Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap dan pengaruh sokongan
keluarga dalam penglibatan ... minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang
disertai.
PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID Mohanaraju Annamalai (
[email protected]) IPG Kampus Pulau Pinang Ahmad Tajuddin Othman (
[email protected]) Abdul Ghani Kanesan Abdullah (
[email protected]) Universiti Sains Malaysia Abstrak: Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid.Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap dan pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid berdasarkan kumpulan minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang disertai. Terdapat dua kumpulan murid iaitu Kumpulan Berminat dan Kumpulan Tidak Berminat. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif. Responden untuk soal selidik adalah seramai 836 orang murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia.Data kajian dikumpul berdasarkan kepada instrumen kajian yang telah dibina oleh penyelidik. Instrumen yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .89. Datadianalisis menggunakan program Statistics Package for the Social Sciences Version 17.0 (SPSS/17.0).Ujian statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif manakala analisis inferensi digunakan untuk menguji objektif-objektif kajian.Dapatan kajian menunjukkan min variabel sokongan keluarga dalam Kumpulan Berminat berada pada tahap tinggi sementara dalam Kumpulan Tidak Berminat berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap kemahiran insaniah murid amat ketara dalam Kumpulan Tidak Berminat berbanding dengan Kumpulan Berminat. Kata kunci: Sokongan keluarga, penglibatan kokurikulum dan kemahiran insaniah.
1.0
PENDAHULUAN
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan tanggapan bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani. Kokurikulum dikatakan sebagai pelengkap kepada kurikulum dan dapat membantu potensi pembangunan diri individu (Adnan Kamis, 1993; Teng Boon Tong, 1984; Vasudevan T. Arosoo,1988). Menurut Mohd Najib (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani murid. Sokongan keluarga didefinisikan sebagai persepsi anak mengenai betapa baik ibu bapa mendorong anak-anak bagi pemilihan dan penglibatan aktiviti (Anderson, Funk, Elliott & Hull Smith, 2003).Tetapi definisi yang sering dirujuk adalah bantuan yang diberikan kepada anak-anak untuk meredakan tekanan mental dan rasa tidak bahagia. Hal ini kerana bantuan keluargaadalah salah satu cara di mana ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka (Prafulla Kumar Das & Sangita Patnaik, 2007). Sokongan keluarga merupakan salah satu jalan untuk merapatkan hubungan di antara anak-anak dengan ibu bapa secara fizikal dan psikologi. Oleh itu, ia juga mungkin melibatkan pengawalan ibu bapa terhadap anak-anak yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan tingkah laku atau perkembangan sosial dan intelektual (Das & Patnaik, 2007). Untuk menyokong penyertaan anak-anak mereka serta memenuhi harapan mereka sendiri, ibu bapa akan memikul tanggungjawab untuk memberikan
1
motivasi secara berterusan, membuat penilaian dan memberi dorongan kepada anak-anak mereka (Stein, Raedeke & Glenn, 1999; Woolger, 1993). Minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan (Syarifah Alawiyah, 1983).Tumpuan terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan mengambil berat terhadapnya. Witherington (1986) berpendapat bahawa minat adalah kesedaran individu pada sesuatu, seseorang, sesuatu soal atau situasi yang bersangkut paut dengan dirinya. Kalau tidak ada kesedaran individu pada sesuatu objek, maka minat tidak akan ada pada objek tersebut.Walgito (1983) menyatakan bahawa minat merupakan suatu keadaan di mana seseorang mempunyai perhatian yang lebih cenderung terhadap suatu objek dan penglibatan lebih aktif berbanding dengan objek yang lain. Menurut Laiton (dalam Hansen, 1984), minat didefinisikan sebagai kesukaan atau ketidaksukaan terhadap sesuatu hal. Dengan kata lain, minat tersebut dapat dilihat berdasarkan adanya perbezaan rasa suka terhadap sesuatu hal, pekerjaan, tugas atau kegiatan. Menurut Effendi (1985), minat adalah kecenderungan yang timbul apabila individu tertarik kepada sesuatu kerana sesuai dengan kehendak atau merasa bahawa sesuatu yang akan dipelajari bermakna bagi dirinya. Kemahiran generik atau sekarang ini lebih popular dikenali sebagai kemahiran insaniah, merupakan satu set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan pembentukan insan supaya seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu kemahiran insaniah dapat dihuraikan sebagai kemahiran yang ada pada diri seseorang secara semula jadi atau dilatih seperti kemahiran interpersonal, komunikasi, menyelesaikan masalah, menggunakan idea dan teknik matematik dan lain-lain lagi. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang kemahiran insaniah tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. 1.1
LATAR BELAKANG MASALAH
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menyedari kepentingan kokurikulum, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menjayakan perlaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Langkah pertama yang diambil adalah mendefinisikan maksud kegiatan kokurikulum ini. Melalui Warta Kerajaan bertarikh, 28hb. Disember, 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, telah mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb. Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan N0.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.” Dengan definisi ini maka semua pihak akan mengetahui erti sebenar kegiatan kokurikulum ini. Selanjutnya kerajaan juga telah mengkategorikan semua aktiviti yang terdapat dalam kokurikulum ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei, 1998, Jilid 42.No.11 Tambahan No.41 Perundangan P.U(A)196. Berdasarkan warta ini pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut: 2
1. 2. 3. 4. 5.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; Hobi dan rekreasi; Sukan dan Permainan; Badan beruniform; atau Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Ramlan Abdul Wahab (2004), telah menggariskan lima langkah yang diambil oleh kerajaan dalam pelaksanaan dasar utama kokurikulum. 1. 2. 3. 4.
5.
Langkah yang pertama adalah menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Langkah kedua adalah untuk mewajibkan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah. Langkah ketiga dalam adalah mewajibkan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah. Langkah keempat adalah untuk merancang segala aktiviti kokurikulum dengan rapi dan mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. Langkah kelima adalah untuk melaksana aktiviti kokurikulum berprinsipkan penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid.
Di samping dasar-dasar utama, terdapat juga dasar-dasar sokongan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum dalam sistem pendidikan negara. Hal ini secara tidak langsung telah mempergiatkan kegiatan kokurikulum di sekolah serta memberi manfaat kepada murid-murid yang berminat dan teruja untuk menyertainya. Seperti memperuntukkan markah 10 peratus daripada aktiviti kokurikulum bagi kemasukan untuk program diploma dan ijazah muda di universiti awam bagi sesi akademik 2007/ 2008. 1.2
PENYATAAN MASALAH
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang telah diwajibkan kepada setiap murid di sekolah rendah dan menengah. Aktiviti kokurikulum ini dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat dasar pendidikan kebangsaan iaitu perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda. Aktiviti kokurikulum juga memberi penekanan kepada kemahiran insaniah yang dapat menyemaikan sifat-sifat dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Untuk menjayakan dasar kerajaan, pihak pentadbir sekolah haruslah memastikan penglibatan menyeluruh murid dalam aktiviti kokurikulum ini. Berdasarkan kepada kemudahan fizikal dan kepakaran tenaga pengajar, pihak pentadbir sekolah hanya akan menawarkan beberapa bidang kokurikulum di sekolah mereka. Setiap murid akan dibahagikan kepada bidang kokurikulum ini berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Hal ini mewujudkan beberapa masalah. Masalah yang amat ketara adalah pembahagian ini tidak dibuat berdasarkan kepada kemampuan dan berdasarkan minat murid- murid. Murid-murid yang berminat dalam sesuatu bidang tidak ditawarkan bidang tersebut. Sementara itu murid yang tidak berminat dalam kokurikulum dipaksa untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum ini. Hal ini akan menyebabkan pelbagai masalah dalam keberkesanan pelaksanaan aktiviti 3
kokurikulum tersebut. Mohamad Nor (1982) telah mencadangkan supaya pembahagian dalam bidang kokurikulum dibuat mengikut kemampuan dan minat murid-murid. Sehubungan itu satu kajian untuk mengenal pasti faktor minat dalam penglibatan kokurikulum sekolah adalah perlu. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid berdasarkan kepada kumpulam minat murid. Dua kumpulan murid dibentukan di dalam kajian ini iaitu Kumpulan Berminat yang terdiri daripada murid-murid yang berminat kokurikulum sekolah dan Kumpulan Tidak Berminat yang terdiri daripada murid-murid yang tidak minat langsung kokurikulum sekolah. 1.3
OBJEKTIF KAJIAN Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah: i. ii. iii. iv.
v.
1.4
Mengkaji tahap penglibatan dalam badan beruniform sekolah mengikut kumpulan minat murid. Mengkaji tahap sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah mengikut kumpulan minat murid. Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam badan beruniform sekolah terhadap kemahiran komunikasi mengikut kumpulan minat murid. Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah terhadap kemahiran kepimpinan mengikut kumpulan minat murid. Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan dalam badan beruniform sekolah terhadap kemahiran kerja berpasukan mengikut kumpulan minat murid.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan daripada kajian diharap akan dapat memberi input dan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang strategistrategi yang berkesan. Tindakan yang sewajarnya haruslah diambil oleh pihak-pihak ini untuk memastikan pembahagian bidang kokurikulum dapat dijalankan dengan sebaik yang mungkin agar kemahiran insaniah diterapkan dalam bidang kokurikulum berada pada tahap yang tinggi sejajar dengan harsat kerajaan. Di samping dapatan kaji ini akan memberi input yang berguna kepada ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam penglibatan kokurikulum sekolah. 1.5
LIMITASI KAJIAN
Kajian ini adalah tertumpu kepada sampel yang terdiri daripada 836 orang murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini memfokuskan untuk membuat analisis perbandingan dalam penglibatan dalam badan beruniform sekolah sahaja. Rasional untuk memilih badan beruniform ini adalah kerana penglibatan dalam badan beruniform sekolah diberi lebih penekanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penilaian aktiviti sepuluh peratus markah kokurikulum sekolah menengah.
4
Kajian ini juga tertumpu kepada tiga kemahiran insaniah sahaja. Kemahirankemahiran insaniah yang dikaji adalah seperti berikut: i. Kemahiran komunikasi ii. Kemahiran kepimpinan iii Kemahiran kerja berpasukan 2.0
SOROTAN LITERATUR
Goodge (1988) mentakrifkan bahawa keluarga sebagai satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Ahli-ahli sosiologi telah mendapati bahawa dengan sokongan tinggi daripada keluarga, murid-murid akan mencapai tahap prestasi yang tinggi (Seginer, 1983). Hubungan keluarga adalah sumber penting yang mempengaruhi harga diri dan kepuasan hidup bagi kanak-kanak lelaki dan juga perempuan (Barber & Lyons, 1994; Conger, Conger & Scaramella, 1997). Sokongan keluarga telah didefinisikan dengan cara yang berbeza oleh penyelidikpenyelidik. Anderson et al. (2003) telah mendefinisikan sokongan keluarga sebagai persepsi anak mengenai betapa baik ibu bapa dalam mendorong anak-anak bagi pemilihan dan penglibatan aktiviti. Tetapi definisi yang sering dirujuk adalah bantuan yang diberikan kepada anak-anak untuk meredakan tekanan mental dan rasa tidak bahagia. Hal ini kerana ia merupakan salah satu cara di mana ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka (Das & Patnaik, 2007). Namun, cara mereka melakukan hal ini bergantung kepada keadaan fizikal anak-anak dan keupayaan psikologi serta kemampuan penjagaan ibu bapa. Sokongan keluarga merupakan salah satu jalan untuk merapatkan hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa secara fizikal dan psikologi. Oleh itu, sokongan keluarga juga mungkin melibatkan pengawalan ibu bapa terhadap anak-anak yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan tingkah laku atau perkembangan sosial dan intelektual (Das & Patnaik, 2007). Untuk menyokong penyertaan anak-anak mereka serta memenuhi harapan mereka sendiri, ibu bapa akan memikul tanggungjawab untuk memberikan motivasi secara berterusan, membuat penilaian dan memberi dorongan kepada anak-anak mereka (Stein, Raedeke & Glenn, 1999; Woolger, 1993). Gaya keibubapaan juga mempengaruhi faktor sokongan kepada anak-anak. Baumrind (1971, 1991) telah mengenal pasti empat gaya keibubapaan berdasarkan dua aspek tingkah laku ibu bapa iaitu kawalan dan perasaan. Kawalan ibu bapa merujuk kepada darjah dimana ibu bapa menguruskan tingkah laku anak-anak mereka dalam aspek mengawal tatacara beberapa peraturan dan tuntutan. Perasaan ibu bapa pula merujuk kepada tahap dimana ibu bapa menerima dan memberi responsif terhadap tingkah laku anak-anak mereka berbanding dengan perasaan menolak dan tidak responsif. Apabila kedua-dua aspek tingkah laku ibu bapa ini digabungkan dengan cara yang berbeza maka wujudlah empat gaya keibubapaan yang utama iaitu autoritarian, autoritatif, permisif dan ketidaklibatan (Darling, 1999). Selain gaya keibubapaan, faktor yang amat penting dalam memberi sokongan kepada anak-anak adalah penglibatan ibu bapa bersama dengan anak-anak mereka dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ibu bapa digambarkan sebagai sejauh mana ibu bapa komited terhadap peranannya sebagai ibu bapa dalam membina perkembangan kanak-kanak secara optimum (Maccoby & Martin, 1983). Penglibatan ibu bapa boleh dijuruskan kepada aspek kognitif, tingkah laku dan motivasi pembelajaran anak-anak (Seginer & Vermulst, 2002). Penglibatan 5
ibu bapa ini sering terdiri daripada kegiatan berikut: sukarelawan di sekolah, berkomunikasi dengan guru atau kakitangan sekolah, membantu dalam kegiatan akademik di rumah, menghadiri acara-acara sekolah, mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru serta perbincangan ibu bapa dan guru. Bagi murid sekolah menengah dan tinggi, perbincangan antara ibu bapa dengan remaja tentang sekolah dan rancangan masa depan mereka juga didefinisikan sebagai penglibatan ibu bapa dalam akademik (Hill & Taylor, 2004). Menurut Hill dan Taylor (2004), terdapat dua mekanisme utama yang mempromosikan prestasi dengan penglibatan ibu bapa. Mekanisme yang pertama ialah meningkatkan modal sosial dan mekanisme yang kedua adalah kawalan sosial. Peningkatkan modal sosial merujuk pada kemahiran dan pengetahuan yang ada pada ibu bapa yang boleh membantu anak-anak mereka dalam kegiatan sekolah. Sebagai ibu bapa yang terlibat dalam membina hubungan dengan guru dan pengelola sekolah, mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat penting tentang harapan sekolah. Ibu bapa juga boleh berkongsi maklumat dan wawasan tentang dasar dan amalan sekolah dengan ibu bapa lain. Baker dan Stevenson (1986) mendapati bahawa ibu bapa yang terlibat dapat mengembangkan strategi yang lebih kompleks bekerjasama dengan sekolah untuk meningkatkan prestasi anak-anak mereka. Kawalan sosial merupakan mekanisme kedua untuk mempromosikan prestasi melalui penglibatan ibu bapa (Hill & Taylor, 2004). Kawalan sosial berlaku apabila keluarga dan sekolah bekerjasama dan bersependapat tentang tingkah laku yang boleh dikomunikasikan secara efektif kepada anak-anak di rumah dan juga di sekolah (McNeal, 1999). 3.0
METODOLOGI
Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Item-item soal selidik dibina berdasarkan kefahaman dan definisi operasional setiap variabel serta dimensi-domensinya selepas membuat sorotan literatur.Item-item yang dibina oleh penyelidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu.86. Responden kajian terdiri daripada 836 orang murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah di utara Semenanjung Malaysia. Responden dipilih menggunakan teknik pensampelan secara rawak. Data-data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 17.0. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan min dan sisihan piawai manakala statistik inferens digunakan untuk menganalisis perbezaan antara variabel untuk memenuhi objektif yang telah ditetapkan. 4.0
DAPATAN KAJIAN
Hasil analisis deskriptif kumpulan minat murid secara keseluruhan menunjukkan seramai 455 (54.4%) murid berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah dan seramai 381 (45.6%) murid tidak berminat langsung dalam aktiviti badan beruniform. Jadual 4.1 : Bilangan kumpulan minat mengikut variabel demografi Ciri-ciri Demografi Berminat f %
Kumpulan Minat Tidak Berminat f %
Lokasi Bandar Luar Bandar
240 215
52.7 47.3 6
186 195
48.8 51.2
Gender Lelaki Perempuan
223 232
49.0 51.0
188 193
49.3 50.7
Melayu Cina India Lain-lain
251 124 73 7
55.2 27.3 16.0 1.5
200 139 36 6
52.5 26.5 9.4 1.6
265 133 57
58.2 29.2 12.5
216 101 64
56.7 26.5 16.8
Ras
Pendapatan Bulanan Bawah RM 1500.00 RM 1501.00 – RM 3000.00 Melebihi RM 3000.00
Jadual 4.1 juga menunjukkan bilangan kumpulan berminat mengikut variabel demografi. Berdasarkan kepada lokasi, kumpulan murid yang berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah adalah lebih tinggi di bandar iaitu 240 (52.7%) orang berbanding dengan di luar bandar iaitu seramai 215 (47.3%) orang. Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam badan beruniform bilangan di luar bandar adalah lebih tinggi iaitu seramai 195 (51.2%) orang berbanding di bandar iaitu seramai 186 (48.8%) orang. Berdasarkan kepada gender pula, kumpulan murid perempuan yang berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah lebih tinggi iaitu 232 (51.0%) orang berbanding dengan murid lelaki iaitu seramai 223 (49.1%). Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam badan beruniform bilangan murid perempuan adalah lebih tinggi iaitu seramai 193 (50.7%) orang berbanding dengan murid lelaki seramai 188 (49.3%) orang. Berdasarkan kepada ras, murid Melayu yang mendahului murid Cina, India dan lainlain ras dalam kedua-dua kumpulan. Dalam kumpulam murid berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah murid Melayu adalah seramai 251 (55.2 peratus) orang di ikuti murid Cina seramai 124 (27.3 peratus) orang, murid India 73 (16.0 peratus) orang dan lain-lain 7 (1.5 peratus) orang. Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam badan beruniform bilangan murid Melayu adalah seramai 200 (52.5 peratus) orang di ikuti murid Cina seramai 139 (36.5.3 peratus) orang, murid India 73 (9.4 peratus) orang dan lain-lain 6 (1.6 peratus) orang. Akhir sekali berdasarkan pendapatan bulanan keluarga, dalam kumpulam murid berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah dan mereka dapat menganggotai dalam badan beruniform yang mereka minati, murid berpendapatan keluarga bawah RM 1500.00 sebulan adalah seramai 265 (58.2 peratus) orang dikuti murid berpendapatan keluarga dari RM 1500.00 hingga RM 3 000.00 sebulan adalah seramai 133 (29.2 peratus) orang dan murid berpendapatan keluarga atas RM 3 000.00 sebulan adalah seramai 57 (12.5 peratus) orang. Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam badan beruniform bilangan murid yang berpendapatan bawah RM 1500.00 sebulan adalah seramai 216 (56.7 peratus) orang dikuti murid yang berpendapatan keluarga dari RM 1500.00 hingga RM 3 000.00 sebulan seramai 101 (26.5 peratus) orang dan murid yang berpendapatan keluarga atas RM 3 000.00 sebulan adalah seramai 64 (16.8 peratus) orang.
7
4.1
Tahap Penglibatan Dalam Badan Beruniform Sekolah
Secara keseluruhan dalam kajian ini telah menggunakan skala Likert lima mata. Menurut Leithwood, Jantzi dan Steinback (1999), penetapan tahap skala 1 hingga 5 adalah seperti berikut: iaitu jika skor min di antara "1.00 hingga 1.80" dikategorikan sebagai tahap sangat rendah; skor min "1.81 hingga 2.60" dikategorikan sebagai tahap rendah; skor min "2.61 hingga 3.40" dikategorikan tahap sederhana; skor min "3.41 hingga 4.20" dikategorikan sebagai tahap tinggi dan skor min "4.21 hingga 5.00" dikategorikan sebagai tahap sangat tinggi. Jadual 4.2 menunjukkan min penglibatan mengikut kumpulan minat murid. Variabel penglibatan, min Kumpulan Berminat adalah lebih tinggi jika dibandingakan dengan min Kumpulan Tidak Berminat. Min variabel penglibatan bagi Kumpulan Berminat adalah 2.97 berbanding Kumpulan Tidak Berminat iaitu sebanyak 2.05. Berdasarkan kepada min variabel penglibatan, Kumpulan Berminat berada pada tahap yang sederhana, sementara itu Kumpulan Tidak Berminat berada pada tahap yang rendah. Jadual 4.2 : Min variabel penglibatan mengikut kumpulan minat Variabel
Penglibatan 4.2
Kumpulan Minat Berminat Tidak Berminat M SD M SD 2.97 0.77 2.05 0.66
Tahap Sokongan Keluarga Dalam Penglibatan Badan Beruniform Sekolah Mengikut Kumpulan Minat Murid
Jadual 4.3 menunjukkan min sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah mengikut kumpulan minat murid. Variabel sokongan keluarga, min Kumpulan Berminat adalah lebih tinggi jika dibandingakan dengan min Kumpulan Tidak Berminat. Min variabel penglibatan bagi Kumpulan Berminat adalah 3.57 berbanding Kumpulan Tidak Berminat iaitu sebanyak 3.00. Berdasarkan kepada min variabel sokongan keluarga, Kumpulan Berminat berada pada tahap yang tinggi sementara Kumpulan Tidak Berminat berada pada tahap yang sederhana. Jadual 4.3 : Min variabel sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah mengikut kumpulan minat Variabel
Sokongan Keluarga
Kumpulan Minat Berminat Tidak Berminat M SD M SD 3.57 0.67 3.00 0.68
4.3 Pengaruh Sokongan Keluarga Dalam Penglibatan Badan Beruniform Sekolah Terhadap Kemahiran Komunikasi Dalam kajian ini, sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah dikaji berdasarkan kepada dua kumpulan minat. Jadual 4.4 menunjukkan bahawa varibel kemahiran komunikasi telah menyumbangkan 21 peratus kepada Kumpulan Berminat dan juga Kumpulan Tidak Berminat, perubahan varians dalam sokongan keluarga. Sementara itu 8
dapatan juga menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga terhadap Kumpulan Berminat (ß = .38; p = .001) dan Kumpulan Tidak Berminat (ß=.31; p=.001) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kemahiran komunikasi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga (ß = .38) dalam Kumpulan Berminat telah muncul sebagai peramal yang terbaik terhadap kemahiran komunikasi. Keputusan ini menjelaskan bahawa kedua-dua kumpulan minat mempunyai pengaruh terhadap kemahiran komunikasi. Jadual 4. 4: Dapatan nilai regresi ßeta yang standard (ß) untuk dimensi sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah terhadap kemahiran komunikasi. Kumpulan Minat Berminat Tidak Berminat ß ß Variabel Kawalan Lokasia Genderb Rasc Pendapatand Variabel Peramal Dimensi Sokongan Keluarga Nilai R Nilai R2 Nilai R2 Terselaras Nilai F
.10 .04 -.04* .03
02 -.09 -.07 -.02
.38* .44 .21 .20 19.87*
.31* .46 .21 .20 16.79
Nota: Dummy coded: a Luar Bandar = 0, Bandar = 1, b Perempuan = 0, Lelaki = 1, c Bukan Melayu = 0, Melayu = 1, d Atas RM1500 = 0, Bawah RM1500 = 1 *p