e-Prosiding Kolokium Akademik 2017

3 downloads 0 Views 1MB Size Report
Jadual 5 menunjukkan analisis data mengenai pandangan pelajar terhadap ciri-ciri kualiti pengajaran pensyarah. ...... strategy.pdf .... Maklumat prestasi ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu prestasi peperiksaan akhir (PPA), prestasi.
e-Prosiding Kolokium Akademik 2017

Sidang Penyunting : Rosdiana Hj. Sukardi Jasman Jaafar Zamali Tarmudi Rozita @ Uji Mohammed Ajimi Hj. Jawan Mazuki Izani Ismail Abdul Aziz Karia

Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu 2017

Cetakan Pertama, 2017 Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibernarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotocopi, mekanik, rakaman dtau cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis.

Diterbitkan di Malaysia oleh Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah Kampus Kot Kinabalu Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah

Sidang Penyunting: Rosdiana Hj. Sukardi (Ketua) Jasman Jaafar (Ahli) Zamali Tarmudi (Ahli) Rozita @ Uji Muhammed (Ahli) Ajimi Hj. Jawan (Ahli) Mazuki Izani Ismail (Ahli) Abdul Aziz Karia (Ahli) Lindey Easter Apolonius (Rekabentuk Kulit)

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

e- prosiding : kolokium akademik 2017 (K-HEA) sidang penyunting : rosdiana hj. sukardi, jasman jaafar, zamali hj. tarmudi, rozita @ uji muhammed, ajimi hj. jawan, mazuki izani ismail, abdul aziz karia

ISBN : 978-967-13886-3-1

KANDUNGAN Keterampilan Pensyarah Dalam Membentuk Personaliti Dan Minat Pelajar di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah Adrianna Aziz, Siti Hajar Md Shahar, Cindy Johnny & Umairah Abd Khalid

1

The Effects of Future Time Perspective on Motivated Learning Styles of UiTM Basic Accounting Course: A Case of Outcome-Based Education Dg Ku Habibah Ag Kee & Wee Shu Hui

11

Addressing Solid Waste Management from the Persepective of Adequate Policy: A Case Study of Kota Kinabalu Haidy Henry Dusim & Mohammad Tahir Mapa

22

Korelasi di antara Pengalaman Pembelajaran dengan Pencapaian Pelajar dalam Interaktif Multimedia: Tinjauan Awal Khairul Anwar, Hazlenah Hanafiah & Saiful Nizam Amran

29

Selecting of Best Pre-Diploma Science Students using Fuzzy Approach Mazalan Sarahintu, Zamali Tarmudi & Ajis Lepit

34

Examining PBL As A Pedagogical Approach to Learning Accounting Adelina Ebun, Amirrul Muhminin Darussamin & Shafawati Farhana Mohd Safihie

41

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

Keterampilan Pensyarah Dalam Membentuk Personaliti dan Minat Pelajar di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah Adrianna Aziz1, Siti Hajar Md Shahar2, Cindy Johnny3 & ‘Umairah Abd Khalid4 1,2,3,4 Fakulti

Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu Sabah [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak: Pensyarah merupakan tunggak utama dalam menentukan kejayaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Malah pensyarah juga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian, personaliti dan kemahiran insaniah pelajar sepanjang tempoh pembelajaran. Berdasarkan kepada beberapa kajian literatur, keterampilan dan tingkah laku pensyarah mempunyai implikasi yang besar terhadap pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah kerana pensyarah bukan sahaja bertanggungjawab terhadap profesionalisme pensyarah malah mereka juga memainkan peranan yang penting sebagai pengaruh utama dalam membentuk keperibadian mahasiswa yang berkualiti, berakhlak dan budi pekerti mulia. Justeru, pensyarah harus memiliki keterampilan yang ideal agar proses pembentukan kemahiran insaniah dan penghayatan ilmu pengetahuan dapat diseiringkan dalam usaha melahirkan graduan yang berkaliber. Ciri–ciri keterampilan pensyarah dalam kajian ini merangkumi kualiti peribadi pensyarah, penampilan pensyarah dan sikap pensyarah dalam penyampaian kuliah. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana keterampilan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah dapat mempengaruhi pembentukan personaliti dan minat pelajar dalam menerima ilmu pengetahuan. Implikasi dan cadangan dari kertas kerja ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dalam membentuk keterampilan diri yang ideal agar matlamat universiti dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berciri universal dapat direlisasikan. Katakunci: keterampilan pensyarah, ciri-ciri ideal pensyarah, personaliti pelajar, minat pelajar

1.

Pengenalan

Pensyarah adalah satu jawatan profesional yang dipertanggungjawabkan dalam menerajui institusi pendidikan tinggi dan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti dan dinamik. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di kuliah, setiap pensyarah mempunyai peranan dan pendekatan yang berbeza mengikut pengetahuan dan kepakaran bidang masing-masing (Asmawati et al., 2014). Salimah et al., (2002) menyatakan bahawa tahap profesionalisme seseorang pensyarah bukan sahaja berkebolehan mengajar dengan baik dan bijak malah mereka harus mempunyai kriteria yang merangkumi pelbagai aspek iaitu keperihatinan, motivasi, iltizam, personaliti, penampilan dan sikap individual. Sebagai insan yang digelar pendidik, pensyarah bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan, mereka juga perlu mendidik untuk membentuk sikap, nilai, akhlak dan personaliti pelajar. Dengan itu, pensyarah itu sendiri harus mempunyai sahsiah dan keterampilan yang baik agar dapat menjadi role model kepada pelajarnya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Rohani Arbaa et al., (2010), ia membuktikan bahawa faktor guru atau pendidik adalah signifikan dalam mempengaruhi pretasi akademik dan pembentukkan peribadi dan pesonaliti pelajar (Ahmad Firdaus et al., 2013). Asmawati et.al (2014) menghuraikan bahawa ada keperluan dimana pensyarah harus mempastikan suasana kuliah pembelajaran yang berkesan dan memberi impak yang mendalam kepada pelajar. Dalam kajian ini, didapati sahsiah dan keperibadian pelajar sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan perlakuan dan profesionalisme pensyarah mereka. Menurut Cruickshanks et al., (1995), cara pendidikan individu itu bergantung kepada pengalaman dan persediaan untuk mengajar. Cara pendidikan individu tersebut sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh pengalaman mereka sewaktu di dalam latihan.

1

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

2.

Keterampilan Pensyarah Yang Ideal

Keterampilan pensyarah yang ideal merangkumi penampilan, tingkah laku, sikap dan gaya penyampaian pensyarah. Setiap pensyarah mempunyai ciri-ciri unik dalam gaya penyampaian dan pengajaran. Ia dipengaruhi oleh kualiti peribadi dan sikap pensyarah itu sendiri (Gregorc, 1989). Mengikut takrifan Dewan Bahasa dan Pustaka (2016), keterampilan membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keadaan, kecekapan dan kemampuan yang tinggi seseorang iaitu dari segi keterampilan fizikal dan intelektual. Sebagai seorang pensyarah yang berintegriti, mereka perlu mengambil kira pelbagai aspek yang penting semasa syarahan, iaitu mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal agar pengajaran dapat disampaikan dengan baik. Mengikut Rahimah (1992), keberkesanan seseorang pensyarah atau guru bukan sahaja dilihat dari aspek kejayaan penyampaian pengajarannya dalam kuliah sahaja malah ciri-ciri keterampilan dan personaliti yang positif juga memainkan peranan yang penting. Pensyarah merupakan salah satu penyumbang dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar yang baik. Ini adalah kerana institusi pengajian tinggi merupakan persinggahan terakhir pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Selain daripada mendapat ilmu pengetahuan, para pelajar akan melalui proses pembentukan diri dan personaliti mereka (Asmawati et al., 2014). Kenyataan ini disokong oleh Ee Ah Meng (2003) dan Sharifah (1987) yang menyatakan bahawa pensyarah yang ideal secara langsung akan menjadi role model kepada pelajarnya.

2.1

Penampilan

Penampilan memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti seseorang pensyarah. Berdasarkan kepada kajian oleh Zaharah (2005), ia menunjukkan bahawa penampilan pendidik merupakan aspek yang penting dalam membentuk keperibadian, personaliti dan akhlak pelajar. Hasil kajiannya menyatakan dari sudut pandangan pelajar, seseorang pendidik perlu memiliki sahsiah dan penampilan diri yang sempurna, tidak menampakkan keaiban yang ketara dan menjadi contoh yang baik. Pensyarah harus mempunyai keterampilan imej yang baik kerana apabila seseorang dilihat segak, secara langsung ia akan meningkatkan keyakinan diri. Sebagai seorang profesional, seorang pensyarah perlu mengambil berat akan penampilan diri kerana imej yang ditonjolkan akan mempengaruhi tahap kepercayaan masyarakat terhadap profesion pensyarah. Kek Tze Ying (2004) menyatakan bahawa seseorang individu perlu berpakaian dan mengikut sahsiah yang bersesuaian dengan bidang profesionnya. Mengikut kod etika pensyarah, pensyarah perlu menjaga penampilan diri semasa bertugas dengan berpakaian selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran di bawah Perkara 6 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukan: i)

Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

ii)

Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

Mohd Sahandri Gani et al., (2010) menyatakan bahawa penampilan fizikal dan cara pemakaian seseorang pendidik akan memberi kesan dan impak kepada interaksi dengan pelajar di bilik kuliah. Selain daripada itu, faktor ciri fizikal seperti ketinggian , saiz badan dan paras rupa juga boleh memberi implikasi kepada pembelajaran pelajar. Azhani (2008) juga menekankan bahawa penampilan seseorang pensyarah secara langsung boleh menganggu tumpuan pelajarnya seperti pakaian yang menjolok mata, selekeh, tidak kemas dan tidak bersih dan ia mencerminkan keperibadian pensyarah tersebut. Justeru, pensyarah perlu mengambil berat dan menjaga penampilan diri seperti mengenakan solekan yang bersesuaian bagi pensyarah wanita, rambut pendek dan kemas bagi pensyarah lelaki, menjaga kebersihan dan kekemasan diri dan memilih pakaian mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Sahandri Gani et al., (2010) yang mendapati pakaian yang kemas, sopan dan tidak menjolok mata merupakan asas penampilan seorang pensyarah kerana ia menepati faktor profesionalisme, keselesaan dan profesion seorang pensyarah.

2.2

Sikap dan Kualiti Peribadi

Terdapat kajian yang dijalankan terhadap hubungan diantara sikap dan kualiti pensyarah dalam proses pengajaran. Di antaranya ialah Gregore (1989) dan Abdull Sukor et al., (2014) yang menekankan bahawa kualiti peribadi dan sikap pensyarah boleh mempengaruhi gaya pengendalian pengajaran dan pembelajaran. Menurut hasil kajian oleh Azhani (2008), Abdul Shukor (2000), Dunkin et al., (1992), Booth (1993) dan Goodwin et al., (1993),

2

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

ciri-ciri kualiti dan sikap pensyarah yang ideal adalah sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin, mesra, kreatif, innovatif, mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berfikiran terbuka, ketepatan waktu masuk kuliah, humour, berkomunikasi dengan baik, mudah didekati, mengambil berat konsep kendiri pelajar, memberi maklum balas ke atas kerja pelajar dengan baik, memberikan motivasi dan menggalakkan pembelajaran pelajar, kesediaan mendengar kritikan dan teguran. Sikap dan keyakinan diri pensyarah terhadap pengajaran dan pembelajarannya juga merupakan faktor yang penting dalam mendorong minat pelajar untuk belajar (Abdullah, 2002; Siti Aida, 2014). Ini adalah kerana pensyarah merupakan pemangkin dalam menentukan situasi dan suasana di bilik kuliah samaada ke arah positif ataupun negatif. Keyakinan dan sikap pensyarah boleh dilihat dari segi gerak geri tubuh badan, pertuturan, tahap tenaga dan gaya penyampaian pengajaran. Dalam kebanyakan situasi, pelajar akan sentiasa memerhati dan menilai kelakuan mahupun tingkahlaku pensyarah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil kajian oleh Azhani (2008), menunjukkan bahawa pensyarah yang selalu berpeluk tubuh menggambarkan sikap pensyarah yang kurang bersedia, marah, rasa tidak selamat, kurang keyakinan dan beralasan. Manakala, pensyarah yang selalu berjalan ke hulu dan ke hilir semasa menyampaikan kuliah menggambarkan pensyarah itu dalam keadaan gelisah, gementar, resah dan bimbang. Justeru, pensyarah harus peka akan postur dan gerak gerinya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah adalah digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar semasa menyampaikan syarahan kerana posisi ini akan membolehkan pensyarah mempunyai hubungan eye contact dengan pelajar mereka. Sekiranya pensyarah berada dalam posisi duduk, mereka digalakkan supaya duduk secara berhadapan. Mereka harus duduk dengan postur yang tidak menyandar ke kerusi, dalam keadaan tegak atau pun condong sedikit ke hadapan. Posisi ini menunjukkan pensyarah berminat dan fokus serta dapat melihat reaksi tubuh badan pelajarnya ketika penyampaian kuliah (Azhani, 2008). Azhani (2008) juga menyatakan bahawa tahap tenaga pensyarah juga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Pelajar akan bersemangat untuk belajar sekiranya pensyarah dalam keadaan bersemangat, cergas dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu pengetahuan. Mengikut Sidin (1993), jika pensyarah dapat mempamerkan tingkah laku yang baik serta melaksanakan kaedah pengajaran yang sesuai, ia akan dapat menarik minat pelajar samada pelajar berminat atau sebaliknya. Berdasarkan kepada kajian Noraini (2000) dan Asmawati et al., (2014), pensyarah perlu menunjukkan sikap dan akhlak yang baik kerana pelajar akan terpengaruh untuk melakukan kebaikan. Sebagai contoh, seandainya pelajar dituntut dan dinasihatkan untuk datang ke kuliah tepat pada masanya, namum pensyarah sendiri yang lewat hadir ke kuliah. Ini akan menyebabkan pelajar hilang rasa hormat terhadap pensyarah dan tidak menghiraukan apa yang disampaikan oleh pensyarahnya. Oleh itu, sikap-sikap positif dan terpuji pensyarah diperlukan pada setiap masa dalam usaha mempengaruhi personaliti dan tingkah laku pelajar, seperti mengucapkan terima kasih setelah mendapat pertolongan dan bantuan dari pelajarnya (Fenstermacher et al., 2005). Pensyarah mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap perkembangan akhlak dan personaliti terhadap pelajarnya kerana mereka merupakan pendukung aspirasi membentuk modal insan yang holistik dan melahirkan mahasiswi dan mahasiswa bersahsiah mulia. Hubungan diantara pelajar dan pensyarah adalah penting kerana masa kuliah yang diperuntukkan kepada pensyarah memberi peluang kepada pensyarah untuk mendidik dan membentuk keperibadian pelajar yang baik.

3.

Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mendapat maklumbalas daripada pelajar mengenai pengaruh terhadap keterampilan pensyarah dari segi kualiti peribadi dan penampilan pensyarah serta sikap pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk: 1. 2.

4.

Mengenal pasti persepsi pelajar UiTM Sabah tentang ciri-ciri keterampilan pensyarah yang ideal. Mengenal pasti samada keterampilan pensyarah mempengaruhi pembentukan pesonaliti dan minat pelajar UiTM Sabah dalam pembelajaran mereka.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif di mana borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Penggunaan set borang soal selidik ini bersesuaian kerana kajian ini merupakan kajian deskriptif (Sekaran & Bougie, 2013). Kajian ini juga merupakan satu tinjauan awal dan populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar diploma UiTM Sabah, Kampus Kota Kinabalu bermula dari semester dua sehingga tujuh dan ke atas. Kajian ini telah memilih pelajar semester dua sehingga tujuh dan ke atas kerana mereka merupakan pelajar yang telah berada di institusi lebih dari satu semester dan dijangka dapat menilai ciri-ciri keterampilan pensyarah mereka. Jumlah populasi pelajar diploma sepenuh masa di UiTM Sabah pada sesi Disember 2016-Januari 2017 dianggarkan berjumlah 2,345 orang dan sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah sebanyak 357 orang mengikut nisbah yang terdapat dalam jadual Krejcie & Morgan (1970). Teknik persampelan kuota telah digunakan dalam kajian ini di mana sasaran saiz sampel adalah berdasarkan kepada 15% daripada jumlah pelajar dari setiap

3

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

program diploma yang ditawarkan di UiTM Sabah. Program-program tersebut adalah program Diploma Pengajian Perniagaan (BM111), Diploma Pengurusan Perbankan (BM119), Diploma Perakaunan (AC110), Diploma Pengajian Polisi (AM110), Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111), Diploma Pengurusan Hotel (HM110), Diploma Sains (AS120), Diploma Pengurusan Perladangan (AT110) dan Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) (BM117). Borang soal selidik yang direka mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden, Bahagian B berkaitan dengan kualiti pengajaran pensyarah, Bahagian C merangkumi ciri-ciri kualiti peribadi dan tingkah laku pensyarah, Bahagian D yang berkaitan dengan pengaruh pensyarah dalam membentuk personaliti dan minat pelajar dalam pembelajaran. Skala yang digunakan untuk mengukur permarkahan Bahagian B dan C adalah skala Likert 5 iaitu skala 1 – Sangat Setuju, 2- Setuju, 3- Neutral, 4-Tidak Setuju dan 5- Sangat Tidak Setuju. Manakala Bahagian D pula diukur dengan menggunakan skala dichotomous.

5.

Dapatan Kajian

5.1

Latar Belakang Responden

Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden dan peratusannya dari segi jantina. Dapatan kajian menunjukkan bilangan responden perempuan melebihi lelaki. Mereka terdiri daripada 104 (29.1%) orang pelajar lelaki dan 253 (70.9%) orang pelajar perempuan. Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Kekerapan 104 253 357

Peratusan(%) 29.1 70.9 100.0

Manakala Jadual 2 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut program yang terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah keseluruhan responden seramai 357 orang, pelajar dari program Diploma Pengajian Polisi mempunyai jumlah kekerapan yang tinggi iaitu seramai 77 (21.6%) orang, diikuti oleh pelajar dari program Diploma Pengurusan Perbankan dengan jumlah 56 (15.7%) orang. Pelajar dari program Diploma Perniagaan (BM111) ditempat ketiga dengan jumlah kekerapan seramai 52 (14.6%) orang. Seterusnya dari program Diploma Perakaunan seramai 49 (13.7%) orang, Diploma Sains seramai 39 (10.9%) orang, Diploma Pengurusan Perladangan seramai 35 (9.8%) orang, Diploma Pengurusan Pelancongan seramai 28 (7.8%) orang, Diploma Pengurusan Perniagaan (Pengangkutan) seramai 18 (5%) orang dan Diploma Pengurusan Hotel seramai 3 (0.8%) orang. Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Program Program BM111 BM119 AC110 AM110 HM111 AS120 AT110 BM117 HM110 Jumlah

Kekerapan 52 56 49 77 28 39 35 18 3 357

Peratusan(%) 14.6 15.7 13.7 21.6 7.8 10.9 9.8 5.0 0.8 100.0

Jadual 3 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden dari segi umur. Didapati responden berumur 1820 tahun mendominasi kajian ini dengan peratusan tertinggi sebanyak 86.6% (n=309), diikuti dengan responden berumur dalam lingkungan 21-23 tahun iaitu sebanyak 12.3% (n=44), 24-26 tahun sebanyak 0.8% (n=3) dan 27 tahun keatas sebanyak 0.3% (n=1).

4

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Umur Umur

Kekerapan

18-20 tahun 21-23 tahun 24-26 tahun 27 tahun keatas Jumlah

Peratusan(%)

309 44 3 1 357

86.6 12.3 0.8 0.3 100.0

Jadual 4 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden dari segi semester pengajian. Pelajar dari semester 4 mendahului senarai responden dengan jumlah 171 (47.9%) orang yang menjadi sampel kajian ini. Manakala pelajar dari semester 3 ditempat kedua dengan jumlah kekerapan seramai 114 (31.9%) dan pelajar dari semester 2 ditempat ketiga dengan jumlah kekerapan seramai 32 (9%) orang. Seterusnya dari semester 5 dan 6 jumlah kekerapan adalah sama, iaitu 19 (5.3%) orang dan semester 7 dan ke atas, seramai 2 (0.6%) orang. Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Semester Pengajian

5.2

Semester

Kekerapan

Peratusan(%)

2 3 4 5 6 7 dan ke atas Jumlah

32 114 171 19 19 2 357

9.0 31.9 47.9 5.3 5.3 0.6 100.0

Kualiti Pengajaran Pensyarah

Jadual 5 menunjukkan analisis data mengenai pandangan pelajar terhadap ciri-ciri kualiti pengajaran pensyarah. Didapati responden bersetuju bahawa pensyarah mempunyai kepelbagaian teknik dan gaya penyampaian pengajaran (39.2%, n=140) serta perlaksanaan pengajaran dijalankan dengan tersusun, sistematik dan lancar (47.6%, n=170). Hampir separuh jumlah responden bersetuju bahawa pensyarah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi (44.3%, n=158), berkemahiran menggunakan bahasa yang ditetapkan dalam pengajarannya (44.8%, n=160). Dari segi penyampaian isi kandungan pelajaran yang lengkap dan mendalam, didapati majoriti responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan jumlah kekerapan seramai 163 (45.7%) dan 85 (23.8%). Responden juga bersetuju bahawa pensyarah mahir menggunakan alat bantu mengajar di bilik kuliah dengan kekerapan seramai 159 (44.5%). Jadual 5: Ciri-Ciri Kualiti Pengajaran Pensyarah Mengikut Pandangan Pelajar No

Ciri-ciri Kualiti Pengajaran Pensyarah

Sangat Setuju

Setuju

Neutral

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

90 (25%)

140 (39.2%)

102 (28.6%)

19 (5.3%)

6 (1.7%)

1.

Pensyarah mempunyai kepelbagaian dalam teknik dan gaya penyampaian syarahan.

2.

Proses pengajaran pensyarah dilaksanakan dengan tersusun, sistematik dan lancar.

55 (15.4%)

170 (47.6)

100 (28%)

3.

Pensyarah berkemahiran menggunakan bahasa yang ditetapkan dalam pengajaran.

87 (24.4%)

160 (44.8%)

76 (21.3%)

5

25 (7%)

28 (7.8%)

7 (2%)

6 (1.7%)

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

4.

Pensyarah menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi.

5.

Penyampaian isi kandungan pelajaran dilakukan dengan lengkap dan mendalam.

6.

Pensyarah berkemahiran menggunakan alat bantu mengajar dengan berkesan.

5.3

114 (31.9)

158 (44.3%)

55 (15.4%)

19 (5.3%)

11 (3.1%)

85 (23.8%)

163 (45.7%)

73 (20.4%)

27 (7.6%)

9 (2.5%)

70 (19.6%)

159 (44.5%)

97 (27.2%)

20 (5.6%)

11 (3.1%)

Kualiti Peribadi dan Tingkah Laku Pensyarah

Dalam kajian ini, penglibatan pelajar diukur melalui respon pelajar kepada 26 item ciri-ciri kualiti peribadi dan tingkah laku pensyarah yang dikemukan dalam soal selidik. Jadual 6 menunjukkan nilai peratusan dan kekerapan yang tinggi iaitu 146 (40.9%) dimana responden sangat bersetuju bahawa pensyarah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Berdasarkan dapatan kajian, didapati hampir kesemua item berada di tahap yang tinggi iaitu diantara 38% - 46%. Majoriti responden bersetuju bahawa pensyarah menyediakan atau mempunyai nota yang padat (42.9%), pensyarah sentiasa ceria dan mesra dengan pelajar (42.3%), mempunyai humour (43.1%), sentiasa senyum (40.15%), bertimbang rasa (44.5%), bersikap terbuka (41.5%), berdedikasi (44.5%), ikhlas membantu pelajar (45.4%), berdisiplin (43.4%), berkesungguhan ketika mengajar (42.6%), berakhlak baik (45.7%), model yang boleh diteladani (43.4%), berbudi bahasa (47.3%), berpakaian kemas dan bersih (42.6%), berpakaian sopan (40.1%), memberi peluang pelajar untuk bertanya (40.9%), senantiasa mendengar maklumbalas pelajar (39.8%), menerima pendapat pelajar (38.1%), mengadakan sesi soal jawab di kelas (41.2%), memberi motivasi kepada pelajar (39.8%) dan memberi layanan yang sama kepada semua pelajar (38.4%). Manakala, reponden menyatakan pendapat yang neutral bagi item pensyarah mengingati nama pelajar (52.7%), masuk kuliah tepat pada masa (41.7%), mengambil berat dengan masalah pelajar (40.9%) dan tidak membatalkan kuliah (51.3%). Jadual 6: Ciri-Ciri Kualiti Peribadi dan Tingkah Laku Pensyarah Mengikut Pandangan Pelajar No.

Kualiti Peribadi dan Tingkah Laku Pensyarah

Sangat Setuju

Setuju

Neutral

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

1.

Mempunyai pengetahuan yang tinggi.

146 (40.9%)

134 (37.5%)

53 (14.8%)

13 (3.6%)

11 (3.1%)

2.

60 (16.8%)

153 (42.9%)

117 (32.8%)

24 (6.7%)

3 (0.8%)

3.

Menyediakan/mempunyai nota yang padat. Ceria dan mesra dengan pelajar.

58 (16.2%)

151 (42.3%)

126 (35.3%)

18 (5%)

4 (1.1%)

4.

Mempunyai humour.

52 (14.6%)

154 (43.1%)

127 (35.6%)

19 (5.3%)

5 (1.4%)

5.

Sentiasa senyum.

63 (17.6%)

143 (40.1%)

126 (35.3%)

21 (5.9%)

4 (1.1%)

6.

Mengingati nama pelajar.

33 (9.2%)

93 (26.1%)

188 (52.7%)

30 (8.4%)

12 (3.4%)

7.

Bertimbang rasa.

51 (14.3%)

159 (44.5%)

128 (35.9%)

13 (3.6%)

6 (1.7%)

8.

Bersikap terbuka.

62 (17.4%)

148 (41.5%)

127 (35.6%)

13 (3.6%)

7 (2%)

9.

Berdedikasi.

159 (44.5%)

113 (31.7%)

10 (2.8%)

7 (2%)

10.

Masuk ke kuliah tepat pada masa.

55 (15.4%)

123 (34.5%)

149 (41.7%)

27 (7.6%)

3 (0.8%)

11.

Ambil berat dengan masalah pelajar.

51 (14.3%)

128 (35.9%)

146 (40.9%)

22 (6.2%)

10 (2.8%)

12.

Tidak batalkan kelas.

38 (10.6%)

103 (28.9%)

183 (51.3%)

27 (7.6%)

6 (1.7%)

13.

Ikhlas membantu pelajar.

67 (18.8%)

162 (45.4%)

107 (30%)

15 (4.2%)

6 (1.7%)

14.

Berdisiplin.

90 (25.2%)

155 (43.4%)

84 (23.5%)

19 (5.3%)

9 (2.5%)

15.

94 (26.3%)

152 (42.6%)

89 (24.9%)

15 (4.2%)

7 (2%)

16.

Menunjukkan kesungguhan ketika mengajar. Berakhlak baik.

163 (45.7%)

72 (20.2%)

15 (4.2%)

7 (2%)

17.

Model yang boleh diteladani.

155 (43.4%)

79 (22.1%)

15 (4.2%)

7 (2%)

68 (19%)

100 (28%) 101 (28.3%)

6

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

18.

Berbudi bahasa.

90 (25.2%)

169 (47.3%)

74 (20.7%)

17 (4.8%)

6 (1.7%)

19.

Berpakaian kemas dan bersih.

116 (32.5%)

152 (42.6%)

68 (19%)

12 (3.4%)

9 (2.5%)

20.

Berpakaian sopan.

129 (36.1%)

143 (40.1%)

65 (18.2%)

12 (3.4%)

8 (2.2%)

21.

Memberi peluang pelajar untuk bertanya.

122 (34.2%)

146 (40.9%)

66 (18.5%)

14 (3.9%)

9 (2.5%)

22.

Sedia mendengar maklumabalas pelajar.

110 (30.8%)

142 (39.8%)

79 (22.1%)

18 (5%)

8 (2.2%)

23.

Menerima pendapat pelajar.

102 (28.6%)

136 (38.1%)

96 (26.9%)

16 (4.5%)

7 (2%)

24.

Mengadakan soal jawab di kelas.

102 (28.6%)

147 (41.2%)

87 (24.4%)

15 (4.2%)

6 (1.7%)

25.

Memberi motivasi kepada pelajar supaya tidak putas asa. Memberi layanan sama kepada semua pelajar.

95 (26.6%)

142 (39.8%)

96 (26.9%)

18 (5%)

6 (1.7%)

92 (25.8%)

137 (38.4%)

104 (29.1%)

15 (4.2%)

9 (2.5%)

26.

5.4

Keterampilan Pensyarah Dalam Mempengaruhi Personaliti Dan Minat Pelajar Jadual 7: Keterampilan Pensyarah Mempengaruhi Personaliti dan Minat Pelajar No.

Keterampilan Pensyarah Mempengaruhi Personaliti dan Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Mereka

Ya

Tidak

1.

Keterampilan pensyarah-pensyarah UiTM Sabah dapat mendorong serta menarik minat saya dalam pelajaran.

326 (91.3%)

30 (8.4%)

2.

Keterampilan pensyarah-pensyarah UiTM Sabah membentuk personaliti serta keperibadian diri saya untuk menjadi seorang mahasiswa/mahasiswi yang berkualiti dan dinamik.

319 (89.4%)

38 (10.6%)

3.

Keterampilan pensyarah mempengaruhi mood pembelajaran saya.

294 (82.4%)

63 (17.6%)

4.

Perkara pertama yang saya nilai kali pertama berjumpa dengan pensyarah adalah keterampilannya.

271 (75.9%)

84 (23.5%)

5.

Pensyarah saya adalah sumber inspirasi saya.

292 (81.8%)

63 (17.6%)

6.

Pensyarah saya adalah idola saya.

242 (67.8%)

113 (31.7%)

7.

Minat saya dalam pelajaran adalah atas dorangan pensyarah.

263 (73.7%)

91 (25.5%)

8.

Keyakinan diri saya meningkat akibat pengaruh pensyarah saya.

279 (78.2%)

77 (21.6%)

9.

Saya suka menggayakan diri sewaktu ke kelas kerana pengaruh pensyarah saya.

181 (50.7%)

175 (49%)

10.

Keterampilan dan tingkah laku saya berubah akibat pengaruh pensyarah saya.

213 (59.7%)

144 (40.3%)

Keterampilan pensyarah mempengaruhi personaliti dan minat pelajar dalam pengajaran diukur oleh maklumbalas pelajar di dalam Jadual 7. Keputusan dari hasil kajian menunjukkan item keterampilan pensyarah mendorong dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran mempunyai peratusan yang sangat tinggi iaitu 91.3%. Responden juga menyatakan bahawa keterampilan pensyarah dapat membentuk personaliti dan keperibadian mereka dan juga mempengaruhi mood pembelajaran mereka dengan jumlah peratusan sebanyak 89.4% dan 82.4%. Dari sudut pandangan pelajar, didapati ramai responden bersetuju bahawa pensyarah merupakan sumber inspirasi dan idola mereka dengan peratusan sebanyak 81.8% dan 67.8%. Item bagi penilaian pertama pelajar terhadap keterampilan pensyarah mencatatkan peratusan sebanyak 75.9%. Manakala, item seperti minat dan keyakinan

7

P ROSIDING K OLOKIUM H AL -E HWAL A KADEMIK (K-HEA’2017), U I TM C AWANGAN S ABAH

pelajar meningkat di atas dorongan pensyarah telah mendapat peratusan melebihi 70%. Bagi aspek pelajar menggayakan diri ke kuliah akibat pengaruh pensyarah, didapati hanya 50.7% bersetuju manakala 49% tidak bersetuju. Begitu juga dengan item keterampilan tingkah laku pelajar berubah akibat pengaruh pensyarah dengan jumlah peratusan 59.7% bersetuju dan 40.3% tidak bersetuju.

6.

Perbincangan dan Kesimpulan

Hasil analisis kajian ini telah merungkai persoalan tentang pengaruh keterampilan pensyarah terhadap minat pelajar dalam pembelajaran. Tiga aspek keterampilan diketengahkan di dalam kajian ini iaitu kualiti pengajaran dari sudut pandangan pelajar, kualiti peribadi dan tingkah laku, dan pengaruh pensyarah dalam pembentukan personaliti pelajar. Secara am, para pelajar berpendapat bahawa pensyarah UiTM Sabah mempunyai ciri-ciri keterampilan pengajaran yang baik. Namun begitu terdapat dua item yang harus diberi perhatian iaitu ciriciri keterampilan (1) pelaksanaan kaedah penyampaian dari sudut teknikal dan gaya persembahan, dan kedua (2) proses perjalanan kuliah yang teratur dan tersusun. Melihat kepada skor kedua-dua item ini sememangnya pelajar bersetuju (secara purata >60%) bahawa pensyarah UiTM Sabah memiliki ciri-ciri tersebut tetapi terdapat pelajar memilih respon neutral sebanyak 28-28.6% atau lebih 100 orang pelajar memberi gambaran bahawa masih terdapat kelemahan dari sudut teknikal pengajaran atau padagogi yang harus diambil perhatian. Dapatan ini juga dilihat selari dengan hasil kajian yang dibuat ke atas pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (Abdul Sukor Shaari, 2000). Masalah ini mungkin mempunyai justifikasinya tersendiri. Hakikatnya, pensyarah dan guru tidak dihasilkan dari acuan yang sama walaupun tugas hakikinya adalah serupa. Tidak dinafikan bahawa pensyarah memainkan peranan penting dalam kecemerlangan akademik. Kecemerlangan dapat dicapai apabila penyampaian dan pengisian akademik dibuat dengan perancangan rapi diikuti dengan strategi pengajaran yang memberi impak kepada pelajar. Pendapat ini disokong oleh Abdul Sukor Shaari et al., (2014). Dari aspek kualiti peribadi dan tingkah laku pensyarah, sebanyak 26 item telah disenaraikan. Keseluruhannya menunjukkan para pelajar berpendapat bahawa pensyarah UiTM Sabah mempunyai kualiti peribadi dan tingkahlaku yang baik berdasarkan skor yang tinggi untuk setiap item terutama perkara (1) iaitu berpengetahuan tinggi. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh dibangkitkan untuk dibincangkan iaitu perkara (6) mengingati nama pelajar, (10) masuk ke kuliah tepat pada masa, (11) mengambil berat dengan masalah pelajar, dan (12) tidak batalkan kelas. Hasil dapatan menunjukkan skor pilihan pelajar untuk perkara-perkara tersebut berada dalam lingkungan 40%-52% kurang pasti atau neutral. Ia jelas memberi gambaran tentang pandangan pelajar terhadap sikap disiplin, professional, kepekaan dan keperihatinan para pensyarah UiTM Sabah terhadap pelajar. Hasil dapatan menunjukkan para pelajar beranggapan bahawa sikap sedemikian harus diberi penekanan dan diterapkan dalam keterampilan pensyarah. Melihat kepada aspek pengaruh keterampilan pensyarah UiTM Sabah ke atas personaliti dan minat pelajar, terdapat beberapa perkara menarik yang boleh dibincangkan. Secara amnya, para pelajar mengakui bahawa keterampilan pensyarah sedikit sebanyak mempengaruhi personaliti dan minat mereka terhadap pembelajaran. Lebih dari 82% pelajar mengakui bahawa keterampilan pensyarah mempengaruhi minat dan mood pelajar ketika sesi pembelajaran mengikut skor item (1) dan item (3). Tetapi skor item (7) iaitu minat saya dalam pelajaran adalah atas dorongan pensyarah hanya 73.7%. Keputusan ini juga disokong oleh item (25) memberi motivasi kepada pelajar agar tidak putus asa dalam kualiti peribadi dan tingkah laku yang mendapat skor