Kumpulan Perbankan Pelaburan

43 downloads 4409 Views 2MB Size Report
kimia, barang pengguna laris, minyak & gas, minyak sawit, infrastruktur dan .... Kami juga mempunyai cawangan yang buka untuk .... Pemasaran langsung.
tinjauan operasi perniagaan Usaha Kumpulan dalam tiga tahun kebelakangan ini untuk mempermudah strukturnya untuk menjajarkan aktiviti perniagaan menurut pelanggan berkaitan dan pengelompokan produk, kini beralih kepada khidmat pelanggan yang lebih baik, volum perniagaan yang meningkat dan keberuntungan yang bertambah baik. Dalam tahun ini, aktiviti perniagaan Kumpulan tertumpu terutamanya kepada menyediakan rangkaian perkhidmatan kewangan yang luas dan produk yang inovatif, baik konvensional mahupun Islam, dalam lima bidang berikut: • Perbankan Pelaburan Kami terus meningkatkan perkhidmatan perbankan korporat dan pelaburan untuk pelanggan korporat dan institusi Kumpulan, dengan meneruskan rekod kepemimpinan kami yang cemerlang dalam penyediaan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi yang mengikut keperluan pelanggan, termasuk perbendaharaan, pasaran modal dan penyelesaian kewangan berstruktur. • Perbankan Perniagaan Dalam tahun ini, kami mencapai kemajuan yang besar dalam menguruskan keperluan Perusahaaan Kecil dan Sederhana (IKS) dengan menawarkan rangkaian lengkap pembiayaan modal kerja dan perkhidmatan urus niaga. • Perbankan Runcit Kami terus memperoleh pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada, dan semakin memperoleh “habuan” yang lebih besar melalui khidmat pelanggan yang diperluas dan bertambah baik, dengan menawarkan kemudahan dan kebolehaksesan yang lebih melalui rangkaian cawangan dan saluran penyampaian alternatif kami. Prestasi Perbankan Runcit dicirikan oleh pertumbuhan pinjaman dan peningkatan bahagian pasaran yang amat memberangsangkan bagi produk penting. • Perbankan Islam Kami mempaparkan pertumbuhan yang cemerlang untuk tahun ini dan juga telah mendapat sanjungan penting sambil kami mengambil kesempatan di atas permintaan yang semakin bertumbuh untuk perkhidmatan kewangan Islam. Kami juga memperkenalkan produk global yang memenangi anugerah. • Insurans Kami memfokus kepada penambahbaikan dalam khidmat pelanggan untuk merealisasikan faedah persetujuan bankasurans dengan AmBank, sebagai usaha membina skala dan menyatukan bahagian pasaran kami.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 62 l

Kumpulan Perbankan Pelaburan

Group

Perniagaan Malaysia

penting, seterusnya meningkatkan kedudukan kami sebagai pemimpin pasaran dalam Jadual Liga Hutang dan Ekuiti, terbukti melalui pelbagai anugerah dan penghargaan yang dimenangi oleh AmInvestment Bank.

Perbankan Pelaburan Berikutan penswastaan bahagian perbankan pelaburan Kumpulan iaitu AIGB, perniagaan perbankan Kumpulan di bawah AmInvestment Bank kini berkedudukan baik untuk memanfaatkan kekuatan kunci kira-kira Kumpulan AmBank dengan menyediakan perkhidmatan taja jamin untuk mendapatkan urus niaga perbankan pelaburan yang agak besar. Dengan penyempurnaan perkongsian strategik antara Kumpulan AmBank dan ANZ, keupayaan bahagian perbankan pelaburan untuk menyokong kumpulan pelanggan korporatnya dengan penyelesaian kewangan tempatan dan serantau turut dipertingkatkan Bahagian Perbankan Pelaburan berusaha untuk menyediakan rangkaian penyelesaian kewangan bersepadu yang tersendiri dan menyeluruh kepada pelanggan sasaran. Dalam mempelopori inisiatif Kumpulan untuk mendapatkan mandat perbankan pelaburan, Bahagian ini terutamanya menumpukan fokus kepada pembinaan dan pemupukan perhubungan kukuh dengan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), konglomerat, syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia, perbadanan besar (tersenarai dan tidak tersenarai) serta lain-lain entiti milik kerajan yang memerlukan penyelesaian perbankan pelaburan, sama ada produk hutang, ekuiti atau hibrid. Untuk mencapai matlamatnya, Bahagian ini menggaji Pasukan Perbankan Pelaburan yang berdedikasi untuk menguruskan kumpulan pelanggannya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Pengurusan bahagian ini disokong oleh Ketua Kumpulan AmBank bagi Pusat Perniagaan Serantau (RBC) di Malaysia Timur dan Barat. Mereka bertanggungjawab sebagai pengantara bagi kumpulan pelanggan sasaran dan memberi perkhidmatan menurut keperluan tertentu pelanggan bagi sebarang produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh Kumpulan. Pasukan masing-masing memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan memperolehi peluang urus niaga pasaran modal untuk Kumpulan. Mereka bertindak sebagai pendorong urus niaga dan bekerja rapat dengan pelbagai kumpulan produk khusus di dalam bahagian perbankan pelaburan dan perbankan komersil untuk merangka penyelesaian kewangan nilai tambahan untuk pelanggan kami. Kerjasama rapat antara setiap pasukan pakar produk di dalam Kumpulan dalam menghasilkan penyelesaian kewangan terbaik untuk pelanggan kami, membolehkan Bahagian ini memperolehi mandat perbankan pelaburan

Kewangan Korporat Sebagai salah satu unit Kewangan Korporat utama negara, Bahagian Kewangan Korporat Bank menyediakan pelanggan kami dengan rangkaian luas penyelesaian perniagaan dan kewangan inovatif untuk memenuhi objektif korporat, modal dan pelaburan mereka. Bahagian Kewangan Korporat kami menyediakan perkhidmatan menjana modal ekuiti dan nasihat korporat yang komprehensif kepada pelanggan korporat, kerajaan dan perantara kewangan. Berbekalkan pengalaman serta pemahaman unik kami tentang perniagaan tempatan dan persekitaran kawal atur, kami boleh mengembangkan keupayaan kami untuk menyampaikan perkhidmatan nasihat, pelaksanaan dan pengagihan yang berkualiti. Bank merupakan pemimpin pasaran IPO di ketiga-tiga Papan (Utama, Kedua dan MESDAQ), berdasarkan bilangan penyenaraian terbanyak (sejumlah 223 IPO) semenjak kami ditubuhkan, untuk memegang 22% bahagian pasaran. Dari April 2007 hingga Mac 2008, bank memegang 17% dari bahagian pasaran IPO, dan menjana RM222 juta daripada penyenaraian Papan Utama dan Kedua. Kami menerajui pasaran dari segi bilangan terbitan dalam pasaran ekuiti dan berkaitan ekuiti, merangkumi 27.9% bahagian pasaran dalam tempoh ini. Di samping itu, Bank telah menyenaraikan 2 daripada 6 terbitan (33%) di Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan (“LFX”) untuk menjana AS1.6 bilion dalam 2007 serta bilangan terbitan terbanyak (13 terbitan atau 41%) sejak pelancaran LFX. Kejayaan kami terbukti dengan penamaan Bank sebagai “Rumah Ekuiti Terbaik” di Malaysia di Anugerah Pencapaian Negara FinanceAsia 2007. Antara urus niaga penting kami adalah:

Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja RM10.92 bilion Tawaran Pengambilalihan RHB

l 63 l

Oktober 2007 Penasihat

• Penasihat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“EPF”) dalam pengambilalihan Rashid Hussain Bhd (“RHB”) dan RHB Capital Bhd dengan saiz urus niaga sebanyak RM10.9 bilion. Atas nasihat kami tentang urus niaga tersebut, EPF berjaya mengalahkan dua (2) pembida saingan untuk memperolehi RHB dalam percubaan kedua EPF untuk memperolehi RHB.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan

Sime Darby Berhad RM18.7 bilion Latihan Penggabungan Korporat November 2007 Penasihat

PPB Group Berhad RM8.0 bilion Latihan Penggabungan Silang Sempadan Jun 2007 Penasihat

AMMB Holdings Berhad RM2.37 bilion Pelaburan Strategik oleh ANZ dalam AMMB Mei 2007 Penasihat

Group

AmInvestment Bank Berhad RM2.4 bilion Penswastaan AmIvestment Bank Group Januari 2008 Penasihat Utama

• Penasihat kepada Kumpulan Sime Darby Sdn Bhd, Sime UEP Properties Bhd, dan Sime Engineering Services Bhd berhubung latihan penggabungan Synergy Drive Berhad dengan nilai gabungan urus niaga sebanyak RM18.7 bilion. Urus niaga ini merupakan latihan penggabungan korporat terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara dan turut membentuk kumpulan perladangan minyak sawit terbesar di dunia, dengan kehadiran yang ketara dalam kedua-dua sektor huluan dan hiliran. • Penasihat kepada PPB Group Berhad (“PBB”) tentang penjualan saham dalam PPB Oil Palms Berhad, PGEO Group Sdn Bhd dan Kuok Oils & Grains Pte Ltd kepada Wilmar International Limited. Urus niaga ini merupakan penggabungan silang sempadan yang melibatkan dua bidang kuasa (Malaysia dan Singapura), dinilaikan pada RM8 bilion dan membentuk salah satu kumpulan perniagaan tani besepadu terbesar di Asia yang menguruskan seluruh rantaian nilai perniagaan minyak sawit. • Penasihat utama kepada kedua-dua AMMB Holdings Berhad (“AMMB”) dan AmBank (M) Berhad (“AmBank”) bagi pelaburan strategik oleh Australia and New Zealand Banking Group Ltd (“ANZ”), unit perbankan terkemuka di dalam AMMB. Pelaburan RM2.37 bilion (AUD833 juta) ini merupakan pelaburan terbesar oleh ANZ di Asia setakat ini. • Penasihat utama kepada AmInvestment Group Berhad (“AIGB”) dalam penswastaan AIGB oleh AMMB menerusi Skim Pengaturan (“SOA”) dan latihan pengurangan modal bernilai RM2.4 bilion. Bank turut merupakan penasihat utama bagi terbitan hak oleh AMMB dengan saiz terbitan lebih RM1 bilion, yang telah dilaksanakan bersama dengan SOA.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

FBM 30 ETF Dana Dagangan Bursa Pertama di Malaysia Permodalan Pasaran IPO: RM81.6 juta Jun 2007

• Penasihat kepafa FBM30etf, Dana Dagangan Bursa Ekuiti pertama di Malaysia dalam Julai 2007, yang mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 500 unit dan menjana RM81.6 juta.

Penasihat

UMW Holdings Berhad AS$847.6 juta Tawaran Awam Saham Depositori Amerika Syarikat bagi WSP Holdings Limited Januari 2008 Penasihat

• Penasihat kepada UMW Holdings Berhad (“UMW Holdings”) tentang isu pengawalaturan Malaysia berhubung dengan tawaran awam Saham Depositori Amerika (“ADS”) oleh WSP Holdings Limited, bekas subsidiari UMW Holdings. Tawaran awam permulaan sebanyak 25,000,000 ADS mewakili 25% dari modal saham terbitan dan berbayar WSP Holdings serta-merta selepas penyempurnaan penyenaraian ADS. Berdasarkan harga tawaran awam AS8.50 setiap ADS dan menggunakan ADS sebagai proksi untuk saham biasa belum tersenarai yang tinggal dalam WSP Holdings, nilai pasaran bagi WSP Holdings adalah AS874.6 juta (atau lebih kurang RM2.92 bilion) setelah latihan penyenaraian disempurnakan.

Dengan rekod prestasi sebagai rakan nasihat inovatif dengan keupayaan pelaksanaan dan pengagihan yang hebat, Bank menjangka akan terus mengukuhkan reputasinya sebagai pemimpin pasaran dalam penyediaan perkhidmatan kewangan dan nasihat korporat. Ini di sebalik persekitaran operasi yang semakin mencabar dan sentimen pelabur yang bergolak terhadap kemungkinan ekonomi global memperlahan. Untuk terus maju ke hadapan, bank terlibat dalam penyenaraian sebilangan besar syarikat permodalan pasaran yang terlibat dalam pelbagai sektor ekonomi seperti industri minyak dan gas, perladangan dan perkapalan. Selari dengan usaha Kerajaan baru-baru ini untuk meliberalisasikan pasaran ekuiti dan berkaitan ekuiti, kami akan memantau keperluan pelanggan secara proaktif dan merebut peluang serta trend secara lebih agresif.

l 64 l

LAIN-LAIN URUS NIAGA KEWANGAN KORPORAT PENTING DALAM 2007-2008

FBM 30 ETF Dana Dagangan Bursa Pertama di Malaysia Permodalan Pasaran IPO: RM81.6 juta Jun 2007 Penasihat

Sarawak Oil Palms Berhad

Trans-Asia Shipping Corporation Berhad Permodalan Pasaran IPO: RM110.0 juta Disember 2007 Penasihat, Pengurus Penaja Jamin & Ejen Penempatan

Matrix International Berhad

SLP Resources Berhad

Dayang Enterprise Holdings Berhad

Permodalan Pasaran IPO: RM97.5 juta

Permodalan Pasaran IPO: RM510.4 juta

Mac 2007

April 2008

Penasihat, Pengurus Penaja Jamin & Ejen Penempatan

Penasihat, Pengurus Penaja Jamin & Ejen Penempatan

Ahmad Zaki Resources Berhad

IOI Corporation Berhad

Luxchem Corporation Berhad Permodalan Pasaran IPO: RM143.0 juta Jun 2008 Penasihat, Pengurus Penaja Jamin & Ejen Penempatan

Hektar REIT

RM112.3 juta

RM207.0 juta

RM69.0 juta

RM44.8 juta

RM104.5 juta

Terbitan Hak Boleh Pindah Milik

Dua Panggilan Terbitan Hak Boleh Pindah Milik

Dua Panggilan Terbitan Hak Boleh Pindah Milik

Terbitan Khas

Penempatan Swasta

Mac 2008

Februari 2008

Penasihat

Penasihat

April 2008 Penasihat

Jun 2007

Jun 2007

Penasihat

Penasihat

AmBank (M) Berhad

E & O Property Berhad

Resources For Growth

YNH Property Berhad

PPB Oil Palms Berhad

RM117.7 juta

RM232.0 juta

Penempatan Swasta

Penempatan Kedua

Jun 2007

Jun 2007

Penasihat

Ejen Penempatan

Ramunia Holdings Berhad

TIME dotCom Berhad

RM3.2 bilion Latihan Pengambilalihan Balik Mei 2008 Penasihat Bebas

Permodalan Nasional Berhad RM1.48 bilion Tawaran pengambilalihan sukarela dan berikutannya, pengambilalihan wajib dan penyahsenaraian MIDF Oktober 2007 Penasihat

Malaysian Resources Corporation Berhad RM132.2 juta Penempatan Swasta Mei 2007 Penasihat

PacificMas Berhad

RM575.0 juta

RM92.2 juta

Bon Boleh Tukar

Penempatan Swasta

April 2007

April 2007

Penasihat

Penasihat

DRB-HICOM Berhad

Permodalan Nasional Berhad

RM654.5 juta

RM735.0 juta

RM720.0 juta

RM909.6 juta

Cadangan Perikatan dengan DiGi.com Berhad dan pemindahan spektrum 3G

Tawaran Pengambilalihan Bersyarat oleh OCBC Capital (Malaysia) Sdn Bhd

Pengambilalihan Rangkai Positif Sdn Bhd

Tawaran pengambilalihan saham Petaling Garden

Mei 2008

April 2008

Penasihat

Penasihat Bebas

Utama Banking Group Berhad

Road Builder Holdings (M) Berhad

RM2.3 bilion

RM1.48 bilion

Penjualan pelaburan dalam RHB

Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Road Builder oleh IJM Corporation

Mei 2007 Penasihat

Mac 2007 Penasihat

l 65 l

Menunggu Penyempurnaan

Jun 2007

Penasihat Bebas

Penasihat

Majestic Masterpiece and UBG Berhad

IJM Corporation Berhad

RM2.2 bilion

RM1.32 bilion Cadangan Penjualan

Pengambilalihan Serentak UBG Berhad, Putrajaya Perdana Berhad dan Loh & Loh Corporation Berhad

RM23.4 juta Cadangan Tawaran Kepada Kakitangan Layak

Menunggu Penyempurnaan

Menunggu Penyempurnaan

Penasihat

Penasihat

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan Pasaran Modal Ekuiti (ECM) Pasaran Modal Ekuiti (ECM) menyelia aktiviti pengagihan Bank dalam pasaran ekuiti utama dan pasaran berkaitan ekuiti. Ia menyediakan sokongan pintar dalam asalnya urus niaga pasaran utama dan menguruskan penstrukturan, sindiket, pemasaran dan pengagihan. Di samping itu, ia turut menyediakan perkhidmatan taja jamin untuk kedua-dua IPO dan latihan penjanaan dana ekuiti serta penempatan tambahan. Pelanggan utama kami merangkumi pelanggan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang mencari akses kepada pasaran modal ekuiti serantau.

Pasaran Modal Hutang Pasaran Modal Hutang Malaysia menunjukkan pertumbuhan kukuh sepanjang 5 tahun lepas. Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia diiktiraf oleh Bank Pembangunan Asia sebagai pasaran ke-3 paling pesat berkembang berbanding ekonomi lain di Asia Timur. Pada 31 Disember 2007, jumlah bon tertunggak dalam Pasaran Modal Hutang Malaysia membentuk 84.62% dari KDNK berjumlah 557.05 bilion, merangkumi 52.6% dalam sekuriti hutang awam dan 47.4% dalam sekuriti hutang swasta (“PDS”). Pertumbuhan kukuh dan kebingkasan Pasaran Modal Hutang Malaysia sepanjang beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya didorong oleh pengembangan mantap ekonomi Malaysia dan selera pelabur lebih sihat, dengan jumlah PDS yang diterbitkan bagi 2007 berjumlah RM69.36 bilion, daripada RM38.89 bilion dalam 2006. AmInvestment Bank adalah salah satu rumah bon utama di Malaysia, khususnya dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan inovatif temasuk projek pembiayaan, pensekuritian sokongan aset (“ABS”), modal mezanin dan instrumen pembiayaan berstruktur dalam kedua-dua mata wang tempatan dan asing. Pasukan telah menunjukkan rekod prestasi yang konsisten di dalam Pasaran Modal Hutang Malaysia, dan memegang kedudukan 3 teratas dalam jadual liga Bloomberg, RAM dan MARC sepanjang 5 tahun lepas, dengan purata bahagian pasaran sebanyak 15% dari jumlah PDS yang diatur setiap tahun. Di samping itu, pasukan terus mengukuhkan statusnya sebagai pemimpin pasaran dan pembawa pembaharuan bagi ABS.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Bagi 2007, pasukan Pasaran Modal Hutang telah menyempurnakan 18 urus niaga dan menjana hampir RM12.8 bilion PDS dalam seluruh portfolio instrumen hutang dan penerbit bagi pelbagai sektor industri. Pasukan kekal sebagai rumah pensekuritian dominan di dalam Pasaran Modal Hutang Malaysia, dan merupakan pengatur utama bagi 5 daripada 11 urus niaga ABS dalam 2007. Urus niaga penting dalah tahun 2007 termasuk yang berikut:• Penasihat Utama/Pengatur Utama bagi pendanaan hutang dan ekuiti RM1.75 bilion oleh Lebuhraya KajangSeremban Sdn Bhd. Urus niaga ini yang termasuk penerbitan RM1,418 juta Sukuk Istisna’ dan program stok pinjaman bernilai RM290.00 juta mewakili pembiayaan projek tol Islam terbesar dalam 2007. • Pengurus Utama Bersama bagi Program Surat Perdagangan Islam/Konvensional (“CP”) bernilai RM20.0 bilion dan Program Nota Jangka Sederhana Islam/Konvensional (“MTN”) bernilai RM40.0 bilion oleh Cagamas Berhad. Urus niaga penting ini merupakan program penerbitan hutang terbesar di Malaysia setakat ini dan menandakan satu lagi pencapaian penting di dalam Pasaran Modal Hutang Malaysia. • Penasihat Utama Bersama/Pengatur Utama Bersama/ Pengurus Utama Bersama bagi Pensekuritian Perumahan Sokongan Gadai Janji (“RMBS”) oleh Cagamas MBS Berhad. Urus niaga ini mewakili terbitan ke-5 oleh Cagamas MBS Berhad dan merupakan RMBS denominasi Ringgit terbesar di Malaysia setakat ini. • Penasihat Utama Bersama/Pengatur Utama Bersama/ Pengurus Utama Bersama bagi Program ABS nilai nominal RM1.5 bilion oleh Tresor Assets Berhad yang memulakan pensekuritian pinjaman persendirian terbesar di Malaysia bagi 2007. Pandangan bagi perniagaan Pasaran Modal Hutang dalam 2008 dipengaruhi oleh krisis kredit dan kecairan global. Bagaimanapun, faktor luaran ini dikurangkan oleh kecairan yang kuat dalam sistem kewangan Malaysia yang kekal sihat pada lebih RM330.4 bilion pada 30 April 2008. Dengan keadaan Ringgit yang terus kukuh, kami menjangka pasaran bon tempatan akan mendapat sokongan yang baik. Di samping itu, kecairan lebihan di dalam pasaran tempatan mewakili potensi baik untuk penerbit asing memasuki pasaran dengan kutipan yang ditukarkan kepada Dolar Amerika Syarikat melalui Pertukaran Mata Wang Bersilang. Ini menunjukkan tahap matang yang tinggi bagi pasaran kewangan Malaysia.

l 66 l

PENGHARGAAN DAN ANUGERAH YANG DIMENANGI DALAM 2007

RAM RATINGS

No. 2 dalam Jadual Liga Pengurus Utama RAM 2007 – Menurut Nilai Terbitan

RAM



No. 2 dalam Jadual Liga Pengurus Utama MARC 2007 – Menurut Bilangan Terbitan (Konvensional)

RATINGS

No. 3 dalam Jadual Liga Pengurus Utama MARC 2007 – Menurut Nilai Terbitan (Konvensional)

No. 2 dalam Jadual Liga Pengurus Utama RAM 2007 – Menurut Bilangan Terbitan

URUS NIAGA DCM PENTING YANG DISEMPURNAKAN DALAM 2007-2008

Al-’Aqar Capital Sdn Bhd

Tanjung Offshore Berhad

Al-’Aqar Capital Sdn Bhd

Program CP RM500.0 Juta dan Program MTN RM1.0 bilion dengan purata CP dan/atau MTN tertunggak tidak melebihi RM1.0 Bilion

RM400.0 Juta

RM300.0 Juta

Program Nota Islam Jangka Sederhana

April 2008 Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

Gamuda Berhad RM800.0 Juta

Binariang GSM Sdn Bhd

Program Sukuk Ijarah

Program Surat Perdagangan Islam dan Program Nota Islam Jangka Sederhana

Program Surat Perdagangan Islam RM2.0 Bilion dan Program MTN Islam RM19.0 Bilion

Mac 2008

Februari 2008

Januari 2008

Disember 2007

Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pengurus Utama

Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pelanggan Utama

Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

Pengurus Utama Bersama

Tresor Assets Berhad Sabah Credit Corporation RM500.0 Juta

RM1,500.0 Juta

RM2,500.0 Juta

RM2,410.0 Juta

Program Surat Perdagangan/ Nota Jangka Sederhana

Program Terbitan Sekuriti Sokongan Aset

Program Nota Murabahah Jangka Sederhana

Pensekuritian Perumahan Sokongan Gadai Janji

Program CP Islam/Konvensional RM20.0 Bilion dan Program MTN Islam/Konvensional RM40.0 Bilion

September 2007

November 2007

September 2007

Ogos 2007

Jun 2007

Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

Pengurus Utama Bersama

Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd

Arapesona Development Sdn Bhd Program MTN Islam Jaminan Bank sehingga RM200.0 Juta dan Program CP Islam sehingga RM70.0 Juta

MTD InfraPerdana Bhd

Sukuk Istisna’ RM1,418.0 Juta Program RCULS RM240.0 Juta RULS RM50.0 Juta

PINS Capital Sdn Bhd

ABN AMRO Bank Berhad

Program CP Islam/MTN Islam sehingga RM150.0 Juta

Peringkat 2 RM200.0 Juta

Up to RM10.0 Million Junior Islamic MTNs



Cagamas Berhad

MISC Berhad

Istrumen Deposit Bersubordinat Boleh Niaga

MTD

INFRAPERDANA (A Member of the MTD Group)

RM700.0 Juta Program MTN Islam

Jun 2007

Jun 2007

Jun 2007

Jun 2007

April 2007

Penasihat Utama dan Pengatur Utama

Penasihat Utama Bersama dan Pengatur Utama Bersama

Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pelanggan Utama

Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pelanggan Utama

Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama dan Pengurus Utama Bersama

l 67 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan Pasaran Modal Islam Pasaran Modal Islam telah berkembang menjadi komponen penting di dalam sektor kewangan hari ini dengan adanya permintaan meningkat untuk produk dan perkhidmatan kewangan berasaskan Syariah. Pertumbuhan pasaran modal Islam jelas terbukti dengan penambahan saiz serta kepelbagaian rangkaian produk yang tersedia di pasaran. Momentum trend ini dijangka bertambah kuat di masa hadapan, di dalam kedua-dua pasaran tempatan dan global. Aktiviti kewangan Islam Kumpulan AmBank dijalankan di bawah dua entiti berasingan, AmInvestment Bank Berhad dan AmIslamic Bank Berhad. Selari dengan usaha Kumpulan untuk menggaris arus subsidiarinya menjadi empat kumpulan perniagaan, AmInvestment Bank memfokuskan aktivitinya kepada pasaran modal Islam sementara AmIslamic Bank memfokuskan aktivitinya kepada perbankan runcit dan perniagaan. AmIslamic Bank beroperasi sebagai bank Islam cukup lengkap sementara aktiviti kewangan Islam AmInvestment Bank dijalankan melalui jabatan Pasaran Islam yang beroperasi melalui struktur jendela. Bertahun-tahun lamanya, Bank telah menyediakan pelanggan dengan alternatif Islam bagi pembiayaan konvensional di dalam sektor pasaran modal Islam. Peranan utama kami di dalam Pasaran Islam adalah untuk menyokong unit-unit perniagaan strategik Bank (SBU) yang merangkumi Pasaran Modal Hutang, Perbankan Pelaburan, Kewangan Korporat dan Kewangan Berstruktur dalam membangunkan produk dan perkhidmatan Syariah standard tertinggi di dalam industri. Kumpulan profesional kami yang berdedikasi dan berpengalaman dibantu oleh Penasihat Syariah bebas yang turut merupakan cendekiawan Islam terkemuka dan berpengetahuan tinggi di dalam kedua-dua standard Syariah tempatan dan global serta berkebolehan untuk menyediakan pelanggan sedia ada dan prospektif kami dengan rangkaian luas produk berasaskan Syariah yang selari dengan matlamat pembiayaan mereka. Perkembangan baru dalam tahun kewangan ini adalah pengeluaran lesen Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa (ICBU) di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam. Matlamat MIFC adalah untuk menghasilkan industri perkhidmatan kewangan Islam antarabangsa yang kukuh, inovatif dan kompetitif di Malaysia. MIFC merangkumi rangkaian luas institusi kewangan di Malaysia dan menawarkan produk dan perkhidmatan dalam mata wang asing. Sebahagian rancangan pengembangan kumpulan termasuk lesen tersebut yang membolehkan Bank memanfaatkan pelantar

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

ICBU, di luar pesisir dan atas daratan, untuk menerokai pasaran potensi lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, China/HK, Korea, Jepun dan seterusnya. AmInvestment Bank memegang 13.7% pasaran saham dan kedudukan kedua di dalam Pasaran Sukuk Korporat Penarafan Malaysia RAM pada 31 Disember 2007. Bagi TK2008, Bank telah menyempurnakan 10 urus niaga sukuk berjumlah lebih RM12 bilion dari segi nilai taja jamin. Dalam TK2008, urus niaga kami terutamanya merangkumi sukuk berasaskan prinsip Musyakarah yang mewakili 70% dari jumlah urus niaga sukuk. Ini sejajar dengan strategi kami untuk menghasilkan produk yang lebih diterima di pasaran. Kami berjaya membuktikan keunggulan kami sebagai pemimpin utama pasaran dengan peningkatan bahagian pasaran ke 14% dalam tahun 2007 dari 9% dalam 2006. AmInvestment Bank mengekalkan kedudukannya sebagai pendorong pasaran modal Islam dan pemimpin teriktiraf dan terkemuka dalam sektor ini. Kecemerlangan rekod prestasi kami di dalam pasaran modal Islam terbukti apabila kami terus menerima pelbagai anugerah oleh fraterniti tempatan dan antarabangsa termasuk Anugerah Perbankan Pelaburan Islam Paling Cemerlang di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-4 2007. Penghargaan ini dianugerahkan kepada kami atas usaha berterusan kami untuk menetapkan tanda aras baru bagi pasaran melalui pengenalan instrumen pasaran modal Islam yang baru dan inovatif menggunakan penyelesaian yang diperibadikan. Inisiatif kewangan Islam AmInvestment bank merupakan komponen penting dalam pembangunan masaran modal Islam industri. Antara urus niaga Islam penting Bank sepanjang TK2008 adalah seperti berikut: • Al-‘Aqar Capital Sdn Bhd - Program Sukuk Ijarah CP/ MTN RM300 juta Penasihat Utama dan Pengatur Utama untuk penerbitan di atas. Urus niaga penting ini adalah sukuk pertama dunia terbitan amanah pelaburan harta tanah Islam (KPJ REIT Al-‘Aqar). Di samping itu, KPJ REIT Al-‘Aqar yang dilancarkan pada 2006 merupakan REIT jagaan kesihatan Islam pertama dunia dan REIT Islam tersenarai pertama dunia. AmInvestment Bank terus mempelopori usaha penghasilan penyelesaian kewangan Islam yang inovatif. Urus niaga ini dianggap sebagai kelas aset baru dalam sekuriti Islam dan turut memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2008 untuk “Urus Niaga Paling Inovatif” dan Anugerah Urus Niaga Perdana Asia Tenggara Alpha SEA 2007 untuk “Urus Niaga REIT Islam Terbaik di Asia Tenggara”.

l 68 l

• MISC Berhad - Program Murabahah MTN RM2.5 bilion Pengatur Utama Bersama untuk terbitan di atas. Penerbit merupakan syarikat samudera antarabangsa yang mana aktiviti perniagaan utamanya adalah pengangkutan dan logistik tenaga serta lain-lain perniagaan berkaitan tenaga. MISC Berhad adalah subsidiari Petronas yang berkhidmat sebagai penyedia pengangkutan dan penyedia penyelesaian logistik utama LNG. MISC menjalankan latihan mendapatkan dana untuk membiayai belanja modalnya termasuk pembelian kapal-kapal. • Binariang GSM Sdn Bhd - Sukuk Musyarakah MTN RM19 bilion Pengurus Utama Bersama untuk terbitan sukuk terbesar Malaysia. Urus niaga ini dilaporkan sebagai penerbitan bon korporat terbesar Asia (ex-Jepun). Hasil sukuk telah digunakan untuk mendana pembelian syarikat selular utama Malaysia, Maxis Communications Berhad. Urus niaga penting ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Blueprint Tahun 2007 oleh Rating Agency Malaysia untuk “Urus Niaga Cemerlang Tahun Ini”.

Pencapaian – Lain-lain Anugerah dan Penghargaan



Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-4 2007 (KLIFF) – Perbankan Pelaburan Islam Terbaik

Anugerah Urus Niaga Asia Tenggara, Alpha SEA 2008 – Urus Niaga REIT Islam Terbaik di Asia Tenggara (Sukuk Al-‘Aqar REIT)

Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2008 – Urus Niaga Paling Inovatif Tahun Ini (Sukuk Al-‘Aqar REIT)

Pencapaian – Meja Liga

Kewangan Berstruktur

RAM

RATINGS • No. 2 dalam Jadual Liga Pengurus Utama RAM 2007 (Islam) - Nilai Terbitan • No. 2 dalam Jadual Liga Pengurus Utama RAM 2007 (Islam) - Bilangan Terbitan • Anugerah Blueprint- Urus Niaga Terbaik Tahun 2007 - Binariang GSM Sdn Bhd RM19 bilion Sukuk Musyarakah MTN

Kewangan Berstruktur menawarkan alternatif penjanaan dana yang bersepadu. Di samping menikmati penyelesaian diperibadikan yang komprehensif untuk membantu pelanggan kami menjana kedua-dua ekuiti dan hutang, mereka juga berpeluang untuk memanfaatkan sumbersumber pendanaan alternatif yang pelbagai di Malaysia dan di rantau ini. Ini adalah unit yang baru ditubuhkan dalam tahun kewangan 2006, dan semenjak ditubuhkan, telah melaksanakan pelbagai latihan bersifat nasihat dan penjanaan seperti:

Bloomberg • No. 2 dalam Jadual Liga Penaja Jamin Bloomberg 2007 (Nilai Bon Islam Ringgit Malaysia)

Bank telah menguruskan terbitan bernilai RM9.7 bilion dari 7 terbitan sukuk. Nilai terbitan mewakili 13.3% dari jumlah bahagian pasaran untuk terbitan Islam yang diberi penarafan RAM. AmInvestment Bank juga diberi penarafan No. 2 dalam Jadual Liga Penaja Jamin Sukuk Bloomberg bagi 2007 setelah menaja jamin terbitan sukuk bernilai RM4.465 bilion kesemuanya.



• Menasihat dan mengatur pendanaan mezanin untuk syarikat yang menjalankan penstrukturan semula modal • Menasihat dan mengatur pendanaan ekuiti dan hutang swasta untuk syarikat yang melalui pengaturan semula dan transformasi perniagaan • Menasihat dan mengatur pelaburan ekuiti swasta untuk pembanguna harta tanah di Malaysia dan rantau Asia • Menasihat dan mengatur pinjaman runcit dan korporat bagi dana dalam situasi khas • Menasihat dan mengatur modal bank untuk institusi sepenuh dan separa kewangan.

l 69 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan Pasukan kami akan terus membantu para pelanggan mempertingkatkan dan memanfaatkan nilai pemegang saham – sama ada untuk tujuan mempelopori pertumbuhan, memasuki wilayah-wilayah baru atau menyelamatkan penstrukturan semula atau sisa mundur.

Perdagangan Ekuiti Pasaran ekuiti mengalami pertumbuhan kukuh dalam tempoh yang dikaji. Pulangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2008 adalah 38.6% lebih tinggi berbanding tahun lepas meskipun Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat sebanyak 1 mata sahaja untuk tutup pada 1,248 pada 31 Mac 2008. Kebanyakan laba yang diperolehi di KLCI pada tahun ini telah terpadam apabila Bursa Malaysia mengalami penghentian perdagangan buat pertama kalinya pada 10 Mac 2008 di mana KLCI jatuh 10% atau 130 mata pada hari tersebut. Ini mungkin disebabkan reaksi terhadap Pilihanraya Umum negara yang diadakan pada 8 Mac 2008. Keuntungan sebelum cukai bahagian pembrokeran saham bagi tahun berakhir 31 Mac 2008 adalah RM80.2 juta berbanding RM44.2 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Di sebalik persaingan yang hebat, Kumpulan berjaya meningkatkan bahagian pasarannya dalam jumlah pulangan di Bursa Malaysia dari 7.1% pada tahun lepas ke 8.2% pada tahun ini. Peningkatan ini disebabkan pelaburan berterusan kami dalam keupayaan penyelidikan dan teknologi. Untuk mengiktiraf usaha ini, AmInvestment Bank Berhad telah dianugerahkan dengan Anugerah Projek Keupayaan Pelbagai Saluran Terbaik 2007” oleh The Asian Banker untuk sistem perdagangan dan pelaburannya bagi pelanggan runcit dan institusi melalui internet dan peralatan mudah alih. Untuk memantapkan perkhidmatan di Pusat Perniagaan Wilayah Kumpulan dan meluaskan kesampaian kami, cawangan-cawangan baru akan ditubuhkan di Pulau Pinang dan Kuching, masing-masing dijadualkan beroperasi dalam suku kedua dan ketiga tahun ini.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Pembrokeran Hadapan Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan 150% dalam volum yang didagangkan dalam 2007 berbanding tahun semasa. Jumlah volum yang dicatatkan dalam 2006 (4.161 juta kontrak) berbanding 2007 (6.203 juta kontrak) terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam kontrak FKLI – 1.13 Juta kepada 2.82 Juta. Pendorong utama terletak dalam kepentingan yang dijana oleh instrumen dasar – stok Malaysia. Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah yang memulakan tahun ini pada nilai RM1,988 setiap tan metrik melonjak naik kepada RM3,068 sebelum mengkahiri tahun pada RM3,050 setiap tan. Mekanisme penghargaan ini digunakan di seluruh dunia sebagai harga tanda aras untuk Minyak Sawit Mentah global. Ini seterusnya mencetus minat yang tinggi dalam stok berkaitan Minyak Sawit di Bursa Malaysia. Bahagian pasaran AmFutures kekal sihat pada 17% daripada 19% dalam 2006, disebabkan oleh persaingan sengit dari syarikat-syarikat seperti HLG Futures (sebelum ini digantung) dan Oriental Pacific Futures (Peserta Perdagangan baru). Meskipun begitu, kami kekal sebagai broker niaga hadapan ketiga teratas dari segi keseluruhan volum yang didagangkan. Sebagai salah satu perintis yang menawarkan Akses Pasaran Terus (DMA) kepada pengguna akhir (institusi dan runcit), AmFutures akan menubuhkan pejabat perdagangan di seluruh negara. Pelanggan kini boleh berhubung terus dengan “Gateway” (Transactools) di Bursa Malaysia. Infrastruktur kami adalah yang terbaik di dalam negara dan ia membolehkan pesanan pelanggan dihantar terus kepada Bursa dalam masa 300 milisaat. Dengan itu, pesanan pelanggan akan dilaksanakan secara lebih efisien, tepat dan pantas berbanding kaedah telefon yang konvensional. Kesulitan pesanan dapat dikekalkan dan kesilapan pelaksanaan dikurangkan dengan ketara. Sejajar dengan kemajuan teknologi, kami akan menawarkan perdagangan algoritma/program tidak lama lagi di samping perkhidmatan pelaksanaan DMA ekuiti.

Derivatif Ekuiti Pasukan Derivatif Ekuiti fokus ke atas usaha menstrukturkan derivatif ekuiti seperti waran berstruktur, dana dagangan bursa dan opsyen atas kaunter untuk menyediakan para pelabur dengan rangkaian instrumen yang lebih luas. Kami berbangga dengan penglibatan kami dalam membina dan melancarkan FBM30etf, dana dagangan bursa ekuiti pertama di Malaysia, pada Jun 2007.

l 70 l

Di samping itu, usaha kami dalam sekuriti hibrid termasuk bon boleh tukar, membolehkan Bank untuk memenuhi keperluan pendanaan syarikat yang semakin rumit. Urus niaga utama termasuk peranan kami sebagai Pengurus Utama Bersama untuk Sukuk Boleh Tukar Paka Capital Khazanah bernilai AS$550 juta, yang pertama oleh penerbit di Malaysia untuk menawarkan penempatan delta serentak; dan Pengurus Bersama Kanan untuk Dana Boleh Tukar IOI bernilai AS$600 juta, terbitan EB yang ketiga.

Perbendaharaan Kumpulan dan Dagangan Pendapatan Tetap dan Derivatif Perbendaharaan Bahagian Perbendaharaan Kumpulan menyediakan keupayaan untuk perdagangan kadar faedah, sebaran kredit dan mata wang asing di seluruh segmen pasaran termasuk pasaran pengguna, IKS, korporat, institusi dan antara bank. Perbendaharaan Kumpulan juga bertanggungjawab ke atas pengurusan kunci kira-kira di samping pendanaan keseluruhan operasi Kumpulan AmBank. Disebabkan prestasi yang amat baik menjelang akhir 2006, pasaran bon bertambah baik dan hasil meningkat memandangkan isu permulaan bon kerajaan 20-tahun memaksa pasaran untuk menilai kedudukan dan bentuk lekuk. Perkembangan krisis sub-prima di Amerika Syarikat membawa kepada keengganan terhadap risiko kredit dan sedikit kecairan. Meskipun US Federal Reserves bertindak cepat untuk mengelak sebarang potensi krisis kecairan, pelabur tetap tidak yakin dan menjauhi risiko kredit. Akhirnya, ini membawa kepada peningkatan pengeluaran asing di dalam pasaran Malaysia dan dengan jangkaan hasil yang lebih tinggi, sebaran kredit kekal luas. Perkembangan krisi sub-prima merupakan faktor utama yang menyebabkan nilai Dolar Amerika Syarikat terus menurun berbanding mata wang asing utama termasuk Ringgit. Perbendaharaan Kumpulan memanfaatkan keadaan ini dengan menyediakan penyelesaian bedaya maju untuk membantu pelanggannya mengurangkan risiko pertukaran asing. Di samping itu, pasukan telah memenuhi permintaan pelanggan yang semakin tinggi untuk produk berkaitan derivatif dengan terus memfokuskan sumbernya kepada pembangunan produk derivatif baru. Sejajar dengan pertumbuhan pesat pasaran perbankan Islam, Unit Perbendaharaan Islam turut muncul sebagai satu lagi kompnen utama dalam menguruskan keperluan pelaburan pelanggan kami.



Pengurusan Dana Aktiviti Pengurusan Dana (FMD) dijalankan oleh syarikat subsidiari AmInvestment Services Berhad dan AmInvestment Management Sdn Bhd. Ia menawarkan pengurusan pelaburan, pengurusan amanah saham dan penyelesaian pelaburan diperibadikan untuk pelanggan runcit dan institusi termasuk pelaburan berstruktur. Kami menawarkan perkhidmatan pengurusan dana untuk ekuiti dan bon domestik dan serantau di samping bon Islam global dan ekuiti Islam serantau. Strategi perniagaan yang diambil oleh FMD adalah berdasarkan falsafah kami untuk menjadi penyedia penyelesaian pelaburan terpilih untuk pelanggan runcit dan institusi kami, dalam pasaran domestik dan global. Jumlah dana yang diuruskan meningkat sebanyak RM4.1 bilion daripada tahun kewangan sebelumnya disebabkan tawaran pendanaan baru, kejayaan berterusan produk Penyelesaian Perbendaharaan kami serta suntikan mandat institusi. Kami mencapai kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 38% setahun sepanjang sepuluh tahun lepas (dari Disember 1997 hingga Mac 2008). Kami diiktiraf sebagai pengurus aset swasta utama di peringkat domestik dengan RM18.5 bilion diuruskan pada 31 Mac 2008 (RM9.47 bilion dan RM9.07 bilion, masingmasing dari dana institusi dan amanah saham). Dengan saiz dana tersebut, kami telah meningkatkan kedudukan kami sebagai pengurus aset kedua terbesar dengan bahagian pasaran 15.70%. Kami memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM40.4 juta bagi tahun berakhir 31 Mac 2008, pencapaian terbaik di bawah FMD. Kecemerlangan pengurus pendapatan tetap dan dana bon membawa kepada kemenangan pelbagai penghargaan. Kami memenangi Anugerah Kumpulan Bon Terbaik bagi tempoh berkahir 31 Disember 2007 di bawah di bawah Anugerah Dana Edge-Lipper Malaysia 2008. Di bawah sub kategori anugerah yang sama, dana bon utama kami, Bon AmDynamic sekali lagi merangkul hadiah utama bagi Dana Bon Ringgit Malaysia Terbaik – 3 Tahun. AmBon Islam memenangi anugerah Dana Bon Islam Ringgit Malaysia Terbaik – 3 Tahun. FMD menerima anugerah berprestij Pengurus Portfolio Luaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan diumumkan sebagai “Pengurus Portfolio Pendapatan Tetap Terbaik Tahun 2007” yang turut kami menangi pada tahun lepas.

l 71 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan Perbankan Persendirian

Private Banking Survey

KWSP Pengurus Portfolio Pendapatan Tetap Keseluruhan Terbaik Tahun 2007

2008 Kaji Selidik Perbankan Persendirian Euromoney 2007 – Bank Persendirian Terbaik di Malaysia

Anugerah Dana Edge-Lipper Malaysia 2008

Private Banking Survey

Anugerah Kumpulan Bon Terbaik Berakhir Disember 31, 2007

2007 Kaji Selidik Perbankan Persendirian Euromoney 2007 – Perkhidmatan Perbankan Persendirian Keseluruhan Terbaik di Malaysia – Bank Persendirian Terbaik di Malaysia

AmDynamic Bond Dana Bon Ringgit MalaysiaTerbaik Berakhir Disember 31, 2007 (3 Tahun) AmBon Islam Dana Bon Islam MYR Terbaik, Dana Islam Berakhir Disember 31, 2007 (3 Tahun)

Buat masa ini, FMD menguruskan 38 dana amanah saham dan pelbagai mandat budi bicara. Dalam TK 2007/2008, FMD telah melancarkan 9 dana. Kami turut menambahkan dana berstruktur menurut permintaan pasaran untuk mendapatkan pulangan penuh dan pendedahan kepada pelaburan global. Kami terus menggunakan model perniagaan terbuka kami dalam usaha membawa masuk dana penghantar global terbaik yang membentuk lebih kurang 14% dari jumlah dana kami. Strategi perniagan perikatan global membenarkan kami untuk membawa kepada pasaran domestik, siri dana yang pertama kali ditawarkan di Malaysia seperti ekuiti Islam global, logam berharga, ekuiti harta tanah. Ekuiti Eropah, Bon Asia dan perniagaan tani global melalui perikatan dengan institusi antarabangsa utama seperti Oasis Group Holdings, Henderson Global Investors, Schroder Investment Management, Credit Agricole Asset Management, Deutsche Asset Management dan Investec Asset Management.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

AmPrivate Banking (unit perniagaan Kumpulan AmInvestment bank) telah diberi anugerah Bank Persendirian Tempatan Terbaik di Malaysia oleh Euromoney dalam kajian mereka bagi 2008; anugerah ini dimenangi dua tahun berturut-turut. Dalam tahun ini, aset di bawah pengurusan meningkat ke RM3.06 bilion, peningkatan sebanyak RM860 juta atau 39.10%. AmPrivate Banking mengekalkan integriti dalam semua urus niaga dengan pelanggannya. Para pelanggan boleh memilih untuk membebaskan diri dari membuat sebarang keputusan pelaburan (akaun budi bicara) atau menyertai pengurusan portfolio pelaburan mereka secara aktif (akaun bukan budi bicara). Apa jua pilihan yang dipilih oleh pelanggan, mereka akan dinasihatkan tentang pelbagai cara untuk mengembangkan, menguruskan dan melindungi harta mereka melalui rangkaian produk dan perkhidmatan yang dirangka khas untuk memenuhi keperluan kewangan dan selera risiko mereka. Kami diwakili oleh pejabat cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. Kami menyediakan pasukan penganalisis pelaburan dan nasihat serta Pengurus Pelanggan Peribadi untuk memberi nasihat dan menguruskan portfolio pelanggan kami.

l 72 l

Sebagai pengurus dana untuk AmPrivate Equity, MVMI menjangka akan melabur 75% modal komited sebelum akhir tahun 2008. Dengan rekod prestasi cemerlang kami, MVMI akan menjana satu lagi dana ekuiti swasta baru pada penghujung tahun kewangan ini. Dana baru ini merupakan dana ekuiti swasta serantau yang melabur dalam syarikatsyarikat yang sedang berkembang di dalam rantau Asia Tenggara. Dengan adanya peluang silang sempadan yang lebih menarik, dana serantau baru ini akan menyediakan modal pengambilalihan dan pertumbuhan bagi syarikatsyarikat di Asia Tenggara yang ingin mengembangkan perniagaan di rantau ini.

Kami merancang untuk meluaskan perniagaan kami ke Singapura, Indonesia, dan Brunei. Kami menawarkan kedua-dua pelaburan aset di dalam negara dan di luar negara dengan pulangan optimum, untuk memenuhi keperluan dan profil risiko pelanggan yang pelbagai.

Ekuiti Swasta Dalam tahun fiskal berakhir 31 Mac 2008, Malaysian Ventures Management Incorporated Sdn Bhd (“MVMI”), subsidiari milik penuh AmInvestment Group Berhad, telah melaburkan atau bersetuju untuk melaburkan RM34 juta dalam tiga syarikat penerima pelaburan. Ini mewakili 34% daripada modal komited AmPrivate Equity Sdn Bhd sebanyak RM100 juta, dana ekuiti swasta kami yang ketiga terbesar. Daripada RM34 juta yang dilaburkan setakat ini, 52.5% dilaburkan di dalam sektor logistik, 29.5% di dalam sektor perkhidmatan tenaga dan 18% di dalam sektor berasaskan sumber. Sektor-sektor ini dijangka menikmati dan mengekalkan kadar pertumbuhan yang sihat dalam jangka sederhana. MVMI akan terus melabur dalam syarikat-syarikat penerima pelaburan yang diurus dengan baik dan mampu memberikan perniagaan yang berkekalan serta pulangan yang baik untuk para pelabur AmPrivate Equity.



MVMI juga dalam proses menubuhkan usahasama dengan Konzen Group of Singapore untuk menguruskan cadangan dana sektor fokus air bernilai AS$320 juta (RM1 bilion). Dana ini yang akan dipanggil Dana Air AmKozen Asia akan melabur dalam aset-aset air dalam sektor air di rantau ini, terutamanya di China dan Asia Tenggara. Dana ini berharap untuk menjadi platform utama dalam membiayai infrastruktur air keluar dari Singapura di Asia dan dalam membina aset untuk pelabur yang berminat untuk melabur dalam sektor air di Asia. Objektif Dana ini adalah untuk menghasilkan pulangan yang kukuh, boleh dijangka dan berkekalan kepada pelabur. Pelaburan akan dibuat dalam loji air baru dan yang sedia ada di samping syarikat-syarikat yang memiliki teknologi air yang inovatif dan terbukti. Dana serantau baru ini dan dana sektor yang dicadangkan akan menyediakan MVMI dengan platform serantau bagi mengembangkan perniagaan pengurusan dana ekuiti swastanya menjadi francais yang berkekalan dengan nilai jenama yang tinggi untuk pemegang saham dan pelabur.

Perkhidmatan Amanah AmTrustee Berhad menawarkan “Perkhidmatan Pemegang Amanah yang Inovatif dan Mampu Dimiliki” yang menyediakan Perkhidmatan Pemegang Amanah Korporat dan Peribadi Konvensional dan Islam. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk bertindak selaku pemegang amanah bagi dana persaraan, amanah saham unit, REIT, debentur, taman memorial, kelab golf dan rekreasi, skim perkongsian masa, perkhidmatan penjagaan, penulisan wasiat dan penubuhan akaun amanah untuk individu, ahli keluarga dan institusi. Aset yang diruskan setakat 31 Mac 2008 adalah RM6.998 bilion.

l 73 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan Perniagaan Serantau

Am ARA REIT Managers Sdn Bhd Am ARA REIT Managers Sdn Bhd (“Am ARA”), Pengurus bagi AmFIRST Real Estate Investment Trust (“AmFIRST”), telah menyempurnakan dua pengambilalihan utama dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 bernilai RM345 juta. Pengambilalihan Kelana Brem Towers (diperolehi pada Jun 2007) dan The Summit Subang USJ (Mac 2008) telah menambahkan aset AmFIRST sebanyak 72% ke RM840 juta dari penyenaraian permulaannya. Dengan dua pengambilalihan baru ini, AMFIRST beranjak daripada REIT ruang pejabat kepada REIT komersil dengan jumlah kawasan boleh disewa meningkat 77% dari 1.3 juta kaki persegi ke 2.3 juta kaki persegi (termasuk The Summit Hotel). Dalam tahun kewangan yang ditinjau, salah satu bangunan kami, Menara AmBank telah memenangi hadiah utama di “Anugerah Illumination and Decorative Buildings” anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Am ARA diperbadankan di Malaysia pada 20 April 2006 dan dimiliki penuh oleh Am ARA REIT Holdings Sdn Bhd. Am ARA REIT Holdings dimiliki 70% oleh AmInvestment Group Berhad (AIGB) dan 30% dimiliki oleh ARA Asset Management (Malaysia) Limited. AIGB merupakan subsidiari yang dimiliki 50% oleh AMMB Holdings Berhad sementara ARA Asset Management (Malaysia) Limited adalah subsidiari milik penuh ARA Asset Management Limited, yang berpangkalan di Singapura dan merupakan subsidiari gabungan Cheung Kong Group di Hong Kong.

Perbankan Luar Pesisir Operasi perbankan luar pesisir Kumpulan merangkumi AmInvestment Bank, Labuan Offshore Branch dan AmInternational (L) Ltd (AMIL), kedua-duanya beroperasi di luar Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan. Fokus utama kami adalah untuk menyokong keperluan pembiaayan Dolar AS bagi entiti Malaysia. Urus niaga penting yang disempurnakan dalam tahun ini termasuk: • Sukuk Boleh Tukar Cherating Capital (L) Ltd AS850 (sebagai Pengurus Utama Bersama); • and Bon Boleh Tukar IOI Resources (L) Bhd AS 600 juta (sebagai Pengurus Utama Kanan Bersama); dan • Sukuk Boleh Tukar Paka Capital Limited AS550 (sebagai Pengurus Utama Bersama) Kami turut meluaskan liputan perkhidmatan kami untuk merangkumi institusi utama di dalam wilayah termasuk memegang peranan Pengurus Kanan bagi Kemudahan Pinjaman Bertempoh/Kredit Pusingan Melco PBL AS 1.75 bilion untuk pembinaan kompleks hiburan di Macau yang dijadualkan siap sebelum 2009. TK2008 juga menyaksikan AMIL mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu Penaja Penyenaraian utama bagi Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan (LFX) dengan penyenaraian instrumen yang berikut: • Bon Boleh Tukar IOI Resources (L) Bhd AS600 juta • Sijil Amanah Dar Al-Arkan Real Estate Development Company (Sukuk Al-Ijara) AS1 Bilion, Terbitan sukuk Dar Al-Arkan merupakan penyenaraian sukuk terbesar di bursa dan yang pertama dari penerbit Arab Saudi. Sukuk tersebut telah diatur bagi pihak Dar AlArkan Real Estate Development Company, pemaju harta tanah perumahan terkemuka di Arab Saudi. Dari segi lain, portfolio sekuriti ekuiti Asia kami mencatatkan prestasi yang cemerlang, meskipun berada di dalam persekitaran operasi yang kurang memuaskan ekoran krisis sub-prima di AS.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 74 l

AmFraser Securities Pte Ltd, Singapura AmFraser Securities Pte Ltd (AmFraser) mengalami pertumbuhan dalam tahun kewangan berakhir Mac 2008 dengan pelaburan penting dalam pasukan perniagaan strategiknya yang merangkumi peniaga, remisier dan kakitangan sokongan perniagaan. Pasaran stok aktif dimudahcarakan dengan perekrutan hampir tiga puluh peniaga dan remisier baru. Kumpulan wakil perdagangan yang lebih besar ini menyumbang kepada bahagian pasaran Syarikat dalam Singapura. Dalam tahun kewangan 2007, pulangan atas perniagaan pembrokeran meningkat sebanyak 88.1% berbanding kenaikan pasaran SGX sebanyak 71.3% sepanjang tempoh 12 bulan berbanding Mac 2008. Memandangkan kebanyakan peniaga baru berumur tiga puluhan sahaja, mereka dijangka terus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran dengan fokus utama kepada perniagaan pelanggan utama. AmFraser turut melaksanakan perniagaan baru dalam tahun ini, dengan memanfaatkan sinergi dan kepakaran Kumpulan AmInvestment dan menubuhkan unit-unit perniagaan Kewangan Korporat, Penjualan Institusi, Penyelidikan Institusi dan Pengurusan Harta dalam Syarikat bagi membina sumber dan projek untuk memantapkan perniagaan teras tradisional kami dalam pembrokeran ekuiti runcit. Unit Kewangan Korporat dijangka melancarkan IPO di Singapura pada tahun ini, di samping urus niaga bersifat nasihat dan penempatan saham. Laporan Penyelidikan AmFraser juga menunjukkan ikutan positif di kalangan pelanggan institusi terpilih. Meskipun kos dan pelaburan dalam bidang pembrokeran ekuiti dan perniagaan baru bertambah dalam tahun ini, Syarikat telah mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan menambahkan 4.9% kepada aset bersih bagi tahun kewangan berakhir Mac 2008, membawa jumlah aset bersih kepada S$48.35 juta. Menjelang penghujung TK 2008, syarikat telah mengendalikan semakan komprehensif ke atas dasar-dasar HR dan menjajarkan manfaat serta imbuhan staf untuk menarik dan mengekalkan staf berbakat. Pada masa yang sama, sumber telah dilaburkan untuk melatih dan menaik taraf setiap jabatan sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan dan penggantian.

PT AmCapital, Indonesia Kehadiran Kumpulan semakin dirasai di Indonesia di bawah PT AmCapital Indonesia (AmCI). Selain perdagangan ekuiti sebagai perniagaan utamanya, inisiatif strategik AmCI termasuk unit-unit Kewangan Korporat, Perbankan Pelaburan, Pendapatan Tetap dan Pengurusan Pelaburan. AmCI terus memainkan peranan penting dalam mengenal pasti peluang perniagaan dan pekongsi Indonesia yang berpotensi untuk melabur di dalam pelaburan pelaburpelabur serantau dan mengambil bahagian di dalam ekonomi Indonesia yang semakin berkembang. Sehubungan dengan ini, AmCI bekerja rapat dengan AmInvestment bank (Malaysia) dan AmFraser Securities (Singapura) untuk membangun dan mengembangkan perniagaan pembrokeran serantau, pembiayaan korporat dan pengurusan dana termasuk penjualan silang produk kewangan. Unit Kewangan Korporat menyertai pelbagai urus niaga Tawaran Awam Permulaan Saham dan Bon dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa urus niaga penggabungan dan pengambilalihan terutamanya dalam sektor sumber semula jadi seperti perladangan, minyak & gas serta pengilangan.

Meskipun cabaran perniagaan akan bertambah dalam tahun yang akan datang, kami akan terus melabur dalam sumber manusia kami, menerokai produk dan perkhidmatan baru dan fokus dalam menghasilkan perusahaan perniagaan yang berkekalan.

l 75 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kumpulan Perbankan Pelaburan AmCI telah merekrut pasukan kakitangan yang berdedikasi dan berpengalaman di dalam unit Pengurusan Pelaburan dan kini sedang membangunkan dana bersama pertamanya (Dana Modal Terlindung) yang akan dilancarkan di Indonesia pada pertengahan 2008. AmCI juga akan memanfaatkan kepakaran pengurusan dana Kumpulan AmBank dan memposisikan kedudukannya secara strategik dalam menawarkan dana bersama yang tertumpu kepada Dana Modal Terlindung, Dana Pendapatan Tetap dan Dana Islam yang akan dilaburkan di dalam kedua-dua pasaran domestik dan global. Untuk terus maju ke hadapan, AmCI bercadang untuk menawar dan mengagihkan dana luar pesisir di Indonesia di samping menyediakan perkhidmatan pengurusan portfolio kepada pelabur-pelabur tertentu seperti individu, syarikat dan institusi bernilai tinggi.

Pandangan bagi aktiviti perdagangan ekuiti dalam tahun 2007 secara amnya adalah bulis di mana perolehan volum perdagangan ekuiti di Bursa Saham Indonesia (IDX) meningkat sebanyak 138% untuk mencatatkan perolehan Rp2,100 trilion dalam T2007. Selaras dengan ini, perolehan AmCI meningkat sebanyak 142% ke Rp24.3 trilion untuk menduduki tempat ke-28 dalam senarai syarikat perdagangan ekuiti paling aktif (kesemuanya 125) dari segi volum di Indonesia. Unit Pendapatan Tetap kami disokong oleh peniaga-peniaga berpengalaman yang pakar dalam perdagangan bon kerajaan dan korporat. Kami memiliki rangkaian pelanggan institusi yang kukuh termasuk agensi milik negeri di seluruh Indonesia. AmCI terus menunjukkan prestasi yang baik di dalam kedua-dua perdagangan Bon Kerajaan dan Korporat.

AmBank PropertyLink

Pinjaman hartanah yang dihubungkan kepada Akaun Semasa anda Dengan AmBank Property Link, wang yang dimasukkan ke dalam Akaun Semasa boleh membantu menjimatkan faedah pinjaman anda. Dengan jumlah pinjaman yang lebih rendah untuk dibayar, anda boleh memanfaatkan tunai anda dengan cara lain.

Kami membantu anda mengembangkan aset anda. Anda pasti tersenyum.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 76 l

Perbankan Perniagaan Pertumbuhan Hala Tuju Perniagaan Bagi TK2008, Perbankan Perniagaan sekali lagi menambah kepada pertumbuhan yang telah dicapai dalam dua TK sebelumnya, dengan pertumbuhan lebih 40% dalam keseluruhan kemudahan kredit. Salah satu fokus strategik utama kami adalah untuk merapatkan unit-unit perniagaan dengan para pelanggan. Ini dilakukan dengan mempelbagaikan perniagaan dengan fokus geografi, daripada Ibu Pejabat. Ukuran sukses strategi ini dilihat dalam pertumbuhan pinjaman wilayah hampir 5 kali lebih banyak sepanjang 3 tahun yang lepas. Dalam TK yang akan datang, Perbankan Perniagaan akan terus meluaskan kehadiran wilayahnya, mempertingkatkan tahap perkhidmatan dengan menubuhkan lebih banyak pusat perniagaan dan menambahkan bilangan pengurus perhubungan. Perdagangan (pembiayaan dan perkhidmatan) adalah satu lagi bidang yang mengalami pertumbuhan kuantum, meningkat sebanyak 2.8 kali sepanjang 3 tahun yang lepas. Bahagian Liabiliti Luar Jangka buku perdagangan turut bertambah baik dari 37.3% pada Mac 2005 ke 45.4% pada Mac 2008. Satu lagi pendorong penting adalah keupayaan perniagan dan pasukan sokongan untuk memenuhi keperluan pelanggan di samping fokus terhadap pembinaan hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Ini telah membuahkan hasil dalam bidang IKS di mana kedua-dua pemberian pinjaman dan bilangan pelanggan telah meningkat lebih kurang 30% dari tahun sebelumnya. Pelanggan kami turut menghargai kemudahan mempertimbangkan kedua-dua tawaran Perbankan konvensional dan Islam. Dengan bantuan rakan sekerja kami dari AmIslamic Bank, Perbankan Islam kini membentuk hampir 17% dari portfolio pinjaman kami. Sepanjang tahun, kami telah: • Memulakan kerjasama baru dengan cawangan ANZ Bank di seluruh dunia untuk membawa masuk lebih banyak perniagan kewangan terutama pengeluaran jaminan bank dan Surat Kredit Tunggu Sedia (SBLC); • Mencatatkan peningkatan dalam perniagaan kiriman wang antarabangsa di mana ANZ Bank telah menyatukan kesemua kiriman wang masuk (Malaysia) ke AmBank; • Terus menawarkan/mempakej semula program pemberian pinjaman berstruktur, mendapatkan kontrak program pembiayaan dan perkhidmatan pemfaktoran, menyasarkan pelanggan dengan kontrak bekalan dan perkhidmatan daripada kementerian dan agensi Kerajaan; • Fokus kepada pengkhususan Pengurus Perhubungan dalam industri pertumbuhan terpilih seperti logam, kimia, barang pengguna laris, minyak & gas, minyak sawit, infrastruktur dan sektor utiliti;

• Memastikan penyediaan pakar-pakar produk untuk memberi nasihat pakar kepada Pengurus Perhubungan kami (contoh: Perdagangan, Pemfaktoran dan Pengurusan Tunai); • Meneruskan usaha kami untuk menambah baik masa pusing ganti dan perkhidmatan, merangkumi kelulusan pinjaman & proses pendokumenan, berasaskan prinsip Six Sigma. Melangkah ke hadapan, Perbankan Perniagaan akan meneruskan pendekatan pempelbagaiannya yang proaktif, menyediakan pembiayaan modal kerja kepada syarikat yang mempunyai asas teguh untuk berkembang terutama sektorsektor yang sedang meningkat seperti komoditi (minyak & gas, minyak sawit dan logam), pertanian, kimia dan sektor pengguna laris. Satu lagi bidang aktiviti adalah Pembiayaan Kontrak di mana AmBank berharap untuk bekerjasama dengan kerajaan dengan menyediakan pendanaan kepada kontraktor infrastruktur dan pembekal (perubatan, pendidikan ICT dsb.) di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Kerjasama dengan ANZ Bank juga dijangka akan berterusan untuk membawa masuk lebih banyak perniagaan perdagangan dan kiriman wang. Bahagian juga mengalu-alukan peluang bekerja rapat dengan ANZ Bank untuk membawakan produk dan perkhidmatan baru kepada pelanggan kami, terutama dalam ruang FX dan derivatif.

Pengurusan Tunai dan Perbankan Transaksi Dalam 2007, Pengurusan Tunai, melalui a-AmBiz (Perbankan Internet Korporat) dan Ambiz-CashPro (Penyelesaian Berstruktur Pengurusan Tunai), telah meningkatkan pangkalan pelanggannya ke 1,500 dan terus pesat berkembang, lebih dua kali ganda berbanding bilangan pelanggan pada tahun lepas. AmBiz-Cash Pro boleh diperibadikan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ia membantu syarikat korporat menguruskan rantaian bekalan dan kos operasi perniagaan dengan lebih baik, seterusnya menambahkan keefisienan dan daya saing mereka. Penyelesaian seperti Penyampaian dan Pembayaran Invois Elektronik yang dikenalkan pada tahun lepas memudahkan pelanggan membuat pembayaran segera untuk memudahcarakan masa patah balik bagi penyelesaian perdagangan. Ini disertakan dengan maklumat pembayaran untuk dikemaskini ke Akaun Bayaran Belum Terima dan Belum Bayar. Untuk menyokong fungsi-fungsi perniagaan pelanggan, AmBiz-CashPro akan melancarkan produk Senarai Gaji Kasar dalam 2008 untuk memudahcarakan fail pembayaran kasar tunggal dari pelanggan. Penyelesaian ini akan mengira potongan kepada pelbagai badan berkanun dan melaksanakan keperluan pembayaran dan pelaporan berikutannya.

l 77 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Perbankan Runcit Perbankan Runcit membentuk sebahagian asasi barisan perniagaan utama di dalam Kumpulan AmBank, dan menawarkan perkhidmatan kepada pelangganyang menggunakan platform saluran pelbagai. Dengan produk dan perkhidmatan yang unggul, pasukan perbankan yang mengambil berat, kemudahan terbaik di pusat-pusat perbankan, ATM, rangkaian mudah alih dan perbankan dalam talian serta sokongan teknikal daripada ANZ, kami meyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami berbanding mana-mana institusi kewangan lain. Perbankan terus menggunakan teknologi untuk menawarkan perkhidmatan yang mementingkan perhubungan peribadi. Kami mula meningkatkan kualiti perkhidmatan kami sejak 2006. Beberapa projek utama telah dimulakan di segenap Bank Runcit yang memfokus kepada perkhidmatan pelanggan dan menetapkan standard lebih tinggi bagi pengurusan prestasi. Keputusannya begitu dramatik, malahan Bank telah berjaya memenangi beberapa anugerah. Sama ada ia merupakan seorang jurubank persendirian di Pulau Pinang yang membantu pelanggan deposit pada 6.30ptg atau di cawangan perbankan lanjutan kami mahupun seorang kakitangan di ibu pejabat menguruskan kes pemalsuan untuk mengelakkan pelanggan berumur daripada kehilangan simpanan beliau, kami mengamalkan perkhidmatan berorientasikan perhubungan.

Prestasi kami Keuntungan selepas cukai bagi Bahagian Perbankan Runcit meningkat sebanyak 117%, disebabkan peningkatan dalam pendapatan operasi (+6%) dan penambahbaikan kualiti aset (peruntukan lebih rendah sebanyak 51%). Pinjaman bersih mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5% bagi TK 2008 dan deposit kos rendah Perbankan Runcit bertambah 14% dalam TK 2008. Bagi Akhir Tahun Kewangan 2008, operasi Perbankan Runcit dan Komersil merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan sebelum cukai Kumpulan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM742.6 juta. Pendapatan barisan atas turut meningkat sementara peruntukan lebih rendah dibuat bagi operasi Perbankan Runcit. Nisbah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) bertambah baik kepada 3.2% berbanding Akhir Tahun Kewangan 2007 (4.2%) disebabkan pengurusan risiko kredit yang baik, pengurusan pemungutan dan pemulihan serta latihan pelupusan NPL.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan Kami sedia untuk meletakkan kedudukan AmBank sebagai Penyedia Perkhidmatan Pelanggan Terbaik di kalangan institusi kewangan dalam negara. Cadangan nilai kami adalah untuk menyampaikan pengalaman unik yang berbeza kepada pelanggan kami yang dihargai.

Inovasi Produk Kami memastikan perikatan yang berkekalan dengan pelanggan kami melalui produk dan perkhidmatan berkualiti yang mampu menarik trend pengguna dinamik. AmBank diiktiraf sebagai Syarikat Kewangan Automotif Tahun Ini (Malaysia) di Anugerah Automotif ASEAN Frost & Sullivan. Berbekalkan komitmen kami kepada perkhidmatan yang diperibadikan serta inovasi produk, produk-produk baru dilancarkan secara berterusan untuk menambahkan tawaran kami. MasterCard Platinum telah diperkenalkan untuk pemilik perniagaan, menawarkan kemudahan overdraf, pinjaman rumah dan pembiayaan auto. Berikutan kejayaan kempen pertamanya, AmBank Mad Gold Rush II telah dilaksanakan untuk membina asas deposit kos rendah.

l 78 l

Pasukan Jualan yang Teguh dan Pelbagai dalam Perbankan Runcit Pada masa ini, kami mempunyai lebih kurang 7,580 warga jual yang komited dan berpengalaman, merangkumi pasukan jualan Kumpulan, perunding perkhidmatan kewangan dan jurubank persendirian yang sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sistem Saluran Penyampaian Bersepadu dan Mudah Perbankan Runcit mempunyai 183 cawangan, 399 ATM dan 90 Pusat Perbankan Elektronik (EBC) di seluruh negara. Kami juga mempunyai cawangan yang buka untuk perniagaan di hujung minggu. Buat masa ini, 40 cawangan dibuka pada hari Sabtu dan 59 dibuka pada hari Ahad. Di samping itu, 20 cawangan menawarkan perbankan waktu lanjut pada hari-hari kerja. Di Anugerah Pusat Perhubungan Kebangsaan Persatuan Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Pusat Perhubungan Malaysia ke-8, AmBank memenangi 5 anugerah:

Dalam menuju ke arah aspirasi Kumpulan jangka masa sederhana, Perbankan Runcit bertujuan mencapai sasaran-sasaran berikut: • Untuk meningkatkan Pulangan atas Ekuiti Pembiayaan Automobil kepada lebih 12% dan mengekalkan kedudukan teratas dalam pasaran. • Untuk berada dalam kedudukan teratas bagi Gadai Janji dan Kad. • Untuk menggandakan bahagian deposit kos rendah kepada 25% jumlah deposit. • Untuk berada dalam kedudukan 3 Teratas bagi rangkaian ATM dan peluasan cawangan. • Untuk menggandakan pelanggan bank pada 2011. • Untuk membangunkan 50 pakar Six Sigma Black Belt dan melatih 80% dari pekerja Perbankan Runcit dalam proses Six Sigma.

Tema Strategik Perbankan Runcit • Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang

• Emas untuk kategori “Most Significant Achievement” • Gangsa untuk “Best In - House Service Contact Center” melebihi 50 kerusi • Gangsa untuk “ Best in - House Sales Contact Center” kurang 50 kerusi • Perak untuk “Best Direct Marketing Programme” bagi AutoXpress • Anugerah Kecemerlangan Khas untuk keputusan Best Mystery Shopper

Aspirasi Perbankan Runcit Fokus kami adalah memiliki, menguasai dan membesarkan segmen pelanggan massa di samping memastikan kedudukan 3 Teratas dalam pasaran bagi segmen perbankan runcit terpilih. Salah satu keutamaan Kumpulan adalah meningkatkan deposit kos rendah kami kepada 25% pada atau sebelum 2011. Inisiatifinisiatif tertumpu kepada usaha memperoleh akaun baru, menambahkan penggiatan, menambahkan pengurusan tunai dan penggunaan perkhidmatan perdagangan serta mengamalkan jualan silang kepada pelanggan Kumpulan. Kami kini sedang menukar model penyampaian jualan dan perkhidmatan kami bagi memastikan kualiti perkhidmatan tertinggi di samping mengekalkan budaya berorientasikan pelanggan.



Perbankan Runcit sedang bergerak daripada konsep berorientasikan produk kepada konsep berorientasikan pelanggan. Kami menyedari betapa pentingnya komitmen pekerja dalam menyampaikan produk tambah nilai kami dan kualiti perkhidmatan tertinggi. Di samping nilai-nilai jenama F.I.R.S.T. (Mesra, Inovatif, Responsif, Mudah dan Amanah), kami telah mengukuhkan Piagam Pelanggan kami dengan menawarkan lebih kemudahan pelanggan seperti penyepaduan saluran penyampaian yang lebih baik, akses lebih mudah dengan menempatkan cawangan-cawangan kami dalam lokasi strategik serta pelaksanaan produk dan perkhidmatan inovatif yang memenuhi keperluan pasaran saran kami. Kami juga terus memperbaiki masa pusing ganti kami untuk menawarkan pengalaman berorientasikan pelanggan yang selesa.

• Membangunkan Budaya Prestasi Tinggi Program Pengurusan dan Pengekalan Bakat Kami dilaksanakan untuk menarik masuk dan mengekalkan bakat terbaik di dalam organisasi. Kami menyediakan kursus latihan yang sesuai untuk membekalkan pekerja kami dengan kemahiran teknikal yang relevan untuk kekal setaraf dengan standard industri. Ini termasuk peluang latihan dan peminjaman keluar ke pejabatpejabat ANZ di Australia dan rantau Asia Pasifik.

l 79 l

Untuk menggalakkan prestasi pekerja yang optimum, skim ganjaran kami yang termasuk komisen jualan dan insentif-insentif prestasi lain, sentiasa disemak agar kekal kompetitif.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Perbankan Runcit Perikatan strategik kami dengan 7-Eleven untuk memasang lebih 400 Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) membuktikan komitmen kami untuk meluaskan kesampaian produk dan kebolehsampaian kami kepada pelanggan. Untuk mencapai aspirasi kami, Perbankan Runcit bercadang mengembangkan rangkaian kami lagi. • Memulakan Program Agenda Teras Strategik Aspirasi AmVision 2011 Perbankan Runcit telah mengenal pasti tiga program agenda teras strategik:1. Mengurangkan Kos Dana

• Mengukuhkan Rangka Kerja Pengurusan Risiko Inisiatif-inisiatif untuk memastikan Rangka Kerja Pengurusan Risiko yang kuat termasuk membangunkan rangka Kerja Selera Risiko dan Rangka Kerja Risiko Pasaran. Kursus-kursus dalamm pengurusan kredit ditawarkan kepada pekerja kami. Struktur dan amalan Rangka Kerja Pengurusan Risiko kami disemak secara kerap agar kekal relevan dengan perubahan undang-undang. • Mengukuhkan Jenama AmBank Kami terus mempertingkatkan jenama kami untuk kekal teratas dalam minda pelanggan. Penjenamaan kami dicerminkan melalui reka bentuk dan keseragaman cawangan sementara nilai-nilai “F.I.R.S.T.” diamalkan dalam pembangunan produk dan perkhidmatan produk serta proses-proses. • Meluaskan Cawangan dan Saluran Penyampaian Dengan permintaan pengguna yang semakin tinggi, Perbankan Runcit telah memulakan usaha meluaskan rangkaian cawangan, mempertingkatkan proses interaksi perkhidmatan pelanggan, mengukuhkan keupayaan saluran elektronik kami dan mempertingkatkan operasi Pengagihan Runcit kami.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 80 l

Kami ingin mengurangkan kos dana sebanyak 40bps, sambil mengurangkan kemudahubahan dalam kos pendanaan. Fokus utama kami adalah inovasi produk. Perbankan Runcit menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, untuk memposisikan kedudukan kami sebagai penyedia perkhidmatan kewangan yang memahami dan mengambil berat. Selain daripada menambahkan pasukan jualan deposit langsung, rangkaian cawangan kami yang besar akan memainkan peranan penting dalam membina deposit kos rendah. Perbankan Runcit telah melaksanakan model keuntungan cawangan yang mengesan sasaran deposit di cawangan-cawangan, antara lain untuk menjajarkan skim insentif prestasi. 2. Mengurangkan Pinjaman Tidak Berbayar (NPLs) Kami akan melaksanakan pelbagai kaedah untuk membantu mengurangkan Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) termasuk peramalan kemungkiran, peramalan pemulihan, pengesanan penipuan, model kemungkiran kerugian dan kemungkinan penjejakan kemungkiran. Di samping itu, kami terus meningkatkan pengurusan pemarkahan kredit dengan memperkenalkan papan markah baru. 3. Mengimprovisasi Perniagaan Pembiayaan Automobil Kami telah menjenterakan semula fokus perniagaan ke arah segmen keuntungan lebih tinggi dan perancangan sedang dibuat untuk merasionalkan operasi di pusat-pusat perniagaan bagi meningkatkan produktiviti.

Kedudukan dan Fokus Pasaran

Pembiayaan Auto • Pembiaya Auto Utama dengan 22.3% bahagian pasaran (berdasarkan pembelian kenderaan bermotor) • Untuk mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran sambil memperbaiki keberuntungan produk tanpa menjejaskan kualiti pinjaman

Produk dan Perkhidmatan

Saluran Pengagihan

Aspirasi Jangka Masa Ciri Penting Sederhana - AmVision 2011 TK2008



• Pembiayaan Auto • 17 Pusat Perniagaan • Untuk mengekalkan Konvensional Pembiayaan Auto dan kedudukan 2 Teratas • Pembiayaan Auto 29 cawangan hybrid di (dari segi bayaran Islam seluruh negara belum terima) • Skim Pembiayaan • Sekutu perniagaan Semula Konvensional/ dengan syarikat Islam kenderaan dan • Perancangan Awal/ pemegang francais Stok Awal untuk utama di Malaysia peniaga • Hubungan dengan • Skim bayar balik lebih 4,000 peniaga Bertingkat kereta di seluruh • Skim subsidi faedah negara • Bayaran balik Membelon • Faedah sifar • Pembiayaan Auto kadar terapung

• Meraih kecemerlangan dalam Anugerah Pemberian Pinjaman Automobil di Anugerah Asian Banker “Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Kewangan Runcit” yang ke-6 pada Jun 2007 • Memenangi Anugerah Syarikat Kewangan Automotif Tahun Ini (Malaysia) di Anugerah Automotif ASEAN Frost & Sullivan 2008 pada Jun 2008

Gadai Janji • Satu daripada peminjam gadai janji paling inovatif dan fleksibel di Malaysia • Fokus pada pengukuhan kedudukan pasaran dalam segmen harta tanah nilai sederhana dan tinggi

Harta Tanah Perumahan • Pinjaman Perumahan • Home Link • Pembiayaan-i Rumah • Pinjaman Perumahan Berkanun • Gabungan Pinjaman Perumahan dengan Kemudahan Overdraf Harta Tanah Komersil • Pinjaman Harta Tanah • Property Link • Pembiayaan-i Harta Tanah • Gabungan Pinjaman Harta Tanah dengan Kemudahan Overdraf

• Pusat Gadai Janji • Menduduki antara berdedikasi di tangga teratas bandar-bandar utama dalam Harta Tanah dan saluran jualan Perumahan meluas, disokong oleh • Meningkatkan nilai 183 cawangan dan keuntungan • Perikatan strategik pemegang dengan badan saham dengan kerajaan mengimbangkan • Perikatan strategik keperluan pelanggan, dengan pemaju kualiti kredit dan keberkesanan operasi terkemuka secara efektif

• Menyertai lebih 300 projek pembiayaan pinjaman akhir • Penyertaan aktif dalam pelancaran projek dan pameran harta tanah pemaju utama dan dalam promosi bersama melalui kempen pemasaran pangkalan data • Perikatan aktif dengan ejen harta tanah

Pilihan Produk Menarik • Yuran guaman dan pembayaran percuma (Kos Masuk sifar) • Kemudahan Pengeluaran • Menghubungkan akaun semasa untuk menikmati kos faedah lebih rendah • Pusat setempat untuk produk insurans berkaitan rumah



l 81 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Perbankan Runcit Kedudukan dan Fokus Pasaran

Produk dan Perkhidmatan

Saluran Pengagihan

Aspirasi Jangka Masa Ciri Penting Sederhana - AmVision 2011 TK2008

• Kad kredit konvensional (Klasik, Emas, Platinum) • Kad kredit Islam (Klasik, Emas, Platinum) • Kad jenama bersama: kad Master Real Rewards, Kad Samsung Imagine Visa • Kad Istimewa: Kad FIFA World Cup

• Kakitangan Jualan Langsung • 183 Cawangan di seluruh negara • Pusat Perhubungan AmBank Contact Center 24 jam • Vendor sumber luar

• Untuk menjadi pengeluar kad 3 Teratas

• Melancarkan Kad Master Card Platinum baru untuk Pemilik Perniagaan. Faedah istimewa termasuk perlindungan insurans perjalanan automatik sehingga RM1 Juta, pelan pembayaran fleksibel, overdraf pra layak dan kemudahan pembiayaan rumah dan sewa beli. • Penaja bersekutu untuk Philips Astro Masters 2007 ke-10 • Mencapai pertumbuhan 28% untuk bil saudagar dan bermatlamat menggandakan pangkalan saudagar pada atau sebelum Mac 09 melalui pasukan jualan dalam syarikat dan Saudagar Master sumber luar. • Bermatlamat mencapai pertumbuhan penting dalam bayaran belum terima • Melancarkan Pindahan Baki dan Quick Cash dengan pelan pembayaran fleksibel dan program hadiah pada Februari 2008

• Kad prabayar NexG dan kad jenama sama • Kad NexG iTalk • Kad istimewa seperti Kad FIFA World Cup & Kad Dual untuk pekerja asing (Amasu)

• Kakitangan Jualan Pemasaran langsung • 183 Cawangan di seluruh negara • Lebih 5,000 lokasi tambah nilai ePay terutamanya di kompleks beli-belah • Kedai 7-Eleven di seluruh negara

• Untuk mengekalkan kedudukan No. 1

• Saluran keluar mencukupi untuk pelanggan membeli & terus mendaftar dan mengaktifkan Kad Prabayar mereka. • Kemudahan tambah nilai tunai di merata lokasi termasuk kedai-kedai yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu

Kad Kredit • Pembiaya kad kredit kelima terbesar dengan lebih 8% bahagian pasaran • Meningkatkan nisbah pegangan produk di seluruh AmBank dan menjadi kad pilihan kepada segmen sasaran • Mengekalkan kedudukan No 1 dalam pengeluaran kad kredit Islam • Menjadi Pemeroleh EPP No. 1

Kad Prabayar • Pengeluar kad prabayar terbesar dalam pasaran

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 82 l

Kedudukan dan Fokus Pasaran

Produk dan Perkhidmatan

Saluran Pengagihan

Aspirasi Jangka Masa Ciri Penting Sederhana - AmVision 2011 TK2008

• Pegawai Pemasaran berpangkalan di lapan hab wilayah dan meja di seluruh negara • 183 cawangan di seluruh negara • Rujukan oleh pembekal dan sekutu perniagaan • Kerjasama pemasaran strategik dengan Pengilang/ Pengedar utama untuk pembiayaan mikro

• Untuk menetapkan standard industri terbaik bagi pembiayaan peralatan dan kemudahan terjamin CGC

• Komitmen ke arah inovasi produk • Pelan Tunai AmPetrol, pakej pembiayaan ditawarkan kepada peniaga petrol untuk mendapatkan pendanaan modal kerja dan jaminan bank • AmMikro, pinjaman berjangka tidak bercagar dengan tempoh pembayaran tetap diberi kepada perusahaan mikro yang layak untuk tujuan perniagaan dan modal kerja

• Pegawai Jualan Pemasaran ditempatkan di semua Bandar utama di seluruh negara • Pemasaran terperibadi • Saluran pengagihan pihak ketiga • Bersekutu dengan kooperasi • 183 cawangan di seluruh negara

• Untuk mencapai kedudukan utama dalam segmen Pembiayaan Peribadi dengan penyampaian cemerlang kepada pelanggan

• Pertumbuhan pinjaman bagi TK 2008 • Pembayaran melalui potongan gaji yang memberi kualiti aset yang cemerlang bagi portfolio dengan nisbah NPL tidak penting

Pembiayaan Aset dan Perniagaan Kecil • Untuk memenuhi keperluan kewangan perusahaan kecil dan sederhana dengan penyediakan rangkaian komprehensif pakej kewangan • Untuk meningkatkan kehadiran kami dalam pemberian pinjaman komersil kepada syarikat Bumiputera di bawah Unit Bumiputera • Untuk menggalakkan pembiayaan mikro di bawah AmMikro

• SB industri • Pembiayaan IKS • Overdraf • Pinjaman Berjangka • Pinjaman Harta Tanah Komersil • Pembiayaan Perdagangan • Jaminan bank • Pendiskaunan Blok • Pinjaman terjamin CGC • Pinjaman danaan BNM

Pembiayaan Peribadi • Ketiga terbesar antara • Pinjaman semua institusi Pembiayaan Peribadi kewangan dengan berdasarkan prinsip lebih 6% bahagian Syariah pasaran • Memposisikan AmBank sebagai bank pembiayaan peribadi terpilih dengan meluaskan pangkalan data pelanggan sasaran



l 83 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Perbankan Runcit Kedudukan dan Fokus Pasaran

Produk dan Perkhidmatan

Saluran Pengagihan

Aspirasi Jangka Masa Ciri Penting Sederhana - AmVision 2011 TK2008

Deposit Runcit • Bahagian pasaran deposit Teras Runcit (CASA dan deposit Tetap) lebih 5% • Ke-6 terbesar dari segi deposit (di kalangan bank – bank tempatan) • Untuk menjadi bank pilihan bagi segmen pelanggan massa pertengahan • Untuk mempromosikan dan membina deposit kos rendah secara efektif

• • • • • • • • • • • •

Akaun Simpanan Asas • 183 cawangan di Akaun Simpanan seluruh negara Simpanan AmGenius • 405 ATM seluruh G.a.n.g Penyimpan negara Akaun Semasa Asas Akaun Semasa - i Akaun semasa AmStar Deposit Tetap Konvensional Deposit Tetap Mega Deposit Tetap Interest Plus Deposit Tetap AmQuantum Deposit Tetap Am50 Plus

Cu s to m e r • Kemesraan • Inovasi • Responsif

F. I.R.S.T

• Melakukan yang mudah •Boleh dipercayai

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 84 l

• Gandakan bahagian akaun simpanan dan semasa AmBank • Pengurangan ketara dalam kos dana peminjaman keluar

• Kakitangan utama dari ANZ untuk menjadi Ketua Strategi & Deposit • Melancarkan Kempen AmBank Mad Gold Rush 1 & 2, untuk meningkatkan akaun simpanan dan semasa

Kedudukan dan Fokus Pasaran

Produk dan Perkhidmatan

Saluran Pengagihan

Aspirasi Jangka Masa Ciri Penting Sederhana - AmVision 2011 TK2008

Pengagihan Runcit - Perbankan Cawangan & Saluran • Bank keenam terbesar dari segi bilangan cawangan dengan 183 cawangan di seluruh dunia. • 70% dalam urus niaga Swalayan dalam 2 tahun

Produk ditawarkan di cawangan • Deposit - Akaun Semasa (Konvensional dan Islam) - Akaun Simpanan (Konvensional dan Islam) - Deposit Tetap • Pelaburan - Amanah Saham - Bancassurance • Peminjaman - Gadai Janji - Pembiayaan Automobil - Pembiayaan Peribadi - Kad Kredit • Insurans Am Perkhidmatan ditawarkan di cawangan • Giro Antara Bank • Wang Kiriman • Pemindahan Telegrafik • Cek kembara • Draf Permintaan • Perintah juruwang • Arahan tetap • Pungutan cek asing • Langganan IPO • Pembayaran bil • Pemindahan dana • Tambah Nilai Touch ‘n Go • Perbankan Mudah alih • Tambah Nilai Prabayar

• 183 cawangan • Kedudukan pasaran • Buat masa ini, 40 3 Teratas dalam cawangan dibuka rangkaian ATM & pada hari Sabtu dan peluasan rangkaian 59 dibuka pada hari cawangan Ahad. • Untuk memiliki • 20 cawangan pasukan jualan pakar menawarkan di tapak perbankan waktu • Untuk menawarkan lanjut pada hari-hari saluran elektronik 24 kerja. jam • 10 cawangan Perkhidmatan Kewangan di seluruh negara dengan lebih kurang 468 perunding Perkhidmatan Kewangan menjual produk pelaburan, terutamanaya amanah saham • Perbankan Internet • Perbankan Mudah alih • Mesin swalayan • Pusat Perhubungan 24 jam dengan rakaman suara • 405 ATM seluruh negara • 90 Saluran Perbankan Elektronik

• Menang 5 anugerah dalam Anugerah Pusat Perhubungan Tahunan Persatuan Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Pusat Perhubungan Malaysia 2007 • Pusat Perhubungan AmBank menang anugerah “Perkhidmatan Pelanggan Paling Mesra, Perbankan Malaysia” di Ekspo Perbankan Elektronik ICT ASEAN 2007 • Pelancaran program perkhidmatan “F.I.R.S.T.” dengan 125 cawangan mencapai markah Pengalaman Pelanggan Terbaik dalam 2007

AmStructured Deposit-Global Bourses

100% perlindungan modal / 2%-24.5% pulangan / tempoh 3 tahun / kupon “catch-up” / yuran masuk sifar AmStructured Deposit-Global Bourses menawarkan kupon “catch-up” unik untuk menambahkan potensi pelaburan anda. Ia membantu deposit anda meraih keuntungan dan kebingkasan untuk berlindung daripada segala kemudahubahan di dalam pasaran dunia.

Melalui kekuatan 8 bursa global ini, kami meningkatkan nilai deposit anda. Anda pasti tersenyum. Pelangganan dibuka dari 26 Mac dengan tempoh tawaran 30 hari berasaskan “siapa dulu, dia dapat”. Kumpulan AmBank berhak untuk menutup pelangganan awal sekiranya permintaan terlalu banyak.

Hubungi 1300 80 8888 atau layari ambg.com.my



l 85 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Perbankan Islam AmIslamic Bank Semenjak penubuhannya pada Mei 2006, AmIslamic Bank bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan yang cemerlang, malahan ia turut memanfaatkan permintaan kukuh untuk perkhidmatan kewangan Islam. Dengan lesen perbankan universal serta 13 tahun pengalaman dalam menawarkan produk dan perkhidmatan Islam melalui saluran Kumpulan AmBank, AmIslamic Bank terus membina perhubungannya dengan pelanggan sedia ada di samping yang baru, dengan menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan perbankan runcit dan komersil yang inovatif. Ini dimantapkan lagi dengan jaringan meluas cawangan Kumpulan, ATM dan pusat perbankan elektronik di seluruh negara. Dalam memajukan perniagaannya, AmIslamic Bank telah menubuhkan dua cawangan berdedikasi di Bandar baru Bangi dan Putrajaya, yang mula beroperasi pada 19 November 2007. Penubuhan cawangan-cawangan AmIslamic Bank menandakan pencapaian penting bagi Kumpulan AmBank (Kumpulan) dalam melaksanakan visinya untuk meletakkan AmIslamic Bank sebagai Bank Islam utama di Malaysia dan di rantau ini. Dua cawangan berdiri sendiri ini telah mengukuhkan kedudukan kompetitif Kumpulan dan turut memantapkan komitmennya ke arah pembangunan industri Perbankan Islam. AmIslamic Bank menunjukkan kemajuan yang ketara di dalam persekitaran yang kian kompetitif, selari dengan penyepaduan sistem kewangan Islam Malaysia ke dalam landskap kewangan Islam global. Dengan keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM153.0 juta dan jumlah aset bertambah kepada RM10.16 bilion pada penghujung Mac 2008, ia telah membuktikan dirinya sebagai komponen penting dalam perniagaan Kumpulan. Ini adalah selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan perniagaan Islam ke tahap lebih tinggi.

Pembiayaan Islam bertambah kukuh dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM10.24 bilion yang merangkumi 78.7% daripada jumlah aset, disebabkan permintaan berterusan untuk pembiayaan dalam segmen perbankan runcit dan perniagaan.

Aktiviti Perbankan Runcit dan Perniagaan Fokus utama dalam tahun ini adalah untuk mengembangkan perniagaan runcit dan komersil Kumpulan. Sehubungan ini, pelbagai produk baru telah diperkenalkan dan kempen pemasaran dianjurkan: • Penstokan-i Lantai Islam di bawah konsep Murabahah untuk peniaga kereta membiayai kereta baru dan terpakai mereka. • Perjanjian pembelian semula Islam (“Repo Islam”) di bawah perjanjian-i Jual dan Beli Balik (telah diperkenalkan dan berjaya menarik penempatan aktif dalam volum yang tinggi dari pelanggan korporat dan institusi kewangan. • Pusat Perniagaan AmIslamic Bank telah berkembang daripada fokusnya terhadap segmen runcit kepada segmen komersil Industri Kecil Sederhana. • Cawangan berdedikasi AmIslamic Bank dilantik sebagai ejen AmTrustee Berhad untuk menyediakan kemudahan menulis wasiat bagi pelanggan. • Perkongsian strategik dengan Takaful Ikhlas Sdn Bhd dan Syarikat Rahman Brothers Travel & Tours, di mana ahli Kad-i Al-Taslif telah ditawarkan pelan pembayaran mudah. Pembayaran dibuat terus melalui saluran elektronik Kumpulan untuk premium takaful atau pakej umrah masing-masing • Kredit-i Pusingan berasas konsep Bai Inah telah diperkenalkan untuk kemudahan bersih sahaja. Dalam tahun pertama operasi, AmIslamic Bank Berhad telah mencatatkan peristiwa penting apabila ia membayar zakat berjumlah RM786,097.41 sebagai zakat perniagaan AmIslamic Bank bagi tahun kewangan berakhir 2007. Sebahagian daripada zakat tersebut telah diagihkan kepada Pusat-pusat pemungutan Zakat Negeri dan sebahagian lain diagihkan kepada asnaf (penerima zakat yang layak) terpilih.

Tan Sri Dato’ Azman Hashim (kanan) menyampaikan cek kepada YBhg Dato’ Seri Hj Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, disaksikan oleh Encik Ahmad Zaini Othman, Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 86 l

Pemasaran dan Promosi Kumpulan juga memainkan peranan utama dalam menyokong usaha BNM untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang aktiviti perbankan Islam di kalangan orang awam melalui penyertaannya di dalam pelbagai jerayawara, persidangan dan eksposisi termasuk Kempen Kesedaran Kewangan Islam (KEKWI) di Masjid Negara Kuala Lumpur pada Jan 2008 dan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia ke-5 (MIHAS 2008) di KLCC pada Mei 2008. AmIslamic Bank turut menyertai Forum Perbankan Antarabangsa di Singapura.

Fokus dan Inisiatif Strategik TK2009 Selain daripada perjanjian dan pelancaran produk yang telah disempurnakan, AmIslamic konsisten dalam mengembangkan aspek perniagaan dan operasinya. Beberapa inisiatif strategik yang sedang dijalankan adalah:• Melancarkan Unit Perbankan Mata Wang Antarabangsa • Membuka lebih banyak cawangan berdedikasi AmIsamic Bank • Membangunkan struktur perniagaan ekuiti berasas konsep Musyarakah • Mengukuhkan Penjenamaan Korporat AmIslamic Bank • Pembangunan produk, Perikatan dan urus niaga perniagaan

Encik Ahmad Zaini Othman, Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank (kiri) dan YBhg Dato’ Hj And Rahman Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd di majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara AmIslamic Bank dan Syarikat Rahman Brothers Travel & Tours.



l 87 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Insurans Tahun kewangan 2008 merupakan tahun yang mencabar namun tetap membuahkan hasil bagi AmAssurance. Kami mencapai keuntungan sebelum cukai sebanyak RM58.2 juta dengan jumlah aset meningkat kepada RM2.5 bilion pada penghujung Mac 2008. Gabungan premium kasar dari perniagaan insurans hayat dan am bertambah sebanyak 12% kepada RM965.0 juta, termasuk premium berkaitan pelaburan yang meningkat kepada RM66.0 juta daripada RM2.0 juta pada tahun lepas.

"AYARAN Tuntutan Mengurangkan Risiko

Bahagian pasaran AmAssurance dalam premium kasar dan premium perniagaan baru, dan kini menduduki tangga kelima dan kesepuluh, masingmasing dalam industri insurans am dan hayat.

Prestasi Perniagaan Insurans Am Perniagaan Insurans Am mencapai kadar pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 15%, dalam premium kasar, kepada RM546 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 berbanding jumlah pertumbuhan industri sebanyak 7%. Perniagaan kenderaan bermotor terus menjadi kelas yang dominan, dengan bahagian portfolio sebanyak 78% daripada jumlah penda patan premium kasar Bahagian. Berbekalkan pertumbuhan 11.8% dalam premium motor kepada RM428.3 juta dalam tahun ini, AmAssurance mengekalkan kedudukannya sebagai penaja jamin insurans motor kedua terbesar dalam negara, dengan 9.5% bahagian pasaran industri pada penghujung Disember 2007. Bagi tahun yang ditinjau, nisbah tuntutan keseluruhan menurun daripada 71.3% kepada 70.5%. Bagaimanapun, perniagaan Insurans Am mencatatkan lebihan penajajaminan lebih tinggi sebanyak RM7.8 juta dalam TK2008 berbanding RM7.4 juta dalam TK2007.

PERNIAGAAN INSURANS KAMI

Risiko Penentuan Harga dan Persefahaman Kos Pengurusan

Inisiatif Strategik Selain daripada melancarkan lebih banyak produk insurans bukan motor yang inovatif, AmAssurance turut menunjukkan minat dalam kemungkinan bergabung perniagaan dengan MAA. Di samping itu, AmG Insurance telah ditubuhkan, sebagai entiti berasingan untuk member lebih fokus kepada pengurusan perniagaan am serta menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih memuaskan. Inisiatif khas kami temasuk:• • •

Pelancaran tiga produk baru daripada Bahgaian Pembrokeran Komersil yang baru ditubuhkan; Pakej AmEdu, AmHospitality dan AmSMI F & B. Lain-lain produk seperti AmDaily Cash dan AmVacation turut dilancarkan dan dipasarkan melalui saluran Pemasaran Langsung dan Telemarketing. Usahasama dengan Perodua untuk mempromosikan pakej AmAuto Extended Warranty kami untuk semua pembelian baru kereta Perodua.

Prestasi Perniagaan Insurans Hayat Bahagian Insurans Hayat mencapai jumlah pertumbuhan premium sebanyak 10% kepada RM418 juta (termasuk premium berkaitan pelaburan) daripada RM383 juta pada tahun sebelumnya. Dari segi premium perniagaan baru tahunan, yang menggambarkan ukuran aktiviti jualan baru, Bahagian Insurans Hayat mencatatkan pertumbuhan yang membanggakan sebanyak 6% kepada RM260.8 juta (TK2007: RM246.5 juta). Dalam tahun ini, dana pemegang polisi hayat (termasuk yang berkaitan pelaburan) menokok sebanyak 19% kepada RM1.5 bilion.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 88 l

Berikutan pengenalan rangka kerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) oleh Bank Negara, perubahan besar telah berlaku di setiap peringkat perniagaan hayat. Produk tradisional seperti pelan hayat dan tempoh telah digantikan secara berperingkat dengan produk insurans baru sperti produk berkaitan pelaburan dan hayat universal. Meskipun industri tidak begitu stabil, AmAssurance berjaya mencapai peningkatan yang cemerlang dalam premium insurans Hayat. Pencapaian ini disebabkan oleh dorongan jualan agresif oleh 4,000 warga agensi yang pakar dalam pelbagai inisiatif pemasaran dan sistem ganjaran jualan.

• Laman Web Korporat baru AmAssurance yang membenarkan pemegang polisi dan orang awam lebih memahami tentang aktiviti dan produk tawaran AmAssurnace. • Pelancaran iklan cakera cukai jalan pertama di Malaysia, yang memaparkan nombor-nombor kecemasan dan pusat hubungan AmAssurance. • Segera menyelesaikan tuntutan untuk keluarga juruterbang yang terlibat dalam nahas Nuri, mangsa kemalangan bas Bukit Gantang dan magsa banjir di Johor.

Bahagian Insurans Hayat mengakhiri tahun kewangan ini dengan lebihan sebelum cukai sebanyak RM269 juta, selari dengan lebihan tahun lepas sebanyak RM270 juta.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Inisiatif Strategik AmAssurance telah menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan produk dan perkongsian baru untuk memastikan kedua-dua pelanggan dan agennya menerima manfaat yang sepatutnya. Antara inisiatif penting bagi perniagaan insurans Hayat adalah:• Pelancaran Pelan AmFlexi 2 dan Dana Modal Terjamin AmAsia Link • Perkongsian dengan Digi Communications untuk meningkatkan kelebihan daya saing 3,000 agen insurans hayat kami untuk menjadi komuniti yang mahir IT dan berkeupayaan memenuhi keperluan insurans dengan lebih cekap. • Melancarkan konsep kedai insurans di Pusat Beli-Belah Selayang dan Cheras bagi menyediakan pelanggan dengan saluran baru untuk memenuhi keperluan insurans mereka.

Khidmat Pelanggan Perkhidmatan sentiasa diberi penekanan dalam setiap aspek perniagaan AmAssurance. Peningkatan khidmat sepanjang tahun-tahun lepas telah menambahkan keyakinan AmAssurance untuk terus membina perhubungan jangka lama dengan pemegang polisi. Antara inisiatif tambahan nilai bagi tahun kewangan 2008 adalah:-

Pelancaran projek Tanggungjawab Sosial Korporat pertama AmAssurance merupakan satu lagi pencapaian penting. Kempen keselamatan jalan raya ‘Drive Safely. We Care’ di seluruh negara telah dilancarkan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan. Dijalankan sepanjang musim perayaan Hari Raya dan Deepavali, AmAssurance menyediakan gerai-gerai aktiviti di kawasan Rehat di sepanjang lebuh raya Utara-Selatan. Selain daripada memberi hadiah keselamatan jalan raya dan minuman Red Bull, AmAssurance mengambil peluang ini untuk mengadakan kempen keselamatan jalan raya untuk semua pemandu dan penumpang,

Keutamaan bagi TK2009 Pelbagai inisiatif dan sokongan berterusan yang diberi setakat ini telah membenarkan kami untuk terus maju ke hadapan pada kadar pertumbuhan yang agresif. Ini telah menggalakkan lagi usaha kami untuk menggandakan pencapaian di tahun kewangan yang akan datang. Tahun kewangan seterusnya akan menyaksikan banyak produk utama pasaran termasuk perkhidmatan inovatif, memenuhi keperluan gaya hidup semua warga Malaysia. Kami akan terus melabur dalam teknologi terkini untuk memantapkan perniagaan kami. Matlamat akhir kami adalah untuk menjadi ‘Penyedia perkhidmatan insurans terpilih’ di Malaysia.

• Pelancaran Strategi Transformasi Cawangan AmAssurance untuk menambahkan kecekapan operasi dan jualan di semua cawangan di seluruh negara.



l 89 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Sistem Teknologi Maklumat, Sistem Maklumat Kumpulan Kumpulan AmBank terus memanfaatkan teknologi bagi mengukuhkan dan menyokong usaha strategik Kumpulan untuk menjadi pemain utama di dalam industri perkhidmatan kewangan. Pengurusan risiko merupakan bidang fokus utama. Kumpulan merancang untuk memantapkan keupayaan pemutusan risiko dengan pengurusan data yang lebih komprehensif dan kukuh bagi mengurangkan risiko secara efisien. Dalam usahanya untuk mengurangkan kos pendanaan kumpulan, Bank akan terus melabur dalam saluran penghantaran dan meningkatkan keupayan analitis untuk menyediakan keupayaan urus niaga kos rendah melalui mesin swalayan, perbankan mudah alih/Internet dan Pusat Perhubungan serta menawarkan campuran perkhidmatan dan produk yang sesuai kepada segmen pelanggan sasarannya.

Untuk terus maju ke hadapan, Sistem Maklumat Kumpulan (IS Kumpulan) akan memfokus kepada penyokongan agenda strategik Kumpulan dengan menyediakan penyelesaian teknikal untuk mencapai objektif-objektif utama yang berhubung dengan pertumbuhan hasil, peningkatan keupayaan pengurusan risiko, pengurangan kos pendanaan kumpulan, penambahbaikan kecekapan di samping memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham. Untuk menyokong pertumbuhan hasil dalam pempelbagaian dan campuran produk Pasaran Pertukaran Asing dan Perbendaharaan, Kad Kredit, Kewangan Islam, Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Perbankan Pelaburan, IS Kumpulan akan terus memastikan sistem teras yang menyokong bidang perniagaan ini berfungsi dengan baik, menyediakan perkhidmatan nilai tambahan dan sentiasa tersedia. IS Kumpulan juga akan melabur dalam bidang teknologi untuk meningkatkan keupayaan Kumpulan dalam mempromosikan penjualan jualan atas dan penjualan bersilang kepada segmen pelanggan sasaran.

Di samping itu, Kumpulan juga sentiasa mencari-cari peluang untuk memasuki pasaran baru dan meluaskan skop perniagaannya. Untuk menyokong inisiatif strategik ini, pelaburan akan dibuat untuk membina keupayaan perniagaan baru seperti pelaksanaan sistem Perbendaharaan dan Derivatif Ekuiti, kerjasama dengan Australia and New Zealand Banking Group (ANZ). Untuk menyokong perniagaan baru dan keupayaan penyampaian perkhidmatan, tekanan diberi kepada penambahbaikan keseluruhan infrastruktur IT. Objektifnya adalah untuk menyediakan infrastruktur lebih kukuh untuk menyokong perniagaan dan memenuhi keperluan pematuhan dengan lebih baik. Kami juga akan terus melabur dalam pengurusan sekuriti untuk meningkatkan integriti sekuriti sambil mengikuti perubahan dalam persekitaran dan mematuhi garis panduan serta dasar sekuriti. Di samping itu, IS Kumpulan sentiasa memantau dan memastikan infrastruktur teknologi Bank seperti komputer peribadi, pencetak dan lain-lain peralatan IT dikemas kini. Untuk memastikan pelaburan teknologi berada pada tahap yang sesuai, Kumpulan Perbankan menggunakan rangka kerja pengurusan portfolio yang proaktif untuk menentukan dan memantau nisbah belanja modal yang dibelanjakan di seluruh Kumpulan bagi memastikan perhatian dan sumber adalah mencukupi untuk membantu Bank mencapai objektif strategik dan menjalankan aktiviti perniagaan biasanya. Dari segi strategi jabatan, IS Kumpulan sedang meningkatkan model penyampaiannya yang berorientasikan perkhidmatan. Untuk menangani permintaan perniagaan yang kian meningkat, IS Kumpulan melaksanakan inisiatif komprehensif bagi meningkatkan keseluruhan Tadbir Urus IT, Rangka Kerja Pelaburan dan Pengurusan Permintaan dalam menyediakan perkhidmatan IT yang lebih efisien kepada perniagaan. Untuk terus maju ke hadapan, Bank akan terus mengukuhkan kebolehan dan kemahiran kakitangannya, dan sentiasa meningkatkan proses semasanya dengan menerapkan dan mempraktikkan amalan standard bagi menyokong pertumbuhan perniagaan.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 90 l

Perbankan Runcit dan Perniagaan Untuk mempertahankan kedudukannya dalam produk teras dan memperbaik pulangan atas ekuiti, ia bercadang untuk meningkatkan sistem aplikasi terasnya dan mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk pelanggan. Lain-lain pelaburan teknologi di dalam perancangan termasuk pengurusan harta untuk menyokong pertumbuhan perniagaan yang berterusan dan peningkatan keupayaan pengurusan perhubungan pelanggan. Fokus akan diberi untuk menggalakkan pertumbuhan dalam perdagangan dan perniagaan IKS dengan tujuan memperbaik kawalan keseluruhan dan meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan. Kami turut menceburi pelaburan IT untuk menyokong inisiatif perniagaan berasaskan risiko.

Perbankan Islam Perbankan Islam menceburi peluang pertumbuhan yang berpotensi. Fokus adalah kepada usaha menggaris arus prosesnya dengan meningkatkan sistem belakang untuk menghasilkan produk Islam yang inovatif.

Insurans

Bank Pelaburan Baru-baru ini, AmInvestment Bank Group bersama N2N memenangi “Anugerah Projek Keupayaan Pelbagai Saluran Terbaik 2007” di Anugerah Pelaksanaan IT The Asian Banker 2007 untuk sistem perdagangan dan pelaburan secara online bagi pelanggan runcit dan institusi melalui internet dan alat mudah alih.



Untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran yang menyediakan produk dan perkhidmatan inovatif, fokus ICT bagi tahun ini adalah kepada peningkatan keupayaan derivatif dengan melaksanakan sistem Perbendaharaan dan Derivatif Ekuiti untuk mewujudkan kawalan operasi yang lengkap, pemprosesan yang lancar bagi semua struktur urus niaga dan sistem yang teguh bagi pertumbuhan perniagaan.

AmAssurance menceburi pelaburan teknologi dalam sistem insurans hayat untuk menyokong pertumbuhan yang agresif.

l 91 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

Membina Modal Insan Kami Demi Masa Depan, Hari Ini – Perjalanan Yang Berterusan Fokus kami pada tahun kewangan ini adalah untuk meningkatkan rangka kerja bakat dan pengurusan penggantian (PPP) untuk mencapai matlamat modal insan kami iaitu menarik dan mengekalkan kakitangan yang berprestasi tinggi/ berbakat. Ini adalah penting untuk mencapai matlamat korporat Kumpulan. Kami turut mengambil kira perubahan kepada peranan, struktur pelaporan dan ukuran prestasi berikutan penstrukturan semula organisasi yang dilalui oleh beberapa segmen Kumpulan dalam tahun lepas. Untuk menguruskan perubahan ini, semakan semula telah dijalankan ke atas struktur penggredan jawatan untuk memastikan semua jawatan adalah bersesuaian dengan pariti dalaman dan luaran. Untuk membina keperluan sumber semasa dan masa depan, kami telah menjalankan usaha mencari dan mencipta bakat secara lebih agresif, di semua peringkat. Kami terus mengenal pasti bakat di kalangan kakitangan yang sedia ada, dan menilai mereka melalui pendekatan berfasa untuk mengenal pasti potensi, laluan kerjaya dan kekuatan mereka serta bidang-bidang yang perlu diperbaik atau dikembangkan. Dari segi menarik dan mengganjarkan bakat di dalam Kumpulan AmBank, kami telah menyemak semula Cadangan Nilai Kakitangan (EVP) untuk memastikan amalan ganjaran kami diposisikan selayaknya. Kami terus melabur dalam modal manusia demi perkembangan kakitangan kami. Kakitangan telah dihantar menghadiri latihan dalaman dan luaran yang terdiri daripada program teknikal, pembangunan dan pensijilan. Lebih kurang 85% dari program latihan kami telah dikendalikan di dalam syarikat dan diselaraskan oleh Pembangunan Organisasi Kumpulan. Objektif utama adalah untuk mencapai keefisienan kos dan memanfaatkan kandungan latihan yang telah disesuaikan dengan konteks organisasi. Berikutan perkongsian strategik dengan ANZ, staf utama terpilih telah diberikan peluang untuk melalui program sangkut dan lawatan pembelajaran ke Ibu Pejabat ANZ di Melbourne, Australia. Ini merupakan sebahagian dari inisiatif untuk memastikan perkongsian tersebut menyumbang kepada pemindahan ilmu dan peningkatan kemahiran kakitangan, yang akan memberi kelebihan kepada Kumpulan AmBank untuk bersaing di dalam pasaran.

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8

l 92 l

Untuk memastikan ukuran prestasi kami kekal relevan dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah, kami akan menyemak semula Model Kecekapan Kepimpinan untuk menggalakkan tingkah laku yang membawa kepada prestasi baik dalam jangka panjang. Sistem Pengurusan Prestasi turut akan ditingkatkan agar lebih mudah dan objektif dalam menilai dan menyediakan maklum balas kepada kakitangan. Program Latihan dan Mentor untuk Pengurus akan menekankan kepentingan perkembangan latihan semasa kerja dan pengurusan prestasi kakitangan.

Sejajar dengan PPP, fokus telah diberi kepada usaha melengkapkan Pengurus dengan kemahiran pengurusan berkesan untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab dalam pemantauan prestasi, perkembangan kemahiran dan penggalakan penglibatan kakitangan. Proses Pengurusan Penggantian, iaitu output utama PPP, telah mengenal pasti pengganti-pengganti potensi untuk jawatan kepimpinan di dalam Kumpulan. Proses sokongan telah dimulakan, sama ada melalui perancangan kerjaya dalaman, perkembangan atau penyumberan luaran. Dalam tahun kewangan baru ini, fokus akan diberi kepada pelaksanaan program penempatan dan kerja bergilir untuk mempercepatkan pembelajaran dan perkembangan bakat pengganti potensi di samping menyediakan kakitangan untuk menguruskan kerjaya mereka. Untuk meningkatkan pengurusan prestasi, kami memperkukuhkan kepentingan penetapan KPI dalam mencapai matlamat korporat yang mencabar. Pengurus diberi kursus ulang kaji tentang KPI untuk memastikan sasaran jabatan dan organisasi tercapai.



Selari dengan transformasi Penyampaian Perkhidmatan, ciri Swalayan kakitangan (ESS) melalui portal HR kami sedang dilaksanakan secara berfasa untuk menyediakan akses dan perkhidmatan lebih baik kepada kakitangan. Dalam Peringkat 1, kakitangan boleh mengakses maklumat peribadi, tanggungan dan benefisiari untuk mengemas kini dan mengeluarkan slip gaji dicetak apabila diminta. Peringkat 2 melibatkan peningkatan ESS dan pengenalan Desktop Pengurus yang menyediakan maklumat strategik HR untuk menyokong pemutusan jabatan. Peringkat ketiga melibatkan automasi Fungsi Teras HR dalam Desktop Pengurus untuk memberi kuasa kepada Pengurus untuk menguruskan kakitangan mereka secara langsung. Faedah-faedah yang dijangka didapati oleh ESS dan Desktop Pengurus termasuk penambahbaikan ketepatan dan integriti data, penambahan kelajuan urus niaga, ketepatan dan komunikasi di dalam organisasi, urus niaga tanpa kertas di samping kepuasan kakitangan dengan penyampaian perkhidmatan Sumber Manusia.

l 93 l

AMMB Holdings Berhad l L a p o r a n Ta h u n a n 2 0 0 8