There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to op
http://cikgusazali.blogspot.com Instrumen Contoh Soalan 1 : Kesalahan Bahasa 1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i)
Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka. …………………………………………………….
ii)
Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran. ……………………………………………………
iii)
Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi. ……………………………………………………
iv)
“Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan. ………………………………………………… [Maksimum 8 m]
Teknik Menjawab: 1. Soalan ini memerlukan dua tugasan iaitu gariskan kesalahan dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. 2. Kesalahan tatabahasa tidak semestinya satu perkataan tetapi mungkin kesalahan rangkai kata/frasa. 3. Pemarkahan : Kesalahan yang digaris 1 markah, jawapan yang ditulis 1 markah. i)
Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka. dari masa ke masa / dari semasa ke semasa
ii)
Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran. Restoran Ahmad
iii)
Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi. suka akan
iv)
“Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada baginda sultan. Patik