Download PDF - Human Rights Watch

37 downloads 311 Views 96KB Size Report
1 Jan 2014 ... Selangor (Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall) berhubung tentang penipuan ... Polis telah menahan beliau dalam bulan September kerana membaca puisinya di hadapan bendera pra-kemerdekaan.
JANUARI 2014

RINGKASAN NEGARA

Malaysia Pilihanraya Umum Malaysia pada 5 Mei 2013 telah mengakibatkan kekalahan bersejarah ke atas kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN). Walaupun BN memenangi 133 daripada 222 kerusi, BN telah kehilangan undian popular kepada pihak pembangkang gabungan Pakatan Rakyat (PKR) berikutan berleluasanya pelbagai pertuduhan mengenai salahlaku pilihanraya. Dalam percubaannya untuk memperjelaskan keputusan pilihanraya, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menyalahkan “Tsunami Cina” yang menyebelahi pihak pembangkang, dan menimbulkan pelbagai kebimbangan mengenai keretakan perhubungan kaum dan keagamaan dalam Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum. Pilihanraya tersebut disusuli suatu kemerosotan hak asasi manusia dan sekaligus penamatan mendadak terhadap agenda pembaharuan Perdana Menteri Najib yang sebelum ini sering disebut-sebut. Perkembangan yang relevan dalam separuh kedua tahun 2013 termasuklah pelulusan beberapa undang-undang baru dan terpinda yang sekali lagi membenarkan penahanan tanpa bicara oleh pihak pentadbiran, penahanan beberapa aktivis pembangkang setelah mengadakan protes aman, dan penindasan kebebasan bersuara berkenaan hal ehwal politik.

Penahanan Oleh Pihak Pentadbiran Selepas pilihanraya bulan Mei, kerajaan telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menangani peningkatan jenayah yang menurut pihak atasan berpunca daripada tamatnya tempoh Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 pada Jun 2012. Menteri Dalam Negeri telah mendesak agar Ordinan tersebut diperkenalkan semula dan telah meluluskan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang telah membenarkan semula penahanan tanpa bicara oleh pihak pentadbiran. Pindaan-pindaan tersebut telah memberi kuasa kepada panel lima anggota yang dilantik oleh kerajaan untuk mengenakan hukuman penahanan pencegahan sehingga dua tahun ke atas penjenayah tertentuyang disyaki, di mana keputusan itu tidak tertakluk kepada semakan kehakiman melainkan atas dasar prosedur. Ini boleh dilanjutkan dengan suatu penahanan kediaman terhad di lokasi-lokasi terpencil selama lima tahun, yang kemudiannya boleh lanjutkan untuk lima tahun lagi atas keputusan menteri dalam negeri.

1

Pihak kerajaan turut mencadangkan pemerhatian elektronik dikenakan terhadap penjenayah yang telahpun habis menjalankan hukuman mereka, yang turut mencabuli hak asasi mereka.

Kebebasan Berkumpul dan Berpersatuan Untuk membantah kesalahan yang dipertuduhkan berlaku semasa pilihanraya 5 Mei, pihak pembangkang gabungan PKR telah mengaturkan perhimpunan “Black 505” di seluruh Malaysia. Pihak kerajaan membalas dengan penahanan orang-orang yang dianggap penganjur atas alasan mereka gagal memaklumkan pihak polis 10 hari sebelumnya, sebagaimana yang dikehendaki menurut Akta Perhimpunan Aman (APA). Setakat ini, polis telah menahan sekurang-kurangnya 43 orang atas pertuduhan tersebut. APA turut mengkehendaki pihak penganjur berunding dengan polis berhubung syarat-syarat pengendalian perhimpunan. Semasa “Himpunan Kebangkitan Rakyat” yang diadakan di Kuala Lumpur pada 12hb Januari 2013, pihak polis telah mengenakan 27 syarat dan meneruskan dengan siasatan ke atas perlanggaran peraturan yang sama ada remeh atau yang sepatutnya dilindungi oleh undang-undang antarabangsa, seperti membawa pelekat mengandungi “slogan yang tidak wajar”. Di Sabah, polis telah mengarahkan penganjur “Perarakan Panjang Tidak Berdiam Lagi” pada 22hb Februari untuk hak-hak orang asli dan pilihanraya adil, supaya memohon permit, atas dakwaan perarakan tersebut bukannya suatu perbarisan “biasa” sepertimana yang diperuntukkan di bawah APA. Pihak kerajaan turut menyekat hak-hak kebebasan berpersatuan dengan mengkehendaki organisasi-organisasi yang keahliannya melebihi tujuh orang untuk berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan sebelum boleh berfungsi secara sah. Pendaftar, yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri, mempunyai kuasa meluas untuk menafikan pendaftaran dan telahpun melambat-lambatkan pendaftaran persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang memandang kritis tindakan kerajaan dan juga terhadap parti-parti pihak pembangkang. Sepanjang tahun 2013, permohonan-permohonan pendaftaran penggabungan oleh tiga parti pembangkang kekal terbenam dalam pelbagai keperluan birokratik, dan pendaftar telah memaksa parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya atas dasar teknikal. Menteri dalam Negeri mempunyai “budibicara mutlak” untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan.

2

Kebebasan Bersuara Sungguhpun Perdana Menteri Najib telah berjanji untuk membatalkan Akta Hasutan, pihak kerajaan terus menggunakan tuduhan hasutan untuk mendiamkan dan menghukum mereka yang mempersoalkan dasar-dasar kerajaan. Polis telah mendakwa lima aktivis pembangkang terkenal di atas kenyataan mereka berkenaan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall) berhubung tentang penipuan pilihan raya dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Seorang daripada lima itu, seorang aktivis pelajar bernama Adam Adil Abd Halim, telah ditahan untuk lima hari dan digantung dari universitinya sehingga penyelesaian perbicaraannya. Dalam bulan April, pihak kerajaan telah mendakwa ahli parlimen pembangkang Tian Chua dengan pertuduhan hasutan kerana menuduh Organisasi Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malays National Organisation UMNO), parti yang mengetuai gabungan kerajaan, ada kaitan dengan serangan mendadak di Lahad Datu, Sabah dalam 2013. Pihak berkuasa Malaysia mengawal penuh televisyen, radio, suratkhabar cetak, majalah dan buku-buku, serta filem dan video. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Printing Presses and Publication Act - PPPA) yang mengkehendaki penerbitan bercetak mendapatkan lesen kerajaan yang boleh ditarikbalik pada bila-bila masa oleh menteri dalam negeri. Akta Komunikasi dan Multimedia (Communications and Multimedia Act - MCMA) memperuntukkan kuasa yang luas untuk mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan yang menyediakan “perkhidmatan kandungan yang sumbang... jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang”. Pada Januari 2013, pihak kerajaan telah mengharamkan tayangan filem berbahasa Tamil

Vishwaroopam. Dalam bulan September, pihak polis telah mendakwa Lena Hendry, seorang kakitangan badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kerana melanggar peruntukkan Akta Penapisan Filem (Film Censorship Act) dengan menayangkan filem No Fire Zone, The Killing Fields

of Sri Lanka. Kes tersebut masih belum selesai setakat masa penulisan ini. Pada Mei 2012, Menteri Dalam Negeri telah mengharamkan buku Allah, Liberty & Love oleh seorang penulis wanita warganegara Canada, Irshad Manji. Pada September 2013, Mahkamah Tinggi menterbalikkan pengharaman penterjemahan Melayunya, namun pihak Peguam Negara menyatakan hasrat untuk merayu terhadap keputusan itu. Permohonan penerbitnya untuk semakan kehakiman terhadap penahanan dan pendakwaannya di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Sharia Criminal Offenses (Selangor) Enactment 1995) masih 3

belum selesai pada masa ini, termasuklah juga segala usaha beliau untuk mendapatkan deklarasi dari pihak Mahkamah Persekutuan bahawa undang-undang itu melanggar perlembagaan. Penerbit tersebut turut menghadapi pendakwaan di Mahkamah Syariah Petaling. Walaupun Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan memihak kepada Berjaya Books (Borders Malaysia) yang menyimpan stok buku tersebut, pendakwaan jenayah di Mahkamah Syariah terhadap seorang jurujual kedai tersebut masih belum selesai setakat penulisan ini. Versi bahasa Inggeris buku tersebut masih diharamkan.

Penyalahgunaan Kuasa dan Kebebasan Polis Pihak Polis Diraja Malaysia telah sering dipersalahkan kerana penyalahgunaan kuasa atau menggunakan keganasan secara melampau/menyebabkan kematian (lethal force) dalam penangkapan orang yang tertuduh, dan dalam penyiksaan penahanan. Sepanjang 2013, sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam keadaan mencurigakan semasa dalam penahanan polis. Dalam suatu kes yang sungguh menarik perhatian dalam bulan Mei, seorang pemandu trak N. Dhamendran telah meninggal dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur – siasatan postmortem mendedahkan 52 kecederaan disebabkan “kecederaan trauma tumpul yang berganda” (sustained multiple blunt force trauma). Dalam suatu perkembangan penting, lima orang pegawai polis telah didakwa dengan tuduhan membunuh. Dalam kes-kes kematian dalam penahanan lain, pihak polis telah menafikan sekeras-kerasnya penyalahgunaan kuasa, menuduh penyakit sebagai penyebab kematian, menentang post mortem kedua tuntutan pihak keluarga mangsa, atau bersandar atas keputusan inkues yang sering tidak muktamad. Kerajaan telah menolak penubuhan suatu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission – IPCMC), suatu badan pengawasan luar yang telah dicadangkan pada tahun 2005 oleh suatu Suruhanjaya Diraja, yang sepatutnya mempunyai kuasa menerima dan menyiasat aduan-aduan dan mengenakan hukuman terhadap mereka yang didapati membuat salahlaku. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Enforcement Agencies Integrity Commission – EAIC) yang sedia ada tidak mempunyai kuasa mengenakan hukuman untuk salahlaku.

Pendakwaan Politik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Kerajaan Malaysia telah meneruskan pendakwaan bermotivasikan politik terhadap Anwar Ibrahim,ketua pembangkang atas tuduhan meliwat, mengemukakan rayuan kepada Mahkamah

4

Rayuan terhadap pembebasannya pada Januari 2012. Sekiranya didapati bersalah, Anwar boleh menghadapi hingga 20 tahun penjara dan pukulan rotan, serta kehilangan kerusi parlimennya.

Pembela Hak Asasi Manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), suatu organisasi pembela hak asasi manusia yang utama di Malaysia, menghadapi siasatan rapi oleh kerajaan sepanjang tahun. Kerajaan Malaysia telah menyiasat SUARAM di bawah tiga undang-undang berlainan di antara Julai 2012 dan Februari 2013, menunduk kepada desakan menteri-menteri yang menyerang SUARAM secara umum kerana menerima pembiayaan dari luar negara. Dalam Ogos 2013, pihak polis telah menyoalbalas kakitangan urus setia SUARAM berkenaan majlis makan malam amal yang dianjurkan oleh SUARAM bagi menyokong kerja-kerjanya dalam pembongkaran kes rasuah kapal selam Scorpene. Polis turut mengganggu A. Samad Said, Penyajak Diraja Malaysia (81 tahun) dan pengerusi bersama Bersih 2.0, suatu gabungan penubuhan sivil yang mengusahakan pilihanraya bersih dan adil. Polis telah menahan beliau dalam bulan September kerana membaca puisinya di hadapan bendera pra-kemerdekaan. Suatu saman sivil oleh kerajaan terhadap ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, termasuk A. Samad Said dan pengerusi bersama Ambiga Sreenevasan, masih belum selesai setakat penulisan ini.

Pelarian, Penuntut Suaka dan Mangsa Pemerdagangan Manusia Undang-undang imigresen Malaysia tidak mengiktirafkan pelarian dan penuntut suaka. Kerajaan tidak menyetujui Konvensyen Pelarian 1951 dan tidak mempunyai undang-undang domestik dan prosedur suaka. Ia tidak mengambil tanggungjawab atas pendidikan anak-anak pelarian. Tiada sebarang tanda menunjukkan pelan-pelan untuk membenarkan pelarian untuk bekerja secara sah akan dilaksanakan setakat penulisan ini. Akta Anti-Pemerdaganganan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act) menggabungkan antara/mengelirukan kesalahan pemerdagangan dan penyeludupan, malah terus gagal menyediakan perlindungan untuk mangsamangsa kedua-dua jenayah. Kerajaan mengurung mangsa-mangsa pemerdagangan manusia dalam tempat lindungan yang serba kekurangan tanpa akses kepada sebarang perkhidmatan sehinggalah selesainya pemutusan kes undang-undang masing-masing.

5

Dasar Penahanan dan Dadah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan) (Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act) memberikuasa penahanan oleh pihak berkuasa tanpa bicara. Agensi Anti-Dadah Negara mengekalkan melebihi 20 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPENS) (drug detention centers) di mana penagih ditahan untuk tempoh minima dua tahun. Pengedar dadah pula menghadapi hukuman mati mandatori, tetapi bilangan orang yang dikenakan hukuman gantung tidak dijadikan maklumat umum.

Orientasi Seksual dan Identiti Jantina Diskriminasi terhadap perempuan dan lelaki homoseksual, bi-seksual, dan transgender (LGBT) masih merupakan masalah yang diperkukuhkan oleh dasar kerajaan. Dalam 2012, Perdana Menteri Najib telah mengisytiharkan bahawa aktiviti LGBT tidak mempunyai “tempat dalam Negara ini.” Pada bulan April 2013, Timbalan Pedana Menteri Muhyiddin Yassin menuduh aktivis hak asasi LGBT melakukan “peracunan” minda orang-orang Muslim dengan “perlakuan di luar tabii.” Kerajaan Malaysia telah mengetuai usaha untuk mengasingkan hak LGBT dari Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (ASEAN Human Rights Declaration) yang telah diterimapakai dalam November 2012. Polis sering menahan orang-orang transgender, terutamanya orang Islam yang dianggap melanggar peruntukkan undang-undang Syariah atas kesalahan silang-pakai (cross-dressing), malah mencemuh dan mengaibkan mereka, dan memenjarakan mereka dalam lokap di mana mereka terdedah kepada penderaan fizikal dan seksual oleh kakitangan polis dan tahanan lelaki lain. Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang langkah untuk membubarkan artikel 377B Kanun Keseksaan, yang menjadikan “hubungan seks luar tabii” yang konsensual antara orang-orang yang cukup umur itu suatu kesalahan, mahupun menggantikan artikel 377C berhubung perlakuan seksual tanpa persetujuan dengan peruntukkan undang-undang rogol yang moden dan neutral jantina.

Pelaku Antarabangsa Utama Perdana Menteri Najib telah mengumumkan niat Malaysia untuk mendapatkan kerusi bukan-kekal di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 2015-2016. Kini Malaysia merupakan ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB tetapi masih belum menandatangani atau meratifikasikan triti pakatan hak asasi manusia yang teras. 6

Pihak Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam Malaysia, pemperkuatkan hubungan keselamatan bersama dan menggalakkan rundingan atas perdagangan bebas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA), namun begitu masih lembut berbicara umum mengenai rekod hak asasi manusia Malaysia. Presiden Barack Obama telah menjadualkan lawatan ke Malaysia di bulan Oktober tetapi membatalkannya disebabkan kebuntuan belanjawan AS dan penutupan separa kerajaan pada masa itu. Ia sepatutnya lawatan pertama oleh seorang presiden AS semasa semenjak 1966. Dalam menyediakan kata-kata aluannya untuk lawatan yang dijadualkan itu, Obama telah memuji Malaysia sebagai contoh global untuk “kepelbagaian, toleransi dan progres,” tapi tidak membuat pernyataan umum mengenai masalah hak asasi manusia yang berterusan di Negara ini. Malaysia, yang merupakan ahli Organisasi Kerjasama Islam (Organization of Islamic Cooperation – OIC) dan telahpun mengaturkan langkah sebagai negeri Islam sederhana yang terkemuka, terus memupuk hubungannya dengan Negara-negara Timur Tengah. Di peringkat serantau, Malaysia telah menyekat usaha untuk mencapai persetujuan komprehensif untuk melindungi hak-hak pekerja migran di ASEAN. Hubungannya dengan Filipina menjadi tegang dalam 2013 apabila suatu kumpulan bersenjata Filipina yang menamakan diri mereka “Angkatan Bersenjata Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara” (Royal Security Forces of the Sultanate of Sulu and North Borneo) telah cuba menuntut sebahagian wilayah timur negeri Sabah, Malaysia. Pihak Filipina tidak memberi sokongan kepada kumpulan ini, namun cuba merunding pengembalian mereka. Angkatan bersenjata Malaysia akhirnya melencongkan militan-militan tersebut. Malaysia terus memperkuatkan hubungannya dengan China, sepertimana yang dicontohi dalam lawatan negeri oleh Presiden China terbaru Xi Jinping pada Oktober 2013. Kedua-dua negara bersetuju memperbaiki hubungan dua-hala dan untuk menaikkan jumlah perdagangan dua-halanya sebanyak tiga kali ganda menjelang 2017.

7