fakulti pendidikan dan bahasa smp ppg mei 2012 hbml 1203 ...

461 downloads 1937 Views 1MB Size Report
SMP PPG MEI 2012. HBML 1203 ... PPT OUM SANDAKAN ... yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala ...
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG MEI 2012

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR

: MIDIN MOHD NOOR @ MOHD NOOH

NO. MATRIKULASI

: 700210125539002

NO. KAD PENGNEALAN

: 700210-12-5539

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPT OUM SANDAKAN

Isi Kandungan 1.0

2.0

3.0

Pengenalan

1

1.1 Definisi Fonologi

1

1.2 Definisi Fonetik

1

Penghasilan bunyi-bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu

2

2.1 Huraian huruf Konsonan

2

2.2 Cara Penghasilan Bunyi Huruf Konsonan

3

2.3 Huraian huruf Vokal

15

2.4 Cara Penghasilan Bunyi Huruf Vokal

16

Perbezaan di antara Fonem dan Alofon dalam Sistem

22

Fonologi Bahasa Melayu

4.0

3.1 Fonem

22

3.2 Alofon

22

3.3 Kaedah Penentuan Fonem dan Alofon

22

Ciri-Ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya

25

dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

5.0

4.1 Tekanan

25

4.2 Nada

25

4.3 Jeda

26

4.4 Panjang-Pendek

26

Rumusan

27

Bibliografi

iii

ii

1. 0 Pengenalan

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

1.1 Definisi fonologi Fonologi ialah ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan atau dituturkan oleh manusia. Setiap bunyi bahasa yang dituturkan haruslah bermakna dan boleh difahami oleh kedua-dua pihak yang menuturkannya Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)

memberikan definisi

fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya

1.2 Definisi fonetik Fonetik pula ialah bidang yang mengkaji tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.

1

2.0 Penghasilan bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu.

2.1 Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu,

konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan

konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) f)

Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).

g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). i)

Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)

Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

2

2.2 Cara Penghasilan Bunyi Huruf Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan Cara sebutan

Bibir

Gigi-gusi

Lelangit keras

Lelangit

Glottis

lembut

Letupan

Pb

Td

-

Kg

-

Letusan

-

-

Cj

-

-

Sengau

M

N

(ny)

(ng) ŋ

-

Geseran

-

S

-

-

H

Getaran

-

R

-

-

-

Sisian

-

L

-

-

-

W

-

Y

-

-

Separuh vokal

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

3

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] 1.

Bunyi konsonan [b]

Dua bibir dirapatkan untuk membuat

Cara

membunyikan

sama

seperti

sekatan penuh pada arus udara dari paru- membunyikan konsonan [p]. yang berbeza paru ke rongga mulut. 2.

ialah:

Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk 1.

Pita suara dirapatkan.

membuat sekatan udara dari paru-paru ke 2.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga hidung. 3. 4.

rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

Pita suara direnggangkan.

3.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua

Udara dari paru-paru keluar ke rongga bibir bersuara [b]. mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

Sekatan pada dua bibir dilepaskan sertamerta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Rajah : Konsosnan letupan [p] dan [b] Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [p]

Paru

Lapik

Asap

Konsonan [b]

Balik

Sabun

Arab

4

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] 1.

Bunyi konsonan [d]

Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara membunyikan konsonan sama seperti membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.

membunyikan konsonan [t]. yang berbeza

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke ialah: belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

3. 4.

menutup arus udara ke rongga hidung.

1.

Pita suara dirapatkan.

Pita suara direnggangkan .

2.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.

suara.

Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan 3. gusi dilepaskan serta-merta.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Rajah : Konsonan letupan [t] dan [d]

Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [t]

Tabur

Atas

Barat

Konsonan [d]

Dapat

Tanduk

Akad

5

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] 1.

Bunyi konsonan [g]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti lembut untuk membuat sekatan penuh pada membunyikan konsonan [k]. yang berbeza

2.

arus udara .

ialah:

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan 1.

Pita suara dirapatkan .

ke rongga tekak bagi menyekat arus udara 2. dari paru-paru ke rongga hidung. 3. suara di renggangkan. 4.

Arus udara dari paru-paru yang keluar

Pita melalui rongga mulut mengetarkan pita

Arus udara suara.

keluar dari paru-paru melaui rongga mulut 3. tanpa

menggetarkan

pita

suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

5.

lembut bersuara [g].

Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. 6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Rajah : Konsosnan letupan [k] dan [g]

Contoh perkataan:

Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [k]

Kata

Rakan

Banyak

Konsonan [g]

Gajah

Raga

Dialog

6

(d) Hentian glotis [?] . Cara membunyikannya: (i) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (ii) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (iii) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (iv) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Rajah : Konsonan letupan [?]

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Anak

Saat

Lemak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:

7

Bunyi konsonan [č] 1.

Bunyi konsonan [Ĵ]

Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk Cara membunyikan konsonan sama seperti membuat sekatan pada arus udara.

2.

membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ialah: ke belakang atau ke dinding rongga tekak 1.

Pita suara dirapatkan.

untuk membuat sekatan terhadap arus udara 2.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui

dari paru-paru ke rongga hidung.

rongga mulut dengan menggetarkan pita

3.

Pita suara direnggangkan.

suara.

4.

Arus udara dari paru-paru melalui rongga 3.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.

Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č].

Rajah : Konsonan letupan [č].dan [Ĵ]

Contoh perkataan: Huruf

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [č]

Cakar

Laci

Koc

Konsonan [Ĵ]

Jalan

Ruji

Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. Cara membunyikannya: (i) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Pita suara di renggangkan. (iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara 8

(v) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Rajah : Konsonan geseran [s]

Contoh perkataan: Awal

Tengah

Akhir

Saku

Bisu

Kempis

(g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]. Cara membunyikannya: (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan. (iv) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (v) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Rajah : Konsonan getaran [r]

9

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Ralat

Tiru

Debar

(h) Konsonan gusi bersuara [I]. Cara membunyikannya: (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan (iv) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (v) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Rajah : Konsonan sisian [l] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Lagu

Tilam

Cekal

(i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]. Cara membunyikannya: (a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. (g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. 10

(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. (j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Rajah : Konsonan sengauan [m]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Masam

Teman

Selam

(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] . Cara membunyikannya: (i) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. (iii) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (iv) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

11

Rajah : Konsonan sengauan [n]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Naga

Tanah

Taman

(l) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]. Cara membunyikannya: (i) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (v) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan.

Rajah : Konsonan sengauan [ŋ] Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Ngilu

Jangka

Terang

{m) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫] תּ‬. Cara membunyikannya: (i) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara 12

(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (iv) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (v) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Rajah : Konsonan sengauan [‫]תּ‬

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Nyaris

Tanya

-

(n) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Cara membunyikannya: (i) Bibir di bundarkan. (ii) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (v) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

13

Rajah : Separuh vokal [w]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Wakil

Bawal

Takraw

(o) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya: (i) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (ii) Bibir di hamparkan. (iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung. (iv) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Rajah : Separuh vokal [j] 14

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Jaya

Pajak

-

2.3 Huraian Huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Rajah : Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. Secara nyata vokalvokal ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi

vokal

ialah

bunyi-bunyi

bahasa

yang bersuara

yang ketika

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

15

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggitingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Rajah : Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i]

2.4 Cara Penghasilan Bunyi Huruf Vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

I - Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digetarkan 16

Rajah : Vokal hadapan sempit [i]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah

Akhir

Iman

Bila

Hati

II - Vokal depan separuh sempit [e]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara digetarkan

Rajah : Vokal hadapan separuh sempit [e]

17

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Elok

Geleng

Tauge

III - Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Vokal hadapan separuh luas [ε] Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Emak

Beli

-

IV - Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung 18

(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Vokal hadapan luas [a]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Awan

Kadar

Siapa

V - Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Vokal belakang sempit [u]

19

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

ubat

bulat

Batu

VI - Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Rajah : Vokal belakang separuh sempit [o]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Orang

Potong

Pidato

20

VII - Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫]כ‬. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut: Awal

Tengah

Akhir

Orang

Borong

Soto

Oleh

Bolot

Teko

VIII - Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut: Awal

Tengah

Akhir

Emak

Penat

Sosialisme

Empat

Tenat

Behaviurisme

21

3.0 Perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu 3.1 Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan,

terdiri

daripada

beberapa

unit

bunyi,

misalnya

kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

3.2 Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan

itu,

daripada

ketiga-tiga

contoh

kata

di

atas,

fonem

p

mempunyai dua alofon.

3.3 Kaedah penentuan fonem dan alofon 3.3.1 Kaedah Pasangan Minima Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya:

[tari] [dari] [patah] [padah] [tuli] [ duli] [saku] [sagu] [kari] [gari] [pakar] [pagar]

22

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran keduadua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

3.3.2 Kaedah Pasangan minima terdekat. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya:

Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataanperkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/,

/dZ/,

/s/,

dan

/z/

adalah

23

fonem-fonem

yang

berbeza.

3.3.3 Kaedah Penyebaran saling melengkapi Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:

[kita] [suka] [to] [kaju] [baki] [soro] [kalau] [tSuka] [gaga]

Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.

3.3.4 Kaedah Variasi bebas Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [�rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [�] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonem. Dalam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan segmen [�] .

24

4.0

Ciri-ciri suprasegmental bahasa Melayu dan kepentingannya dalam pengajaran kemahiran lisan Ciri- ciri suprasegmental atau suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindih

sesuatu segmen bunyi sarna ada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri yang bukan segmental seperti kepanjangan, tekanan, jeda dan intonasi, maka barulah makna kata itu menjadi pasti dan jelas. Berikut ialah unsur-unsur dalam suprasegmental:

4.1 Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan /ki’ta/, /ba’pa/, /sa’tu/. Tekanan tidak membezakan makna. Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi tekanan adalahseperti berikut : C o n t o h n y a : 1 . [am’boi ke’Лaŋ Rasa’] 2. [hai’-hai’ sa’yaŋ] 3. [hai’-hai’ sa’yang, in’tan pa’yung mai mai mai] 4. [sakit kaki? Kenapa’] 5. [a’wat ?] 6. [po’lis]

4.2 Nada Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4(tinggi sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekan dan turun hingga 1.Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi nada adalah seperti berikut : Contoh : 1.[ ³ amboi belaha? ² deRayëh ¹ nöh ] 2.[³ Sayaŋ ² intan payuŋ ¹ mai mai ] 25

4.3 Jeda Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsurunsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yangdigunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna. Berdasarkan rakaman tersebut, ciri jeda dalam suprasegmental yang terdapat dalam rakaman ialah : Contonhnya: 1. [#ma? saya maRah#] --------- [ma? # saya maRah#] Bermaksud : mak saya yang tengah marah.--------------- saya yang tengah marah. 2. [#amboi panggil intan payu ŋ mai#]--------[#amboi panggil intan# payuŋ mai] Bermaksud :

panggil intan payung baru datang. --------- panggil intan tetapi payung yang datang.

Kedua-dua ayat ini adalah berbeza maknanya.

4.4 Panjang-pendek Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna. Berdasarkan rakaman yang dibuat, ciri suprasegmental bagi panjang-pendek adalah seperti berikut : Contoh:

1. [am :: boi ke : Лaŋrasa le :: ga hati], 2. [hai – hai sa :: yaŋ], 3. [oi ja . ŋan laRi]

26

5.0 Rumusan

Secara umum, bidang ilmu bahasa dibedakan atas linguistik murni dan linguistik terapan. Bidang linguistik murni mencakup fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Sedangkan bidang linguistik terapan mencakup pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi, dan lain-lain. Menurut kajian, bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,

menambahkan

ilmu pengetahuan,

memahami orang lain dan sebagainya (

Raminah Hj. Sabran, 1993 ) Dalam menyampaikan bahasa, sistem bunyi bahasa amatlah penting di mana ia melibatkan proses penyampaian dan penerimaan bunyi yang dituturkan oleh manusia. Alat dan peranan beberapa organ seperti paru-paru, kotak suara, epiglotis, rongga mulut menjadi mekanisme yang penting dalam proses tersebut. Dalam bidang linguistik, kajian tentang bunyi bahasa disebut sebagai fonetik dan fonologi.

27

Bibliografi

Abdullah Hassan. (2005), Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2005), Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

Asmah Hj Omar, (1986), Bahasa dan Alam pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, DBP.

Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu,Kuala Lumpur, DBP. Ismail Hussin. (1973)."Malay Dialect in Malay Penasular" dlm. Nusantara. jil.3{2}

J.K. Chambers et al. (1990).Dialektologi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka

James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Suhendra Yusuf. (1998).Fonetik dan Fonologi .Jakarta : Penerbit PT GramediaPustaka Utama. Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi Autosegmental :Penerapanya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

iii