faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam ...

28 downloads 445 Views 448KB Size Report
Bahasa Arab masih belum memuaskan berbanding bahasa kedua yang lain. ( Mowafak dan ... Analisis soal selidik mendapati i) tidak terdapat sumbangan faktor ...
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) • disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-9675478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: SATU TINJAUAN DI SMAP KAJANG Mohd Fadzli Ismail1 Mohd Sukki Othman2 [email protected] Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2 Fakulti Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM 1

Abstrak: Pendidikan bahasa Arab semakin mendapat perhatian kerajaan melalui peranan institusi pendidikan dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa Arab di Malaysia. Kepentingan penguasaan bahasa ini dapat mewujudkan medium kerjasama dan perkongsian secara global dalam sektor pendidikan, ekonomi, teknologi dan pelancongan negara. Namun, pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab masih belum memuaskan berbanding bahasa kedua yang lain (Mowafak dan rakan-rakan, 1999). Pelbagai kajian telah dijalankan mendapati banyak faktor yang menghalang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kertas kerja ini menjurus kepada tinjauan faktor terpilih iaitu guru, pelajar dan buku teks ke atas pencapaian peperiksaan akhir tahun 2009 pelajar dalam Bahasa Arab di SMKA Persekutuan, Kajang. Analisis soal selidik mendapati i) tidak terdapat sumbangan faktor guru, pelajar dan buku teks yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tingkatan 2; ii) terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor guru dan faktor pelajar yang berlainan pencapaian serta faktor buku teks tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Beberapa pendekatan disarankan oleh pengkaji bagi meningkatkan keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa ini kepada pelajar keseluruhannya. Kata kunci: Faktor guru, pelajar, buku teks dan pencapaian pengajaran dan pembelajaran.

PENDAHULUAN Umumnya, pendidikan Bahasa Arab bagi sekolah-sekolah Malaysia telah dibahagikan kepada Bahasa Arab Tinggi (untuk sekolah agama) dan Bahasa Arab Komunikasi (untuk sekolah harian). Konteks kajian ini menumpukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Walaupun Bahasa Arab sudah lama bertapak dan kini memasuki abad ke 173

21, namun pencapaian pelajar dalam subjek ini masih mendukacitakan (Chee Pee, 1991). Malah ada pihak yang menyifatkan ‘ada suatu yang tidak kena’ yang berlaku kepada keputusan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab (Ahmad Ismail, 2002). Rata-rata kajian yang dijalankan mendapati pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih belum mampu mencapai matlamat dan objektif yang sebenar (Kamarulzaman Abdul Ghani dan rakan-rakan, 2002). Kenyataan ini disokong oleh Nasriah Abu (1994; 1995) mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan kurikulum Bahasa Arab Komunikasi ialah para pelajar tidak mempunyai asas pendidikan Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Ada juga yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Ini menyebabkan pelajar-pelajar sukar memahami pembelajaran yang diterima. Para guru juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengajar sesuatu tajuk sedangkan masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Hal ini dikukuhkan dengan kajian telah dijalankan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 1993. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa pertama, kurangnya bilangan guru Bahasa Arab yang mampu

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan; kedua, kebanyakan guru masih terikat dengan pendekatan pengajaran secara konvensional melalui kaedah membaca, terjemahan dan syarahan; dan ketiga, penggunaan bahasa Arab hanya terhad di dalam kelas sahaja dan tidak berlaku di luar kelas.

KERANGKA TEORITIKAL Banyak teori yang telah dikemukakan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Masing-masing mengemukakan teori dan konsep yang berbeza mengikut perspektif kajian masing-masing. Antara faktor yang selalu dikaitkan dengan pencapaian pelajar termasuklah personaliti, jantina, persekitaran keluarga, taraf sosio ekonomi, minat, sikap, motivasi, gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran. Crandall dan rakan-rakan (1965) pula mencadangkan satu kerangka yang diasaskan kepada persepsi seseorang terhadap kemampuan dirinya. Andaian-andaian yang dicadangkan oleh kerangka ini ialah individu yang berlokus kawalan dalaman lebih berjaya dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan individu yang berlokus kawalan luaran. Ini kerana individu berlokus kawalan dalaman lebih bertanggungjawab atas kegagalan dan berasa malu juka gagal. Endler (1973) dan Magnusson (1971) pula mengemukakan teori yang didasarkan 174

kepada model trait klasik yang mencadangkan bahawa pembolehubah peribadi seseorang mempunyai hubungan yang penting dengan hasil pembelajaran. Ini bermakna hasil pembelajaran dapat ditentukan hanya dengan mengkaji ciri-ciri personaliti pelajar. Dengan kata lain, teori ini lebih menekankan peranan faktor dalaman berbanding luaran. Kerangka yang dicadangkan oleh Enwistle dan Wison (1977) pula mencadangkan bahawa faktor personaliti banyak mempengaruhi pencapaian pelajar, namun ia bukanlah penentu mutlak. Pendapat ini disokong oleh Moos dan Moos (1993). Marjoribanks (1988) pula mengemukakan kerangka teori pencapaian bercorak interaksionalisme yang melibatkan hubungan antara kebolehan membaca dengan kebolehan intelek dan sikap terhadap sekolah di kalangan kanak-kanak yang berbeza latar belakang keluarga. Manakala kajian yang menyentuh faktor-faktor yaang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab secara khusus telah menggariskan beberapa faktor tambahan. Ada yang mengaitkan faktor pengajaran guru (Sohair Abdel Moneim Sery, 1990), kaedah pengajaran (As-Sayid Mustafa Asy-air dan Mohd Halim Hassan, 1989), sistem pendidikan dan teknologi pendidikan (Mohd Kamil Che Soh, 1990) serta beberapa faktor lain seperti kepakaran guru, jumlah masa belajar dan sistem penilaian (Fazidah Zawahir Ahmad, 1981). Kesemua faktor ini telah dirangkum secara menyeluruh oleh Ahmad Hassan Raja Hawatemeh (1999), di mana beliau membahagikan faktor-faktor ini kepada beberapa bahagian utama, iaitu faktor pembelajaran, faktor bahasa dan faktor sosial. Faktor pembelajaran yang dimaksudkan oleh beliau ialah guru, pelajar, buku teks, teknologi, bangunan sekolah dan bilik darjah serta sistem peperiksaan. Faktor bahasa pula meliputi bunyi huruf Arab, sistem tulisan kanan ke kri dan pengaruh bahasa ibunda. Faktor sosial pula ialah keluarga, masjid, kelab sosial, media cetak dan media massa serta surat khabar, bahan terbitan dan perpustakaan. Kesimpulannya, kerangka teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa semua faktor yang berkaitan mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat Bahasa Arab. Konteks kajian ini hanya akan menumpukan kepada tiga faktor pembelajaran sahaja iaitu guru, pelajar dan buku teks.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah sumbangan faktor guru, pelajar dan buku teks mempengaruhi pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Di 175

samping untuk menentukan perbezaan faktor-faktor tersebut terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

PERSOALAN KAJIAN Tinjauan ini menjurus kepada faktor terpilih yang mempengaruhi pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab pelajar tingkatan 2 di SMKA Persekutuan Kajang. Menyedari hakikat bahawa Bahasa Arab mula dipelajari di peringkat sekolah rendah, kelemahan penguasaan mereka dalam bahasa ini menjadi satu persoalan kerana mereka telah diberi pendedahan untuk mempelajarinya sekian lama. Oleh itu, kertas kerja ini cuba merungkai persoalan seperti berikut: i.

Sejauh manakah sumbangan faktor guru, pelajar dan buku teks terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab?

ii.

Adakah terdapat perbezaan faktor-faktor guru, pelajar dan buku teks terhadap berlainan pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab?

KAEDAH PENYELIDIKAN Reka bentuk kajian Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan secara tinjauan terhadap tahap sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Selain melihat perbandingan bagi ketiga-tiga faktor tersebut antara pelajar berlainan pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Data kajian dikumpulkan daripada soal selidik faktor-faktor pengajaran dan pembelajaran yang diedarkan kepada responden.

Populasi dan persampelan kajian Sampel kajian ialah pelajar-pelajar tingkatan dua SMA Persekutuan, Kajang, Selangor yang telah mengambil peperiksaan bahasa Arab tingkatan satu dalam peperiksaan akhir tahun 2006. Sampel kajian yang digunakan ialah seramai 105 orang sahaja. Manakala jumlah populasi sampel ialah seramai 150 orang. Jumlah ini sudah mencukupi kerana mengikut mengikut Krieje dan Morgan (1970), seramai 364 sampel kajian sudah mencukupi untuk populasi seramai 7000 orang. Teknik persampelan yang digunakan ialah secara rawak berstrata. Teknik persampelan ini dipilih kerana pengkaji ingin mendapatkan responden yang berlainan pencapaian (kumpulan tinggi, sederhana dan rendah). Menurut Wiersma (2000), 176

teknik persampelan ini sesuai digunakan jika kumpulan populasi sampel tidak homogenous dan terbahagi kepada dua atau lebih sub populasi.

Alat Kajian Soal selidik ini mengandungi beberapa konstruk. Pembinaan instrumen soal selidik adalah berdasarkan panduan dari kajian-kajian lepas dan literatur berkaitan. Dalam penggubalan item-item instrumen soal selidik kajian ini, pengkaji telah melibatkan sembilan orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang Bahasa Arab, penyelidikan dan kurikulum untuk memastikan kesahan muka (face validity) dan kesahan isi kandungan (content validity). Alat kajian adalah satu set soal selidik faktor pembelajaran yang mengandungi empat bahagian. Bahagian A merangkumi profil responden seperti jantina dan markah bagi subjek bahasa Arab dalam peperiksaan akhir tahun 2009. Bahagian B pula mengandungi 13 item soal selidik faktor guru, bahagian C mengandungi 18 item soal selidik faktor pelajar dan bahagian D mengandungi 7 item soal selidik faktor buku teks. Skala likert telah dipilih kerana ia mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Wiersma 2000). Responden juga mempunyai ruang pilihan yang banyak untuk membuat pilihan yang tepat.

Kajian Rintis Pengkaji telah melakukan kajian rintis kepada soal selidik ini di kalangan 30 orang pelajar tingkatan tiga SMK Pandan Mewah, Ampang, Selangor. Sekolah ini telah dipilih kerana ia merupakan sekolah menengah harian yang menawarkan subjek Bahasa Arab Komunikasi daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Oleh itu, ia mempunyai pelajar yang hampir sama tahap pencapaiannya dengan populasi sebenar kajian. Dari segi kedudukan geografi pula, lokasi sekolah rintis, iaitu di Ampang, tidak jauh daripada lokasi populasi sebenar, iaitu di Kajang. Dengan itu, sampel kajian rintis tidak banyak berbeza dengan sampel kajian sebenar. Keputusan kajian rintis yang dijalankan menunjukkan soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu alpha = 0724.

ANALISIS KAJIAN 1. Profil Pelajar

177

Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Pelajar lelaki diwakili oleh seramai 60 orang atau 57.1% daripada jumlah keseluruhan responden. Pelajar perempuan pula diwakili oleh seramai 45 orang pelajar atau 42.9% daripada jumlah responden.

Jadual 1: Profil Responden Kajian Mengikut Jantina JANTINA

BIL

PERATUS

Lelaki

60

57.1%

Perempuan

45

42.9%

JUMLAH

105

100%

Jadual 2 pula menunjukkan profil responden kajian mengikut kumpulan pencapaian dalam bahasa Arab tingkatan 2, iaitu kumpulan pencapaian rendah, sederhana dan tinggi.

Jadual 2: Profil Responden Kajian Mengikut Kumpulan Pencapaian KUMPULAN PENCAPAIAN

KEKERAPAN

PERATUS

Pencapaian Rendah (0 – 59%)

12

11.4

52

49.5

41

39.0

105

100%

Pencapaian Sederhana (60 – 80%) Pencapaian Tinggi (81– 100%) JUMLAH

2. Sumbangan Faktor Guru Terhadap Pencapaian Bahasa Arab Jadual 5 menunjukkan jumlah sumbangan faktor guru terhadap pencapaian pelajar, iaitu sebanyak 8% sahaja. Nilai ini kecil dan tidak signifikan. Ini bermakna faktor guru tidak mempunyai sumbangan yang besar dalam pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab. Ini dapat dijelaskan melalui kemungkinan wujudnya beberapa faktor lain seperti faktor motivasi dan persekitaran di samping kemungkinan wujudnya guru-guru yang tidak menjalankan peranan mereka dengan baik sehingga menyebabkan mereka tidak mampu memberikan sumbangan kepada pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab. 178

Jadual 3: Ujian Kolerasi Menggunakan Pekali Kolerasi Nilai

Kekuatan Hubungan

0.00 – 0.20

Sangat lemah

0.21 – 0.40

Lemah, rendah

0.41 – 0.70

Sederhana

0.71 – 0.90

Tinggi, kuat

0.91 – 1.00

Sangat tinggi, sangat kuat Sumber: Alias Baba (1992)

Jadual 4: Ujian Anova Menggunakan Skor Min Korelasi ‘Coefficient’

Kekuatan Hubungan

1.00 – 2.33

Tahap rendah

2.34 – 3.66

Tahap sederhana

3.67 – 5.00

Tahap tinggi Sumber: Jamil Ahmad (1992)

Jadual 5: Sumbangan Faktor Guru Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam BA Tingkatan 2 __________________________________________________________________________ R

R SQUARE

0.284

0.080

ADJUSTED

STANDARD ERROR OF THE

R SQUARE

ESTIMATE

0.071

0.634

Nilai sumbangan yang diperolehi ialah sebanyak 8% sahaja. Nilai ini kecil dan tidak signifikan. Oleh itu, hipotesis nol (Ho1) diterima, iaitu tidak terdapat sumbangan faktor guru yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tingkatan 2.

Ho1 Tidak terdapat sumbangan faktor guru yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tingkatan 2.

3.

Sumbangan Faktor Pelajar Terhadap Pencapaian Bahasa Arab 179

Jadual 6 menunjukkan jumlah sumbangan faktor pelajar terhadap pencapaian pelajar, iaitu sebanyak 12.6% sahaja. Nilai ini kecil dan tidak signifikan. Ini bermakna faktor pelajar tidak memberi sumbangan yang besar kepada pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kewujudan faktor-faktor lain yang masih boleh menghalang pelajar daripada menguasai Bahasa Arab seperti semantik dan tatabahasa Arab serta sistem tulisan bahasa Arab yang agak berbeza daripada sistem tulisan rumi.

Jadual 6 : Sumbangan faktor pelajar terhadap pencapaian pelajar dalam BA Tingkatan 2 R

R SQUARE

0.355

ADJUSTED

STANDARD ERROR OF THE

R SQUARE

ESTIMATE

0.126

0.109

0.621

Nilai sumbangan yang diperolehi ialah 12.6% sahaja, Nilai ini kecil dan tidak signifikan. Oleh itu, hipotesis nol (Ho2) diterima iaitu tidak terdapat sumbangan faktor pelajar yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tingkatan 2.

Ho2 Tidak terdapat sumbangan faktor pelajar yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tingkatan 2.

4. Sumbangan Faktor Buku Teks Terhadap Pencapaian Bahasa Arab Jadual 7 menunjukkan jumlah sumbangan faktor buku teks terhadap pencapaian pelajar, iaitu sebanyak 15% sahaja. Nilai ini kecil dan tidak signifikan. Ini bermakna faktor buku teks tidak memberi sumbangan yang besar dalam menentukan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Ini mungkin disebabkan oleh peranan buku teks itu sendiri yang kurang berkesan kerana menggunakan bahasa yang susah difahami atau tidak menarik minat pelajar untuk menjadikannya sebagai rujukan utama.

Jadual 7: Sumbangan Faktor Buku Teks Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam BA Tingkatan 2

R

R SQUARE

ADJUSTED R SQUARE 180

STANDARD ERROR OF THE ESTIMATE

0.387

0.150

0.124

0.616

Nilai sumbangan yang diperolehi ialah 15%. Nilai ini sangat kecil dan tidak signifikan. Oleh itu, hipotesis nol diterima iaitu tidak terdapat sumbangan faktor buku teks yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tingkatan 2.

Ho3

Tidak terdapat sumbangan faktor buku teks yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab tingkatan 2.

5. Perbezaan Faktor Guru, Pelajar Dan Buku Teks Berdasarkan Pelajar Berlainan Pencapaian i. Faktor Guru Jadual 8 menunjukkan jadual ANOVA faktor guru bagi pelajar berlainan pencapaian. Nilai F yang diperolehi ialah 4.479 manakala nilai F kritikal bagi darjah kebebasan (2,102) di paras signifikan 0.05 ialah 3.16. F dikira lebih besar daripada nilai F kritikal dan ia berada dalam kawasan penolakan hipotesis nol. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan faktor guru yang signifikan berdasarkan pelajar berlainan pencapaian. Ini bermakna kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, kerja rumah dan peranan yang dimainkan oleh guru mempunyai pengaruh yang berbeza terhadap kumpulan pelajar berlainan pencapaian. Ini mungkin disebabkan oleh penerimaan dan tindak balas yang berbeza-beza terhadap faktor guru di kalangan pelajar. Pelajar berpencapaian tinggi contohnya memberikan tindakbalas yang mungkin berbeza daripada tindakbalas kumpulan berpencapaian rendahdan sederhana. Keadaan ini mungkin dapat menjelaskan latar belakang dapatan kajian ini yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi faktor guru berdasarkan kumpulan pelajar berlainan pencapaian. Jadual 8 : Analisis ANOVA faktor guru bagi pelajar berlainan pencapaian

PUNCA VARIASI Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

JUMLAH KUASA DARJAH DUA KEBEBASAN 2.449 2

27.887

102

MIN

NILAI F

SIG

1.225

4.479

0.014*

0.273 181

Jumlah 30.336 * Signifikan pada aras 0.05

104

Namun begitu, dapatan di atas masih belum dapat menerangkan secara jelas pasangan kumpulan pencapaian manakah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi faktor guru. Untuk menentukan pasangan kumpulan pencapaian yang telah menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi faktor ini, ujian post-hoc ANOVA dijalankan. Berdasarkan ujian PostHoc ANOVA Tukey, didapati pasangan kumpulan yang berbeza secara signifikan adalah seperti berikut : 1.

Hanya pasangan kumpulan pencapaian rendah dan tinggi sahaja yang kelihatan mempunyai perbezaan min yang signifikan memandangkan nilai signifikannya ialah 0.026 (Tukey HSD) iaitu lebih kecil daripada nilai alpha = 0.05. Ini menunjukkan pengaruh faktor guru terhadap kumpulan berpencapaian tinggi mungkin

berbeza

daripada

kumpulan

berpencapaian

rendah.

Kumpulan

berpencapaian tinggi mungkin tidak terlalu dipengaruhi oleh kaedah pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar kerana mereka lebih mudah memahami pelajaran yang diajar. Manakala kumpulan berpencapaian rendah pula mungkin banyak bergantung kepada kaedah pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar. Ini mungkin disebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran guru melainkan jika digunakan kaedah yang sesuai dan menarik serta dibantu oleh bahan bantu mengajar yang relevan. Kumpulan pencapaian tinggi juga mungkin menganggap kerja rumah yang diberikan sebagai sesuatu yang positif dan ini mungkin berbeza daripada penerimaan kumpulan pencapaian rendah yang menganggap kerja rumah sebagai sesuatu yang membebankan. Bimbingan dan peranan guru juga mungkin tidak begitu ketara dalam kumpulan pencapaian tinggi tetapi mungkin amat penting bagi kumpulan pencapaian rendah. Keadaan-keadaan ini mungkin mendorong kepada wujudnya perbezaan faktor guru yang signifikan antara kumpulan pencapaian tinggi dan rendah.

2.

Pasangan kumpulan lain kelihatan tidak signifikan memandangkan nilai signifikan masing-masing adalah lebih besar daripada nilai alpha 0.05 seperti berikut: 

Nilai signifikan bagi pasangan kumpulan pencapaian rendah dan sederhana ialah 0.441 (Ujian Tukey) sahaja. Ini mungkin disebabkan perbezaan min antara 182

kedua-dua kumpulan itu tidak ketara, iaitu sebanyak 0.2051 sahaja. Ini mungkin menyebabkan penerimaan dan tindakbalas kedua-dua kumpulan ini terhadap faktor guru tidak jauh berbeza. 

Nilai signifikan bagi pasangan kumpulan pencapaian tinggi dan sederhana ialah 0.066 (Ujian Tukey) sahaja. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan min antara kedua-dua kumpulan tidak ketara, iaitu sebanyak 0.2472 sahaja. Ini mungkin menyebabkan perbezaan penerimaan kedua-duanya terhadap faktor guru tidak jauh berbeza.

ii.Faktor Pelajar Jadual 9 menunjukkan jadual ANOVA faktor pelajar berdasarkan pelajar berlainan pencapaian. Nilai F yang diperolehi ialah 6.527 manakala nilai F kritikal bagi darjah kebabasan (2,102) di paras signifikan 0.05 ialah 3.16. F dikira lebih besar daripada nilai nilai F kritikal dan ia berada dalam kawasan penolakan hipotesis nol. Ini bermakna terdapat perbezaan faktor pelajar yang signifikan antara pelajar berlaian pencapaian. Dapatan ini menunjukkan bahawa sikap, kemahiran bahasa dan persekitaran keluarga pelajar menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan kumpulan pencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Ini mungkin disebabkan para pelajar daripada ketiga-tiga kumpulan pencapaian mempunyai sikap, kemahiran bahasa dan persekitaran keluarga yang berbeza-beza. Pelajar berpencapaian tinggi contohnya mempunyai sikap, minat dan gaya pembelajaran yang berlainan daripada tindak balas kumpulan berpencapaian rendah dan sederhana. Keadaan ini mungkin dapat menjelaskan latar belakang dapatan kajian ini yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi faktor pelajar berdasarkan kumpulan pelajar berlainan pencapaian. Namun begitu, dapatan di atas masih belum dapat menerangkan secara jelas pasangan kumpulan pencapaian manakah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi faktor pelajar. Untuk menentukan pasangan kumpulan pencapaian yang telah menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi faktor ini, ujian post-hoc ANOVA dijalankan. Berdasarkan ujian Post-Hoc ANOVA Tukey, didapati pasangan kumpulan yang berbeza secara signifikan adalah seperti berikut:

1.

Hanya pasangan kumpulan pencapaian rendah dan tinggi sahaja yang kelihatan mempunyai perbezaan min yang signifikan memandangkan nilai signifikannya ialah 0.02 (Tukey HSD) iaitu lebih kecil daripada nilai alpha = 0.05. Ini menunjukkan 183

pengaruh faktor pelajar terhadap kumpulan berpencapaian tinggi mungkin berbeza daripada kumpulan berpencapaian rendah. Kumpulan berpencapaian tinggi mungkin tidak terlalu dipengaruhi oleh sikap dan minat kerana mereka lebih mudah memahami pelajaran yang diajar. Manakala kumpulan berpencapaian rendah pula mungkin banyak bergantung kepada sikap dan minat semasa belajar. Ini mungkin disebabkan mereka sukar untuk menguasai kemahiran bahasa ketika berada di dalam kelas. Kumpulan pencapaian tinggi juga mungkin menganggap kerja rumah yang diberikan sebagai sesuatu yang positif dan ini mungkin berbeza daripada penerimaan kumpulan pencapaian rendah yang menganggap kerja rumah sebagai sesuatu yang membebankan. Motivasi juga mungkin tidak begitu ketara dalam kumpulan pencapaian tinggi tetapi mungkin amat penting bagi kumpulan pencapaian rendah. Keadaan keadaan ini mungkin mendorong kepada wujudnya perbezaan faktor pelajar yang signifikan antara kumpulan pencapaian tinggi dan rendah.

2.

Pasangan kumpulan lain kelihatan tidak signifikan memandangkan nilai signifikan masing-masing adalah lebih besar daripada nilai alpha 0.05 seperti berikut: 

Nilai signifikan bagi pasangan kumpulan pencapaian rendah dan sederhana ialah 0.079 (Ujian Tukey) sahaja. Ini mungkin disebabkan perbezaan min antara kedua-dua kumpulan itu tidak ketara, iaitu sebanyak 0.3308 sahaja. Ini mungkin menyebabkan penerimaan dan tindakbalas kedua-dua kumpulan ini terhadap faktor pelajar tidak jauh berbeza.



Nilai signifikan bagi pasangan kumpulan pencapaian tinggi dan sederhana ialah 0.088 (Ujian Tukey) sahaja. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan min antara kedua-dua kumpulan tidak ketara, iaitu sebanyak 0.2109 sahaja. Ini mungkin menyebabkan perbezaan penerimaan kedua-duanya terhadap faktor pelajar tidak jauh berbeza.

Jadual 9: Analisis ANOVA faktor pelajar bagi pelajar berlainan pencapaian PUNCA VARIASI Antara

JUMLAH KUASA DARJAH DUA KEBEBASAN 2.929 2

KUASA NILAI F DUA MIN 1.465 6.527

Kumpulan Dalam

22.890

102

0.224 184

SIG 0.002

Kumpulan Jumlah

25.819

104

* Signifikan pada aras 0.05 iii.Faktor Buku Teks Jadual 10 menunjukkan jadual ANOVA faktor buku teks bagi pelajar berlainan pencapaian. Nilai F yang diperolehi ialah 1.092 manakala nilai F kritikal bagi darjah kebabasan (2,102) di paras signifikan 0.05 ialah 3.16. F dikira lebih kecil daripada nilai F kritikal dan ia berada dalam kawasan penerimaan hipotesis nol. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan faktor buku teks yang signifikan antara pelajar berlainan pencapaian. Dapatan ini menunjukkan bahawa keadaan fizikal buku teks, kandungan dan bahasa yang digunakan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan bagi pelajar-pelajar kumpulan pencapaian rendah, sederhana dan tinggi. Ini dapat dijelaskan melalui realiti penggunaan buku teks yang tidak meluas dan optimum di kalangan pelajar-pelajar bahasa Arab. Keadaan ini menyebabkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam faktor buku teks berdasarkan kumpulan pelajar berlainan pencapaian. Oleh kerana buku teks itu jarang digunakan oleh pelajar, maka perbezaan yang ingin dilihat tidak kelihatan secara signifikan.

Jadual 10: Analisis ANOVA Faktor Buku Teks Bagi Pelajar Berlainan Pencapaian JUMLAH KUASA DARJAH DUA KEBEBASAN 1.089 2

PUNCA VARIASI Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

50.883

Jumlah 51.972 * Signifikan pada aras 0.05

102

KUASA DUA MIN 0.545

NILAI F

SIG

1.092

0.340

pengajaran

dan

0.499

104

Pengujian hipotesis nol (Ho4) telah menunjukkan bahawa: Ho4

Tidak

terdapat

perbezaan

faktor-faktor

pembelajaran (guru, pelajar dan buku teks) antara pelajar berlainan pencapaian.

i. Faktor Guru 185

Nilai F yang diperoleh daripada analisis ANOVA ialah 4.479 manakala nilai F kritikal bagi darjah kebebasan (2,102) di paras signifikan 0.05 ialah 3.16. F kira lebih besar daripada nilai F kritikal dan ia berada dalam kawasan penolakan hipotesis nol. Oleh itu, hipotesis nol ditolak. Ujian Post-Hoc Tukey HSD yang dijalankan menunjukkan bahawa perbezaan yang signifikan terdapat antara pasangan kumpulan pencapaian rendah dan tinggi, iaitu 0.026 (Tukey HSD). Nilai ini lebih kecil daripada nilai alpha = 0.05.

ii.

Faktor Pelajar Nilai F yang diperoleh daripada analisis ANOVA ialah 6.527 manakala nilai F kritikal bagi darjah kebebasan (2,102) di paras signifikan 0.05 ialah 3.16. F kira lebih besar daripada nilai nilai F kritikal dan ia berada dalam kawasan penolakan hipotesis nol. Oleh itu, hipotesis nol ditolak. Ujian Post-Hoc Tukey HSD yang dijalankan menunjukkan bahawa perbezaan yang signifikan terdapat antara pasangan kumpulan pencapaian rendah dan tinggi, iaitu 0.002 (Tukey HSD). Nilai ini lebih kecil daripada nilai alpha = 0.05.

iii.

Faktor Buku Teks Nilai F yang diperoleh daripada analisis ANOVA ialah 1.092 manakala nilai F kritikal bagi darjah kebebasan (2,102) di paras signifikan 0.05 ialah 3.16. F kira lebih kecil daripada nilai F kritikal dan ia berada dalam kawasan penerimaan hipotesis nol. Oleh itu, hipotesis nol diterima iaitu tidak terdapat perbezaan faktor buku teks antara pelajar yang berlainan pencapaian.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian ini terlalu kecil dan hanya mengkaji tiga faktor pembelajaran, iaitu faktor guru, pelajar dan buku teks. Kajian yang mengkaji faktor-faktor yang sama dengan lebih menyeluruh dan melibatkan lebih ramai sampel daripada beberapa buah sekolah di beberapa buah negeri perlu dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan yang wujud antara faktor-faktor itu dengan pencapaian Bahasa Arab secara lebih mendalam. Penggunaan soal selidik yang lebih terperinci dan mendalam tentang faktor-faktor ini juga boleh dilakukan dengan menganalisis data setiap item dan setiap aspek yang wujud dalam setiap faktor. Dengan cara itu, pola faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab akan lebih difahami. 186

Perlu dinyatakan di sini bahawa kajian yang melihatkan buku teks dan hubungannya dengan pencapaian Bahasa Arab masih kurang dilakukan walaupun faktor buku teks merupakan faktor penting yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran pelajar. Satu kajian yang mengkaji peranan buku teks dalam menentukan pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab perlu dilakukan tanpa melibatkan faktor-faktor lain. Ini adalah kerana buku teks merupakan satu-satunya rujukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan dimiliki oleh semua pelajar. Mungkin jika ia digunakan dengan baik, peranan dan fungsinya akan dapat menggantikan fungsi guru, khususnya apabila pelajar membuat ulang kaji atau rujukan di rumah semasa ketiadaan guru. Seterusnya dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi lain kerana beberapa faktor. Di antaranya ialah bilangan sampel kajian yang kecil dan sampel yang hanya diambil daripada satu sekolah sahaja. Dengan kata lain, dapatan ini hanyalah sebagai satu petunjuk dan sokongan kepada kajian-kajian lepas sahaja dan hanya boleh dikaitkan dengan populasi asalnya sahaja, iaitu para pelajar tingkatan 2 SMKA Persekutuan, Kajang, Selangor.

KESIMPULAN Kajian ini mendapati tiada sumbangan faktor guru, pelajar dan buku teks yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Manakala perbezaan yang signifikan dapat dilihat bagi faktor-faktor ini dalam kalangan pelajar berlainan pencapaian, melainkan bagi faktor buku teks. Implikasi penting dapatan ialah wujudnya peranan faktor lain dalam menentukan pencapaian akademik pelajar seperti faktor motivasi dan gaya pembelajaran. Namun begitu, harus diingatkan bahawa peranan yang dimainkan oleh guru dan kesannya terhadap pelajar tetap penting. Dalam kajian ini, dua hipotesis yang melibatkan faktor guru didapati signifikan dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan dengan baik oleh para guru bagi membantu pelajar menguasai dan meningkatkan kemahiran-kemahiran bahasa Arab mereka.

RUJUKAN Ahmad Hassan Raja Hawatemeh. (1999). Factors influencing the effectiveness of teaching Arabic as a foreign language at the federal government Islamic higher secondary schools in the state of Selangor Darul Ehsan. Master Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. 187

Alias Baba. (1997). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia As-Sayid Mustafa Asy-air. (1998-1999). Kaedah pengajaran bahasa Arab yang berkesan kepada bangsa-bangsa asing: satu perbandingan antara kaedah-kaedah yang digunakan di Universiti Mesir, Universiti Arab Saudi dan Institut Antarabangsa Bahasa Arab di Khourtum. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia Chee Pee Saad. (1993). Penyediaan guru bahasa Arab: latihan dan pengembangan. Kertas Kerja Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan UKM Siri 4/93. Crandall, V.C., Katkovsky, W., dan Crandall, V. J. (1965). Children's belief in their own control of reinforcements in intellectual-academic situations. Child development 36: 91-109. Endler, N. S. (1973). The person versus the situation - a pseudo issue? A response to Alker. Journal of Personality 41: 287-303. Entwistle, N. J., & Wilson, J. D. (1977). Degrees of excellence: the academic achievement game. Londres: Hodder and Stoughton. Fazidah Zawahir Ahmad. (1987). Pengajaran bahasa Arab di Sekolah Agama di Terengganu: kajian khusus di SMA Sultan Ismail Dungun, Terengganu. Tesis Sarjana . Universiti Kebangsaan Malaysia. Jamil Ahmad. 1992. Tesis Ph.D, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamarulzaman Abdul Ghani, Zawawi Ismail & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2002). Peranan persekitaran bahasa Arab terhadap kemahiran Bahasa Arab Komunikasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607-610. Marjoribanks, K. (1988). Perceptions of family environments, educational and occupational outcomes: social-status differences. Perceptual and Motor Skills 66: 3-9. Moos, R. H. & Moos, B. S. (1993). Family enviroment scale manual. Palo Alto, CA: Consulting Psychologists Press, Inc. (second edition; tenth printing). Mohd Kamil Che Soh. (1990). Bahasa Arab di Institut Teknologi MARA: satu kajian mengenai pengajaran & pembelajaran berkesannya kepada pelajar, khusus di Institut Teknologi MARA. Cawangan Kelantan. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Islam. UKM. Magnusson, D. An analysis of situational dimensions. (1971). Perceptual and Motor Skills, 32: 851-867.

188

Mowafak Abdullah, Raja Mohd Fauzi & Mohamed Amin Embi. (1999). The acquisition of Arabic reading skills among religious school student: A pilot study. Jurnal Pendidikan. Penerbit UKM. Sohair Abdel Moneim Sery. (1990). Satu tinjauan tentang masalah-masalah pengajaran mata pelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah menengah agama di Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Wiersma, L. D. (2000). Risks and benefits of youth sport specialization: perspectives and recommendations. Pediatric Exercise Science 12: 13-22.

189

Suggest Documents