Faktor risiko di kalangan pesakit penyakit jantung koronari di Institut ...

56 downloads 5376 Views 156KB Size Report
jantung koronari serta faktor-faktor risiko (CHD) di kalangan pesakit CHD di Institut Jantung ... Subjek kajian ini merupakan semua pesakit penyakit jantung.
Mal J Nutr 3: 103-116, 1997

Faktor risiko di kalangan pesakit penyakit jantung koronari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur (Risk factors among coronary heart disease patients in the National Heart Institute, Kuala Lumpur) Lam YL dan Khor GL Department of Nutrition and Community Health, Faculty of Medicine and Health Science, Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap penyakit jantung koronari serta faktor-faktor risiko (CHD) di kalangan pesakit CHD di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Subjek kajian ini merupakan semua pesakit penyakit jantung koronari yang mendapat rawatan perubatan di IJN dalam jangkamasa kajian ini dijalankan, iaitu antara 5 Mei 1997 dan 24 Mei 1997. Seramai 105 orang pesakit telah ditemubual dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini meliputi empat faktor risiko penyakit jantung koronari iaitu pengambilan makanan, amalan merokok, pengambilan alkohol dan aktiviti fizikal. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit (92.4%) berumur 45 tahun dan ke atas. Kebanyakan pesakit (85.7%) mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan kronik seperti diabetes mellitus dan hipertensi sebelum dimasukkan ke IJN. Hasil kajian mendapati min jumlah kolesterol darah bagi pesakit adalah 6.1 (1.3mmol/L dan seramai 75.2% adalah hiperkolesterolemik (5.2 mmol/L). Min tekanan darah sistolik adalah 151.2 (27.5mmHg. Min bagi indeks jisim tubuh di kalangan pesakit adalah 25.9 (3.9kg/m2 dan seramai 58.1% berlebihan berat badan (BMI (25.0). Selain itu, didapati setengah daripada pesakit (49.6%) pernah merokok tetapi hanya 8.6% yang masih merokok. Daripada 56 orang pesakit yang bukan Muslim, seramai 9 orang (16.1%) sentiasa meminum alkohol. Kebanyakan pesakit mengatakan hanya berjalan sebagai senaman yang dilakukan. Didapati juga kebanyakan pesakit memakan nasi, sayursayuran dan buah-buahan hampir setiap hari. Hasil kajian ini menunjukkan perhubungan yang signifikan di antara (i) tahap pengetahuan dengan sikap terhadap faktor risiko CHD (r=0.624, p