kesan latihan pliometrik berkala kepada kekuatan otot bahagian

102 downloads 318 Views 277KB Size Report
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP. KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN. ROHANA BINTI HASHIM. UNIVERSITI ...
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN

ROHANA BINTI HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** JUDUL: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya

ROHANA BINTI HASHIM ( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaannya seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. * * Sila tandakan ( 9 )

SULIT

TERHAD

9

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

……………………………………. (TANDATANGAN PENULIS ) Alamat Tetap : 288 FELDA KERTEH SATU, 23300 BANDAR KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU. Tarikh CATATAN :

:

30 APRIL 2008

……………………………………… ( TANDATANGAN PENYELIA ) HAFIZAH HJ HARUN

Tarikh : 30 APRIL 2008

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”

Tandatangan

:

…………………………………………...............

Nama Penyelia

:

HAFIZAH HJ HARUN

Tarikh

:

30 APRIL 2008

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN

ROHANA HASHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan

:

.........................................

Nama Pelajar

:

ROHANA BT HASHIM

Tarikh

:

30 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Untuk Keluarga Tersayang,

Mak & Ayah

Kak, Abang dan Kak Ma

Terima kasih atas segala pengorbanan dan dorongan serta nasihat yang diberikan

Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam tempoh menyiapkan kajian ini

Kamil, Izwyn, Mas, Ida, Syida, Adah, Roshan, Arol, Apis dan Uming serta rakan-rakan yang lain yang membantu secara langsung atau tidak langsung

Kenangan bersama rakan-rakan sekalian tidak akan dilupakan buat selamanya

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hafizah bt. Haji Harun selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan telah banyak membantu saya dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda.

Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah Sains Sukan yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Hisham di Makmal Kecergasan Sains Sukan.

Disamping itu, terima kasih juga diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan jurulatih hoki wanita Sukma Johor iaitu Encik Kenny Low Joo Hwa di atas kerjasama dan kebenaran yang diberikan untuk menjalankan pengujian kepada pemain. Tidak lupa juga kepada pemain hoki wanita Sukma Johor dan pemain UTM di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan Projek Sarjana Muda ini.

Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik kalian. Insyaallah.

v

ABSTRAK

Objektif latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan. Seramai 33 orang pemain hoki wanita terlibat dalam kajian (19 pemain Sukma Johor dan 14 pemain UTM) yang dibahagikan secara rawak kepada 3 kumpulan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan (LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-Station dan 1RM bicepscurl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan pada aras p