20 Mei 2012 ... 2 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) ... Form). 2.0. PANDUAN
PENULISAN. 2.1. Panduan Umum ... Ringkasan Kandungan Bab.
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi 2011 1
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
1.0
2011
PENDAHULUAN Laporan Akhir Latihan Industri merupakan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri (AT401) di organisasi latihan. Laporan ini perlu dijilid dan dikemukakan semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri dan ianya mewakili 20% daripada keseluruhan markah Latihan Industri (rujuk Appendix 4 – Industrial Training Final Report Form)
2.0
PANDUAN PENULISAN 2.1
Panduan Umum a) Laporan ini hendaklah bertaip pada kertas putih bersaiz A4 dan disusun mengikut turutan yang betul. b) Hendaklah menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kecuali bagi mana-mana perkataan yang dipetik secara langsung* c) Bilangan muka surat hendaklah di antara 50 hingga 80 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran) d) Bagi memastikan keseragaman laporan ini, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menetapkan spesifikasi bagi tujuan penjilidan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v.
: Ring/Comb Binding (warna hitam) : menggunakan plastic cover bersaiz A4 : Fancy Card atau Art Card ± 230gsm : (rujuk Lampiran A) : mengikut warna rasmi jabatan (rujuk Lampiran B) e) Laporan yang telah dijilid (mengikut spesifikasi di atas) hendaklah diserahkan semasa membuat pendaftaran pengesahan tamat latihan industri DAN dikemukakan bersama softcopy dalam bentuk CD (Compact Disc) dengan menggunakan format PDF. 2.2
Kaedah Penjilidan Kemasan Muka Depan/Belakang Jenis Kertas (depan/belakang) Format Muka Depan Warna Muka Depan/Belakang
Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat a) Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format berikut : 3.5 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 2.5 dari tepi atas kertas 2.5 sm dari tepi bawah kertas b) Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub topik yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (rujuk Lampiran C) c) Nombor muka surat hendaklah pada bahagian tengah bawah kertas. d) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, dan lain-lain. Manakala nombor bagi muka surat BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa (rujuk Lampiran D).
2.3
Jenis Tulisan dan Sela a) Jenis tulisan (font type) yang ditetapkan adalah dari jenis Arial bersaiz 12. b) Jarak antara garisan (line spacing) atau langkau di antara ayat yang digunakan adalah 2.0 (double spacing) dan tidak perlu ditinggalkan ruang kosong (tidak perlu di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik. c) TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan diletakan di bahagian tengah muka surat (menggunakan Center Text). d) TAJUK KECIL hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan (bold).
2
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
e) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format yang digunakan adalah Align Text Justify. f) Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). g) Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah dicondongkan (italic) atau ditandakan dengan ‘……….’ Atau diletakan dalam kurungan, (……….) bagi membantu pemahaman istilah dalam Bahasa Melayu. h) Huruf besar hendaklah digunakan bagi setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. i) Penggunaan tandaan bullets tidak dibenarkan. 3.0
FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 3.1
Format Isi Kandungan Format isi kandungan laporan akhir adalah seperti yang ditunjukan dalam Lampiran E. Contoh pengisian kandungan di Bahagian Permulaan Isi kandungan adalah seperti di Lampiran F, G, H, J dan Lampiran K.
3.2
Ringkasan Kandungan Bab BAB 1 : PENGENALAN Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri iaitu pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN Bagi maklumat latar belakang organisasi latihan, ianya hendaklah merangkumi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti utama organisasi, misi, visi dan juga halatuju organisasi. (pelajar dinasihatkan berbincang termasuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan organisasi sebelum mengambil dan menulis apa-apa maklumat organisasi supaya ianya tidak bercanggah dengan dasar organisasi berkenaan) BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau pun bidang tugas. Ianya boleh dinyatakan dalam bentuk jadual. BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL Bab ini merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau kerja yang dipertanggung jawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan. Bilangan bab yang diperuntukan adalah SATU (1) SAHAJA. Sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub topik yang berkaitan. Pelaporan hendaklah dibuat secara terperinci bagi setiap topik yang ditulis dengan memuatkan juga jadual, rajah dan sebagainya. BAB 5 : KESIMPULAN Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan. BAB 6 : KOMEN DAN CADANGAN Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan dan ditulis secara positif dan ianya hendaklah bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.
3
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN : (Lampiran L) Bahagian ini merujuk kepada penyataan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa penyediaan laporan. Format yang digunakan hendaklah merujuk kepada American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan-bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut: i. ii.
http://www.apastyle.org http://www.mla.org
JADUAL/RAJAH (Lampiran M dan N) Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan hendaklah dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut: Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3, ……..dan seterusnya Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3, ……..dan seterusnya Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Lihat contoh di bawah; “Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 1, pergerakan tanah adalah….” atau “Jadual 2 menunjukan jumlah……” Sebarang jadual/rajah yang diambil dari sumber lain, nota hendaklah ditunjukan pada bahagian bawah jadual/rajah tersebut dengan menyatakan punca jadual/rajah tersebut diambil, atau dipetik atau diubahsuai. LAMPIRAN (jika digunakan) Semua lampiran yang hendak dimasukan mestilah bersaiz A4 atau A3 sahaja. Bagi saiz A3, ianya hendaklah dilipat dengan betul dan mudah dibuka untuk tujuan penilaian dan ianya hendaklah disusun mengikut turutan. Semua lampiran tidak perlu ditunjukan nombor muka surat. 4.0
PENUTUP Panduan penulisan Laporan Akhir Latihan Industri ini akan dapat membantu pelajar menyediakan satu pelaporan yang lengkap dan berformat. Berdasarkan Panduan ini, Pensyarah penilai akan membuat penilaian terhadap Laporan Akhir Latihan Industri dengan menggunakan Appendix 4 Industrial Training Final Report Form.
BILLIOGRAFI/RUJUKAN Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi, (2010). Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi. Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012 dari http://www.sciencebuddies.org/science-fair -projects/Project_APA_Format_Examples.html
4
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran A Format Muka Depan Laporan Akhirr Latihan Industri (Kaedah Jilid : Ring/Comb Binding)
Logo KPT/Polimas (terkini)
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM 3 X enter
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 3 X enter
ALI BIN ABU (03DKA10F9999) Jenis/Saiz Tulisan : Arial Bold/16
3 X enter
POLIMAS CONTRACTOR BERHAD BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA,KEDAH 3 X enter
DIS 2011 2 X enter
5
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran B Tetapan Warna Kertas Muka Hadapan dan Belakang Laporan Akhir Latihan Industri
Jabatan Kejuruteraan Awam Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Perdagangan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
6
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran C Kawasaan Penulisan Bagi Muka Surat Permulaan Setiap Bab
2.5 sm BAB 4 MEREKOD STOK
3 kali enter dan terus tulis
3.5 sm
4.1
Pengenalan Semua stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan Menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan: a) Mengetahui kedudukan stok simpanan b) Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat, dan c) Mengawal paras stok.
Tidak perlu enter
4.1.1 Jenis-Jenis Rekod
Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan Seperti berikut:
2.5 sm
a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu: i.
Kad Kawalan Stok, KEW.PS-3 di Stor Pusat dan Stor Utama, dan
ii. Kad Petak, KEW.PS-4 di Stor Pusat dan Stor Penomboran Muka Surat (diletakan di bahagian tengah)
7
Utama dan Stor Unit.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
11
2.5 sm
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran D Kawasan Penulisan SELAIN muka surat permulaan bab
Jaraknya adalah sepertimana 4.1.1
2.5 sm
4.1.2 Lokasi dan Letakan Stok Lokasi stok hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyimpanan, pengeluaran dan pemeriksaan. Tindakan Permulaan setiap perenggan mestilah sama dengan tajuk/sub tajuk dan perenggan yang berikutnya
berikut perlu diambil. i)
Carta lokasi stok perlu disediakan dan dikemaskini dari masa ke semasa.
ii)
Lokasi stok hendaklah direkodkan di Kad Kawalan Stok dan Kad Petak.
4.2.1.1 Penyimpanan Stok Ianya perlulah menggunakan ruang simpanan secara yang optimum.
tidak perlu enter
4.2.1.2 Stok Dalam Bekas Asal
Senang dikendali dan memudahkan aliran
Kemungkinan peti di lapisan bawah…
Barang-barang tersebut mudah terbakar Memudahkan pengiraan, pemeriksaan Penggunaan bullet TIDAK DIBENARKAN
dan verifikasi…. 2.5 sm
17
8
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
2.5 sm
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran E Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN Judul Pengesahan Pelajar Penghargaan Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran BAB 1
MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan 1.2 Objektif Latihan Industri 1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri 1.4 Kepentingan Latihan Industri
1 1 2 3
LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN 2.1 Pengenalan Organisasi 2.2 Latar Belakang Penubuhan 2.3 Aktiviti Organisasi 2.4 Hala tuju Organisasi 2.5 Carta Organisasi
4 5 6 10 11
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
12 13
KEJURUTERAAN PEMBINAAN 4.1 Pengenalan 4.2 Spesifikasi Kerja/Jenis Peralatan 4.3 Tatacara Pembinaan 4.4 ……… 4.5 ……… 4.6 Kesimpulan
14 15 17 29 56 61
BAB 5
KESIMPULAN
73
BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN
83
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN LAMPIRAN
9
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
iv
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran F Judul
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
Nama dan Nombor Pendaftaran Pelajar
ALI BIN ABU (03DKA10F9999) Nama dan Alamat Organisasi Latihan
DI POLIMAS CONTRACTOR BERHAD BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam Bagi memenuhi sebahagian dari syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam
Tuliskan nama jabatan dan program masing-masing
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH Sesi menjalani Latihan Industri
DIS 2011 i
10
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran G Pengesahan Pelajar
PENGESAHAN PELAJAR
“saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan
: ………………………………………….
Nama Pelajar
: ALI BIN ABU
No. Pendaftaran
: 03DKA10F9999
Tarikh
: 20 MEI 2012
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
ii
11
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran H Penghargaan
PENGHARGAAN Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah Urusan POLIMAS CONTRACTOR BERHAD, En. Abdullah bin Abdul Hadi di atas tunjuk ajar dan curahan ilmu yang diberikan selama saya berada di sini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah banyak membantu saya menyediakan laporan ini. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak menyumbang ide dan pendapat serta doa dari keluarga……
Terima Kasih
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
iii
12
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran J Senarai Jadual
SENARAI JADUAL NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
1
Taburan Projek Kejuruteraan di Perlis
9
2
Jenis Bahan Binaan Berindustri……...
13
3
Senarai Pembekal ……………………..
17
Nota: Format Senarai Jadual ini juga boleh digunakan bagi Senarai Rajah DAN hendaklah dibuat pada muka surat berasingan.
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
v
13
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran K Senarai Lampiran
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN
TAJUK
A
Surat Kebenaran Masuk Tapak
B
Borang-Borang Arahan Penyimpanan Bahan
C
Senarai Semak Peralatan
Nota: Format ini HANYA digunakan untuk Senarai Lampiran sahaja
Penomboran Muka Surat (huruf roman)
vii
14
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran K Bibliografi / Rujukan
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber BUKU
Allen, T. (1974). Vanishing Wilfelife of North America. Washington, D.C: National Geographic Society. Boorstin, D. (1992). The Creators: A history of the heroes of the imagination. New York: Random House. Nicol, A.M. & Pexman, P.M (2001). Presenting your findings. A practical guide for creating tables. Washington, D.C. American Psychological Center. Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Encyclopedia/Dictionary
Bergmann, P.G. (1993). Relativity. In the new encyclopedia Britannica (Vol.26, pp. 501-508).Chicago: Britannica Encyclopedia Tobias, R. (1991). Thurber, James. Americana Encyclopedia. (p.600).New York Scholastic Library Publishing. Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Artikel Majalah / Surat Khabar
Henry, W.A., III (1990, April 9). Making the grade in today’s school. Time, 135, 28-31. Kanfer, S. (1986, July 21). Heard and good books lately? Time, 113, 71-72 Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Website/Webpage
Devitt, T. (2001, August 2). Lightning injures four at music festival. The Why? Files. Retrieved January 23, 2002, from http://whyfiles.org/13/index.html Nota: Senarai bibliografi/rujukan boleh ditulis secara berturutan seperti contoh di atas
15
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran M Jadual
Jadual 4: Rumusan Bagi Kadar Faedah Mengikut Tahun (Berdasarkan Formula BLR) BIL.
TAHUN
KADAR
TUKARAN
CATATAN
Nota: Dari Wikipedia, the free encyclopedia
Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian atas jadual
TIADA penomboran diperlukan bagi Jadual dari sumber Website/Webpage
16
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2011
Lampiran N Rajah
Rajah 4: Continuous Quality Improvement (CQI)
Nota: Kedudukan tajuk berada di bahagian bawah Rajah
TIADA penomboran diperlukan bagi Rajah dari sumber Website/Webpage
17
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah