Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sungai di negara kita. ... Pilih satu
daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah ... Anda ingin menulis esei bertajuk “ Cara-cara Menghargai
Jasa Guru” ...... Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak
kambing ...
NAMA : …………………………… KELAS : …………………………...
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 EXCEL 2 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 OGOS 2011 2 ¼ JAM
Dua jam lima belas minit
=====================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.
Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2.
Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3.
Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
4.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
1103/1
2011 Jabatan Pelajaran Sabah
SULIT
[Lihat halaman sebelah Bahagian A [ 30 markah ] [Masa yang dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sungai di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEPENTINGAN SUNGAI
Sumber Bekalan Air
Sumber Makanan dan Pendapatan
Perhubungan dan Pengangkutan
Tempat Rekreasi dan Pelancongan
1103/1
2011 Jabatan Pelajaran Sabah
SULIT
Bahagian B
[ 100 markah ] [ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan
1. Guru merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar diberi penghargaan. Anda ingin menulis esei bertajuk “ Cara-cara Menghargai Jasa Guru” untuk dimuatkan dalam Buletin Khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah anda. Tulis esei tersebut selengkapnya. 2. Kemelesetan ekonomi negara telah memberi kesan kepada kenaikan harga barangan dan peningkatan kadar pengangguran. Bincangkan peranan keluarga dalam menangani kemelesetan ekonomi negara. 3. Penyertaan masyarakat dalam industri kecil dan sederhana seperti kraftangan, perusahaan makanan ringan dan pembuatan batik dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Huraikan faedah-faedah industri kecil dan sederhana kepada masyarakat dan negara. 4. Kerjasama antara negara-negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan pendidikan. Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama antara negara untuk meningkatkan pembangunan pendidikan di sesebuah negara. 5. Anda telah menonton sebuah filem yang begitu menyentuh perasaan. Anda berhasrat membuat ulasan berkaitan keistimewaan filem tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis ulasan anda selengkapnya.
KERTAS SOALAN TAMAT 1103/1
2011 Jabatan Pelajaran Sabah
SULIT
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 EXCEL 2 BAHAGIAN A 1. Sumber bekalan air - Punca air tawar untuk keperluan isi rumah seperti minuman, memasak dan mencuci. - Punca untuk kegunaan industri dalam negara - Pengairan untuk aktiviti pertanian 2. Sumber makanan dan pendapatan - Membekalkan ikan, udang untuk sumber protein. - Hidupan akuatik lain seperti siput, lokan, kepah - Mudah, murah dan berkhasiat - Tempat nelayan menangkap ikan 3. Tempat rekreasi dan pelancongan - Melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti memancing, bersampan dan berkayak. - Melawat sambil melihat-lihat pemandangan yang indah di tepi sungai, melihat kelipkelip dan lain-lain. 4. Perhubungan dan pengangkutan - Pelayaran antara satu tempat ke satu tempat. Contohnya Sungai Tembeling, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan. - Membawa barang-barang ke satu tempat. Contohnya balak, hasil hutan, kenderaan dan lain-lain.
BAHAGIAN B : 1. Format : Esei/Rencana - Cara-cara menghargai jasa guru : i. Menghormati guru dengan memberi salam ii. Bercakap dan berkelakuan sopan dengan guru iii. Memberi hadiah penghargaan kepada guru terutama semasa sambutan Hari Guru iv. Menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru v. Menghulurkan bantuan semasa guru meminta bantuan vi. Mengunjungi/menziarahi guru semasa musim perayaan atau semasa guru ditimpa musibah vii. Merayakan sambutan hari guru 2. Peranan keluarga dalam menangani kemelesetan ekonomi Negara : i. Berjimat cermat ii. Menabung iii. Merancang perbelanjaan harian dan bulanan iv. Bercucuk tanam v. Melancong dalam negara vi. Menggurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air vii. Berkongsi kereta 1103/1
2011 Jabatan Pelajaran Sabah
SULIT
3. Faedah-faedah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negara: i. Mengurangkan kadar pengangguran ii. Membuka peluang pekerjaan iii. Meningkatkan ekonomi keluarga iv. Membantu meningkatkan ekonomi negara v. Menarik kehadiran pelancong vi. Mempelbagai penghasilan produk tempatan vii. Mempromosi barangan buatan Malaysia viii. Mengurangkan kadar jenayah
kepada masyarakat dan
4. Bentuk-bentuk kerjasama negara antarabangsa dalam meningkatkan pembangunan pendidikan di sesebuah negara: i. Mengadakan program pertukaran pelajar ii. Membantu membiayai pendidikan di Negara-negara miskin iii. Kerjasama dalam kepakaran teknologi iv. Pertukaran kepakaran tenaga pengajar v. Menubuhkan universiti antarabangsa vi. Sumbangan buku-buku ilmiah dari Negara-negara maju vii. Menaja pengajian pendidikan pelajar-pelajar Negara dunia ketiga viii. Menarik pelabur untuk menubuhkan kolej-kolej cawangan antarabangsa 5. Format : Ulasan – Tajuk filem dan pengarah dinyatakan Perasaan merujuk kepada : Sedih, terharu, kecewa, benci, kagum, gembira dll. - Ulasan keistimewaan sebuah filem tempatan yang menyentuh perasaan : i. Tema cerita yang menarik – menyentuh jiwa remaja ii. Watak-watak yang berjaya menghayati lakonan mereka – menyentuh perasaan iii. Latar tempat cerita yang menarik – menggamit perasaan penonton untuk ke tempat tersebut iv. Jalan cerita menarik dan plot disusun secara kronologi – mudah difahami oleh penonton v. Cerita membawakan banyak nilai dan pengajaran khususnya dalam kehidupan remaja vi. Persoalan dalam cerita yang berkaitan dengan tema – tidak membosankan penonton vii. Unsur-unsur lawak yang ditonjolkan melucukan dan mengembirakan viii. Bahasa yang digunakan oleh watak-watak bahasa harian yang bersahaja dan tidak seperti menghafal skrip
** Apa-apa juga isi/idea jawapan calon yang relevan diterima
1103/1
2011 Jabatan Pelajaran Sabah
SULIT
1
NAMA : …………………………… KELAS : …………………………...
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 EXCEL 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2011
1103/2
2 JAM 30 MINIT
Dua jam tiga puluh minit
==================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.
Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
2 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pokok putat dan cara-cara untuk memajukan industri tanaman herba. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pokok putat merupakan pokok yang tumbuh liar di kawasan tanah becah dan kawasan tebing sungai. Ketinggian pokok putat boleh mencapai sehingga 28 meter. Tumbuhan ini boleh dijumpai di kebanyakan negara di Asia Tenggara, terutama di sekitar sungai dan parit. Tumbuhan ini terkenal kerana digunakan dalam perubatan tradisional untuk rawatan batuk. Selain itu, kajian yang dilakukan juga menunjukkan bahawa biji tumbuhan ini mampu merawat penyakit ulser. Daun putat berbentuk bujur, panjang, dan tebal. Pucuk putat lembut dan berwarna keunguan dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang boleh dijadikan penawar bagi patukan ular dan gigitan tikus. Pucuk putat rasanya sedikit kelat dan lemak serta sesuai dimakan bersama-sama budu. Pucuk putat bukan sahaja menjadi kegemaran serangga tetapi dijadikan ulam oleh masyarakat kampung khususnya, di Kelantan. Ulam pokok putat merupakan ulam yang sukar diperoleh kerana pokok putat hanya mengeluarkan pucuk setahun sekali. Walaupun begitu, masyarakat kampung masih tidak menyedari akan kebaikan pucuk putat menyebabkan pokok putat kian terabai lalu mengalami kepupusan. Tambahan pula, sejak lima tahun kebelakangan ini, pokok putat telah berkurangan kerana tindakan manusia yang menceroboh kawasan tanah bencah dan tebing sungai untuk tujuan pertanian. Tindakan ini menyebabkan penyelidikan terhadap pokok putat semakin sukar dilakukan terutama untuk mendapatkan akar pokok ini yang dikatakan dapat dikomersialkan sebagai sumber bahan antibakteria. Setakat ini pokok putat belum ditanam oleh masyarakat kampung sebagai tanaman makanan atau sayuran. Amalan pemakanan pucuk putat oleh masyarakat kampung telah membantu mereka kekal sihat sepanjang masa kerana kandungan bahan aktif antioksidan yang sangat tinggi dalam daun putat. Hasil penyelidikan yang dijalankan juga menunjukkan bahawa bahan aktif yang terdapat dalam produk daun putat bersamaan dengan metadon yang digunakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan untuk menjalankan proses menyahtoksik dalam kalangan penagih dadah di seluruh pusat serenti di Malaysia. Di samping itu, tumbuhan ini juga berpotensi untuk dijadikan bahan untuk mengurangkan kesakitan sebagaimana morfin. Namun sayangnya, kerja penyelenggaraan dan pendalaman sungai untuk mengelakkan banjir di sesetengah kawasan menyebabkan kita akan kehilangan salah satu sumber ubat-ubatan herba tradisional yang tidak ternilai ini. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada „Putat Merawat Ketagihan Dadah‟ oleh Lee Seong Wei, Aweng Eh Rak dan Wendy Wee dalam Dewan Kosmik, Februari 2011) [Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
3 Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan pada Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Berikan maksud rangkai kata, sukar diperoleh berdasarkan petikan di atas. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca kepupusan pokok putat. Nyatakan punca-punca kepupusan pokok putat berkenaan.
[3 markah]
(iii) Herba telah dimanfaatkan oleh masyarakat kita sejak zaman-berzaman tetapi produk herba kurang mendapat sambutan. Pada pendapat anda, mengapakah produk herba kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kini? Nyatakan tiga sebab berkenaan
[4 markah]
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
4 Soalan 2(b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas. Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam. Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemalgemal itu dijunjung naik masuk jelapang. Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anakanak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.
(Dipetik daripada „Ibu dan Ceper‟ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Berikan bukti-bukti ibu seorang yang tidak boleh duduk diam? [2 markah]
(ii)
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf hidup pesawah? Berikan tiga cadangan anda.
(iii)
[3 markah]
Huraikan satu perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
5 Soalan 2(c) -Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru, “Adakah nenekku di rumah?” Maka sahut peri itu, “Tikar dan bantal seperti ada orang tidur.” Maka kata segala dayang-dayang itu, “Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat ketiduran laki-laki rupanya.” Maka kata peri itu, “Adapun tempat tidur siang hari itu tempat hamba tidur pada malam hari.” Maka ia pun tertawa serta bergurau dan bersenda. Maka tuan puteri pun berbedak dan berlangirlah. Maka ramailah bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habis dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan inang pengasuh sekalian. Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdunya suaranya. (Dipetik daripada “Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud barang lakunya? [2 markah] (ii) Nyatakan tiga keistimewaan burung bayan yang digambarkan dalam petikan. [3 markah] (iii)Pada pendapat anda, mengapakah watak Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki kuasa sakti? Kemukakan dua alasan anda. [3 markah]
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
6 Soalan 2(d)- Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Rahman Shaari Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
7
(i)
Apakah maksud bagai kehijauan daun dalam sajak di atas? [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya? Berikan dua cadangan anda.
(iii)
[3 markah]
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
8 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)
rancang
(ii)
merancang
(iii)
terancang
(iv)
perancang
(v)
rancangan
(vi)
perancangan [6 markah]
(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.
(i)
Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu!
(ii)
Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair.
(iii)
Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah?
(iv)
Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok.
(v)
Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.
(vi)
Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang. [6 markah]
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
9 (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula. (i)
Pemain bola sepak yang terletihan itu asyik bercekak pinggan sahaja di tengah-tengah padang.
(ii)
Kawala n keselamatan yang ketak telah dilakukan oleh pihak berkuasa ketika bersidangan itu berlangsung.
(iii)
Mangsa kes ragot itu mengalami perdarahan di kepala dan masih dalam keadaan koma. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula. (i)
Semua orang Islam yang beribadat dalam bulan Ramadan tidak boleh makan dan minum di waktu siang hari.
(ii)
Pertunjukan buku yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu turut disertai oleh banyak penerbit-penerbit dari luar negara.
(iii)
Amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan merupakan kesalahan yang serius lalu perlu dihalang hingga ke akar umbi. [6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i)
Kita perlulah pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang.
(ii)
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi jika tidak mahu anakanak menimbulkan masalah apabila mereka dewasa nanti.
(iii)
Kita janganlah menjadi orang yang asyik mengikut kata orang lain tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu. [6 markah]
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
10
[Lihat halaman sebelah Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut. (i) Kabus di Perbukitan karya Mohd.Kholid Hamzah (ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah (iii)Interlok karya Abdullah Hussain (iv) Sutera Dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan (v) PAPA ..(akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof (vi) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (vii)
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(viii)
Renyah karya Gunawan Mahmood
(a) Penggunaan pelbagai teknik plot menghasilkan penceritaan yang menarik dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan dua teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang. [ 7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan daripada setiap novel itu. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
11 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Skema Jawapan Excel 2
EXCEL 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011
BAHASA MELAYU Kertas 2 SKEMA JAWAPAN
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
Skema jawapan ini mengandungi 17 halaman bercetak
[Lihat halaman sebelah 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
12
Skema jawapan rumusan “Putat Merawat Ketagihan Dadah”. Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi (b) Bahasa
- 20 markah - 10 markah
(a) Isi [ 20 markah ] Nota (i)
Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: -
nama khas perkataan berulang penggunaan kata sendi di dan ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran
(ii)
Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii)
Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv)
Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian (i)
Pendahuluan
(ii)
Isi tersurat
Markah
Markah 2
4
5
6
7
8
9
10
11
12 16
(iii) Isi Tersirat
12
11
10
9
(iv) Penutup/ Kesimpulan
7
6
5
4 2
Jumlah Markah
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
8
SULIT
20
13
[Lihat halaman sebelah (b)
Bahasa [ 10 markah ] Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan jadual berikut:
Peringkat
Markah Isi
Markah Bahasa
Baik
18 – 20 15 – 17
9 – 10 7–9
Sederhana
12 – 14 8 – 11
6–7 4–6
Lemah
1–7
1–4
Nota (i) (ii) (iii) (iv) (v)
Huraian Bahasa -
Kesinambungan isi baik Struktur ayat/tatabahasa baik Kosa kata luas Tanda baca/ejaan betul Kesinambungan isi masih baik Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan - Tanda baca/ejaan juga memuaskan - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/tidak memuaskan
Umumnya markah bahasa 50% markah isi. Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah. Jika rumusan kurang 120 perkataan, markah tidak dipotong. [ Markah Bahasa, Maksimum: 10 markah]
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
14
[Lihat halaman sebelah Pendahuluan.[2m] Petikan membincangkan faedah/manfaat/kemaslahatan/keisitimewaan/keutamaan/kelebihan pokok putat. Isi tersurat [4-12m] - kebaikan pokok putat. S1-digunakan untuk rawatan batuk. S2-biji putat mampu merawat penyakit ulser. S3-pucuk putat boleh dijadikan penawar bagi patukan ular dan gigitan tikus. S4-akar pokok putat dapat dikomersialkan sebagai sumber bahan antibakteria. S5-membantu pengamalnya/ penggunanya kekal sihat sepanjang masa. S6-bahan aktif dalam daun putat bersamaan dengan metadon yang digunakan dalam proses menyahtoksik dalam kalangan penagih dadah. S7- dijadikan bahan untuk mengurangkan kesakitan. Isi tersirat [4-12m] - cara untuk memajukan industri tanaman herba. T1- menanam pokok-pokok herba secara komersial/ besar-besaran. T2- menjalankan penyelidikan terhadap khasiat tanaman herba (R&D) T3- menggunakan teknologi moden dalam penanaman herba. T4- mengadakan promosi/kempen akan kebaikan tanaman herba. T5- mengiktiraf khasiat tanaman herba. T6- menggalakkan masyarakat memakan herba/ ulam-ulaman. T7- mempelbagaikan produk berasaskan herba. T8- membantu memasarkan produk tanaman herba. Kesimpulan (2m)- apa-apa sahaja kesimpulan yang logik boleh diterima Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menghargai khasiat pucuk putat supaya/agar pokok ini tidak pupus/ masyarakat akan memperoleh manfaatnya.
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
15
[Lihat halaman sebelah Soalan 2 Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu tepat/betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. 4. Jawapan bagi Soalan 2(b), 2(c) dan 2(d) mestilah berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu yang ditetapkan. Soalan 2(a) - Petikan Umum (i)
maksud rangkai kata - sukar diperoleh [Maksimum: 2m]
susah/payah untuk didapati
Panduan pemarkahan soalan 2 markah Deskripsi - Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis. - Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup - Jawapan tidak tepat/ salah
(ii)
Markah 2 1 0
Punca kepupusan pokok putat [Maksimum: 3m] P1: masyarakat kampung masih tidak menyedari akan kebaikan pucuk putat. P2:
tindakan manusia yang menceroboh kawasan tanah bencah dan tebing sungai untuk tujuan pertanian.
P3:
kerja penyelenggaran dan pendalaman sungai untuk mengelakkan banjir.
Panduan pemarkahan soalan 3 markah [2 isi sahaja] Deskripsi - 2 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat gramatis - 2 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat gramatis. - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat kurang gramatis 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
Markah 3 2 1
16 - Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
(iii)
0
[Lihat halaman sebelah Tiga alasan produk herba kurang mendapat sambutan masyarakat [Maksimum: 4m] P1: kekurangan bukti saintifik tentang khasiat produk herba. P2:
kaedah pemasaran / promosi yang kurang berkesan.
P3:
sumber produk herba terhad / sukar diperoleh.
P4:
rasa / bau yang kurang enak / kurang menyenangkan.
P5:
kesan kemujarabannya lambat.
Panduan pemarkahan soalan 4 markah [3 isi sahaja] Deskripsi - 3 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat gramatis - 3 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi kurang daripada 3 isi dan ayat masih gramatis. - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat kurang gramatis - Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
Markah 4 3 2 1 0
Soalan 2(b): Petikan cerpen (i)
Bukti-bukti ibu seorang yang tidak boleh duduk diam (Maksimum : 2m) P1:
Ibu sentiasa bergerak di mana-mana sahaja dia berada.
P2:
Ibulah yang menajak dan menyisir selut ketika di baruh.
P3:
Ibulah yang memikul gemal dan menanam benih-benih itu.
P4:
Ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning.
P5:
Ibu jugalah yang menuai apabila padi masak.
Panduan pemarkahan soalan 2 markah [2 isi sahaja] Deskripsi - 2 isi yang relevan dengan tugasan, ayat gramatis - 2 isi yang rekevan dengan tugasan, ayat kurang gramatis - Kurang 2 isi yang relevan dengan tugasan, ayat gramatis - Jawapan tidak tepat/ salah, ayat gramatis.
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
Markah 2 1 0
17
[Lihat halaman sebelah (ii)
Cara meningkatkan taraf hidup pesawah [Maksimum: 3m] P1:
Memberikan pinjaman/ bantuan kewangan untuk membeli jentera pertanian moden.
P2:
Memberi kursus tentang kaedah penggunaan jentera moden
P3:
Menubuhkan koperasi untuk membeli padi dengan harga berpatutan
P4:
Membina tali air untuk mengairi sawah padi
P5:
Mewujudkan penanaman padi secara berkelompok
P6:
Memberikan subsidi (baja, biji benih, racun perosak dll)
Panduan pemarkahan soalan 3 markah [3 isi sahaja] Deskripsi - 3 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat gramatis - 3 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi kurang daripada 3 isi dan ayat gramatis. - Isi kurang daripada 3 isi dan ayat kurang gramatis - Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
Markah 3 2 1 0
18
[Lihat halaman sebelah (iii)
Satu perwatakan ibu dalam petikan (2m) (Pernyataan 1m + Huraian 1m)
Seorang yang rajin bekerja, contohnya: Ibu rajin mengerjakan sawah.
Seorang yang kuat , contohnya: Ibu mampu memikul dan menjunjung gemal padi masuk ke jelapang.
Satu perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen: (2m) (Pernyataan 1m + Huraian 1m)
Seorang yang cekap bekerja, contohnya: Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga Maghrib/ ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
Seorang yang mengamalkan cara hidup bermasyarakat, contohnya: Ibu tidak lupa menghadiri kenduri-kendara di kampung dan menziarahi orang yang meninggal dunia.
Seorang yang kuat semangat / tabah, contohnya: Ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawah semula walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir.
Nota: Rujuk Panduan pemarkahan soalan 2 markah [2m+2m= 4m] Deskripsi - Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis. - Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup - Jawapan tidak tepat/ salah
Markah 2 1 0
Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik. (i) Maksud rangkai kata barang lakunya : [Maksimum: 2m] perbuatan / tingkah laku tuan puteri Panduan pemarkahan soalan 2 markah Deskripsi - Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis. 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
Markah 2
19 - Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup - Jawapan tidak tepat/ salah
1 0 [Lihat halaman sebelah
(ii) Tiga keistimewaan burung bayan [Maksimum: 3m] P1: Matanya daripada intan P2: Bulunya daripada pusparagam P3: Kakinya daripada emas P4: Suaranya sangat merdu. Panduan pemarkahan soalan 3 markah [3 isi sahaja] Deskripsi - 3 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat gramatis - 3 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi kurang daripada 3 isi dan ayat gramatis. - Isi kurang daripada 3 isi dan ayat kurang gramatis - Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
Markah 3 2 1 0
(iii)Dua alasan Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki kuasa sakti [Maksimum: 3m] P1: Untuk menunjukkan kehebatan golongan bangsawan. P2: Untuk menunjukkan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh anak raja itu. P3: Untuk membezakan golongan bangsawan dengan rakyat biasa. P4: Sudah menjadi kebiasaan watak bangsawan memiliki kuasa sakti.
Panduan pemarkahan soalan 3 markah [2 isi sahaja] Deskripsi - 2 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat gramatis - 2 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat gramatis. - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat kurang gramatis - Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
Markah 3 2 1 0
20
[Lihat halaman sebelah Soalan 2(d) - Sajak (i)
Maksud bagai kehijauan daun [Maksimum: 2m] sifat para remaja yang masih mentah / tiada pengalaman hidup, / memerlukan bimbingan daripada mereka yang lebih tua dan berpengalaman. Panduan pemarkahan soalan 2 markah Deskripsi - Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis. - Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup - Jawapan tidak tepat/ salah
(ii)
Markah 2 1 0
Cara seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya. [Maksimum: 3m] P1: memikirkan keburukan sesuatu tindakan (supaya dia terhindar daripada P2: melakukan perbuatan yang negatif) / berfikiran rasional. P3: sentiasa mengamalkan ajaran agama/ nilai-nilai moral. P4: tidak berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya. P5: sentiasa mematuhi nasihat orang tua/ ibu bapa/ guru-guru Panduan pemarkahan soalan 3 markah [2 isi sahaja] Deskripsi Markah - 2 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3 - 2 isi yang relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis 2 - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat gramatis. - Isi kurang daripada 2 isi dan ayat kurang gramatis 1 - Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
(iii)
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut [Maksimum: 4m] (Pernyataan 1m + Huraian 1m) Maksimum 2 isi sahaja.
P1 P2 P3 P4
Penyataan (1m) kepentingan ilmu dalam kehidupan para remaja keberanian remaja kepatuhan remaja keteguhan prinsip hidup/ jati diri remaja
Huraian (1m) untuk masa hadapan mereka. dalam menempuhi liku-liku kehidupan terhadap amalan hidup yang sihat. yang mempunyai matlamat / hala tuju
Nota: Rujuk Panduan pemarkahan soalan 2 markah [2m+2m= 4m] Deskripsi 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
Markah
21 - Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis. - Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup - Jawapan tidak tepat/ salah
2 1 0
[Lihat halaman sebelah Soalan 3 Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada: Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a) 1.
Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2.
Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3.
Frasa/kata berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.
Frasa/kata berkenaan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.
Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
6.
Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7.
Jika semua frasa/kata digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8.
Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9.
Isi tidak jelas tolak ½ markah.
Jawapan 3(a) (a)
(i) rancang I-sejenis pancang yang ditajamkan di hujungnya supaya dapat dicucukkan ke tanah ( untuk menandai, turus pagar dll) rancang II-berancang 1. dengan diatur ( difikirkan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu)
(ii) merancang I- 1. memacakkan rancang ke dalam tanah (untuk menentukan sempadan dll) 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing. merancang II 3. mengatur 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah. SULIT
22 lebih dahulu, mempersiapkan, merencanakan 4. menganggarkan 5. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mempertimbangkan (iii) terancang- sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asasasasnya dsb yang telah ditentukan . [Lihat halaman sebelah (iv) perancang- orang yang merancang, badan yang bertugas membuat rancangan, memberi penerangan / kemudahan kemudahan kepada orang awam. (v) rancangan- 1. sesuatu yang dirancang, persediaan, persiapan, program, rencana 2. – tanah- tanah yang diusahakan oleh para peneroka. (vi) Perancangan- perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu. (b) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Ayat seruan Ayat penyata Ayat tanya Ayat larangan Ayat silaan Ayat permintaan
1m 1m 1m 1m 1m 1m
(c) (i)
letih pinggan (ii) ketak bersidang (iii) ragot perdarahan
- keletihan - pinggang - ketat - persidangan - ragut - pendarahan
1m 1m 1m 1m 1m 1m
(d) (i)
beribadat di (ii) pertunjukan penerbit-penerbit (iii) lalu dihalang
- berpuasa - pada - pameran - penerbit - dan - dibanteras/ ditangani/ diatasi
1m 1m 1m 1m 1m 1m
(e) (i) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (2m). (ii) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.(2m) (iii) Seperti lembu dicucuk hidung.(2m)
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
23
[Lihat halaman sebelah Panduan pemarkahan bagi soalan 4 (a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (iii)Beri 2 markah bagi setiap teknik penceritaan yang lengkap/jelas (iv) Beri 1 markah bagi setiap teknik yang kurang lengkap/kurang jelas (v) Markah isi maksimum 4 markah (vi) Markah bahasa maksimum 3 markah (vii)
Markah bahasa diberi secara impression Baik – 3 markah Sederhana – 2 markah Lemah – 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa (ix) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum : 7 markah] (b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (iii)Beri 1 markah untuk pernyataan persoalan bagi novel. (iv) Beri 2 markah untuk setiap huraian persoalan yang lengkap/jelas bagi setiap novel. (v) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel) (vi) Markah bahasa maksimum 2 markah (vii)
Markah bahasa diberi secara impression. Baik – 2 markah Lemah- 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
24
[Lihat halaman sebelah (a) Penggunaan pelbagai teknik plot menghasilkan penceritaan yang menarik dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang. [ 7 markah] Teknik penceritaan dalam Melunas Rindu Dialog Serta-merta Fuad bingkas. "Kita ke kliniklah. Aku cari kereta dulu. Sementara tu kau bolehlah bersiap, Masnah sekali." Begitu arahnya tiba-tiba, menjadikan Borhan dan Masnah sedikit terping-pinga. Pemerian Fuad memandu kira-kira seratus meter sebelum berhenti di hadapan sebuah masjid. Mereka keluar bersama-sama, kemudian berpisah arah. Fuad di bahagian lelaki, Farhana pula sebaliknya. Monolog Dalaman "Ya Allah ya Tuhanku, tabahkanlah hati hamba-Mu ini," doanya tiba-tiba. Imbas Kembali Tergamam Swee Lan. Pantas ingatannya berlabuh kepada peristiwa lebih setahun yang lalu apabila dalam suasana gelab beginilah Joshua pulang. Malam ini peristiwa itu ibarat sebuah siaran ulangan tetapi benar-benarkah hal itu berulang? Imbas Muka Moga bertahanlah dia dengan sikapnya itu, doa Cikgu Abas. Besar harapannya untuk melihat Fuad bahagia. Bukan sedikit kegirangannya apabila melihat betapa akrabnya Fuad dan Farhana selama ini. Mereka memang sepadan - sama cantik sama berpelajaran, boleh berbincang dan ada kesesuaian. Kalaulah mereka ada jodoh, alangkah bagusnya. Tentulah mereka juga akan menjadi sepasang sahabat yang baik. Jauh pula khayalan Cikgu Abas. Suspens Dia memasukkan kad ATM-nya ke dalam mesin wang itu lalu menekan butang penyata baki. Sebentar kemudian, angka-angka yang beberapa hari lalu telah dilihatnya, sekali lagi tertera dengan jelas di hadapannya. Lebih dua ratus ribu ringgit! Cepat-cepat kad ATM-nya dikeluarkan, tanpa membuat sebarang pengeluaran. Kejutan Fuad terkejut apabila membaca nama pesakit yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana.
Teknik Penceritaan dalam novel Kabus di Perbukitan Pemerian Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
25
Dialog Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.
[Lihat halaman sebelah Imbas kembali Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang. Imbas Muka ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil. Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu. Suspens Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa. Kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis. Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya. Monolog Dalaman “Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung. Kejutan Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah
(b)Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan daripada setiap novel itu. [8 markah] Skema: Persoalan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Persoalan kegigihan seorang anak dalam usahanya mencari ibunya – Kenyataan daripada Pak Samsudin yang mengatakan bahawa kubur ibunya tiada di Lembah Klau menaikkan semangat Fuad untuk terus berusaha mencari ibunya sehingga bertemu. Persoalan keikhlasan dalam memberikan pertolongan atas dasar kasih sayang – Fuad sanggup menghulurkan bantuan kepada keluarga Peter Lim walaupun Fuad tahu bahawa mereka bukanlah keluarga kandungnya. Persoalan kepatuhan terhadap perintah beribadat kepada Allah Fuad tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah dengan menunaikan ibadat fardu yang diwajibkan.
Persoalan semangat kerja berpasukan 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
26
Hal ini dapat dibuktikan oleh guru-guru yang mengajar di SM Seri Setia yang saling bekerjasama dalam meningkatkan prestasi anak didik mereka.
[Lihat halaman sebelah Persoalan kekuatan ikatan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Mariana yang amat menyayangi anaknya iaitu Abdul Halim/Fuad yang telah dilarikan oleh keluarga bekas suaminya, Roslan(Robert Lim). Kegagalan menjejeki anaknya tidak bermakna Mariana tidak sayang akan anaknya malahan amat merinduinya. Persoalan sikap bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas tambahan yang diatur oleh pihak sekolah tanpa sebab yang munasabah. Sikap buruk cikgu Zamani ini semakin menjadi-jadi apabila dia cuba mempengaruhi guru-guru lain untuk mengikuti jejak langkahnya termasuk Fuad.
Persoalan dalam novel Kabus di Perbukitan Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat. Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. Persoalan kasih sayang. Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah. Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. 1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT
27 Persoalan kahwin campur. Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand. [Lihat halaman sebelah Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu. Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Persoalan pejuangan secara kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.
Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia). Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
1103/2 © 2011 Hak Cipta SPA, JPN Sabah.
SULIT