Inilah pengertian sebenar kalimah tauhid iaitu dengan memurnikan ibadah
hanya kepadaNya dan berlepas diri dari segala sesuatu selainnya. Inilah misi
utama ...
Hakikat Mencintai Rasulullah saw 1) Mentauhidkan Allah swt Antara hikmah diutusnya para Rasul termasuk Nabi Muhammad adalah untuk menyerukan fahaman tauhid dan menentang syirik. Maksud mentauhidkan Allah adalah beribadah hanyalah kepada Allah sahaja dan tidak mensekutukannya dengan sesuatu apa jua pun. Inilah pengertian sebenar kalimah tauhid iaitu dengan memurnikan ibadah hanya kepadaNya dan berlepas diri dari segala sesuatu selainnya. Inilah misi utama Nabi Muhammad terhadap umatnya. Oleh itu untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad maka hendaklah kita menghindari amalan-amalan syirik.
2) Menghargai al-Quran serta mengamalkan isu kandungannya Antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan berpegang teguh kepada segala isi kandungan al-Quran. Oleh itu sekiranya al-Quran tidak dihargai dengan mempelajari dan mempraktikkannya, ia sebenarnya menggambarkan sikap kita yang memperlekehkan tugas utama Rasulullah yang diutuskan kepada umatnya yakni menyampaikan al-Quran.
3) Mentaati sunnah Nabi saw Di antara tanda-tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Pada dasarnya semua perbuatan dan ucapan Nabi wajib diikuti dan diteladani. Mentaati Rasulullah juga adalah bukti yang menunjukkan kita mencintai Allah.
4) Menyebarkan sunnah Nabi Mencintai Nabi bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda malah di antara tanda kesempurnaan perasaan cinta kepada baginda adalah dengan menyebarkan sunnah-sunnah tersebut kepada seluruh umat manusia.
Keinginan untuk menyebarkan sunnah Nabi, menyampaikannya serta mengajarkannya adalah satu usaha untuk menyambung tugasan baginda setelah baginda wafat. Sekiranya kerja-kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan pasti sunnahnya akan mati dan digantikan dengan amalanamalan bidaah.
5) Sentiasa memuji dan mengingatinya Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad maka seharusnya baginda senantiasa berada di hati kita. Kita sepatutnya senantiasa mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi menyelamat umatnya dari lembah kesesatan. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan membaca serta mempelajari sirah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita.
6) Mencintai mereka yang dicintai Nabi Antara tanda kecintaan seseorang kepada Nabi adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti Ahlulbaitnya serta para sahabatnya serta membenci mereka yang memusuhi, membenci serta menentang dakwah baginda.
7) Membela Nabi daripada serangan golongan munafik Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hukum Allah serta sunnah-sunnah baginda s.a.w. sedang hebat diperlekehkan oleh kelompokkelompok munafik seperti gerakan Islam Liberal, golongan antihadis, para orientalis dan lain-lain kelompok yang sesat. Oleh itu, antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan membantah hujah-hujah golongan tersebut dan membela baginda dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu-isu batil yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Allah. Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.