kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal
selidik yang ... kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar dari aspek
kemahiran .... dengan menawarkan pelbagai program latihan kemahiran
vokasional .... pelajar tahun tiga Kolej Vokasional yang mengambil kursus
teknologi elektrik dan.
KESEDIAAN PELAJAR DARI ASPEK KEMAHIRAN TEKNIKAL TERHADAP PEMBENTUKAN KEBOLEHKERJAAN DI KOLEJ VOKASIONAL WILAYAH SELATAN
SUHAILI BINTI HANAFI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2015
v
ABSTRAK
Graduan yang menganggur terus menjadi masalah yang semakin meruncing di Malaysia. Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal. Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di kolej vokasional wilayah selatan. Seramai 113 responden telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 60 item. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi instrument kajian di mana nilai alpha bagi aspek kemahiran teknikal adalah α = 0.962 dan bagi aspek kebolehkerjaan adalah α = 0.954 . Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science Version 20 (SPSS 20). Analisis deskriptif dalam bentuk skor min digunakan untuk melihat kesediaan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kolej Vokasional Muar berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan antara jantina pelajar dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
vi
ABSTRACT
Unemployed graduates continues to be a growing problem in Malaysia and serious. There are employers who regard academic competence alone is not enough and began to ask for higher education institutions to produce graduates who are equipped with technical skills.
This study is to identify the readiness of students in terms of technical skills to vocational colleges forming workability in the southern region. A total of 113 respondents were selected for this study. The instrument used in this study is a questionnaire containing 60 items. A pilot study was carried out to get the alpha of the instrument in which the alpha value for the ratio of technical skills is a = 0.962 and for the workability is a = 0.954. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science Version 20 (SPSS 20). The descriptive analysis in the form of mean scores are used to seeing students' readiness. The study found that the level of readiness of students in terms of technical skills in the formation of workability in Kluang Vocational College, Vocational College Vocational College Batu Pahat and Muar are at high level. The study also shows that there are differences between male and female students of technical aspects that affect the readiness of students for forming workability.
vii
KANDUNGAN
BAB 1
TAJUK
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xiii
SENARAI SIMBOL
xiv
SENARAI LAMPIRAN
xv
PENGENALAN
1
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
3
1.3
Penyataan Masalah
6
1.4
Tujuan Kajian
6
1.5
Objektif Kajian
7
1.6
Persoalan Kajian
7
1.7
Hipotesis Kajian
8
1.8
Skop Kajian
8
1.9
Batasan Kajian
8
viii 1.10
Kepentingan Kajian
8
1.11
Kerangka Konseptual Kajian
10
1.12
Definisi Istilah dan Operasi
12
1.12.1 Kesediaan
12
1.12.2 Pelajar
12
1.12.3 Kemahiran Teknikal
12
1.12.4 Kaedah
13
1.12.5 Prosedur
13
1.12.6 Teknik
13
1.12.7 Kebolehkerjaan
13
Rumusan
13
KAJIAN LITERATUR
15
2.1
Pengenalan
15
2.2
Kesediaan
15
2.3
Kemahiran
16
2.4
Kemahiran Teknikal
17
2.4.1 Kepentingan Kemahiran Teknikal
17
2.4.2 Elemen-elemen Kemahiran Teknikal
20
1.13
BAB 2
2.5
2.4.2.1 Kaedah
20
2.4.2.2 Prosedur
21
2.4.2.3 Teknik
21
Kemahiran Kebolehkerjaan
22
2.5.1 Kemahiran Komunikasi
23
2.5.2 Penyelesaian Masalah
24
2.5.3 Pemikiran Kritis
25
2.5.3.1 Ciri-ciri Pemikiran Kritis
26
2.5.4 Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehkerjaan
27
2.6
Kajian-kajian Lepas
28
2.7
Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia
31
2.8
Pelan Transformasi Vokasional
32
2.9
Kolej Vokasional (KV)
34
2.10
Rumusan
35
ix
BAB 3
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
37
3.1
Pengenalan
37
3.2
Reka bentuk kajian
37
3.3
Kerangka Operasi
38
3.4
Populasi Kajian
40
3.5
Sampel Kajian
40
3.6
Lokasi Kajian
41
3.7
Instrumen Kajian
41
3.7.1 Soal selidik
42
3.8
Kesahan
43
3.9
Kajian rintis
44
3.10
Kebolehpercayaan
45
3.11
Pentadbiran soal selidik
46
3.12
Kaedah analisis data
46
3.13
Andaian
48
3.14
Rumusan
48
ANALISIS DATA
49
4.1
Pengenalan
49
4.2
Analisis kebolehpercayaan soal selidik
50
4.3
Analisis demografi responden
51
4.3.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
51
4.3.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus pengajian
52
4.3.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut lokasi kolej vokasional 4.4
53
Analisis Persoalan Kajian 1: Tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah terhadap pembentukan kebolehkerjaan
4.5
53
Analisis Persoalan Kajian 2: Tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur terhadap pembentukan kebolehkerjaan
54
x 4.6
Analisis Persoalan Kajian 3: Tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik terhadap pembentukan kebolehkerjaan
4.7
Analisis Persoalan Kajian 4: Tahap kesediaan pelajar dari aspek kebolehkerjaan
4.8
56
57
Analisis Persoalan Kajian 5: Perbezaan jantina dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi
4.9
BAB 5
kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan
60
Rumusan
62
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
63
5.1
Pengenalan
63
5.2
Perbincangan
63
5.2.1 Tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah terhadap pembentukan kebolehkerjaan
64
5.2.2 Tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur terhadap pembentukan kebolehkerjaan
65
5.2.3 Tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik terhadap pembentukan kebolehkerjaan
67
5.2.4 Tahap kesediaan pelajar dari aspek Kebolehkerjaan
68
5.2.5 Perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kebolehkerjaan
69
5.3
Kesimpulan
71
5.4
Cadangan
72
5.4.1 Cadangan lanjutan
72
Rumusan
73
5.5
RUJUKAN LAMPIRAN
74
xi
SENARAI JADUAL
2.1
Teknik pengajaran kemahiran teknikal dari aspek kaedah
20
2.2
Struktur Program Kolej Vokasional
35
3.1
Bilangan responden kajian
41
3.2
Item soal selidik kajian
42
3.3
Tafsiran skala Likert lima mata pengukuran
43
3.4
Keputusan ujian kebolehpercayaan item kajian rintis
45
3.5
Tafsiran skor Alpha Cronbach
45
3.6
Keputusan ujian kebolehpercayaan item kajian sebenar
46
3.7
Kaedah penganalisisan data
47
3.8
Andaian pengkaji terhadap skor min dapatan kajian
47
4.1
Penganalisisan data dan jenis-jenis statistik
50
4.2
Andaian pengkaji terhadap tahap skor min dapatan kajian
50
4.3
Nilai kebolehpercayaan item
51
4.4
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
52
4.5
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus pengajian
52
4.6
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut lokasi kolej vokasional
53
4.7
Taburan skor min bagi aspek kaedah
53
4.8
Taburan skor min bagi aspek prosedur
55
4.9
Taburan skor min bagi aspek teknik
56
xii 4.10
Taburan skor min bagi aspek kebolehkerjaan
57
4.11
Ujian Normaliti
60
4.12
Ujian Normaliti Skewness dan Kurtosis
61
4.13
Ujian Mann Whitney U
61
xiii
SENARAI RAJAH
1.1
Kerangka konseptual kajian
11
2.1
Skop Kemahiran Kebolehkerjaan
23
2.2
Pelan Transformasi Vokasinal
34
3.1
Kerangka Operasi Kajian
39
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
α
-
Alpha
p
-
significance value
BPK
-
Bahagian Pembangunan Kurikulum
BPTV -
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
CDEs -
Career Development Events
DfEE -
Department for Education and Employment
DVM -
Diploma Vokasional Malaysia
ESECT-
Enhancing Student Employability Co-ordination Team
ETP
Pelan Transformasi Ekonomi Negara
-
HOKI -
Hemisfera otak kiri
ICT
Information and communications technology
-
KKV -
Kurikulum Kolej Vokasional
KPM -
Kementerian Pelajaran Malaysia
KPTM -
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
KV
Kolej Vokasional
-
NKEA -
Education National Key Economic Area
PAV -
Pendidikan Asas Vokasional
PTV
Pendidikan Teknik Vokasional
-
RMK9 -
Rancangan Malaysia Kesembilan
SKM -
Sijil Kemahiran Malaysia
SMT -
Sekolah Menengah Teknik
SMV -
Sekolah Menengah Vokasional
SPSS -
Statistical Package for the Social Science
TAFE -
Institut Teknologi Pekerja
UTHM -
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A
Borang Soal Selidik
B
Borang Semakan Soal Selidik
C
Surat Kebenaran Kajian
D
Analisis Data
E
Carta Gantt
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Pelan Transformasi Ekonomi Negara (ETP) telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 2010 untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju. Dalam misi ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia terus mencuba secara aktif bagi menarik pelaburan luar ke dalam negara ini (Jailani, 2007). Pada masa yang sama juga Malaysia dilihat sedang giat melakukan pelbagai usaha dan alternatif bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti sumber tenaga manusianya sendiri (Esa et al., 2012). Perkara ini dapat dilihat melalui terminologi tempatan yang sering digunakan iaitu modal insan (human capital) dalam segenap rancangan dan polisi yang telah diusahakan dengan penuh iltizam oleh pihak berwajib (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Membangun dan mengekalkan modal insan yang bertaraf dunia merupakan salah satu rangka kerja yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Kepesatan pembangunan negara sememangnya memerlukan modal insan yang berilmu dan berkemahiran dalam melaksanakan tanggungjawab pembangunan. Justeru, modal insan dilihat memainkan peranan yang besar dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara (Ibrahim dan Awang, 2008). Dalam usaha negara untuk mencapai hasrat ini, kelayakan pendidikan yang tinggi diperlukan bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta paras produktiviti yang tinggi. Salah satu strategi yang akan dilaksanakan adalah meningkatkan kemahiran individu untuk meluaskan kebolehpasaran dalam pekerjaan
2 (Unit Perancang Ekonomi, 2010). Tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal dan memiliki kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi seperti mempunyai pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global dunia pekerjaan serta menjadi pilihan majikan (Mohd Salleh dan Mohd Zaki, 2006). Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2011). Pekerja atau pelajar yang menguasai kemahiran kebolehkerjaan berupaya melaksanakan tugas dalam pelbagai situasi di alam kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan seharian (Abd Rahim dan Ivan, 2007) Proses mengarusperdanakan pendidikan teknik dan vokasional melalui Transformasi Pendidikan Vokasional (PTV) telah menaiktaraf sekolah menengah teknik (SMT) menjadi kolej vokasional (KV) pada tahun 2012 secara berperingkat (Abdullah Zawawi, 2011). Hasilnya 78 buah KV telah wujud pada tahun 2013 dengan menawarkan pelbagai program latihan kemahiran vokasional diseluruh negara sama ada di peringkat persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mahupun Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Matlamat menubuhkan KV telah dinyatakan dengan jelas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu : i. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan kerajaan. ii. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang boleh melanjutkan pengajian atau latihan lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi. iii. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang berupaya menjadi usahawan. iv. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan pensijilan kebangsaan dan kerajaan. v. Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional. (Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) Kurikulum Kolej Vokasional (KKV) juga telah diperkenal dan dilaksanakan. Ia mempunyai spesifikasi dan standard yang diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan luar negara. Kurikulum ini bersifat modular, berasaskan kecekapan, mengutamakan
3 aspek amali dan anjal. Selain itu, ia merangkumi elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, kemahiran insaniah dan kemahiran teknologi yang digabung jalin dengan keperluan industri serta badan profesional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Pelaksanaan kurikulum tersebut bersandarkan orientasi pembelajaran berasaskan pekerjaan. Proses pembelajaran sangat menitikberatkan kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi teori dan amali ialah 30:70 (Jabatan Pembagunan Kemahiran, 2009). Tambahan pula terdapat empat elemen yang menjadi moto pelatih KV iaitu ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi serta merentasi tiga domain iaitu jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on) dan kecekapan (hands-on)
1.2
Latar Belakang Masalah
Kajian pengesanan graduan KPT 2011 (KPTM, 2012) mendapati sebanyak 24 peratus responden belum mendapat pekerjaan semasa kajian dilakukan. Daripada jumlah ini, sebanyak 69.5 peratus daripada responden menyatakan mereka sedang mencari pekerjaan manakala sebanyak 12.2 peratus menyatakan mereka sedang menunggu penempatan bagi melanjutkan pengajian dan 4.6 peratus menyatakan mereka mahu berehat buat sementara waktu. Dapatan juga menunjukkan dalam kalangan yang baru mendapat pekerjaan, sebanyak 55.6 peratus daripada mereka menyatakan pernah menghadiri temu duga sebanyak 1-5 kali. Ini menunjukkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah tinggi dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menurut kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam perbincangan Study on the Unemployment Situation in Malaysia 2003 yang mendapati bahawa beberapa punca pengangguran di kalangan siswazah, antaranya ialah kekurangan latihan sebagai persediaan memasuki alam kerjaya, kurangnya kualiti dan kebolehgunaan tenaga siswazah dan kekurangan kemahiran siswazah dalam aspekaspek tertentu seperti pengurusan bahasa kedua serta kemahiran berkomunikasi. Konsep kebolehpasaran harus diperhatikan dalam situasi sebegini kerana ia dapat mengambarkan seseorang itu mampu bekerja dengan memiliki pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri yang menjadikannya sesorang berguna dan bernilai pada konteks tertentu (Elinor Edvardsson Stiwne dan Tomas Jungert, 2007).
4 Kesediaan pelajar dalam memenuhi kemahiran bagi menuntut keperluan industri mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah melalui faktor kurikulum, kemudahan (infrastuktur), pengajaran, dan pembelajaran ketika menjalani pengajian. Berdasarkan faktor kurikulum, melalui kursus sedia ada yang ditawarkan di kolej vokasional, banyak menekankan kemahiran teknikal secara “hands-on” namun kemudahan yang terdapat di kolej vokasional adalah terhad. Masalah ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. Menurut Adnan (2008), jika keprihatinan dan sikap terhadap kelengkapan di dalam bengkel seperti alatan dan mesin tidak diberi perhatian, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel tidak dapat dijalankan dengan baik. Ini memberi kesan kepada pembentukkan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi seperti yang diingini oleh negara. Kemudahan peralatan di dalam bengkel atau makmal perlu dipandang dengan serius bagi memberi latihan amali yang mencukupi kepada pelajar. Ini bagi mempersiapkan seseorang individu itu berada dalam bidang pekerjaan kolar biru. Ini turut dinyatakan oleh Mahathir (2003), sebagai memenuhi keperluan buruh negara, kerajaan perlu meningkatkan keperluan pendidikan kemahiran teknikal di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi melalui latihan amali kejuruteraan di bengkel serta latihan vokasional dalam industri. Bagi memenuhi permintaan terhadap pendidikan berasaskan kemahiran, khususnya dalam bidang kejuruteraan yang mempunyai latihan amali, pembangunan keupayaan pusatpusat latihan kemahiran di Malaysia amatlah diperlukan. Kebanyakan majikan telah menyatakan amaran kepada pihak pengajian tinggi tentang wujudnya “jurang kemahiran” yang diperlukan oleh majikan terhadap kemahiran yang dimiliki oleh graduan (Dickinson, 2000). Menurut Hesketh (1999), terdapat bukti yang jelas menunjukkan berlakunya “mistmach” kemahiran yang dikehendaki oleh majikan dan keupayaan mereka untuk mengambil graduan yang memiliki kemahiran tersebut. Pihak industri juga beranggapan bahawa, adalah lebih efektif sekiranya graduan tersebut mendapat kemahiran yang baik daripada kursus di pusat pengajian berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk pihak pengajian tinggi membangunkan kurikulum yang dapat memenuhi kehendak pasaran dan industri. Selain itu, faktor pembelajaran juga sangat perlu untuk diberikan perhatian dalam menghasilkan graduan yang mampu memiliki kemahiran bagi memenuhi tuntutan keperluan industri. Mengikut keputusan tinjauan awal melalui proses temu
5 bual, didapati pelajar kolej vokasional kurang berminat untuk menjalankan kerjakerja kemahiran teknikal serta haasil kerja kurang berkualiti. Proses temu bual terhadap pengajar Kolej Vokasional Muar adalah seperti berikut: “Ada sebahagian masuk sebab desakan ibu bapa, jadi dia masuk tapi tidak berminat. Kena pula kerja peluh-peluh panjat tangga dan sebagainya, sebab yang masuk pun ibubapa dia yang uruskan. Bila ditanya, mak ayah diorang yang suruh masuk.” “Ada juga yang buat kerja lewat dan lambat. Ada jugak yang buat kerja sambil lewa, sebab tu bukan minat yang datang dari dalam diri, jadi kualiti kerja kurang.” “Mana yang latarbelakangnya dari keluarga yang buat bisnes wiring ke, yang tu kemahiran teknikal dia lebih sikit sebab kalau ada masa free dia pergi tolong.” (P1) Pelaksanaan kurikulum di kolej vokasional bersandarkan orientasi pembelajaran berasaskan pekerjaan. Proses pembelajaran sangat menitikberatkan kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi teori dan amali ialah 30:70 (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2009). Namun begitu, para pelajar tidak seharusnya meminimumkan diri mereka terhadap penguasaan pembelajaran secara praktikal kerana aspek kemahiran praktikal sangat penting dan perlu dimaksimumkan demi bersaing untuk mendapatkan pekerjaan kelak. Pelajar merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam penghasilan graduan yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi seterusnya mengangkat nama universiti dalam bidang pendidikan negara. Kebanyakan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan keperluan pekerjaan dengan kurikulum yang terdapat di pusat pengajian. Mereka hanya mempelajari apa yang tenaga pengajar sampaikan dan hanya termaktub dalam silibus sahaja. Hanya segelintir pelajar yang berfikir dan meneroka pengetahuan yang sedia ada bagi memastikan diri mereka mahir terhadap sesuatu pembelajaran samada secara teori mahupun secara praktikal. Oleh itu, terdapat tiga faktor yang menjadi perhatian penyelidik berkaitan dengan hubungan antara pelajar dan kemahiran. Faktor-faktor tersebut ialah kaedah, prosedur dan teknik terhadap aspek kemahiran teknikal itu sendiri. Menurut ahli panel yang menyediakan laporan Expert Panel on Skills 2000 mendefinisikan kemairan sebagai kebolehan untuk mendapatkan pengetahuan dalam peringkat menyempurnakan tugas. Gallagher (1999), pula merumuskan kemahiran
6 sebagai set kemahiran yang merangkumi asas, teknikal, pengurusan dan kepimpinan. Keperluan set ini adalah paling kritikal untuk membangunkan pengetahuan. Oleh yang demikian, selain daripada penerapan elemen kemahiran insaniah, kemahiran teknikal juga merupakan suatu faktor yang perlu ditekankan oleh pihak kolej vokasional semasa merekabentuk program supaya ianya dapat melengkapkan graduan dalam bidang pekerjaan. Selain itu, dari aspek para pelajar pula, bagi memastikan diri mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan, penguasaan kemahiran teknikal harus dipertingkatkan samada melalui kemahiran praktikal yang diberikan menerusi kurikulum institusi mahupun mempunyai inisiatif kendiri untuk mengikuti sebarang kursus yang menawarkan kemahiran tambahan.
1.3
Penyataan Masalah
Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan. Kebanyakan graduan yang berpeluang menapak ke alam pekerjaan terpaksa bermula dari bawah. Hal ini adalah disebabkan oleh graduan yang dihasilkan tidak memiliki kemahiran teknikal yang merangkumi aspek kaedah, prosedur dan teknik seperti yang diperlukan oleh majikan. Selain itu, majikan juga memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran kebolehkerjaan seperti kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian berkaitan kesediaan pelajar kolej vokasional terhadap aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
1.4
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesediaan pelajar Kolej Vokasional dari aspek kemahiran teknikal yang merangkumi kaedah, prosedur dan teknik terhadap pembentukan kebolehkerjaan dan wujudnya perbezaan tahap kesediaan tersebut di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
7 1.5
Objektif Kajian
Objektif kajian yang akan dijalankan adalah bertujuan:
i.
Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
ii.
Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
iii.
Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
iv.
Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek kebolehkerjaan.
v.
Mengenalpasti perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
1.6
Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah: i.
Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah terhadap pembentukan kebolehkerjaan?
ii.
Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur terhadap pembentukan kebolehkerjaan?
iii.
Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik terhadap pembentukan kebolehkerjaan?
iv.
Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek kebolehkerjaan?
v.
Adakah terdapat perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan?
8 1.7
Hipotesis Kajian
Hipotesis adalah andaian yang dibuat untuk diuji. Hipotesis null adalah pernyataan yang menyatakan tiada hubungan atau perbezaan manakala Hipotesis alternatif adalah hipotesis yang mempunyai hubungan atau perbezaan. Beberapa hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Ho: Tidak terdapat perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan. Ha: Terdapat perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
1.8
Skop Kajian
Kajian ini menfokuskan pelajar-pelajar kolej vokasional yang mengambil kursus Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal yang merangkumi aspek kaedah, prosedur dan teknik serta aspek kemahiran kebolehkerjaan
1.9
Batasan kajian
Kajian ini mempunyai beberapa batasan yang boleh mempengaruhi keputusan kajian. Batasan-batasan kajian ini termasuklah keputusan kajian ini amat bergantung kepada kejujuran responden kajian menjawab soal selidik dan sasaran penyelidik adalah pelajar tahun tiga Kolej Vokasional yang mengambil kursus teknologi elektrik dan teknologi elektronik.
1.10
Kepentingan Kajian
Kajian ini cuba menyingkap tahap kesediaan pelajar-pelajar kolej vokasional dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan. Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini diharap dapat membuka ruang perbincangan lanjut
9 serta membantu pihak yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan program ini agar dapat dilakukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi mutu latihan kemahiran yang disediakan. Pihak yang terlibat antaranya :
a) Pihak pentadbiran Kolej Vokasional Diharapkan pihak pentadbiran dapat membuat persediaan lengkap dalam menghadapi transformasi perlaksanaan Kolej Vokasional dan merangka strategi baru sekiranya terdapat sebarang permasalahan timbul. Pihak pentadbiran sekolah perlu membuat anjakan paradigma, perubahan minda dan mengatur program-program yang sesuai membantu kearah kejayaan perlaksanaan Kolej Vokasional.
b) Pihak kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kajian ini diharapkan Pihak kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) boleh membuat penambahbaikan sekiranya perlu bagi memastikan perlaksanaan KV berjaya.
c) Pihak agensi luar Pihak agensi luar seperti industri boleh bersama-sama dengan pihak kementerian memberi nasihat dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesediaan kemahiran teknikal pelajar KV ini.
d) Pelajar Pelajar KV haruslah bersama-sama membantu supaya mempersiapkan diri dengan kemahiran teknikal dan kebolehkerjaan yang kukuh agar dapat memastikan diri mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan.
10 1.11
Kerangka Konsep kajian
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian yang digunakan oleh pengkajai sepanjang melaksanakan kajian ini. Terdapat dua aspek utama yang dikaji iaitu aspek kemahiran teknikal yang merangkumi aspek kaedah, prosedur dan teknik dan aspek kebolehkerjaan yang merangkumi kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.
11
Kemahiran Teknikal
Pelajar Kolej Vokasional
KAEDAH mengenalpasti objektif mengaplikasikan pengetahuan sedia merancang cara kerja jangkaan hasil dapatan perbincangan analisis keputusan
Kemahiran Kebolehkerjaan
KEMAHIRAN KOMUNIKASI Lisan Bukan lisan
PROSEDUR memahami peraturan memahami piawaian keselamatan menggunakan peralatan keselamatan
PENYELESAIAN MASALAH Persediaan diri Pengumpulan maklumat Pembentukan rancangan tindakan Penilaian terhadap rancangan tindakan
TEKNIK mahir menggunaan peralatan mengenal pasti peralatan yang sesuai digunakan mengetahui fungsi peralatan
PEMIKIRAN KRITIS Reaktif Menilai Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui
Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian diubahsuai daripada kajian Rasul (2012)
Pembentukan kebolehkerjaan
12 1.12
Definisi istilah dan operasi
Definisi operasi merupakan suatu definisi terhadap beberapa istilah yang digunakan dan disesuaikan untuk kefahaman dalam kajian ini. Terdapat beberapa istilah yang penting dalam pernyataan kajian ini yang membawa makna tertentu. Oleh itu, penyelidik telah mendefinisikan istilah tersebut untuk rujukan dan kefahaman pembaca.
1.12.1 Kesediaan
Kesediaan adalah apabila seseorang individu itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan dapat melaksanakannya (Bong & Kaur, 1998). Manakala dalam istilah operasional pula, kesediaan merujuk kepada kebolehan atau kesanggupan pelajar Kolej Vokasional mengharungi cabaran dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
1.12.2 Pelajar
Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih (1998), pelajar adalah seseorang yang menerima apa-apa perihal pendidikan, pengajaran, latihan sepenuh masa atau separuh masa di sesuatu institusi pendidikan. Istilah pelajar dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun tiga Kolej Vokasional yang sedang mengikuti kursus teknologi elektrik dan teknologi elektronik.
1.12.3 Kemahiran Teknikal
Salah (2001) menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik.
13 1.12.4 Kaedah Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
1.12.5 Prosedur
Ismail Masya (1994) mengatakan bahawa prosedur adalah suatu rangkaian tugastugas yang saling berhubungan yang merupakan urutan-urutan menurut waktu dan tata cara tertentu untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang dilaksanakan berulangulang.
1.12.6 Teknik
Menurut A Yahaya (2010), teknik adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
1.12.7 Kebolehkerjaan
Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai kemahiran selain dari kemahiran teknikal, diperlukan untuk membantu mendapatkan pekerjaan, meningkat dan mencapai potensi diri dalam kerjaya yang diceburi, serta untuk menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Di dalam kajian ini, aspek kebolehkerjaan termasuklah kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.
1.13
Rumusan
Secara keseluruhannya, menerusi bab ini pengkaji telah menggariskan objektif dan tujuan kajian bagi memastikan kajian yang dijalankan berada pada landasan yang
14 betul. Pengkaji turut menjelaskan aspek-aspek yang dikaji bagi mengenal pasti kesediaan
pelajar
dari
aspek
kemahiran
teknikal
terhadap
pembentukan
kebolehkerjaan. Selain itu bab ini turut menerangkan secara terperinci tentang masalah yang hendak dikaji, persoalan yang timbul serta kepentingan kajian terhadap pihak-pihak yang terlibat.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Malaysia berada di pertengahan jalan dalm pencapai matlamatnya untuk menjdai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam mendukung cita-cita negara ini dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga mahir. Mengikut laporan yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), terdapat sejumlah 597,384 tenaga mahir yang dapat dihasilkan oleh institut latihan di seluruh negara dan 4.8 juta tempat disediakan untuk pekerja menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada. Laporan dalam RMK-9 juga menyebut terdapat keperluan ke atas pusat pengajian awam atau swasta dalam melahirkan graduan dengan kemahiran seiringan dengan perkembangan industri supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan majikan.
2.2
Kesediaan
Definisi kesediaan ialah perihal sedia, kesanggupan dan kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan pelajar untuk belajar dalam situasi baru iaitu transformasi Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Menurut AR.Hamdan (2010), kesediaan belajar adalah persiapan seseorang pelajar itu serta keyakinan yang sepenuhnya sebelum dan semasa proses P&P. Tahap kesediaan pelajar diukur melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan afektif. Menurut Kamis (2011), kemahiran bermaksud kepandaian atau kemahiran yang dimiliki individu
16 dalam bidang pekerjaan tertentu. Mahir ialah terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar dan pandai. Kemahiran yang dimaksudkan ialah, kemahiran pelajar Kolej Vokasional bagi bidang yang diceburi manakala, pengetahuan membawa maksud ilmu yang diperolehi oleh pelajar Kolej Vokasional semasa pengajian. Menurut Stanford (1971), afektif di bawah konteks kesediaan belajar merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam kajian ini aspek kesediaan yang akan dilihat merangkumi kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan.
2.3
Kemahiran
Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan mahupun kecekapan. Selain itu, kemahiran turut dimaksudkan sebagai suatu seni, iaitu kebolehan atau teknik yang diperolehi memalui latihan atau pengalaman khususnya yang mana melibatkan penggunaan anggota badan (Reader’s Digest Universal Dictionary). Kebanyakan majikan beranggapan adalah lebih efektif sekiranya graduan sesebuah institusi mendapat kemahiran melalui kursus program di university berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri. Mengikut DfEE(1997) terdapat tiga jenis klasifikasi ke atas kemahiran. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran utama, kemahiran vokasional dan kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan. Kemahiran utama diperhalusi melalui sesuatu kemahiran umum yang diperlukan dalam melaksanakan tugas asasi seseorang. Kemahiran ini termasuklah kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu, terdapat juga beberapa kemahiran lain yang ditermakan sebagai kemahiran peribadi yang mudah dipindahkan. Kemahiran yang dimaksudkan ini termasuklah keupayaan bekerj dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, motivasi kendiri, kemahiran mengurus diri sendiri dan kemahiran asas dalam penggunaan teknologi maklumat. Kemahiran kedua ialah kemahiran vokasional yang diperlukan dalam bidang tugas tertentu dan kurang berguna kepada tugas di luar bidang tersebut. Kemahiran vokasional ini tidak seumum kemahiran pertama tadi, tetapi ianya mudah dipindahkan. Seterusnya ialah kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan yang terhad kepada jawatan tertentu sahaja.
17 Sebenarnya ia lebih berbentuk ilmu daripada kemahiran sebagaimana ianya biasa dikenali secara tradisi.
2.4
Kemahiran Teknikal
Terdapat pelbagai definisi kemahiran yang sinonim dengan skop kemahiran teknikal. Rosa (2000) mendefinisikan kemahiran teknikal sebagai yang berkaitan dengan kaedah, prosedur atau teknik. Manakala Salah (2001) pula memberikan definisi yang lebih menyeluruh dan luas. Selain itu, Salah (2001) juga turut menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik. Beliau juga menghuraikan bahawa kemahiran teknikal merupakan suatu pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan teknik dalam disiplin tertentu misalnya dlam kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik mahupun sistem maklumat. Dalam kajian ini, pengkaji mendefinisikan kemahiran teknikal sebagi kecekapan pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan beberapa kemahiran asas teknikal yang merangkumi aspek kaedah, prosedur dan teknik dalam mengendalikan alatan teknikal.
2.4.1
Kepentingan Kemahiran Teknikal
Terdapat beberapa kajian yang membicarakan tentang tahap kepentingan dan penekanan kemahiran teknikal bagi pelajar bidang elektrik dan elektronik. Sharpe (1998) memberikan pandangan bahawa sememangnya kemahiran teknikal khusus diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya. Bagi memastikan kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa, beliau menegaskan pendekatan dalam pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’. Oleh itu, kurikulum yang sesuai perlu dirangka untuk meningkatkan tahap produktiviti pekerja di masa depan. Menurut beliau, slah satu cara yang wajar ialah mendedahkan pelajar dengan ilmu teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengannya. Irene (1995) telah melakukan kajian dalam konteks kecenderungan pelajar terhadap pelajaran berasaskan teknikal. Kajian telah dilakukan oleh Irene (1995)
18 ialah membincangkan tentang isu-isu pendidikan dalam bidang pengurusan amnya dan bidang kejuruteraan khususnya. Isu kemahiran teknikal turut menjadi elemen penting yang menjadi topik perbincangan yang dibincangkan dengan serius. Melalui perbandingan dengan negara barat, beliau mendapati faktor budaya mempengaruhi kecenderungan seseorang pelajar untuk meminati atau menguasai pelajaran yang bersifat kuantitatif atau teknikal. Pelajar berbangsa Cina didapat lebih suka dan memberi lebih keutamaan malah mendapat skor yang lebih baik bagi mata pelajaran teknikal atau kuantitatif (ekonomi, kewangan, perakaunan, dan seumpamanya) berbnding dengan mata pelajaran kualitatif (Tabiat Organisasi, Pengurusan dan seumpamanya). Kajian yang dilakukan oleh Laughton dan Montanheiro (1996) berkaitan kemahiran teras yang perlu dimiliki graduan telah dilakukan terhadap para pelajar di Sheffield Bussiness School. Secara umumnya, terdapat dua kategori kemahiran yang dikaji iaitu ‘soft skills’ dan ‘hard skills’. ‘Soft skills’ terdiri daripada pengurusan dan pembangunan diri, bekerjasama dengan orang lain, berkomunikasi, menyelesaikan masalah. Manakala, ‘hard skills’ pula terdiri daripada kemahiran mengaplikasikan matematik, teknologi, teknikal, dan rekabentuk. Selain itu juga, dapatan yang hampir sama telah diperolehi oleh Dench, Perryman dan Giles (1988) dalam kajian mereka mengikuti persepsi industri. Didapati bahawa industri meletakkan tahap kepentingan yang paling tinggi bagi kemahiran komunikasi, bekerja dengan orang lain dan kemahiran untuk belajar. Seterusnya diikuti dengan kemahiran berkaitan teknikal. Kemahiran teknikal tidak perlu untuk semua bahagian organisasi, hanya bahagian tertentu sahaja yang berkaitan. Manakala kemahiran generik pula penting untuk semua bahagian. Selain daripada pandangan yang diambil daripada pelajar, pandangan daripada pihak berkepentingan juga turut diambil kira. Billing (2003) telah melakukan kajian perbandingan di UK, USA, New Zealand, Australia, dan Afrika Selatan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh graduan. Beliau mendapati bahawa terdapat persamaan dan persetujuan yang jelas bagi negara-negara tersebut memberikan keutamaan yang tinggi kepada kemahiran komunikasi yang merupakan salah satu elemen dalam kemahiran generik. Namun begitu, didapati UK lebih memberi penekanan yang lebih berbanding USA, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan bagi kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan numerasi.
19 Dalam kajian emperikal yang telah dijalankan oleh Salah (2001) berkaitan kepentingan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus projek didapati bahawa kemahiran kemanusiaan mempunyai tahap kepentingan yang paling tinggi, diikuti kemahiran pengurusan dan yang terakhir adalah kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal yang difokuskan dalam kajian beliau ialah pengetahuan penggunaan alat dan teknik, pengetahuan tentang projek, memahami kaedah, proses dan prosedur, pengetahuan teknologi dan kemahiran menggunakan komputer. Namun begitu, kajian Salah tidak menerangkan kenapa terdapat perbezaan tahap kepentingan bagi ketiga-tiga kemahiran tersebut. Smits (2001) dalam kajiannya ada menerangkan bahawa kemahiran khusus melalui bidang pekerjaan yang juga merujuk kepada kemahiran teknikal banyak digunakan oleh sektor latihan dan secara relatifnya pasaran bagi kemahiran teknikal adalah kecil berbanding kemahiran generik. Ini disebabkan kemahiran generic dapat memberikan nilai tambah yang lebih kepada seseorang kerana melalui kemahiran tersebut, kemahiran dan pengetahuan baru dapat dikuasai dengan lebih mudah. Pandangan Smits ini sekurang-kurangnya memberi sedikit penjelasan terhadap dapatan kajian Salah (2001). Rosa (2000) dalam kajiannya terhadap sepuluh syarikat di Eropah telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran yang diperlukan oleh syarikat melalui analisis jurang. Terdapat tiga kategori kemahiran yang ditemui iaitu kemahiran kemanusiaan, kemahiran konseptual, dan kemahiran teknikal. Didapati bahawa jurang yang paling besar, yang perlu dipenuhi ialah kemahiran kemanusiaan. Ini bermaksud pekerjapekerja masih belum mencapai tahap kemahiran kemanusiaan seperti yang dikehendaki oleh syarikat memandangkan kemahiran ini adalah yang paling sukar dikuasai. Kemahiran teknikal mempunyai jurang yang paling kecil untuk dipenuhi. Ini bermakna sebahagian besar pekerja hampir memenuhi tahap kemahiran yang dikehendaki. Pekerja lebih mudah menguasai kemahiran teknikal yang boleh dipelajari melalui kursus dan latihan. Seterusnya Mason (2002) dalam kajiannya telah menunjukkan impak pasaran terhadap institusi pendidikan tinggi. Beliau mendapati penggunaan kemahiran tinggi dalam sektor peruncitan, perkhidmatan komputer, pengangkutan dan komunikasi telah menyebabkan peluang pekerjaan terhadap graduan menjadi semakin banyak bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan pekerja yang mempunyai keupayaan analisis, kemahiran generik dan pengetahuan serta kemahiran teknikal.
20 Berdasarkan kajian-kajian terdahulu didapati bahawa walaupun kemahiran teknikal secara relatifnya mempunyai tahap kepentingan yang sedikit rendah berbanding kemahiran generik, namun ia juga perlu dikuasai oleh pelajar terutamanya kemahiran teknikal khusus berkaitan pekerjaan memandangkan pengaruh teknologi dalam pekerjaan semakin besar. Pendekatan yang sesuai juga perlu dilakukan supaya perkembangan teknologi dan kemahiran yang berkaitan dengannya dapat diperolehi dan diaplikasikan sebagai pelengkap dalam membina pakej keboleherjaan yang diperlukan industri.
2.4.2
Elemen-elemen kemahiran teknikal
Salah (2001) menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan elemen kaedah, prosedur atau teknik.
2.4.2.1 Kaedah
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Jadual 2.1 adalah teknik pengajaran kemahiran teknikal dari aspek kaedah yang dikemukakan oleh Smith (1971) dan Tamir (1977).
Jadual 2.1: Teknik pengajaran kemahiran teknikal dari aspek kaedah Teknik pengajaran
Tahap penyiasatan
Kemahiran pembelajaran
Mini pengajaran
Perancangan dan
Mengenal pasti masalah
rekabentuk
Mengaplikasi pengetahuan sedia ada
Menghipotesis
dan
jangkaan
Merancang penyiasatan
Mengenal pasti prosedur
21 Penyiasatan
Menjalankan penyiasatan
Mengenal pasti komponen utama penyiasatan
Menjalankan penyiasatan
Berinteraksi
antara
pensyarah-peajar Perbincangan
Menganalisis menginterpretasi
dan
Menganalisis data
Menganalisis keputusan
Menginterpretasi maklumat
2.4.2.2 Prosedur
Menurut Muhammad Ali (2000), prosedur adalah tatacara kerja atau cara menjalankan suatu pekerjaan. Manakala menurut Amin Widjaja (1995) prosedur adalah sekumpulan bahagian yang saling berkaitan. Kamaruddin (1992) pula menyatakan prosedur pada dasarnya adalah suatu susunan yang teratur dari kegiatan yang berhubungan satu sama lainnya dan prosedur-prosedur yang berkaitan melaksanakan dan memudahkan kegiatan utama dari suatu organisasi. Pengertian prosedur menurut Ismail Masya (1994) mengatakan bahawa prosedur adalah suatu rangkaian tugas-tugas yang saling berhubungan yang merupakan urutan-urutan menurut waktu dan tata cara tertentu untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang dilaksanakan berulang-ulang. Berdasarkan pendapat beberapa ahli di atas maka dapat disimpulkan prosedur adalah tatacara atau bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.
2.4.2.3 Teknik
Menurut A Yahaya (2010), teknik adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah
22 kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
2.5
Kemahiran Kebolehkerjaan
Menurut BPK(2010), kemahiran kebolehkerjaan didefinisikan sebagai kemahiran selain dari kemahiran teknikal, diperlukan untuk membantu mendapatkan pekerjaan, meningkat dan mencapai potensi diri dalam kerjaya yang diceburi, serta untuk menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membangunkan modal insan khususnya dalam aspek Latihan kemahiran, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyokong untuk meningkatkan tahap kemahiran seseorang pelajar bagi menghadapi perubahan dalam dalam struktur ekonomi dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Adam Othman (2010), tenaga pekerja yang mahir merupakan syarat asas untuk menjamin perkembangan ekonomi negara. Seperti yang diketahui latihan kemahiran juga dikenal pasti menjadi sebagai tonggak kejayaan sektor ekonomi di negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Negara tersebut sebenarnya mempunyai sistem latihan yang mantap serta mampu menghasilkan tenaga kerja yang kompeten serta memenuhi keperluan sektor industri di negara tersebut termasuk sektor perkhidmatan. Menurut beliau lagi, bagi tujuan tersebut sektor pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, memainkan peranan yang penting dalam membantu membina modul dan unit kompetensi selaras dengan kemahiran yang diperlukan dan seterusnya memberi peluang pelajar memenuhi ruang pekerjaan (employability) apabila tamat persekolahan. Berdasarkan kepada perkembangan dan perubahan struktur ekonomi semasa, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia sedang giat usaha untuk memartabatkan aspek latihan kemahiran ke tahap lebih berkualiti bagi memenuhi keperluan permintaan tenaga kerja dalam pelbagai sektor seperti perkilangan dan perkhidmatan. Malah usaha juga sedang dan akan dilakukan untuk menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan sektor industri yang baru muncul (new emergence industry). Atas dasar ini, terdapat lapan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh
23 pelajar iaitu komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, berinisiatif dan keusahawan.
Komunikasi Keupayaan Pembelajaran
Pengurusan Teknologi
Kerja Berpasukan
Kemahiran Kebolehkerjaan
Pengurusan Diri
Penyelesaian Masalah
Inisiatif Dan Keusahawanan Perancangan Dan Pengurusan
Rajah 2.1 : Skop Kemahiran Kebolehkerjaan (Sumber : BPTV2012)
2.5.1
Kemahiran Berkomunikasi
Komunikasi bukan sekadar melalui percakapan, tetapi dengan menggunakan pelbagai media atau peralatan moden khususnya komunikasi dengan internet dapat memajukan diri sendiri untuk menjadikan seorang pekerja yang berilmu, Ahmad (2007). Dalam kajian oleh Salleh dan Noah (2000) kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar adalah sangat penting. Mereka ada menyatakan bahawa bagi memastikan sesebuah organisasi terus maju kehadapan, kemahiran insaniah amat dititik beratkan oleh majikan semasa mencari calon-calon yang layak dan
24 bersesuaian dengan kriteria
yang dikehendaki
seperti
calon
yang boleh
mengendalikan orang ramai, bekerja dengan orang ramai dan berkomunikasi dengan orang ramai. Apabila menyalurkan sesebuah maklumat, masyarakat lebih suka komunikasi secara lisan berbanding secara bertulis. Hal ini kerana, apabila maklumat itu disalurkan secara bercakap akan mengurangkan masa penyampaian, tidak memerlukan komputer, penyalinan semula dan pengedaran. Melihat kepada kepentingan komunikasi yang berkesan, organisasi pada masa kini mengambil pekerja yang sudah mempunyai kemahiran komunikasi dan melatih pekerja yang sememangnya sudah berkhidmat di dalam syarikat supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada di dalam diri mereka. Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan graduan menganggur di Malaysia kerana kurangnya kemahiran interpersonal di dalam diri mereka. Malah pernyatan ini turut disokong di dalam laporan Pembangunan Sumber Manusia (2003) yang menyatakan masalah mahasiswa dewasa kini ialah kurang berinteraksi walaupun telah memasuki ke alam pekerjaan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Institusi Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (2003), punca utama kadar pengangguran yang tinggi daripada para graduan ialah berkomunikasi secara penulisan dengan kemahiran penulisan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan kemahiran yang paling kurang dimiliki oleh responden. Ini telah membuktikan bahawa graduan masa kini kurang penguasaan dalam kemahiran berkomunikasi. Komunikasi yang dimaksudkan di dalam kemahiran kebolehkerjaan seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran bertutur, kemahiran memberi maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan (Abdullah dan Ainon, 2002).
2.5.2
Penyelesaian Masalah
Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat. Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai: “ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian
RUJUKAN
Ab Halim, F. (2013). Kemahiran Kebolehgajian, Estim Kendiri Dan Efikasi Kendiri Pelajar Teknikal Dan Vokasional Yang Bermasalah Pendengaran Di Politeknik Dan Kolej Komuniti, Malaysia: Universiti Putra Malaysia Abdul, R. A. (1997). Motivasi Dan Pembangunan Diri, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1997). Memahami psikologi berfikir. T.T.P.: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Abu Bakar, Z, & Aziz, N. (2011). Kesediaan Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education, 2, 64-78. Abu Bakar, Z., Zulpakar, M., & Azhar, K. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa Melakukan Kerja-Kerja Amali Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor, 1-7. Abu Zahari Abu Bakar (1992). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd. Ahmad Bakri, H. (2013). Tahap Kebimbangan Pelajar Wanita Bidang Kejuruteraan Terhadap Peluang Kerjaya: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Alias, J., Muslim, N., Mansor, A. Z., Salleh, R., & Basir, A. (2012). Generic Skills Courses In Fulfilling The Requirement Of The Malaysian Qualification Framework: A Study On Universiti Kebangsaan Malaysia Students. Journal Of Applied Sciences Research, 8(5), 2608-2619.
75
Amin, H. M. (2013). Kemahiran Insaniah Pelajar Prasiswazah: Analisis Perbezaan Jantina. Jurnal Teknologi,61(1). Arsat, M., & Rasid, N. A. (2010). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Barkhaya, M., & Maziah, N. (2013). Kesediaan Pelajar Memiliki Kemahiran Teknikal Tambahan: Satu Kajian Di UTHM: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Billing, D. (2003).Generic Cognitive Abilities In Higher Education: An International Analysis Of Skills Sought By Stakeholders., Compare, Vol.33, No.3, Pp. 335-350. Che Juhan Negara, R. (2012). Tahap Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Politeknik Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Clark, B.R. (1983). The Higher Education System: Academic Organization In Cross National Perspective. London: University Of California Press. Creswell, J.W. 2002.Educational Research: Planning, Conducting And Evaluating Quantitative And Qualitative Research. Upper Saddler River, New Jersey: Merrillprentice Hall Cronbach, L.J., Shavelson, R.J. (2004). My Current Thoughts On Coefficient Alpha Andsuccessor Procedures.Educational And Psychological Measurement, 64 (3), 391-418. Dench, S., Perryman, S. dan Giles, L (1998).Employer’s Perceptions of key skills: Institute for Employment Studies. DfEE (1997). Advancing by Degrees: A study of graduate recruitment and skills Utilization.DfEE: London Dickson, M (2000), Giving Undergraduates Managerial Experience. Education + Training, Vol 42 No 3, pp 159-169. Esa, A., Sapon, N., & Ibrahim, S. (2011). Kemahiran Hands-On Pelajar Wanita Bidang Kejuruteraan Elektrik Di Politeknik Malaysia: Universiti Tun Hussein Onn.
76 Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children „s Attitude to School in Auckland, New Zealand British Journal of Psychology 57, him 25-30. Frankel, J. R., &Wallen, N. E. (2007).How to design and evaluate research in education. (6thed.). Boston, MA: McGraw- Hill Gallagher, P. (1999). Critical Skills: Hitting a Moving Target. Background paper for the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada Hamdan, A. R., & Ayop, A. F. (2010). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan, Dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kluang: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Hashim (2000), Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM: Projek Sarjana Muda UTM Hassan, S. S. S., & Esa, A. (2011). Penerapan Kemahiran Employability Dalam Kalangan Pelajar Politeknik: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Hassan, Z., Said, H., Omar, J., & Hassan, H. (2006). Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan: Universiti Tun Hussein Onn Hesketh, A.C. (1999), Towards a new economic sociology of the student financial experience of higher education: Journal of Education Policy. Husain, M. Y., Rasul, M. S., Mustapha, R., Malik, S. A., & Rauf, R. A. A. (2013). Tahap Kemahiran Employability Pelajar Kejuruteraan Dari Perspektif Majikan. Sains Humanika, 62(1). Husaina, M. Y., Dan Vokasional, F. P. T., Mustaphab, R., Mohamadc, S. A. M. S., Mokhtard, S. B., Awam, J. K., & Omar, P. U. Persepsi Pensyarah Kejuruteraan Terhadap Tahap Kemahiran Empolyability Pelajar Kejuruteraan Institusi Teknikal: Satu Kajian Kes. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Idris, P. D. U. P. S., & Patta, S. D. B. Pengaruh Demografi Terhadap Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Program Pendidikan: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. International Labour Office (2009).Global Employment Trends. Januari 2009
77 Kamarudin, N., Halim, L., Osman, K., & Meerah, T. M. (2009). Pengurusan Penglibatan Pelajar Dalam Amali Sains (Management Of Students' Involvement In Science Practical Work). Research In Science Education, 24, 51-59. Kamarulzaman, N. F. (2014). Kekangan–Kekangan Pusat Latihan Kemahiran Dalam Pengendalian Program Kemahiran: Doctoral Dissertation.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.Educational and Psychological Measurement.30, 607- 610. Laughton, D. danMontanheiro, L. (1996).Core Skills In Higher Education: The Student Perspective. Education & Training.Vol. 38 No 4. 17-24. Madar, A. R., Aziz, A., Afzan, M., Razzaq, A., Rasid, A., Mustafa, M. Z., & Buntat, Y. (2008). Kemahiran Employability Bagi Memenuhi Keperluan Industri. Doctoral Dissertation.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mamat, W., & Norehan, W. (2013). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar: Doctoral Dissertation.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mangkau, I. D. (2012). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tesis Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Mason, G. (2002). High Skill Utilization Under Mass Higher Education: Graduate Employement In Service Industries In Britain. Journal of Education & Work.Vol. 15, No 4.427-456
Minghat, A. D., & Sikh Mohamad, R. (2010). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut, Pahang., 1-10. Mohamed, A., Isa, F. L. M., & Shafii, H. (2007). Kemahiran Di Kalangan Graduan Sebagai Kriteria Penting Pasaran Tenaga Kerja: Kajian Kes Graduan Fakulti Kejuruteraan, UKM: Seminar Pendidikan Kejuruteraan Dan Alam Bina. Mohd Andai, N. (2008). Pengurusan Maklumat Dalam Meningkatkan Kecekapan Pentadbiran Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
78
Mohd Salleh, K., Ibrahim, W. N. H., Sulaiman, N. L., Ibrahim, B., & Mustafa, M. Z. (2008). Kemahiran Employability Dalam Kalangan Mahasiswa Dan Pensyarah: Perbandingan Dengan Industri. Tesis Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Musa, M., & Esa, A. (2011). Tahap Penguasaan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Pendidikan, UTHM: Journal Of Techno-Social, 1(1). Mustapha, R., Huasain, M. Y., Mokhtar, S. B., Bakar, E. A., & Safian, M. A. (2011). Kemahiran Employability Dari Perpektif Pelajar Kejuruteraan:Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (CIE-TVT 2011), 16-17. Nizar, N. (2006). Ketrampilan Kemahiran Teknikal Graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Osman, K., Iksan, Z. H., & Halim, L. (2007). Sikap Terhadap Sains Dan Sikap Saintifik Di Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32, 39-60. Othman, H., Sulaiman, A., Masrom, N. R., & Buntat, Y. (2009). The Instillation Of Employability Skills Through Problem Based Learning Model At Malaysia's Higher Institution: Tesis Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Othman, M. (2012). Tahap Kompetensi Pelajar Melaksanakan Kerja Amamli Berpandukan Domain Psikomotor Simpson:Doctoral Dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pua, P. K. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Tahun Akhir Di Politeknik KPM : Doctoral Dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Rasul, M. S., Ismail, M. Y., Ismail, N., Rajuddin, R., & Rauf, R. A. (2009). Aspek Kemahiran ‘Employability’yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini: Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(2), 67-79. Razak, A., & Khadijah, S. (2013). Kesediaan Bakal Guru Dpli Terhadap Mata Pelajaran Reka Cipta Untuk Mengajar Di Sekolah Menengah: Kajian Di UTHM: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Salah El-Sabaa (2001).The Skill And Career Path Of An Effective Project Manager.
79 Salleh, A., Abdul, M. R., Hasan, I., & Husain, M. Y. Kemahiran Employability Pelajar Kejuruteraan Dari Perspektif Pensyarah. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Smits (2001) Occupation Specific or Generic Skills? Conflicting Interests of Firms and Apprentices. Faculty of Economic and Business Administration, Maastricht University. Sulaiman, S., Musa, T., & Maizura, T. (2011). Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Akhir (Perdana) Program Kemahiran Hidup Dalam Pembelajaran Teori Dan Amali: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Yahaya, A., & Chu, S. P. (2010). Peraturan Keselamatan Dan Penggunaan Alatan Tangan: Peraturan Keselamatan Dan Penggunaan Alatan Tangan, 1-3. Yahaya, A., & Siew Pang, C. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.