(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan
Mohd. Hanafiah. (iv) Renyah karya Gunawan Moahmood. (v) Konserto Terakhir ...
SULIT 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 SEPTEMBER 2013 2 ½ jam
SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CHONG HWA KUALA LUMPUR PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013
BAHASA MELAYU ( Kertas 2) TARIKH :
6 / 9 / 2013 (HARI JUMAAT)
MASA : DUA JAM SETENGAH (2 ½ JAM) 11.30 PAGI – 2.00 PETANG ________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas kajang yang disediakan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Disediakan oleh :
Disemak oleh :
Disahkan oleh :
......................................................
……………………………..
...........................................
Cikgu Tan Saw Bee , Cikgu Baddron Asiqin & Cikgu Wan Kamariah
Cikgu Siti Rahmah Ketua Tingkatan 5
Cikgu Tan Saw Bee Ketua Panita, Jabatan Bahasa Malaysia
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah SULIT 1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
2 SULIT
1103/2
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan muzik dalam kehidupan dan usaha-usaha untuk menggalakkan remaja meminati muzik. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Senario pada hari ini memperlihatkan negara memiliki barisan anak muda yang mempunyai bakat dan potensi yang besar dalam bidang muzik. Nama-nama seperti Yuna, Aizat Amdan, Zee Avi dan Najwa Latif mewarnai persada muzik tanah air, melalui bakat mereka sebagai penyanyi dan komposer. Gelombang baharu ini menunjukkan negara kita tidak ketandusan golongan remaja yang berbakat besar dalam bidang muzik. Mungkin ada banyak lagi remaja di luar sana yang berbakat besar dalam bidang muzik, tetapi bakat mereka masih belum dicungkil atau terserlah. Sememangnya remaja sangat cenderung untuk menyukai atau menggilai muzik. Namun demikian, masyarakat di Malaysia masih melihat muzik dalam ruang yang agak terhad kerana sering mengaitkan muzik untuk tujuan hiburan semata-mata. Jarang-jarang masyarakat dapat melihat muzik sebagai peluang atau sumber pendapatan dan kerjaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Selain itu, industri muzik juga dapat menjanakan pendapatan kepada negara. Bidang muzik dan peranannya masih dianggap tidak begitu penting sedangkan muzik mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi, psikologi, dan pembentukan nilai intelek individu. Menurut pakar psikologi Barat pendedahan muzik pada peringkat bayi dalam kandungan lagi dengan muzik tertentu, seperti genre klasikal, dapat membantu perkembangan otak janin. Sehubungan dengan itu, pendedahan terhadap muzik pada peringkat kanak-kanak akan memberi mereka peluang untuk mengenali pelbagai genre dan cabang muzik yang amat luas, di samping merangsang daya kreativiti. Oleh itu muzik seharusnya diperhatikan secara lebih intelek serta dapat dihubungkan dengan nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Sementara itu, melalui muzik tradisional pula kanak-kanak dan remaja dapat mengenali akar budaya serta jati diri mereka, dan menghargai nilai budaya yang lahir daripada muzik. Tegasnya, pendidikan muzik yang didedahkan kepada golongan muda bukan sahaja mampu melahirkan masyarakat yang celik muzik, malah berupaya mewujudkan generasi masa hadapan yang mempunyai teras jati diri yang kukuh serta memiliki tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.
1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
3 SULIT
1103/2
Dengan menyedari peri pentingnya peranan muzik terhadap remaja, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan program „DiGi Live Sekolahku Berbakat‟. Program seperti ini dapat dijadikan landasan yang baik untuk melahirkan lebih banyak remaja yang berbakat dalam bidang muzik. Pada masa yang sama, remaja dibimbing untuk cenderung ke arah cabang muzik yang sihat dan lebih terarah. Hal ini sudah tentu dapat mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.
[Dipetik dan diubah suai daripada „Remaja dan Muzik‟ Dewan Siswa, Jun 2013]
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Berikan maksud frasa gelombang baharu.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan faedah yang dapat diperoleh oleh pelajar menerusi penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti muzik. [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam bidang muzik secara aktif walaupun masih di bangku sekolah ? [4 markah]
1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
4 SULIT
1103/2
Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Itulah orang tidak tahu hati dan jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan orang Melayu, memanusiakan manusia, supaya tahu nilai hak, supaya tahu menjaga maruah, supaya tahu, Tanah Melayu ini mesti diterajui oleh orang Melayu, segala harta kekayaan di Tanah Melayu ini dapat diagih-agihkan sama rata dan sama rasa kepada orang Melayu, bukan membuncitkan perut orang lain ! Tetapi ramai orang Melayu tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang Pak Itam terasa sayu, ramai kawannya yang sama-sama pulang dari tanah Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. Pulang ke tanah air sendiri menjadi tukang angguk kepada Inggeris dan memandang jijik kepada anak bangsanya yang tidak berbaju, yang tidak berkasut, yang buta huruf, alif dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah, perut membuncit penuh cacing, pucat lesi diserang demam kura, berkudis, berpanau, dan kebulur tidak cukup makanan. Menunduk kepada Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih! Inilah, orang tidak mengerti hati dan perjuangannya. Orang Melayu mesti menjadi tuan di tanah airnya, bukan menjadi unta, menjadi keldai, menjadi tukang mandikan anjing Orang Putih ! Apa yang diperjuangkan oleh Pak Itam adalah untuk menyuruh orang Melayu memakai baju, memakai kasut, mengorek keluar segala cucu cicit cacing yang membuncitkan perut orang Melayu. Perjuangan Pak Itam adalah untuk membuncit perut orang Melayu dengan nasi, bukannya cucu cicit cacing kerawit !
[Dipetik daripada cerpen „Memori Seorang Tua‟ oleh Zahari Affandi dalam antalogi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka]
i) Apakah yang menyebabkan Pak Itam berasa sayu?
[2 markah]
ii) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengenang jasa dan pengorbanan tokoh yang telah berjasa kepada bangsa dan negara? [3 markah] iii) Kemukakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] 1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
5 SULIT
1103/2
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri kedah. Kemudian suadaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah. Maka tiada berapa antaranya maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang. Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap, maka diangkatlah air panas. Telah sudah santap air panas maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.” Khabar Raja Kedah, “Jikalau memang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima saudara, saya berilah seorang lima belas bahara.”
[Dipetik daripada „Hikayat Opu Daeng Menambun‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku, dewan Bahasa dan Pustaka]
(i) Berikan maksud santap air panas.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, apakah yang dilakukan oleh pihak Kedah apabila angkatan Opu Daeng tiba di Kedah? [3 markah] (iii) Sekiranya anda ialah Yang Amtuan Kedah, bagaimanakah cara untuk mengelakkan perang saudara daripada berlaku? [3 markah]
1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
6 SULIT
1103/2
Soalan 2 (d) – Petikan Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai Shafie Abu Bakar Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka 1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
7 SULIT
(i) Mengapakah perpustakaan dianggap sebagai Gua pendeta bersemadi?
1103/2
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakkan orang ramai membaca buku di perpustakaan? [3 markah]
(iii)Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
8 SULIT
1103/2
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) negara bangsa (ii) hala tuju (iii) (iv) (v) (vi)
berurus niaga mematangkan fikiran berdaya maju pembahagian tugas
[ 6 markah]
(b) Satukan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk. (i) Adakah encik hendak pergi ke Kuala Lumpur? Banyak kerja di pejabat yang masih belum dibereskan? (ii) Bapa baru pulang dari kebun. Bapa terus menuju ke meja makan. (iii) Siswazah perlu berpandangan jauh. Siswazah tidak boleh terus mengharapkan kerja makan gaji sahaja. [ 6 markah] (c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Program anjuran yunit disiplin itu mensasarkan matlamat salah laku sifar dalam kalangan pelajar. (ii) Golongan ibu bapa harus mempersiap diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jatidiri yang tinggi. (iii) Umur pelakon terkenal yang mendapatkan anugerah pelakon terbaik itu dalam lingkungan 20 an. [ 6 markah] 1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
9 SULIT
1103/2
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Sofiah telah merangkul markah yang paling tinggi sekali berbanding dengan pelajarpelajar lain. (ii)
Ahmad menumpang motosikal abang untuk menghadiri latihan sukan rumah yang dijalankan pada sebelah petang.
(iii) Tidak dapat dinafikan oleh kita bahawa sesetengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.
[ 6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) Remaja perlu menjaga adab dalam pergaulan supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
(ii) Rahimah telah diamanahkan untuk menjaga rumah Datin Salmah sewaktu mereka sekeluarga melancong ke luar negara tetapi sebaliknya dia mengambil dan mencuri barang-barang di rumahnya.
(iii) Ibu menasihati abang supaya berhati-hati menunggang motosikal agar selamat sampai ke kolejnya. [6 markah]
1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT
10 SULIT
1103/2
Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i)
Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii)
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii)
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
(iv)
Renyah karya Gunawan Moahmood
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii)
Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan salah seorang watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
(b) Sesebuah novel yang menarik banyak bergantung pada latar masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang, Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa dalam setiap novel yang memperlihatkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 © 2013 Hak cipta Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur
[Lihat halaman sebelah SULIT