Peranan dan Sumbangan DBP dalam Melestari Manuskrip Melayu

128 downloads 13377 Views 954KB Size Report
17 Nov 2014 ... memperluaskan dunia kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu merentas .... Kita juga harus mempertahankan ciri-ciri teks yang asal.
‫ڤرسيدڠن ترتوتوڤ‬ ‫ڤڠاركيبن ديݢيتل‬ Pembicara Puan Kamariah binti Abu Samah dan Puan Hajah Wahyunah binti Abd. Ghani Dewan Bahasa dan Pustaka

Peranan dan Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dalam Melestari Manuskrip Melayu

Tarikh 17 November 2014 (Isnin) Masa 9.00 pagi Tempat Dewan Kuliah, Aras 4 Blok Podium, Dewan Bahasa dan Pustaka

Anjuran

Dengan Kerjasama

PERANAN DAN SUMBANGAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MELESTARI MANUSKRIP MELAYU OLEH PUAN KAMARIAH BINTI ABU SAMAH, PUSAT DOKUMENTASI MELAYU PUAN HAJAH WAHYUNAH AB. GANI, BAHAGIAN PENYELIDIKAN SASTERA Tradisi penyebaran dan pengembangan ilmu dalam masyarakat Melayu menerusi naskhah dan manuskrip Melayu telah ditemui berabad-abad lamanya. Tradisi penyalinan manuskrip dan penyebaran ilmu persuratan Melayu berkembang pesat pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan di pusat-pusat kerajaan Melayu nusantara dalam kemuncak perkembangan Islam. Penyebaran dan pengembangan terus digiatkan melalui percetakan khususnya percetakan cap batu jawi (litograf) dalam abad ke-19 dan percetakan moden. Warisan pengetahuan bangsa dibongkar oleh para pengkaji sarjana barat dan nusantara pada akhir abad ke-18 melalui himpunan khazanah yang tersimpan di perpustakaan, muzium dan pusat pengajian dalam dan luar negara. Pesan Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin1 meninggalkan makna tentang kewajipan generasi untuk terus mengembangkan ilmu dan penghayatan isi kandungan yang tersimpan dalam khazanah naskhah Melayu agar dapat disampaikan kepada masyarakat. ...”barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh semua anak cucu

kita yang kemudian daripada kita, .... Dan adalah beroleh faedah daripadanya.”... Beralih kepada suasana masa kini, tugas menyebar dan menyampaikan ilmu warisan manuskrip Melayu berkembang menerusi kegiatan pengumpulan, penyelidikan, penerbitan, promosi, pembacaan, transliterasi, penyiaran media massa sesuai dengan kemudahan dan teknologi yang ada, dan diterajui oleh pelbagai organisasi dari pusat penyelidikan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan, badan bukan kerajaan, perpustakaan, muzium, dan galeri agar dapat mendidik, menyubur wacana dan minda masyarakat.

1

Petikan pesanan Tun Seri Lanang dalam buku A. Samad Ahmad. Sulalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013 1

Selaras dengan pemupukan dasar kerajaan yang meliputi Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), peranan dan sumbangan pelbagai pihak terlaksana dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti bangsa dan negara. Ini termasuklah usaha kementerian dan agensi, badan-badan berkanun, sektor swasta malah pertubuhanpertubuhan yang berkaitan untuk melaksanakan usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya menjadi penting dalam usaha pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan pembinaan jati diri bangsa Malaysia di pelbagai peringkat. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)2 telah diperuntukkan bagi menggariskan prinsip untuk melindungi, memulihara dan melestari warisan dan budaya yang sesuai dengan situasi masa kini, di mana manuskrip tergolong di bawah warisan kebudayaan ketara ditakrif sebagai objek sejarah yang “padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisonal, artistik atau bersejarah”. Dasar dan akta yang diperuntukkan menunjangi peranan dan usaha perpustakaan, pusat dokumentasi, muzium dan galeri di Malaysia dalam mengangkat khazanah warisan intelektual Melayu kepada pengetahuan masyarakat dan dunia.

2. Penyelidikan, penelitian merentas ranah ilmu. Selain fakulti dan jabatan berkaitan bidang sastera dan sains sosial, penubuhan pusat pengajian tamadun dan peradaban Melayu di institusi pengajian tinggi di Malaysia kini merancakkan dan memperluaskan dunia kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu merentas pelbagai ranah ilmu selain sejarah dan filologi, meliputi adab ketatanegaraan, ilmu watan (indigenous knowledge), perubatan tradisional, pengurusan, budaya, sains dan teknologi serta pelbagai lagi membawa suatu pandangan dunia (world view) terhadap korpus pengetahuan dan kearifan bangsa. Secara umumnya, kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu di pusat akademik dikuasai oleh kumpulan tertentu seperti ahli filologi, pengkaji, sarjana dan para mahasiswa dengan kemahiran khusus seperti filologi, kodikologi, transliterasi, tahqiq dan sebagainya.

2

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia di bawah kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968 secara usahasama dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006 2

Antara institusi dan pusat pengajian yang menjadi pemain penting mengangkat wahana warisan persuratan Melayu adalah; UM - Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Islam, Pusat Dialog Peradaban UKM - Pusat Kajian Manuskrip Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), USM - Pusat Kearifan Tempatan UITM - Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu, UITM (PUSKAM) Tidak kurang juga pentingnya peranan oleh institusi perpustakaan, muzium, galeri yang memberi perhatian terhadap sumbangan manuskrip Melayu untuk menzahirkan keistimewaan pemikiran, akal budi dan citra kecendikiawanan bangsa. Kepelbagaian program untuk mengetengahkan kekayaan khazanah warisan persuratan Melayu menjurus kepada usaha untuk saling melengkapi kekuatan institusi pengajian Melayu dalam mengangkat khazanah bangsa. Sumbangan badan bukan kerajaan seperti Badan Warisan, Yayasan Warisan Negara, Yayasan Karyawan, Yayasan Warisan Johor, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka (IKSEP) dan Dunia Melayu Dunia Islam melihat betapa pentingnya manuskrip Melayu dalam tamadun dan identiti bangsa dan sejarah negara. Begitu juga peranan organisasi seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Muzium Negara Malaysia, Muzium Kesenian Islam Malaysia, muziummuzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Pahang, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Muzium Warisan Melayu, Muzium Negeri Kelantan, Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyemarakkan lagi usaha memartabatkan manuskrip Melayu sesuai dengan matlamat organisasi.

3. Dewan Bahasa dan Pustaka: peranan dalam pembinaan dan pengembangan sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor kini adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia

yang

bertanggungjawab

melaksanakan

fungsi

membina

dan

mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

3

Pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan bertunjangkan objektif penubuhannya, iaitu: 

..”untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;



untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;



untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;”3

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

(DBP)

adalah

antara

institusi

terawal

di

Malaysia

yang menghimpun, membongkar dan menyelidik hasil kesusasteraan lama untuk dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat khalayak khususnya dalam bidang pendidikan. Selaras dengan matlamat dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 untuk mengembangkan bakat sastera dan penerbitan, tugas ini bermula dengan “membongkar dan menyelidik hasil-hasil kesusasteraan Melayu lama” sebagai sebahagian dari usaha untuk “menjaga hal ehwal bahasa dan sastera.” Ketika itu, DBP memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab untuk memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke sekolahsekolah serta menggalak pengajian dan pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu. Tumpuan penyelidikan ketika itu adalah untuk “mengumpul, menyelenggara dan membuat penyesuaian hikayat-hikayat lama” sejak 1960-an4. Naskhah-naskhah lama dalam bahasa Melayu diperoleh dari individu sama ada dibeli atau dihadiahkan oleh individu di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Usaha ini selaras dengan tujuan mendirikan sebuah “perpustakaan yang khas dan lengkap untuk buku-buku bahasa, hikayat, kebudayaan, kemasyarakatan dan kesusasteraan Melayu”.

Dalam usia 58 tahun penubuhannya, pelbagai usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penyelidikan, penerbitan dan pengembangan untuk sentiasa mempersegar kesinambungan manuskrip Melayu mengisi ruang menjangkau khalayak. Namun, usaha 3

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995).

4

Meniti Jejak Membaharui Babak. Terbitan sempena ulang tahun ke-56 Dewan Bahasa dan Pustaka. 4

mempersegar semula apresiasi dan kecintaan khalayak terhadap manuskrip Melayu memerlukan kepada pelbagai pendekatan menjangkau khalayak agar khazanah ilmu ini dapat digarap, disebar dalam ruang dunia nyata dan siber.

3.1 Penyelidikan dan Penelitian Naskhah/Manuskrip Melayu.

Dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan persuratan Melayu, maka DBP telah merangka pelbagai program penyelidikan sastera. Antaranya ialah melaksanakan program penyelidikan melalui fungsi penyelidikan kesusasteraan tradisional dengan fokus penyelidikan dan penelitian tertumpu kepada manuskrip Melayu. Manuskrip Melayu yang merupakan warisan peradaban dan cendikiawan Melayu, sebagai warisan dokumen negara

perlu dipugar,

dipelihara dan dipulihara untuk kajian, rujukan generasi kini dan akan datang. Penelitian ini adalah untuk menyerlahkan aspek genius kepengarangan Melayu yang di dalamnya terdapat ilmu ketatanegaraan, ilmu undang-undang, ilmu bahasa, perubatan, adat istiadat, silsilah rajaraja, ilmu bintang/ilmu ramalan, ilmu penujuman dan sebagainya.

Sebagai usaha untuk mengangkat dan memartabatkan naskhah Melayu ini maka beberapa projek telah dirancang antaranya Projek Transliterasi dan Analisis Naskhah Melayu, Projek Mempermudah Naskhah yang telah ditransliterasi, Projek Sinopsis Naskhah, Projek Kajian Naskhah Kesultanan Melayu/Karya Agung Melayu, dan Projek Intisari Naskhah Melayu.

Mentransliterasi naskhah /manuskrip Melayu bererti penggantian huruf atau pengalihan huruf demi huruf dari satu abjad ke abjad yang lain. Misalnya huruf Arab-Melayu ke huruf latin. Tugas seorang pentransliterasi tidak setakat itu saja malah perlu bijak membubuh tanda baca seperti titik, koma, huruf besar, huruf kecil , pembahagian dan sebagainya untuk memudahkan pemusatan perhatian. Kita juga harus mempertahankan ciri-ciri teks yang asal.

Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa ada beberapa halangan yang sering mengganggu emosi seseorang pentransliterasi, iaitu dari segi penggunaan ejaan jawi lama, tulisan yang tidak cantik, tidak jelas (kabur), tidak selaras, istilah yang sukar difahami, kertas 5

yang tidak berkualiti dan sebagainya. Disebabkan faktor-faktor di atas, maka tempoh kerjakerja mentransliterasi sesebuah manuskrip ada kalanya memakan masa yang panjang, setelah minat dan kesabaran sesorang itu diambil kira. Ketika menelaah dan mentransliterasi manuskrip Melayu yang telah dikenalpasti, kita akan menemui sistem penulisan jawi yang akan terbuka kepada segala macam tafsiran. Contohnya , dalam sistem ejaan jawi , perkataan bumi dieja b-w-m, yang boleh dimaksudkan sebagai bom atau bumi, sebut dieja s-b-t , yang boleh jadi sebat atau sabit, banding dieja bn-d-ng, boleh dibaca sebagai bendang, makin dieja m-a-k-n , boleh dibaca sebagai makan, tuan dieja t-w-n, mungkin ditafsir sebagai tun, k-m-b-ng boleh ditafsir sebagai kambing, kumbang, kembang dan kembung.(Ini adalah sekadar beberapa contoh).

Di samping masalah di atas, diturunkan beberapa contoh yang lain yang menyumbang kepada kekeliruan dan akhirnya menyalah tafsir sesuatu perkataan. Contohnya:

1. huruf j ( jim) menjadi c (cha) dan sebaliknya -

jong dieja c-w-ng ( SAM, hlm.26)

-

jawa dieja c-a-w-a( SSK, hlm 75c)

-

jongor dieja c-ng-w-r ( SM, hlm. 68)

-

cawis dieja j-a-w-y-s ( HMTJK, hlm. 70)

-

cendera dieja j-n-d-r-a ( HHT,hlm.225)

-

cucuran dieja j-n-j-w-r-n (HHT,hlm. 35)

2. huruf g (ga) menjadi k (ka) -

geger dieja k-y-k-y-r (HMTJK, hlm. 140)

-

gering dieja k-r-y-ng ( SAM, hlm. 2)

-

gewang dieja k-y-w-a-ng (SSZPC, hlm.59)

-

gementar dieja k-m-t-r ( SSK, hlm. 370a) 6

3. huruf /vokal a (alif) yang sepatutnya berada di akhir ditiadakan -

derma dieja d-r-m ( HAH, hlm. 11)

-

cinta dieja c-y-n-t (SSK, hlm. 48c)

-

bejana dieja b-a-j-n ( HB,hlm. 282)

-

berida dieja b-r-y-d ( SKT, hlm. 123)

-

sarwa dieja s-r-w ( HB, hlm. 11)

4. huruf/vokal a (alif) dihilangkan antara konsonan -

satu dieja s-t-w (SKT, hlm. 136)

-

bahana dieja b-h-n-a ( HAH, hlm. 495)

-

capak dieja c-p-k (SSZPC, hlm.102)

-

dara dieja d-r-a (KA, hlm.490)

5. Guna huruf a (alif) pada tempat yang sepatutnya gunakan e pepet -

dekat dieja d-a-k-t (HTAD, hlm. 46)

-

beri dieja b-a-r-y (HRK, hlm. 29)

-

demi dieja d-a-m-y (HIP, hlm. 189)

-

pedang dieja p-a-d-ng (HTAD, hlm. 82)

6. Huruf h (ha) digugurkan dan diganti dengan a (alif) dan sebaliknya -

hadiah dieja a-d-y-h ( HHT, hlm. 73) 7

-

hartawan dieja a-r-t-a-w-a-n ( HMAH, hlm. 2)

-

hasil dieja a-s-y-l (HTAD, hlm. 17)

-

hantu dieja a-n-t-w (HTAD, hlm 26)

-

abu dieja h-a-b-w ( HTAD, hlm. 23)

-

arang dieja h-a-r-ng (HTAD, hlm. 30)

-

atur dieja h-t-w-r ( HTAD, hlm. 45)

Justeru untuk mengatasi masalah mentransliterasi manuskrip Melayu, maka Bahagian Penyelidikan

Sastera

telah

merangka

satu

panduan

sebagai

rujukan

untuk

mentransliterasi Naskhah/manuskrip Melayu. ( Lihat lampiran).

3.2 Penerbitan Berasaskan Manuskrip Melayu. Penerbitan sesebuah karya harus sesuai dengan khalayaknya, khususnya dalam memperkenal bentuk dan corak hasil-hasil sastera lama dan karya sastera klasik kepada umum dibuat dalam bentuk dan bahasa yang mudah difahami. Naskhahnaskhah teks klasik penerbitan awal DBP di tahun 60-an terus menjadi ikon dalam pembacaan sastera klasik, antaranya; Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong

Mahawangsa, Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Chekel Waneng Pati, Tajus Salatin, Bustan al-Katibin, Hikayat Patani dan Sulalatus Salatin. Nama-nama karyawan seperti Abdul Samad Ahmad, Baha Zain, Khalid Hussain, Kassim Ahmad, dan Hassan Ahmad adalah antara tokoh dan pelopor dalam kajian manuskrip Melayu DBP. Penerbitan selepas tahun 2000 menampilkan sumbangan tokoh-tokoh ilmuwan dan generasi muda yang memperkaya khazanah bercetak persuratan Melayu.

8

Antara 2000

2001 2002

2003 2004

judul

yang

terbit

selepas

Kesusasteraan Melayu Tradisonal. Edisi kedua Hikayat Khoja Maimun Hikayat Syah Mardan Hikayat Inderaputra Kaba Si Untuang Sudah Surat Keterangan Syeikh Jalaludin Hikayat Para Nabi dan Tokoh-tokoh Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional Mutiara Sastera Melayu Tradisonal Syair Seratus Siti Bustan al-Salatin (Bab 1 dan 2) Hikayat Putera Jayapati Syair Misa Gumitar Hikayat Caya Langkara Hikayat Marakarma. Edisi mempermudah Hikayat Nakhoda Muda Hikayat Indera nata Hikayat Cendawan Putih Syair Seribu Satu Hari Hikayat Seri Kelantan Hikayat Patani Hikayat Inderaputera. Edisi Mempermudah Hikayat Raja-raja Pasai. Edisi Mempermudah Hikayat Panji Semirang. Edisi Mempermudah Hikayat Marakarma Edisi Mempermudah Epik Melayu satu kajian naskhah

2005

Undang-undang Kedah Sastera Panji

2006

Kesultanan Melayu Kesultanan Melayu Kelantan Kesultanan Melayu Kedah Kesultanan MelayuTerengganu Nasihat al Muluk Intisari Karya Klasik

tahun

2000:

Dr Harun Mat Piah dan rakan-rakan Dr. Abd. Rahman Kaeh Zabedah Abdullah Ali Hj. Ahmad Jamilah Hj Ahmad E.U Kratz dan Adriati Amir Dr. Ismail Hamid dan Wahyunah Abd. Gani Junaini Kasdan Dr. Jelani Harun Wahyunah Abd. Gani Wahyunah Abd. Gani Wahyunah Abd. Gani Wahyunah Abd. Gani Wahyunah Abd. Gani Wahyunah Abd. Gani Wahyunah Abd. Gani Sharniza Sahir Mohd. Taib Osman Ali Majod Mariyam Salim Ismail Ahmad Hamsiah Abd. Hamid Wahyunah Abd. Gani Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim Mariyam Salim Noriah Mohamed dan Mariyam Salim Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim Dr. Jelani Harun Rogayah Abd. Hamid & Etty 9

Hikayat Ali Badsyah Kepustakaan Ilmu Tradisional

2007

Dunia Sahibul Hikayat Analisis Bahasa dalam Kitab Tib Pontianak Undang-Undang Laut Puisi-puisi Syeikh Ahmad Fatani Syair Si Burung Nuri Faridah al-Faraid Intisari Karya Klasik II

2008 2012 2014

Bustan al Salatin (Bab 3) The Legend of Hang Tuah Hikayat Kelana Panji Anakan Seri Panji Syeikh Abd. Samad al-Falimbani Penulis Hidayah Al-Salikin

Zalita Zakaria Dr. Saiful Bahri Md. Razi Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim Noriah Taslim Ab. Razak Ab. Karim Mariyam Salim Hj. Wan Mohd. Saghir Abdullah Wahyunah Abd. Gani Dr. Ibrahim Abu Bakar Rogayah Abd. Hamid & Etty Zalita Zakaria Dr. Jelani Harun Ruzaini Fikri Mohd. Azman Khader Ahmad, Ishak Hj. Suliaman

Kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk IPTA, dan swasta dipertingkatkan dalam memperkaya dan memperhebat khazanah penyelidikan bahasa dan sastera Melayu serta memperpertingkatn ilmuwan bahasa dan sastera, di samping pelbagai ranah ilmu dapat diterokai dan disebar dengan cepat.

4. Pusat Dokumentasi Melayu (PDM): pusat pengumpulan manuskrip persuratan Melayu. Menyedari hakikat salah satu daripada misi DBP untuk menjadi pusat rujukan terunggul tentang bahasa, sastera dan ilmu dalam pelbagai ranah dan bidang yang berkaitan, maka pusat rujukan DBP yang dahulu Perpustakaan DBP dinaikkan taraf dan diperluaskan fungsi pada tahun 1993 dan dikenali dengan nama Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan maklumat organisasi dan masyarakat keseluruhannya. PDM merupakan perpustakaan khusus/penyelidikan yang menumpukan pembinaan koleksi persuratan Melayu dalam pelbagai bentuk ke arah menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu terunggul di rantau ini, selain memeliharanya sebagi khazanah warisan bangsa Melayu yang amat berharga. Pusat ini dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian, sistem multimedia, sistem perpustakaan bersepadu pada ketika itu serta peluasan fungsi. Matlamat utama Pusat Dokumentasi Melayu adalah:

10

1. Memperoleh dan memulihara kepustakaan Melayu selengkap dengan pengkhususan kepada bidang persuratan iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Ini termasuklah koleksi manuskrip Melayu dan nadir serta Koleksi Tokoh. 2. Menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu yang cemerlang yang mudah diakses melalui teknologi terkini. 3. Menyumbang kepada pembentukan masyarkat Malaysia yang berilmu dan kaya maklumat. 4.1 Memperkaya khazanah persuratan Melayu. Dalam konteks menyediakan wadah dan keperluan penyelidikan kebahasaan dan kesusasteraan Melayu DBP, pembinaan koleksi manuskrip Melayu terarah untuk membina kekayaan kandungan sejarah, perkembangan bahasa Melayu yang meliputi khazanah dari rantau dunia Melayu, sungguhpun jumlahnya belum menyaingi jumlah koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Namun keberadaan judul-judul ini saling melengkapi keperluan penyelidik dan pengguna antara kedua-dua institusi ini. Sehingga kini PDM memiliki lebih 308 judul manuskrip Melayu serta artifak berkaitan seperti alatan penulisan dan cop mohor.

TAHUN JUDUL

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

209

238

247

257

260

265

-

292

305

308

(kumulatif)

Bagi pecahan mengikut bidang bentuk kitab, syair dan hikayat merupakan jumlah yang terbesar sesuai dengan teras matlamat dan PDM dan DBP.

Menurut Abu Hassan Sham dalam Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu, kebanyakan judul manuskrip yang dibeli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kepunyaan kerabat raja Kelantan, Kedah dan lain-lain. Dari senarai taburan pemilik, beberapa naskhah diamanahkan atau asal hak milik kerabat raja Kedah, Perak dan Kelantan.

11

Pembekal dan “purbawan” adalah antara penyumbang terbesar koleksi sejak tahun 2005. Agar tidak bergantung kepada pembekal yang membataskan jumlah dan kualiti sumber khazanah koleksi manuskrip Melayu, program pengesanan di lapangan dan lawatan kerja antara faktor peningkatan jumlah naskhah yang diperolehi PDM. Program Kajian Cop Mohor Kesultanan Melayu yang melibatkan muzium, galeri dan perpustakaan di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor (Jun – Okt. 2012) bukan sahaja berjaya mengumpulkan perbahanan dan maklumat berkaitan cap mohor dan warkah serta penemuan sejumlah manuskrip Melayu dari pemilik individu di pantai timur Malaysia. 4.2 Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM) Selain perpustakaan, muzium dilihat sebagai institusi pembinaan minda dan pengembangan ilmu yang unggul

dalam menanam kesedaran terhadap budaya bangsa. Gagasan

penubuhan Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu, DBP dicetuskan pada tahun 1995 hasil pemikiran wawasan jangka panjang Allahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah ketika itu. Selaras dengan visi menjadikan DBP sebagai pusat persuratan Melayu di rantau ini, pada tahun 2012, muzium ini dikenali sebagai Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM). MPPM menjadi pentas memartabatkan persuratan Melayu dengan fungsi mengumpul, mendokumen, memelihara, memulihara, mempamer serta menyebarkan maklumat dan artifak mengenai sejarah perkembangan dan kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. Dengan peranan sebagai pusat sumber pendidikan (learning institution centre) dan pusat rujukan warisan persuratan Melayu, pelbagai bentuk peragaan pameran termasuk multimedia, tapak pelancaran (launching pad) menarik pengunjung menghayati dan memperoleh pengalaman baru mengenali dan pelbagai ilmu manuskrip Melayu dengan konsep dan reka bentuk yang menepati citarasa segenap generasi.

Sumbangan karya agung dan tokoh persuratan awal seperti Tun Seri Lanang, Bukhari AlJauhari, Tok Kenali, Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Daud Fatani dan Abdul Samad AlPalembangi, Hamzah Fansuri, Munshi Abdullah, Syed Sheikh al-Hadi dan ramai lagi tokoh menjadi pengisian kepada MPPM. Perjuangan tokoh persuratan mengembangkan bahasa Melayu menerusi pelbagai media paparan termasuk multimedia interaktif, meningkatkan semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa dan sastera Melayu.

12

4.3 Mengupaya Teknologi Maklumat. Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih dan gaya hidup yang ”pantas”, teknologi maklumat dan komunikasi alat adalah alat penyebaran yang amat berkesan dalam menjangkau khalayak merentas sempadan geografi dan masa. Menerusi strategi lautan biru DBP menjalin kerjasama mengoptimumkan sumber tenaga, kepakaran dan perbahanan bagi memperkaya khazanah persuratan dan kepustakaan Melayu antara organisasi dalam dan luar negara. Mymanuskrip, terhasil dari kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Perpustakaan UM, Perpustakaan UKM dan DBP dalam mempromosi khazanah manuskrip Melayu dan menjana penyelidikan.

Laman sesawang Mymanuskrip, repositori digital manuskrip Melayu.

5.

Memperkasa manuskrip Melayu kepada khalayak. Tradisi penyebaran ilmu dan persuratan Melayu pada abad ke-13 menjadikan istana sebagai pusat intelektual dan pengembangan ilmu selepas Islam berkembang di alam Melayu. Kewujudan pusat pengajaran Islam diteruskan oleh institusi pondok yang berkembang pada awal abad ke-19.

13

Dalam dekad ini, perpustakaan, muzium dan galeri amat kreatif menggunakan pelbagai pendekatan untuk memasyarakatkan dan mempopularkan manuskrip Melayu agar sentiasa segar dan diminati masyarakat. Kunjungan penulis ke beberapa muzium dan universiti di sekitar Bandung, Jakarta dan Jogjakarta pada akhir tahun 2012, memperoleh maklumat berkaitan program mengangkat naskhah klasik sebagai pengembang serta pendukung kebudayaan daerah bagi menarik perhatian dan penglibatan golongan muda.

Di Malaysia, amat kurang sekali program yang dapat diikuti oleh masyarakat umum, golongan muda dan kanak-kanak khususnya di luar kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu dan komponen sastera dalam sistem pendidikan sekolah. Hiburan, permainan komputer, internet, ipad, telefon pintar lebih mendapat perhatian khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Keadaan ini akan membawa kepada kepupusan minat masyarakat terhadap manuskrip Melayu khususnya, dan persuratan Melayu amnya sekiranya tidak diberikan perhatian. Selain tumpuan kepada penyelidikan, kajian dan penerbitan, pelbagai pendekatan memasyarakatkan manuskrip Melayu sesuai dengan khalayak golongan dewasa, generasi muda dan kanak-kanak perlu diusahakan.

Keupayaan mengaplikasikan teknologi maklumat, sungguhpun memberi manfaat dalam meningkatkan akses kepada koleksi manuskrip Melayu digital mahupun naskhah asli, namun ia lebih

banyak dirujuk dan dihayati oleh pengkaji dan pembaca yang terlibat

dengan secara langsung dalam pembelajaran, pengajaran, penelitian, penerbitan, pengumpulan dan pemeliharaan manuskrip Melayu.

Sejumlah besar dari masyarakat

umum tidak mempunyai pengetahuan mahupun terdedah kepada manuskrip Melayu atas sebab-sebab; i. tidak berkaitan dengan tugas dan pembelajaran,

14

ii. peluang mengakses dan membaca jarang diperolehi kerana lokasi pusat penyimpanan manuskrip di luar jangkauan serta tertakluk kepada peraturan tertentu organisasi penyimpanan, iii. kurangnya program dan promosi yang ”mendedahkan” manuskrip Melayu kepada khalayak.

5.1 Baca Naskhah Teks Klasik. Pembacaan naskhah klasik DBP mula diperkenalkan dalam program Galakan Membaca yang sering diadakan sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia sesuai dengan peranan DBP memperkenal dan mempopularkan karya dan tokoh persuratan kepada masyarakat. Lanjutan itu, baca naskhah telah mengisi program Bulan Bahasa Kebangsaan, sambutan Ulang tahun DBP dan Bulan Membaca di luar premis DBP khususnya institusi pendidikan guru, universiti dan perpustakaan. Sehingga kini, lima (5) judul berasaskan manuskrip Melayu telah diperkenalkan kepada khalayak peringkat remaja dan dewasa di dalam dan luar negara menerusi program baca naskhah yang berkonsepkan pembacaan tanpa henti (uniterrupted readings) dan secara spontan.

i.

Pembacaan Sulalatus Salatin, naskhah diselenggara oleh Abd. Samad Ahmad terbitan DBP bertepatan dengan pemasyhuran karya agung warisan dunia dalam Memory of the World Register, Unesco. Pembacaan naskhah bukan sahaja bertujuan memperkenalkan karya agung kepada masyarakat umum, malah menarik penyertaan wakil-wakil kedutaan, dan masyarakat pelbagai kaum. Pembaca bukan sahaja menghayati sejarah zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, malah dapat membayangkan kemajmukan masyarakat pada zaman lampau. Di samping itu, pembacaan turut menanam semangat kecintaan terhadap citra dan jati diri bangsa, khususnya kepada warga Malaysia di luar 15

negara. Secara tidak langsung, program ini juga menarik perhatian warganegara di luar negara kepada naskhah yang tersimpan di John Ryland Library, University of Manchester. ii.

Hikayat Seri Kelantan sebuah naskhah klasik tentang sejarah pemerintahan negeri Kelantan yang tergolong dalam kategori manuskrip sejarah dan ketatanegaraan. Hikayat ini bermula dengan kisah Cik Siti Wan Kembang sebagai raja yang asal memerintah negeri Kelantan Purba dan diikuti pula dengan kisah lagenda Tuan Puteri Sa’dong. Pemerintahan Kelantan Purba bergolak selepas Puteri Sa’dong turun takhta dan menyerahkan pemerintahannya kepada suami baginda, Sultan Abdullah. Turut mengisahkan susur galur pemerintahan beraja kerajaan Islam Kelantan, meliputi sistem undang-undang, ekonomi, bahasa, budaya dan agama. Variasi dan kreativiti pembaca menggunakan dialek Kelantan dan Siam menghidupkan suasana pendengar menghayati penceritaan naskhah berunsur sejarah.

iii.

Syair Nabi Allah Ayob alaihissalam memperkenalkan puisi tradisional yang sarat membawa mesej dan nilai-nilai murni dan penghayatan Islam. Kreativiti pembaca menyampaikan di luar kebiasaan irama syair menimbulkan persaingan antara peserta untuk menonjolkan kelainan dan keunikan dalam persembahan masingmasing. Membaca secara spontan petikan halaman bertulisan jawi memberi cabaran antara penyampaian lagu syair dan kelancaran sebutan.

iv.

Hikayat Anak Miskin adalah cetakan litograf yang menguji kemahiran jawi di samping memperkenalkan kosa kata klasik yang menggunaan dialek utara. Peserta sering tidak dapat mengelakkan kesalahbacaan kerana kurang penguasaan kosakata klasik dan dialek , antaranya taktibu (sepatutnya tabtibau), Kulab (sepatutnya Kulub), ejaan sering bertukar ganti antara kata menantu dan mentua, itu dibaca sebagai ayat. 16

Peserta akan membaca 1 hingga 2 halaman yang ditetapkan, bergantung kepada ketebalan naskhah dan dinilai dari aspek sebutan, persembahan, kelancaran dan bacaan. Penghayatan isi kandungan manuskrip Melayu amat bergantung kepada keupayaan dan kemahiran membaca tulisan jawi lama. Ciri-ciri seperti ketiadaan tanda bacaan, ketidakselarasan ejaan, gaya tulisan khas dan pelbagai adalah cabaran yang besar kepada pencinta naskhah atau individu yang berminat untuk membaca manuskrip Melayu. Oleh itu, galakan dan pendedahan melalui program yang sesuai dengan khalayak akan memberi impak yang besar untuk mengenali isi kandungan dan mencerna pelbagai pengetahuan.

Program Baca Naskhah mengikut tahun. TAHUN

JUDUL

ACARA

PESERTA

2006

Sulalatus Salatin

Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP

Terbuka

Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP

Terbuka

Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP

Terbuka

2007

2008

Hikayat Seri Kelantan

Hikayat Nakhoda Muda

Pebagai kaum Pebagai kaum

Pebagai kaum

2011

Syair Nabi Allah Ayob alaihissalam

Bulan Membaca, IPG Kampus Pendidikan Islam

Pelatih

2011

Hikayat Anak Miskin

Bulan Membaca, IPG Kampus Bahasa Melayu

Pelatih

2011

Hikayat Anak Miskin

Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI

Pelajar IPT

17

2013

Sulalatus Salatin

Kursus Bahasa Melayu dan Patriotisme, Sekolah Malaysia, Manchester.

Tenaga Pengajar

2013

Hikayat Anak Miskin

Bulan Bahasa Kebangsaan, Perlis

Pelajar Sekolah Menengah

2013

Hikayat Anak Miskin

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Perak

Pelajar IPT

2014

Sulalatus Salatin

Wacana Sulalatus Salatin, Universiti Malaysia Kelantan

Pelajar IPT dan Terbuka

Baca Naskhah Hikayat Anak Miskin sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kebangsaan 2013.

Pebagai kaum

Baca Naskhah Sulalatus Salatin sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia

Program baca naskah klasik yang melibatkan institut perguruan, pelajar-pelajar sekolah, perpustakaan, pelajar IPT dan penyertaan pelbagai kaum meninggalkan pelbagai impak dan kesan, antaranya ; i.

Memberi peluang kepada para guru untuk mempersembahkan syair dengan lebih kreatif sebagai alternatif dan variasi dalam meningkatkan penghayatan dan pengajaran puisi tradisional bersumberkan manuskrip Melayu.

18

ii.

Menonjolkan variasi dalam penyampaian yang akan menarik minat pelajar dalam pembelajaran syair, contohnya dendang Arab, Pak Kadok, Trek tek tek dan Selindang Delima.

iii.

Mencari alternatif ke arah pemantapan modul dan kurikulum pembelajaran jawi kepada pelatih dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.

iv.

Menimbulkan

kesan

berganda

dan

meningkatkan

minat

pensyarah

memperkenalkan syair kepada pelatih, dan pelatih mengembangkan program kepada murid-murid di sekolah. v.

Membuktikan tahap keupayaan peserta khususnya golongan muda menguasai kosakata, cerita, tulisan jawi dan naskhah dalam keadaan spontan.

vi.

Mengesan tahap kebolehbacaan dan kefahaman dalam membaca naskhah bertulisan jawi klasik.

vii.

perkataan dan kosakata dalam teks yang diberi.

Oleh itu, pemuliharaan dan pemeliharaan naskhah dan manuskrip Melayu bukan hanya terbatas kepada memanjangkan hayat fizikal menerusi pengawetan, pembaikan dan penjilidan. Pemeliharaan khazanah ilmu warisan persuratan Melayu dalam minda dan jiwa masyarakat harus berterusan dari generasi ke generasi agar kecintaan kepada tradisi ilmu kearifan bangsa tidak pudar ditelan masa.

6. Cadangan i.

Penambahbaikan terhadap program memasyarakatkan manuskrip Melayu dalam modul yang berstruktur berserta bentuk penilaian dapat memberi input dan impak yang besar dalam memartabatkan dan membudayakan manuskrip Melayu dalam pelbagai peringkat masyarakat dari remaja hingga peringkat dewasa. Kuliah bimbingan, wacana, dan pertandingan berpotensi meningkatkan penghayatan terhadap karya, sumber sejarah dan ilmu tradisional merentas khalayak kanak-kanak, remaja dan dewasa.

19

ii.

Keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) pelbagai judul manuskrip Melayu melalui portal dan pendigitalan di peringkat tempatan, negara dan rantau nusantara perlu dipergiat dan dipertingkatkan untuk membuka minda pembaca kepada kepelbagaian khazanah persuratan yang melatari sejarah, budaya, pemikiran diaspora Melayu. Kerjasama perkongsian sumber dan koleksi saling melengkapi keperluan pembacaan, penelitian dan penerbitan berasaskan manuskrip Melayu agar tersebar luas menjangkau khalayaknya.

iii.

Sokongan dan kolaborasi dengan dengan pelbagai pihak sama ada di peringkat kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, mampu memperluaskan khalayak pencinta persuratan Melayu serta menanam semangat cintakan sejarah dan tamadun bangsa.

RUMUSAN Selain menghimpun dan membina khazanah warisan persuratan, tradisi penyebaran ilmu yang diwarisi bermula dari kegiatan penyalinan khazanah oleh jurutulis dan penyalin zaman silam tidak mungkin dapat bertahan menempa arus pemodenan dan globalisasi masa kini dan akan datang tanpa usaha berterusan pelbagai pihak untuk mencari kepelbagaian pendekatan dan kaedah memasyarakatkan dan mempopularkan karya-karya manuskrip Melayu menjangkau khalayak, sama ada di pentas maya mahupun di alam nyata. Perpustakaan, muzium dan galeri perlu menggembeling usaha bagi mempergiat secara terarah supaya paduan organisasiorganisasi ini dapat merealisasikan sebuah pusat sehenti sumber rujukan menghimpun koleksi manuskrip Melayu bertulis atau digital dan memastikan keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) melalui portal dan pendigitalan. Program mempromosi pembacaan manuskrip Melayu dalam konteks pembelajaran bukan formal berupaya meningkatkan penghayatan karyak lasik dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Di pihak organisasi, promosi pembacaan naskhah menjadi ruang dan peluang untuk menilai keberkesanan membina kepakaran dan kecintaan terhadap ilmu-ilmu peribumi yang menjadi teras jati diri bangsa dalam jangka masa panjang.

20

BIBLIOGRAFI. 1. Samad Ahmad,2013. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia di bawah kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968 secara usahasama dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006 3. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995). 4. Meniti Jejak Membaharui Babak. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. (Terbitan sempena ulang tahun ke 56 Dewan Bahasa dan Pustaka) 5. Sasaran Kerja Utama 2006-2010 Dewan Bahasa dan Pustaka. Edaran terhad.

SINGKATAN: SM - Sejarah Melayu SSK - Syair Sinyor Kosta HHT - Hikayat Hang Tuah SAM - Syair Abdul Muluk HMTJK - Hikayat Misa Taman Jaeng Kusuma SSZPC - Syair Siti Zubaidah Perang Cina HAH - Hikayat Amir Hamzah HB - Hikayat Bakhtiar SKT - Syair Ken Tambohan KA - Kisasul Anbia HRK - Hikayat Raja Khandak HIP - Hikayat Inderaputera HTAD - Hikayat Tamin ad-Dari

21

Suggest Documents