KEMPEN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN 2012 Oleh ...

144 downloads 2679 Views 328KB Size Report
kakitangan cofreth telah rela-hati menderma darah bagi mengisi kekosongan Tabung Darah Negara. Ini menunjukkan kakitangan cofreth berjiwa murni untuk berbakti
KEMPEN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN 2012 Oleh Nornadiah Bt. Miseran (Eksekutif QSHE)

Cofreth telah menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerja-pekerjanya dengan melancarkan Kempen Keselamtan, Kesihatan dan Persekitaran bagi tahun 2012/2013 pada 26 Mei 2012 bertempat di ibupejabat Cofreth, di Subang Jaya. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selaras dengan itu, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan sebagai usaha menyuntik kesedaran di kalangan pekerja-pekerja.

Sebagai permulaan, Kempen Derma Darah dengan kerjasama pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)telah berlangsung pada hari perasmian. Seramai 36 orang

kakitangan cofreth telah rela-hati menderma darah bagi mengisi kekosongan Tabung Darah Negara. Ini menunjukkan kakitangan cofreth berjiwa murni untuk berbakti kepada orang ramai. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah Ceramah Bomba berkaitan Kebakaran dan Fire Drill pada 31 Mei 2012,. Minggu Kitar Semula bermula dari 25 June 2 hingga 30 June 2012. Program ini bertujuan mendidik dan memupuk sikap cintaila ala sekitar dengan mengitar semula barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kertas, kaca, plastic dan aluminium. Latihan kebakaran (Fire Drill) telah diadakan pada 10 Julai 2012.. Program ini telah melibatkan seramai lebih dari 50 kakitangan di ibu pejabat dan pelawat-pelawat yang menhadiri Latihan Ruang Terkurung yang juga diadakan pada hari tersebut sempena kempen keselamatan, kesihatan dan persekitaran ini. Dengan kerjasama pihak Bomba, program ini telah berjaya dijalankan dan tempoh masa untuk mengosongkan bangunan adalah lebih kurang 5 minit. Seterusnya, pada 12 Julai 2012, satu latihan dalaman (in-house training) yang dijalankan oleh jurulatih luar dari Emerson Resources bertajuk Environmental Related Legislation telah dijalankan dan disertai oleh seramai 30 orang yang terdiri daripada pengurus atasan, , eksekutif dan ketua projek (site leader). Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai akta-akta dan peraturan yang melibatkan alam sekitar yang terkandung dalam Akta Alam Sekitar 1974 dan akta-akta berkaitan. Pertandingan yang bertemakan “Unsafe Act” and “Unsafe Condition” telah juga diadakan di mana setiap peserta samada individu atau berkumpulan dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya dua perbuatan yang tidak selamat dan dua keadaan tidak selamat di tempat kerja. Berdasarkan kepada ketepatan masa penyerahan dan ketepatan jawapan yang diberi, pemenang pertama telah di berikan kepada Site Menara Kota Raya, F&A memenangi tempat kedua dan Site BAT memenangi tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai.

Akhir sekali, Penutupan rasmi kempen ini bertemakan “Green Day 2012 : Nurture Nature for Our Future” telah diadakan pada 14 Julai 2012 bertempat di Tasik Seri Serdang, Selangor. Bersempena dengan acara penutup, beberapa program yang yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar di mana telah diadakan dengan kerjasama pihak MPSJ dan JKP Serdang. Antara acara yang paling menarik adalah Pembuangan 1300 EM Mudball ke dalam tasik yang telah dimulakan oleh Pengarah Urusan Cofreth (M), Mr Ir Ong Ching Loon dan Setiausaha JKKP Zone 20, Tuan Haji Jailani Ahmat. Simbolik dari Mudbal aktiviti adalah kerana ianya disumbang oleh kakitangan Cofreth di semua bahagian iaitu ibu pejabat dan sites.

EM Mudball berfungsi secara

biologi dengan membersihkan kekotoran-kekotoran di dalam air. Bakteria-bakteria mudball akan memakan kekotoran tersebut dan secara tidak langsung menyeimbangkan kitaran biologi hidupan tasik. Kakitangan-kakitangan juga didedahkan dengan cara-cara untuk menghasilkan baja organik. Selain itu, aktiviti ini merupakan salah satu usaha cofreth menunjukkan komitmen dalam memelihara alam sekitar untuk generasi masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama memastikan kempen ini berjalan dengan lancar.