PENGARUH BAHASA IBUNDA TERHADAP PEMBINAAN STRUKTUR AYAT ...

58 downloads 2638 Views 756KB Size Report
1 PENGARUH BAHASA IBUNDA TERHADAP PEMBINAAN STRUKTUR AYAT BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UNISZA Normila Norudin,1 Nik Murshidah Nik Din,2
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9

PENGARUH BAHASA IBUNDA TERHADAP PEMBINAAN STRUKTUR AYAT BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR UNISZA Normila Norudin,1 Nik Murshidah Nik Din,2 Raja Hazirah Raja Sulaiman,3 Zaiton Mustafa,4 1,2,3,4

[email protected], Pusat Pengajian Tamadun Arab dan Pendidikan Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak: Kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab sebagai bahasa kedua sering diperkatakan pada masa kini. Masalah ini bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah, malah turut melibatkan pelajar-pelajar di universiti termasuklah di UniSZA. Dalam kertas kerja ini, perbincangan akan berkisar tentang pengaruh bahasa ibunda sebagai faktor utama yang menjejaskan kemampuan pelajar untuk berkomunikasi dengan menggunakan struktur ayat bahasa Arab yang betul. Fokus kajian tertumpu kepada kesalahan dari segi penggunaan kata kerja. Data kajian diperolehi melalui analisis kesalahan terhadap transkripsi dialog yang diambil daripada video lakonan oleh 30 orang pelajar. Pelajar- pelajar tersebut telah dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk menjalankan aktiviti lakonan yang telah ditetapkan. Hasil analisis mendapati kekerapan kesalahan banyak berlaku dalam penggunaan kata kerja khususnya berkaitan tazkir wa ta’nith, ‘adad al-fa’il (ifrad, tathniah, jama’) dan zaman alfi’li. Dapatan kajian menunjukkan pelajar terpengaruh dengan bahasa ibunda dalam membina struktur ayat bahasa Arab. PENGENALAN Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing bukanlah satu perkara baru di negara ini. Ia muncul di Tanah Melayu sejak berkurun yang lalu dan semakin berkembang serta mendapat tempat hinggalah ke hari ini. Menyedari betapa pentingnya memahami bahasa Arab, maka pada tahun 2005, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain) kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Salah satu tujuan utama matapelajaran ini diperkenalkan adalah untuk menanam minat mempelajari bahasa Arab kepada pelajar-pelajar disamping dapat berkomunikasi menggunakan bahasa Arab yang mudah bermula di bangku sekolah rendah lagi. Pembelajaran bahasa Arab ini tidak terhenti di peringkat sekolah rendah sahaja, malah sehingga ke peringkat pengajian tinggi di universiti. Menurut A. Rashid dan rakan-rakan (2007), kerajaan Malaysia, melalui pembelajaran bahasa asing, mempunyai agenda dan misi tersendiri dalam visi melengkapkan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang boleh menghadapi cabaran globalisasi. Pembelajaran Bahasa Arab di universiti mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza-beza. Ia dipelajari samada untuk tujuan agama seperti memahami 1

maksud al-Quran dan hadis, atau memahami buku-buku agama yang ditulis dalam bahasa Arab (Kamarul Shukri dan rakan-rakan, 2009) ataupun untuk tujuan komunikasi termasuk komunikasi antarabangsa (Sahrir, 2013) seperti digunakan untuk bercakap ataupun menulis dalam bahasa Arab. Dalam menjayakan misi tersebut, pelbagai kaedah pengajaran telah diperkenalkan dan diguna pakai dalam pengajaran bahasa Arab kepada bukan penutur Arab. Pemilihan kaedah pengajaran yang betul, serta teknik-teknik yang sesuai dengan situasi pelajar dapat membantu dalam melancarkan proses pembelajaran. Memandangkan proses pembelajaran bahasa Arab kepada bukan penutur jatinya ini bukanlah satu perkara yang mudah, lantaran terdapat berbagai-bagai cabaran dan masalah yang dihadapi, maka peranan guru adalah sangat penting dalam memastikan proses pembelajaran yang berkesan dan berkualiti demi melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Arab yang betul. Antara cabaran utamanya adalah pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Ini sangat memberi kesan kepada pelajar-pelajar dalam proses membina struktur ayat bahasa Arab yang betul. Dalam membina ayat bahasa Arab samada melalui penulisan mahupun percakapan, pelajar lebih cenderung untuk menulis ayat dalam bahasa Melayu terlebih dahulu, kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Ini menyebabkan struktur ayat bahasa Arab yang betul telah hilang kerana terpengaruh dengan struktur ayat bahasa Melayu (Al-Amin ,2011). Sedangkan dalam membina ayat bahasa Arab, pelajar perlu mengambilkira beberapa aspek utama dalam membina struktur ayat yang betul, dan aspek-aspek ini tidak terdapat di dalam pembinaan ayat bahasa Melayu. Di dalam penulisan ini, perbincangan akan memfokuskan kepada pengaruh bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu di dalam pembinaan ayat bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar semester satu Diploma Pengajian Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ). Penelitian akan dilakukan pada penggunaan kata kerja di dalam pembinaan ayat bahasa Arab yang betul. Sampel kajian adalah seramai 30 orang pelajar yang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kesemua pelajar telah terlibat dalam aktiviti lakonan mengikut tema yang ditetapkan. Rakaman video telah diambil semasa lakonan berlangsung. Data diperolehi daripada analisis kesalahan terhadap transkripsi dialog yang diambil daripada rakaman video tersebut. Hasil analisis dibuat terhadap tiga aspek kesalahan iaitu tazkir wa ta’nith, ‘adad alfa’il dan zaman al-fi’li. Ketiga-tiga kesalahan tersebut kerap diulangi oleh pelajar disebabkan terkesan dengan penggunaan ayat bahasa Melayu yang menjejaskan pembinaan struktur ayat bahasa Arab yang betul. MASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua merupakan proses yang agak sukar bagi pelajar, terutama dalam kalangan pelajar Melayu yang tidak terdedah secara langsung kepada situasi dan persekitaran sebenar bahasa Arab itu digunakan (Baharuddin, 2012). Menurut Kamarul Shukri Mat Teh et al. (2009), permasalahan yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah ialah kelemahan pelajar untuk menguasai bahasa tersebut khususnya dalam pertuturan dan penulisan. Kelemahan pelajar di peringkat sekolah ini akan menyebabkan mereka gagal mengikuti kursus pada peringkat universiti dengan baik (Osman, 1990). Keadaan ini juga menyebabkan pelajar takut untuk bercakap dalam bahasa Arab. Menurut Muhamad Hanan (2011), kajian yang dijalankan kepada 30 pelajar Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mendapati 60% pelajar bersetuju dengan pernyataan mereka takut bercakap bahasa Arab sebab berlaku kesalahan bahasa dalam membina ayat. 2

Beberapa penyelidik berpendapat kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab sebagai bahasa kedua mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengaruh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Corder (1964) menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila tabiat (bentuk, sistem atau hukum)bahasa pertama pelajar mengganggu atau menghalangnya daripada memperoleh bentuk, sistem atau hukum dalam bahasa kedua.Menurut Mohd Azidan (2004) pula, gangguan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dalam pemerolehan bahasa Arab sebagai bahasa kedua sebenarnya bermaksud pemindahan dan penggunaan beberapa sistem bahasa ibunda dalam bahasa Arab sedangkan sistem tersebut tidak ada sama sekali dalam bahasa Arab. Isu gangguan bahasa ini turut dibincangkan oleh Che Radiah Mezah (2009) yang menjelaskan bahawa terdapat 2 faktor yang mempengaruhi kesilapan pelajar semasa menggunakan bahasa Arab; iaitu faktor interlingual dan faktor intralingual. Faktor pertama merupakan gangguan bahasa ibunda pelajar yang menyebabkan berlaku pemindahan negatif pelbagai unsur atau item leksikal dalam ayat bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab, manakala faktor kedua pula berlaku kerana pelajar masih belum memahami peraturan dan aplikasi bahasa Arab itu sendiri. Dalam proses pembelajaran bahasa Arab, pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda ini menimbulkan kesukaran bagi pelajar terutamanya dalam memahami dan menguasai konsep pembentukan dan penstrukturan asas ayat-ayat bahasa Arab. Kajian Rosni Abu Samah (2012) terhadap 200 orang pelajar lepasan sekolah menengah agama di Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia mendapati bahawa pelajar kurang berkemampuan untuk membina ayat bahasa Arab dengan menggunakan frasa kerja. Pelajar juga banyak melakukan kesalahan dalam memilih perkataan yang sesuai untuk pelaku bagi kata kerja. Mereka keliru dalam menyusun struktur ayat terutama jika terdapat perkataan yang hampir sama maknanya untuk pelaku. Kekeliruan ini berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka terpengaruh dengan bahasa Melayu yang kurang penggunaan frasa kerja (Mahmud Muhamad Ali & Mikail Ibrahim, 2007). Menurut Hashim (2009), kesalahan kata kerja merupakan antara kesalahan yang ketara dalam pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Di samping pengaruh bahasa ibunda, pembelajaran bahasa Arab menjadi lebih rumit apabila pelajar tidak dapat menguasai tatabahasa dalam bahasa Arab dengan baik. Akibatnya, pelajar akan melakukan pelbagai kesalahan bahasa dalam penulisan dan pertuturan (Rosni, 2012). Kelemahan pelajar dalam membina struktur ayat bahasa Arab yang betul perlu ditangani bagi mewujudkan interaksi yang berkesan semasa menggunakan bahasa Arab. Sebagai satu usaha untuk mengatasi permasalahan yang sedang berlaku, kajian ini akan membincangkan tentang pengaruh bahasa ibunda yang menjejaskan kemampuan pelajar untuk membina ayat bahasa Arab yang betul semasa berkomunikasi. Tumpuan perbincangan hanya meliputi 3 aspek yang berkaitan dengan kata kerja iaitu penggunaan tazkir wa ta’nith, ‘adad al-fa’il dan zaman al-fi’il dalam pembinaan ayat bahasa Arab yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan dan penambahbaikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab turut dikemukakan dalam kertas kerja ini. ANALISIS DAPATAN Pertembungan bahasa Arab dengan bahasa dan budaya Melayu adalah antara faktor utama yang menjadi punca berlakunya kesilapan dalam penggunaan bahasa Arab oleh individu dwibahasa atau individu yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua (ASL) atau sebagai bahasa asing (AFL) (Mohd Azidan,2004). 3

Pemindahan negatif yang berlaku akan melambatkan proses pemerolehan bahasa kedua dan mencacatkan penggunaannya. Antara kesalahan yang sering berlaku ialah kesalahan dari segi penentuan kata kerja yang sesuai. Kecelaruan dalam pemilihan kata kerja ini akan menyebabkan proses pembinaan struktur ayat menjadi sukar. Keadaan ini berlaku kerana pelajar sebagai penutur menggunakan sistem bahasa Melayu atau bahasa ibunda dalam bahasa Arab sedangkan sistem tersebut berlainan sama sekali. Rentetan itulah akan menyebabkan terhasilnya kesilapan yang merupakan refleksi sruktur bahasa Melayu kerana bahasa yang paling dikuasai oleh seseorang dwibahasawan berpengaruh besar terhadap pemerolehan bahasa berikutnya, semakin tinggi tahap penguasaannya terhadap bahasa kedua, semakin kurang pengaruh bahasa pertama. Pengaruh ini akan hilang sekiranya pelajar dapat menguasainya pada tahap yang sama (Tarigan, 1988). Huraian seterusnya adalah mengenai analisis deskriptif dapatan kajian yang telah penyelidik lakukan terhadap pelajar dan antara aspek kesalahan yang paling kerap berlaku ialah dari segi kesalahan kata kerja yang mana ia merupakan kesalahan yang berlaku akibat terpengaruh dengan sistem tatabahasa bahasa melayu atau bahasa ibunda pelajar (Cheun et. al, 2009). Walaupun pelajar melakukan beberapa kesalahan tatabahasa dalam satu ayat, namun penyelidik hanya memilih aspek kata kerja sahaja untuk kertas kerja ini. Penyelidik akan membetulkan dan menghuraikan kesalahan aspek yang dipilih dengan terperinci disamping membetulkan aspek sampingan lain yang wujud dalam ayat tersebut.

Jadual 1: kekerapan kesalahan kata kerja Jenis kesalahan

kekerapan

peratusan

Kesalahan tazkir dan ta’nith

32

25.6%

Kesalahan ifrad, tathniah dan jama’

27

21.6%

Kesalahan zamanul fikli

21

16.8%

jumlah

80

100%

Berdasarkan jadual diatas, terdapat 80 kesalahan kata kerja dalam teks dialog yang dilakonkan oleh pelajar. Kesalahan penggunaan tazkir wa ta’nith mencatatkan jumlah kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 32 kesalahan (25.6%). Kekerapan kedua paling tinggi ialah kesalahan ‘adad al-fa’il (ifrad, tathniah dan jama’) iaitu sebanyak 27 kesalahan ( 21.6%) dan kesalahan dari segi zaman al-fi’li pula mencatat 21 kesalahan (16.8%).

Jadual 2: Kesalahan Tazkir Dan Ta’nith 4

1

‫ انظر يا فطانة‬Tidak meletakkan huruf (‫ )ي‬pada akhir kalimah membezakan ‫ انظري يا فطانة‬untuk mukhatabah muaannathah (kesalahan kata kerja arahan)

Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

2

‫ يلعب فطانة وجنيحة يلعب مع‬Menggunakan kata kerja yang mengandungi dhamir ‫ )هو( تلعب فطانة وجنيحة معا‬untuk menyatakan perbuatan bagi muannath (‫)هي‬

Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

3

‫ هل تشعر بأمل يف رأسك‬Menggunakan kata kerja muzakkarَ)َ‫ َتشعر‬-َ‫(أنت‬untuk perbuatan ‫ هل تشعرين بأمل يف رأسك؟‬menyatakan bagi muannathahَ -َ َ ‫ت‬ ِ ‫( َأن‬ )َ‫تشعرين‬

Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

4

Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

‫ ما عوامل الذي يسبب هذه املشكلة‬Menggunakan kata kerja yang menggunakan dhamir muzakkar (‫ )هو‬bagi ‫ما العوامل اليت تسبب هذه املشكلة‬ kata nama jama’ taksir ghair ‘aqil. yang sepatutnya dalam keadaan in imenggunakan kata kerja untuk dhamir (‫)هي‬

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, anatara punca kesalahan yang berlaku semasa bertutur adalah berkaiatan dengan sistem tatabahasa. Sistem tatabahasa bahasa Melayu tidak memerlukan seseorang penutur memilih kata kerja yang sesuai dari segi jantina untuk melengkapkan struktur ayat. Berbeza pula keadaannya dengan sistem tatabahasa Arab. Berdasarkan jadual 2 no 1 diatas, ‫ يلعبَفطانة‬ialah antara kesalahan yang paling kerap berlaku iaitu kesalahan dalam menentukan jantina kata kerja bagi sesuatu kata nama. Dalam bahasa Arab,kata kerjanya mestilah sama jantina dengan kata nama yang hendak diceritakan. Sebagai contoh : ( Fatimah sedang bermain bola ), dalam bahasa Melayu sebarang bentuk kata kerja yang digunakan tidak memerlukan penuturnya mengenalpasti jantina pelaku sebelum menulis atau melafazkan kata kerja tersebut. Berbeza pula halnya dengan struktur dan sistem tatabahasa Arab ,sekiranya kita hendak menyatakan Fatimah yang melakukan sesuatu aktiviti, maka kalimah bagi aktiviti itu mestilah dalam keadaan muannath. Begitu juga sebaliknya. Sedangkan dalam bahasa Melayu, kata kerjanya tidak dipecahkan mengikut jantina. Perbezaan sistem inilah menjadi punca sesuatu kesilapan dalam membina sruktur ayat yang betul. Di samping itu juga, daripada penelitian tersebut juga penyelidik mendapati pelajar lebih cenderung menggunakan kata kerja feel mudhari’ yang menggunakan dhamir )‫ (هو‬dan ) ‫أنت‬ َ ) pada hampir kesemua keadaan jantina.

5

Jadual 3: Kesalahan Ifrad, Tathniah Dan Jama’ 1 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

keliru dari segi ‫ فاطن وفرحيا ونورا تركضون يف احلديقة‬Pelajar penggunan dhamir mukhatab (‫ )أنتم‬atau ghaib (‫)هن‬ ‫فاطن وفرحيا ونورا يركضن يف احلديقة‬ Bagi kata nama jama’, pelajar lebih suka menggunakan dhamir (‫)أنتم‬

2 Kesalahan tatabahasa

Ayat yang betul

3 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

keliru dari segi ‫ كالمها تلبية عفيفة يف جانب السري ومها تسأل‬Pelajar penggunan dhamir mukhatab ‫سري إىل العيادة‬ (‫ )أنتما‬atau ghaib (‫)مها‬ ‫كالمها تلبيان عفيفة يف السري ومها تسأالن عن‬ ‫الطريق إىل العيادة‬

‫ هن كأصدقاء الذي متارس الرياضة‬Penggunaan kata kerja tidak selari dari segi bilangan dan ‫ هن كصديقات ميارسن الرياضة‬jantina pelaku. Pelajar keliru dari segi penggunan dhamir mukhatab (‫ )أننت‬atau ghaib (‫)هن‬

Kesalahan dari segi ifrad ialah antara kesalahan yang paling ketara dalam kalangan pelajar. Kurangnya kefahaman mengenai sistem tatabahasa bahasa Arab menjadi punca kesalahan ini. Kebanyakan kesalahan yang berlaku adalah menggunakan kata kerja mufrad untuk dua orang pelaku atau lebih. Pelajar keliru dari segi penggunan dhamir mukhatab (‫)أنتن‬ atau ghaib(‫)هن‬. Seperti contoh dalam jadual 2: “ ‫فاطن وفرحيا ونورا تركضون‬ ‫”يف احلديقة‬ Jika diteliti, pelajar lebih cenderung menggunakan dhamir (‫ )أنتم‬secara mutlak sekiranya pelaku adalah dalam bentuk lebih daripada tiga orang atau pelaku adalah dalam bentuk kata nama jama’ taksir. Hal ini kerana dalam sistem bahasa Melayu, penggunaan kata kerja tidak memerlukan sebarang perubahan bagi membezakan antara pelaku, samada pelaku tersebut lelaki atau perempuan, seorang ataupun ramai. Secara umumnya mungkin boleh dikatakan disini, pelajar agak keliru dengan penggunaan dhamir dari segi mukhatab dan ghaib. Rentetan itulah, pelajar sering melakukan kesilapan dalam kes ini. Mereka seolah-olah terbawa-bawa dengan penggunaan laras tatabahasa bahasa Melayu dalam membina struktur ayat bahasa Arab. Ini mungkin kerana mereka masih lagi membina ayat yang diterjemahkan dari bahasa ibunda secara mutlak. Jadual 4: Zaman al- Fi’li Kesalahan tatabahasa:

lebih gemar ‫ هيا منارس قبل‬،‫ إن اهلل مع الصابرين‬،‫ اصرب يا فاطنة‬Pelajar mengekalkan kata kerja ‫نرجع‬ dengan dhamir(‫)أنت‬ 6

‫ هيا بنا منارس‬،‫ إن اهلل مع الصابرين‬،‫ اصربي يا فاطنة‬berbanding dhamir lain, kerana ‫ قبل أن نرجع‬mungkin terpengaruh dengan bahasa ibunda yang hanya mengekalkan kata kerja yang sama walaupun pelakunya berbeza.

Ayat yang betul

Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul

Kesalahan tatabahasa

Ayat yang betul

Kesalahan tatabahasa

Ayat yang betul

feel ‫ تكتب كل حمتويات يف هده االستمارة‬Penggunaan mudhari’ pada tempat ‫ اكتب املعلومات يف هذه االستمارة‬feel amar. ،‫ قبل قليل أتكلم مع صديقي باهلاتف عند أقائد السيارة‬Menggunakan feel madhi tempat yang ‫ فجأة أصادم بنتك‬pada sepatutnya digunakan feel mudhari’. Kesalahan juga berlaku pada penambahan imbuhan ،‫قبل قليل تكلمت مع صديقي باهلاتف وأسوق السيارة‬ ‫فجأة صادفت بنتك‬ ‫أرجو أعطى اهلل قرة أعينأنكم‬... ‫ شكرا على اهتمامكم‬Menggunakan feel madhi tempat yang ‫ و‬pada sepatutnya digunakan feel mudhari’. Kesalahan ‫أرجو أن يعطيكم اهلل قرة‬... ‫شكرا على اهتمامكم‬ juga berlaku pada ‫ أعينكم‬penambahan imbuhan

Selain itu juga, pelajar lebih gemar mengekalkan kata kerja dengan dhamir (‫)أنت‬ berbanding dhamir lain seperti contoh dalam jadual 3:

“‫ هيا منارس قبل نرجع‬،‫ إن اهلل مع الصابرين‬،‫”اصرب يا فاطنة‬ mungkin kerana terpengaruh dengan bahasa ibunda yang hanya mengekalkan kata kerja yang sama walaupun pelakunya berbeza. Dalam bahasa Melayu, perkataan bagi arahan adalah sama ataupun sekadar menambah perkataan “lah” pada akhir sesuatu kata kerja. Contohnya: Saya tulis maklumat saya – ayat penyata Tulis maklumat awak- arahan Tulislah maklumat awak- arahan Yang membezakan ketiga-tiga maksud perkataan tulis diatas hanyalah intonasi sebutan atau penambahan “lah”. 7

Kesalahan juga berlaku dari segi penggunaan kata kerja yang menunjukkan perbuatan masa lepas dan akan datang. Dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu, kata kerja tidak perlu ditukar bentuknya untuk menyatakan masa perbuatan itu berlaku. Penutur hanya perlu menambahkan perkataan “telah” sebelum kata kerja atau perbuatan yang hendak dinyatakan bagi menunjukkan makna sudah berlaku. Manakala untuk perbuatan yang akan dilakukan, penutur perlu menambah perkataan “akan” sebelum kata kerja yang hendak dinyatakan. PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dalam kajian ini melakukan kesalahan tatabahasa terutamanya dalam aspek penentuan kata kerja yang tepat selari dengan kata nama atau pelaku sesuatu perbuatan dalam pembinaan ayat bahasa Arab. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Hashim (2009) yang menyatakan bahawa kesalahan kata kerja adalah antara kesalahan yang ketara dalam pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Hasil kajian juga mendapati bahawa punca utama kesalahan ini ialah kerana pengaruh bahasa ibunda yang mana ianya menjadi penyebab utama timbulnya kesalahan dan kesulitan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing oleh seseorang pelajar. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Azidan (2004), Erdogan (2005) yang mana mereka mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar adalah dianggap hasil daripada tabiat buruk berterusan bahasa ibunda terhadap bahasa sasarannya , ia juga turut disokong dapatan analisis kontrastif oleh Aini (2007). Berbeza pula halnya dengan Chen et. al. (2009) yang mengakui bahawa bahasa ibunda memang merupakan faktor utama penyebab berlakunya kesalahan namun faktor lain juga mesti dilihat semula iaitu dari segi kekurangan latihan tatabahasa , kurang pendedahan kepada alam persekitaran bahasa, peruntukan masa, kekeliruan maksud dan sikap cuai pelajar turut merupakan faktor penyumbang kepada masalah ini.

KESIMPULAN Mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua di peringkat universiti imerupakan proses yang agak sukar bagi pelajar, terutama dalam kalangan pelajar Melayu yang tidak terdedah secara langsung kepada situasi dan persekitaran sebenar bahasa Arab itu digunakan. Justeru, mereka gagal mengikuti kursus pada peringkat universiti dengan baik. Keadaan ini menyebabkan pelajar takut untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Arab kerana bimbang berlaku kesalahan bahasa dalam membina ayat. Sehubungan dengan itu satu langkah yang pro aktif perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Faktor- faktor seperti pengaruh bahasa ibunda, kurang keprihatinan dan motivasi dalam kalangan pelajar, silibus matapelajaran,kaedah pengajaran serta keadaan persekitaran universiti perlu diberi perhatian terutamanya oleh pensyarah kursus berkenaan. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan dinamik. Sebagai contoh, pembinaan modul yang menekankan aspek kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar supaya kesalahan ini dapat dibendung. Selain itu juga, bimbingan secara berterusan daripada pensyarah yang mengajar, pembelajaran melalui multimedia, serta menjadikan strategi pembelajaran bahasa Arab yang 8

berkesan sebagai satu modul yang digunakan dalam bilik kuliah. Hal ini menyebabkan pelajar secara keseluruhannya wajib melibatkan diri dalam aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato, syarahan, debat dan sebagainya secara langsung tanpa sebarang pengecualian, Keadaan ini akan menyebabkan pelajar terpaksa menggunakan bahasa Arab di dalam dan di luar bilik kuliah. Peruntukan masa yang mencukupi juga penting dalam menggalakkan proses pembelajaran bahasa Arab di universiti RUJUKAN Aini Karim. (2007). Analisis Kontrastif Dan Analisis Kesalahan Bahasa: Antara Hipotesis Dan Realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik SETALING), 2, 212-225. Al-Amin, Sumayyah Dafullah Ahmad. ( 2011). Musykilat Ta’lim Al-Lughah Al-Arabiyyah Linnatiqin Bi Ghairiha Ma’a Iqtirah Ba’dhi Al-Hulul Laha. Prosiding Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab 2011 (SAPBA’11):Wawasan dan Cabaran Malaysia-China, Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, ISBN 978-967- 5478451. Azman Che Mat & Goh, Y.S. (2010). Situasi Pembelajaran Bahasa Asing Di Institut Pengajian Tinggi: Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin Dan Bahasa Perancis. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education. 2 (2), 9-21. Baharuddin Shahman. (2012). Analisis Kontrastif Struktur Asas Ayat Bahasa Arab Dan Melayu Tesis Masters, Universiti Malaya.

Che Radiah Mezah. (2009). Kesilapan Leksikal Dalam Pembelajaran Bahasa Arab (Cetakan Pertama). Universiti Putra Malaysia Berhad. Cheun, H.H., Ho,W. C.& Hoe, F. T. (2009). A Study Of Mandarin Sentences Grammar Mistake Made By Non-Native Speaker. Proceeding Language And Culture: Creating And Fostering Global Communities. Corder, S. Pit. (1967). The Significance of Learners Errors dlm. Jack C. Richards, Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition. New York: Longman. Erdogan,V. (2005), Contribution Of Error Analysis To Foreign Languge Teaching, Mersin University Journal Of The Faculty Of Education, 1(2) ,261-270. Hashim Mat Zain (2009), Penguasaan Kata Kerja Bahasa Arab Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah, Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana, UM. Kuala Lumpur. Kamarul Syukri, Mohamed Amin, Nik Mohd Rahimi & Zamri Mahamod. (2009). Strategi Metafizik: Kesinambungan Penerokaan Domain Utama Pembelajaran Bahasa. GEMA Online™ Journal Of Language Studies, 9(2), 1-13. J.N.J. Money, Suthanthiradevi. (1996). Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India, Tesis Sarjana, UPM. Mohd Azidan Abdul Jabar. (2004). Gangguan Bunyi Melayu Dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas. Pertanika Journal Of Social Science & Humanity, 12(2): 101-110 (2004) Muhamad Hanan. (2011). Asbab Khauf Lada Talabah Jami’ah Malaya Fi Kulliyyah Islamiyyah Fi Muhadathah. Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Mahmud Muhamad Ali & Mikail Ibrahim. (2007). Tahlil Akhta’ Lughawiyyah Lada Tullab Wa Talibat Jamiah Ulum Islamiyyah (USIM). Prosiding Seminar Islamiyyat Lughah 9

Wa Adab Fi Bina Hadhari Li Ummah Islamiyyah. Universiti Islam Antarabangsa, Hlm. 359-376. Muhammad Sabri Sahrir, Manfaat Pelajari Bahasa Arab, Berita Harian 04/09/2013. Osman Khalid. (1990). Ta’lim Al-Lughah Al-Arabiyyah Fi Jamiah Al-Mahalliyyah: Qadiyyah Al- Jamiah Al-Wataniyyah. Kertas Kerja Seminar Peningkatan Pengajaran Bahasa Arab. Universiti Islam Antarabangsa. Kuala Lumpur, 25-28 Ogos. Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama, GEMA Online™ Journal Of Language Studies, Volume 12(2), May 2012. Roswati Abdul Rashid, Radhiah Ismail & Noor Haslina Mohamad Akhir. (2007). Kepelbagaian Strategi Pembelajaran Tulisan Asas Bahasa Jepun (Hiragana): Satu Kajian Deskriptif. 3L; Language,Linguistics And Literature, The Southeast Asian Journal Of English Language Studies., 13 . Pp. 173-199. ISSN 0128-5157

Tarigan, H.G. (1988). Pengajaran Analisis Kesalahan Angkasa.

10

Berbahasa. Bandung: Penerbit