BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODEL 'JELLY ...

6 downloads 99 Views 138KB Size Report
BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. MODEL 'JELLY BABY CRYSTAL '. Model 'jelly baby crystal' merupakan model yang digunakan untuk ...
BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODEL ‘JELLY BABY CRYSTAL’

Model ‘jelly baby crystal’ merupakan model yang digunakan untuk menunjukkan susunan zarah dalam tiga keadaan jirim yang berbeza, iaitu pepejal, cecair dan gas. Model tersebut dibina menggunakan bekas dadih dan beberapa biji ‘jelly baby crystal’. Untuk membezakan antara susunan zarah dalam pepejal, cecair dan gas, jumlah ‘jelly baby crystal’ yang dimasukkan ke dalam bekas dadih adalah berbeza. Bagi zarah dalam keadaan pepejal, jumlah ‘jelly baby crystal’ yang dimasukkan ke dalam bekas dadih adalah sangat padat berbanding dengan zarah dalam keadaan cecair dan gas. Bagi zarah dalam keadaan cecair, ‘jumlah baby crystal’ yang dimasukkan ke dalam bekas adalah lebih banyak berbanding zarah dalam keadaan gas. Model ‘jelly baby crystal’ ini membantu pelajar untuk memahami dan dapat membezakan susunan zarah dalam keadaan pepejal, cecair dan gas dengan lebih mudah lagi. Hal ini kerana, pelajar dapat merasai dan melihat sendiri model tersebut dengan mata kasar. Guru bertindak sebagai moderator untuk menerangkan dan menunjukkan susunan zarah tersebut kepada pelajar dengan cara yang ditentukan. Berikut ialah, susunan zarah dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.

Pepejal

Bekas dadih

Cecair

Gas

Jelly baby crystal