diminati atau sastera popular merupakan sastera yang bersifat murahan? ...
Menurut Shahnon Ahmad (Dewan Sastera, 2008 : 22 -24), novel popular bukan.
NOVEL POPULAR MALAYSIA INDONESIA: KAJIAN PERBANDINGAN * Mohamad Mokhtar Hassan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Pengenalan Isu sastera popular sudah banyak diperkatakan. Persoalan definisi dan konsepnya sehingga kini masih terus diperkatakan. Adakah sastera popular merupakan sastera yang diminati atau sastera popular merupakan sastera yang bersifat murahan? Diminati kerana persoalan, mesej yang dikemukakan cukup dalam dan tinggi nilai estetiknya. Murahan pula dari segi idea dan persoalan yang diungkapkan berkisar alam remaja malahan gaya bahasa yang digunakan penuh dengan carca marba yang merosakkan. Banyak pihak juga yang memperdebatkan kemunculan sastera popular. Ada pihak yang memuji kemunculan sastera popular kerana dikatakan merancakkan lagi dunia sastera tanah air. Namun ada pihak yang mempersoalkan kemunculan sastera popular kerana dikatakan memberi kesan negatif kepada sastera tanah air dan minda pembaca. Namun demikian sehingga kini sastera popular terus muncul di samping sastera yang berbentuk serius. Persoalannya apakah sastera popular tidak wajar diterbitkan? Apakah dengan hanya kehadiran sastera serius, dunia sastera akan dimartabatkan? Nampakkan isu kehadiran sastera popular dan sastera serius berlarutan tanpa kesudahan. Ibaratkan makanan. Ada pihak yang lebih senang makan tengah hari dengan makanan ringan yang dikatakan lebih enak dan mengenyangkan. Namun di satu pihak yang lain pula, lebih senang makan makanan yang berat seperti nasi berlauk. Sama halnya dengan muzik. Ada pihak yang senang dengan muzik pop atau rock. Sebaliknya, ada pihak yang lebih senang dengan lagu asli atau berdangdut. Jelasnya masing-masing dengan citarasa dan selera sendiri. Definisi dan Konsep Sastera Popular Agak sukar untuk memberikan definisi dan konsep sastera popular. Masingmasing pihak mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Untuk itu ada baiknya diteliti beberapa definisi yang berhubung dengan sastera popular. Menurut Fiction Dictionary (Zalila Sharif, 2007 : 34) karya popular ialah : Fiction read purely for entertainment rather than for its educational value. One requisite for popular fiction is that, to be truly popular, the work must be read by many people. Although literary works do occasionally make the best-seller list, the term popular fiction most often is applied to books with wide commercial appeal.
*
Kertas Kerja yang dibentangkan di International Conference “Toward A Better Cooperation Between Indonesia and Other Countries : Prospect and Retrospect” di Universitas Indonesia, Depok, Jakarta pada 7 Agustus 2010
71
Definisi yang hampir sama dikemukakan dalam Encylopedia Britanicca, yang menyatakan : Popular literature includes those writings intended for the masses and those that find favour with large audiences. It can be distinguished from artistic literature in that it is designed primarily to entertain. Popular literature, generally does not seek a high degree of formal beauty or subtlety and is not intended to endure. (“Popular Literature”, http://www.britannica.com/eb/article-5876/popularart). Berdasarkan kedua-dua definisi di atas, dapat disimpulkan beberapa kriteria yang dikatakan sastera popular. Pertama, karya popular dibaca oleh ramai pembaca. Kedua, dibaca semata-mata untuk hiburan daripada untuk pendidikan. Ketiga, karya sastera itu dijual untuk tujuan komersial dan yang keempat, karya sastera yang diterbitkan tidak mementingkan nilai-nilai keestetikan. Berdasarkan definisi yang dikemukakan itu, agak sukar untuk menentukan sesebuah karya itu merupakan sebuah karya popular. Pertama, jika dilihat dari segi jumlahnya. Apakah kayu ukur untuk menentukan ramai pembaca membaca sesebuah karya itu? Adakah 100 orang dianggap ramai atau 500 dianggap ramai? Jika dibuat perkiraan, bilangan lebih dari 2 sudah dianggap ramai. Justeru itu ukuran ramai itu agak subjektif bilangannya. Ada pihak yang merasakan 100 orang sudah ramai. Namun ada pihak pula merasakan 100 orang masih sedikit jika diukur dari jumlah penduduk sesebuah negara itu. Keduanya, apakah sesebuah karya popular itu tidak ada unsur pengajaran? Apakah sesebuah karya popular itu semata-mata hanya ada nilai hiburan? Sudah pasti disebalik unsur hiburan terselit nilai pengajaran. Sebagai misalannya novel Shamsiah Mohd. Nor yang bertajuk Tangisan Bulan Madu. Di sebalik kisah percintaan dan unsur pengajaran yang ingin diselitkan oleh pengarang. Ketiganya, adakah sesebuah karya sastera yang dijual oleh sesebuah penerbit itu tidak mementingkan nilai komersial? Sudah pasti penerbit menjual sesbuah karya sastera untuk tujuan komersial, iaitu untuk mencari keuntungan. Tidak ada penerbit yang ingin menerbitkan sesebuah karya tidak memikirkan keuntungan. Kecuali diterbitkan semata-mata untuk kebajikan. Keempatnya, adakah sesebuah karya popular itu tidak ada nilai-nilai keindahan? Apakah nilai sasteranya diragukan? Sedikit sebanyak sudah pasti ada nilai-nilai estetik yang terdapat dalam sesebuah karya popular itu sungguhpun gaya bahasanya dikatakan penuh dengan kesalahan. Jelasnya, berdasarkan definisi yang dikemukakan itu agak sukar untuk menentukan sesebuah karya itu popular. Jika kualiti pula yang diambil ukuran, apakah karya sastera popular diangap tidak berkualiti. Sedangkan terdapat karya popular yang lebih bermutu jika dibandingkan karya yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara. Sebagai misalannya novel Warisan karya A. Talib Hassan terbitan Creative Enterprise yang dikatakan sudah diulang cetak sebanyak 11 kali, apakah dikatakan karya itu dianggap tidak berkualiti? Novel Popular Menurut Shahnon Ahmad (Dewan Sastera, 2008 : 22 -24), novel popular bukan karya jenis Kitsch. Kitsch berusul asal daripada istilah Greek tua yang lebih utama
72
menyarankan makna karya yang bersifat remeh-temeh; baik dalam persoalan yang dibawanya, lebih-lebih lagi dalam aspek langgam penceritaan, yang menjadi alur bagi cerita mengalir dan berkembang. Mutu seninya jauh lebih rendah daripada mutu novel pop, malah boleh dikategorikan sebagai novel murahan sahaja. Malah Shahnon juga tidak mengkategorikan novel pop bukan jenis karya erotik, jauh sekali untuk dimasukkan dalam kelongsong karya erotik, kerana percintaan yang menjadi persoalan utamanya cuba mengekalkannya sebagai cinta muqaddas atau suci (Ibid.: 23). Di samping itu Shahnon juga tidak menggolongkan novel pop sebagai novel picisan. Istilah picisan lumrahnya diasosiasikan dengan karya sastera yang terlalu remeh-temeh, sedangkan novel picisan tetap mengekalkan ciri novel kecuali mutunya terlalu rendah (Ibid. : 24). Manakala Irwan Abu Bakar (2007 : 36) pula membezakan novel serius dengan novel popular berdasarkan ketinggian falsafah, pemikiran dan ilmu yang dibawanya serta nilai estetiknya. Kecenderungannya untuk membawa pembaca ke arah tindakan makruf dan meninggalkan mungkar merupakan satu lagi cirinya yang penting. Novel popular, pada amnya, tidak memiliki ciri ayng sedemikian. Di samping itu, tema novel popular lazimnya berkisar sekitar cinta remaja. Ada juga yang berputar di sekitar cinta orang dewasa atau masalah rumah tangga yang rutin. Lantaran kesukaran untuk membezakan sastera popular dengan sastera serius, novel popular dengan novel serius, maka ada pihak yang menyarankan untuk tidak mengelirukan, lantas diberikan berbagai-bagai nama. Sepertimana yang disarankan oleh Mohd. Affandi Hassan dalam makalahnya yang bertajuk “Apakah itu Novel Popular?” (Mingguan Malaysia, 10 Disember 2006): “Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah novel/karya hiburan atau karya hiburan ringan, karya hiburan murahan, karya murahan, karya mentah (dalam erti temanya tidak diolah dengan mendalam, tidak masak seperti dalam karya Sasterawan Negara); novel/karya omongan atau karya ocehan (kerana terdapat banyak sekali omongan dan ocehan di dalam novel-novel popular ini)”. Saranan yang dikemukakan oleh Mohd. Affandi Hassan itu ada kebenarannya seperti mana kita membezakan antara syair, pantun dan genre-genre yang lain. Begitu juga seperti mana suatu masa dahulu untuk membezakan cerpen dan cerpan. Walau bagaimanapun, bukan suatu usaha yang mudah untuk membezakan nama-nama yang dicadangkan oleh Mohd. Affandi Hassan itu kerana agak sukar untuk membezakan antara satu kategori dengan kategori yang lain. Sebagai misalannya untuk membezakan antara karya hiburan ringan dengan karya hiburan murahan. Apakah yang ringan itu tidak murahan? Sudah pasti akan berlakunya pertindihan kriteria. Justeru itu, dalam mengkategorikannya haruslah jelas kriteria-kriteria yang dijadikan ukuran. Penulis, Novel dan Khalayak Jelasnya agak sukar untuk mengkategorikan sesebuah karya itu sebagai karya popular. Namun, dalam menentukan kepopularan seseorang penulis itu, salah satu ukuran yang dapat digunakan ialah berdasarkan soal selidik, iaitu undian yang dilakukan. Sama halnya dengan melakukan undian terhadap penyanyi popular tanah air. Berdasarkan kajian yang saya lakukan pada tahun 2004 bersama-sama Profesor Madya
73
Dr. Hamedi Mohd. Adnan di atas kajian yang bertajuk “Sambutan Khalayak Terhadap Novel Melayu di Malaysia”, daripada sejumlah 4422 orang responden dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, berikut statistik penulis yang popular dapat dikatakan sebagai popular. Nama Penulis Ahadiat Aqasah Norhayati Berahim A. Samad Said Fauziah Ashaari Aisya Sofea Sharifah Abu salim Usman Awang Khadijah Hashim Shahnon Ahmad Damya Hanna Anis Ayuni Nea Azalea Liana Afiera Malik H.M Tuah Iskandar Keris Mas
Jumlah Responden 1319 1276 923 626 616 557 473 397 356 309 275 264 245 219 212
Peratusan 11.6 11.3 8.1 5.5 5.4 4.9 4.2 3.5 3.1 2.7 3.0 2.9 2.7 2.4 2.3
Berdasarkan statistik di atas, 15 penulis popular teratas, didapati hanya tiga Sasterawan Negara sahaja, iaitu A. Samad Said, Shahnon Ahmad dan Keris Mas yang dikategorikan dalam kelompok penulis popular. Manakala yang lainnya merupakan penulis-penulis agak baru dan lama yang banyak menulis di penerbit-penerbit seperti Alaf 21, Creative Enterprise, Utusan Melayu Publications, Marwilis Publisher, Melati Publisher,Ghoswriter, Rythm Publishing dan K Publishing. Kajian ini berdasarkan majoriti responden terdiri daripada mereka yang berumur 16-21 tahun, iaitu sejumlah3408 responden (77.1%) dan 22-23 tahun sejumlah 641 responden (14.5%). Satististik responden seperti mana di bawah ini: Umur responden n=4420 Umur
74
Jumlah responden
Peratus
16-21 tahun 22-23 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51 dan ke atas
3408 641 231 116 24
77.1 14.5 5.2 2.6 0.5
Jumlah Tidak berjawab Jumlah keseluruhan
4420 2 4422
99.9 0.1 100
Hal ini ada kaitannya dengan jantina responden, iaitu 69.6 peratus atau 3078 responden terdiri daripada kalangan wanita, manakala 30.3 peratus atau 1341 responden terdiri daripada kalangan lelaki. Statistik responden ini dapat diperhatikan dalam jadual di bawah ini: Jantina responden n=4419 Jantina
Jumlah responden
Peratus
Lelaki Perempuan
1341 3078
30.3 69.6
Jumlah Tidak berjawab Jumlah keseluruhan
4419 3 4422
99.9 0.1 100.0
Kepopularan Ahadiat bukan sahaja berdasarkan jumlah responden yang memilih beliau dalam soal selidik tersebut, iaitu sejumlah 1319 responden, tetapi kepopularan beliau juga berdasarkan jumlah novel yang dihasilkannya. Pada 31 Mei 2001, Malaysia Book of Records telah mengiktirafkan beliau sebagai penulis novel terbanyak, iaitu berjumlah 55 buah. Menurut Ahadiat, buku-buku karyanya pernah mencecah 40 ribu naskah. Jelasnya lagi, beliau ada 40 hingga 50 ribu pembaca. Sebanyak 30 ribu sahaja berdaftar di bawah kelabnya” (Faisal Tehrani, Dewan Sastera, Julai 2001 :19). Ini menunjukkan bahawa beliau sudah ada ramai pengikut. Ramai pengikut bererti beliau sudah mempunyai ramai peminat. Selain dari novel Legenda Budak Setan, Ahadiat juga menghasilkan beberapa buah novel. Antaranya Gigolo, Kompilasi Sekeping Kad Valentine, Pilot Cafe, Untuk Tiga Hari dan Hikayat Cinderella. Selepas Ahadiat, penulis yang cukup popular ialah Norhayati Berahim. Kebanyakan novel beliau diterbitkan oleh Creative Enterprise. Sejumlah 1276 responden memilih beliau. Novelnya yang bertajuk Hanya Kerana Cinta merupakan novel yang paling banyak diulang cetak. Novel-novel lain yang telah dihasilkannya antaranya ialah Dendam yang Terlerai, Inferior, Pesanan Terakhir Seorang Lelaki, Rindu, Emosi, Sentuhan Kasih dan Teguh. Fauziah Ashari juga turut prolifik dalam penghasilan novel. Antara novel yang telah dihasilkannya ialah Rindu Cintaku, Setia Menanti, Duri, Cinta Tiada Akhirnya, Ombak Rindu dan Pergilah Sepi. Aisya Sofea juga turut prolifik dalam penghasilan novel-novel. Antaranya ialah Sehangat Asmara, Jendela di Hati, Buatmu Kekasih, Selagi Ada Dia, Jauh, Gelora Jiwa, dan Adam dan Hawa. Meneliti pula kajian “Sambutan Khalayak Terhadap Novel di Indonesia” yang dilakukan pada tahun 2005. Kajian awal ini mengambil sejumlah responden dari 2 kawasan, iaitu 100 responden di Medan dan 100 responden di Pekan Baru. Berdasarkan 200 borang soal selidik yang telah dikembalikan, 128 responden atau 64% merupakan mereka yang berumur 16-21 tahun. Ini diikuti dengan 29 responden atau 14.5% yang terdiri daripada kalangan berumur 22-30 tahun. Selanjutnya 20 responden atau 10% terdiri dari kalangan yang berumur 31-40 tahun. Manakala 17 responden atau 8.5% terdiri dari yang berumur 41-50 tahun. Paling sedikit, iaitu 6 responden atau 3% terdiri dari mereka yang berumur 51 tahun ke atas. Statistik itu dapat diperhatikan di bawah ini:
75
Umur responden n=200 Umur
Jumlah responden
Peratus
16-21 tahun 22-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51 tahun ke atas
128 29 20 17 6
64 14.5 10 8.5 3
Jumlah keseluruhan
200
100
Berdasarkan jumlah statistik itu, mengikut pecahan jantina pula, perempuan merupakan bilangan yang teramai, iaitu seramai 117 responden atau 58.5%, manakala responden lelaki pula seramai 83 orang, iaitu 41.5%, seperti mana yang dapat diperhatikan di bawah ini: Jantina responden n=200 Jantina
Jumlah keseluruhan
Lelaki Perempuan
83 117
Jumlah keseluruhan
200
Peratus 41.5 58.5 100
Seperti mana di Malaysia, minat pembaca di Indonesia (khususnya di daerah Medan dan Pekan Baru) mempunyai minat yang hampir sama, iaitu peratusan yang tinggi terhadap novel popular (Novel yang digemari, contohnya kisah keluarga dan cinta). Diikuti dengan novel remaja (novel yang berkisar kehidupan pelajar dan alam remaja) dan selanjutnya novel remaja popular (novel yang digemari berkisar tentang persoalan cinta dan remaja). Seterusnya novel serius (novel yang agak berat contohnya novel politik, agama, falsafah) dan akhir sekali novel picisan (novel yang mengandungi unsur porno and unsur erotik). Perbandingan minat khalayak pembaca di Malaysia dan di Indonesia (Pekan Baru dan Medan) dapat diteliti seperti mana statistik di bawah ini: Jenis novel diminati Khalayak pembaca di Malaysia N=4177 Novel diminati
76
Jumlah responden
Novel popular Novel remaja Novel remaja popular Novel serius Novel picisan Lain-lain
2890 2667 2577 827 295 81
Jumlah reaksi
9337
Peratus 31.0 28.6 27.6 8.9 3.1 0.8 100
Jenis novel diminati Khalayak pembaca di Indonesia (Pekan Baru dan Medan) n=200 Novel diminati
Jumlah responden
Novel popular Novel remaja Novel remaja popular Novel serius Novel picisan
117 74 67 54 12
Jumlah reaksi
324
Peratus 36.1 22.8 20.7 16.7 3.7 100
Sungguhpun dari segi susunan minat pembaca di dua negara yang dikaji itu sama, namun dari segi peratusannya pembaca di Indonesia lebih cenderung membaca novel yang serius, jika dibandingkan dengan membaca novel remaja dan novel remaja popular. Hal ini kerana peratusan pembaca di Indonesia membaca novel serius lebih tinggi jika dibandingkan pembaca di Malaysia. Hal ini ada kaitan nanti dengan minat pembaca terhadap penulis-penulis yang diminati. Manakala pembaca di Malaysia peratusan membaca novel remaja dan novel remaja popular lebih tinggi jika dibandingkan dengan pembaca di Indonesia. Walau bagaimanapun, pembaca di Indonesia, peratusan membaca novel popular lebih tinggi jika dibandingkan dengan pembaca di Malaysia. Persoalannya, apakah pembaca di Indonesia mengkelompokkan novel-novel yang ditulis oleh penulis mapan dikategorikan sebagai novel popular? Peratusan minat pembaca di Indonesia terhadap novel-novel serius dapat dikaitkan dengan populariti seseorang penulis itu. Berdasarkan kajian itu didapati, penulis terkenal, iaitu Hamka merupakan penulis yang cukup popular di Indonesia. Malah beberapa penulis terkenal lain juga seperti Marah Rusli dan Sutan Tadir Alisyahbana merupakan penulis dalam kategori 10 penulis popular. Hal ini dapat diperhatikan dalam statistik di bawah ini: Penulis novel yang diminati n=487 Nama Penulis Hamka Mira W Marah Rusli Fredy S Sutan Tadir Alisyahbana Sanusi Pane Nh Dini Habiburrahman El-Shirazy Fira Basuki Helvi Tina Ros Dewi Lestari Djenar Maesa Ayu Ayu Utami Asma Nadia J.K Rowling
Jumlah responden 48 43 27 23 21 18 17 15 15 14 13 13 11 9 9
Peratus 9.9 8.8 5.5 4.7 4.3 3.7 3.5 3.1 3.1 2.9 2.7 2.7 2.3 1.8 1.8
77
Berdasarkan penulis popular di Indonesia (Pekan Baru dan Medan) didapati, penulis terkenal unggul, iaitu Hamka merupakan penulis yang cukup popular mengatasi penulis-penulis yang baru muncul. Berbeza di Malaysia, penulis terkenal unggul, iaitu seorang Sasterawan Negara A. Samad Said jatuh nombor tiga selepas penulis Ahadiat Aqasah dan Norhayati Berahim yang dianggap baru dalam dunia penulisan jika dibandingkan dengan Sasterawan-Sasterawan Negara itu. Malah di kalangan 5 penulis popular di Indonesia, penulis yang terkenal unggul lain juga dianggap popular di kalangan khalayak pembaca. Dua penulis lain yang dimaksudkan itu ialah Marah Rusli dan Sutan Tadir Alisyahbana. Berbeza di Malaysia, hanya Sasterawan Negara A. Samad Said sahaja merupakan penulis yang berada dalam kelompok 5 penulis yang popular di kalangan pembaca di Malaysia. Di Indonesia, Mira W atau nama penuhnya Mira Widjaya merupakan penulis novel popular yang cukup prolifik. Dilairkan pada 13 September 1951 dan telah mendapat pendidikan di Fakulti Kedoktoran, Universiti Trisakti, Indonesia. Mula menulis pada tahun 1975. Mira W telah menghasilkan 55 judul novel. Novelnya yang bertajuk Di Sini Cinta Pertama Kali Bersemi merupakan novel yang cukup laris yang sudah mengalami 5 kali ulang cetak. Beberapa karyanya telah difilemkan. Antaranya ialah Kemilau Kemuning Senja, Di Sini Cinta Pertama Kali Bersemi, Ketika Cinta Harus Memilih, Permainan Bulan Desember dan Tak Kupersembahkan Keranda Bagimu. Antara novel-novel yang telah dihasilkan ialah Dri Jendela SMP, Merpati Tak Pernah Ingkar Janji, Cinta Berkalong Noda, Di Tepi Jerma Kehancuran dan Bila Hatiku Terluka. Fredy juga merupakan penulis Indonesia yang cukup prolifik. Antara novel yang telah dihasilkannya ialah Kartika, Merenda Duka lara, Kembang dan Madu, Kharisma Kartika : Jiwa yang Terluka, Sejuta Serat Sutera, Dosakah Aku Mencintamu, Asmara Penawar Duka dan Bila Tersibak Selimut Duka. Nh Dini juga merupakan antara terkelompok penulis novel Indonesia yang cukup prolifik. Antara novel yang telah dihasilkannya ialah Sebuah Lorong di Kotaku, Kemayoran, Hati yang damai, Segi dan garis, Pertemuan Dua Hati, Keberangkatan, Jalan Bandungan dan La Barka. Fira Basuki yang dilahirkan pada 7 Jun 1972 juga merupakan novelis yang terkenal di Indonesia. Novelnya yang bertajuk Brownies telah diadaptasikan ke filem dan terpilih sebagai Filem Terbaik pada Festivel Filem Indonesia pada tahun 2005. Selain novel Brownies, Fira Basuki juga telah menghasilkan banyak novel. Antaranya ialah Astral Astria, Paris Pandora, Atap, Perempuan Hujan, Cinta dalam Sepotong Hati dan Rojak. Demikianlah antara penulis-penulis novel dapat dikategorikan sebagai penulis popular di Malaysia dan di dua daerah di Indonesia, iaitu di medan dan Pekan Baru. Sungguhpun, penulis-penulis mapan tidak begitu prolifik dalam penghasilan novelnovel misalnya Hamka yang hanya cukup terkenal dengan novel Di Bawah Lindungan Kaabah dan Marah Rusli dengan novelnya yang bertajuk Siti Nurbaya, namun disebabkan mereka penulis yang mapan, maka bagi pembaca, mereka dianggap penulis yang amat diminati dan lantas menjadikan ia penulis yang popular. Begitu juga dengan Keris Mas hanya beberapa novel sahaja yang dihasilkannya. Antaranya Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan Rimba Harapan.
78
Kesimpulan Dalam memperkatakan penulis yang popular, mahu tidak mahu akan memperkatakan karya-karya sastera yang dihasilkannya yang diminati ramai. Siti Nurhaliza terpilih menjadi penyanyi popular kerana lagu-lagu yang didendangkannya diminati dan disukai ramai. Lantaran lagu-lagu yang didendangkan itu menjadikan Siti Nurhaliza, penyanyi yang cukup popular. Hal yang sama terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang dikategorikan penulis popular menjadi tarikan khalayak pembaca menyebabkan ia diminati dan disukai. Lantas penulisnya menjadi popular. Namun penulis tidak akan popular tanpa ada karya yang dihasilkannya. Malah karya yang dihasilkannya tidak akan popular tanpa ada penulis. Lalu pertanyaan timbul, apakah penulis lebih penting atau karyanya yang lebih penting?
Bibliografi http://www. Britannica.com/eb/article-5876/popular-art Irwan Abu Bakar, 2007. “Novel Popular dan Pembangunan Minda” dlm. Dewan Sastera, Februari, hlm. 36 – 37. Mohamad Mokhtar Hassan dan Hamedi Mohd. Adnan, 2004. “Laporan Kajian Khalayak Kesusasteraan Melayu di Malaysia”. Mohd. Affandi Hassan, 2006. “Apa itu Novel Popular?”, Mingguan Malaysia, 10 Disember. Shahnon Ahmad, 2008. “Novel Pop Bukan Kitsch Bukan Erotik Bukan Picis”, Dewan Sastera, Januari, hlm. 22 – 24. Zalila Sharif, 2007. “Cabaran Novel Popular dalam Arus Sastera Perdana”, Dewan Sastera, Februari, hlm. 33 – 35.
79