Panduan Menulis Laporan Latihan Industri Sekolah Sains dan ... - SST

62 downloads 187 Views 129KB Size Report
Setiap pelajar yang mengikut Latihan Industri diwajibkan menghantar laporan untuk dinilai ... program sebagai salah satu kriteria penilaian latihan industri.
Panduan Menulis Laporan Latihan Industri Sekolah Sains dan Teknologi

1.0

Pengenalan

Setiap pelajar yang mengikut Latihan Industri diwajibkan menghantar laporan untuk dinilai diperingkat program sebagai salah satu kriteria penilaian latihan industri. Penulisan laporan latihan industri ini adalah bertujuan untuk melihat aktiviti yang dilakukan oleh pelajar selama tempoh berada di jabatan atau organisasi yang terlibat. Satu laporan yang tersusun dengan baik dan mudah dibaca adalah disarankan. Penilaian laporan adalah berdasarkan kepada kesempurnaan maklumat yang dipersembahkan dengan gaya penulisan 2.0

Arahan

I. II. III. IV. 3.0

Pelajar dikehendaki menghantar SATU laporan latihan industri (maksimum 35 mukasurat) untuk aktiviti sepanjang minggu 1 hingga 8 Laporan yang lengkap hendaklah diposkan kepada urusetia Latihan Industri pada minggu ke-9 Rancang penulisan pada permulaan dan semasa latihan industri dijalankan supaya maklumat yang masih segar di dalam minda dapat direkodkan. Gunakan gaya penulisan yang baik dan gambarkan semua fakta yang berkenaan, pengalaman kerja dan pemerhatian dengan munasabah dan BERPATUTAN sahaja. Kandungan Format penulisan laporan latihan industri adalah seperti berikut :

I. II. III. IV. V. VI.

Saiz huruf : Tahoma 11, langkau 1.5 baris Jidar/Margin : Atas (30mm), bawah (25mm), kiri (38 mm), kanan (25 mm) No. Halaman : Bahagian atas pepenjuru kanan Kertas dan cetakan : A4 (warna putih) dan cetakan/fotokopi yang jelas Jumlah halaman : 20-35 muka surat tidak termasuk gambar, lampiran dan sebagainya Binding laporan dengan warna kulit muka hadapan mengikut program yang telah ditetapkan dalam lampiran Laporan tersebut perlu disediakan mengikut urutan berikut: 

Muka depan laporan dengan tajuk dan nama

[CONTOH]

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI (Tahoma 16 bold)

LAPORAN LATIHAN INDUSRI (Tahoma 12 bold)

NAMA PELAJAR (NOMBOR MATRIK) NAMA PROGRAM (Tahoma 14 bold)

2012 (Tahoma 14 bold)

Warna Kulit Muka Depan Laporan Latihan Industri Mengikut Program

  

Bioteknologi

Ungu muda

Teknologi Tumbuhan

Merah

Biologi Pemuliharaan

Merah jambu

Matematik dgn Ekonomi

Kuning muda

Matematik dgn Komputer Grafik

Kuning muda

Geologi

Coklat muda

Kimia Industri

Biru muda

Fizik dengan Elektrobik

Putih

Akuakultur

Oren

Sains Marin

Kelabu

Sains Sekitaran

Hijau muda

Penghargaan (ucapan penghargaan kepada syarikat dan penama yang berkenaan) Kandungan Teks utama Bab 1: Pengenalan Latar belakang, carta organisasi dan operasi Bab 2: Jadual Aktiviti Mingguan Huraian aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu Bab 3: Tugas-Tugas Spesifik Huraian aktiviti khas dengan bukti seperti foto,data dan lain-lain Bab 4: Kesimpulan Penilaian kritis dan dapatan daripada Latihan Industri Lampiran Borang SST LI.06, SST LI.07 dan SST LI.08 berkaitan

4.0

serta lain-lain lampiran yang

Penutup Penilaian umum dibuat berdasarkan kepada kualiti laporan seperti format, bahasa, susunan teks dan aplikasi prinsip sains yang menunjukkan tahap kesarjanaan akademik.