KEMALANGAN JALAN RAYA JALAN SEREMBAN TAMPIN, DI ...

81 downloads 239492 Views 752KB Size Report
13 Dis 2011 ... Latihan bencana kemalangan jalan raya telah dijalankan pada kali ini ... membuat penambahbaikan bagi sistem menghadapi bencana di ...
KEMALANGAN JALAN RAYA JALAN SEREMBAN TAMPIN, DI HADAPAN PASARAYA GIANT

PADA 13 DISEMBER 2011

LAPORAN LATIHAN BENCANA HOSPITAL TAMPIN KEMALANGAN JALAN RAYA JALAN SEREMBAN TAMPIN ( BERHADAPAN DENGAN PASARAYA GIANT ) PADA 13 DISEMBER 2011 PENGENALAN Latihan bencana kemalangan jalan raya telah dijalankan pada kali ini untuk menguji dan membuat penambahbaikan bagi sistem menghadapi bencana di Hospital Tampin. Memandangkan hospital Tampin mempunyai ramai pegawai perubatan yang baru maka latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pegawai perubatan yang baru dan meningkatkan kompentasi lain-lain anggota paramedik Latihan pada kali ini mengutamakankan - Pengurusan Ambulan - Pengendalian pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma. - Penyediaan Zon Kuning dan hijau oleh pegawai yang bertanggungjawab mengikut “action card”. OBJEKTIF a) Memberi pendedahan kepada warga kerja hospital Tampin senario sebenar jika berlaku bencana. b) Memberi pendedahan kepada anggota ,tugas dan tanggungjawab masingmasing jika berlaku bencana. c) Menguji sistem pengendalian pesakit jika berlaku bencana dan membuat penambahbaikan. d) Memantapkan kerjasama antara hospital dengan agensi-agensi kerajaan yang lain. e) Menguji system komunikasi antara bilik gerakan dengan Jabatan Kecemasan dan tempat kejadian.

Page 1

PERANCANGAN DAN PELAKSANANAN a) 11 Januari 2011 b) 9 Disember 2011 c)13 Disember 2011

- Kursus Pre Hospital care. - Mesyurat persediaan drill kemalangan jalanraya bersama AJK bencana hospital Tampin. - Drill kemalangan dijalankan.

SENARIO Satu kemalangan jalan raya , telah berlaku pada jam 10.15 am dijalan Seremban Tampin, dihadapan Pasaraya Giant. Kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori pasir.Seramai 26 orang mangsa yang terdiri dari seorang pemandu lori, seorang pemandu bas, dan 24 orang penumpang bas.

(Mangsa yang cedera parah bergelimpangan menunggu bantuan sampai. Bau hanyir darah terdapat di merata-rata tempat).

Klasifikasi kes ialah, - 5 kes tag merah - 5 kes tag kuning - 16 kes tag hijau Orang awam telah menelefon dan melaporkan ke hospital Tampin. Pada hari kejadian, Cuaca yang baik dan tidak berapa panas.Hospital Tampin telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam pada pukul 10.05am bahawa, satu kemalangan jalan raya melibatkan lori pasir dan bas Southern diJalan Seremban Tampin di hadapan Pasaraya Giant . Page 2

Seorang awam telah menelefon 999 dan melapurkan kejadian kemalangan jalanraya tersebut dan kemudiannya disalurkan ke Call Center HTJS, seterusnya disalurkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Tampin. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan yang menerima panggilan telah menyambungkan panggilan ke Jabatan Kecemasan yang disambut oleh Pen Peg Perubatan. Pen Peg Perubatan telah maklumkan kepada Penyelia Hospital. Penyelia Hospital.telah maklumkan kepada Pengarah Hospital dan pengarah telah isthiarkan “yellow alert”. Pengarah telah memastikan berita itu benar dan telah menelefon kepada Ketua Polis Tampin dan mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Setelah pengesahan Pengarah telah isthiarkan “red alert” dan mengarahkan pegawai perkhidmatan pelanggan memberitahu semua ketua unit supaya berkumpul di Bilik Gerakan dalam masa 10 minit. Pengarah telah memberi taklimat kepada semua ketua unit dan memberitahu tentang senario kejadian yang berlaku dan perkara-perkara penting yang perlu diambil tindakan dan persiapan bagi menerima ramai pesakit dari kawasan kemalangan. Pembahagian tugas telah dijalankan berdasarkan Polisi Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana ( Disasater Preparedness Policy ) Hospital Tampin. Beliau mengarahkan semua Ketua Unit beserta staf yang lain membaca “action card” dan pergi ke lokasi masing-masing dan menjalankan tugas. Pengarah juga mengarahkan Matron Saloma, Pn Mozakkiah, ,Pn Akkumalina dan seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan berada di Bilik Gerakan. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan sebagai pencatit setiap aktiviti dan panggilan yang diterima oleh Bilik Gerakan. Dr Siti Faridah Jusoh selaku ketua Jabatan, Jabatan Kecemasan dan Trauma akan menyelaras aktiviti di Jabatan Kecemasan dan memberi informasi dari Jabatan Kecemasan ke Bilik Gerakan. En Ayan Arjunan selaku Penyelia Hospital akan membuat Primary Triage dan memberi informasi kepada bilik gerakan dan pergerakkan ambulan. Sementara itu,setelah mendapat panggilan dari orang awam, sebuah ambulan telah berlepas dari hospital bersama –sama seorang Pegawai Perubatan,seorang Pen Peg Perubatan,Jururawat dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan pada pukul 10.10 am dan sampai di tempat kejadian pukul 10.15 am. Page 3

Penolong Pegawai Perubatan telah memberi laporan awal kepada Bilik Gerakan dan meminta tambahan 3 buah ambulan .Dua pasukan perubatan yang terdiri dari seorang Pegawai Perubatan,seorang Penolong Pegawai Perubatan,Jururawat dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan telah dihantar ke tempat kejadian dengan peralatan tambahan seperti i/v drip,splint dan gause . Mangsa yang mengalami cedera ringan dan boleh berjalan ditagkan hijau dan dikumpulkan di satu tempat untuk memudahkan proses perawatan dijalankan. Pesakit telah di tag , triage dan diasingkan mengikut zon.Pesakit telah diberi rawatan awal mengikut keutamaan.Drip telah dipasang,pendarahan telah diberhentikan dan splint dan cervical collar telah dipasang untuk pesakit yang memerlukan sebelum dihantar ke hospital.

Pesakit tag merah 5 orang, tag kuning 5 orang, dan tag hijau seramai 16 orang. Kes tag merah y ang pertama sampai ke hospital pada pukul 10.30 am dan sehingga pukul 10.45 am 5 kes tag merah sampai ke hospital, diikuti kes tag kuning dari pukul 10.50 am hingga 11.17 am sebanyak lima kes.

Page 4

Kes tag hijau pula tiba dari pukul 11.00 am sehingga 11.15 am seramai 16 orang. Mereka telah dihantar dengan kenderaan orang awam .Mereka telah di triage semula di primary triage dan dihantar ke zon hijau di tempat letak kereta berhampiran kantin. DI HOSPITAL TAMPIN

ZON HIJAU (tempat parkir ambulan)

Pesakit tag hijau telah di beri rawatan dan dressing di zon hijau di tempat letak kereta. Seorang pesakit dari zon hijau telah dihantar ke zon kuning.Pesakit yang perlu x-ray telah dihantar x-ray dan dipasang POP yang kecederaan patah tulang. .Mereka semua telah di discharge dengan ubat dan seramai 3 orang yang mengalami kepatahan tulang telah diberi temujanji untuk rawatan susulan ( 2 orang patah tulang clavicle dan seorang (R)colle’s fracture).

Page 5

ZON KUNING (Ruang menunggu di Jabatan Kecemasan)

Tempat menunggu pesakit di jabatan kecemasan telah dijadikan zon kuning. Lima orang pesakit telah dirawat disini.Dua kes ,dimasukan ke wad bencana iaitu wad 6. • Satu kes close fracture right humerus with cerebral concussion • Satu kes cerebral concussion for observation. . Tiga kes iaitu :• Satu kes open fracture left tib/fibula • Satu kes close fracture left femor • Satu kes open fracture right femor telah dirujuk Hospital Tunku Jaafar, Seremban setelah tekanan darah stabil dan x-ray dan splint dipasang.

Page 6

ZON MERAH (ruang resus dan observasi)

Zon merah dan separa kritikal di Jabatan kecemasan dijadikan zon merah. Lima orang pesakit telah dirawat di zon ini. Semua pesakit telah dirujuk ke hospital Seremban (HTJ)Seremban.Sebelum itu pesakit telah di beri blood transfusion, portable x-ray telah diambil. Kes tag merah ialah, • Severe head injury • ,multiple fracture with head injury • ,Abdominal injury, • Spinal injury with shock dan • open fracture right femor with in shock. STAND DOWN Pada pukul 11.50 am, penyelaras Jabatan Kecemasan Dr Siti Faridah memaklumkan kepada Bilik Gerakan bahawa semua pesakit telah dibawa ke hospital Pesakit yang memerlukan rujukan seramai 8 orang, telah dirujuk, 2 orang pesakit telah dimasukan ke wad bencana dan yang lain telah di discharge.

Page 7

Pengarah Hospital, Dr Hjh Hatijah Bte Hj Mohd Tan telah mengistiarkan “Stand down” pada pukul 11.55am. . Post morterm telah diadakan didewan Ilmiah. POST MORTERM

• • • • •



Pengarah Hospital • Mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua yang hadir untuk post morterm.Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Dr Ramzul dan teamnya yang datang sebagai pemerhati. • Hospital Tampin akan kaji semula polisi bencana. • Drill kali ini diadakan untuk menguji persediaan peralatan dan tempat disetiap zon. (Zon Kuning dan Zon Hijau) Management pesakit di setiap zon dan kea rah penambahbaikan. Staffing disetiap zon dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan jika ada pemasalahan Drill pada kali ini ada kemajuan dari segi komunikasi dan persedian setiap zon untuk menerima pesakit jika dibandingkan masa-masa yang lalu. Bilangan pesakit yang dilapur ke bilik gerakan dari tempat kejadian dan Jabatan Kecemasan adalah sama. Pesakit yang perlu rujuk ke hospital berpakar “perlu diutamakan pesakit yang survival rate tinggi”.Pesakit dengan head injury dan intra abdominal injury perlu diberi keutamaan untuk transfer. Mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan drill kemalangan ini.

KOMEN PEMERHATI Dr Ramzul (Pakar Kecemasan HTJ Seremban ) • •



Mengucapkan terimakasih kerana di jemput sebagai pemerhati. Pada keseluruhan drill kemalangan yang dijalankan baik dan mengucapkan tahniah kepada anggota hospital Tampin. Flow pesakit dari tempat kejadian ke Jabatan kecemasan Page 8



• •

• • • •





berjalan lancar dan baik. Komunikasi dengan menggunakan peralatan GIRN dari tempat kejadian, Primary triage dan jabatan kecemasan dengan bilik gerakkan sangat berkesan dan menyeluruh dan beliau memberi gred A untuk komunikasi. Activation- Pengarah telah “activated” sebagai bencana tetapi perlu maklumkan kepada jabatan Kecemasan Seremban. Pasukan perubatan yang pertama terdiri dengan Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Perubatan Perubatan Kesihatan dan Pemandu. Pegawai Perubatan akan menjadi “team leader” dan beliau perlu mengarahkan kepada anggota pasukan lain untuk menjalankan tugas. Apabila sampai ke tampat kejadian, team leader perlu memberi tugas kepada anggota pasukan : Perlu buat Scene sizing Perlu buat “triange” dan “tagging” kepada semua mereka yang terlibat. Field trige sangat penting untuk memastikan kes mana boleh tunggu, kes mana yang perlu memberi perhatian dan kes yang cedera teruk tetapi tidak perlu diberi perhatian dulu. Semasa field triage perkara yang perlu diberi perhatian ialah RPM R- respiration rate P-pulse rate M-mental status Tangging perlu dibuat berpandukan RPM

Di JABATAN KECEMASAN dan TRAUMA • • • •

• •

Pesakit dari disaster perlu diasingkan dengan pesakit lain. Kes-kes biasa perlu discharge atau dihantar ke wad. Kes-kes red tag perlu diberi keutamaan. Perlu ada backup untuk pegawai perubatan bila pesakit red tag perlu dirujukkan dan doctor escort pesakit. Pesakit dengan tension pneumothorax , boleh distabilkan ditempat kejadian dengan needle thorococentesis. Perlu ada disaster kit .

Page 9



Self protection perlu diamalkan – doktor bertugas di lokasi kemalangan tidak memakai glove / apron / mask.

RUMUSAN LULUS (70%) UCAPAN PENUTUP Pengerusi mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan mock drill .Mengucapkan terimakasih kepada pelakun-pelakun.Dimasa-masa akan datang kelemahan -kelemahan yang dikenalpasti akan diatasi.

Disediakan oleh :

Disemak dan diedit oleh :

Ayan a/l Arjunan Penolong Pegawai Perubatan U32 Penyelia Hospital Tampin (Pegawai Keselamatan Hospital)

Dr. Siti Faridah bt Jusoh Pegawai Perubatan UD 54 Hospital Tampin ( Ketua Jabatan Kecemasan&Trauma)

Disahkan oleh :

Dr. Hatijah bt Hj.Mohd.Tan Pengarah Hospital Hospital Tampin

Page 10