KAJIAN PELAN PENGURUSAN KHUSUS (PEMULIHARAAN ...

104 downloads 251 Views 22KB Size Report
berkait rapat dengan elemen-elemen pemuliharaan alam sekitar dan guna tanah ... Hasil utama kajian ini adalah penyataan dasar dan strategi dari aspek.
KAJIAN PELAN PENGURUSAN KHUSUS (PEMULIHARAAN) TANAH TINGGI KINTA-CAMERON HIGHLANDS-LOJING

Pelan Pengurusan Khusus (Pemuliharaan) Tanah Tinggi Kinta-Cameron Highlands-Lojing disediakan bertujuan untuk menyelaras dan menterjemah dasar dan strategi guna tanah yang berkait rapat dengan elemen-elemen pemuliharaan alam sekitar dan guna tanah pertanian bagi kawasan pengurusan khusus yang terletak di antara tiga negeri yang bersempadan iaitu Perak, Pahang dan Kelantan. Hasil utama kajian ini adalah penyataan dasar dan strategi dari aspek pembangunan alam sekitar dan guna tanah pertanian dan disokong dengan pengezonan guna tanah utama dan langkah-langkah menangani isu-isu utama. Pengkhususan kajian ini kepada aspek pemuliharaan adalah usaha dalam melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan. Fungsi Pelan Pengurusan Khusus (Pemuliharaan) Pelan Pengurusan Khusus (Pemuliharaan) Tanah Tinggi Kinta - Cameron Highlands - Lojing ini disediakan berfungsi untuk : i.

Menterjemahkan polisi yang telah ditentukan di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) supaya perancangan fizikal dapat dirancang dengan lebih sistematik dan bersepadu dalam konteks perancangan wilayah yang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Kinta-Cameron Highlands-Lojing.

ii.

Menyelaras isu-isu spesifik berkaitan pemuliharaan seperti pembangunan pertanian dan pemeliharaan alam sekitar melewati sempadan di antara tiga (3) negeri iaitu Perak, Pahang dan Kelantan.

iii.

Dijadikan rujukan dan panduan bagi perancangan dan pelaksanaan pembangunan oleh agensi-agensi kerajaan atau swasta melalui mekanisma perancangan dan pengurusan pembangunan

Matlamat Menggalakkan Pemuliharaan dan Penggunaan Sumber Semulajadi Secara Mampan Melalui Pembentukan Strategi Pengurusan Guna Tanah Bersepadu Yang Khusus Bagi Kawasan Pengurusan Khas (KPK) Tanah Tinggi Kinta-Cameron Highlands- Lojing.

Objektif i.

Menterjemah polisi-polisi yang terkandung di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang berkaitan dengan perancangan guna tanah wilayah terutamanya melibatkan Kawasan Pengurusan Khas (KPK).

ii.

Memandu halatuju perancangan Kawasan Pengurusan Khas (KPK) melalui pengurusan guna tanah yang komprehensif dan bersepadu.

iii.

Menyelaras garis panduan perancangan yang diterimapakai di peringkat negara, negeri serta agensi terlibat selaras dengan kehendak khusus untuk KPK.

iv.

Menyediakan rangka kerja pengurusan dan pelaksanaan di peringkat wilayah

Kawasan Kajian Kawasan Tanah Tinggi Kinta-Cameron Highlands-Lojing ini terdiri daripada gabungan sepuluh (10) buah mukim dalam tiga buah negeri bersempadan iaitu Mukim Ulu Telom, Tanah Rata, Ringlet (Pahang), Sigar, Hau, Kuala Betis (Kelantan), Sungai Raia, Ulu Kinta, Teja dan Kampar (Perak). Skop dan Penemuan Kajian Kajian ini memfokuskan kepada dua skop utama iaitu Alam Sekitar dan Pertanian serta Pengurusan dan Mekanisma Pelaksanaan. Antara penemuan strategik utama dikenalpasti adalah : i. ii. iii. iv. v. vi.

Kawalan kepada aktiviti pertanian yang tidak menyeluruh dan bersepadu Pemberimilikan tanah dalam kawasan KSAS Pencemaran sumber air dan kehilangan sumber biodiversiti dan ekosistem Ketidakselarasan fungsi dan prosedur pembangunan antara badan pengurusan Kurang kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar oleh pengusaha pertanian dan orang awam Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pembangunan pertanian kurang berkesan disebabkan oleh kekurangan kakitangan, kelengkapan dan perundangan

Hasil daripada penemuan strategik ini, dasar, strategi dibentuk dengan cadangan-cadangan dan mekanisma pelaksanaan kepada agensi/jabatan teknikal dan pihak-pihak berkepentingan dikenalpasti. Sebarang maklumat lanjut berkaitan kajian ini, boleh merujuk kepada Bahagian Perancangan Wilayah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.