Pendidikan Masyarakat Melayu Selepas Perang Dunia ke-2 Era ...

34 downloads 46 Views 49KB Size Report
Era pasca - Perang Dunia ke-Dua membuka satu lembaran yang baru dalam sistem pendidikan di Singapura. Sistem pendidikan Singapura melalui berbagai – ...
Pendidikan Masyarakat Melayu Selepas Perang Dunia ke-2 Era pasca - Perang Dunia ke-Dua membuka satu lembaran yang baru dalam sistem pendidikan di Singapura. Sistem pendidikan Singapura melalui berbagai – bagai perancangan dan polisi yang diaturkan untuk mencari satu sistem pendidikan yang dapat menampungi kehidupan masyarakat Singapura yang majmuk di samping membentuk sebuah daya ekonomi yang mantap.

Pada tahun 1947, Program Sepuluh Tahun (The Ten Year Programme) telah dijalankan. Program ini boleh dikatakan langkah pertama dalam era pasca peperangan yang diambil dalam sejarah pendidikan Singapura untuk mencari polisi pendidikan yang jelas. Prinsip – prinsip umum yang membentuk polisi ini adalah seperti pertama dalam sekolah rendah vernakular Cina, Melayu dan India, bahasa Ibunda akan digunakan sebagai bahasa perantaraan dan bahasa Inggeris hanya akan dikenalkan pada permulaan tahun ketiga persekolahan. Kurikulum yang diajarkan di semua sekolah haruslah sealiran. Prinsip kedua, sebagai langkah asas, semua sekolah harus berbentuk ‘regional’ (serantau) dan bukannya berdasarkan ras untuk memastikan percampuran antara pelajar berbilang kaum. Percampuran ini akan dikembangkan selanjutnya oleh pemilihan yang dibuat berdasarkan merit, selepas tahun ketiga di sekolah – sekolah vernakular, yang mana pelajar – pelajar dari sekolah – sekolah ini akan mengikuti latihan intensif dalam pendidikan aliran Inggeris. Prinsip ketiga pula, adalah kebebasan diberikan kepada ibu bapa yang ingin menempatkan anak – anak mereka ke mana – mana sekolah termasuk sekolah – sekolah beraliran Inggeris. Namun jika dilihat kembali, sekolah –sekolah menengah aliran Melayu tidak ditubuhkan pada awal tahun 1950an. Lantas ini memperlihatkan percanggahan kerana kononnya

kerajaan telah memberi kebebasan ibu bapa memilih mana – mana aliran bagi anak – anak neraka, namun jikalau masyarakat Melayu memilih untuk menempatkan anak – anak mereka di sekolah – sekolah aliran Melayu, mereka tidak dapat menlanjutkan dalam pendidikan Melayu kerana tidak ada sekolah – sekolah menengah. Tidak seperti sekolah – sekolah vernakular Cina, dan sekolah – sekolah Inggeris, darjah tertinggi bagi sekolah – sekolah Melayu hanyalah darjah tujuh.

Sekolah – sekolah Melayu ini juga telah digembar – gemburkan mendapat sokongan kerajaan kerana telah menerapkan sistem dan polisi yang ditentukan dalam Program Sepuluh Tahun. Namun demikian, sekolah – sekolah Melayu ini hanya diberikan dana purata yang paling kecil sekali, iaitu hanya $17 setahun bagi seorang murid dari kerajaan. Hal ini berbeza dengan dana $30 setahun yang diberikan pada setiap pelajar di sekolah – sekolah Inggeris.

Sistem pendidikan sekolah – sekolah aliran Melayu pada peringkat darjah satu hingga empat adalah semua mata pelajaran seperti bahasa Melayu dan Tawarikh, Ilmu Alam, Ilmu Hisab dipelajarinya dalam bahasa Melayu, dan dari darjah empat keatas semua mata pelajaran telah diajarkan dalam bahasa Inggeris dan mata pelajaran bahasa Melayu hanya diberikan satu masa sahaja. Seperti sekolah – sekolah aliran Inggeris pada waktu itu, sistem peperiksaan juga diselaraskan. Peperiksaan tahunan dan ujian – ujian kecil juga ada dijalankan. Setiap tahun, pelajar – pelajar harus menduduki dua peperiksaan besar, iaitu peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan akhir tahun ini amat penting sekali kerana markah sepenuhnya akan diambil untuk menilaikan sama ada seseorang pelajar itu layak untuk dinaikkan darjah ataupun tidak. Permakahan ini tidak akan dicampur

dengan markah – markah dari ujian – ujian kecil yang diadakan di kelas mahupun peperiksaan pertengahan tahun.

Polisi Perancangan Sepuluh Tahun yang ditetapkan telah menimbulkan berbagai kekeliruan dalam masyarakat Singapura. Pelajar – pelajar merasa terperanjat dengan sistem yang ditukar secara serta – merta. Akibat daripada perubahan – perubahan yang sering berlaku ramai pelajar – pelajar di zaman itu yang gagal kerana tidak dapat menyesuaikan diri. Mereka merasa tertekan kerana semua mata pelajaran yang dipelajari dan peperiksaan yang mereka duduki selama ini adalah dalam Bahasa Melayu dan kemudian secara tiba – tiba telah diajar dan diuji pula dalam Bahasa Inggeris. Mereka seolah - olah diperalatkan oleh kerajaan yang waktu itu masih mencari – cari satu sistem pendidikan. Beberapa pelajar yang masih meneruskan ke darjah tujuh juga masih belum dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan mahir kerana tidak banyak berlatih untuk bercakap dalam bahasa itu. Mereka hanya mempelajarinya di sekolah dan tidak dapat menggunakan bahasa Inggeris di rumah kerana ramai di antara ibu bapa mereka ketika itu belum menerima pendidikan Inggeris lagi. Dengan ini dapat dikatakan bahawa perubahan yang mendadak kepada penyaluran ke kelas – kelas aliran Inggeris itu kurang berjaya.

Kemudian pada tahun 1956m apabila sebuah sistem pemerintahan sendiri iaitu PAP (People’s Action Party) berkuat kuasa, sebuah system pendidikan yangbaru telah dibentuk untuk

merealisasikan sosio – ekonomi dan matlamat politik kebangsaan.

Perancangan Lima Tahun (Five – Year Plan) dalam pendidikan, berdasarkan Kertas Putih tahun 1956 telah diperkenalkan. Ciri – ciri utama Perancangan ini adalah layanan (Treatment) yang adil untuk pendidikan keempat – empat bahasa: Melayu, Cina, India

dan Inggeris, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ketiga tumpuan diberikan dalam pembelajaran Matematiks, Sains dan subjek – subjek Teknikal. Ini menyebabkan penubuhan dua buah sekolah menengah Tanjong Katong Teknikal dan sekolah menengah Queenstown Teknikal.

Sebagai langkah awal ke arah merealisasikan matlamat – matlamat ini, PAP telah memulakan program pembentukan sekolah dengan objektif untamanya adalah menyediakan tempat untuk setiap anak Singapura yang sudah layak untuk bersekolah. Penubuhan sekolah – sekolah Inggeris dan seruan pemerintah tentang peripentingnya pendidikan bahasa Inggeris untuk menaikkan taraf ekonomi dan peranan bahasa Inggeris dalam menyatupadukan masyarakat yang majmuk telah mengakibatkan banyak sekolah – sekolah vernakular terutama sekali sekolah – sekolah vernakular India dan Melayu ditutup.

Ini dapat dibuktikan semenjak tahun 1967, dimana bilangan murid – murid di sekolah – sekolah Melayu mengalami kemerosotan dan lantas membawa kepada penutupan sekolah – sekolah Melayu. Sekolah – sekolah menengah Melayu termasuk Sang Nila Utama dan Tun Seri Lanang terpaksa digabungkan dengan sekolah – sekolah Inggeris dan menjadi sekolah – sekolah gabungan. Dengan ini bermulalah satu era baru dalam pendidikan orang – orang Melayu di Singapura. Pada tahun 1987, semua murid – murid Melayu kecuali mereka yang bersekolah di madrasah – madrasah, belajar di sekolah – sekolah sekular aliran nasional.