Penentu-penentu Inflasi di Malaysia - Bank Negara Malaysia

355 downloads 560 Views 57KB Size Report
Penentu-penentu Inflasi di Malaysia. Pengenalan. Pendorong inflasi berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan struktur ekonomi, kelakuan.
Pengenalan Pendorong inflasi berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan struktur ekonomi, kelakuan ejen ekonomi dan kitaran ekonomi. Rencana ini meninjau penentu struktur inflasi di Malaysia dan bagaimana faktor penentu telah berubah, kuasa penawaran dan permintaan utama yang mendorong keadaan inflasi yang tinggi, dan merumuskan tentang cabaran masa hadapan dalam menguruskan inflasi dalam negeri. Penentu Struktural Inflasi Sejak mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia telah melalui perkembangan yang pesat daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada ekonomi yang didorong oleh perkilangan dan kini menjadi ekonomi berasaskan perkhidmatan. Apabila ekonomi berkembang maju dan pendapatan bertambah, corak perbelanjaan isi rumah yang mendasari Indeks Harga Pengguna (IHP1) juga telah berubah. Pada awal tahun 1960-an, sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah diperuntukkan untuk makanan dan kesannya, barangan makanan mempunyai wajaran yang lebih tinggi dalam kumpulan IHP. Apabila ekonomi terus maju dan pendapatan purata meningkat, bahagian perbelanjaan untuk makanan telah menurun, manakala perbelanjaan untuk perumahan, pengangkutan dan komunikasi telah meningkat.

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Penentu-penentu Inflasi di Malaysia

Rajah 1 Wajaran IHP % 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 1967=100 1980=100 1990=100 1994=100 2000=100 2005=100 2010=100 Makanan Pengangkutan dan komunikasi Sewa kasar, bahan api dan kuasa Lain-lain

1

Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan merentas tempoh masa dalam kos pembelian sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang merupakan corak pembelian purata yang dibuat oleh kumpulan penduduk tertentu di kawasan bandar dan luar bandar. IHP dikira mengikut 4 zon untuk Semenanjung Malaysia (iaitu utara, tengah, selatan dan timur) dan digabungkan dengan Sabah dan Sarawak untuk menghasilkan indeks Malaysia. Indeks Malaysia ialah indeks komposit, dengan wajarannya berdasarkan wajaran perbelanjaan wilayah daripada indeks ketiga-tiga wilayah tersebut.

55

Faktor utama yang boleh mempengaruhi peningkatan inflasi di Malaysia ialah mekanisme harga ditadbir. Harga beberapa barang keperluan telah ditadbir oleh Kerajaan kerana perubahan harga barangan ini akan memberikan kesan yang ketara terhadap kos hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Pada masa ini, harga barangan ditadbir mencakupi 29.3% daripada kumpulan IHP. Secara umumnya, terdapat dua jenis barangan harga ditadbir. Kumpulan pertama terdiri daripada barangan yang tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga (1946), dan harga runcit barangan tersebut ditentukan oleh Kerajaan. Contoh barangan ini ialah bahan api dan gula. Kumpulan kedua ialah barangan yang memerlukan kelulusan Kerajaan sebelum boleh membuat sebarang perubahan pada harga, contohnya tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam. Dengan pelaksanaan mekanisme harga ditadbir, kesan kejutan penawaran dan perkembangan harga luaran terhadap harga dalam negeri adalah kurang langsung dan kurang segera.

LAPORAN TAHUNAN

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan sangat terbuka, inflasi dalam negeri juga telah dipengaruhi oleh perkembangan di luar negeri. Inflasi global menurun kepada paras terendah dalam sejarah pada fasa “penurunan besar” iaitu inflasi global secara purata turun daripada 15.4% pada tempoh 1990-1999 kepada 3.9% pada tempoh 2000-2008. Perubahan pada institusi ekonomi, teknologi dan amalan perniagaan telah meningkatkan keupayaan ekonomi untuk menyerap kejutan terhadap pengeluaran dan inflasi. Sebagai contoh, kemajuan teknologi komputer dan komunikasi telah menambah baik pengurusan inventori perniagaan dan menghasilkan penurunan kos. Perpindahan pengeluaran ke negara yang berkos rendah dalam ekonomi sedang pesat membangun juga menyumbang kepada inflasi yang lebih rendah pada peringkat global. Penurunan inflasi global kemudiannya diikuti oleh penurunan dalam inflasi diimport yang lebih rendah bagi Malaysia, sejajar dengan tempoh inflasi dalam negeri yang berada di bawah purata. Inflasi dalam negeri antara tahun 2000-2004 berpurata 1.5%, iaitu jauh di bawah purata jangka panjang sebanyak 2.9% (1960-2010). Jadual 1 Harga barangan ditadbir* Barang yang memerlukan kelulusan Kerajaan untuk sebarang perubahan harga

Akta Kawalan Harga, harga runcit yang ditentukan oleh Kerajaan Butiran

Butiran

Makanan

Minuman alkohol dan tembakau

Beras

Bir

Tepung & bijirin bijian lain

Wain

Roti & keluaran roti

Arak & minuman keras

Daging segar

Rokok, curut dll

Susu sejat/pekat

Tembakau Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain

Minyak

Bekalan air

Gula Bukan makanan

Bekalan elektrik Komunikasi

Gas Bahan api & pelincir

Perkhidmatan telefon dan telegraf Peralatan telefon dan telegraf Perkhidmatan pos Perkhidmatan pengangkutan Pengangkutan penumpang - rel Pengangkutan penumpang - jalan Pengangkutan penumpang - udara Pengangkutan penumpang - laut Kos pengangkutan lain

*Klasifikasi berdasarkan IHP peringkat 4 angka

LAPORAN TAHUNAN 2010

Penentu Inflasi pada Tempoh Inflasi yang Tinggi Dari segi sejarah, purata inflasi jangka panjang di Malaysia sebanyak 2.9%, merupakan antara kadar inflasi yang terendah di rantau ini. Walau bagaimanapun, persekitaran inflasi yang rendah sejak 50 tahun yang lalu telah diiringi oleh empat episod inflasi yang tinggi, iaitu pada pertengahan 1970-an, awal 1980-an, 1990-an dan lewat 2000-an. A.1970-an dan 1980-an: Kejutan harga minyak global dan lonjakan harga makanan Tahun 1970-an dan 1980-an menyaksikan kenaikan yang ketara dalam harga tenaga dan

56

IHP Mengikut Kategori

5 0

Inflasi Dunia (skala kiri)

Makanan

Pengangkutan dan komunikasi

Inflasi Negara yang Sedang Pesat Membangun (skala kanan)

Sewa kasar, bahan api dan kuasa

Lain-lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

2010

2008

2006

2004

2002

2000

1998

1996

1994

1992

1990

1988

1986

1984

-5 1982

Inflasi Malaysia (skala kiri)

10

1980

2008

2005

2002

1999

1996

1993

1990

1987

1984

1981

1978

1975

0

15

1978

20

20

1976

40

Pertumbuhan tahunan, %

1974

C 120 Kejutan harga 100 minyak ketiga 80 60

1972

1969

1966

1963

1960

35 30 25 20 15 Purata Inflasi 10 Malaysia = 2.9% 5 0 -5

B Peningkatan Ekonomi

1972

Perubahan tahunan, %

A A Kejutan Kejutan harga harga minyak pertama minyak kedua

1970

Perubahan tahunan, %

1968

Episod Inflasi Tinggi

Sumber: Bank Negara Malaysia

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Rajah 3

Rajah 2

Faktor penawaran dalam negeri turut menyumbang kepada inflasi, terutamanya dalam kategori makanan. Bekalan makanan dibendung oleh keadaan cuaca yang buruk, tanah pertanian yang terus berkurang, pelarasan harga ditadbir oleh Kerajaan, kekurangan pekerja dan penggunaan kapasiti yang tinggi. Harga bagi subkategori buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan dan daging meningkat sepanjang tahun 1990-an. Inflasi dalam kategori pengangkutan dan komunikasi juga lebih tinggi disebabkan oleh tambang bas dan teksi serta caj perkhidmatan pos yang meningkat. 2

Bahan api dicerminkan dalam kategori pengangkutan dan komunikasi.

57

B.1990-an: Tempoh permintaan dalam negeri yang kukuh dan aliran masuk modal yang besar Inflasi pada tahun 1990-an kekal melebihi 3%, kecuali pada tahun 1997 dan 1999. Kenaikan harga adalah menyeluruh, didorong oleh faktor permintaan dan penawaran. Pada tempoh ini, permintaan dalam negeri sungguh berdaya tahan, berikutan pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga yang kukuh. Kenaikan yang ketara dalam harga harta tanah dan ekuiti yang disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam mudah tunai dan kredit domestik, dalam keadaan aliran masuk modal yang besar, menyebabkan nilai kekayaan bersih meningkat dan menyokong aktiviti ekonomi dalam negeri. Indeks utama Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah sebanyak 1,314 mata pada awal tahun 1994, manakala Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat pada purata 7.6% setahun pada dekad tersebut dengan mencatat rekod peningkatan sebanyak 25.5% pada tahun 1991. Akibat harga pasaran harta tanah yang melambung, kadar sewa purata meningkat secara berterusan, menyebabkan kategori bagi bahan api, sewa kasar dan kuasa mencatat kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 13 tahun sebanyak 4.4% pada tahun 1998.

LAPORAN TAHUNAN 2010

makanan global disebabkan oleh gangguan bekalan. Harga minyak global naik mendadak disebabkan oleh Perang Mesir-Israel dan Revolusi Iran, masing-masing pada tahun 1973 dan 1979. Kejutan harga minyak dunia menyebabkan harga bahan api runcit dalam negeri2 naik sebanyak 9.3% dan 7.9%, masing-masing pada tahun 1974 dan 1981. Harga makanan global naik dengan kukuh disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan global. Ini disebabkan oleh rangkaian edaran yang lemah, tanah untuk penanaman yang berkurang berikutan pembangunan bandar dan perindustrian, serta keadaan cuaca yang buruk. Kesan ini menjadi lebih ketara dengan wajaran yang tinggi bagi kategori makanan dalam kumpulan IHP, iaitu sebanyak 47% pada lewat tahun 1960-an. Inflasi harga makanan melonjak ke paras dua angka sebanyak 26.2% dan 11.4% pada kedua-dua tahun terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga yang ketara bagi kategori beras, roti dan bijirin yang lain dan buah-buahan dan sayur-sayuran. Akibatnya, terdapat kenaikan yang menyeluruh inflasi dalam negeri kepada 17.3% dan 9.7%, masing-masing pada tahun 1974 dan 1981.

Inflasi dan Penggunaan Swasta Pertumbuhan tahunan, % 15 10 5 0 -5 -10 2009

2007

2005

2003

2001

1999

1997

1995

1993

1991

1989

1987

1985

-15 1983

1981

1979

1977

1975

1973

Pertumbuhan tahunan, % 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 1971

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Rajah 4

Inflasi Keseluruhan (skala kiri) Penggunaan Swasta (skala kanan) Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Inflasi mencatat paras tertinggi sebanyak 5.3% pada tahun 1998, mencerminkan peningkatan tekanan kos yang berpunca daripada harga diimport yang lebih tinggi disebabkan oleh penyusutan nilai ringgit sebanyak 28.3% berbanding dengan dolar AS menjelang akhir tahun 1997, dan kerana kitaran kekurangan barangan makanan keperluan. Disebabkan oleh kos import yang lebih tinggi, Kerajaan meningkatkan harga siling bagi lima barangan harga ditadbir, iaitu minyak masak (kenaikan 5%), ayam (kenaikan 5%), tepung (kenaikan 20%), gula (kenaikan 21%) dan susu (kenaikan 6%). C. 2000 – kini: Lebih banyak kenaikan berterusan dalam harga komoditi global Pada awal tahun 2000, inflasi menjadi sederhana kepada paras yang sangat rendah apabila tekanan permintaan dan penawaran yang menjadi ciri utama pada tahun 1990-an telah luput. Walau bagaimanapun, inflasi di Malaysia mula meningkat pada tahun 2005, dan mencapai puncak sebanyak 8.5% pada bulan Julai 2008. Inflasi yang lebih tinggi pada tempoh ini didorong terutamanya oleh faktor luaran, khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Berbeza dengan kejutan penawaran pada tahun 1970-an dan 1980-an, kenaikan harga komoditi global disokong oleh faktor penawaran dan permintaan. Permintaan terhadap komoditi meningkat disebabkan oleh ekonomi pasaran sedang membangun seperti BRIC (Brazil, Rusia, India dan RR China) menjadi maju. Harga makanan meningkat lantaran peningkatan penggunaan biobahan api di negara maju dan meningkatnya permintaan terhadap jenis makanan yang lebih pelbagai, merentas penduduk kelas menengah yang berkembang di Asia. Selain permintaan benar, permintaan daripada aktiviti spekulatif yang meningkat dalam pasaran komoditi juga memberikan tekanan terhadap harga komoditi global apabila komoditi menjadi instrumen dalam urus niaga kewangan (financialised) berikutan mudah tunai global yang berlebihan.

LAPORAN TAHUNAN 2010

Pada masa yang sama, bekalan global komoditi terhad. Peruntukan tanah juga terhad untuk pertanian kerana negara pengeluar makanan mengalihkan tumpuan mereka kepada perindustrian. Pemanasan global juga menyebabkan kekurangan makanan yang berkait dengan cuaca terjejas. Perkembangan geopolitik dan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak mentah turut berperanan melonjakkan harga minyak mentah dunia. Semua peristiwa ini menyebabkan peningkatan yang menyeluruh pada harga komoditi global. Kenaikan mendadak harga komoditi global dan kekangan kewangan Kerajaan disebabkan oleh kos subsidi yang ketara menyebabkan beberapa pelarasan lebih tinggi bagi harga keluaran bahan api. Pada tahun 2008, harga bahan api naik pada purata 14.5% manakala inflasi makanan naik ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun sebanyak 8.8%. Selain bahan api dan barangan makanan subsidi, tarif elektrik juga telah disemak lebih tinggi.

58

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010 LAPORAN TAHUNAN 2010

59

Cabaran pada Masa Depan Melangkah ke depan, penentu-penentu inflasi akan terus berubah seiring dengan perubahan struktural dalam ekonomi. Dengan peralihan Malaysia kepada ekonomi nilai ditambah dan berpendapatan tinggi, komposisi perbelanjaan isi rumah juga akan berubah. Proses inflasi juga boleh berubah kesan daripada dasar Kerajaan seperti pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), upah minimum dan pengurangan subsidi. Inflasi dalam negeri mungkin akan lebih dipengaruhi oleh faktor luaran, terutamanya oleh harga komoditi global, apabila mekanisme harga secara beransuransur lebih berasaskan pasaran. Kejutan penawaran akan berterusan dan mungkin tidak lagi bersifat sementara apabila permintaan global bagi sumber dan makanan terus meningkat disebabkan oleh pertumbuhan penduduk, proses perbandaran yang pesat dalam keadaan bekalan yang terhad. Faktor ini menunjukkan bahawa pengurusan inflasi akan menjadi lebih mencabar disebabkan oleh kejutan dalam negeri dan luaran yang serupa pada hari ini akan memberikan implikasi yang makin berbeza terhadap inflasi pada masa hadapan.