Document not found! Please try again

dalam memberi BANTUAN KECEMASAN KERACUNAN PESTISID

12 downloads 1303 Views 5MB Size Report
Kesemua kes keracunan pestisid perlu dirujuk kepada doktor secepat mungkin. Bekas pestisid perlu dihantar bersama pesakit, jika ini tidak dapat dilakukan,.
Perkara-perkara PENTING

dalam memberi BANTUAN

KECEMASAN KERACUNAN PESTISID

Kesemua kes keracunan pestisid perlu dirujuk kepada doktor secepat mungkin Bekas pestisid perlu dihantar bersama pesakit, jika ini tidak dapat dilakukan, nama dagangan/nama bahan kimia/bahan aktif dari label bekas pestisid perlu disalin dan dihantar bersama pesakit. Pastikan persekitaran adalah selamat sebelum anda memberi pertolongan cemas. Sekiranya selamat, periksa tindakbalas mangsa untuk melihat sama ada mangsa masih sedar atau tidak. Jika perlu pakai alat/pakaian perlindungan terutamanya jika ada berlaku tumpahan. Jika mangsa tidak sedar, betulkan kedudukan badan mangsa supaya berada dalam kedudukan pemulihan atau mengiring.

Periksa pernafasan dengan melihat turun naik dada dan periksa nadi untuk memastikan adanya peredaran darah. Jika mangsa tidak bernafas atau tiada nadi, berikan bantuan CPR. Jika sistem pernafasan dan peredaran darah berada dalam keadaan baik, beri rawatan kecemasan mengikut bahagian badan yang terkena pestisid.