2020 akan menghasilkan penjimatan kos sebanyak RM295 bilion (Carta 128); dan • Mewujudkan bilangan pekerjaan yang ketara: Membina industri teknologi hijau yang rancak akan turut mewujudkan rangkaian jawatan berkemahiran tinggi, seperti di negara lain yang juga melaksanakan pelaburan yang serupa. Sebagai contoh, penggajian hijau di Scotland dijangka akan menghasilkan sebanyak 60,000 pekerjaan dalam sektor hijau menjelang 202015. Langkah-langkah telah pun diambil supaya Malaysia dapat mengembangkan sektor teknologi hijau. Walau bagaimanapun, kemajuan agak terkekang oleh subsidi minyak yang meningkatkan kos relatif teknologi hijau, menjadikan golongan peniaga dan pengguna tidak begitu menyedari kewujudannya. Selain itu, peruntukan kewangan kepada syarikat perkhidmatan hijau tidak mencukupi, malahan bekalan produk dan perkhidmatan hijau juga terhad. Sebagai contoh, sejak 2004, hanya 15 produk telah dikemukakan untuk mendapatkan pengesahan ekolabel16. 15 NewEnergyFocus Report, March 2010 16 SIRIM Berhad (dahulu dikenali sebagai Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia)

452

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Aspirasi negara adalah untuk melonjakkan sektor teknologi hijau di Malaysia dalam usaha membina industri teknologi hijau dan mewujudkan pekerjaan dalam sektor yang pesat berkembang ini. Dalam proses ini, kita turut menjana penjimatan kos yang besar di samping mengurangkan jejak karbon Malaysia. Tindakan Untuk mencapai matlamat tersebut, kami akan bertindak untuk menggalakkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan hijau, mengukuhkan pembekal dan mengukur, memantau serta mengumumkan kemajuan persekitaran Malaysia. Menggalakkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan hijau. Kerajaan akan menerajui usaha mempertingkatkan kecekapan dan pertumbuhan industri teknologi hijau. Pertama, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan menetapkan matlamat kecekapan yang menuntut semua kementerian mesti mengurangkan penggunaan elektrik dan air sebanyak 10% setahun mulai 2011 hingga 2013. Kedua, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menetapkan matlamat dalam kesemua kementerian bahawa 50% produk dan perkhidmatan yang dibeli oleh sektor awam mesti memiliki pengesahan ekolabel menjelang 2020. Oleh itu, suatu dasar pemerolehan awam hijau akan dilaksanakan pada Oktober 2011, untuk memberikan keutamaan kepada pengeluar tempatan, menetapkan garis panduan pembelian untuk produk yang mempunyai ekolabel dan menetapkan perakuan kecekapan tenaga yang diperlukan bagi produk tertentu. Kerajaan juga akan meninjau perubahan dasar yang ada bagi mengurangkan impak persekitaran Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan industri teknologi hijau Malaysia. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menggalakkan budaya pemuliharaan dan kecekapan. Pada 2011, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyelaraskan program pendampingan dan memasukkan kesedaran persekitaran dalam kurikulum sekolah pada 2011, contohnya, melalui promosi dan penggalakan penggunaan buku aktiviti yang dikeluarkan oleh Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga. Memperkukuhkan pembekal produk dan perkhidmatan hijau melalui akreditasi, pembangunan kemahiran dan akses kepada kewangan. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan membangunkan sebuah rangka kerja akreditasi untuk syarikat tenaga bagi memperbaiki dan menyelia syarikat perkhidmatan tenaga pada 2011. Rangka kerja itu akan mengambil kira tahap kepakaran teknikal, asas modal dan keterperincian perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Teknologi hijau memerlukan kemahiran baharu untuk tugas yang baharu seperti pedagang karbon, jurutera persekitaran, perunding grid pintar, perunding kelestarian, pereka turbin angin, perunding Mekanisme Pembangunan Bersih dan pengurus tenaga. Kemahiran teknologi hijau akan dimasukkan dalam kurikulum kursus semasa, termasuk bidang seni bina, kejuruteraan dan perancangan bandar menjelang 2012. Selain itu, satu senarai pekerjaan teknologi hijau di bawah NOSS (Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan) dan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) akan dibangunkan menjelang pertengahan 2011, justeru, melaksanakan piawaian umum untuk pengamal teknologi hijau. Projek hijau bergantung pada peminjam yang berpengetahuan. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menjalankan seminar pendidikan bersama institusi kewangan pada 2011, untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan projek hijau bagi meningkatkan tahap pemberian pinjaman. Seminar ini akan tertumpu pada struktur bayar balik untuk projek kecekapan tenaga.

Program Transformasi Ekonomi 453 Hala Tuju Untuk Malaysia

Mengukur, memantau dan mengumumkan kemajuan persekitaran. Untuk menyediakan asas kepada laporan tahunan pengurusan persekitaran, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menjejaki impak persekitaran dan kemajuan sektor teknologi hijau Malaysia dalam sebuah pangkalan data. Menjelang pertengahan 2011, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menentukan skop pangkalan data tersebut dan petunjuk yang perlu dikumpulkan. Selain itu ia akan memberitahu peranan dan tanggungjawab kepada pertubuhan industri yang berkaitan. Bermula 2011, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menerbitkan laporan tahunan pengurusan persekitaran untuk menjejaki kemajuan Malaysia berdasarkan KPI dan meningkatkan kesedaran berkaitan dengan skim persekitaran. Laporan ini akan menanda aras Malaysia di peringkat antarabangsa dan mengetengahkan penambahbaikan dalam keberkesanan keseluruhan Kerajaan dan sektor swasta di peringkat kebangsaan dan negeri. Ia juga akan membincangkan impak sebarang subsidi sedia ada untuk tenaga dan air. Pembiayaan Jumlah pembiayaan yang diperlukan ialah RM13.5 bilion, yang mana RM10.8 bilion akan datang daripada sektor swasta untuk dilaburkan dalam bangunan dan infrastruktur hijau. Pembiayaan yang selebihnya akan digunakan sebagai modal pelaburan bangunan hijau pihak Kerajaan untuk 10 tahun yang akan datang. Impak Malaysia akan menjana RM7.2 bilion PNK tambahan pada 2020 dan mewujudkan lebih 47,000 pekerjaan melalui usaha yang terselaras untuk melonjakkan industri teknologi hijau yang rancak ini. Pemacu utama peningkatan PNK ini adalah pertumbuhan hasil daripada pembekal perkhidmatan pembaharuan semula tenaga.

EPP 5: Mengembangkan Perkhidmatan Kejuruteraan Pengkhususan Tinggi Rasional Pasaran global untuk perkhidmatan kejuruteraan automotif dan aeroangkasa diramalkan akan meningkat dalam dekad akan datang, menjangkau RM960 bilion menjelang 2020.17 Sebahagian besar usaha ini boleh dijalankan di luar pesisir, dengan jangkaan pasaran luar pesisir yang bernilai lebih RM320 bilion menjelang 2012. Perkhidmatan kejuruteraan mempunyai potensi yang ketara untuk meningkatkan PNK Malaysia atas beberapa sebab: • Mewujudkan pekerjaan yang bernilai tinggi: Industri perkhidmatan kejuruteraan yang rancak mewujudkan pekerjaan kejuruteraan rekaan dan teknologi yang bernilai tinggi, dan ini tidak bergantung pada kemajuan industri pembuatan domestik; • Bertindak sebagai sumber perolehan ilmu: Industri perkhidmatan kejuruteraan yang rancak akan menarik minat jurutera mahir yang terbaik ke Malaysia, termasuk diaspora Malaysia dan ekspatriat mahir; dan

17 Matryzel Consulting, 2008

454

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

• Membina keupayaan domestik yang bernilai tinggi: Hari ini, kebanyakan kerja reka bentuk bernilai tinggi untuk produk Malaysia menggunakan khidmat penyumberluaran seperti Taiwan, Korea dan Jepun. Dengan mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan secara domestik, Malaysia boleh mengguna pakai keupayaan dan guna tenaga domestik, justeru menggerakkan industri ini ke atas dalam rantaian nilai. Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan disebabkan asas sedia adanya yang kukuh. Negara mempunyai bilangan graduan kejuruteraan yang ramai untuk memenuhi keperluan tenaga kerja. Ia mempunyai permintaan domestik yang kukuh, digerakkan oleh industri automotif dan aeroangkasa tempatan. Tambahan pula, sesetengah syarikat Malaysia sudah pun memiliki kemahiran dalam bahan komposit,18 yang semakin banyak digunakan dalam industri. Untuk membolot peluang ini secara berkesan, industri ini mesti mengatasi kekurangan skala dan modal, kemahiran yang terbahagi dan kekurangan tenaga mahir (Carta12-9). Carta 12-9

Faktor yang membatasi pertumbuhan industri perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia Bilangan semasa tenaga kerja di syarikat utama Purata bilangan pekerja bagi setiap firma ~700+

Kekurangan skala • Kelok pembelajaran yang perlahan memandangkan firma hanya dapat memenuhi satu kontrak pada satu-satu masa • Volum kerja yang tidak memadai untuk syarikat berkembang Kekurangan modal • Modal yang tidak mencukupi untuk melabur dalam teknologi yang diperlukan, contohnya perisian analisis elemen terhad, perisian reka bentuk dibantu komputer • Modal yang berkurangan untuk membantu pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada jurutera Malaysia Kepakaran terbahagi • Kepakaran bersifat terpencil di syarikat masing-masing, yang menghalang industri secara keseluruhan untuk memenuhi semua kitaran hayat produk kejuruteraan

~20-30 Malaysia

India

Tenaga kerja mahir • Tidak cukup kemahiran komunikasi dan kepakaran lain • Perlukan latihan kemahiran teknikal yang khusus pada industri • Kos latihan ditanggung oleh syarikat, sekiranya latihan digabungkan, wujudnya potensi kecekapan yang lebih baik

Syarikat-syarikat memerlukan skala dan kualiti kerja untuk bersaing dengan jayanya di pasaran global

Negara telah mengenal pasti beberapa inisiatif yang akan membolehkan industri perkhidmatan kejuruteraan khusus19 menguasai sebahagian besar pasaran antarabangsa. Aspirasi negara adalah untuk mewujudkan syarikat perkhidmatan kejuruteraan aeroangkasa dan syarikat perkhidmatan kejuruteraan automotif yang memiliki keberdayasaingan global. Dalam pada itu, negara dapat menyediakan keadaan pasaran untuk menarik masuk kerja perkhidmatan kejuruteraan bernilai tinggi ke Malaysia.

18 Bahan komposit adalah gentian sangat kukuh baharu yang disatukan dalam matriks resin, maka ia lebih kukuh dan ringan daripada bahan tradisional 19 Memfokuskan pada satu barisan perniagaan

Program Transformasi Ekonomi 455 Hala Tuju Untuk Malaysia

Tindakan Untuk mencapai matlamat mewujudkan dua buah syarikat perkhidmatan kejuruteraan yang memiliki keberdayasaingan global, kita telah membangunkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan, menggalakkan permintaan untuk perkhidmatan kejuruteraan dan mempercepatkan pengembangan global. Meningkatkan kemahiran dan keupayaan melalui latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kerajaan akan menyediakan geran latihan jurutera bernilai RM24 juta mulai 2011 hingga 2013. Geran tersebut disediakan untuk melatih 708 orang jurutera terpilih di Strand Aerospace Malaysia dan DreamEdge Sdn Bhd supaya syarikat boleh memeterai kontrak dengan syarikat seperti Nissan atau Suzuki. Selain itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mentadbir geran sebanyak RM60 juta agar para jurutera ini dilengkapi perisian reka bentuk berbantukan komputer (CAD) untuk kontrak ini mulai 2011 hingga 2013. Advanced Manufacturing Institute akan menubuhkan sebuah pusat R&D untuk kejuruteraan aeroangkasa dan automotif menjelang penghujung 2010. Ia juga akan menyelaraskan hubungan antara akademik dan industri dalam membangunkan produk yang mempunyai kaitan dengan industri, yang kemudiannya boleh ditawarkan kepada pelanggan global. Pusat R&D tersebut akan memfokuskan pada bidang yang mana Malaysia mempunyai kepakaran sedia ada: iaitu, teknologi komposit dan pengoptimuman reka bentuk proses. Menjana permintaan untuk perkhidmatan kejuruteraan melalui pembangunan jenama dan memanfaatkan ofset dan pembelian Kerajaan. MATRADE akan melaksana dan memasarkan jenama Perkhidmatan Kejuruteraan Malaysia, yang akan menekankan ketersediaan perkhidmatan kejuruteraan bertaraf dunia di Malaysia. Kakitangan MATRADE di luar negara akan memberi tumpuan kepada pelanggan industri aeroangkasa dan automotif di Eropah dan Jepun. MATRADE akan melancarkan jenama itu di pameran Perkhidmatan Kejuruteraan Dipro di Jepun pada Disember 2010. Kerajaan boleh memanfaatkan dasar ofset Kementerian Pertahanan yang sedia ada untuk mengembangkan industri kejuruteraan aeroangkasa dan automotif. Penjual mesti menyediakan 50% nilai produk dan perkhidmatan asing yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan sebagai ofset, iaitu perjanjian untuk membeli produk dan perkhidmatan Malaysia sebagai ganti. Mulai 2010, Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) akan memfokuskan pada kerja perkhidmatan kejuruteraan sebagai sebahagian daripada komitmen ofset baharu yang dihutangkan pada Kerajaan Malaysia. Pada 2010 Kementerian Pertahanan akan menandatangani Perjanjian Pembelian Terus dengan beberapa buah firma kejuruteraan tempatan untuk membangunkan teknologi integriti pesawat udara. Teknologi ini akan memastikan keselamatan struktur dan melanjutkan penggunaannya, mengurangkan kos menaik taraf atau menggantikan pesawat udara. Teknologi ini akan diguna pakai pada pesawat udara awam dan struktur aero yang berkaitan dan akan dipasarkan ke negara-negara Asia dan Timur Tengah. Mempercepatkan pengembangan global. Menjelang 2013, Strand Aerospace Malaysia dan DreamEdge Sdn Bhd dijangka akan mencapai jumlah kritikal dengan lebih 700 jurutera terlatih serta rekod prestasi projek yang telah dilaksanakan untuk pelanggan antarabangsa. Pada peringkat ini, syarikat itu akan cuba memperoleh usaha sama perkongsian dan gabungan strategik dengan syarikat antarabangsa, seperti Bombardier, Airbus, GKN Aerospace, Nissan dan Honda. Ini akan mempertingkatkan akses pasaran dan pemindahan teknologi syarikat tempatan di samping memastikan aliran kerja yang mencukupi selama

456

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

lapan tahun akan datang serta memacu lagi pertumbuhan industri. Kami akan mengukur kejayaan ini dengan menyasarkan 17 kontrak termeterai bersama pembuat peralatan tulen tempatan dan antarabangsa (OEM). Ini bersamaan 20 hingga 100 pekerjaan kerja tetap di Strand Aerospace Malaysia dan DreamEdge Sdn Bhd menjelang 2012. Pembiayaan Usaha ini memerlukan perbelanjaan modal sebanyak RM1.1 bilion, yang mana, RM1 bilion datang daripada sektor swasta. Perbelanjaan sektor awam sebanyak lebih kurang RM0.1 bilion adalah khusus untuk latihan dan geran perisian bagi membangunkan jurutera aeroangkasa dan automotif mulai 2011 hingga 2013. Impak Kami yakin bahawa industri ini mempunyai potensi untuk menyumbang RM3.5 bilion PNK pada 2020 dan mewujudkan lebih kurang 11,500 pekerjaan.

EPP 6: Membangunkan Malaysia sebagai Hab KPO Kewangan Islam Global Rasional Aspirasi negara adalah untuk memanfaatkan kedudukan kita sebagai peneraju dalam kewangan Islam. Kami akan menubuhkan perkhidmatan penasihat kewangan Islam yang bernilai tinggi untuk dipasarkan ke peringkat global melalui platform am dengan memberi fokus kepada pertumbuhan industri baharu dan berinovatif. Malaysia merupakan pasaran ketiga terbesar dalam kewangan Islam dan adalah peneraju pasaran dalam pengeluaran sukuk di mana 48% dari pengeluaran sukuk global berasal dari Malaysia (Carta 12-10). Kedudukan pendahuluan ini disokong oleh platform dagangan komoditi yang pertama di dunia yang mematuhi Syariah dan didukung oleh rangka kerja penyelesaian pertikaian yang juga mematuhi Syariah. Carta 12-10

Malaysia adalah pasaran ketiga terbesar untuk kewangan Islam di peringkat global Nilai pasaran perbankan Islam pada 2007

Pecahan aset pematuhan Syariah global

RM billion

Peratus Perbankan Islam

0.4 11.5

506 163 Malaysia Brunei

Takaful

78.9

323

GCC

Dana amanah Islam

4.7 3.6

1,136

Iran

Sukuk Dana ekuiti Islam

1,578

Pakistan

SUMBER: The Banker, 2009; Top 500 Islamic Financial Institutions (TIFI)

Program Transformasi Ekonomi 457 Hala Tuju Untuk Malaysia

Berlandaskan kelebihan daya saing negara dalam kewangan Islam – pengalaman, infrastruktur dan pengetahuan - Malaysia akan menubuhkan sebuah konsortium yang akan mempromosikan negara secara aktif sebagai hab kewangan Islam yang unggul. Ini dilakukan melalui peruntukan perkhidmatan perundingan dan penasihatan kewangan Islam ( I-FACS) yang bernilai tinggi. I-FACS akan terdiri daripada cendekiawan dan pengamal Syariah, peguam kewangan Islam, akauntan, aktuari dan juruaudit Syariah yang akan melaksanakan fungsi pematuhan Syariah. Ia akan menawarkan perkhidmatan meluas dalam pasaran modal Islam, pengurusan dana Islam, kewangan dan penasihat korporat Islam. Usaha sama pemain industri menerusi konsortium I-FACS akan menyediakan landasan untuk menangani cabaran industri global secara berkesan: • Proses pengeluaran yang kompleks: Proses sukuk memerlukan kepakaran dari awal hingga akhir, iaitu, daripada mendapatkan khidmat untuk penerbitan sehingga jualan produk. I-FACS akan menggabungkan sumber kumpulan untuk menerbitkan sukuk dan memenuhi penanda aras antarabangsa piawaian kewangan dan masa untuk memasarkannya; • Pembangunan produk: Majoriti produk kewangan Islam adalah berasaskan rangka kerja konvensional yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan Syariah yang membawa kepada kitaran pembangunan produk yang panjang, iaitu 12 hingga 17 bulan. Konsortium itu bakal menawarkan produk inovatif untuk menguasai pertumbuhan industri baharu yang berlandaskan Syariah bermula dari pembangunan produk; • Pengharmonian piawaian: Malaysia dikenali sebagai pusat kewangan Islam yang terbuka untuk menerima pendapat pelbagai aliran pemikiran. Kami akan mengekalkan keandalan ini dalam usaha untuk terus menarik minat ramai pengeluar antarabangsa. Oleh itu, Malaysia akan menjadi tempat pengeluaran sukuk dan pembangunan produk kewangan; dan • Akses kepada kepakaran: Banyak negara tidak mempunyai kumpulan pakar tempatan yang mencukupi dan ini perlu untuk memastikan kecekapan penyampaian produk dan instrumen kewangan Islam (iaitu cendekiawan Islam, peguam, juruaudit, akauntan dan pakar yang mematuhi Syariah). Konsortium I-FACS akan menangani keperluan ini dengan mengenal pasti jenis kemahiran khas yang diperlukan bagi peruntukan perkhidmatan penasihatan dan perundingan. Selain itu, ia perlu mengenal pasti cara untuk menyediakan perkhidmatan ini pada kadar yang berdaya saing di peringkat global. Ini dilakukan melalui penerapan kepakaran yang sedang disediakan oleh ISRA, INCEIF, IBFIM dan firma kepakaran kewangan Islam tempatan. Pelbagai pengawalselia Malaysia sedang merangka parameter amalan yang terbaik yang akan menghasilkan garis panduan yang mewajibkan kajian semula audit Syariah untuk bank dan institusi kewangan Islam negara. Ini akan mendorong pewujudan industri baharu yang berkemahiran khas dalam fungsi pematuhan Syariah yang akan dilaksanakan oleh juruaudit Syariah. Kami menjangkakan institusi kewangan global akan menuruti jejak langkah negara ke arah pematuhan Syariah. I-FACS pula akan bersedia merebut peluang untuk berada di barisan hadapan dalam pertumbuhan industri ini.

458

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Tindakan Dalam usaha untuk mengintegrasikan penyediaan penasihatan kewangan dan perkhidmatan perundingan Islam yang boleh menguasai permintaan pasaran global, tindakan berikut akan dilaksanakan. Matlamat keseluruhannya adalah untuk mendapat 10 bank dari dua rantau (negara Asia Tenggara dan Majlis Koperasi Teluk) sebagai pelanggan I-FACS menjelang 2015. Jawatankuasa Kepimpinan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan. Satu Jawatankuasa Kepimpinan akan diwujudkan yang terdiri daripada wakil institusi kewangan dan bank Islam, pengawal atur, pemain industri dan cendekiawan serta pakar Islam. Jawatankuasa tersebut akan menjalankan satu kajian kebolehlaksanaan berkaitan dengan mekanisme dalam menawarkan perkhidmatan penasihatan dan perundingan Syariah di pasaran antarabangsa. Langkah-langkah yang disyorkan akan digabungkan dalam Pelan Induk Perkhidmatan Kewangan untuk sepuluh tahun akan datang yang sedang disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Mengintegrasikan kepakaran Malaysia melalui konsortium I-FACS untuk menawarkan perkhidmatan penasihatan dan perundingan Islam khas. Konsortium I-FACS akan diterajui oleh pengamal industri yang memiliki jenama terkenal pada peringkat antarabangsa. Ahli konsortium ini akan bekerjasama dalam pemasaran bertumpu untuk mengenal pasti peluang dalam kewangan Islam bersamasama dan di bawah bimbingan MIFC. Ini akan menjadi suatu peristiwa penting apabila platform I-FACS akan memulakan aktivitinya pada pertengahan 2011. Keupayaan pasaran di luar negara. Malaysia akan ditempatkan sebagai hab penyumberluaran kewangan Islam unggul. Mulai pertengahan 2011, geran MATRADE akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan pemasaran di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (termasuk Arab Saudi, UAE dan Kuwait) dan di Asia Tenggara (termasuk Singapura, Hong Kong dan Indonesia). Usaha ini akan dijalankan melalui pejabat cawangan MATRADE dan pesta perdagangan. Matlamat kita adalah untuk menghadiri persidangan dan pesta perdagangan antarabangsa termasuk Forum Kewangan Islam Antarabangsa, Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan Forum Halal Dunia (WHF) di negara-negara sasaran pada setiap bulan sehingga 2013. Membangunkan kecekapan pengauditan yang berlandaskan Syariah. Tidak dapat dinafikan bahawa bilangan juruaudit Syariah negara tidak mencukupi. Maka, platform I-FACS akan menguasai pasaran pertumbuhan industri baharu ini dengan memberi pelanggan akses mudah kepada sebilangan besar profesional mahir dan firma yang berpengalaman dengan kecekapan yang terbukti. Konsortium ini juga akan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan latihan ke seluruh firma untuk mengembangkan bilangan juruaudit Syariah. Pembiayaan Perbelanjaan modal dijangka berjumlah RM217 juta, dengan RM192 juta daripada sektor swasta. Impak Kami berazam untuk mewujudkan impak PNK berjumlah RM3.1 bilion dan 2,010 pekerjaan baharu menjelang 2020.

Program Transformasi Ekonomi 459 Hala Tuju Untuk Malaysia

PELUANG PERNIAGAAN Selain EPP tersebut, terdapat peluang perniagaan lain yang akan menyokong pertumbuhan industri ini. Kita telah menggariskan tiga peluang perniagaan khusus selain daripada pertumbuhan biasa dalam sektor dan juga selain daripada EPP ini. Bidang keempat - meningkatkan sumber tenaga mahir – bertindak sebagai satu peluang perniagaan dan juga pemboleh lazim untuk sektor ini. Ini akan dijelaskan dalam bahagian Pemboleh Lazim. Secara keseluruhan, peluang perniagaan ini dijangka akan menyumbang sebanyak RM19.5 impak peningkatan PNK pada 2020. Sebanyak RM12.3 bilion datang daripada peluang perniagaan khusus yang dijelaskan di sini dan sebanyak RM7.2 billion datangnya daripada pertumbuhan sektor organik. Selain itu, peluang perniagaan ini dijangka akan mewujudkan 107,000 pekerjaan baharu menjelang 2020.

Peluang Perniagaan 1: Firma Pembinaan Pelbagai Disiplin Terdapat hubung kait yang rapat antara perkhidmatan profesional berkenaan pembinaan dan industri pembinaan secara keseluruhan, yang mana lebih kurang 13 hingga 15% nilai projek merupakan fi untuk khidmat profesional projek pembinaan tersebut. Sektor pembinaan Malaysia masih lagi bergantung pada permintaan Kerajaan; iaitu 40 hingga 60% hasil datangnya daripada kontrak Kerajaan. Firma pembinaan berbilang disiplin (MDP) menawarkan penyelesaian menyeluruh dalam bentuk turnkey, termasuk perkhidmatan seni bina dan kejuruteraan, perkhidmatan pembinaan, malah pengurusan hartanah dalam satu kontrak. Pada peringkat global, kontrak pelbagai disiplin ini semakin diterima, memandangkan pelanggan lebih cenderung kepada kebertanggungjawaban sepusat berbanding menguruskan sebilangan kontrak yang berbeza-beza. Memandangkan kontrak Kerajaan mewakili sebahagian besar pasaran, proses pemerolehan Kerajaan berpotensi untuk mempengaruhi kemahiran dan keupayaan yang diperlukan oleh industri secara positif. Negara akan mengenal pasti dan menganugerahkan projek kontrak pemerolehan Kerajaan kepada firma MDP. Firma MDP akan diiktiraf dan dibenarkan untuk membida tender perkhidmatan pembinaan profesional menjelang pertengahan 2011. Pendaftaran untuk firma MDP akan dibenarkan melalui Kementerian Kewangan dan tiga projek rintis akan dianugerahkan kepada firma MDP menjelang penghujung 2011. Pada masa akan datang, Kementerian Kewangan akan menganugerahkan kontrak yang lebih besar kepada firma MDP selaras susur masa yang telah ditetapkan untuk mengangkat industri ini supaya ia disamatarafkan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Peluang Perniagaan 2: Sektor Perakaunan Secara tradisinya, pertumbuhan sektor perakaunan dikaitkan dengan saiz keseluruhan ekonomi. Kebanyakan permintaan sektor ini digerakkan oleh keperluan pelaporan domestik, dan peraturan cukai domestik. Tambahan pula, tahap persaingan dalam sektor ini juga agak rendah. Secara relatif, kontrak pelanggan adalah stabil dalam jangka masa panjang, memandangkan penukaran juruaudit memperlihatkan petanda yang tidak baik kepada pasaran kewangan.

460

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Namun demikian, apabila kawalan penyeliaan pasaran dilonggarkan dan piawaian pelaporan global disatukan, peluang akan wujud untuk mengeksport perkhidmatan perakaunan pada masa depan. Malaysia mesti meningkatkan kualiti para akauntannya dan membangunkan himpunan kemahiran khusus dalam bidang seperti percukaian antarabangsa, perakaunan forensik dan perakaunan karbon selaras dengan bidang pertumbuhan masa depan supaya negara dapat mengambil kesempatan daripada peluang tersebut. Kualiti akauntan berkanun Malaysia perlu dimantapkan dengan memperkenalkan keperluan untuk memiliki kelayakan profesional yang diiktiraf (contohnya, ACCA, CPA, ICCA) sebelum diterima sebagai akauntan berkanun di Malaysia. Pada masa ini, kelayakan akauntan berkanun dianugerahkan secara automatik kepada graduan Malaysia selepas memiliki tiga tahun pengalaman dalam industri tersebut. Institut Akauntan Malaysia akan memperkenalkan keperluan tambahan untuk memiliki kelayakan profesional bagi melayakkan diri sebagai akauntan berkanun menjelang pertengahan 2012. Melalui pendidikan dan pengubahsuaian kepada dasar pemberian visa, Malaysia akan membangunkan kepakaran dalam pencukaian tidak langsung, pencukaian antarabangsa, penentuan harga pindahan, perakaunan forensik dan perakaunan karbon untuk meningkatkan peluang eksport. Kementerian Pendidikan Tinggi akan menambah baik keupayaan domestik dengan melancarkan program Sarjana baharu di universiti tempatan dalam bidang ini menjelang 2012. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri akan membantu pemindahan pengetahuan dengan melonggarkan sekatan terhadap kemasukan orang asing yang memiliki kemahiran khas menjelang pertengahan 2011.

Peluang Perniagaan 3: Industri Kandungan Multimedia Kreatif Global Insight melaporkan hasil daripada langganan dalam pasaran permainan dalam talian di Asia Pasifik berjumlah RM9.0 bilion pada 2007, dengan CAGR pada kadar 14.8% yang dijangka berlanjutan sehingga 2012. China dan Korea mendahului negara lain dalam sektor ini. Di Malaysia, hasil industri multimedia kreatif negara ialah sebanyak RM9.4 bilion pada 2008 menyumbang sebanyak 1.27% daripada KDNK. Ini diunjurkan untuk berkembang sebanyak 11.4% nilai CAGR untuk mencapai RM20 bilion pada 2013. Memandangkan industri multimedia kreatif masih agak baharu di rantau Asia Pasifik, Malaysia perlu menyiapkan asas untuk menawan bahagian pasaran. Cabaran utama termasuk: • Pendedahan, profil dan reputasi industri yang rendah: Ini menyebabkan pembiayaan dan pelaburan untuk syarikat adalah terhad bagi tujuan pengeluaran, pemasaran dan pengembangan; • Kurang kesedaran dan penguatkuasaan dasar dan pengawalan: Kurangnya kesedaran dan pemahaman hak harta intelektual industri kreatif, selain daripada tidak memahami metodologi untuk menilai dan melindungi harta intelek; • Kekurangan akses ke pasaran global: Pada masa ini, pereka kandungan Malaysia menjana kebanyakan hasil mereka daripada pasaran domestik. Bagi memastikan pertumbuhan yang mampan, syarikat pembangun kandungan tempatan perlu cuba memasuki pasaran global; dan • Tidak memiliki kecekapan dan kapasiti yang sewajarnya: Pereka kandungan Malaysia tidak berupaya merebut urus niaga antarabangsa dengan efektif disebabkan masalah struktur dalaman seperti kekurangan tenaga mahir yang berkualiti dari segi pra-penerbitan (penulis dan artis papan cerita) dan pengurus penerbitan. Kualiti dan kecekapan modal insan negara perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk memenuhi keperluan pasaran global.

Program Transformasi Ekonomi 461 Hala Tuju Untuk Malaysia

Inisiatif Kandungan Multimedia Kreatif Malaysia (MCMCI) adalah rangka kerja strategik yang diguna pakai oleh MDeC dalam mengembangkan industri multimedia kreatif. Negara telah mengenal pasti peluang yang wujud dalam dua bidang utama industri multimedia kreatif, iaitu pembangunan permainan dalam talian bertemakan ASEAN dan pembangunan animasi untuk industri hiburan (iaitu filem, televisyen). Ini dapat dipenuhi dengan meningkatkan pemasaran, pelaburan swasta dan membina satu kelompok modal insan dengan kemahiran yang tepat untuk sektor tersebut. Malaysia akan menubuhkan pejabat perwakilan dagangan fizikal di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, China dan Timur Tengah untuk memanfaatkan keperluan pasaran tersebut secara langsung. Penubuhan pejabat perdagangan melalui gabungan erat dengan pengedar dan penyiar media asing akan membolehkan syarikat kandungan Malaysia mengakses pasaran seperti MIPCOM dan MIPTV. Kami akan menyasarkan satu nisbah pelaburan swasta kepada awam pada kadar 80:20 melalui usaha sama dengan syarikat modal usaha niaga serantau yang besar, seperti Asia Media & Technology Capital Management Private Limited dan Creative Venture Group yang berpangkalan di Singapura, untuk menarik pelabur bagi penerbitan tempatan. Pada masa yang sama, kita akan mempertimbangkan insentif fiskal yang lebih besar - berkemungkinan termasuk penjimatan cukai dan geran - bagi menggalakkan pelaburan daripada sektor swasta domestik kita. Untuk menginkubasikan pertumbuhan syarikat tempatan di Malaysia, MDeC akan memfokuskan untuk meningkatkan kemahiran bernilai tinggi (iaitu penulis skrip dan penulis papan cerita) dalam 10 tahun akan datang dengan melancarkan sukatan pendidikan kreatif khusus. Ia juga akan membesarkan Zon Media Digital MDeC, supaya dapat mempercepatkan pertumbuhan dalam koridor ekonomi yang terdiri daripada satu ekosistem infrastruktur dan syarikat industri kreatif.

PEMBOLEH LAZIM Meningkatkan Tenaga Kerja Mahir untuk Memenuhi Pertumbuhan Sektor Perkhidmatan Malaysia

• Tinjauan Keseluruhan Tenaga kerja mahir ialah komponen struktur utama ekonomi berintensif pengetahuan. Dalam kebanyakan ekonomi diterajui sektor perkhidmatan di seluruh dunia, pekerja mahir merupakan peratusan yang signifikan daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja. Sebagai contoh, sektor perkhidmatan Singapura (52% daripada PNK negara itu) disokong oleh tenaga kerja di mana 49% daripadanya merupakan pekerja mahir. 20 Sektor perkhidmatan Malaysia sangat bergantung pada pekerja mahir, yang mewakili 35% daripada tenaga kerja perkhidmatan perniagaan. Oleh itu, pertumbuhan sektor perkhidmatan bergantung pada keupayaan kita untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja mahir. Aspirasi negara adalah untuk mengembangkan kumpulan tenaga kerja mahir sehingga 46% daripada tenaga kerja Malaysia menjelang 2020 bagi menyokong permintaan kemahiran daripada sektor perkhidmatan (Carta 12-11).

20 Jabatan Statistik Singapura 2007

462

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Carta 12-11

Malaysia mengunjurkan tenaga kerja mahir akan merangkumi 46 peratus keseluruhan tenaga kerja pada 2020 Komposisi kemahiran tenaga kerja Malaysia Peratus

Tidak mahir

12

12

Separa mahir

53

49

Mahir

35

39

2010

2015

10

44

46

2020

SUMBER: ISMK, 2010

Cabaran utama untuk meningkatkan pekerja mahir termasuk: • Penyesuaian bekalan kemahiran terhadap permintaan yang lemah menyebabkan kekurangan kemahiran, pengangguran dan penambahan kos melatih semula. Antara 2001 dan 2009, Kerajaan membelanjakan RM900 juta untuk melatih semula graduan dan menempatkan mereka dalam pekerjaan, iaitu tambahan kepada RM29.5 bilion yang dibelanjakan untuk pengajian tertiari21; • Kumpulan tenaga mahir yang semakin mengecil adalah akibat penurunan bilangan ekspatriat dalam sektor perkhidmatan (yang menurun sebanyak 6% setahun sejak 2000) dan berlakunya peningkatan penghijrahan rakyat Malaysia yang berkemahiran. Dianggarkan sejumlah 1.1 juta rakyat Malaysia sedang bekerja dan tinggal di luar negara, dan, sejumlah besar daripadanya adalah mereka yang berpendidikan tinggi.22 Di negara-negara OECD sahaja, lebih kurang 61% ekspatriat Malaysia memiliki pendidikan tertiari (Carta 12-12); dan • Kadar penyertaan tenaga kerja kaum wanita yang rendah, kerana hanya sedikit bilangan graduan wanita yang memasuki bidang tenaga kerja mahir atau kekal dalam pekerjaan selepas umur 30 tahun. Walaupun 57% graduan Malaysia adalah wanita, mereka hanya mewakili 37% tenaga kerja perkhidmatan mahir.23

21 Kementerian Pengajian Tinggi, UPE, Kementerian Kewangan; Kementerian Sumber Manusia; Rancangan Malaysia Kesembilan 22 Robert E. B. Lucas, “Diaspora and development”, Bank Dunia 23 ISMK, 2008

Program Transformasi Ekonomi 463 Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 12-12

Terdapat banyak cabaran untuk meningkatkan saiz pekerja mahir Bilangan ekspatriat di Malaysia terus menurun

Ekspatriat Malaysia di negara-negara OECD adalah berpelajaran tinggi

Penyertaan tenaga kerja wanita Malaysia menurun dengan banyak selepas umur 30 tahun

Ribu

Peratus

Peratus Jerman, 2005 100

38

6% CAGR

90

19

22

Singapura, 2006

80

31

61

Malaysia, 2007

20

21

70 60 50

19 16

40 30 20

Pendidikan Pengajian menengah 2000 02

04

06

08 2010

Pengajian rendah

10 0 15- 20- 25- 30- 35- 40- 45- 50- 55- 6019 24 29 34 39 44 49 54 59 64 Umur

SUMBER: ISMK, 2010

Tindakan Untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir sektor perkhidmatan, kita mencadangkan satu set tindakan yang tertumpu pada peningkatan pendidikan kemahiran yang relevan dan latihan menurut permintaan industri, menarik minat tenaga mahir antarabangsa dan meningkatkan bilangan wanita mahir dalam tenaga kerja perkhidmatan mahir kepada 45%. Meningkatkan kemahiran yang relevan menurut permintaan industri. Kementerian Sumber Manusia akan menganalisis keperluan pembangunan kemahiran dan tenaga kerja pada peringkat nasional. Tanggungjawab utama kementerian termasuk (1) menghasilkan laporan analisis kemahiran subsektor tahunan; (2) mengkaji semula dan memberi nasihat berkaitan keberkesanan program latihan kemahiran dalam menangani kekurangan kemahiran; dan (3) bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri untuk menangani kekurangan kemahiran dalam lingkungan ekonomi utama. Untuk meningkatkan keberkesanan Kementerian Sumber Manusia, kita akan menyelia proses dengan menyalurkan sumber kepada Kementerian Sumber Manusia, mentafsirkan KPI untuk menyediakan analisis tahunan kemahiran subsektor dan menubuhkan struktur tadbir urus, yang diterajui oleh Talent Corporation, bagi menggerakkan pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan kemahiran yang relevan. Kementerian Sumber Manusia akan (1) merekrut dan melatih 20 penganalisis penyelidikan tambahan untuk menjalankan analisis kemahiran subsektoral dalam lima subsektor utama; (2) memperuntukkan geran kepada rakan kongsi penyelidikan luaran (Organisasi Buruh Antarabangsa, Bank Dunia, dan sebagainya) dan universiti terpilih untuk membantu analisis kemahiran subsektor; dan (3) menubuhkan

464

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

pangkalan data kemahiran dan alat bantuan analitis untuk mengumpul dan menganalisis data berkaitan dengan permintaan dan bekalan kemahiran yang berpotensi daripada UPE, Jabatan Statistik (DOS), tinjauan industri, badan pengawalseliaan industri, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, badan penyelidikan luaran (ILO dan Bank Dunia) dan pemegang kepentingan lain. Kementerian Sumber Manusia akan mempunyai KPI untuk menyampaikan analisis kemahiran subsektor tahunan bermula dari 2010. Laporan tinjauan keseluruhan kemahiran kebangsaan pertama mesti disiapkan pada 2010, dan laporan yang menganalisis enam kemahiran subsektor mesti disiapkan pada 2011. Selanjutnya, Kementerian Sumber Manusia akan menyediakan laporan tahunan berkaitan analisis lapan kemahiran subsektornya. Talent Corporation akan menubuhkan struktur tadbir urus pada 2011 untuk menggerakkan pelaksanaan inisiatif bagi meningkatkan kemahiran yang relevan. Struktur tadbir urus yang terdiri daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Manusia, MDeC dan wakil dari rantau ekonomi utama akan memantau dan mengakses pelaksanaan inisiatif dalam pelbagai agensi Kerajaan berkaitan dengan peningkatan kemahiran yang relevan. Keberkesanan inisiatif ini akan diserah kembali kepada Kementerian Sumber Manusia sebagai input untuk memandu usaha negara dalam memperbaik kerelevanan kemahiran. Menarik minat tenaga mahir global. Untuk mengembangkan kumpulan tenaga mahir Malaysia, kami akan memfokuskan pada peningkatan kemasukan tenaga mahir asing dalam subsektor perkhidmatan yang giat berkembang. Kami juga akan berbincang dengan diaspora Malaysia, sebagai satu usaha proaktif, untuk meningkatkan usaha sama merentas sempadan, peluang perangkaian dan bilangan diaspora yang kembali ke tanah air. Kementerian Dalam Negeri akan menghapuskan modal berbayar minimum dan sekatan terhadap ekspatriat berpendapatan sederhana untuk penggajian asing pada 2011 dalam subsektor perkhidmatan utama. Ini berdasarkan analisis kemahiran oleh KSMM. Ia juga akan menyediakan visa bekerja selama setahun untuk pelajar asing dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas untuk menambat tenaga mahir terbaik di negara ini. Talent Corporation akan menubuhkan unit pusat menarik minat tenaga mahir pada Januari 2011 untuk menggabung, melaras dan memajukan inisiatif menarik minat tenaga mahir yang kini dijalankan secara berasingan. Sementara itu, pasukan petugas interim Talent Corporation akan menggerakkan inisiatif yang dibincangkan. Tanggungjawab utama unit pusat ini adalah untuk (1) melaraskan dasar pekerjaan dan insentif menarik minat tenaga mahir menurut keperluan kemahiran yang disyorkan oleh Kementerian Sumber Manusia; (2) menjalankan kempen memasarkan Malaysia sebagai sebuah destinasi global tenaga mahir; (3) menggabungkan portal penarikan tenaga mahir sedia ada secara berperingkat untuk menghasilkan portal sehenti tunggal yang menyasarkan diaspora Malaysia dan tenaga mahir asing; dan (4) mengumpul dan menganalisis profil diaspora Malaysia, contohnya, melancarkan komunikasi yang disasarkan dan memadankan usaha sama, perangkaian dan peluang pekerjaan di Malaysia kepada individu luar negara. Penanda aras kejayaan kita adalah meningkatkan bilangan ekspatriat dalam sektor perkhidmatan dengan tambahan 41,000 orang menjelang 2020. Selain itu, kejayaan diukur melalui peningkatan komunikasi kepada 50% diaspora menjelang 2015 dan 80% menjelang 2020. Meningkatkan bilangan wanita berkemahiran dalam tenaga kerja. Matlamat negara adalah untuk meningkatkan bilangan kaum wanita berkemahiran kepada 45% daripada keseluruhan tenaga kerja

Program Transformasi Ekonomi 465 Hala Tuju Untuk Malaysia

berkemahiran menjelang 2020. Tindakan utama negara ke arah mencapai matlamat ini adalah dengan menubuhkan organisasi wanita bagi menggalakkan dan membimbing graduan wanita muda, melaksanakan dasar penggajian yang mesra keluarga. Selain itu kita akan memperkenalkan dasar dan pengawalseliaan supaya keluarga mempunyai lebih akses kepada kemudahan penjagaan kanak-kanak, serta memastikan bahawa kemudahan ini mempunyai staf yang diiktiraf. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Organisasi Wanita Maju untuk menempatkan graduan wanita tahun akhir yang layak, secara proaktif, dalam program latihan dengan rakan kongsi sektor swasta. Mulai 2010, program ini akan menyasarkan pelajar wanita yang layak daripada institusi tempatan dalam usaha menyediakan pementoran berstruktur di samping memberi mereka lebih pendedahan kepada syarikat perkhidmatan lebih besar. Pelajar akan menjalani latihan selama tiga hingga enam bulan, yang mana, selepas itu mereka akan menyertai alumni Organisasi Wanita Maju untuk menjadi mentor dan membimbing peserta baharu. Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan dasar mesra keluarga pada 2011 dengan melanjutkan cuti bersalin bergaji kepada 90 hari dan memberi lebih jaminan pekerjaan kepada pekerja separuh masa. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan peraturan kemudahan penjagaan kanak-kanak wajib pada 2011 untuk menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di pusat perniagaan utama di seluruh Malaysia. Bagi memastikan kualiti kemudahan penjagaan kanak-kanak, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memainkan peranannya dalam memastikan perakuan profesional penjagaan kanak-kanak sebagai sebahagian program akreditasi Penjagaan Kanakkanak Awal (di bawah NKEA Pendidikan). Modal yang diperlukan untuk inisiatif yang dibincangkan akan diperoleh daripada sektor swasta (RM14 juta) dan sektor awam (RM127 juta). Inisiatif tersebut dijangka akan menyumbang peningkatan PNK sebanyak RM2.3 bilion dan mewujudkan 43,000 pekerjaan menjelang 2020.

Menurunkan Kos Lebar Jalur Kos lebar jalur adalah pemboleh kritikal perniagaan perkhidmatan dan penting kepada beberapa EPP negara. Keupayaan Malaysia untuk menempatkan dirinya sebagai hab DC sangat bergantung pada kos lebar jalur. Pada ketika ini, kos lebar jalur negara adalah dua kali lebih tinggi seperti negara jirannya iaitu Singapura. Kos lebar jalur juga memberi impak yang ketara terhadap daya saing syarikat penyumberluaran dan kos ini merupakan pengaruh utama beberapa EPP negara. Usaha untuk menurunkan kos lebar jalur akan digerakkan oleh inisiatif yang dijelaskan dalam NKEA Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur.

466

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

PEMBIAYAAN Untuk mencapai matlamat EPP, negara akan memerlukan pelaburan terkumpul sebanyak RM33 bilion mulai 2011 hingga 2020 (Carta 12-13). Kita mesti memahami bahawa negara menjangkakan 91% jumlah pembiayaan akan datang daripada sektor swasta, selaras dengan aspirasi mewujudkan ekonomi yang diterajui oleh sektor swasta. Pertambahan sebanyak RM8.1 bilion diperlukan yang turut termasuk peluang perniagaan. Ini membawa jumlah pembiayaan kepada RM41.2 bilion. Carta 12-13

Untuk enam EPP tersebut, perbelanjaan modal sebanyak RM33 bilion diperlukan, di mana 9% akan datang daripada sektor awam 91% pembiayaan EPP dijangkakan daripada sektor swasta

Pembiayaan dibahagikan antara EPP dan peluang perniagaan

RM billion

RM billion

35

45

30

40

30

20

25

30.0 33.0

15

33.0

10

5

5 3.1 Awam

% daripada jumlah

41.2

20 15

10

0

8.1

35

25

9

0 Swasta 91

Jumlah % daripada jumlah

EPP

Peluang perniagaan

80

20

Jumlah

Sejumlah RM8.1 bilion akan diperlukan untuk membiayai peluang perniagaan dan pemboleh lazim. Ini termasuk: • Kandungan multimedia kreatif: RM1.48 bilion diperlukan untuk membiayai pembangunan prasarana dan keupayaan untuk menginkubasikan pertumbuhan modal insan kreatif dan produk kreatif tempatan untuk edaran ke pasaran serantau dan antarabangsa yang lebih meluas; • Tenaga mahir: RM140 juta diperlukan untuk menubuhkan usaha sama penyelidikan dan sistem perisikan perniagaan untuk membantu analisis tahunan dan suku tahunan keperluan kemahiran subsektoral serta untuk melancarkan kempen pemasaran menarik minat tenaga mahir; • Firma Pelbagai Disiplin: RM36 juta diperlukan untuk menyediakan insentif bagi pembentukan firma pembinaan MDP domestik, yang membawa kepada pertambahan peluang untuk mendapatkan projek di luar negara dan juga untuk melaksanakan sebuah sistem pemilihan berasaskan kualiti untuk kontrak Kerajaan (contohnya, menggabungkan penentuan kos kitaran hayat, kriteria pemilihan bersih, persaingan terbuka);

Program Transformasi Ekonomi 467 Hala Tuju Untuk Malaysia

• Perakaunan: RM3 juta untuk membangunkan skim akreditasi tiga peringkat cukai dan untuk membangunkan kursus Sarjana percukaian; dan • Pertumbuhan minimum: RM6.5 bilion untuk pertumbuhan perniagaan biasa dalam perkhidmatan profesional pembinaan, perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan MRO penerbangan, penyumberluaran asing dan pengurusan pusat data. Sebagai manfaat tambahan, EPP negara juga akan menjana penjimatan kos. Kita menjangkakan pelancaran perkhidmatan perkongsian dalam sektor Kerajaan akan mengurangkan kos IT bukan teras dan proses perniagaan sehingga 20%. Ini akan memberi penjimatan kepada Kerajaan sebanyak RM11.2 antara 2011 dan 2020.

TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN Kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dicadangkan ini bergantung pada pemilikan dan kebertanggungjawaban setiap projek itu. Bagi memastikan pemilikan dan kebertanggungjawaban yang betul, pemilik peneraju telah dikenal pasti bagi setiap inisiatif yang dicadangkan. Sehubungan itu, pelan penyampaian terperinci yang meliputi perincian pelaksanaan, KPI dan matlamat telah dibangunkan untuk setiap EPP serta untuk pemboleh kritikal tenaga mahir (Jadual 12-1). Jadual 12-1

EPP

Pemilik peneraju inisiatif

Organisasi, syarikat dan agensi utama yang lain

Mengembangkan perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih penerbangan, diterajui oleh MAS Aerospace Engineering

Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri

Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi, MIDA, Kementerian Pengangkutan - Sektor Penerbangan

Membina perkhidmatan penyumber luaran yang memiliki keberdayasaingan global

Perbadanan Pembangunan Multimedia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jawatankuasa GLC Putrajaya, Outsourcing Malaysia

Menempatkan Malaysia sebagai hab pusat data bertaraf dunia

Perbadanan Pembangunan Multimedia

Outsourcing Malaysia

Melonjakkan industri teknologi hijau yang meriah

Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia

Mengembangkan perkhidmatan khusus kejuruteraan yang besar

Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri

Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi, Industri Malaysia, MIDA, MATRADE, Kementerian Pengangkutan - Sektor Penerbangan,

Membangunkan Hab Perkhidmatan Penasihat Kewangan Islam Global

Konsortium swasta

Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia, INCEIF

468

Bab 12 Menjana Pertumbuhan Pendapatan Tinggi Berasaskan Perkhidmatan Perniagaan

Bagi memastikan bahawa EPP dilaksanakan menurut susur masa masing-masing, satu struktur tadbir urus yang teratur akan dilaksanakan, dan akan diselia oleh Perdana Menteri (Carta 12-13). Carta 12-13

Tadbir Urus untuk NKEA Perkhidmatan Perniagaan Perdana Menteri Jawatankuasa Pemandu Pengerusi: Menteri Peneraju (KSM) ETP Unit • Pengarah dan pasukan PEMANDU

MRO

Penyumberluaran

Hab pusat data

Ahli-ahli • KSU KSM • KSU MOSTI • KSU MITI

Teknologi hijau

Perkhidmatan kejuruteraan

Perbankan Islam

Menteri Sumber Manusia akan bertindak sebagai Ketua Menteri untuk Jawatankuasa Pemandu NKEA Perkhidmatan Perniagaan dan akan dibantu oleh Unit Program Transformasi Ekonomi (Unit EPU) PEMANDU. Jawatankuasa Pemandu NKEA akan ditubuhkan untuk menjejaki prestasi dan kemajuan pelaksanaan EPP, membuat keputusan yang sewajarnya dan memberi hala tuju serta panduan kepada semua pasukan. Jawatankuasa Pemandu terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Ketua Pengarah MIDA dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC dan akan melapor kepada Menteri Sumber Manusia. Selain itu ia akan memasukkan cadangan penyertaan Ketua Bahagian dari UPE. Jawatankuasa Pemandu akan bermesyuarat sebulan sekali. Pada mesyuarat ini, pemilik EPP akan menyediakan kemajuan terkini dan Jawatankuasa Pemandu akan memberi bimbingan, menyelesaikan konflik dan menyelia semua perkara yang berkaitan dengan NKEA. Perdana Menteri akan diberitahu mengenai perkembangan sekali setiap suku tahun. Ketua NKEA akan dilantik untuk menyelia semua perkara yang berkaitan dengan NKEA dan akan mengadakan perbincangan mingguan dengan kedua-dua Unit ETP untuk memperoleh maklum balas. Di samping itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia akan menyediakan laporan kemajuan. Unit ETP diberi mandat untuk menyelaraskan pemindahan pemilikan EPP kepada kementerian atau agensi berkaitan dan juga menyelaraskan semua usaha sama antara agensi. Unit ETP akan menyediakan pengurusan prestasi dan memantau kemajuan EPP. Selain itu, ia juga menyediakan sokongan analitis kepada pasukan pelaksanaan. Semua bahan untuk pembentangan, bengkel, pertemuan dengan orang awam, dan lain-lain. juga akan berada di bawah tanggungjawab Unit ETP. Agensi peneraju EPP akan melaksanakan inisiatif menurut susur masa dan akan dipimpin oleh Ketua bahagian masing-masing, yang akan menganjurkan mesyuarat setiap dua minggu dengan pengarah dan pasukan unit ETP.

Program Transformasi Ekonomi 469 Hala Tuju Untuk Malaysia

Ringkasan NKEA Perkhidmatan Perniagaan • Impak peningkatan PNK pada 2020

RM59.2 bilion

• Pertambahan pekerjaan pada 2020

245,000

• Sasaran dan pencapaian penting dalam tempoh 6 hingga 12 bulan • MAE menjadi pembekal perkhidmatan MRO berautonomi • Pejabat pengurusan projek perkongsian perkhidmatan Kerajaan ditubuhkan • Penanda aras garis dasar dengan Institut Uptime siap • Pengurangan penggunaan elektrik dan air sebanyak 10% di seluruh kementerian • Usaha sama R&D industri-akademik melalui AMI dilaksanakan • Konsortium perkhidmatan nasihat dan perundingan kewangan Islam ditubuhkan