PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM ...

26 downloads 152 Views 2MB Size Report
pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran. Responden bagi kajian ini merupakan 86 orang pelajar yang diambil secara rawak sebagai sampel ...
PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM SISTEM E-PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA GUBAHAN (SPM 2322) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TANG JUN CHIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL : PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM SISTEM EPEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA GUBAHAN (SPM 2322) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2005/2006

TANG JUN CHIN

Saya

.

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 9 )

9

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

.

.

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 26A, JALAN SELANGAN 96000 SIBU SARAWAK. Tarikh: CATATAN:

20.04.2006

... EN MOHD FADZLI BIN ALI Nama Penyelia Tarikh:

20.04.2006

.

* Potong yang tidak berkenanan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Mudan Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan

: .............................................

Nama Penyelia

: En Mohd Fadzli bin Ali

Tarikh

: .............................................

PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM SISTEM E-PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA GUBAHAN (SPM 2322) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TANG JUN CHIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

ii

Saya akui Projek Sarjana Muda ini yang bertajuk “Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif Dalam Sistem E-Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ................................................. Nama

: Tang Jun Chin

Tarikh

: .................................................

iii

Kepada ibu bapa yang tersayang

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia projek sarjana muda, En Mohd Fadzli bin Ali. Beliau banyak memberi dorongan dan bimbingan kepada saya sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi memberi kerjasama dengan mengisikan borang soal selidik untuk tujuan penyelidikan. Tanpa kerjasama mereka, penyelidikan ini tentunya tidak akan berjaya.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan, bantuan dan teguran yang bernas bagi menyempurnakan projek sarjana muda ini.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung dan tidak langsung yang membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

v

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan, UTM dari segi perkongsian ilmu pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar. Pengkaji juga melihat aspek

peranan

pensyarah

sebagai

fasilitator

dalam

mengaplikasikan

pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran. Responden bagi kajian ini merupakan 86 orang pelajar yang diambil secara rawak sebagai sampel dalam kajian ini. Mereka merupakan pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322). Kertas soal selidik ditaburkan untuk mendapatkan data. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 untuk mendapatkan nilai min dan peratusan. Analisis data telah menunjukkan tahap pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) adalah pada tahap yang tinggi. Beberapa cadangan kajian lanjutan juga diberi untuk meningkatkan tahap pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran di fakulti.

vi

Abstract

The purpose of this study is to investigate the application of collaborative learning in e-learning for Authoring Language subject (SPM 2322) at the Faculty of Education, UTM from the aspects of sharing knowledge and authority among lecturers and students. The researchers also look at the roles of the lecturers as facilitators in collaborative e-learning. The respondents of 86 students were randomly selected as sample in the study. They are the students who are taking Authoring Language subject (SPM 2322). As for the study method, questionnaires are conducted to collect the data. The data are then processed by Statistical Package for Social Science software to obtain results in mean and percentage. The analysis of the data reveals that the application of collaborative learning in e-learning for Authoring Language subject (SPM 2322) is at a relatively high level. Several suggestions had been proposed to further improve the application of collaborative e-learning at the faculty.

vii

KANDUNGAN

BAB

1

PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI LAMPIRAN

xiii

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

5

1.3

Pernyataan Masalah

7

1.4

Matlamat Kajian

8

1.5

Objektif Kajian

9

1.6

Persoalan Kajian

10

1.7

Kepentingan Kajian

10

1.8

Skop Kajian

11

1.9

Batasan Kajian

12

1.10

Definisi Istilah

12

1.11

Penutup

14

viii

2

SOROTAN KAJIAN

15

2.1

Pengenalan

15

2.2

Definisi E-pembelajaran

15

2.2.1 Bahan-Bahan Pembelajaran

16

2.2.2 Model Pembelajaran Dalam

17

E-pembelajaran 2.3

Aplikasi E-Pembelajaran Di Institusi Pengajian

20

Tinggi 2.4

Pembelajaran Kolaboratif Dalam E-pembelajaran

22

2.4.1

Fasa Pmbelajaran Kolaboratif

24

2.4.2

Teori Pembelajaran Dalam

26

Pembelajaran Kolaboratif

2.5

3

4

2.4.2.1

Teori sosio-konstruktivis

27

2.4.2.2

Teori sosio-budaya

27

2.4.2.3

Teori perkongsian kognisi

28

Penutup

29

METODOLOGI

30

3.1

Pengenalan

30

3.2

Rekabentuk Kajian

30

3.3

Tempat Kajian

31

3.4

Populasi Kajian

31

3.5

Sampel Kajian

32

3.6

Instrumen Kajian

32

3.7

Kajian Rintis

34

3.8

Analisis Data

35

3.9

Penutup

37

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

38

ix 4.1

Pengenalan

38

4.2

Analisis Data

39

4.2.1

Analisis Biodata Sampel (Bahagian A)

39

4.2.1.1 Taburan Bilangan Dan

39

Peratusan Sampel Mengikut Jantina 4.2.1.2 Taburan Kekerapan Penggunaan

40

Sistem E-Pembelajaran UTM Di Kalangan Sampel 4.2.1.3 Taburan Lokasi Sampel

41

Mendapatkan Perkhidmatan Internet Untuk Sistem EPembelajaran UTM 4.2.2

Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 4.2.2.1 Analisis Tahap Perkongsian

42 42

Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar Dan Pelajar Dalam Sistem E-Pembelajaran 4.2.2.2 Analisis Tahap Perkongsian

45

Autoriti Di Antara Pengajar Dan Pelajar Dalam Sistem EPembelajaran 4.2.2.3 Analisis Peranan Pensyarah

47

Sebagai Fasilitator Dalam Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif Dalam Sistem EPembelajaran 4.3

Analisis Perbandingan Tiga Aspek Kajian Terhadap Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif Dalam Sistem E-pembelajaran UTM

50

x

5

4.4

Analisis Korelasi Antara Konstruk Kajian

52

4.5

Penutup

53

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

54

5.1

Pengenalan

54

5.2

Perbincangan

55

5.2.1 Taburan Responden Mengikut Latar

55

Belakang 5.2.2 Tahap Pengaplikasian 5.2.2.1 Tahap Perkongsian Ilmu

56 56

Pengetahuan Di Antara Pengajar Dan Pelajar Dalam Sistem E-Pembelajaran 5.2.2.2 Tahap Perkongsian Autoriti Di

58

Antara Pengajar Dan Pelajar Dalam Sistem E-Pembelajaran 5.2.2.3 Peranan Pensyarah Sebagai

59

Fasilitator Dalam Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif Dalam Sistem EPembelajaran 5.2.3 Perbandingan tahap

60

5.2.4 Analisis Korelasi Antara Konstruk

62

Kajian 5.3

Rumusan

62

5.4

Cadangan

63

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

64

5.6

Penutup

65

Senarai Rujukan

66

Lampiran A – G

74 - 91

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

3.1

TAJUK

Bilangan pelajar bagi kursus 2SPT, 2SPK,

HALAMAN

31

2SPP dan 2SPL 3.2

Bilangan item dalam soal selidik mengikut

33

aspek kajian 3.3

Skala Likert 5 Pemeringkatan

34

3.4

Tahap penilaian berdasarkan peratusan

36

3.5

Tahap penilaian berdasarkan skor min

36

3.6

Klasifikasi Kekuatan Kolerasi

36

4.1

Taburan responden mengikut jantina

39

4.2

Taburan kekerapan penggunaan sistem e-

40

pembelajaran UTM di kalangan responden 4.3

Taburan lokasi responden mendapatkan

41

perkhidmatan internet untuk sistem epembelajaran UTM 4.4

Taburan kekerapan, peratusan, min dan purata

42

min tahap perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar dalam sistem epembelajaran 4.5

Taburan kekerapan, peratusan, min dan purata min tahap perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-

45

xii pembelajaran 4.6

Taburan kekerapan, peratusan, min dan purata

48

min aspek peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran 4.7

Perbandingan tiga aspek kajian terhadap

51

pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran UTM 4.8

Nilai korelasi bagi konstruk 1 dan konstruk 2

52

4.9

Nilai korelasi bagi konstruk 1 dan konstruk 3

52

4.10

Nilai korelasi bagi konstruk 2 dan konstruk 3

52

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

A

TAJUK

Laporan akhbar yang menyatakan

HALAMAN

74

peningkatan bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan STPM B

Laporan akhbar yang menyatakan isu pelajar

78

mempunyai keputusan SPM dan STPM yang cemerlang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka di Institusi Pengajian Tinggi C

Senarai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di

79

Malaysia D

Nilai Alpha kajian rintis

83

E

Kolerasi antara konstruk

84

F

Jadual penetapan saiz sampel kajian

85

G

Kertas Soal Selidik

86

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Ilmu dan teknologi terutama teknologi informasi berkembang sangat pesat. Kemajuan teknologi maklumat ini telah meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan (networking) dalam pelbagai bidang. Pesatnya perkembangan teknologi ini ternampak juga pada pelbagai perubahan sosial budaya. Misalnya e-perniagaan merupakan perubahan radikal dalam aspek ekonomi masyarakat moden saat ini. Di sektor pemerintahan terdapat ekerajaan. Demikian pula di sektor pendidikan sudah berkembang dengan apa yang dikenali sebagai e-pembelajaran (e-learning).

Umumnya e-pembelajaran merujuk kepada sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik sama ada menerusi Local Area Network (LAN), World Area Network (WAN) atau internet untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Menurut Learnframe (2001) bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi dan simulasi, audio dan video. Ia juga menyediakan

2 kemudahan untuk perbincangan kumpulan (discussion group) dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (on-line). Teknologi informasi tersebut telah meningkatkan interaksi antara tenaga pengajar dengan pelajar (Neuwirth dan Mojahn, 1996) serta menyenangkan perbincangan kelas di samping menukar cara interaksi antara pengajar dengan pelajar (Bonk dan King, 1995).

Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.

Menurut Tinzmann et al. (1990), terdapat beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu:

i.

Perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran traditional, peranan pengajar hanya

menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang isi pelajaran dan mempunyai kemahiran serta menyalurkannya kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif pula, pengajar perlu menilai dan membina satu persekitaran

3 pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan pengajar serta pelajar lain.

ii.

Perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar. Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara

pengajar dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pengajar, pengajar berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif.

iii.

Pengajar sebagai fasilitator Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan

pelajar, pengajar berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Pengajar perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar.

Pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet. Pengaplikasian

4 pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem pengurusan pembelajaran atau learning management system (LMS) yang dikenali sebagai MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi perkataan Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan, chats dan journal. Manakala contoh aplikasi bagi LMS termasuk WebCT dan blackboard. Secara umumnya, LMS mempunyai dua kriteria yang utama, iaitu: i.

Pelajar mempunyai hubungan dengan organisasi yang menyediakan perkhidmatan.

ii.

Pelajar mempunyai kebebasan untuk belajar berdasarkan tahap penguasaan mereka.

Pengaplikasian e-pembelajaran dalam sistem pendidikan boleh diperlihatkan dari pelbagai aspek. Pengaplikasian e-pembelajaran telah menggantikan pembelajaran bersemuka (face-to-face) terutamanya dalam sistem pendidikan jarak jauh di mana pelajar mengakses bahan pembelajaran melalui web dan komunikasi dalam kelas digantikan dengan komunikasi berasaskan komputer sepenuhnya. Kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar berbanding dengan penyampaian pelajaran menerusi kuliah (Schutte, 1997; Zhang, 1998).

5 1.2

Latar Belakang Masalah

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif tanpa sempadan geografi dan bilik darjah kini telah menjadi satu isu penting dalam kaedah pembelajaran terutamanya dalam sistem pendidikan tertier. Hal ini sedemikian disebabkan bilangan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semakin meningkat setiap tahun yang secara langsungnya bilangan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran tertier juga meningkat. Seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar Berita Harian (13-03-2005): “Seramai 71,145 calon menduduki peperiksaan STPM tahun lalu (2004) iaitu peningkatan sebanyak 25.9 peratus berbanding 56,502 calon tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 58,456 atau 82.2 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 5,825 (8.2 peratus) calon sekolah swasta dan 6,864 (9.6 peratus) calon persendirian.” (Berita Harian, 13-03-2005)

Sebagaimana yang diketahui, bilangan institusi pendidikan tinggi sama ada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) ataupun institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara kita adalah terhad. Di negara kita, Malaysia, terdapat 17 IPTA dan 23 IPTS termasuk 14 IPTS bertaraf universiti, 5 IPTS bertaraf universiti-kolej universiti serta 4 IPTS bertaraf universiti-kampus cawangan luar negeri untuk pelajar lepasan SPM, STPM atau pelajar yang mempunyai sijil yang setarafnya. Memang ianya tidak dapat menanggung bilangan pelajar yang semakin meningkat dan memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar yang mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran tertier mereka. Ini telah mewujudkan persaingan yang hebat untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

6 Isu pelajar mempunyai keputusan SPM dan STPM yang cemerlang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi berlaku setiap tahun seperti yang ternyata dalam akhbar Berita Harian: “Mengikut data Jabatan Pengurusan Institut Pendidikan Tinggi (IPT)

Kementerian

Pengajian

Tinggi,

sebanyak

105,014

permohonan diterima bagi mengikuti program peringkat ijazah pada sesi ini dengan 64,877 daripadanya melepasi syarat minimum atau syarat khas program yang dimohon. Di peringkat diploma pula, 132,000 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengemukakan permohonan. Ini bermakna lebih 170,000 lagi pelajar tidak diterima masuk ke IPTA kerana tempat yang ditawarkan terhad.” (Berita Harian, 03-07-2005)

Selain itu, perubahan demografi pelajar seperti kursus pendidikan jarak jauh dan kursus pendidikan separuh masa (part-time) menjadi satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan e-pembelajaran secara kolaboratif kerana ia menyumbang kepada peningkatan permintaan dari segi penyampaian isi pelajaran yang lebih fleksibel, memberi keupayaan kepada pelajar supaya lebih komitmen dalam pembelajaran serta menerima pelajaran tertier yang lebih sempurna (Curtis dan Lawson, 1999). Selain itu, sistem e-pembelajaran juga memberi banyak manfaat kepada pelajar sepenuh masa (full-time) dari segi sifat pembelajaran yang fleksibel. Kewujudan rangkaian e-pembelajaran juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif di dalam dan juga di luar bilik darjah.

7 1.3

Pernyataan Masalah

Dalam sistem pendidikan Malaysia, guru-guru sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan bilik darjah, di mana bilangan pelajar dalam satu kelas adalah di antara 30 hingga 40 orang pelajar. Keadaan ini adalah lebih mudah untuk guru mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran kerana komunikasi dua hala masih boleh dijalankan dalam bilik darjah yang bilangan pelajarnya terkawal. Sementara di institusi pengajian tinggi awam atau swasta, bilik atau dewan kuliah pula boleh memuatkan pelajar sehingga kepada 500 orang bergantung kepada saiz bilik atau dewan yang digunakan. Seorang pensyarah akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kelas tersebut.

Dengan bilangan pelajar yang banyak, pensyarah tidak dapat memberi perhatian kepada setiap individu dalam kelas atas batasan masa dan ruang. Dengan adanya sistem e-pembelajaran, pembelajaran boleh melibatkan bilangan pelajar yang tinggi (Crook dan Webster, 1997; Stainfield, 1997). Selain itu, komunikasi antara tenaga pengajar dan pelajar tidak akan dibatas oleh kekangan masa dan ruang. Komunikasi boleh berlaku di luar bilik kuliah dan bila-bila masa menerusi sistem tersebut.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menggunakan sistem pembelajaran terbuka secara dalam talian (on-line) yang dikenali MoodleTM di antara pensyarah dengan pelajar. Sistem MoodleTM mempunyai banyak manfaat berbanding dengan sistem pengajaran dan pembelajaran traditional yang berasaskan proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka dalam bilik kuliah. MoodleTM menyediakan fasiliti kepada pensyarah untuk memuat naik bahan pengajaran seperti nota, contoh soalan dan demonstrasi serta tajuk tugasan kepada pelajar manakala pelajar boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk menghantar tugasan mereka kepada pensyarah pada mana-mana tempat. MoodleTM telah menyediakan satu platform yang fleksibel berasaskan

8 pembelajaran kolaboratif melalui kemudahan forum. Kemudahan forum tersebut menggalakkan pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran secara synchronous dan asynchronous di antara interaksi pelajar-pelajar ataupun pelajar-pengajar. Walau bagaimanapun, sistem e-pembelajaran UTM merupakan satu sistem yang membantu melengkapkan pembelajaran traditional.

Tenaga pengajar dan pelajar memainkan peranan yang tertentu dalam pembelajaran kolaboratif. Slavin (1990) telah menyatakan tulang belakang bagi pembelajaran kolaboratif ialah kesediaan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan konstruktif. Persekitaran pembelajaran kolaboratif merupakan satu proses yang bukan sahaja membantu penglibatan aktif tetapi juga akan membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri kerana ia berpotensi membentuk pembelajaran berdikari (independent learning) (Bennet dan Dunne, 1992). Selain itu, pengajar mempunyai peranan sebagai orang tengah dalam menentukan kualiti interaksi dan pembelajaran di kalangan pelajar dalam pembelajaran kolaboratif (Hiltz, 1994; Beaudin, 1999).

Berdasarkan kepada ciri-ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif (Tinzmann et al., 1990) iaitu perkongsian ilmu pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar serta peranan pengajar sebagai fasilitator, pengkaji ingin melihat sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran di Fakulti Pendidikan UTM memanfaatkan pensyarah dan juga pelajar.

1.4

Matlamat Kajian

Matlamat bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap perkongsian ilmu pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar dalam sistem epembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti

9 Pendidikan UTM. Selain itu, pengkaji akan melihat aspek peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam mengaplikasikan pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran UTM. Korelasi tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan tahap perkongsian autoriti, tahap perkongsian autoriti dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator serta tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator juga akan dianalisis dalam kajian ini.

1.5

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai beberapa objektif yang tertentu, iaitu: i.

Meninjau tahap perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM.

ii.

Meninjau tahap perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM.

iii.

Meninjau peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran.

iv.

Menganalisis korelasi tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan tahap perkongsian autoriti, tahap perkongsian autoriti dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator serta tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator.

10 1.6

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut: i.

Adakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem epembelajaran melibatkan perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dengan pelajar dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM?

ii.

Adakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem epembelajaran melibatkan perkongsian autoriti di antara pengajar dengan pelajar dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM?

iii.

Apakah peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran?

iv.

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan tahap perkongsian autoriti, tahap perkongsian autoriti dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator serta tahap perkongsian ilmu pengetahuan dengan peranan pensyarah sebagai fasilitator?

Suggest Documents