GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/
BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
1
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
1.0
LATAR BELAKANG
1.1
Pada masa kini, kebanyakan majikan dan pihak institusi lebih cenderung
menjadikan
premis
kediaman/bangunan
perniagaan
sebagai tempat kediaman pelajar. Keadaan ini telah menimbulkan suasana tidak selesa kepada penduduk setempat.
1.2
Pihak MPSJ Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) juga telah mendapat pelbagai aduan daripada penghuni premis kediaman yang mana mereka tidak selesa dengan kewujudan pelajar yang tingg al di kawasan kediaman mereka terutamanya di kawasan perumahan teres.
1.3
Kebanyakan penghuni bagi asrama pelajar pula adalah terdiri daripada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terdiri daripada pelajar tempatan dan asing.
1.4
Kesan premis kediaman/bangunan perniagaan yang dijadikan sebagai asrama pelajar tanpa mendapat kebenaran merancang daripada MPSJ adalah seperti berikut : i.
Masalah sosial seperti pergaulan bebas.
ii.
Masalah
jenayah
seperti
peras
ugut,
budaya
samseng,
pergaduhan etnik, pecah rumah dan sebagainya. iii.
Wujud
suasana
tidak
selesa
penduduk
setempat
seperti
kesesakan tempat letak kenderaan dan kacau ganggu bunyi bising. iv.
Penduduk akan menyalahkan MPSJ terhadap masalah yang berlaku.
v.
Menyalahi peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)
iaitu
tidak
melalui
Kebenaran
Merancang
Membuat
Perubahan Material Bangunan daripada Kediaman/Bangunan Perniagaan kepada aktiviti asrama pelajar. vi.
Pengusaha tidak menitikberatkan berkenaan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan serta tidak mendapatkan pengesahan bangunan selamat untuk didiami daripada MPSJ dan Jabatan Bomba.
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
2
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
2.0
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
2.1
Secara rasional, aktiviti kediaman pelajar di kawasan perumahan teres dan bertingkat adalah tidak bercanggah dengan penggunaan premis kediaman selagi tidak menyalahi polisi dan garis panduan kediaman sesak yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
2.2
Aktiviti ini perlu dikawal dengan garis panduan yang boleh dipatuhi oleh pemilik dan pelajar.
2.3
Kemudahan kediaman/bangunan perniagaan dijadikan asrama ini adalah merupakan kemudahan sokongan kepada sektor institusi pengajian swasta yang tidak menyediakan kemudahan asrama.
2.4
Kesesuaian kediaman dan lokasi perlu diambilkira supaya kesan kepada
penduduk
dari
segi
gangguan
bunyi
bising,
bilangan
kenderaan pelajar dan masalah sosial dapat dikurangkan.
3.0
CADANGAN
GARIS
MERANCANG DARIPADA
PANDUAN
MEMBUAT
RUMAH
UMUM
KEPERLUAN
KEBENARAN
MATERIAL
BANGUNAN
PERUBAHAN
KEDIAMAN/BANGUNAN
PERNIAGAAN
KEPADA
AKTIVITI ASRAMA PELAJAR
3.1
Definisi Asrama Pelajar
3.1.1 Definisi Asrama (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga 1984) - Bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid sekolah, mahasiswa dan jururawat dll) - Asrama
yang
khusus
untuk
pelajar-pelajar
lelaki
/
perempuan
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
3
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
3.1.2 Definisi Pelajar (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga 1984) - Orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab) - Orang yang mengaji (menyelidiki ilmu)
3.1.3 Definisi Asrama Pelajar - Sebuah
bangunan
tempat
tinggal
(premis
kediaman/perniagaan) yang diduduki oleh kumpulan pelajar sahaja dan diuruskan oleh sebuah badan pengurusan tertentu (agensi/pemilik premis). 3.2
Permohonan Kebenaran Merancang 3.2.1 Semua aktiviti asrama pelajar di premis kediaman/bangunan perniagaan perlu mendapat kebenaran merancang membuat perubahan material bangunan daripada MPSJ terlebih dahulu. 3.2.2 Aktiviti
asrama
di
premis
kediaman/bangunan perniagaan
hanyalah sebagai tempat tinggal sahaja. 3.3
Permohonan Pelan Ubahsuai Bangunan 3.3.1 Pengusaha
asrama perlu mengemukakan pelan terperinci
susun atur ruang tamu, pantri, ruang penyidai dan kemudahan lain di dalam rumah tersebut. 3.3.2 Pengusaha
dikehendaki
mematuhi
syarat-syarat
keperluan
Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bangunan, MPSJ berkenaan pengudaraan dan pencahayaan serta binaan sekatan dinding dan tambahan ubahsuaian. 3.3.3 Sebarang pengubahsuaian luaran dan dalaman bagi premis kediaman/bangunan perniagaan kepada asrama pelajar perlu mendapat kebenaran pihak MPSJ terlebih dahulu. 3.4
Permohonan Lesen Perniagaan 3.4.1 Pengusaha perlu mendapatkan lesen perniagaan dari Jabatan Pelesenan, MPSJ selepas mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan.
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
4
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
3.4.2 Penetapan kadar lesen perniagaan bagi aktiviti asrama bagi rumah kediaman dan bangunan perniagaan di bawah Undangundang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 adalah seperti berikut :
Bil.
Jenis Bangunan
Kadar 1
Kadar 2
Kadar 3
Kadar 4
Rumah Kediaman
RM 200 Kos Rendah (650 k.p.) – 3 bilik/6 orang maksimum
RM 250 Kos Sederhana (750 k.p.) – 3 bilik/7 orang maksimum
RM 300 Kos Sederhana (850 - 1000 k.p.) – 3 bilik/8 orang maksimum
RM 350 Kos Sederhana (>1000 k.p.) – 3 - 4 bilik/ 8 - 10 orang maksimum
Bangunan Perniagaan
RM 250 1 tingkat (12 bilik maksimum)
RM 500 2 tingkat (12 bilik maksimum)
RM 750 3 tingkat atau lebih (12 bilik maksimum 1 tingkat)
-
1.
2.
3.5
Lokasi 3.5.1 Lokasi asrama yang dibenarkan adalah berhampiran dengan stesen LRT dan kemudahan pengangkutan awam lain bagi memudahkan pelajar bergerak dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
3.6
Kawalan Aktiviti di Premis Asrama 3.6.1 Penghuni
asrama
tidak
dibenarkan
memelihara
haiwan
peliharaan dan mengadakan aktiviti yang menyalahi undangundang seperti meminum minuman keras, aktiviti hiburan seperti pelacuran serta perjudian di premis tersebut. 3.6.2 Aktiviti memasak dilarang di dalam bilik asrama dan hanya dibenarkan di dalam pantri/dapur sahaja. 3.6.3 Pengusaha dikehendaki menempatkan pelajar dalam suasana terkawal contohnya mengikut institusi pengajian, jantina dan mana-mana
yang
difikirkan
perlu.
Pengusaha
hendaklah
menyediakan peraturan dalaman (‘houserules’) untuk mengawal aktiviti dan kelakuan penghuni asrama. MPSJ Perbandaran Subang Jaya
5
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
3.6.4 Setiap premis kediaman/perniagaan yang dijadikan asrama pelajar
perlu
diuruskan
oleh
sebuah
badan
pengurusan
(agensi/pemilik premis). 3.7
Penghuni Asrama 3.7.1 Pengusaha
perlu
memastikan
penghuni
asrama
tidak
menimbulkan sebarang perkara yang akan menimbulkan kacau ganggu kepada jiran bersebelahan. 3.7.2 Kapasiti
penghuni
mengikut
garis
asrama
bagi rumah bertingkat
adalah
panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu 1 orang bagi 350 kaki padu atau secara ‘rule of thumb’ 2 orang bagi bilik bersaiz 7’ x 10’ (2.1m x 3.0m). Bilangan maksimum penghuni yang dibenarkan adalah 10 orang bergantung kepada saiz premis (rujuk lampiran 1). 3.8
Menyediakan Kemudahan Yang Mencukupi 3.8.1 Kemudahan asrama yang perlu disediakan oleh pengusaha adalah seperti ruang tamu, pantri serta ruang membasuh dan menyidai. 3.8.2 Penyediaan mesin basuh dan mesin pengering di ruang membasuh dan menyidai adalah diwajibkan untuk kegunaan penghuni.
3.9
Aspek Keselamatan 3.9.1 Pengusaha
dikehendaki
mematuhi
syarat-syarat
keperluan
Jabatan Bomba dan mendapatkan sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada setiap tahun bagi memastikan premis asrama dalam keadaan selamat sepanjang masa. 3.9.2 Pengusaha dikehendaki mendapatkan ulasan daripada Tenaga Nasional
Berhad
(TNB)
mengenai
pendawaian di
dalam
bangunan. 3.9.3 Semua ruang tangga termasuk tangga kecemasan hendaklah pada setiap masa mempunyai pencahayaan, peredaran udara MPSJ Perbandaran Subang Jaya
6
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
yang cukup dan tangga-tangga dipasang dengan pemegang. 3.9.4 Pemohon hendaklah memastikan bahawa: i.
Kelengkapan memadam kebakaran yang mencukupi disediakan, diselenggara dan berfungsi dengan baik.
ii.
Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar yang mencukupi
disediakan,
diselenggara
dan
berfungsi
dengan baik. iii.
Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas dari segala halangan dan tiap-tiap pintu di dalamnya dibina dan dipasang sedemikian cara agar dapat dibuka dengan senang.
3.10
Aspek Kebersihan 3.10.1 Premis asrama perlu berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. 3.10.2 Pengusaha dikehendaki menyediakan tong sampah dan tong kitar semula yang mencukupi di premis asrama. Semua sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik atau lainlain bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.
3.11
Bekalan Air 3.11.1 Bekalan air yang mencukupi hendaklah disediakan pada setiap masa di premis asrama dan semua pili air hendaklah disambung terus ke paip air utama dari bekalan air awam. 3.11.2 Permohonan untuk penyambungan bekalan air ke premis asrama hendaklah mengikut spesifikasi Syabas. 3.11.3 Tiada bekalan air boleh diambil dari satu pili atau sumber lain dari dalam tandas atau bilik air.
3.12
Buku Rekod Pendaftaran dan Senarai Kenderaan 3.12.1 Pengusaha asrama perlu menyediakan buku rekod pendaftaran yang mengandungi senarai nama penghuni asrama dan senarai kenderaan penghuni di mana-mana bahagian bangunan untuk
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
7
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
semakan pihak berkuasa. 3.12.2 Senarai nama dan bilangan pelajar perlu dihantar ke MPSJ dan kolej/universiti
selepas
permohonan Kebenaran Merancang
diluluskan untuk proses pemantauan. 3.12.3 Pengusaha
hendaklah
memaparkan
senarai
kenderaan
penghuni asrama pada mana-mana bahagian bangunan untuk mengelakkan masalah halangan kenderaan di hadapan premis jiran. 3.12.4 Pihak
pengusaha
makluman/pengesahan
asrama pelajar
perlu
mendapatkan
daripada
surat
kolej/universiti
berkenaan kediaman pelajar mereka yang tinggal di luar kolej/universiti. 3.13
Pengambilan Pekerja 3.13.1 Pengambilan dan syarat-syarat perjawatan pekerja-pekerja asrama
hendaklah
memenuhi
kehendak-kehendak
yang
diperuntukkan di bawah Akta Pekerja 1955.
4.0
CADANGAN
GARIS PANDUAN KHUSUS KEPERLUAN KEBENARAN
MERANCANG MEMBUAT PERUBAHAN MATERIAL BANGUNAN BAGI PREMIS
KEDIAMAN/BANGUNAN
PERNIAGAAN
KEPADA
AKTIVITI
ASRAMA PELAJAR
4.1
Rumah Kediaman
4.1.1 Premis hendaklah berada di dalam zon kediaman sekurangkurangnya kos sederhana dengan saiz minima lot adalah 20’ x 70’ (6.1 meter x 21.3 meter) dan mempunyai kelebaran lorong belakang sekurang-kurangnya 15’ (4.6 meter) lebar. (Lampiran 1a)
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
8
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
4.1.2 Jarak hadapan antara premis hendaklah dipisahkan dengan jalan sekurang-kurangnya 50’ (15.2 meter) lebar. (Lampiran 1a)
4.1.3 Setiap premis kediaman rumah teres yang ingin dijadikan asrama pelajar adalah ditetapkan bilangan penghuni seramai 10 orang sahaja.
4.1.4 Bagi bangunan kediaman yang membuat tambahan/ubahsuai, bilangan bilik tertakluk kepada perkara 4.1.7 dan UndangUndang Kecil Bangunan Seragam 1984.
4.1.5 Rumah jenis berbilang tingkat (pangsapuri/apartment) tidak dibenarkan membuat sebarang ubahsuai.
4.1.6 Kapasiti penduduk rumah jenis berbilang tingkat adalah seperti berikut:
i.
Rumah Kos Rendah (650 k.p.) – 3 bilik/6 orang maksimum (Lampiran 1b-i).
ii.
Rumah Kos Sederhana Rendah (750k.p.) – 3 bilik/7 orang maksimum (Lampiran 1b-ii).
iii.
Rumah Kos Sederhana (850 – 1000 k.p.) – 3 bilik/8 orang maksimum (Lampiran 1b-iii).
iv.
Rumah Kos Sederhana (>1000 k.p.) – 3-4 bilik/8-10 orang maksimum (Lampiran 1b-iv).
4.1.7 Luas minimum bilik kediaman untuk seorang penghuni ialah 6.5 meter persegi (69.97 kaki persegi) dengan lebar minimum 2.0 meter (6.5 kaki) x 3.25 meter (10.66 kaki). Tinggi lega (clearance height) minimum ialah 2.75 meter (9.02 kaki).
4.1.8 Bagi bilik besar yang mempunyai penghuni lebih dari 6 orang ianya telah dianggap sebagai domitori dan perlu mempunyai 2 buah pintu/laluan keluar masuk. MPSJ Perbandaran Subang Jaya
9
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
4.1.9 Pintu keluar
masuk
(access
door)
depan dan belakang
diperlukan untuk laluan kecemasan bagi rumah teres.
4.1.10 Pengusaha
dikehendaki
bersebelahan bagi premis
mendapatkan
persetujuan
jiran
kediaman yang ingin dijadikan
asrama. Bilangan jiran adalah seperti berikut : - Sebelah Kanan, Kiri dan Belakang (1 buah) - Hadapan (3 buah)
4.1.11 Pembinaan
hendaklah
mempunyai
pengudaraan
dan
pencahayaan semulajadi yang mencukupi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai keluasan tidak kurang dari 15% daripada keluasan lega lantai bilik itu.
4.1.12 Jika
pengudaraan
dan
pencahayaan
semulajadi
tidak
mencukupi peratus minimum yang ditetapkan, pengudaraan dan penyamanan udara secara mekanikal yang kekal adalah dibenarkan.
4.2
Bangunan Perniagaan
4.2.1 Asrama yang melebihi 2 tingkat perlu menyediakan tangga kecemasan untuk laluan kecemasan.
4.2.2 Bagi
asrama
yang
melebihi
1
tingkat
pengusaha
perlu
menyediakan kemudahan seperti ruang tamu, pantri, koridor dan tandas di setiap aras. (Lampiran 1c)
4.2.3 Luas minimum bilik kediaman untuk seorang penghuni ialah 6.5 meter persegi (69.97 kaki persegi) dengan lebar minimum 2.0 meter (6.5 kaki) x 3.25 meter (10.66 kaki). Tinggi lega (clearance height) minimum ialah 2.75 meter (9.02 kaki).
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
10
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
4.2.4 Maksimum bilangan bilik yang dibenarkan bagi setiap aras adalah bergantung kepada jumlah keluasan sesebuah premis selepas mengambilkira penyediaan kemudahan yang diperlukan seperti pantri, ruang membasuh dan menyidai, koridor, ruang tamu serta tandas. (Lampiran 1c).
4.2.5 Pengusaha digalakkan menyediakan kamera litar tertutup untuk memudahkan kawalan keselamatan.
4.2.6 Pengusaha
tidak
dibenarkan
menggunakan
bahan-bahan
mudah terbakar untuk dijadikan sekatan dinding (‘partition’) antara bilik-bilik.
4.2.7 Bilik besar yang mempunyai penghuni lebih dari 6 orang dianggap sebagai domitori dan perlu mempunyai 2 buah pintu/laluan keluar masuk. (Lampiran 1c).
4.2.8 Bangunan asrama yang melebihi 2 tingkat perlu memasang alat penggera keselamatan, lampu kecemasan dan menyediakan 2 buah tangga. 4.2.9 Pembinaan
hendaklah
mempunyai
pengudaraan
dan
pencahayaan semulajadi yang mencukupi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai keluasan tidak kurang dari 15% daripada keluasan lega lantai bilik itu.
4.2.10 Jika
pengudaraan
dan
pencahayaan
semulajadi
tidak
mencukupi peratus minima yang ditetapkan, pengudaraan dan penyamanan udara secara mekanikal yang kekal adalah dibenarkan.
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
11
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
5.0
Kesan Terhadap Pelaksanaan Garis Panduan Keperluan Kebenaran Merancang
Membuat
Perubahan
Material
Bangunan
daripada
Kediaman/Bangunan Perniagaan kepada Aktiviti Asrama. 5.1
Memudahkan
proses
melulus/menolak
permohonan
kebenaran
merancang membuat perubahan material bangunan daripada premis kediaman/bangunan perniagaan kepada asrama pelajar. 5.2
Memudahkan pihak institusi menyediakan asrama kepada pelajar mereka.
5.3
Memberi kemudahan penginapan yang lengkap, selesa, selamat dan berhampiran kolej/universiti kepada pelajar-pelajar terutamanya bagi pelajar yang tinggal di luar kawasan.
5.4
Meningkatkan sumber
pendapatan pihak
MPSJ melalui proses
permohonan kebenaran merancang, permohonan permit bangunan sementara dan lesen aktiviti premis. 5.5
MPSJ dapat menyediakan inventori premis rumah kediaman/bangunan perniagaan yang dijadikan asrama pelajar dan memudahkan kerjakerja pemantauan daripada pihak MPSJ dan agensi berkaitan.
5.6
Pengusaha hendaklah mengawal premis yang dijadikan asrama tempat tinggal pelajar supaya teratur, selamat, selesa dan tidak mendatangkan kacau ganggu jiran bersebelahan dan berhampiran.
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
12
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
LAMPIRAN 1 1.0 PELAN Lampiran 1 (a) – Jarak Premis Kediaman Perumahan Teres (50 kaki)
Sumber : Garis Panduan Perumahan, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
13
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
Lampiran 1 (b) – Contoh Pelan Lantai Rumah Jenis Berbilang Tingkat i.
Rumah Kos Rendah – keluasan minimum 650 k.p. (maksimum 6 orang)
Sumber : Pelan Lantai Apartment Seroja, Setia Alam (682 k.p.)
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
14
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
ii.
Rumah Kos Sederhana Rendah – keluasan minimum 750 k.p. (maksimum 7 orang)
Sumber : Pelan Lantai Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam (807 k.p.)
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
15
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
iii.
Rumah Kos Sederhana – keluasan minimum 850 k.p. (maksimum 8 orang)
Sumber : Pelan Lantai Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam (926 k.p)
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
16
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
iv.
Rumah Kos Sederhana – keluasan minimum < 1000 k.p. (maksimum 8 - 10 orang) Sumber : Pelan Lantai Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam (1023 k.p.)
Sumber : Pelan Lantai Apartment Sri Ixora, Kajang (1082 k.p.)
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
17
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
Lampiran 1 (c) – Contoh Pelan Lantai Asrama Pelajar di Bangunan Perniagaan (Maksimum bilangan bilik yang dibenarkan bagi setiap aras adalah bergantung kepada jumlah keluasan sesebuah premis selepas mengambilkira penyediaan kemudahan yang diperlukan seperti pantri, ruang membasuh dan menyidai (dobi), koridor, ruang tamu serta tandas) 65 kaki 6.5 kaki
10.66 kaki
20 kaki Koridor 4 kaki
Pintu Keluar Masuk
Pintu Keluar Masuk -
Saiz minimum 1 unit Kedai & Kedai Pejabat 20’ x 65’ (Garis Panduan Perumahan, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor)
-
Luas minimum bilik kediaman untuk seorang penghuni ialah 6.5 meter persegi (69.97 kaki persegi) dengan lebar minimum 2.0 meter (6.5 kaki) x 3.25 meter (10.66 kaki). Tinggi lega (clearance height) minimum ialah 2.75 meter (9.02 kaki).
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
xviii 17
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
LAMPIRAN 2 2.0 CONTOH FOTO ASRAMA PELAJAR 2.1
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
Bilik Tidur/Belajar
19
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
20
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
2.2
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
Ruang Tamu
21
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
2.3
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
Pantri
22
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
2.4
Ruang Mencuci dan Mengeringkan Pakaian
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
23
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
2.5 Koridor (Bagi Asrama di Bangunan Perniagaan)
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
24