LAPORAN INISIATIF INOVASI - habinovasi.mampu.gov.my

7 downloads 4841 Views 70KB Size Report
1 laporan inisiatif inovasi (kementerian sumber asli dan alam sekitar / institut penyelidikan perhutanan malaysia) bil perkara nama inisiatif inovasi :
LAPORAN INISIATIF INOVASI (KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR / INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA) BIL

PERKARA

Nama Inisiatif Inovasi : INOVASI PEMBANGUNAN PROSES DAN PRODUK KAYU GETAH

1.

Latar Belakang Ringkas Inisiatif Inovasi Kayu getah adalah sisa perladangan dimana semasa penanaman semula pokok getah, bahan tersebut perlu dibersihkan supaya pokok baharu tidak dijangkit penyakit. Oleh kerana masalah bio-degradasi, kayu getah di peringkat awal hanya dijadikan sebagai bahan bakar bagi orang kampung dan juga pembuatan arang bagi kegunaan industri bijih timah dan pemasakan. Kayu getah ketika itu tiada nilai komersial dan peladang/pekebun kecil biasanya perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk melupuskannya. Biasanya sisa ladang dibakar dan ini telah membawa kesan terhadap pencemaran udara seperti jerebu (haze) dan pelepasan CO2. Kajian R&D dan inovasi telah dijalankan oleh FRIM untuk memproses dan menggunakan sisa ini secara perindustrian dan seterusnya membangunkan industri pembuatan berasaskan kayu getah secara menyeluruh.

2.

Kumpulan Sasar dan Skop Liputan Pekebun kecil/peladang getah – meningkatkan pendapatan. Pendapatan daripada bahan sisa yang sebelum ini tiada nilai komersial dan melibatkan kos tinggi untuk pelupusannya. Harga pasaran untuk sisa ladang getah kini adalah dalam lingkungan RM20,000.00 sehektar. Pengusaha/pelabur – kayu industri untuk pembuatan produk bagi pasaran eksport. Teknik pemprosesan kayu getah padu (untuk pembuatan perabot) dan produk komposit (papan serpai, papan gentian berketumpatan sederhana (MDF), papan lapis).

1

Jabatan kerajaan – hasil melalui pungutan cukai berkaitan. Pelbagai jabatan kerajaan turut terlibat secara langsung dalam pembangunan industri pembuatan berasaskan kayu getah. MIDA, Kementerian Kewangan – pemberian insentif dalam penubuhan kilang untuk pasaran eksport. Kerajaan Malaysia – melalui cukai yang telibat dalam pendapat eksport, dan lain-lain. Orang ramai – pekerjaan dan sumber pendapatan secara langsung dan tidak langsung melalui kewujudan rantaian industri sokongan. Industri pembuatan berasaskan kayu getah telah menyediakan peluang pekerjaan secara langsung kepada lebih daripada 200,000 orang dan tidak langsung kepada lebih kurang 100,000 orang.

3.

Objektif/Tujuan Pembangunan industri perkayuan negara bagi mencapai sasaran Dasar Industri Kayu-kayan Kebangsaan (National Timber Industries Policy, NATIP).

4.

Penerangan mengikut kriteria AIPM seperti berikut: (a) Kreativiti Unik/pendekatan di luar kotak Menjana hasil kekayaan negara daripada bahan sisa (Creation of wealth from waste). Bahan sisa ladang–kayu getah yang memerlukan kos tinggi untuk pelupusannya kini bernilai tinggi serta mewujudkan (create) satu industri pembuatan produk bernilai tambah. Industri berasaskan kayu getah kini menyumbang sekitar RM8 bilion setahun atau kira-kira 40% daripada jumlah eksport kayu-kayan negara. Memenuhi keperluan semasa Industri perhutanan di Semenanjung Malaysia pada awal 1980an adalah hanya meliputi aktiviti pembalakan, penjualan balak, penghasilan kayu bergergaji dan papan lapis sahaja. Industri perabot hampir tidak wujud. Kilang-kilang pemprosesan dan penggunaan kayu yang ada pada ketika itu adalah berskala kecil dan menghasilkan produk untuk kegunaan tempatan sahaja. Sejak usaha pemindahan teknoloji pemprosesan kayu getah mula dilaksanakan oleh FRIM

2

pada pertengahan 1980an, industri perabot Malaysia pada hari ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Kayu getah kini telah menjadi bahan mentah utama bagi perindustrian perabot negara. Kira-kira 80% daripada perabot yang dieksport adalah berasaskan kayu getah. Untuk produk komposit, 85% dan 50% daripada penghasilan papan MDF dan papan serpai adalah berasaskan kayu getah. Kekangan teknikal (technical barriers) telah dikenakan baru-baru ini ke atas penggunaan boron berlebihan dalam produk kayu yang bakal menjejaskan eksport perabot kayu getah ke pasaran Eropah yang nilainya berbilion Ringgit Malaysia. Sebagai langkah pencegahan dan mengatasinya, FRIM telah bertindak dengan membangunkan dengan jayanya kemudahan dan kaedah ujian kandungan boron dalam perabot kayu di samping pembangunan teknologi pengeringan kayu bersuhu tinggi yang tidak melibatkan penggunaan boron sebagai bahan awet. Kaedah inovatif ini bukan sahaja dapat menyelamatkan pengeksportan industri perabot kita malah dapat membantu memasarkan produk kita dalam kategori mesra alam, yang boleh dijadikan “unique selling point” bagi meningkatkan penambahan nilai jualannya. Mempermudahkan Teknik pemprosesan kayu getah adalah satu proses inovatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk memudahkan penggunaan sisa ladang getah secara perindustrian. Teknologi pemprosesan ini boleh diperakui sebagai teknologi Malaysia. Kini, teknologi pemprosesan dan penghasilan produk kayu getah ini telah berkembang hingga ke negara-negara jiran terutamanya Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka dan beberapa negara di benua Afrika.

(b) Keberkesanan Faedah yang nyata Eksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti kayu bergergaji dan papan lapis. Tahap kepuasan kumpulan sasar/stakeholders FRIM sentiasa menerima permintaan dan permohonan pelanggan berkaitan khidmat nasihat teknikal dan ujian produk daripada industri kayu getah negara sehingga hari ini. Kesemua permintaan tersebut dipenuhi melalui khidmat perundingan oleh pakar-pakar FRIM dan ujian teknikal daripada 10 makmal FRIM yang mempunyai akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005. FRIM tidak

3

menerima sebarang aduan berbentuk bantahan terhadap perkhidmatan yang telah disediakan kepada industri huluan dan hiliran berasaskan kayu getah negara. Kolaborasi yang erat telah dijalin di antara FRIM dan pengilang kayu dan pembuat produk-produk kayu getah serta persatuan-persatuan industri yang mewakili mereka. Creation of public value Nilai FOB Eksport Perabot 8000 7000

RM (juta)

6000 5000 4000 3000 2000 1000 2010

2009

2008

2007

2006

2005

2004

2003

2002

2001

2000

1999

1998

1997

1996

1995

1994

1993

1992

1991

1990

1989

1988

1987

0

Tahun

Anggaran nilai industri berasaskan kayu getah sekarang adalah di antara RM8 hingga 10 bilion setiap tahun manakala industri perabot bernilai lebih dari RM6 bilion setiap tahun. Eksport perabot berasaskan kayu getah telah meningkat daripada hampir tidak wujud sejak 1980an kepada RM6.55 billion pada tahun 2010. Pada 1980an, hanya terdapat satu kilang papan serpai yang menggunakan kayu getah untuk pembuatan papan serpai beracuan (moulded particleboard). Penggunaan kayu getah sebagai bahan utama dalam pembuatan papan komposit telah berkembang pesat selari dengan kerelevanan hasil R&D FRIM sehingga kapasiti pengeluaran MDF dan papan serpai masing-masing mencapai 1.44 dan 0.162 juta m3 setahun. Kelestarian Kelestarian bahan kayu adalah amat penting di pasaran antarabangsa untuk produk berasaskan kayu. Untuk produk yang diperbuat daripada kayu getah, sejenis sisa perladangan, isu kelestarian telah dipenuhi dengan baik. Kayu getah yang diguna adalah sisa daripada program penanaman semula pokok getah. Justeru, penggunaan kayu getah untuk pelbagai rantaian industri adalah

4

lestari. Produk kayu getah yang digunakan adalah storan karbon untuk sepanjang hayat produk tersebut.

(c) Signifikan Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif (i) Penggunaan kayu getah telah mengurangkan tekanan terhadap kayu daripada hutan asli (ii) Isu kelestarian produk kayu getah tidak lagi timbul di pasaran kerana kayu ini dihasilkan secara perladangan dan berkekalan (iii) Perabot berasaskan kayu getah telah menyumbang sebanyak 32% kepada nilai eksport kayu dan produk kayu pada tahun 2010 Penjimatan kos/number/value for money Sisa ladang getah yang sebelum ini memerlukan kos untuk pelupusannya dan pembakaran yang memberi impak terhadap masalah alam sekitar kini mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ini sekaligus mengelakkan beban kos akibat pemuliharan alam sekitar yang sepatutnya boleh dielakkan. Penjimatan ini adalah amat penting untuk pekebun-pekebun kecil. Pada masa sekarang nilai sisa kayu getah semasa penanaman semula adalah lebih kurang RM20,000 sehektar. Kepentingan yang nyata Inovasi pemprosesan dan penggunaan kayu getah yang berterusan amatlah penting untuk memastikan pembangunan industri tidak terjejas oleh keperluan baharu pasaran antarabangsa terhadap isu-isu seperti kualiti dan keselamatan produk, kelestarian, perubahan iklim, yang sering menimbulkan halangan perdagangan kepada produk kayu-kayan tempatan.

(d) Relevan Memenuhi Agenda Nasional Penggunaan sumber yang optimum serta peningkatan eksport adalah agenda pertumbuhan ekonomi yang amat penting, khususnya ke arah pencapaian matlamat NKEA negara. Industri pembuatan berasaskan kayu getah telah merintis kepada penyediaan peluang pekerjaan secara langsung kepada 100,000 orang dan dijangka akan bertambah lagi dengan peningkatan proses tambah nilai yang yang lebih tinggi. Mengambilkira

persekitaran

semasa

5

dan

sesuai

di

peringkat

tempatan/global Penggunaan kayu getah sepenuhnya akan mengurangkan tekanan terhadap pembalakan daripada hutan asli. Ini akan mengurangkan pembalakan yang biasanya dikaitkan kepada isu perubahan iklim. Di samping itu, ia mengekalkan penjanaan pendapatan daripada sektor industri perkayuan selain isu kelestarian bahan dan produk kayu getah terjamin. Penggunaan kayu getah dalam produk kayu akan menyimpan karbon selama hayat produk tersebut dan seterusnya mengurangan pelepasan gas CO2, sejenis gas penghakis lapisan ozon. Dengan mempelbagaikan dan memperbanyakkan penggunaan kayu getah terutamanya dalam produk yang berhayat tinggi, ini akan membantu menangani isu pemanasan global (global warming). Seamless dan kolaborasi stratgik FRIM berkerjasama dengan pengusaha-pengusaha perabot dan panel secara langsung dan melalui persatuan-persatuan pengilang seperti Malaysian Wood Industries Association (MWIA), Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) dan The Malaysian Panel-Products Manufacturers’ Association (MPMA). Di antara MOA/MOU yang telah ditandatangani untuk kolaborasi strategik bagi penggunaan inovasi FRIM untuk pembangunan produk berasaskan kayu getah adalah; (i) FRIM - Borax (Asia) Sdn. Bhd. Feasibility of using Zinc borate to enhance the durability of composite product against bio-deterioration agents (ii) FRIM-Techwood Industries Sdn. Bhd. - Chemical free preservation of rubberwood using high heat treatment Public Engagement Sejak pertengahan 1980an, pelbagai bengkel berkenaan teknik pemprosesan kayu getah telah diadakan untuk melatih pengusaha-pengusaha untuk memproses kayu getah terutamanya kaedah penggergajian, awetan dan pengeringan. Di antara seminar besar yang dianjurkan khas untuk penyebaran inovasi serta teknologi pemprosesan kayu getah adalah; (i) Rubberwood utilization seminar. 15 June 1982. Kuala Lumpur (ii) Second rubberwood seminar. Nov. 19-20, 1985. Kuala Lumpur (iii) International rubberwood seminar. 21-22 May 1990. Kuala Lumpur

6

(iv) Colloquium on rubberwood resources and technologies. 23 March 1998. Kuala Lumpur (v) Workshop on Treatment of Timber with Boron Preservatives. 8 April 2003. Kuala Lumpur Di samping itu, hasilan kertas kerja daripada R&D berkaitan kayu getah yang dibentangkan dan terbitkan untuk rujukan pengusaha adalah seperti dalam Lampiran kertas kerja/penerbitan.

LAMPIRAN KERTAS KERJA / PENERBITAN 1. 2.

3.

4. 5. 6.

7. 8. 9. 10.

11.

Abdul Rashid, A.M. & Lim, S.C. (Editors) 1998. Proceedings of the colloquium on rubberwood resources and technologies. 23 March 1998. Kuala Lumpur Ani Sulaiman & Lim, S.C. 1992. Wood quality study of rubberwood at different ages and clones. Pp39-50 in Report on properties and utilisation of rubberwood from trees of different age groups. Forest Research Institute Malaysia, Kepong. Anonymous 1996. FRIM-UTM Acoustic Panel Products Research Team. Preliminary findings on the absorption coefficient of rubberwood and oil palm empty fruit bunches particleboards. Pp. 255-260, in Abdul Rashid Ab. Malik, Abdul Rahim Nik, Aminuddin Mohamad, Lee Su See, Andrew Wong Han Hoy & Khoo, K.C. (eds.) Proceedings of the Conference on Forestry and Forest Products Research, 3-4 Oct. FRIM, Kuala Lumpur. Azizol Abd. Kadir & Rahim Sudin 1989. Carbohydrates in Rubberwood (Hevea brasiliensis Muell). Holzforschung 43(1989):173-178. Daljeet, K.S., Choo, K.T. & Hong, L.T. (Editors) 1987. Proceedings of the second rubberwood seminar. Nov. 19—20, 1985. Kuala Lumpur Daljeet Singh, K.S., Rahim Sudin & Choo, K.T. 1985. The utilisation potential of rubberwood. Proceedings of the Second National Rubberwood Seminar, Kuala Lumpur, November 1985:64-71. Gan, K.S. & Ho, K.S. 1997. Rubberwood sawing in Sarawak using mobile circular Saw. Journal of Tropical Forest Products 2(2):193—198 Gan, K.S. and Choo, K.T. 1998. Solar drying of Rubberwood (Hevea braziliensis). Journal of Tropical Forest Products. 4(2):174-180. Gan, K.S., Choo, K.T & Lim S.C. 2000. Moisture uptake by kiln-dried rubberwood. Journal of Tropical Forest Products 6(2):200-205. Hong L.T., Minemura, N. & Lim S.C. 1996. Control of iron staining and photoinduced discoloration in rubberwood. Paper presented the FRIM-JICA After-Care Forest Products Research Project Seminar, 26th October 1996, Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Hong, L.T. & Lim, S.C. 1985. Rubberwood - its properties and uses. Timber Digest No.77, FRIM.

7

12. 13. 14. 15.

16.

17.

18.

19.

20.

21. 22. 23.

24.

25.

26. 27.

Hong, L.T. & Sim, H.C. (Editors) 1994. Rubberwood: Processing and Utilisation. Forest Research Institute Malaysia. Malaysian Forest Records No. 39. 254 pp. Hong, L.T. (Editor) 1983. Proceedings of rubberwood utilization seminar. 15 June 1982. Kuala Lumpur Hong, L.T. et al. (Editor) 1990. Proceedings of international rubberwood seminar. 21—22 May 1990. Kuala Lumpur Ismariah A and Norini H.1994. Potential availability of rubberwood resource in Peninsular Malaysia. Pp 7-15, in H.L.Thong and H.C. Sim (eds.), Rubberwood Processing and Utilization. Malayan Forest Records No.39. Koh, M. P. & Mohd Nor Mohd Yusoff (2002) Production Of Medium Density Fibreboard (MDF) From Mixtures Of Oil Palm Stem And Rubberwood, Proceedings of 3rd National Wood Based Panel Seminar , FRIM pp 48 -51 Koh, M.P. & Mohd Nor M.Y. 1994. Panel Products From Rubberwood. Paper presented at the Workshop on Rubberwood Processing and Utilization, Kuching 4 - 6 January Lim S .C. 2008. Rubberwood – characteristics, structures and properties that affect its utilization. Paper presented at the `Seminar Perladangan Hutan Getah Kebangsaan 2008 – Sumber Penting Bekalan Kayu-Kayan Masa Hadapan’, 18-19 Nov. 2008, Akademi Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Stesen Penyelidikan RRIM, 47000 Sg Buloh, Selangor. Lim S.C & Gan K.S. 2003. Characteristics and structures of rubberwood and their effect on utilization. Paper presented at IUFRO – all Division 5 Conference, Forest Products Research – Providing for sustainable Choices, Rotorua, New Zealand, 1115 March 2003. 10pp. Lim S.C. & Fujiwara T. 1997. Wood density variation in two clones of rubber tree planted at three different spacing. Journal of Tropical Forest Products. Vol.3 (2): 150-156. Lim S.C. 1998. Tension wood in rubberwood. Timber Technology Bulletin No.5, Timber Technology Center, FRIM, Kepong. Lim S.C., Choo K.T. & Gan K.S. 1999. The effect of tension on the drying defects of rubberwood. Journal of Tropical Forest Products Vol.5 (1):102-103. Lim S.C., Gan K.S & Choo K.T. 2003. The characteristics, properties and uses of plantation timbers – rubberwood and Acacia mangium. Timber Technology Bulletin No. 26, 2003, Timber Technology Centre, Forest Research Institute Malaysia, Kepong, Malaysia. 11pp. Lim, S.C. 1994. The characteristics and properties of rubberwood. Paper presented at the Bengkel Pemerosesan dan Penggunaan Kayu Getah, 4-6 Jan. 1994, Kuching, Sarawak. 7pp. Lim, S.C. 1995. Hevea Aublet. Pp260-266 in Lemmens, R.H.M.J., Soerianegara, I & Wong, W.C. (Eds.) Plant Resources of South East Asia 5(2): Timber trees: minor commercial timbers. Buckhuys Publishers, Leiden, The Netherlands. Lim, S.C. 1996. Density and some anatomical features of the stem and branch woods of rubber trees. Journal of the Tropical Forest Products Vol.2 (1): 56-63. Lim, S.C. & Ani Sulaiman 1994. Structure and charactristics of rubberwood. In Rubberwood, Processing and Utilisation (Eds. Hong, L.T. & Sim, H.C.), Malayan Forest Records No.39, Forest Research Institute Malaysia. P17-25.

8

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38. 39.

40. 41. 42. 43.

Lim, S.C. & Ani Sulaiman 1999. Structure and charactristics of rubberwood. In Rubberwood, Processing and Utilisation,(second edition) (Ed. Hong, L.T. & Sim, H.C.), Malayan Forest Records No.39, Forest Research Institute Malaysia. P17-26. Lim, S.C. & Mohd. Nadzri Yusoff, 1995. Tension wood in the stems and branches of rubberwood (Hevea brasiliensis). Journal of Tropical Forest Products, Vol.1 (2): 222225. Minemura N., S.C. Lim & L.T. Hong. 1999. Photo-induced discoloration of rubberwood (Hevea brasiliensis) and its control by polyethyleneglycol. Journal of Tropical Forest Products 5(1):9-16. Minemura, N., Lim, S.C. & Hong, L.T. 1995. Colour characteristics of Malaysian timbers and removal of iron stains from rubberwood. Paper presented at the Conference of Forestry and Forest Products 1995 at the Forest Research Institute Malaysia, Kepong. Minemura, N., Lim, S.C. & Hong, L.T. 1996. Photo-discolouration and iron stain of rubberwood. Presented at the 46th Annual Meeting of the Japan Wood Research Society, April 3-5, 1996, Kumamoto University, Japan. Abstracts p297 (in Japanese). Mohd Dahlan, J. & Norhairul Nizam, A. 2007. enhancement of the asthetic value of rubberwood through colour homogeneity. Proceedings of Highlights of FRIM’s MOSTI Project 2007. 85-89. Mohamad Jani, S., Rozman, H.D. & Rahim, S., Rubberwood-polymer Composites : The Effect of Chemical Impregnation on the Mechanical and Physical Properties, Malaysian Polymer Journal, Vol. 2, no. 2 : 1-11 (2007). Norini H. 1993. Seminar Pemindahan Teknologi Kayu Getah Dan Sumber Hutan Lain Kepada Pekebun Kecil. Buletin Buluh (Bamboo) Jilid/Vol.2 Bil./No.2: 4 & 6 September 1993. Norini H., Ismariah A., Lockmal M. and Zakaria I. 1994. An assessement of planting rubber as forest plantation species. Pp. 223-231, in H.L.Thong and H.C. Sim.(eds.), Rubberwood- Processing and Utilization, Malayan Forest Records No. 39. Norini Haron, Ismariah Hj. Ahmad and Ahmad Shakri Mat Seman 1990. Availability of rubberwood in Peninsular Malaysia,. Proceedings of International Rubberwood Seminar May 21 - 22 Kuala Lumpur, Malaysia. Pp.55-69. Norini, H. 1995. Kayu getah: sumber yang belum dieksploitasi sepenuhnya oleh pekebun kecil. FRIM Reports No. 66. Norini, H. Woon, W.C. & Sim, H.C. 2001. Supply and demand of rubberwood in Peninsular Malaysia. Pp.9- 22 in Ahmad Shakri, M.S. et al. (Eds.) Proceedings of the national seminar alternatives to rubberwood, CFFPR 2000 Series. September 26, 2001. Forest Research Institute Malaysia, Kepong Kuala Lumpur. Norini, H., Ahmad Fauzi, P., Parid, M. & Rohana, A. R. 2009. Current and future supply of and demand for rubberwood in Malaysia. 134 pp (in press) Norini, H., Najidah, I, Nur Fadilah, A. Rohana, A.R. & Ahmad Fauzi, P. 2008. User Manual on rubberwood resource information system (RRIS). 31 pp. Norini, H., Najidah, I, Nur Fadilah, A. Rohana, A.R. & Ahmad Fauzi, P. 2008. User Manual on the wooden furniture information system (WFIS). 51 pp. Norini, H., Najidah, I, Nur Fadilah, A. Rohana, A.R. & Ahmad Fauzi, P. 2008. User Manual on called comprehensive information system (CIS) for furniture. 67 pp.

9

44.

45.

46. 47.

48. 49. 50.

51. 52.

53. 54.

55.

56.

57.

58.

Norini, H., Rohana, A. R., Ahmad Fauzi, P. & Parid, M. 2009. Wooden furniture industry productivity, cost of production for certain selected products, primary input content, and policies for sustainability. 169 pp. (in press) Rahim Sudin, Chew, L.T., Khozirah Shaari & Zakaria, M.A. 1989. Cement-bonded particleboard from some plantation species in Malaysia. Proceedings of a Regional Symposium on Recent Development in Tree Plantations of Humid/Subhumid Tropics of Asia, UPM, Serdang, 5-6 June 1989:725-738. Rahim Sudin, Chew, L.T. and Ong, C.L. 1989. Storage effects of rubberwood on cement-bonded particleboard. Journal of Tropical Forest Science 1(4):365-370. Rahim Sudin 1994. Cement bonded particleboard from Rubberwood, Chapter 15 in Rubberwood Processing and Utilization book (Eds. Hong, L.T. and Sim, H.C.), Malaysian Forest Records No. 39:193-200. Rohana, A.R., Norini, H, Nur Fadilah, A. & Noor Hazmera, M. 2008. Statistics on Selected Wooden Furniture Industry, Malaysia 2008. 97 pp Rohana, A.R., Norini, H. & Rosniza, R. 2008. Wooden Furniture Directory Malaysia, 2008. 217 pp. Salleh, M.N. & Aminuddin, M. 1986. Rattan as a supplementary crop in rubber plantation. Pp. 261—272 in Proceedings of Rubber Growers’ Conference 1986. Rubber Research Institute of Malaysia. Salleh, M.N. 1987. Rubberwood present and future furniture timber. Paper presented at the Woodmac Asia 87 Conference. 30 Sept. – 1 Oct. 1987. Singapore Salmiah, U., Roszaini, K., Mohd Dahlan, J., Ani, S., Mohd Khairun Anwar, U. & Salamah, S. 2007. Pyrethroid compounds as alternative Treatment to Boron to enhance durability of Malaysian Oak. Proceedings of Highlights of FRIM’s MOSTI Project 2007.162—164 Ser, C.S. & Lim, S.C. 1980. Steam bending properties of rubberwood. The Malayan Forester, Vol.43 (4): 506-510. Sik, H.S., Choo, K.T, Sarani Z. & Sahrim A. 2010. Drying profiles of rubberwood at high temperature. In The International Forestry Review- Abstracts of Forests for the Future: Sustaining Society and the Environment, Parrotta, J.A & Carr, M.A. (Eds.), XXIII IUFRO World Congress, August 23rd –28th 2010, Seoul, Korea, 12(5): 310. ISSN 1465-5489. Sik, H.S., Choo, K.T., Sarani Z., Sahrim A., Chia C.H. & Yusoff, M. 2010. The influence of drying temperature on the hygroscopicity of rubberwood. Journal of Agricultural Science 2(1): 48-58. ISSN 1916-9752. Sik, H.S., Choo, K.T., Sarani, Z., Sahrim, A., How, S.S., Maisarah, Y. & Chia, C.H. 2010. Dimensional stability of high temperature dried rubberwood solid lumber at two equilibrium moisture contents. Drying Technology 28(9):1083-1090. Sik, H.S., Sarani Z., Sahrim A. & Ho, W.M. 2010. The influence of drying temperature on the mechanical and chemical properties of rubberwood (Hevea brasiliensis). Paper presented at the International Symposium on Forestry and Forest Products, 5-7, October, Kuala Lumpur. Sik, H.S., Sarani, Z., Choo, K.T., Sahrim, A. Woon, W.C., How, S.S., Mohamad Omar, M.K., Ramzul Iklas, A. & Mohd Hanis, A.W. 2007. Development of ecofriendly rubberwood furniture dimension stocks, with minimum preservative

10

requirement, using high heat treatment technique. Proceedings of Highlights of FRIM’s MOSTI Project 2007.59—61 59. Suffian Misran, Rahim Sudin, Koh M.P., & Rafaedah (2004) Production of rubberwood oriented strand board using phenol formaldehdye resin as a binder: a laboratory experience Paper presented at 4th national Seminar on Wood-based Panel Products, Kuala Lumpur 28-31 September 2004 60. Tamizi Mustapa, Razak Wahab & Lim Seng Choon. 2004. Abrasive resistance of sentang (Azadirachta excelsa), ruberwood (Hevea brasiliensis) and kempas (Koompassia malaccensis). Journal of Borneo Science Vol.16: 87-93. 61. Zulhairi Ayop, Koh Mok Poh, Zanuldin Ahmad, Tan Yu Eng & Shahanom Uthman 2006. Rubber Wood Pressboard Properties As Insulating Material In Transformer Application Proceedings of the 8th Pacific Rim Bio-based Composites Symposium 20-23 November 2006.

11