LAPORAN AKHIR. LATIHAN INDUSTRI. Penulisan Laporan Akhir Latihan
Industri adalah salah satu elemen penilaian yang menyumbang markah
sebanyak 20 ...
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
Panduan Penyediaan Laporan Akhir Latihan Industri Penulisan Laporan Akhir Latihan Industri adalah salah satu elemen penilaian yang menyumbang markah sebanyak 20 % dari keseluruhan penilaian LI. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ini berdasarkan panduan kandungan yang diberikan, sila rujuk Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar). Kandungan Laporan Akhir Latihan Industri Bab Bab Bab Bab Bab Bab
1 2 3 4 5 6
: : : : : :
Pengenalan Latar Belakang Organisasi Ringkasan Mingguan Laporan Teknikal Dapatan dan Cadangan Kesimpulan
Laporan Akhir Latihan Industri hendaklah dimasukkan di dalam Fail Putih Berkulit Keras (Ring File for A4 Paper). Saiz ketebalan fail bergantung kepada ketebalan Laporan Akhir Latihan Industri pelajar. Gambar 1 menunjukkan contoh Fail Putih Berkulit Keras. Gambar 1 : Ring File for A4 Paper
1
Cover fail perlu dicetak berdasarkan warna yang ditetapkan mengikut jabatan, rujuk Jadual 1. Jadual 1 : Warna Cover dan Tetulang Fail Mengikut Jabatan BIL 1 2 3 4 5
JABATAN Jabatan Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Awam Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Jabatan Perdagangan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
WARNA COVER & TETULANG FAIL Merah Hijau Ungu Biru Kuning
Contoh cover Fail Laporan Akhir Latihan Industri. Gambar 2 merupakan contoh Fail Laporan Akhir Latihan Industri mengikut warna jabatan. Gambar 2 : Contoh Fail Laporan Akhir Latihan Industri
2
Pandangan Fail Laporan Akhir Latihan Industri adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 2, Gambar 3, dan Gambar 4. Gambar 3 : Pandangan Hadapan Fail Laporan Akhir Latihan Industri
Gambar 4 : Pandangan Sisi Fail Laporan Akhir Latihan Industri
3
Gambar 5 : Pandangan Belakang Fail Laporan Akhir Latihan Industri
Rujuk Cover Fail Laporan Akhir Latihan Industri untuk mendapatkan template cover dan tetulang Fail Laporan Akhir Latihan Industri. Masukkan nama organisasi, alamat lengkap organisasi, nama, nombor pendaftaran, program, jabatan dan cetak mengikut warna jabatan yang ditetapkan.
Laporan Akhir Latihan Industri wajib dibawa (hardcopy dan softcopy) ketika Penilaian Kursus Latihan Industri AT 401. Harap Maklum
Disediakan oleh: Siti Ariyah binti Shahlan Pegawai Perhubungan & Latihan Industri Politeknik Sultan Idris Shah
Disemak oleh: Ikmal Hisham bin Abd Karim Pegawai Perhubungan & Latihan Industri Politeknik Sultan Idris Shah