Garis Panduan Dan Prosedur untuk Penilaian dan Pemantauan ...

100 downloads 1881 Views 3MB Size Report
pengurus FMU dalam menjalankan penilaian impak sosial operasi pengurusan hutan untuk memenuhi keperluan MC&I. Dokumen ini telah disediakan melalui ...
GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR UNTUK PENILAIAN DAN PEMANTAUAN IMPAK SOSIAL OPERASI PENGURUSAN HUTAN (SEMENANJUNG MALAYSIA)

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Malaysia Copyright 2012 Perpustakaan Negara Malaysia-in Publication-Data ISBN : 978-983-44426-5-1 Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia) Dicetak oleh: Jaybees Print Industries Sdn.Bhd

PRAKATA Aspek sosial merupakan perkara penting dalam standard pengurusan hutan iaitu Kriteria dan Petunjuk Bagi Pensijilan Pengurusan Hutan (MC&I) di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) yang dioperasikan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC). Dalam mengambil kira aspek sosial ini, MC&I menetapkan bahawa pengurus Unit Pengurusan Hutan (FMU) perlu berunding dengan individu-individu dan kumpulan yang terjejas secara langsung akibat operasi pengurusan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal di FMU. Impak sosial akibat operasi berkenaan juga perlu dinilai, dan keputusan penilaian tersebut diambilkira dan digabungkan dalam perancangan dan amalan pengurusan FMU tersebut. MC&I juga memerlukan pengurus FMU memantau keberkesanan tindakan yang telah diambil untuk mengurangkan impak negatif atau meningkatkan impak positif sosial akibat operasi hutan ke atas pihak yang terbabit. Dalam konteks Semenanjung Malaysia, individu dan kumpulan yang mungkin lebih terjejas oleh operasi hutan adalah Orang Asli dan/atau masyarakat tempatan yang tinggal di dalam atau di pinggiran FMU. Garis Panduan dan Prosedur untuk Penilaian dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia) ini telah disediakan untuk memberi panduan dan membantu pengurus FMU dalam menjalankan penilaian impak sosial operasi pengurusan hutan untuk memenuhi keperluan MC&I. Dokumen ini telah disediakan melalui projek yang dirumuskan oleh MTCC di bawah Rancangan Kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) - Universiti Putra Malaysia (UPM), dan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Industri Kayu-Kayan Malaysia. Ia telah dilaksanakan oleh UPM Consultancy and Services Sdn. Bhd., yang melantik Profesor Mohd. Basri Hamzah, dari Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan Dr. Zahid Emby dari Fakulti Ekologi Manusia di UPM untuk mengetuai pasukan pelaksanaan projek ini. Tujuan dokumen ini adalah untuk membantu dalam menjalankan penilaian impak sosial (SIA) di peringkat makro atau lanskap bagi FMU-FMU negeri di Semenanjung Malaysia. Penilaian impak sosial di peringkat makro biasanya akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses penyediaan atau penyemakan semula pelan pengurusan hutan bagi FMU berkenaan. Keputusan SIA di peringkat makro yang dilaksanakan dengan berpandukan dokumen ini akan memberi gambaran menyeluruh mengenai masyarakat yang mungkin terjejas oleh operasi pengurusan hutan di dalam FMU, impak-impak sosial yang utama, langkah-langkah pengurangan/peningkatan yang disyorkan dan prosedur-prosedur pemantauan. Maklumat dan tindakan ini akan disokong di peringkat operasi (peringkat lesen hutan) oleh Borang (Maklumat Kajian Impak Sosial Dalam Sektor Pembalakan) yang buat masa ini digunakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri bagi memantau impak sosial operasi pengusahasilan (pra-pengusahasilan, semasa pengusahasilan dan selepas pengusahasilan). Dokumen ini memberi penekanan kepada dua operasi pengurusan hutan, iaitu pengusahasilan hutan dan pengubahan hutan, yang dianggap mempunyai impak sosial yang paling signifikan ke atas Orang Asli dan masyarakat tempatan.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I i I

MTCC berharap dengan adanya dokumen ini, serta pengalaman yang diperolehi semasa menggunakannya, dokumen ini akan dapat dihalusi dan dokumen-dokumen yang serupa dapat disediakan untuk digunakan oleh pengurus-pengurus FMU di Sabah dan Sarawak dengan membuat pindaan-pindaan yang bersesuaian dengan mengambilkira keadaan rantau yang berbeza. MTCC ingin merakamkan penghargaannya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Projek (JKTP) yang lain – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), serta kumpulan-kumpulan berkepentingan, di atas sokongan dan sumbangan mereka di dalam penyediaan garispanduan dan prosedur ini.

CHEW LYE TENG Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Kayu Malaysia April 2012

I ii I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

PENGHARGAAN Para Perunding dengan sepenuh keikhlasan menghargai KPPK di atas pembiayaan projek, yang mana telah diutarakan di bawah Program Kerjasama Dua Hala KPPK-UPM, juga kepada MTCC kerana mencadangkan serta menyokong perlaksanaan projek tersebut dengan kerjasama UPM. Penghargaan juga kepada JKTP di atas bantuan dan nasihat yang diberikan semasa pembentukan garis panduan ini; kepada JPSM dan JAKOA kerana kerjasama yang diberikan khususnya kepada pegawai mereka di Perak dan Pahang untuk mengatur kerja lapangan yang menghasilkan data untuk dijadikan asas perumusan garis panduan. Sepenuh penghargaan ditujukan kepada ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat di dalam IDI, perbincangan kumpulan berfokus (FGD) di daerah hutan Gerik dan Kuala Kangsar, Perak; dan penduduk kampung yang terlibat dalam survei di daerah hutan Jerantut dan Kuala Lipis, Pahang. Ribuan terima kasih juga kepada pembantu penyelidik dan enumerator yang telah membantu dalam menjalankan kerja-kerja di lapangan. Akhir kata ribuan terima kasih juga kepada INTROP kerana bantuan am, sokongan sekretariat dan kemudahan yang telah diberikan semasa pengendalian projek.

Juruperunding Projek Prof. Mohd. Basri dan Dr. Zahid Emby Universiti Putra Malaysia April 2012

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I iii I

i

PRAKATA PENGHARGAAN

iii

AKRONIM DAN SINGKATAN

iv

KANDUNGAN

v

1.0 PENGENALAN 1.1 Matlamat Am Penilaian Impak Sosial (SIA) 1.2 Matlamat Garis Panduan dan Prosedur

1 1

2.0 2.1 2.2 2.3

KONTEKS Kaitan antara Operasi Pengurusan Hutan dan Komuniti Orang Asli/Tempatan Kaitan SIA dengan Operasi Pengurusan Hutan Skop SIA

3 3 4

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

PROSES PENILAIAN IMPAK SOSIAL Pengenalan Carian Penerbitan ke atas Komuniti Pemilihan Komuniti untuk Survei Kaedah Penilaian Penglibatan Kumpulan Berkepentingan

5 6 6 6 7

4.0 IMPAK SOSIAL 4.1 Pengenalan 4.2 Mengenalpasti Impak Sosial Utama 4.2.1 Impak Sosial Utama 1: Bekalan dan Kualiti Air 4.2.2 Impak Sosial Utama 2: Ekonomi Tempatan 4.2.3 Impak Sosial Utama 3: Kehidupan Sosio-budaya

8 8 9 9 10

5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

LANGKAH MITIGASI DAN PENINGKATAN Pengenalan Langkah Mitigasi dan Peningkatan Impak Pelbagai Penjadualan dan Tanggungjawab Menerimapakai Penemuan SIA dalam Rancangan Pengurusan Hutan

12 13 15 15 15

6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5

PEMANTAUAN Pengenalan Pemantauan Kepatuhan Pemantauan Impak Teknik Pemantauan Mengurus Impak Luar Jangkaan

16 16 18 19 19

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I v I

7.0 FORMAT LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL 7.1 Pengenalan 7.2 Ringkasan Eksekutif 7.3 Laporan Utama 7.3.1 Pemula SIA dan Perunding 7.3.2 Profil Asas Sosio-ekonomi dan Budaya 7.3.3 Penilaian Impak Sosial

20 20 20 20 20 21

7.3.4 Langkah Mitigasi dan Peningkatan 7.3.5 Pemantauan 7.3.6 Kesimpulan 7.3.7 Rujukan 7.3.8 Lampiran

21 21 21 21 21

8.0 RUJUKAN

22

RAJAH & JADUAL Rajah 1 : Proses SIA Jadual 1 : Impak Sosial Utama dan Langakah Mitigasi/Peningkatan

5 13

LAMPIRAN Lampiran A : Soal Selidik untuk Temubual Komuniti Orang Asli/Tempatan

23

Lampiran B : Protokol untuk Temubual Mendalam Kumpulan Berkepentingan

32

I vi I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

1.0 PENGENALAN 1.1

Matlamat Am Penilaian Impak Sosial (SIA)

Penilaian Impak Sosial ditakrifkan sebagai satu proses yang mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat berkaitan impak positif dan negatif sesuatu polisi, pelan, program, projek atau operasi yang dirancang ke atas komuniti. Ia seterusnya mencadangkan langkah mitigasi untuk mengelak atau mengurangkan impak sosial negatif sambil mengesyorkan langkah untuk mempertingkatkan lagi impak yang menguntungkan. Pada dasarnya SIA digunakan sebagai alat perancangan bertujuan untuk mengelak atau mengurangkan impak negatif sambil memaksimumkan kesan yang menguntungkan. Ia merupakan proses untuk mengelak kesalahan yang mungkin merugikan dari sudut sosial. Impak sosial yang dikenalpasti serta langkah mitigasi dan peningkatan dan prosedur pemantauan termaktub dalam Rancangan Pengurusan Sosial (SMP). SMP justeru mengandungi langkah untuk melaksanakan fasa berlainan polisi, pelan, program, projek atau operasi, demi mempertingkatkan hasil positif dan mengelakkan atau mengurangkan kesan buruk yang mungkin wujud. Walau bagaimanapun, SMP mungkin tidak diperlukan untuk operasi hutan. Untuk operasi hutan, fungsi SMP boleh dikendalikan dengan berkesan secara memandukan elemen utamanya dalam Rancangan Pengurusan Hutan (RPH). Elemen ini boleh dikenalpasti melalui penemuan SIA. Penilaian impak sosial merupakan salah satu antara keperluan dalam Kriteria dan Penunjuk Malaysia untuk Pensijilan Pengurusan Hutan (MC&I) untuk pensijilan FMU di bawah MTCS. Adalah dimaklumkan bahawa penilaian impak persekitaran (EIA) makro yang dikendalikan bagi FMU di Semenanjung Malaysia juga mengandungi komponen SIA.

1.2

Matlamat Garis Panduan dan Prosedur

Pada ketika ini tiada buku panduan rasmi SIA atau garis panduan umum untuk perumusan SIA yang telah diterbitkan oleh agensi kerajaan kerana keperluan SIA belum lagi dimaktubkan di bawah sebarang perundangan Malaysia. Hanya terdapat risalah pengenalan separa-rasmi yang diterbitkan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) bertajuk Pengenalan Ringkas SIA: Penilaian Impak Sosial (Brief Introduction to SIA: Social Impact Assessment). Namun begitu, panduan am perumusan EIA terbitan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam buku panduan untuk garis panduan EIA, dan risalah JAS bertajuk Penilaian Impak Persekitaran (EIA): Prosedur dan Keperluan di Malaysia 2007 (Environmental Impact Assessments (EIA): Procedures and Requirements in Malaysia 2007) ada menyentuh perkara SIA. Oleh kerana dokumen-dokumen tersebut bersifat umum, ia dianggap tidak lengkap untuk dijadikan sebagai garis panduan untuk menilai impak sosial operasi hutan.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 1 I

Garispanduan dan prosedur ini bertujuan untuk memberi bimbingan dalam menjalankan SIA di hutan simpanan kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia, yang merangkumi aktiviti operasi hutan khususnya pengusahasilan dan penukaran hutan dan meliputi langkah-langkah utama SIA, seperti berikut: a. Penilaian dan ramalan impak sosial yang mungkin menjejaskan komuniti Orang Asli/tempatan akibat pengendalian operasi pengurusan hutan di FMU; b. Cadangan langkah mitigasi untuk mengelak atau mengurangkan impak sosial negatif yang mungkin berlaku semasa atau susulan pengendalian operasi tersebut; c. Cadangan langkah untuk meningkatkan potensi impak sosial positif ekoran operasi hutan; dan d. Perumusan program pemantauan untuk menilai langkah mitigasi/peningkatan selepas langkahlangkah tersebut dilaksanakan.

I 2 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

2.0 KONTEKS 2.1

Kaitan antara Operasi Pengurusan Hutan dan Orang Asli/Komuniti Tempatan

2.1.1 Antara aktiviti pengurusan hutan, pengusahasilan hutan merupakan operasi terpenting dari segi impak ke atas alam sekitar. Justeru, aktiviti pengusahasilan hutan dikehendaki akur kepada keperluan seperti pembalakan berimpak rendah (RIL) untuk mengurangkan impak sedemikian. 2.1.2 Aktiviti hutan lain yang meninggalkan impak tinggi ke atas alam sekitar ialah penukaran hutan asli ke ladang hutan atau ke kegunaan bukan untuk tujuan perhutanan. Dalam operasi sedemikian kawasan yang ditentukan ditebang habis dalam proses penyediaan tapak dan ketiadaan dirian tinggal akan mendedahkan tanah mineral. Keadaan ini berbeza dengan pengusahasilan hutan di bawah Sistem Pengurusan Memilih (SMS) yang meninggalkan dirian baki yang akan pulih selepas operasi pengusahasilan. Jika kawalan operasi penukaran hutan lemah maka sistem sungai berkaitan akan menjadi berselut justeru mencetuskan impak negatif sosial dan persekitaran kepada komuniti di hiliran sungai. 2.1.3 Perkampungan Orang Asli terdapat di dalam atau di pinggir HSK manakala komuniti tempatan lazimnya terdapat di pinggiran HSK. Komuniti Orang Asli lazimnya menggunakan HSK untuk bermaustatin, melakukan aktiviti ekonomi untuk menyara hidup dan untuk tujuan sosio-budaya. Hal ini termasuklah mengumpul hasil hutan, memburu, dusun buah-buahan dan tempat pengebumian. Komuniti Orang Asli dan tempatan mungkin juga bergantung kepada bekalan air dari HSK untuk penggunaan domestik atau pertanian. 2.1.4 Aktiviti pengusahasilan atau penukaran di HSK mungkin mewujudkan kesan positif seperti pekerjaan dan pendapatan tambahan, dan kesan negatif seperti kerosakan atau kemusnahan dusun buah-buahan, kawasan pertanian dan pengebumian, dan pencemaran air sungai untuk pelbagai kegunaan seperti minuman, masakan, mandian dan basuhan. 2.2

Kaitan SIA dengan Operasi Pengurusan Hutan

Kepentingan SIA terhadap operasi pengurusan hutan diiktirafkan oleh MC&I, khususnya seperti termaktub dalam Kriteria 4.4 dan 8.1. MC&I menetapkan dalam Kriteria 4.4 keperluan pengurus FMU untuk mengendalikan penilaian impak sosial operasi pengurusan hutan ke atas komuniti yang terjejas secara langsung oleh operasi tersebut. Hasil penilaian perlu diambilkira dalam rancangan pengurusan hutan (RPH). MC&I ini juga memerlukan penyediaan prosedur pemantauan untuk menilai impak tersebut (Kriteria 8.1).

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 3 I

Kriteria 4.4 : Perancangan dan operasi-operasi pengurusan harus mengambil kira hasil penilaian impak sosial. Rundingan dengan orang dan kumpulan-kumpulan yang terganggu secara langsung oleh operasi pengurusan harus dikekalkan. Indikator 4.4.1 : Pengurus-pengurus hutan harus menilai melalui rundingan, impak sosial operasi hutan secara langsung ke atas masyarakat, dan penduduk dan kumpulankumpulan yang menerima impak secara langsung harus mendapat maklumat mengenai hasil penilaian impak sosial. Indikator 4.4.2 : Amalan perancangan dan pengurusan menimbang dan mengambilkira hasil penilaian yang

hutan harus telah dijalankan.

Kriteria 8.1 : Rancangan pengurusan hutan harus disemak semula dari masa ke masa dengan menggabungkan hasil-hasil pemantauan atau maklumat baru di bidang saintifik dan teknikal bertujuan untuk mengambilkira perubahan keadaan persekitaran, sosial dan ekonomi. Indikator 8.1.1 : Pengurus-pengurus hutan harus mematuhi prosedur-prosedur pemantauan selaras dengan garis-garis panduan negara dan rantau yang relevan dari Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Indikator 8.1.2 : Pengurus-pengurus hutan harus mengenalpasti dan melaksanakan prosedurprosedur pemantauan yang sesuai, mengikut skala dan intensiti operasi pengurusan hutan untuk menilai impak-impak terhadap sosial, ekologi, alam sekitar dan ekonomi.

2.3

Skop SIA

Dalam garis panduan ini skop SIA merangkumi konteks pematuhan FMU berkenaan terhadap kehendak MC&I, khususnya ke atas impak sosial operasi hutan.

I 4 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

3.0 PROSES PENILAIAN IMPAK SOSIAL 3.1

Pengenalan

Selaras dengan skop yang dikenalpasti di bawah seksyen 2.3, proses pengendalian SIA bermula dengan carian penerbitan untuk mengumpul maklumat berkenaan bilangan komuniti Orang Asli/ tempatan di dalam dan di pinggir HSK, iaitu latar belakang mereka dan profil sosio-ekonomi dan budaya, dan infrastruktur komuniti. Ini disusuli dengan penilaian komuniti. Bilangan komuniti untuk dinilai dipilih secara rawak. Satu soalselidik (lihat contoh dalam Lampiran A) digunakan untuk menjalankan satu survei yang akan menghasilkan data yang diperlukan untuk penilaian impak sosial. Susulan analisis data yang dikumpul, data asas untuk sampel komuniti akan dihasilkan. Berasaskan penemuan, impak sosial utama akan dikenalpasti, dan langkah mitigasi serta peningkatan akan dirumuskan, bersama dengan pemantauan ke atas pematuhan dan impak langkah-langkah tersebut. Proses SIA diringkaskan di bawah dan ditunjukkan dalam Rajah 1: i.

Carian penerbitan ke atas komuniti di dalam dan di pinggir HSK a. Bilangan dan lokasi b. Latar belakang c. Profil sosio-ekonomi dan budaya d. Infrastruktur komuniti ii. Pemilihan komuniti untuk disurvei iii. Mengendalikan survei termasuk temubual atau pertemuan dengan komuniti iv. Menganalisis data untuk mengenalpasti impak sosial utama v. Mengenalpasti dan menentukan langkah mitigasi dan peningkatan vi. Pemantauan pematuhan dan impak ke atas langkah mitigasi/peningkatan vii. Menguruskan impak luarjangka

Rajah 1. Proses SIA

carian penerbitan ke atas komuniti di dalam dan di pinggir HSK

Pemilihan komuniti untuk survei

Mengendalikan survei

Mengenalpasti impak sosial utama

Menentukan langkah mitigasi dan peningkatan

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

Pemantauan pematuhan dan impak

I 5 I

3.2

Carian Penerbitan ke atas Komuniti

Satu carian penerbitan ke atas komuniti yang terletak di dalam dan di pinggir HSK, yang mungkin akan menerima kesan daripada operasi pengurusan hutan, dikendalikan dengan menggunakan sumber sekunder seperti laporan rasmi samada yang diterbitkan atau tidak, buku, makalah, laporan penyelidikan dan sumber internet. Jika tiada data sekunder berkaitan komuniti tersebut, maka penilaian asas perlu dilaksanakan. Antara lain, maklumat tersebut merangkumi aspek berikut: B O A perlu disediakan dalam bentuk peta. M P P HSK

3.3

HSK M

Pemilihan Komuniti untuk Survei

Agak sukar bagi semua komuniti di dalam/pinggir HSK dibanci dan dinilai disebabkan rintangan logistik, masa dan jarak. Justeru, penilai akan membuat pensampelan rawak berdasarkan formula y= , di mana y = bilangan komuniti untuk di banci dan = jumlah bilangan komuniti. Sampel tersebut hendaklah merangkumi komuniti yang bakal terjejas oleh operasi perhutanan. Pandangan JAKOA dan pihak berkepentingan lain harus juga diambil dalam proses pemilihan. Untuk survei ini, responden di setiap komuniti terpilih hendaklah terdiri daripada: T B K K P S ketua isi rumah/pasangan (mana yang lebih) berdasarkan pensampelan rawak. 3.4

Kaedah Penilaian

Untuk menilai impak sosial ekoran pengusahasilan atau penukaran hutan, teknik pengumpulan data asas berikut boleh digunakan: Kaedah kuantitatif: Data dikumpulkan melalui survei sosial menggunakan soalselidik selaku alat pendekatan kuantitatif. Untuk pengendalian SIA, penilai boleh mengumpul data yang diperlukan dengan menggunakan soalselidik berstruktur tertutup (Lampiran A). Teknik sedemikian lazimnya digunakan samada untuk (i) mengumpul data dari komuniti besar atau (ii) dari komuniti kecil yang banyak dan bertaburan luas. Bagi kes ini soalselidik digunakan untuk mengumpul data Orang Asli dan komuniti tempatan. Kaedah kualitatif: Data juga boleh dikumpulkan melalui pemerhatian, In-depth Interview (IDI), Focus Group Discussion (FGD) dan Teknik Kumpulan Nominal (NGT) dengan menggunakan protokol temubual dan pemerhatian selaku alat. Teknik sedemikian lazimnya digunakan untuk mengumpul data dari komuniti kecil atau kumpulan di kawasan terhad. Satu contoh protokol untuk IDI dan FGD dimuatkan dalam Lampiran B.

I 6 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

U SIA komuniti Orang Asli/tempatan (iaitu dengan menjalankan soalselidik), dilengkapi dengan temubual kumpulan berkepentingan yang mempunyai maklumat FMU berkaitan (iaitu menggunakan protokol IDI). Aspek yang harus dimasukkan dalam kumpulan data asas disenaraikan di bawah dan diperincikan lagi dalam Lampiran A. I P I Berdasarkan hasil penilaian tersebut, skala dan lingkungan impak sosial utama akibat aktiviti pengusahasilan dan penukaran hutan di dalam FMU ke atas komuniti berkenaan, akan ditentukan. Impak sosial utama yang lazimnya dikaitkan dengan aktiviti sedemikian adalah seperti berikut: I I I Hasil penilaian akan dianalisis dan didokumen dalam laporan SIA dengan menekankan maklumat berikut: K L global (GPS)]. G I L P 3.5

Penglibatan Kumpulan Berkepentingan

Orang Asli dan komuniti tempatan adalah merupakan kumpulan berkepentingan utama yang akan terjejas akibat operasi perhutanan dalam HSK. Para kumpulan berkepentingan lain yang relevan adalah seperti berikut: P P J P N JPN A JAKOA J K K Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) O NGO P O A S Malaysia (POASM), Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan Yayasan Orang Asli Perak (YOAP) NGO P P A MNS W W Foundation (WWF) Malaysia. Semasa menjalankan SIA, selain komuniti Orang Asli dan komuniti tempatan, kumpulan berkepentingan tersenarai di atas yang mana berkaitan harus dirujuk dalam proses mengenalpasti impak utama operasi hutan di FMU. Pandangan mereka berkenaan langkah mitigasi untuk impak sosial negatif dan meningkatkan impak sosial positif, harus diambilkira dan dimuatkan ke dalam laporan SIA.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 7 I

4.0 IMPAK SOSIAL APAKAH IMPAK SOSIAL UTAMA ? LANGKAH

AKTIVITI

Langkah 1

Penilaian impak

Impak sosial utama termasuk : I I I

Langkah 2

Langkah mitigasi / peningkatan

Langkah mitigasi/peningkatan utama termasuk : L pengusahasilan dengan komuniti yang terbabit P RIL EIA dengan berkesan P FMU dengan agensi dan kumpulan berkepentingan berkaitan dalam melaksanakan program latihan untuk komuniti

Langkah 3

Pemantauan

Pemantauan sosial termasuk: P P

4.1

ISU

Pengenalan

Seksyen ini menetapkan cara mengenalpasti dan mengutamakan impak sosial yang perlu ditangani. 4.2

Mengenalpasti Impak Sosial Utama

Impak sosial utama akan dikenalpasti berdasarkan penemuan survei. Besar kemungkinannya impak ini berhubungkait dengan bekalan dan kualiti air, ekonomi tempatan dan kehidupan sosio-budaya. Sungai merupakan sumber paling penting untuk membekalkan air minuman serta air untuk kegunaan domestik seperti mandian dan basuhan. Hutan memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan dari segi penyediaan peluang pekerjaan dalam operasi perhutanan serta penjanaan pendapatan dari hasil hutan, pengusahasilan dan perkhidmatan hutan.

I 8 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

Di samping itu, aspek kehidupan sosio-budaya tempatan yang dipengaruhi oleh operasi hutan termasuk peningkatan aksesibiliti ke kawasan hutan, keselamatan dan kesihatan, pengetahuan dan kemahiran tradisional, kesucian kawasan budaya, sejarah dan arkeologi, estetik persekitaran dan kesihatan sosial umum. 4.2.1

Impak Sosial Utama 1: Bekalan dan Kualiti Air

Bekalan air komuniti: Pengusahasilan dirian hutan di kawasan tadahan untuk sistem air graviti, akan meningkatkan beban enapan dan merosotkan kualiti air minuman. Selain penurunan tekanan air, masalah lain yang berkaitan bagi penduduk berhampiran kawasan pengusahasilan atau penukaran hutan, ialah kekeruhan air untuk minuman, memasak dan kegunaan domestik lain seperti untuk mandian dan basuhan. Air tersebut lazimnya membawa bau dan rasa yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan penyakit lain akibat pencemaran air. Kualiti air sungai: Kesan daripada aktiviti atau penukaran hutan juga boleh mengakibatkan pencemaran dan pengurangan isipadu air sungai dan seterusnya mengakibatkan kemerosotan hidupan akuatik, terutamanya ikan, dan juga aktiviti akuakultur. Air untuk pertanian (padi, sayuran) akan terjejas disebabkan tersekatnya sistem perairan. Risiko banjir juga wujud akibat peningkatan jumlah air larian semasa hujan lebat. 4.2.2

Impak Sosial Utama 2: Ekonomi Tempatan

Impak Negatif Sumber hutan: Kemerosotan sumber hutan berhampiran akan mendesak komuniti Orang Asli merayau lebih jauh ke dalam hutan untuk memungut sumber hutan (petai, madu, rotan, bahan binaan dan tumbuhan ubatan) yang diperlukan untuk saraan, dan ini akan merumitkan lagi kehidupan mereka. Jalan hutan pula memudahkan kemasukan orang luar memungut hasil hutan yang sama, mengurangkan lagi sumber-sumber tersebut. Pekerjaan dan pendapatan: Kemerosotan hasil hutan boleh menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan berkaitan hutan (utama dan sekunder) seperti pemburuan dan pemungutan hasil hutan dan hasil sungai (flora dan fauna). Pengurangan ini mungkin juga disebabkan persaingan dengan orang luar akibat aksesibiliti yang lebih baik melalui pembinaan jalan hutan. Ini mengurangkan pendapatan keluarga komuniti Orang Asli. Estetik landskap: Impak negatif akibat aktiviti pengusahasilan atau penukaran hutan termasuk kemerosotan landskap yang disebabkan kerosakan teruk terhadap liputan dirian asal dan diikuti tumbesaran tumbuhan sekunder secara berleluasa (justeru mengurangkan nilai estetik). Sungai yang tersekat atau berselut akibat sisa-sisa pengusahasilan juga akan merosotkan atau memusnahkan kawasan rekreasi air. Kesan negatif sedemikian boleh menjejaskan potensi hutan asli sebagai produk eko-pelancongan. I P Peluang pekerjaan baru: Pekerjaan baru yang berkaitan dengan operasi pengurusan hutan, pekerjaan di luar hutan dan eko-pelancongan. Operasi pengurusan hutan: Pekerjaan seperti menanda pokok, menanda sempadan, menebang, mengerat, menarik kabel dan memandu traktor merupakan peluang baru untuk komuniti. Peluang lain termasuk kerja tapak semaian, membekal dan menanam anak benih, membekal pelbagai keperluan untuk kem pembalakan dan sebagai pengangkut. Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 9 I

Pekerjaan di luar hutan: Terdapat juga peluang untuk pekerjaan luar hutan disebabkan peningkatan aksesibiliti yang memudahkan pencarian kerja seperti di ladang sawit atau getah yang berhampiran. Eko-pelancongan: Aktiviti eko-pelancongan lebih berpotensi ekoran jalan hutan yang memudahkan lagi aksesibiliti. Aktiviti seperti treking, berkayak, kem motivasi, homestay, perkemahan, dan rekreasi luar juga boleh menjana peluang perniagaan dan pekerjaan untuk komuniti. Pembangunan am tempatan: Operasi hutan mampu memangkin pembangunan tempatan. Aksesibiliti lazimnya merupakan pencetus untuk pembangunan tempatan dan membolehkan pembangunan sistematik oleh sektor kerajaan dan swasta (seperti infrastruktur, sekolah, klinik dan kedai runcit). Jalan hutan: Jalan (lazimnya jalan primer) yang tidak lagi digunakan boleh dinaiktaraf untuk dijadikan jalan akses utama. Akses kenderaan: Akses kepada penggunaan kenderaan menyebabkan peningkatan pergerakan manusia dan barangan akan mencetus pertumbuhan aktiviti eknonomi. Akses kepada perkhidmatan luaran: Akses komuniti terpencil kepada kerajaan dan perkhidmatan (seperti klinik, perkhidmatan perubatan bergerak, sekolah dan bantuan pertanian) dipermudahkan dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka. 4.2.3

Impak Sosial Utama 3: Kehidupan Sosio-budaya

Impak Negatif Kesihatan dan keselamatan Penyakit berjangkit: Operasi hutan boleh menyebabkan jangkitan /penyakit akibat pencemaran air (seperti penyakit kulit/kegatalan, cirit-birit, muntah), kotoran dan debu pada musim kering (seperti jangkitan bronkial dan batuk). Penyakit seperti batuk kering (TB) dan penyakit kelamin (STD) juga dikatakan berlaku akibat hubungan dengan pekerja hutan. Ganguan hidupan liar: Pembukaan silara ekoran operasi hutan lazimnya menggalakkan pertumbuhan lapisan bawahan. Perubahan ini menarik haiwan herbivor dan seterusnya haiwan karnivor. Justeru, kehadiran hidupan liar ini mungkin meningkatkan gangguan ke atas kehidupan komuniti. Pengetahuan dan kemahiran tradisional komuniti Orang Asli Ilmu pengetahuan berasaskan hutan: Terdapat kemerosotan pengetahuan dan kemahiran tradisional berkaitan hutan (seperti mengenalpasti herba dan penggunaannya, pemburuan dan kemahiran menangkap ikan) di kalangan generasi muda komuniti Orang Asli. Perkara ini mungkin diakibatkan oleh kemerosotan sumber hutan dan minat, dan juga wujudnya sumber pendapatan lain. Ilmu kraftangan: Kekurangan sumber hutan juga mengakibatkan amalan seni membuat kraftangan tradisional, seperti bubu ikan dan perangkap haiwan serta alat muzik, kian pupus. Penggunaan dan pampasan: Pengetahuan tradisional komuniti berkaitan herba, bahasa dan seni, juga kemahiran memburu dan mengail, yang telah dikaji oleh penyelidik atau diperolehi oleh orang luar dan diusahakan secara komersial, lazimnya tidak diberikan pampasan.

I 10 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

Kawasan bersejarah dan budaya (termasuk kawasan suci): Kawasan sedemikian kadang kala musnah atau terjejas dengan tidak sengaja akibat operasi hutan. Kawasan tersebut termasuk tapak-tapak yang mungkin mengandungi bahan arkeologi seperti kubur, kawasan pusaka dan formasi batuan monolitik. Keselamatan dan kesihatan jalan: Keselamatan jalan dipengaruhi pergerakan lori balak, pembinaan dan pembaikan jalan. Di samping itu, kerosakan jalan kampung akibat pengangkutan balak juga membahayakan para pengguna. Tambahan lagi, peningkatan debu jalan di musim kering, dan jalan berlumpur serta licin di musim hujan mempengaruhi keselamatan jalan. Komuniti juga mengalami gangguan kebisingan disebabkan pergerakan kenderaan pembalakan. Impak sedemikian dirasai oleh komuniti terutamanya di kawasan yang terdapat jalan balak yang berhampiran atau merentasi perkampungan mereka. I P Pengetahuan dan kemahiran baru: Komuniti memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru berkaitan operasi pengurusan hutan seperti penebangan, penanaman, memandu traktor, kerja tapak semaian, inventori dan survei. Akibat wujudnya jalan hutan, orang tempatan mudah keluar mencari pengetahuan dan kemahiran baru dengan mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta. Nilai dan etika baru: Interaksi dengan orang luar boleh membawa nilai dan etika positif terhadap cara kerja dan pemikiran.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 11 I

5.0 LANGKAH MITIGASI DAN PENINGKATAN APAKAH LANGKAH UTAMA MITIGASI DAN PENINGKATAN? LANGKAH

AKTIVITI

Langkah 1

Penilaian impak

Impak sosial utama termasuk : I I I

Langkah 2

Langkah mitigasi / peningkatan

Langkah mitigasi/peningkatan utama termasuk : L pengusahasilan dengan komuniti yang terbabit P RIL EIA dengan berkesan P FMU dengan agensi dan kumpulan berkepentingan berkaitan dalam melaksanakan program latihan untuk komuniti

Langkah 3

5.1

Pemantauan

ISU

Pemantauan sosial termasuk: P P

Pengenalan

Bahagian ini direka untuk membantu dalam menentukan langkah pencegahan, pembetulan, kompensatori atau peningkatan bagi setiap impak negatif/positif. Langkah-langkah mitigasi dan peningkatan merangkumi tindakan-tindakan yang saling berkaitan, bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengurusan serta pengawalan tapak atau aktiviti operasi. Langkah mitigasi dan peningkatan perlulah bersesuaian dengan tapak dan berpandukan keputusan penilaian. Langkahlangkah mitigasi/peningkatan yang dicadangkan mestilah praktikal dan mudah dipantau supaya ia berkesan dan senang dilaksanakan. Unsur-unsur untuk tiga impak sosial utama yang perlu langkah mitigasi/peningkatan ini disenaraikan di bawah: B S P E P K

I 12 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I T K I 5.2

O

A

Langkah Mitigasi dan Peningkatan

Langkah mitigasi dan peningkatan yang disyorkan, berkaitan tiga impak sosial utama ekoran operasi hutan dirumuskan dalam Jadual 1. JADUAL 1. IMPAK SOSIAL UTAMA DAN LANGKAH MITIGASI/PENINGKATAN NO

IMPAK SOSIAL UTAMA

LANGKAH MITIGASI/PENINGKATAN

1.

Bekalan dan kualiti air

Laksanakan perundingan pra-pengusahasilan dengan komuniti berkaitan untuk mengenalpasti punca air bukit dan menjamin bekalan dan kualiti air tempatan tidak terjejas. Pastikan langkah RIL/EIA dilaksanakan dengan berkesan khususnya berhubung dengan sumber dan punca air.

2.

Ekonomi tempatan S

Pastikan semua langkah memulihara dan melindungi sumber hutan dipatuhi selaras dengan kehendak RIL, EIA dan MC&I. Penguatkuasaan lebih tegas ke atas akses tanpa izin ke HSK.

P pendapatan

E

P baharu dan pembangunan am tempatan.

Pastikan semua langkah memulihara dan melindungi sumber hutan dipatuhi selaras dengan kehendak RIL, EIA dan MC&I. Penguatkuasaan lebih tegas ke atas akses tanpa izin ke HSK. Pengurus FMU perlu menggalakkan agar komuniti tempatan diberi peluang pekerjaan. Kawasan hutan yang dikenalpasti mempunyai ciri nilai pemuliharaan tinggi (HCV), nilai estetik dan pelancongan, tidak boleh dibalak dan zon penampan sesuai diwujudkan. Agensi berkaitan, dengan kerjasama pengurusan FMU, perlu mempastikan yang akses untuk perkhidmatan luar (seperti perubatan dan pertanian) mencukupi dan kekal demi memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 13 I

NO 3.

I 14 I

IMPAK SOSIAL UTAMA

LANGKAH MITIGASI/PENINGKATAN

Kehidupan sosio-budaya K keselamatan

Pengurus FMU perlu bekerjasama dengan pelesen, JAKOA, Jabatan Kesihatan dan JKKK untuk mengurangkan impak operasi hutan ke atas kesihatan komuniti; seperti melindungi kualiti air dari penyakit bawaan air dan mengurangkan pencemaran debu yang boleh mengakibatkan batuk dan penyakit mata. Untuk melindungi komuniti daripada penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja hutan, pengurus FMU dan pemegang lesen perlu memastikan ancaman sedemikian dikurangkan. Pengurus FMU perlu bekerja rapat dengan PERHILITAN untuk memantau hidupan liar di dalam HSK supaya sebarang gangguan ke atas komuniti dapat dikurangkan

P kemahiran tradisional Orang Asli/komuniti tempatan

Pastikan semua langkah memulihara dan melindungi sumber hutan dipatuhi selaras dengan kehendak RIL, EIA dan MC&I. Pengurus FMU perlu menyediakan bahagian laporan SIA yang relevan untuk JAKOA dan agensi lain serta NGO, bagi membantu mereka mengendalikan program perlindungan pengetahuan dan kemahiran tradisional komuniti Orang Asli. Penggunaan pengetahuan sedemikian perlu didokumenkan untuk urusan pemberian pampasan yang adil.

Tapak bersejarah dan budaya

Pengurus FMU perlu berunding dengan komuniti berkenaan untuk mengenalpasti dan melindungi tapak yang mempunyai nilai budaya, sejarah dan arkeologi yang penting selaras dengan kehendak MC&I.

K kesihatan berhubung jalan

Pengurus FMU perlu memantau keadaan jalan hutan melalui penyelenggaraan teratur dengan kerjasama pelesen.

P kemahiran baharu

Orang Asli/komuniti tempatan hendaklah diberi keutamaan dalam memperolehi kemahiran baharu berkaitan operasi hutan.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

5.3

Impak Pelbagai

Semasa penilaian, kawasan yang dijangka akan mengalami pelbagai impak perlu diutamakan berbanding dengan kawasan yang mengalami satu impak sahaja. Jika operasi hutan di sesuatu kawasan lesen dijangka akan mencetuskan beberapa impak ke atas komuniti berhampiran, perkara ini perlu diberi penekanan dalam penilaian dan diambilkira dalam mereka langkah mitigasi/ peningkatan. 5.4

Penjadualan dan Tanggungjawab

Aktiviti pengusahasilan hutan atau penukaran hutan dalam HSK dikendalikan dalam banyak kawasan pada peringkat daerah. Maka langkah mitigasi/peningkatan perlu dikenalpasti dan diurus pada peringkat tersebut. Tanggungjawab keseluruhan untuk merancang, menjadualkan dan melaksanakan langkah mitigasi/peningkatan terserah kepada pengurus FMU. 5.5

Menerimapakai Penemuan SIA dalam Rancangan Pengurusan Hutan

Penemuan dan syor yang relevan dalam laporan SIA yang mengandungi impak sosial utama, langkah mitigasi/peningkatan dan prosedur pemantauan hendaklah dimuatkan dalam RPH dan dilaksanakan oleh pengurus FMU. Dalam melaksanakan langkah-langkah mitigasi tersebut, mekanisme yang sesuai hendaklah disediakan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian termasuk peruntukan bagi pampasan yang adil dan saksama mengikut kes.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 15 I

6.0 PEMANTAUAN APAKAH JENIS PEMANTAUAN YANG DIPERLUKAN? LANGKAH

AKTIVITI

ISU

Langkah 1

Penilaian impak

Impak utama termasuk :

Langkah 2

Langkah mitigasi /

Langkah mitigasi/peningkatan utama termasuk : L dengan komuniti yang terbabit P RIL EIA berkesan P FMU dengan agensi dan kumpulan berkepentingan berkaitan dalam melaksanakan program latihan untuk komuniti

Langkah 3

Pemantauan

Pemantauan sosial termasuk: P P

6.1

Pengenalan

Bahagian ini menghuraikan perkara berikut : P itu dipatuhi. P hutan atau penukaran hutan untuk menilai keberkesanan langkah-langkah mitigasi/peningkatan yang dilaksanakan. 6.2

Pemantauan kepatuhan

Oleh kerana impak sosial pengusahasilan hutan atau penukaran hutan pada keseluruhannya hanya akan menjadi ketara selepas jangka masa yang panjang, maka pemantauan kepatuhan langkah mitigasi/peningkatan adalah penting dan perlu diberi keutamaan oleh pengurus FMU. Dalam memantau kepatuhan tindakan mitigasi/peningkatan, kaedah penyemakan kepatuhan yang mudah dan praktikal dari segi ekonomi harus digunakan. Berikut adalah contoh keperluan pemantauan kepatuhan yang boleh dipertimbangkan berhubung dengan langkah mitigasi/peningkatan.

I 16 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

A. Bekalan dan kualiti air Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU melalui penilaian kepatuhan pelesen pembalakan terhadap kehendak RIL/EIA. Lawatan ke komuniti yang dipilih secara rawak untuk memperolehi maklumbalas tentang sejauh mana pelesen mematuhi kehendak RIL/EIA. B

Ekonomi tempatan S Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU melalui penilaian kepatuhan pelesen pembalakan terhadap keperluan RIL, EIA dan MC&I berhubung tindakan pemuliharaan sumber hutan. Menilai respon terhadap tindakan mencegah akses tanpa izin ke HSK. Lawatan ke komuniti yang dipilih secara rawak untuk memperolehi maklumbalas tentang kepatuhan terhadap keperluan tersebut. P Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU melalui penilaian kepatuhan pemegang lesen pembalakan terhadap keperluan RIL, EIA dan MC&I berhubung tindakan memulihara sumber hutan. Menilai respon terhadap tindakan mencegah akses tanpa izin ke HSK. Dapatkan maklumbalas dari JAKOA untuk menilai respon komuniti Orang Asli terhadap program latihan pengeluaran dan pemasaran kraftangan. E Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU untuk menjamin kawasan hutan yang mempunyai ciriciri HCV, nilai estetik dan pelancongan tidak dibalak dan zon penampan ditubuhkan. P Dapatkan maklumbalas dari JAKOA untuk menilai respon komuniti Orang Asli terhadap usaha menggalakkan mereka mendapatkan pekerjaan baharu.

C.

Kehidupan sosio-budaya K Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU, dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan dan JKKK untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil untuk mengurangkan impak negatif operasi hutan ke atas kesihatan komuniti. Pengurus FMU bersama dengan pegawai PERHILITAN menilai keberkesanan tindakan pencegahan untuk mengurangkan gangguan hidupan liar dalam komuniti. P

O

A

Dapatkan maklumbalas dari JAKOA untuk menilai respon komuniti terhadap program melindungi pengetahuan dan kemahiran tradisional komuniti berkenaan. T Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU untuk menjamin tapak yang signifikan dari segi sejarah, budaya dan arkeologi dikenalpasti dan dilindungi semasa operasi pengusahasilan hutan.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 17 I

K Pemantauan sendiri oleh pengurus FMU ke atas keadaan jalan hutan yang diselenggara secara teratur, dengan kerjasama pemegang lesen. P Dapatkan maklumbalas dari JAKOA untuk menilai respon komuniti terhadap peluang mempelajari kemahiran baharu, terutamanya yang berkaitan operasi hutan. 6.3

Pemantauan Impak

A. Bekalan dan kualiti air P hutan dalam HSK ialah peningkatan jumlah pepejal terampai yang pada kebiasaanya dalam bentuk mendapan terampai. Ini memberi kesan ke atas bekalan air bersih serta air sungai untuk kegunaan domestik. Lazimnya kualiti air akan pulih dalam masa 2-5 tahun selepas tamatnya aktiviti pengusahasilan hutan. Justeru bekalan air perlu dipantau dengan cara berikut: P FMU penutup bagi setiap operasi pengusahasilan. P FMU B. Ekonomi tempatan S Lawatan pos-pengusahasilan diadakan oleh pengurus FMU ke komuniti berkenaan untuk menilai dan memperolehi maklumbalas mengenai status sumber hutan yang penting bagi komuniti. P Lawatan pos-pengusahasilan diadakan oleh pengurus FMU ke komuniti berkenaan untuk menilai dan mendapatkan maklumbalas mengenai kesan operasi hutan ke atas pekerjaan dan pendapatan komuniti. P Lawatan pos-pengusahasilan diadakan oleh pengurus FMU, dengan kerjasama agensi yang relevan ke komuniti terbabit untuk menilai penjawatan pekerjaan baharu oleh komuniti. C. Kehidupan sosio-budaya K Lawatan pos-pengusahasilan diadakan oleh pengurus FMU, dengan kerjasama agensi berkaitan, ke komuniti terlibat untuk menilai kesihatan komuniti. Lawatan pos-pengusahasilan diadakan oleh pengurus FMU, dengan kerjasama PERHILITAN, ke komuniti untuk menilai situasi berkaitan dengan gangguan hidupan liar. P O A Pengurus FMU mendapatkan maklum balas dari JAKOA untuk menilai respon komuniti Orang Asli ke atas program latihan serta penggunaan pengetahuan dan kemahiran mereka secara komersial dan pampasan yang diterima hasil daripada penggunaan pengetahuan ini oleh orang luar.

I 18 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

6.4

Teknik Pemantauan

Teknik yang disenaraikan di bawah boleh dijadikan kaedah utama untuk pemantauan kepatuhan dan impak: Foto. Foto boleh digunakan sebagai bukti pelaksanaan langkah mitigasi/peningkatan yang disyorkan. Apabila foto digunakan sebagai bukti pemantauan kepatuhan, tarikh dan masa foto diambil perlu direkodkan. Pemeriksaan lapangan. Lawatan lapangan pos-pengusahasilan perlu dilaksanakan untuk menjamin kepatuhan ke atas langkah mitigasi/peningkatan. Laporan daripada komuniti Orang Asli. Laporan bertulis atau lisan dengan bukti kukuh dari komuniti Orang Asli/tempatan boleh membantu dalam memastikan kepatuhan ke atas langkah mitigasi/peningkatan. Imej satelit. Walau pun foto biasa boleh digunakan untuk memantau langkah mitigasi/ peningkatan dalam usaha melindungi bekalan air komuniti dari sungai berdekatan yang digunakan komuniti, imej satelit menawarkan cara pantas untuk melaksanakan pemantauan pematuhan. 6.5

Mengurus Impak Luar Jangkaan

Pemantauan juga mencakupi pemantauan impak luar jangkaan, iaitu impak yang gagal dikenalpasti oleh laporan SIA, yang mungkin berlaku semasa dan selepas operasi hutan. Jika impak luar jangkaan demikian berlaku, langkah mitigasi dan peningkatan tambahan perlu dibangunkan, dilaksanakan dan dipantau.

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 19 I

7.0 FORMAT LAPORAN SIA 7.1

Pengenalan

Penemuan SIA operasi pengurusan hutan harus dibentangkan dengan jelas, padat dan mudah difahami oleh pengurus dan kakitangan FMU yang perlu melaksanakannya, dan juga oleh pihak lain yang berkenaan. Nilai sesuatu laporan SIA diukur mengikut ketepatan impak positif dan negatif yang dapat dikenalpasti dan juga memastikan keberkesanan pelaksanaan langkah mitigasi dan peningkatan yang dirumuskan sebelum operasi hutan. Untuk membantu pengurus FMU mengkaji hasil penemuan, perkara berikut perlu dimuatkan dalam laporan SIA: R E SIA J penilaian. 7.2

Ringkasan Eksekutif

Ringkasan Eksekutif merupakan ringkasan singkat dan padat penemuan dan syor SIA. Ringkasan Eksekutif ini haruslah berbahasa mudah dan bukan-teknikal supaya senang difahami oleh pengurus dan kakitangan FMU dan juga pihak berkenaan lain. Secara umumnya, kandungan Ringkasan Eksekutif harus mengandungi maklumat berikut: N K I P K SIA 7.3

Laporan Utama

7.3.1 Pemula dan Perunding SIA P FMU N untuk maklumat. Senarai semua kakitangan FMU yang terlibat dalam penilaian. P P SIA N dirujuk untuk maklumat (lazimnya ketua perunding/pengaudit). Senarai semua perunding/ pengaudit terlibat dalam penilaian.

7.3.2 Profil Asas Sosio-ekonomi dan Budaya Penghuraian unsur berikut akan memberi gambaran jelas tentang persekitaran asas sosio-ekonomi komuniti yang mungkin dipengaruhi oleh operasi hutan di dalam FMU. Ini akan membolehkan penilaian tepat impak sosial yang dijangkakan berlaku akibat operasi tersebut.

I 20 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

L M I P P 7.3.3

FMU Penilaian Impak Sosial

I I I

7.3.4

Langkah Mitigasi dan Peningkatan

L L L L L 7.3.5

Pemantauan

P P 7.3.6

I Kesimpulan

K 7.3.7

SIA Rujukan

S 7.3.8 S

Lampiran SIA

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 21 I

RUJUKAN 1. Anon., (1995). Handbook of EIA Guidelines (issued by the Director General of Environmental Quality) 2. Anon., (2002). Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines for Logging and Forest C A J S E C D ECD S Malaysia]. 3. Anon., (2006). A Comprehensive Guide for Social Impact Assessment (Centre for Good Governance). 4. Anon., (2007). Environmental Impact Assessments (EIA): Procedures and Requirements in M D E DOE 5. Jabatan Perhutanan Sabah (2009). Buku Panduan Operasi RIL : Kod Amalan Penuaian Hutan, Sabah Malaysia. 6. Anon., (undated). Environmental Impact Assessment: Guidelines for Forestry (Published by Department of Environment). 7. Anon., (undated). Pengenalan Ringkas SIA: Penilaian Impak Sosial (Brief Introduction to SIA: Social Impact Assessment) (Diterbitkan oleh ISM). 8. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (2010). Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Guidelines for Forest Roads 2010).

I 22 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

Disediakan oleh:

Penduduk yang ditemubual:

Nama

Nama

: ……………………………………………………….

: ……………………………………………………….

Jawatan : ……………………………………………..………..

Jawatan : ……………………………………………..………..

Tarikh

Tarikh

: ……………………………………………..………..

Tandatangan : …………………………………………………..

I 24 I

: ……………………………………………..……….

Tandatangan : ………………………………………………….

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 29 I

LAMPIRAN B : Protokol untuk Temubual Mendalam Kumpulan Berkepentingan PROTOKOL TEMUBUAL MENDALAM BAGI KUMPULAN BERKEPENTINGAN 1. Sejauh manakah bekalan dan kualiti air di…….. (namakan FMU terlibat) terjejas akibat aktiviti pembalakan/ perladangan hutan di HSK? (Contoh penjejasan: punca air terjejas, air keruh/ tercemar dan bekalan berkurangan.) Nyatakan buktinya.......... (Contoh bukti: dokumen yang relevan seperti Laporan EIA). 2. Sejauh manakah sungai di…….. (namakan HSK terlibat) terjejas akibat aktiviti pembalakan/ perladangan hutan di HSK? (Contoh penjejasan: air sungai berkeladak, berlumpur, tercemar (sisa minyak, dll.), cetek dan kerap banjir.) Nyatakan buktinya......... (Contoh bukti: dokumen yang relevan seperti Laporan EIA). 3. Adakah sumber dan jumlah pendapatan komuniti Orang Asli/tempatan di…….. (namakan HSK terlibat] berkurangan disebabkan pembalakan/perladangan hutan di HSK? Jika benar nyatakan buktinya....... (Contoh bukti: aduan yang direkodkan dari komuniti Orang Asli/tempatan, pandangan dan kajian NGO/universiti dan agensi yang terlibat). 4. Adakah pembalakan/perladangan hutan di HSK mengakibatkan sumber hutan di…….. (namakan HSK terlibat) merosot? Jika benar nyatakan buktinya........ (Contoh bukti: aduan yang direkodkan dari penduduk, pandangan dan kajian NGO/universiti dan agensi yang terlibat). 5. Adakah kemerosotan sumber hutan di…….. (namakan HSK terlibat) menjejas pengetahuan/ kemahiran tradisional komuniti Orang Asli/tempatan? [Contoh penjejasan:bilangan penduduk berpengetahuan/berkemahiran tradisional (seperti adat, kesenian, perubatan herba/tradisional, memburu, kraftangan) berkurangan] Jika benar nyatakan buktinya........ (Contoh bukti: laporan dan kajian berkaitan oleh NGO/universiti dan agensi yang terlibat). 6. Adakah pembalakan/perladangan hutan di HSK mengakibatkan peningkatan masalah sosial komuniti Orang Asli/tempatan di…….. (namakan HSK terlibat)? (Contoh masalah: penagihan alkohol, perjudian, STD. Jika benar nyatakan buktinya........ (Contoh bukti: aduan yang direkodkan dari komuniti Orang Asli/tempatan, pandangan dan kajian NGO/universiti dan agensi yang terlibat). 7. Adakah peningkatan aksesibiliti melalui jalan hutan yang memudahkan kemasukan ke…….. (namakan HSK terlibat) menggalakkan lagi orang luar memperolehi pengetahuan dan kemahiran tradisional Orang Asli/penduduk tempatan? (Contoh pengetahuan/kemahiran tradisional: adat, kesenian, perubatan herba/tradisional, memburu, kraftangan.) Jika benar, sudahkah komuniti mendapat pampasan sewajarnya dari penggunaan pengetahuan dan kemahiran tradisional tersebut? Sila nyatakan buktinya........ (Contoh bukti: laporan dan kajian oleh NGO/universiti dan agensi yang terlibat).

I 32 I

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

8. Adakah pembalakan/perladangan hutan di …….. (namakan HSK terlibat) menyumbang kepada penjejasan keindahan? (Contoh penjejasan: pembukaan silara, kesan hakisan jalan, kekeruhan air sungai.) Jika benar, nyatakan buktinya......... (Contoh bukti: aduan dari komuniti Orang Asli/ tempatan dan orang awam, dan pandangan NGO). 9. Apakah kesan positif ke atas komuniti Orang Asli/tempatan di…….. (namakan HSK yang terlibat)hasil daripada pembalakan/perladangan hutan di HSK? (Contoh kesan positif: peluang pekerjaan, pengetahuan dan kemahiran baru, aksesibiliti, peningkatan kemudahan kesihatan dan pembelajaran.) Jika benar, nyatakan buktinya....... (Contoh bukti: laporan dan kajian oleh NGO/univiersiti dan agensi yang terlibat). 10. Selain dari kesan tersebut di atas apakah kesan lain yang dialami komuniti Orang Asli/tempatan di…….. (namakan HSK terlibat) hasil daripada pembalakan/perladangan hutan di HSK? Sila nyatakan..........

Garis Panduan Dan Prosedur Untuk Penilaian Dan Pemantauan Impak Sosial Operasi Pengurusan Hutan (Semenanjung Malaysia)

I 33 I