peratusan dan nilai min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai penguasaan amalan keselamatan bengkel pada tahap yang tinggi.
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR KURSUS ELEKTRIK DI SALAH SEBUAH KOLEJ KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR.
NORIZZAIDAH BINTI ABU BAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR KURSUS ELEKTRIK DI SALAH SEBUAH KOLEJ KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR
NORIZZAIDAH BINTI ABU BAKAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang.. Abu Bakar bin Md. Shah dan Normah binti Roslan Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.
Buat Penyelia Yang Dikagumi.. Dr Mohd Khata bin Jabor Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Adik-Adikku Yang Dikasihi… Mohd Izzuan, Mohd Izli, Norizfika dan Mohd Izzaidi Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi.. Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi… Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr mohd khatta bin jabor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Sumber Fakulti Pendidikan dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada penyelidik.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T. Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Sekian Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus elektrik di Kolej Komuniti Kuala Langat. Terdapat 4 persoalan yang dikaji iaitu pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan, pengetahuan pelajar mengenai penggunaan alatan tangan dan mesin, pengetahuan pelajar mengenai penyenggaraan alatan tangan dan mesin dan tahap pelajar dalam mempraktikkan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali. Seramai 100 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Responden terdiri daripada pelajar lelaki tahun 1 dan 2 yang mengambil kursus elektrik. Kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada bahagian A dan B. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package of Sosial Science” (SPSS version 16.0). Nilai alpha cronbach yang diperolehi dalam kajian ini ialah α = 0.825. Hasil kajian ini digambarkan menerusi jadual-jadual yang mengandungi kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai penguasaan amalan keselamatan bengkel pada tahap yang tinggi. Ini berdasarkan nilai min keseluruhan iaitu 3.74. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABTRACT
The aim of this study is to determine the mastery of workshop safety practices among students in electrical courses at Kolej Komuniti Kuala Langat. There are four questions that examined about student’s knowledge of safety practices, student’s knowledge about the usage of hand tools and machine, student’s knowledge about the maintenance of hand tools and machine and levels of students in the practice of workshop safety when doing practical work. A total of 100 students selected as study samples. Respondents were selected among male students in electrical courses. This descriptive study carried out by using a set of questionnaires as a research instrument is divided into parts A and B. The data obtained were analyzed using the software Statistical Package of Social Science (SPSS version 16.0). Cronbach alpha values obtained in this study is α = 0.825. The results of this study are illustrated by tables containing frequency, percentage and the mean value. Results from this study show that students have a mastery of workshop safety practices at the highest level. This is based on the overall mean value of 3.74. The study concludes with some suggestions from the researchers who presented to the relevant parties. Further research is also intended for research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB
1
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
x
SENARAI RAJAH
xi
SENARAI SINGKATAN
xii
SENARAI SIMBOL
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
3
1.3
Penyataan Masalah
5
1.4
Objektif Kajian
5
1.5
Persoalan Kajian
6
1.6
Kepentingan Kajian
7
1.7
Skop Kajian
8
1.8
Batasan Kajian
8
1.9
Definisi Istilah
viii
1.10
2
3
4
1.9.1 Tahap Penguasaan
9
1.9.2 Amalan Keselamatan
9
1.9.3 Bengkel
9
1.9.4 Kerja Amali
10
1.9.5 Peraturan Bengkel
10
1.9.6 Alatan
11
1.9.7 Penyelenggaraan
11
Penutup
11
SOROTAN KAJIAN 2.1
Pengenalan
13
2.2
Bengkel Elektrik
14
2.3
Keselamatan Bengkel
15
2.4
Amalan Keselamatan
17
2.5
Pengetahuan Dan Kemahiran
18
2.6
Penyenggaraan
2.7
Penggunaan Alatan Tangan Dan Mesin
21
2.8
Maklumat Kolej Komuniti
23
2.9
Kursus Elektrik
26
2.10
Penutup
27
19
METODOLOGI KAJIAN 3.1
Pengenalan
28
3.2
Reka Bentuk Kajian
28
3.3
Persampelan Kajian
29
3.4
Instrumen Kajian
30
3.5
Kesahan
31
3.6
Kajian Rintis
32
3.7
Prosedur Kajian
33
3.8
Analisis Data
35
3.9
Penutup
37
ANALISIS DATA 4.1
Pengenalan
38
ix 4.2
Penganalisaan Data
4.3
Analisis Bahagian A
38
4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
40
4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur
40
4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa
41
4.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian 41 4.4
5
Analisis Bahagian B 4.4.1 Persoalan Kajian 1
42
4.4.2 Persoalan Kajian 2
47
4.4.3 Persoalan Kajian 3
51
4.4.4 Persoalan Kajian 4
56
4.5
Rumusan
60
4.6
Penutup
60
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1
Pengenalan
5.2
Perbincangan 5.2.1 Bahagian A: Maklumat Diri Responden
62
63
5.2.2 Bahagian B 5.2.2.1 Persoalan Kajian 1 5.2.2.2 Persoalan Kajian 2
65 67
5.2.2.3 Persoalan Kajian 3
69
5.2.2.4 Persoalan Kajian 4
71
5.3
Rumusan
5.4
Cadangan
73
5.4.1 Pihak Kolej Komuniti
74
5.4.2 Pihak Pensyarah
75
5.4.3 Pihak Pelajar
76
5.5
Cadangan Kajian Lanjutan
76
5.6
Penutup
78
RUJUKAN
79
LAMPIRAN
85
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
3.1
Skala Nilai Min
4.1
Maklum Balas dan Skor Skala Likert Terhadap Item
HALAMAN
(Bahagian B (i)) 4.2
39
Maklum Balas dan Skor Skala Likert Terhadap Item (Bahagian B (ii), (iii) dan (iv))
4.3
36
39
Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Jantina
40
4.4
Taburan Bilangan dan Peratusan Umur
40
4.5
Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa
41
4.6
Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Tahun Pengajian
4.7
Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Pengetahuan Pelajar Mengenai Keselamatan Bengkel
4.8
46
Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengetahuan Pelajar Mengenai Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin
4.9
41
50
Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Pengetahuan Pelajar Tentang Penjagaan dan Penyelenggaraan Peralatan Tangan dan Mesin
4.10
55
Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Pelajar Dalam Mempraktikkan Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Melakukan Kerja-Kerja Amali
59
4.11
Purata Nilai Min Mengikut Persoalan Kajian
60
5.1
Purata Nilai Min Mengikut Persoalan Kajian
66
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
3.1
TAJUK
Rangka Kerja Kajian
HALAMAN
34
xii
SENARAI SINGKATAN
5S
-
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal
AUTOCAD
-
Lukisan Berbantu Komputer
Bil
-
Bilangan
IEE
-
Institution of Electrical Engineers
IPT
-
Institut Pengajian Tinggi
JS
-
Jarang Sekali
K
-
Kerap
KS
-
Kurang Setuju
OSHA
-
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PERKESO
-
Pertubuhan Keselamatan Sosial
S
-
Setuju
SK
-
Sangat Kerap
SPH
-
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS
-
Statical Package for The Social Sciences
SS
-
Sangat Setuju
SS
-
Sekali Sekala
STS
-
Sangat Tidak Setuju
TP
-
Tidak Pernah
TS
-
Tidak Setuju
UTM
-
Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI SIMBOL
%
-
Peratus
α
-
Alpha Cronbach
f
-
Kekerapan
V
-
Voltan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Borang Soal Selidik
84
B
Surat Pengesahan Kolej Komuniti
90
C
Surat Pengesahan Pelajar
92
D
Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
93
E
Surat Pengesahan Soal Selidik
94
F
Jadual Krejcie R.V and Morgan D.W
96
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Keselamatan amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan terutamanya di dalam bengkel. Ini kerana di bengkel terdapat pelbagai alatan dan mesin yang berbahaya. Oleh itu, apabila berada di dalam bengkel perlulah menjaga keselamatan dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan serta mengikut arahan guru atau pensyarah. Pendidikan keselamatan ini perlu ditekankan sebagai salah satu bahagian yang penting dalam pendidikan di sekolah ataupun IPT. Dengan adanya pendidikan tersebut, ia dapat memberi pelajar sedikit pengetahuan dan boleh diaplikasikan di rumah dalam melakukan kerja-kerja yang merbahaya. Isu keselamatan merupakan perkara utama yang dititik beratkan oleh mana-mana pihak pengurusan syarikat atau jabatan pentadbiran. (Kamisah Husin, 2011)
Bagi mengurangkan serta meminimakan risiko kemalangan di bengkel atau ditempat kerja akta keselamatan telah ditubuhkan. Penubuhan akta ini adalah untuk menjamin cara kerja dan juga persekitaran kerja yang selamat kepada para pekerja. Antara akta yang telah ditubuhkan ialah Akta Kilang dan Jentera 1967 yang bertujuan untuk melindungi pekerja daripada bahaya dalam kerja-kerja industri. Ini
2 termasuklah penyakit pekerjaan dan meletakkan piawai minimum persekitaran kerja yang diperlukan untuk keselamatan dan kesihatan. Akta lain yang telah ditubuhkan ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan banyak lagi. Kesemua akta yang dibuat adalah untuk mencegah kemalangan daripada berlaku.
Di dalam pendidikan kejuruteraan seperti elektrik, pelajar dikehendaki menggunakan pelbagai mesin, alatan, perkakas dan bahan di dalam ujikaji makmal ataupun amali bengkel. Para pelajar perlu mengetahui bagaimana menggunakan alatan dan mesin dengan selamat. Setelah tamat pengajian para pelajar akan menyelia pekerja dan mengajar bagaimana menggunakannya serta mempraktikkan peraturan keselamatan di dalam bengkel. Dengan itu, pelajar kejuruteraan ini mesti dididik dan dilatih supaya melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup tentang keselamatan bengkel dan peraturan bengkel bagi memperolehi kebiasaan dan sikap mementingkan keselamatan.
'' Setiap orang harus sedar dan peka dengan bahaya di tempat kerja, bukan hanya di makmal bahkan di dewan kuliah dan setiap tempat kerja di kampus. Kesedaran ini penting agar mereka tahu apa yang dilakukan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja "
(Packiry Mageswary, 2011)
Implikasi dari perkembangan industri yang semakin meningkat maju. Negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai amalan keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin. Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta orang
awam.
Justeru,
Pendidikan
Teknik
dan
Vokasional
di
Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan
3 vokasional bertujuan melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Pada tahun 1970, Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undang-undang dan akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagai ‘Occupational Safety and Health’ atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau industri. Di Malaysia akta keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial telah ditubuhkan pada tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk melaksanakan, mentadbir dan menguatkuasakan akta keselamatan sosial pekerja dan peraturan-peraturan keselamatan sosial pekerja. (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994)
1.2
Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1994 sebuah undang-undang telah di gubal iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA). Akta ini menyediakan rangka kerja perundangan untuk memajukan, merangsang dan menggalakkan piawaian yang tinggi bagi keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Ia juga sebagai alat yang lebih praktikal ke atas perundangan keselamatan dan kesihatan yang sedia ada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Tujuan utama akta ini adalah bagi mempertingkatkan kesedaran dan memupuk budaya keselamatan dan kesihatan di kalangan semua pekerja di Malaysia.
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap tenaga pengajar dan pelajar yang melaksanakan kerja-kerja amali di dalam bengkel terlindung di bawah akta ini. Ini adalah penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar serta tenaga pengajar terjamin.
4 Budaya kerja selamat mampu diamalkan oleh setiap individu sekiranya dipupuk ketika individu berada di institusi pengajian lagi sebelum mereka memasuki alam pekerjaan. Seharusnya menjadi tanggungjawab tenaga pengajar untuk mendedahkan dengan lebih lanjut bahaya kerja sewaktu aktiviti amali berjalan serta akta yang harus dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta dapat memelihara hak setiap individu dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Dalam melahirkan pekerja yang mempunyai amalan kerja yang sihat serta selamat, pendidikan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar supaya ilmu yang dipelajari akan dapat diserap dan menjadi amalan mereka pada setiap masa pada masa akan datang. Oleh sebab itu, amalan keselamatan di bengkel amat wajar dan perlu untuk dikaji di tempat yang melahirkan tenaga kerja kepada industri. Dengan ini kita akan dapat melihat kesinambungan pelajaran yang diterapkan dengan keadaan di industri.
Dengan itu, peraturan dan keselamatan bengkel elektrik perlu di pandang serius oleh semua pihak. Tanpa berbuat demikian, ia akan mendatangkan risiko yang merbahaya kepada diri pelajar dan juga pihak lain yang berdekatan. Ini kerana kelas amali berrbeza dengan kelas teori, yang hanya berinteraksi dengan guru. Manakala kelas amali, pelajar akan berrinteraksi dengan alatan-alatan dan mesin-msin merbahaya.
Ruang bengkel yang kemas, selesa, tersusun dan kelengkapan yang cukup amat penting bagi memastikan amali dilakukan di dalam bengkel berjalan dengan lancar. Pelajar juga perlu membuat persediaan awal supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih baik dan kefahaman sepenuhnya. Ia juga dapat memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas dan di dalam bengkel amali berjalan dengan baik.
5 1.3
Pernyataan Masalah
Pada masa kini, terdapat pelbagai kemalangan yang berlaku di dalam dan diluar bengkel. Amalan-amalan keselamatan amat penting untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Para pelajar perlu mempunyai kesedaran terhadap keselamatan supaya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka. Kesedaran yang tinggi perlu dipupuk sejak bangku sekolah untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan.
Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, kesedaran terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu kesedaran yang tinggi yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan pelajar dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan.
Kajian ini meninjau keberkesanan perlaksanaan amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali. Memandangkan betapa pentingya amalan keselamatan dalam menghasilkan pekerja yang mahir maka perlulah di buat kajian pada peringkat institut bagi mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang amalan keselamatan semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel.
1.4
Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk meninjau penguasaan amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus elektrik di Kolej Komuniti Kuala Langat. Bagi mengenalpasti tujuan di atas, beberapa objektif telah dikenalpasti iaitu :
6 1.4.1 Mengenalpasti pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan
1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pelajar mengenai penggunaan alatan tangan dan mesin
1.4.3 Mengenalpasti pengetahuan pelajar tentang penyenggaraan alatan tangan dan mesin
1.4.4 Mengenalpasti tahap pelajar dalam mempraktikkan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali
1.5
Persoalan Kajian
Antara persoalan-persoalan kajian yang timbul dalam kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan?
1.5.2 Apakah pengetahuan pelajar mengenai penggunaan alatan tangan dan mesin?
1.5.3 Apakah pengetahuan pelajar tentang penyenggaraan alatan tangan dan mesin?
1.5.4 Apakah tahap pelajar dalam mempraktikkan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali?