lebih kepada demokrasi dan kepelbagaian. .... 1983 adalah contoh yang paling
praktikal dalam perbincangan kertas kerja ini. Sejarah .... pendidikan Islam
kebangsaan dan guru-guru pendidikan Islam di sekolah aliran kebangsaan
termasuk ...
Model Pengurusan Sekolah Agama Rakyat dan Negeri di Malaysia: Satu Penstrukturan Semula Azizi Umar Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM Prof. Madya Dr. Supyan Hussin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Pengenalan Sesebuah organisasi ditubuhkan untuk kepentingan sesebuah masyarakat. Ia dikelolakan dengan rapi, disusun dengan baik, diatur dengan sempurna agar setiap orang yang terlibat dapat berhubung dan mengambil tindakan sesama mereka. Lazimnya ia memberikan penekanan kepada peraturan-peraturan struktur rasmi yang diwujudkan antara ahli-ahli organisasi tersebut supaya dapat bekerjasama mencapai sesuatu tujuan (Wan Azmi Ramli 1981). Organisasi menurut perspektif Islam adalah sesuatu yang digalakkan. Bagi melaksanakan perintah Allah di dunia ini, umat Islam seharusnya berorganisasi dengan sempurna. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: ”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saf 61:4)1
Organisasi merupakan ciptaan sosial masyarakat yang sangat mustahak dalam dunia moden hari ini. Manusia tidak dapat lari daripada berorganisasi kerana ia adalah alat yang paling sesuai untuk mencapai sesuatu matlamat. Tanpa berorganisasi, manusia tidak mampu memajukan masyarakatnya dan usaha tersebut sudah tentu akan terbantut. Pemahaman yang mendalam tentang organisasi juga membantu seseorang mereka bentuk dan membina organisasi yang lebih baik sama ada dari sudut mengetahui masalah-masalah yang dihadapi atau cara sesebuah organisasi berfungsi (Mary Jo Hatch 1997). Apabila seseorang individu atau sekumpulan berada dalam satu hubungan sosial yang formal seperti dalam sebuah organisasi bermakna pengurusan adalah aktiviti utama dalam organisasi tersebut (Ahmad Atory 1996). Sekolah agama juga memerlukan satu sistem pengurusan yang baik bagi memastikan kejayaannya.
1
Kertas Kerja ini dibentangkan di Seminar Pengurusan Hal ehwal Islam anjuran Jabatan Dakwah dab Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27 September 2010 bertermpat di Bilik Senat UKM.
Pada asasnya pendidikan Islam merupakan tanggungjawab individu dan masyarakat. Ini bermakna pentadbiran dan pembiayaian pendidikan dalam Islam telah menggabungkan kebaikan antara dua sistem yang berbeza iaitu sentralisasi dan desentralisasi (Ali Mohammad Jubran Salleh 2002). Desentralisasi2 lebih kepada demokrasi dan kepelbagaian. Bagi penulis, demokrasi telah menjadi asas dalam pentadbiran sesebuah masyarakat Islam. Oleh itu, tanggungjawab pendidikan hendaklah difahami dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjejaskan pelaksanaannya (Hassan Langgulung 1997). SAR dan SAN adalah sebuah badan yang berfungsi dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat. Pada masa sama ia juga adalah institusi keagamaan yang telah hidup lama sebagai satu tradisi pembudayaan sejak zaman berzaman.
Struktur Hierarki dan Birokrasi Salah satu ciri utama dalam struktur organisasi birokrasi ialah kuasa yang dipegang oleh para pegawai. Seseorang pegawai memegang kuasa yang disusun mengikut jawatan yang disusun dalam bentuk hierarki. Maksud mudah bagi hierarki ialah peranan, kuasa atau jawatan yang wujud dalam sesebuah organisasi diatur dalam bentuk menegak dan bertingkat-tingkat. Ia melambangkan pembahagian kuasa atau the chain of command di kalangan pegawai (Robiah Sidin 2003). Struktur asas ini digambarkan dalam Rajah 1.1. Menteri
Ketus S/Usaha Kementerian
Pengarah
Pengarah
Ketua Pengarah
Pengarah
Rajah 1.1 Struktur Organisasi Berbentuk Hierarki
Menurut Abdul Shukor Abdullah (1991), ahli-ahli teori organisasi seperti Max Weber, Robert K. Merton, Thompson, Blau dan Scott dan Perrrow berpendapat bahawa cara yang paling terbaik mengukuhkan organisasi ialah melalui pembinaan struktur yang sesuai dengan hasrat dan suasana pengurusannya. Mereka mengutamakan peranan formal dalam organisasi yang membahagikan tugas dan tanggungjawab kepada ahli-ahlinya melalui dasar, peraturan dan hierarki pengurusan agar semua aktiviti dapat diselaraskan.
Kuasa-kuasa Perundangan Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, urusan yang berkaitan dengan pentadbiran SAR dan SAN dikaitkan dengan urusan hal ehwal pendidikan. Oleh kerana itu, ia adalah sebahagian daripada hal tanggungjawab Persekutuan. SAR dan SAN juga merupakan sebuah institusi pendidikan yang menekankan keutamaan kurikulum mata pelajaran Diniah dalam pelaksanaan kurikulumnya. Keadaan ini pula menjadikan ia satu tanggungjawab pihak berkuasa agama negeri. Selain daripada kurikulum tersebut, mereka juga memperkenalkan Kurikulum Kebangsaan yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual 9, Senarai 1 (Persekutuan), No. 13 (a) pelajaran, termasuk: Pelajaran rendah, menengah dan universiti; pelajaran vokasional dan teknik; latihan guruguru; pendaftaran dan kawalan bagi guru-guru, pengurus-pengurus dan sekolah-sekolah; memajukan pengajian dan penyelidikan khas; pertubuhan sains dan sastera;. Mengikut Perlembagaan Persekutuan juga, pendidikan Islam dari sudut sejarahnya, ia diletakkan dalam hal ehwal agama Islam iaitu di bawah kuasa Raja-raja Melayu dan kuasa negeri-negeri. Perkara 3(2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut: ”Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, kesitimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentu dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tia-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatsifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
Ini bermakna terdapat dua pihak yang mentadbir pendidikan sekolah agama Islam. Kementerian Pelajaran bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Jabatan atau majlis Agama Islam Negeri (JAIN atau MAIN) bagi pihak kerajaan negeri. Pertembungan dua kuasa ini sangat besar implikasinya kepada perjalanan pentadbiran sesebuah sekolah khususnya SAR. Masalah pertembungan sumber kuasa ini bertitik tolak dari kewujudan SAR sebagai institusi pembelajaran agama secara informal yang kemudiannya menjadi sebuah institusi formal. Asas tersebut telah meletakkan institusi SAR berada di dalam senarai negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Berasaskan Perlembagaan di atas, selain daripada kuasa di peringkat negeri dan peringkat Persekutuan, juga wujud peranan ketiga iaitu kuasa Majlis Raja-raja. Peranan agama Islam di peringkat Persekutuan tidak dinyatakan dengan jelas. Menurut Abdul Aziz Bari (2002), sewaktu perundingan kemerdekaan dahulu Raja-raja hanya bersetuju memberi kebenaran supaya peruntukan tentang pengisytiharan agama Islam sebagai agama persekutuan dimasukkan ke dalam Perlembagaan setelah mereka diberi jaminan bahawa pengisytiharan sedemikian tidak akan menjejaskan kedudukan Raja-raja sebagai ketua agama di peringkat negeri masing-masing.
Oleh sebab itu, kebenaran diberikan kepada seorang Raja untuk memutuskan fungsi agama meskipun baginda menjalankan tugas Yang Dipertuan Agong. Perlu diingatkan bahawa Majlis Raja-raja yang dibentuk di bawah Perkara 38 (1) juga adalah terdiri daripada Raja-raja yang kesemuanya menjadi ketua agama seperti berikut: "Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima”
Dalam Perkara yang sama 38(2) (b) bidang kuasa dan fungsi Majlis dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan seperti berikut: “mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan”
Dengan lain perkataan, peranan Majlis Raja-raja atau Yang Dipertuan Agong mempunyai alasan-alasan yang praktikal seperti kebaikan dan faedah umat Islam. Kedudukan ini perlu untuk menjaga martabat dan kesucian agama Islam di peringkat persekutuan. Sebagai suatu kenyataan, Majlis raja-raja merupakan institusi Perlembagaan tertua dan kewujudannya lebih awal berbanding dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Oleh yang demikian, dalam apa-apa keputusan yang berkaitan dengan SAR dan SAN perlulah mengambil kira peranan raja di peringkat negeri dan Majlis Raja-raja di peringkat persekutuan. Jika tidak, ia akan menambahkan kerumitan yang sudah sedia ada (Aziz Bari, 2002). Penubuhan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada tahun 1983 adalah contoh yang paling praktikal dalam perbincangan kertas kerja ini.
Sejarah Pentadbiran SAR/SAN Secara umumnya, terdapat tiga pihak yang mentadbir ke atas perjalanan SAR dan SAN iaitu Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS), pihak berkuasa agama negeri dan Kerajaan Persekutuan. Setiap pihak tersebut telah mewujudkan jentera masing-masing untuk melaksanakan sebarang polisi untuk membangunkan SAR dan SAN Bagaimanapun, kuasa untuk melaksanakannya sangat terbatas kerana ia berdasarkan hak pemilikan dan tanggungjawab. Penulis membahagikan permulaan kuasa ke atas SAR dan SAN oleh pihak-pihak di atas kepada tempoh-tempoh tertentu seperti mana ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1: Tahun dan Tempoh Pengurusan dan Pentadbiran SMAR ______________________________________________________________________ Tahun dan Tempoh Pengurusan dan Pentadbiran ______________________________________________________________________ Awal 1900 hingga 1947 hanya ditadbir oleh JPS 1920 mula dibantu oleh Majlis Agama Islam setiap negeri 1948 hingga 1964
mula ditadbir oleh kerajaan negeri
1959 1965 hingga sekarang 1983
mula dibantu oleh Kerajaan Persekutuan mula ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan mula diselaraskan dengan kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan
_____________________________________________________________________
Pihak berkuasa agama negeri hanya mula berkuasa apabila Enakmen Majlis Agama Islam diwujudkan di setiap negeri. Dalam enakmen tersebut menyatakan tentang tanggungjawab majlis agama Islam ke atas SAR dan SAN. Dari sini tertubuhlah bahagian atau unit bantuan pelajaran di Majlis Agama Islam di setiap negeri untuk membantu SAR dengan menggunakan sumber zakat, wakaf dan derma orang ramai. Manakala kerajaan negeri pula menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di setiap negeri untuk mentadbir seluruh SAN dan membantu SAR. Setiap JAIN mempunyai bahagian pelajaran atau pendidikan untuk mentadbir dan mengurus SAN di negeri masing-masing. Perkembangan hari ini menunjukkan setiap negeri masih mentadbir dan mengurus SMAR dalam sistem jabatan seperti di peringkat awal. Namun terdapat juga sistem yang berbeza di sesetengah negeri yang menggunakan pengurusan yang lebih moden seperti perbadanan awam atau yayasan yang telah ditubuhkan.
Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dalam struktur Kerajaan Persekutuan pula, terdapat dua pihak utama yang dipertanggungjawab untuk menguruskan pendidikan ialah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pelajaran. Bahagian Agama JPM juga sebenarnya berada di bawah kementerian yang dikenali sebagai Kementerian di Jabatan Perdana Menteri tetapi mempunyai satu menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam. Bahagian Agama JPM mempunyai beberapa jabatan dan agensi persekutuan yang berkait dengan hal ehwal Islam. Salah satu jabatan dan agensi yang paling besar sekali ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang turut berfungsi dalam penyelarasan dan pembangunan pendidikan Islam. Dalam struktur organisasi JAKIM terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Pendidikan Islam dan Uruse setia LEPAI. Bahagian ini telah memainkan peranan utama dalam memajukan SMAR dan SMAN seluruh Malaysia sejak ia ditubuhkan pada tahun 1983. Antara fungsinya ialah membangunkan dan menyelaraskan pengurusan pendidikan Islam sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat. Di bawah struktur Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri pula, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah lembaga bagi menyelaraskan kurikulum pelajaran agama di seluruh negeri pada tahun 1983 iaitu Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI). Lembaga ini telah memainkan peranan secara kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam hal berkaitan dengan perkembangan kurikulum pelajaran agama. Bagi menggerakkan LEPAI, sebuah urusetia telah diwujudkan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Ketua Pengarahnya, bertindak sebagai Setiausaha. Tujuan lembaga ini dibentuk ialah untuk meninggikan mutu pelajaran dan pendidikan agama Islam di sekolahsekolah agama. Pada 1 Januari 1991, urusetia ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah cawangan
yang dikenali cawangan penyelarasan dan pembangunan Islam. Kini, ia dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan menjadi urus setia kepada LEPAI. Pengarah LEPAI merangkap pengarah bahagian tersebut secara automatik. Penyelarasan ini dengan harapan ia tidak banyak menimbulkan konflik. Bagaimanapun pergerakannya agak perlahan dan tidak menyelesaikan banyak masalah dalam tempoh yang diberi. Berdasarkan ketiga-tiga jentera pentadbiran di atas, JPS merupakan pemilik asal sesebuah SAR yang ditubuhkan dan ia bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan masa depan SAR. Ini bermakna selain daripada SAR, ia juga bertanggungjawab ke atas sekolah agama yang ditadbir sendiri dikenali sebagai SMAN di peringkat menengah dan SRAN di peringkat rendah. Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab ke atas SAN kerana ia adalah institusi pengajaran agama Islam yang ditubuhkan oleh negeri. Tanggungjawab Kementerian Pelajaran pula ke atas SAR dan SAN dilihat kerana ia merupakan sebuah sekolah yang dianggap seperti sebuah institusi pendidikan yang lain. Tambahan pula sekolah-sekolah tersebut telah mengguna pakai Kurikulum Kebangsaan yang digubal dalam Akta Pendidikan 1996. Pentadbiran dan pengurusannya sama seperti sekolahsekolah aliran kebangsaan yang lain yang sistematik seperti adanya sistem jadual persekolahan, darjah pengajian, guru, buku teks, bangunan tersendiri dan sebagainya. Peranan JAKIM atau Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam ialah peranan yang bersifat penyelarasan sahaja. Kewujudan JAKIM itu sendiri bertujuan untuk menyelaraskan peranan yang telah dimainkan oleh jabatan agama di peringkat negeri. Peranan penyelarasan dalam konteks SMAR ialah penyelarasan tugas-tugas dalam hal ehwal pelajaran dan pendidikan agama Islam yang melibatkan kurikulum mata pelajaran Diniah, buku teks, peperiksaan dan pensijilan. Pada peringkat awal, kementerian ini telah meletakkan tugas kepada Unit Perhubungan Sekolah Agama untuk mengurus bantuan kewangan kepada SAR mulai 1959 yang kemudiannya menjadi Unit Pelajaran Agama di Bahagian Sekolah pada tahun 1961. Unit ini telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama pada tahun 1973 sebelum ditukar nama kepada Bahagian Pendidikan Islam pada tahun 1983. Pada tahun 1995, berlaku penstrukturan semula bahagian tersebut dengan dinaiktaraf menjadi Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) di mana di bawahnya terdapat beberapa bahagian dan unit-unit. Kali terakhir penstrukturan dibuat ialah pada tahun 2008 iaitu apabila nama JAPIM telah kembali menggunakan nama asal iaitu Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Perlu disebutkan di sini, peranan BPI bukan hanya menguruskan bantuan kewangan kepada SAR sahaja tetapi juga mentadbir sekolah, kurikulum pendidikan Islam kebangsaan dan guru-guru pendidikan Islam di sekolah aliran kebangsaan termasuk pada peringkat rendah. Dua Pendekatan Pengurusan Persekutuan Pendekatan Pertama: Pentadbiran SAR Sebagai Sekolah Kerajaan (Bantuan Penuh) Pendekatan pentadbiran ini adalah hasil daripada proses pengambilalihan SMAR bermula pada tahun 1977 serentak dengan Sekolah-sekolah Agama Negeri (SMAN) yang lain melalui satu keputusan yang telah dibuat oleh kabinet (Bahagian Pelajaran Ugama 1978). Mesyuarat Jemaah Menteri Bil. 284/971/75 sejak tahun 1975 lagi telah membincangkan kertas rancangan Kementerian Pelajaran untuk mengambil alih sebuah Sekolah Menengah Agama daripada tiap-
tiap negeri (Dangiran 1999). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Hussien Onn manakala Menteri Pelajaran pada masa itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad; “Perkara 8 (b) Sekolah-sekolah yang diambil alih itu seperti di (a) di atas hendaklah tertakluk kepada Akta Pelajaran 1961 serta pindaan-pindaannya, dan peraturan Kursus Pengajian 1956 dengan diberi perhatian khas mengenai Pengajian Agama serta Bahasa Arab”. Usaha pengambilalihan telah dilaksanakan juga bagi memenuhi desakan ibu bapa selain daripada kesatuan guru-guru agama dan beberapa pertubuhan Islam (Azizi Umar 2001). Sebenarnya pengambilalihan SMAR sebagai sekolah kerajaan berasaskan model ambil alih Kolej Islam Malaya yang telah ditadbir sebelum itu sebagai langkah permulaan dan menjadikannya sekolah agama pertama yang ditadbir oleh Kementerian Pelajaran mulai tahun 1965 (Ismail Abdul Rahman et al. 1993). Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, pengambilalihan ini telah menghasilkan kejayaan besar kepada mereka dari sudut sumbangan Islam kepada pembangunan negara. Perubahan sistem pendidikan Islam yang bersifat tradisional ke dalam arus perdidikan perdana telah diterima baik. Mereka beranggapan bahawa Kolej Islam Malaya boleh dijadikan model kepada sekolah-sekolah SAR dan SAN yang lain. Tambahan pula desakan berterusan dari pelbagai pihak yang melihat kemerosotan SAR terus berlaku. Kelemahan besar yang paling ketara ialah ternyata apabila Kurikulum Diniah yang menjadi identiti SMAR sejak zaman berzaman telah hilang daripada sekolah tersebut sehingga memaksa kepada pemberhentian dasar pengambilalihan tersebut. Ketiadaan kurikulum tersebut kerana ia bukan kurikululum yang diiktiraf sebagai kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta Pelajaran 1961 pada masa itu. Bagaimanapun, kehilangan kurikulum tersebut telah memberikan impak positif apabila mata pelajaran pendidikan yang sedia telah melebar ke tahap 30% daripada Kurikulum Kebangsaan berbanding sebelum ini yang hanya sekadar 10%. Amalan dan pelaksanaan kurikulum tersebut telah berubah daripada amalan sedia ada khususnya dalam aspek bahasa, tempoh masa dan sumber rujukan yang asal. Kadar 30% tersebut kekal sehinggalah ke hari ini yang disusun mengikut kelompok berasaskan bidang. Impak positif ini telah membawa kepada wujudnya buat pertama kali sistem persekolahan agama dalam arus perdana walaupun mempunyai beberapa kekurangan dan kelemahan. Ini adalah kerana pada peringkat awal, kewujudan sekolah ini, ia tidak menghalang pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar dalam mengambil inisiatif sendiri dengan sistem asal mereka melalui kaedah tidak formal. Selain itu, ia juga telah menimbulkan pelbagai masalah khususnya dalam aspek pejawatan guru apabila telah diserapkan ke sekolah kerajaan. Ramai guru yang tidak boleh diserap kerana tiada kelayakan ikhtisas dan terpaksa berpindah sekolah bukan kerajaan sehinggalah tamat umur pencen sebenar (Nik Kamariah Nik Yahya 2010). Bagaimanapun bagi penulis, apa yang berlaku sebelum ini tidak akan sama dengan apa yang berlaku sekarang. Sesuai dengan perkembangan semasa dan perubahan polisi yang sudah berkembang, sejarah lama tidak semestinya berulang dalam bentuk yang sama. Pendekatan Kedua: Penubuhan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
Langkah ini adalah mengenai sebuah organisasi yang merupakan sebahagian daripada jentera persekutuan dan ia telah dbincangkan sebelum ini dalam bab ini. Pengkaji tidak akan menghuraikan lebih detail sejarah organisasi ini sebaliknya hanya menjelaskan hasrat dan matlamat asal organisasi ini. Hasil daripada kelemahan dan kesukaran yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran dalam menguruskan SMAR, kerajaan berpandangan perlu adanya satu organisasi lain dalam menyelaraskan sekolah ini tambahan pula urus setia kepada hal ehwal Islam telah diwujudkan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Satu cadangan yang dikemukakan bagi menubuhkan LEPAI yang akhirnya dipersetujui oleh Majlis Raja-raja pada tahun 1983. Asas penubuhan LEPAI ialah untuk menyelaras dan membantu Sekolah-sekolah Agama Negeri dan Rakyat atau mana-mana sekolah agama yang tidak diuruskan oleh Kementerian Pelajaran. Berdasarkan peraturan LEPAI yang disediakan oleh JAKIM, antara fungsi-fungsinya ialah: a.
Menyelaraskan pelajaran dan pendidikan agama Islam di Sekolah-sekolah Ugama Negeri dan Sekolah-sekolah Agama Rakyat di seluruh Malaysia; Memberi perkhidmatan nasihat kepada Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri mengenai aspek pelajaran dan pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah; dan Menyalurkan dengan saksama apa-apa bantuan, pemberian atau subsidi untuk faedah sekolah-sekolah tersebut yang diperolehnya dari mana-mana sumber.
b. c.
i.
Menyelaraskan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam
Langkah penyeralasan enakmen ini merupakan usaha bijak LEPAI yang pertama setelah ditubuhkan untuk memastikan sekolah-sekolah agama mempunyai jaminan perlindungan yang kukuh dari sudut perundangan khususnya perundangan negeri sendiri yang merupakan sumber kuasa utama kepada SAR. Enakmen ini adalah hasil daripada pecahan daripada enakmen negeri yang sedia ada daripada sumber ibu iaitu Enakmen Majlis Agama Islam Negeri. Rang undangundang telah siap dirangka mulai tahun 1987 dan diterima pakai di beberapa buah negeri seperti Selangor 1988, Pulau Pinang 1989, Johor 1991, Perak 1996 dan beberapa buah negeri yang lain. Langkah penyelarasan ini bolehlah dianggap langkah bijak dan harus dipuji kerana telah memberikan kuasa sah kepada SAR dalam enakmen negeri yang sebelum ini berbeza antara satu sama lain. Disebabkan perbezaan tersebut, SAR mudah diketepikan apabila berlakunya pertembungan kuasa antara pelbagai pihak yang terlibat. Antara kandungan fasal-fasal dalam enakmen ini ialah seperti Pendaftar, Jemaah Pengurusan Sekolah, Pendaftaran Sekolah Agama, Nazir, Akaun, Surat cara Pengelolaan dan pelbagai perkara yang bersesuai dengan negeri masing-masing. Sebelum enakmen ini dikuatkuasakan, kebanyakan SAR bergerak atas nama Enakmen MAIN atau Peraturan yang digubal sendiri oleh masyarakat tempatan atas nama Jemaah Pengelola Sekolah atau Jemaan Pentadbir Sekolah. Selain penyelarasan enakmen, usaha penyeragaman STAM ke atas SAR dan SAN seluruh Malaysia juga dianggap langkah besar Kerajaan Persekutuan dalam membantu sekolah tersebut. Ia bermula apabila Al-Azhar Al Syarif telah membuat perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai jenis sijil agama di Malaysia. Sebelum tahun 1999, AlAzhar menerima lebih kurang 25 jenis sijil agama sebagai syarat kemasukan ke universiti
tersebut. Persefahaman sijil ini telah dibuat dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kementerian dan Al- Azhar Syarif pada 18 November 1999. . Pengiktirafan sijil STAM ini juga telah dibuat oleh pihak universiti melalui pengiktirafan mata pelajaran-mata pelajaran agama sebagai kredit kemasukan pelajar untuk memasuki fakulti agama. Perkara tersebut pernah dilaksanakan pada awal tahun 1970-an ke atas mata pelajaran agama dalam peperiksaan STP/HSC. Pengiktirafan tersebut juga dilaksanakan bagi memasuki fakulti-fakulti lain selain daripada fakulti agama di universiti-universiti tempatan seperti ilmuilmu sains sosial dan seumpamanya. Perlu diingatkan sebelum penyelarasan dibuat, Al-Azhar dan Kerajaan Persekutuan tidak menghadapi masalah besar dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.
Kebaikan & Kelemahan Berdasarkan sejarah pentadbiran di atas, terdapat dua pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu perkembangan SAR dan SAN iaitu menggunakan orang tengah atau terus di bawah Kementerian Pelajaran. Pada asasnya dua pendekatan ini tidak berjalan serentak kerana pendekatan mengunakan orang tengah sudah bermula pada tahun 1959 sehinggalah menggunakan kuasa di bawah organisasi Kementerian Pelajaran mulai 1977 di mana permulaan sebenar bermula pada tahun 1965 lagi dengan menjadikan peringkat menengah Kolej Islam Malaya sebagai Sekolah Milik Kerajaan Persekutuan. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Pada pandangan penulis, pendekatan pertama ialah pentadbiran secara pengambilalihan sebagai Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan mudah menimbulkan kontroversi khususnya dalam aspek kuasa pentadbiran dan kuasa pelaksanaan Kurikulum Diniah. Menyedari tentang kelemahan dan kesulitan yang dialami di atas, satu pendekatan baru telah diusahakan melalui pendekatan penyelarasan iaitu dengan tertubuhnya LEPAI seperti mana perbincangan di atas. Pada pandangan penulis, pendekatan penyelarasan sangat berkesan dan telah berjaya membuktikan hasilnya apabila wujudnya cadangan penyelarasan enakmen pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam dan penyeragaman sijil Tinggi Agama kepada STAM. Bagaimanapun, kejayaan yang dihasilkan tersebut dilaksanakan dalam tempoh yang lama. Penyelarasan enakmen hanya siap dilaksanakan dengan memakan masa selama lebih 5 tahun selepas penubuhan LEPAI. Manakala penyeragaman STAM pula muncul selepas lebih 15 tahun LEPAI diwujudkan. Selain daripada kedua-dua usaha besar tersebut, terdapat juga usahausaha lain yang telah dilaksanakan seperti bantuan per kapita, bantuan Kemahiran Hidup Bersepadu, bantuan buku teks, kursus perguruan dan pengetua. Bagaimanapun, usaha-usaha ini sangat kecil berbanding dengan dua langkah besar di atas. Kelambatan dalam pendekatan kedua di atas adalah disebabkan status LEPAI yang hanya bertaraf penasihat dan bukan mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa eksekutif sebenar berada di bawah kerajaan negeri. Keadaan ini telah menyulitkan perancangan dan penyelarasan sekolahsekolah agama di Malaysia. Lebih menyedihkan apabila dalam dapatan kajian, penulis mendapati LEPAI telah dilihat sangat lemah dan tidak bermaya dalam menguruskan penyelarasan. Ini terbukti apabila LEPAI tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh 5 tahun setelah pemergiaan Pengerusinya yang pertama, Tun Zahir Ismail.
Disebabkan tiadanya jaminan yang kukuh dalam konteks perundangan dan peraturan, ia telah membuka ruang yang luas kepada ahli politik untuk tidak memberikan bantuan per kapita kepada SAR dengan sebab-sebab tertentu sedangkan bantuan per kapita adalah perbelanjaan asas bagi menggerakan SAR. Pemberhentian ini telah dihentikan atas alasan pihak SMAR tidak menggunakan dengan sebaiknya peruntukan yang telah diberikan. Hasil pemberhentian tersebut, satu laporan yang telah dikemukakan oleh Tan Sri Murad mencadangkan pendaftaran SMAR sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Dengan pendaftaran tersebut SMAR bukan setakat memperoleh semula bantuan per kapita yang diperolehnya sebelum ini bahkan mereka juga mendapat pelbagai jenis bantuan yang lain. Bagaimanapun ia masih bergantung kepada persetujuan mereka untuk berdaftar di bawah Akta Pendidikan.
Pendekatan Baru dan Penerimaan Negeri Dilema dalam pendekatan pengambilalihan dan penyelarasan yang dilaksanakan sebelum ini telah memberikan idea dan inisiatif baru ke atas Kerajaan Persekutuan apabila mencadangkan pendekatan baru dalam memajukan SAR dan SAN seluruh Malaysia. Pendekatan yang dimaksudkan ialan pendekatan persefahaman. Pendekatan persefahaman ini dilakukan melalui Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara dua pihak yang berkepentingan. Langkah persefahaman ini adalah bagi membolehkan proses pendaftaran SMAR berjalan lancer. Ia telah dilaksanakan atas persetujuan dan arahan YAB Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Persetujuan tersebut setelah menerima syor daripada Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pendidikan Islam, Peranan Sekolah Agama Rakyat dan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Khususnya Berkaitan Dengan Pendidikan Islam. Laporan ini dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad yang mengesyorkan agar SMAR berdaftar dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan bantuan yang lebih baik diberikan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi sekolah tersebut. Langkah tersebut bermaksud mendaftar SMAR seluruh negara dan menjadikannya institusi pendidikan bantuan kerajaan berdasarkan Seksyen 16 (b). Dalam akta tersebut juga menjelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan iaitu: “institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh”.
Status Pendaftaran Mengikut sumber dari Kementerian Pelajaran, sehingga ke hari ini jumlah sekolah agama yang berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ialah 154 buah daripada 380 buah ke semuanya. Ini bermakna hanya 40 peratus sahaja yang bersedia untuk mendaftar sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan anjuran kementerian (Dangiran Mustapha, 2008). Itu pun termasuk sekolah-sekolah agama yang bukan SMAR bersistem madrasah seperti mana asal penubuhannya. Pada asasnya mekanisme cadangan ini tidaklah sama dengan mekanisme yang dicadangkan pada peringkat awal kajian tersebut. Ini adalah kerana cadangan asal masih lagi meletakkan peranan LEPAI dan JAKIM sebagai urus setia ke atas SAR. Sebaliknya, urus setia dalam proses pendaftaran SABK yang mula dilaksanakan dengan giatnya pada tahun 2005 ialah
Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama daripada bahagian-bahagian penting yang lain dalam Kementerian Pelajaran. Sekali proses pengurusan SMAR telah berubah setelah ianya sebelum ini diberikan kepercayaan kepada LEPAI dan JAKIM. Perubahan pengurusan ini mudah menimbulkan kontroversi seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1977 kerana ia telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Bagi mengurangkan kontroversi tersebut, Tan Sri Murad telah dilantik sebagai Timbalan Pengerus LEPAI pada awal tahun 2006 dengan hasrat berlakunya persefahaman dan kerjasama yang baik antara kedua-dua belah pihak. Hasrat ini tidak dapat dijelmakan kerana beliau telah meninggal dunia kemudiannya. Persetujuan pendaftaran tersebut telah dibuat melalui memoradum persefahaman antara kedua-dua pihak agar masing-masing boleh memainkan peranan masing-masing (Abrar Idris 2009). Memandangkan pelaksanaan ini dilaksanakan semasa kajian pengkaji sedang dilaksanakan, dapatan awal pengkaji menunjukkan masih terdapat kebimbangan dan kesangsian di kalangan pengusaha SMAR dan pihak berkuasa agama negeri tentang pendaftaran tersebut terutama dari sudut kuasa pentadbiran dan kurikulum. Terdapat juga SMAN yang mengambil inisiatif sendiri untuk turut mendaftar sebagai SABK walaupun SMAN bukanlah menjadi keutamaan dalam cadangan asal jawatankuasa khas tersebut. Bagaimanapun SMAR yang telah mendaftar sedikit sebanyak telah mengalami perubahan dari sudut keperluan sumber manusia, kemudahan dan infrastruktur. Perlu disebutkan di sini, antara persetujuan penting yang telah dicapai kedua-dua pihak ialah mengekalkan kurikulum mata pelajaran Diniah di SMAR dan ia hendaklah terus dan kekal diuruskan oleh pihak berkuasa agama negeri dan pengusaha SMAR sendiri sehinggalah Kerajaan Persekutuan diberikan kuasa melalui persetujuan Majlis Raja-raja untuk menguruskan kurikulum mata pelajaran Diniah. Proses pendaftaran yang dilaksanakan di atas seolah-olah tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkuasa agama negeri dan pengusaha SMAR. Perkara ini tidak sukar untuk difahami kerana cadangan menjadikan SMAR sebagai SABK pernah dibuat sebelum ini. Pada asalnya ia memberi maksud sekolah mendapat bantuan per kapita penuh dan bantuan modal dari Kementerian Pelajaran. Bantuan tersebut juga termasuk dalam urusan pengendalian sekolah, gaji pengetua dan guru, per kapita mata pelajaran dan semua jenis bantuan kerajaan yang lain. Manakala tapak sekolah masih menjadi hakmilik jemaah pengurusan sekolah. Kurikulum mata pelajaran Diniah juga boleh terus dikekalkan seperti sedia ada. Berdasarkan permasalahan-permasalahan yang dikemukakan di atas, penulis merumuskan kepada dua perkara penting. Pertama, sebarang usaha untuk menginstitusikan SAR lihat sering tidak berjaya malah menghadapi banyak kekangan dan mudah menimbulkan konflik dalam proses pengurusan dan pembangunannya. Usaha penginstitusian yang dilakukan ternyata kurang berjaya meletakkan kedudukannya seiring dengan aliran pendidikan perdana yang lain. Kedua, wujudnya dua pihak berkuasa yang berautoriti dalam mentadbir SMAR sejak awal kemerdekaan lagi. Keautoritian tersebut pula mempunyai konflik pentafsiran yang berbeza. Dua pihak yang berkuasa tersebut ialah kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Pihak pertama ialah pihak berkuasa kerajaan negeri, majlis agama dan pengusaha SMAR yang merupakan pihak-pihak yang mempunyai pemilikan kuasa yang sah dan berautoriti dalam mengurus dan menentukan polisi ke atas SAR sejak awal penubuhannya lagi. Kuasa ini adalah kuasa tradisi yang telah lama menjadi kuasa sah dalam membangunkan sekolah agama yang bersistem madrasah. Ia berasaskan kepada statusnya yang dilihat perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.
Manakala pihak kedua ialah Kementerian Pelajaran, JAKIM atau LEPAI dilihat pihakpihak yang hanya berkuasa mewakili Kerajaan Persekutuan dalam membantu dan menguruskan sebahagian daripada pentadbiran SAR. Keadaan ini pula berasaskan kepada statusnya pula yang dilihat perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Namun begitu, LEPAI yang meletakkan pentadbirannya di JAKIM sahaja yang dilihat berjaya dan berkesan dalam membantu menentukan polisi SAR berbanding dengan Kementerian Pelajaran. Usaha dan langkah yang telah dibuat tidak banyak menimbulkan konflik besar dalam proses membangunkan SAR walaupun mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif ke atas SAR. LEPAI hanyalah orang tengah bagi pihak kerajaan persekutuan. Keadaan ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah organisasi kerana telah mempunyai dua kuasa dalam satu organisasi. Dalam tempoh 25 tahun penubuhan LEPAI, mereka berjaya menyelaraskan SAR dengan tersusun dari sudut perkara-perkara asas seperti perundangan dan pensijilan berbanding dengan usaha kementerian yang hanya sekadar memberikan bantuan sedangkan tempoh bantuan tersebut sudah menjangkau melebihi 50 tahun.
Cadangan Penstrukturan Semula
Rajah 1.2 Konfigurasi Struktur Birokrasi Kolaborasi (ilustrasi daripada penulis sendiri) Model dalam Rajah 1.2 bermaksud semua pihak sama ada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dan mengambil tanggungjawab bersama berasaskan bidang kuasa masing-masing. Penulis mengemukakan satu model baru sebagai satu cadangan mengatasi masalah SAR. Model ini dinamakan “Model Pembangunan dan Pengurusan Bersama (MPPB)”(Azizi Umar 2010). Berasaskan model di atas, struktur organisasi berasaskan agensi pusat adalah lebih hampir dan sesuai dalam menyelaraskan SAR dan SAN. Cadangan ini sebenarnya adalah hasil daripada gabungan model struktur organisasi Henry Mintzberg (1983). Model ini menunjukkan kecenderungan menggunakan sebahagian daripada pendekatan pengambilalihan dan pendekatan penyelarasan yang telah dicantumkan menjadi satu model. Ia telah diubahsuai, disusun dan distrukturkan semula dalam penstrukturan yang lebih tersusun dan sempurna. Bagi menjelaskan perincian cadangan model ini pengkaji menterjemahkan ilustrasi di atas ke dalam bentuk realiti struktur organisasi pengurusan SAR dan SAN seperti dalam Rajah 1.3.
Rajah 1.3 Model Pembangunan dan Pengurusan Bersama (Ilustrasi Model Kepada Asas Struktur Organisasi) Bagi memahami ilustrasi model yang telah diterjemahkan dalam bentuk struktur asas organisasi, pengkaji memperincikan lagi model dan ilustrasi di atas kepada cadangan struktur organisasi baru ke atas SAR dan sekolah agama Islam di Malaysia seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 1.3. Model ini adalah manifestasi daripada model asal pengkaji iaitu Model Pembangunan dan Pengurusan Bersama (MPPB). Dalam Rajah 1.3, model ini bertujuan memberikan kuasa autoriti kepada LEPAI dan Bahagian Pendidikan Islam atau dulunya JAPIM dengan penggabungan dua Lembaga Penasihat yang sedia ada iaitu LEPAI dan Lembaga Penasihat Memorandum Persefahaman Pendaftaran SABK. Fungsi LEPAI tetap kekal tetapi telah distrukturkan semula dengan dua kaedah. Kaedah pertama ialah menaik taraf LEPAI daripada bertaraf penasihat kepada kuasa eksekutif yang dihimpun bersama. Kaedah kedua ialah mengagihkan fungsi dan peranan LEPAI ke dalam organisasi lain mengikut bidang kuasa dan kesesuaian fungsi serta peranan masing-masing. Penubuhan Majlis Kebangsaan Pembangunan dan Pengurusan Institusi Pendidikan Islam (MKP-IPI) adalah satu cadangan dan gagasan terbaik bertujuan memperkasakan LEPAI daripada bertaraf penasihat kepada satu badan yang mempunyai kuasa autonomi dalam menentukan polisi untuk SAR. Pada masa yang sama Majlis tersebut boleh mewujudkan kuasa eksekutif sendiri dalam bentuk agensi pusat melalui Jabatan Perdana Menteri.
Rajah 1.3 Cadangan Struktur Organisasi Pembangunan dan Pengurusan Institusi Pendidikan Islam di Malaysia
MKP-IPI merupakan satu badan yang menghimpunkan kuasa eksekutif antara negeri dengan persekutuan. Organisasi persekutuan yang terlibat ialah menteri yang memegang kementerian yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran SAR sahaja. Sementara itu, kuasa eksekutif negeri iaitu Menteri Besar. Bagaimanapun Menteri Besar boleh mewakilkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang menjaga hal ehwal sekolah agama bagi mewakilinya. Keanggotaan MKP-IPI boleh dilantik di kalangan Ahli Majlis Agama Islam Negeri bagi negeri yang memberikan kuasa kepadanya untuk menguruskan sekolah agama. Keutamaan penyelarasan dalam model ini juga perlu mengutamakan penyelarasan yang bertujuan untuk menyusun atur kepelbagaian institusi pendidikan Islam bermula pada peringkat negeri dan sekolah terlebih dahulu. Desentralisasi mesti menjadi panduan penyelarasan tersebut selain daripada usaha untuk memperkukuhkan Jemaah Pengurusan Sekolah secara bersama. Ini bermakna terdapat tiga kerjasama yang perlu diterjemahkan dalam model ini iaitu pertama, kerjasama antara dua buah organisasi Kerajaan Persekutuan, kedua, kerjasama pemilik dan pentadbir SMAR iaitu kerajaan negeri, majlis agama Islam negeri dan Jemaah Pengurusan
Sekolah. Manakala kerjasama yang ketiga ialah kerjasama dua pihak yang berautoriti iaitu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dalam Perlembagaan Persekutuan, wujudnya Senarai Bersama selain daripada Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Ia bertujuan menjelaskan tanggungjawab secara bersama antara dua pihak. Perkataan „Bersama‟ telah dijadikan identiti penting nama model pengkaji dalam nama model penyelesaian yang dicadangkan. Oleh kerana itulah, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Peringkat Negeri (JK3PN) juga perlu dibentuk bagi menyelaraskan pengurusan SAR di peringkat negeri berdasarkan keputusan yang dibuat oleh MKP-IPI. Sebuah agensi pusat juga perlu diwujudkan dengan nama Jabatan Sekolah-Sekolah Agama Islam Malaysia (JASSAM) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Struktur pentadbirannya samalah dengan struktur agensi pusat yang lain. Penulis telah membuat lakaran dengan ilustrasi carta organisasi baru bagi agensi pusat seperti mana dalam Rajah 1.4. Bagaimanapun, prosedur perincian tentang bentuk struktur, pendekatan, garis panduan tambahan boleh dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk.
Rajah 1.4 Ilustrasi Cadangan Struktur Organisasi Jabatan Sekolah-Sekolah Agama Islam Malaysia (JASSAM))
Bagi memperkukuhkan MKP-IPI dan agensi pusat tersebut, satu akta baru perlu digubal bagi menjamin perlindungan ke atas sekolah agama apabila ditadbir oleh persekutuan. Penggubalan undang-udang tersebut bertujuan menyatukan dan menyelaraskan bidang kuasa yang ada dalam enakmen negeri, Akta Pendidikan dan akta lain yang berkaitan. Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Pembangunan dan Pengurusan Institusi Pendidikan Islam. Akta ini akan membahagikan bidang kuasa negeri dengan persekutuan mengikut kuasa yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa ke atas sumber manusia, sumber kewangan, pembangunan. Manakala kerajaan negeri berkuasa ke atas tanah, pentadbiran dan pelaksanaan kurikulum Diniah. Cadangan penggubalan akta tersebut adalah bertepatan dengan Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Kerajaan Persekutuan membuat undang-undang yang berkaitan dengan negeri dengan maksud tertentu Kesimpulan Berasaskan perbincangan di atas, penulis berpendapat, cadangan model ini juga boleh diaplikasikan ke atas semua jenis persekolahan agama. Ia tidak terikat dan hanya sesuai untuk SAR sahaja tetapi termasuk juga SAN, peringkat menengah dan rendah, sekolah agama yang ditubuhkan secara persendirian dan orang ramai. Dalam perkembangan institusi pendidikan Islam hari ini, ia telah meliputi semua jenis pendidikan bermula pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Penubuhan sekolah agama juga diwujudkan dalam pelbagai jenis tempat seperti di masjid, surau, kedai pejabat, rumah dan sebagainya. Begitu juga sistem pengajiannya yang sudah berkembang daripada sistem pondok kepada sistem pengajian tahfiz. Semua kepelbagaian ini dan pada masa depan memberikan gambaran kepada perlunya usaha untuk meletakkan institusi pendidikan Islam diletakkan di bawah satu bumbung atau satu struktur organisasi yang khusus. Cadangan penstrukturan semula terhadap pengurusan SAR dan SAN bukanlah perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini. Bagaimanapun hasrat tersebut tidaklah dinyatakan dengan jelas penstrukturan tersebut. Ini adalah kerana hasrat utama ke atas sekolah-sekolah tersebut ialah ke arah penyatuan dan penyeragaman kurikulum, penerimaannya untuk berada dalam arus pendidikan perdana. Penulis menterjemahkan hasrat tersebut dalam bentuk separa realiti bagi memudahkan pemahaman pembaca agar semua pihak merasai keperluan tersebut yang tersangat mendesak.
RUJUKAN Al-Qur’an al-karim Abdul Aziz Bari. 2002. Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abrar Idris. 2006, 2009 & 2010. (Ketua Sektor Kemajuan Sekolah Agama BPI KPM). Putrajaya. Temu bual, 16 Mei 2006, 6 Julai 2009 dan Cyberjaya. 19 Julai 2010. Ahmad Atory Hussin. 1996. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd. Al-Buraey, Muhammad. 1981. Administrative Development And Islamic Perspectives. University of North Carolina. Al-Buraey, Muhammad. 1990. Management & Administration In Islam. Saudi Arabia: King Fahd University of Petroleum & Minerals. Al-Ghamari, Ibrahim. 1979. Al-Afrad wa al-Suluk al-Tanzimi. Iskandariah: Dar al-Jamicat alMisriyyah. Ali Mohammad Jubran Saleh. 2002. Education Administration: An Islamic Perspective. Kuala Lumpur : A.S. Noordeen Azizi Umar & Supyan Hussin. 2007. Kekangan kurikulum diniah dalam dasar pendidikan kebangsaan pasca kemerdekaan. Dlm. Mazlan Ibrahim & Kamaruddin Salleh (pnyt.). Islam Pasca Kemerdekaan, hlm. 25-40, Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, FPI UKM Azizi Umar & Supyan Hussin. 2007. Sekolah agama rakyat : kedudukan dan konfliknya dalam dasar pendidikan kebangsaan. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Kali ke- 3, hlm. 153-161. Azizi Umar & Supyan Hussin. 2008. Peranan kerajaan negeri dan pusat ke atas sekolah agama rakyat: satu kajian masalah pengurusan bersama terhadap pemilikan kuasa. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 18(2): 19-40. Azizi Umar & Supyan Hussin. 2009. Pendaftaran sekolah agama rakyat dalam dasar pendidikan kebangsaan : implikasi ke atas perlembagaan dan akta pendidikan 1996. Kertas kerja Konferen Antarabangsa Penyelidikan Dalam Undang-undang Islam. Anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 15 – 16 Julai. Azizi Umar. 2001. Pengambilalihan sekolah agama rakyat oleh kementerian pendidikan: suatu kajian mengenai sejarah dan tujuan. Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Azizi Umar. 2010. Penginstitusian sekolah menengah agama rakyat (SMAR) dalam polisi pendidikan kebangsaan: satu kajian kes di Kelantan. Tesis Dr. Fal, Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (telah diserahkan untuk peperiksaan lisan) Dangiran Mustapha. 2008. Program pendaftaran sekolah agama sebagai sekolah agama bantuan kerajaan: satu sorotan. Kertas kerja Seminar Pemantapan Kurikulum Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Peringkat Kebangsaan. Port Dickson, 3 – 5 Disember. Hassan Langgulung. 1997. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hoy, K.W. & Miskel, G.C. 2001. Educational Administrations: Theory, Research & Practice (Edisi ke-6). Singapore: McGraw Hill Book Co.
Ismail Abdul Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd & Mohd. Yasin Muda. 1993. Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Harapan. Kuala Trengganu: Yayasan Islam Terengganu. Kementerian Pelajaran. 1978. Laporan Bahagian Pelajaran Ugama. Kuala Lumpur: Bahagian Pelajaran Ugama. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Isu SAR : Penjelasan Menteri Pendidikan. 17 Mac Lembaga Penyelidikan Undang-undang, Perlembagaan Persekutuan (pindaan sehingga 2008) . Kuala Lumpur : Internasional Law Book Services, 2008. Malaysia. 1996. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : hingga 10 September 1996. Mary Jo Hatch.1997. Organization Theory : Modern, Symbolic and Postmodern Perspectives. New York : Oxford University Press. Mintzberg, Henry. 1983. Structure in Fives: Designing Effective Organizations. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Mohamed Zahir Ismail, Tun. 2000. (Mantan Pengerusi LEPAI) Teks Ucapan Aluan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat LEPAI Kali Ke-26. Alor Setar, Kedah. 4 September 2000. Muhammad Agus Yusoff. 2006. Malaysia Federalism: Conflict or Consensus. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Kamariah Nik Yahya. 2010. (Bekas guru SMKA Naim Lil Banat, Kelantan sebelum, semasa dan selepas pengambilalihan). Kota Bharu. Temu bual, 3 April. Perjanjian Persefahaman Akademik Dan Kebudayaan Antara Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Al-Azhar Al-Syarif Republik Arab Mesir pada 18 November 1999. Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Thomas J. Atchison & Winston W. Hill (1978), Management Today: Managing Work In Organizations, New York: Harcourt Brace Jovanvich Thomas M. Franck. 1968. Why Federations Fail: An Inqury Into The Requisites For Successful Federalism. New York: New York Universities Press.