PENGENALAN Sinopsis Permulaan 1.1 Memulakan Sistem

190 downloads 1543 Views 521KB Size Report
Sinopsis. Manual pengguna bahagian IV ini merupakan satu manual khas untuk penggunaan wakil syarikat ... Berikut adalah contoh paparan Laman Utama.
PENGENALAN Sinopsis Manual pengguna bahagian IV ini merupakan satu manual khas untuk penggunaan wakil syarikat perkapalan yang akan menguruskan mengenai perjanjian anak kapal. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Manual ini mengandungi: Gambaran Keseluruhan

Memperkenalkan elemen-eleman utama yang terdapat dalam sistem dan juga menerangkan fungsi-fungsi bagi setiap elemen. Selain itu, penerangan untuk setiap bahagian dalam sistem berserta dengan cara-cara untuk menggunakan sistem akan diterangkan.

Manual ini mengandungi arahan dan panduan yang berguna bagi membantu pengguna sistem menggunakan Sistem Dokumen Pelaut dengan lebih baik. Manual ini juga memberikan panduan cara menjalankan aplikasi dengan mudah dan berkesan.

Permulaan 1.1

Memulakan Sistem Wakil syarikat perkapalan yang telah membeli nombor PIN dari Jabatan Laut Malaysia boleh mendaftar masuk ke dalam sistem dengan menaip < http://marine45.marine.gov.my/public > dalam panel alamat Internet Explorer untuk melayari laman web Sistem Dokumen Pelaut (sdpx) Jabatan Laut Malaysia (JLM).

1

Paparan bagi alamat laman di atas adalah seperti berikut.

Wakil syarikat perkapalan perlu memilih pejabat pelabuhan di mana perjanjian anak kapal tersebut akan diproses. Senarai pejabat pelabuhan adalah seperti berikut:

Untuk paparan untuk pejabat pelabuhan yang lain, pengguna boleh skrol ke bawah untuk membuat pilihan pejabat pelabuhan. 2

Setelah itu, klik butang “Perjanjian”.

Paparan berikut akan dipaparkan.

Klik “Daftar Masuk” untuk memulakan perjanjian anak kapal. Paparan untuk Laman Utama sistem akan dipaparkan. Berikut adalah contoh paparan Laman Utama.

3

1.2

Keluar Sistem Klik butang yang berada di penjuru atas sebelah kanan tetingkap untuk keluar dari sistem bahagian perjanjian anak kapal. Selain itu, pengguna juga boleh klik pada pautan “Logout” dari “Menu” untuk keluar dari sistem ini

4

GAMBARAN KESELURUHAN Secara keseluruhannya, untuk laman bahagian IV ini iaitu untuk kegunaan wakil syarikat perkapalan terdapat tiga elemen utama iaitu: Menu

Info

Mengandungi senarai pendaftaran yang boleh dilakukan seperti pendaftaran pelaut, peperiksaan kekompetenan, perakuan sijil-sijil, sijil keanggotaan dan juga pertanyaan untuk maklumat peribadi pelaut, semakan permohonan serta pengamal perubatan yang berdaftar dengan jabatan laut. Paparan maklumat pengguna yang sedang menggunakan sistem.

Paparan Utama

Memaparkan laman berdasarkan kepada pilihan menu dengan lebih lanjut

Menu Paparan “Menu” untuk perjanjian anak kapal adalah seperti berikut.

Penerangan yang lebih lanjut mengenai elemen yang terdapat dalam “Menu” akan diterangkan dalam bahagian seterusnya.

Crew Agreement Langkah-langkah Melihat dan Mengemaskini Perjanjian Anak Kapal: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Crew Agreement” untuk paparan Perjanjian Anak Kapal.

5

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut

6

3. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

4. Klik butang “Kemaskini Perjanjian Anak Kapal” untuk menyimpan semua maklumat yang telah dimasukkan.

5. Manakala klik butang “Pembukaan Perjanjian Anak Kapal” untuk memulakan sesuatu perjanjian anak kapal yang baru. 6. Kotak pertanyaan untuk mengesahkan tindakan akan dipaparkan seperti berikut

7. Klik butang “OK” untuk mengesahkan proses dan klik butang “Cancel” untuk membatalkan proses tersebut

7

8. Paparan berikut akan dipaparkan

9. Seterusnya, Klik butang 1 sehingga 11 bagi mencetak butiran-butiran perjanjian anak kapal pada bahagian Maklumat Perjanjian.

8

Crew list Langkah-langkah Mendaftarkan Sign On Anak Kapal untuk Perjanjian Anak Kapal: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Crew List” untuk paparan Mendaftarkan anak kapal ke dalam perjanjian tersebut.

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut -

Bahagian Dek

9

-

Bahagian Enjin

-

Bahagian Lain-lain

3. Keperluan untuk gred bagi perjanjian anak kapal ini adalah berdasarkan kepada sijil keanggaotaan selamat yang dimiliko oleh kapal ini mengikut had pelayaran yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia. 4. Masukkan anak kapal mengikut gred dan bilangan yang tertera.

10

5. Sekiranya senarai anak kapal dalam keadaan terkunci (apabila butang Unlock muncul), klik butang Unlock.

6. Klik butang Add Crew pada bahagian kapal yang diperlukan bagi memohon sign-on anak kapal.

7. Masukkan nombor pelaut dan klik butang Next

8. Masukkan butiran anak kapal yang dipohon seperti yang tertera di laman web ini. Medan yang bertanda asterik yang berwarna merah (*) adalah wajib dimasukkan. 9. Klik butang Add Sign-on Request

11

10. Ulangi langkah 6 hingga 8 bagi memenuhi keperluan sijil keanggotaan selamat kapal. 11. Sekiranya keperluan sijil keanggotaan selamat kapal telah dipenuhi, butang Submit akan muncul. 12. Klik butang Submit bagi menghantar permohonan sign-on ke pejabat pelabuhan yang berkaitan.

Proses seterusnya Langkah-langkah Sign off Anak Kapal dari Perjanjian Anak Kapal: 13. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Crew List” untuk paparan sign off anak kapal ke dalam perjanjian tersebut.

14. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti paparan atas pada bahagian sign on. Klik butang “Unlock”.

12

13

15. Klik pada rekod pelaut berstatus SIGNON.

16. Kemaskini butiran sign-on yang dipohon seperti yang tertera di laman web ini. Medan yang bertanda asterik yang berwarna merah (*) adalah wajib dimasukkan. 17. Klik butang “Sign Off”

18. Ulangi langkah 6 hingga 8 sekiranya terdapat anak kapal yang ingin sign-off. 19. Klik butang Lock bagi tujuan cetakan (sekiranya senarai anak kapal memenuhi kehendak sijil keanggotaan selamat). Langkah-langkah Mencetak dokumen sign-on / sign-off: 1. Pilih menu Senarai Anak Kapal di sebelah kiri laman web.

14

2. Sekiranya senarai anak kapal dalam keadaan tidak terkunci (apabila butang Lock muncul), klik butang Lock.

3. Untuk cetak dokumen sign-on, klik pada gambar pencetak pada baris rekod yang berstatus SIGNON.

4. Untuk cetak dokumen sign-off, klik pada gambar pencetak pada baris rekod yang berstatus SIGNOFF.

IMO Crew List Langkah-langkah Mencetak Senarai Anak Kapal IMO: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Cetak Senarai Anak Kapal IMO” untuk paparan Senarai Anak Kapal IMO.

15

10. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut

11. Senarai Anak Kapal IMO boleh dihasilkan berdasarkan kepada pilihan seperti jadual di bawah 1.1

SENARAI ANAK KAPAL IMO UNTUK KETIBAAN 999999 2200008 Ketibaan Negara: ALBANIA Pelabuhan: ELBASAN Tarikh ketibaan: 25/03/2009 Pelabuhan ketibaan dari: Negara: AUSTRALIA Pelabuhan: ALBANY Catatan: No. Siri Buku, Pelabuhan ketibaan – Negara & Pelabuhan dan Pelabuhan ketibaan dari – Negara & Pelabuhan boleh dipilih. Tarikh ketibaan boleh dimasukkan mengikut kehendak anda. No. Rasmi No. Siri Buku: Ketibaan/Berlepas Pelabuhan ketibaan:

1.2 No. Rasmi No. Siri Buku: Ketibaan/Berlepas Pelabuhan berlepas:

SENARAI ANAK KAPAL IMO UNTUK BERLEPAS 999999 2200008 Berlepas Negara:

16

ALBANIA Pelabuhan: ELBASAN Tarikh berlepas: 25/03/2009 Pelabuhan ketibaan dari: Negara: AUSTRALIA Pelabuhan: ALBANY Catatan: No. Siri Buku, Pelabuhan berlepas – Negara & Pelabuhan dan Pelabuhan ketibaan dari – Negara & Pelabuhan boleh dipilih. Tarikh berlepas boleh dimasukkan mengikut kehendak anda.

12. Setelah selesai membuat pilihan yang diperlukan di dalam laporan yang ingin dihasilkan, klik pada butang “Muat Turun”. Paparan berikut akan dipaparkan.

13. Klik pada butang “Open” untuk melihat laporan yang dihasilkan. Manakala klik butang “Save” untuk menyimpan laporan. Selain itu, klik butang “cancel” untuk membatalkan tindakan. 14. Paparan laporan adalah seperti berikut.

17

18

Logout Klik butang yang berada di penjuru atas sebelah kanan tetingkap untuk keluar dari sistem bahagian perjanjian anak kapal. Selain itu, pengguna juga boleh klik pada pautan “Logout” dari “Menu” untuk keluar dari sistem ini

Info Elemen seterusnya adalah Info. Ia suatu bahagian yang memberi maklumat kepada pengguna mengenai akaun yang sedang digunakan adalah akaun untuk perjanjian anak kapal bagi sesuatu kapal yang tertera. Contohnya seperti paparan di bawah. Akaun tersebut adalah untuk perjanjian anak kapal bagi kapal STARLITE GLORY 1 .

19

Bahagian utama paparan Semua paparan lengkap untuk sebarang maklumat perjanjian anak kapal akan dipaparkan dalam ruang yang dinamakan paparan utama. Berikut adalah contoh maklumat yang dipaparkan dalam bahagian paparan utama.

20