Perbelanjaan pembelian mana-mana buku, majalah, jurnal atau penerbitan (
dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau ...
NOTA PENE RANG AN B E 20 0 8
CUKAI PENDAPATAN ORANG PERSEORANGAN
(PEMASTAUTIN YANG TIDAK MENJALANKAN PERNIAGAAN) Ruang
Pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi Tahun 2008:
C3 C8 C8A C9 C10 D5 D8C 8 (baru) D11(baru)
Muka Surat
Elaun / perkuisit / pemberian / manfaat yang dikecualikan cukai
3
Faedah Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan Hadiah wang kepada institusi atau organisasi diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau badan sukan yang diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan Yuran pendidikan (sendiri) - Tambahan: peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997
4 5 5 5
No. Pasport terakhir didaftar dengan LHDNM Bilangan anak – layak mendapat pelepasan & dituntut oleh diri sendiri & suami / isteri
5 6 6 2 7
Nota ini bertujuan membantu tuan/puan yang bermastautin di Malaysia mengikut seksyen 7 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 untuk melengkapkan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2008. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2008 adalah benar dan lengkap. Bagi individu berkahwin yang memilih untuk ditaksir bersama dan mempunyai jumlah pendapatan yang disatukan, sama ada taksiran dibuat atas nama suami atau isteri, kedua-dua suami isteri perlu mengisi Borang B/BE yang berasingan. Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang BE KECUALI bagi kes pembayaran balik, tuan/puan perlu mengemukakan:(i) Helaian Kerja HK-3; (ii) HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain) serta dokumen yang berkenaan; dan (iii) HK-8/HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing. Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dalam kotak yang disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun di Bahagian E dan Bahagian F perlu diisi dengan nilai sen. Bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja. Contoh :
Pendapatan Berkanun Penggajian (ruang C1) Jumlah Cukai Pendapatan (ruang E3)
MAKLUMAT ASAS Isikan maklumat yang berkenaan sahaja. Untuk ruangan ‘No. Rujukan Cukai’, isikan SG atau OG di petak yang berkenaan dan diikuti dengan no. rujukan di petak yang disediakan. Contoh: No. rujukan SG 00345678091