Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2003) diwujudkan dengan tujuan
menyuburkan potensi .... membaca dan menulis dalam sesuatu sistem bahasa.
Kesemua ...
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
Perkembangan
Bahasa Peringkat A wal Kanak-kanak
Fadzilah Amzah Nor Hashimah Hashim Pendahuluan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2003) diwujudkan dengan tujuan menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan kanak-kanak peringkat prasekolah untuk memasuki alam persekolahan. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum prasekolah ini dibentuk dengan memberi penekanan seimbang terhadap enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu, iaitu bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, perkembangan sosio emosi, perkembangan fizikal, serta kreativiti dan estetika Kurikulum prasekolah ini memberikan keutamaan kepada komponen bahasa dan komunikasi. Hal yang demikian kerana aspek penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran. Babasa merupakan medium perantara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Justeru, perkembangan dan penguasaan bahasa yang baik akan membantu seseorang kanak-kanak itu untuk menguasai mata pelajaran yang lain dengan berkesan.
Perkembangan
Bahasa Peringkat Awal Kanak-kanak.
Menurut Mahzan (2003), pendidikan prasekolah pada suatu masa dahulu lebih banyak memfokuskan pengajaran men genal huruf atau dikenali sebagai 'celik buruf. Kemahiran ini bermaksud, kanak-kanak terse but mempunyai kemampuan yang minimum dalam perkembangan tahap literasi mereka. Umurnnya, pada masa seperti itu dapat diandaikan bahawa seseorang kanak-kanak yang dapat mengenal pasti huruf atau abjad dalam sesuatu sistem bahasa dianggap sudah mencapai tahap celik huruf yang memadai untuk pendidikan peringkat awal mereka. Namun, anggapan itu sudah tidak relevan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan era globalisasi kini. Kemajuan dalam sistempendidikan kini menuntut seseorang kanak-kanak itu mempunyai keupayaan melewati kemahiran celik huruf. Hal ini bermaksud, seseorang kanakkanak itu bukan setakat menguasai kemahiran as as literasi, tetapi berkeupayaan mencapai tahap literasi berkesan dengan menggunakan daya pemikiran dalam pembacaan. Keupayaan membaca dan memahami sesuatu bahan bacaan sering kali dijadikan kayu ukur sarna ada kanak-kanak tersebut berupaya menguasai bidang atau pengetahuan yang lain. Justeru, kemampuan literasi yang terbad hanya akan mengebadkan peluang dan proses perkembangan pendidikan kanak-kanak tersebut. Peringkat prasekolah merupakan satu platform untuk melonjakkan tabap penguasaan dan kemahiran literasi seseorang kanak-kanak. Penguasaan kemahiran berbahasa kanak-kanak
17
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
diperoleh melalui empat kemahiran literasi asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keupayaan seseorang kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran tersebut daripada perspektif pakar bahasa merujuk empat aspek dalam penguasaan bahasa kanak-kanak, iaitu aspek fonologi, aspek semantik, aspek tatabahasa dan aspek pragmatik. Aspek fonologi merujuk kepada kebolehan seseorang kanak-kanak melahirkan bunyi. Hal ini termasuklah mendiskriminasikan bunyi, meniru atau meneka pelbagai bunyi seperti bunyi binatang atau alat mainan, kebolehan menyebut bunyi huruf, perkataan atau sebaris ayat mudah. Aspek semantik pula dikaitkan dengan kebolehan seseorang kanak-kanak memahami percakapan yang didengar atau memahami maksud perkara yang dituturkan atau bahan bacaan yang dibaca. Pada peringkat awal kanak-kanak, keupayaan ini dapat diperhatikan melalui kemampuan kanak-kanak terse but mendengar serta bertindak balas dengan arahan guru, menjawab soalan yang diberikan secara Iisan oleh guru, memahami kandungan bahan bacaan serta berupaya untuk berkomunikasi dua hala bersama-sama rakan atau guru dengan baik. Aspek perkembangan tatabahasa pula merujuk kemampuan seseorang kanak-kanak dalam membina ungkapan, frasa ayat atau ayat mudah dengan menggabungkan beberapa patah perkataan. Gabungan perkataan ini akhimya dapat membentuk ungkapan, frasa atau ayat yang bermakna. Perkembangan tatabahasa kanak-kanak dikatakan meningkat apabila mereka berupaya untuk menghasilkan ayat mudah kepada perbualan yang lebih kompleks. Hal ini dapat dilihat melalui kemampuan mereka menggunakan kata hubung, penanda wacana, kata sendi dan sebagainya. Aspek perkembangan pragmatik pula melihat kepada keupayaan kanakkanak bertutur berdasarkan fungsi bahasa, bertutur berdasarkan peraturan budaya dan memasukkan elemen komunikasi bahasa badan (non-verbal) dalam pertuturan mereka.
Tahap perkembangan dan penguasaan dalam Jaduall berikut: Jaduall
1.
bahasa seseorang
: Tahap Perkembangan
Aspek Penguasaan Bahasa
Umur
Aspek Fonologi
2 - 4 tahun
kanak-kanak
dapat diringkaskan
dan Penguasaan Bahasa Kanak-kanak
Kebolehanl Perkembangan •
Berupaya meniru bunyi, huruf, perkataan bunyi binatang, alat mainan, dan sebagainya.
•
Menyebut huruf atau perkataan dengan baik
•
Sesetengah perkataan dengan tepat.
dan
masih sukar dibunyikan
Contoh : komputer, ais krim •
Boleh menyanyikan seni kata gabungan 3 - 5 patah perkataan 'Saya suka Saya suka gembira ... gembira 18
lagu
dalam
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
4-6 tahun
.2.
Aspek Semantik
2-4
•
Sebutan huruf, perkataan menjadi jelas dan tepat
•
Boleh menyanyikan dan terang
•
Berupaya mengulang semula lagu, nyanyian yang diajarkan kepada mereka dengan baik.
seni kata lagu dengan jelas
•
Perbendaharaan berkembang.
•
Dapat membezakan perkataan perkataan berlawan).
tahun
kata
kanak-kanak
sedang
(perkataan
seerti /
Contoh: wangi - busuk nakal - jahat •
Memahami perkataan dengan mereka.
(konsep) abstrak yang dekat
Contoh: Jannah cornel, kakak nakal •
Dapat menamakanl melabelkan objek atau benda Contoh:
•
baju papa, susu Jannah, buku kakak
Berupaya menyatakan secara ringkas.
pendapat
dan
perasaan
Contoh: "Baby sakit perut" "Baju Jannah dah basah"
4-6
•
Cetusan perbendaharaan
tahun
•
10,000 perkataan
•
Boleh memahami abstrak Contoh:
kata yang pesat
perkataan,
frasa
ayat
yang
"Kalau nakal nanti Allah tak sayang"
•
Berupaya memahami cerita secara lisan atau pembacaan
•
Memahami jalan cerita yang ditonton
•
Berupaya menceritakan didengar dan diceritakan.
semula
•
Menyanyi baik
seni kata lagu dengan
19
dan menghafal
yang
disampaikan
perkara
yang
Pendidikan Prasekolah
3.
Aspek Tatabahasa
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
2-4
•
tahun
Berupaya menggabungkan membentuk ayat mudah. Contoh:
•
2-3
perkataan
"Janah nakjalan-jalan"
Berupaya menggunakan kata bilangan, tempat dan kata adjektif dalam ayat.
kata
Contoh ayat: "Nak makan kat KFC' "Mata mama ada dua" "Patung Barbie kakak atin cantik" 4-6
•
Cetus an dalam perbendaharaan
tahun
•
Aspek tatabahasa berkembang.
kata kanak-kanak.
•
Boleh bercerita - sarna ada daripada pengalaman atau buku
•
Apabila bercakap sudah berupaya menggunakan unsur tatabahasa dalam pertuturan - kata sendi, penjodoh bilangan, kata imbuhan dan sebagainya. Contoh ayat: "Kakak Atin adajam, tapi Jannah tak adajam".
4.
Aspek Pragmatik
2-4 tahun
•
Menghasilkan ayat yang lebih kompleks - ayat dua lapis, ayat tanya dan sebagainya.
•
Contoh: "Kalan tak makan ubat nanti demam".
•
Fungsi bahasa lebih merujuk fungsi peribadi
•
Konsep egosentrik
•
Berupaya mudah
•
Bertutur lebih banyak berkisar dalam konteks diri sendiri dan keluarga.
bertutur dalam konteks yang sederhana
Contoh ayat: "Ini baju adik, kakak tak boleh pakai" 4-6 tahun
•
Berupaya untuk bertutur berdasarkan fungsi bahasa, iaitu: i.
Fungsi peribadi
ii.
Fungsi perhubungan
iii. Fungsi menyampaikan iv. Fungsi menyoal •
Berkomunikasilberbual dengan Iancar dan berkesan bersama rakan atau guru.
•
Boleh memberikan berbuat demikian.
20
tindak
balas
apabila
diminta
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
••• Kemahiran Literasi Asas Peringkat A wal Kanak-kanak Berdasarkan KBSM (1992), kemah iran literasi merujuk kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam sesuatu sistem bahasa. Kesemua kemah iran literasi ini merupakan kemahiran yang penting bagi seseorang kanak-kanak agar bersedia dan dapat menjalani alam persekolahan formal dengan lebih berkesan. Justeru kemah iran asas ini perlu diterapkan dan dibentuk secara terancang dan bersepadu pada peringkat awal pendidikan mereka. Kanak-kanak yang mendapat pendedahan kepada pendidikan literasi yang terancang akan dapat mengembangkan serta menggunakan potensi literasi mereka sepenuhnya . Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada aktiviti literasi lebih awal akan lebih kaya pengalaman literasinya berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat pendedahan yang luas dalam kegiatan literasi. Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1994), kesediaan membaca bergantung kepada peluangpeluang yang terbuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 3 tahun. Pendedahan literasi peringkat awal antaranya membacakan buku kepada kanak-kanak, menunjukkan bahan bantu pengajaran literasi seperti kad huruf, kad perkataan, carta bergambar dan seumpamanya, menggunakan pensel untuk membuat lakaran dan aktiviti lain yang bersesuaian. Justeru, adalah penting untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti prabacaan ini agar mereka bersedia untuk membaca kelak. Keempat-empat kemah iran literasi ini penting dalam proses perkembangan kognitif seorang kanak-kanak. Justeru, kanak-kanak perlu diajarkan dengan keempat-empat kemah iran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara terancang, sistematik dan bersepadu agar penguasaan kemah iran literasi mereka tidak secara berlaku secara terpisah.
Kemahiran mendengar Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas sebelum menguasai kemah iran berbahasa yang lain seperti membaca dan menulis. Melalui kemahiran mendengar, seseorang kanak-kanak akan didedahkan dengan kebolehan memperoleh maklumat serta bertindak balas terhadap maklumat yang diberikan. Peringkat mendengar ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu menerima dan membezakan bunyi, dan menerima dan memahami bunyi bahasa yang bermakna. Kemahiran seseorang kanak-kanak itu untuk menerima dan membezakan bunyi diukur daripada kebolehan mereka untuk: a)
membezakan persamaan dan perbezaan bunyi, bunyi huruf, bunyi perkataan
b)
membezakan bunyi fonem dalam perkataan
c)
kebolehan menyatakan sarna ada dua perkataan yang disebut sarna atau berbeza.
Manakala kemahiran menerirna dan memahami bunyi bahasa bermaksud keupayaan kanakkanak untuk memahami perkataan, frasa ayat, klausa ayat dan ayat serta berupaya untuk memberikan tindak balas mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan kemah iran
21
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
Pendidikan Prasekolah
mendengar arahan serta bertindak balas terhadap arahan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Antara arahan dan tindak balas ringkas yang boleh dijalankan oleh guru untuk menerapkan kemah iran mendengar, termasuklah: a)
melakukan pergerakan mengikut arahan
b)
memadankan perkataan dengan gambar
c)
menyusun atau memilih gambar
d)
menulis atau melukis huruf atau grafik tertentu
e)
menandakan lokasi atau arah
f)
menandakan atau menyatakan butiran.
Guru perlu mengesan sebarang masalah pelajar dalam menguasai kemahiran ini. Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menguasai kemah iran mendengar akan menunjukkan ketidakupayaan mereka melalui beberapa simptom. Antaranya menurut Bond (1994) adalah keliru dalam membezakan bunyi, lemah dalam memahami arahan ringkas, kurang cekap dalam memproses maklumat serta gaya pertuturan yang kurang berkesan.
Kemahiran bertutur Kemahiran bertutur kanak-kanak dapat diukur melalui keupayaan kanak-kanak bertutur, bercakap atau berbicara. Kanak-kanak yang dapat bertutur dengan baik akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan unsur para Iinguistik ketika bertutur. Un sur prosodi merujuk penggunaan intonasi, nada, tekanan, sebutan serta jeda yang bersesuaian dengan tujuan dan fungsi pertuturan. Kanak-kanak yang mengaplikasikan unsur prosodi dalam pertuturan mereka dapat menunjukkan perbezaan dalam nada dan intonasi suara ketika sedang rnarah atau sedang merajuk. Manakala unsur para linguistik merujuk penggunaan isyarat atau pergerakan badan. Kemahiran menggunakan unsur para linguistik ini ditunjukkan oleh kanak-kanak melalui mimik muka, pergerakan tangan, mengangguk atau menggelengkan kepala, membeliakkan mata dan sebagainya. Penggunaan unsur prosodi atau para linguistik dalam pertuturan, dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk menguatkan maksud dan tujuan pertuturan mereka. Kanak-kanak juga perlu didedahkan untuk bertutur berdasarkan fungsi bahasa. Kemahiran bertutur berdasarkan fungsi bahasa akan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk membuat ujaran yang berbeza berdasarkan konteks situasi, tujuan, sasaran pendengar dan tempat. Terdapat beberapa fungsi bahasa yang perlu diajarkan kepada kanak-kanak pada peringkat awal pemerolehan dan perkembangan bahasa mereka. Antara fungsi bahasa yang sesuai dengan tahap kematangan mereka ialah: a)
fungsi peribadi
b)
fungsiperhubungan
c)
fungsi memberi arahan
d)
fungsi irnaginasi
22
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
e)
fungsi menyoal.
Sokongan daripada guru, ibu bapa dan rakan-rakan amat diperlukan untuk memastikan kanakkanak dapat bertutur dengan lancar. Kumpulan sokongan ini perlu bertindak sebagai pendengar yang responsif kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak seharusnya perlu diberi ruang dan peluang untuk bercakap, terutamanya dari aspek fungsi peribadi. Hal ini bermaksud, setiap kanak-kanak prasekolah perlu dilatih untuk menyatakan pendapat, perasaan serta pandangan mereka terhadap sesuatu perkara atau isu yang relevan dengan tahap kematangan mereka.
Kemahiran membaca Kamus Dewan (2005) mendefinisikan membaca sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memaharnkan kandungannya. Dalam kata lain, membaca merupakan satu perlakuan untuk mendapatkan makna daripada lambang-lambang bertulis. Justeru, aktiviti membaca melibatkan dua proses utama iaitu menterjemahkan lambang bertulis kepada bunyi bahasa dan proses kedua ialah mendapatkan makna daripada bunyi bahasa tersebut. Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti prabacaan terlebih dahulu sebelum mengajar mereka membaca. Pada tahap awal ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan aktiviti untuk meningkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran mereka. Aktiviti seperti ini bertujuan menyediakan kanak-kanak tersebut proses membaca yang sebenar. Tahap kedua ialah tahap bacaan mekanis, iaitu mengajar kanak-kanak untuk membunyikan huruf, suku kata dan perkataan. Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan serta bahan bantu mengajar yang boleh digunakan guru untuk mengajarkan kemah iran membaca tahap awal ini. Tahap berikutnya melibatkan proses membaca dan kefahaman. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh membaca dan memahami kandungan bahan bacaan tersebut. Aspek kefahaman merupakan pelengkap kepada proses bacaan. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini, guru prasekolah berperanan menambahkan aspek perbendaharaan kata pelajar. Perbendaharaan kata yang luas kelak dapat membantu pelajar mengaitkan bacaannya dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Bagi memastikan kemahiran membaca ini dapat dikuasai dengan baik sebelum kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan yang lebih formal, guru perlu dapat mengenal pasti masalah membaca yang timbul dalam kalangan pelajamya agar tindakan susulan dapat dirancang. Terdapat beberapa kriteria awal untuk mengenal pasti kesukaran membaca dalam kalangan kanak-kanak, iaitu: a)
kesukaran mengenal bentuk huruf
b)
kesukaran menyebut bunyi huruf dengan tepat
c)
keliru dengan huruf besar dan huruf kecil
d)
tidak dapat membatang suku kata
23
Pendidikan Prasekolah
e)
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
tidak dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar.
Kemahiran menulis Kemahiran menulis juga dikenali sebagai bahasa penulisan. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam empat komponen kemahiran literasi as as yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Hal yang demikian ini kerana sebelum dapat menguasai kemahiran menulis, seseorang kanak-kanak itu perlu menguasai bahasa lisan (fasih) dan bacaan (cekap membaca). Tambahan pula kemahiran menulis melibatkan keupayaan kanak-kanak untuk 'melukis' huruf, mengeja dan membaca. Bahasa penulisan ini juga memerlukan daya ingatan atribut bentuk huruf, simbol bunyi huruf dan sebutan huruf untuk membentuk satu perkataan yang bermakna. Sebelum mahir menguasai kemahiran menulis, terdapat beberapa kemahiran awal (asas) lain yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Antara kemahiran awal tersebut, termasuklah: a)
mendiskriminasikan
bentuk abjad yang didengar.
Contoh - huruf b dan p, huruf s dan h b)
mempunyai yang betul
kekuatan daya ingatan bunyi mengikut urutan atau susunan huruf /ayat
Contoh -
buku (perkataan - susunan huruf) buku biru ibu ( ayat - susunan perkataan)
c)
dapat membuat keseimbangan
dalam koordinasi otot, mata dan jari
d)
fasih dan Iancar dalam sebutan
e)
menguasai kemahiran mengeja dan membaca (kenai hurut).
Sekiranya pelajar masih gagal menguasai salah satu prakemahiran di atas, kanak-kanak terse but dianggap masih belum bersedia untuk menerima kemahiran menulis. Seterusnya hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran ini.
Sebelum mahir menulis, menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1994), kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat tertentu dalam perkembangan kemah iran menu lis mereka. Peringkat-peringkat tersebut ialah: a)
peringkat primitif
b)
peringkat pratulisan
c)
peringkat tulisan awal
d)
peringkat karangan awal.
Sebagai seorang guru prasekolah,
kesungguhan
24
dan komitmen untuk menerapkan kemahiran
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
literasi as as serta kemah iran literasi berfungsi amat dituntut. Seorang guru pada peringkat awal perlu mengesan dan men genal pasti masalah kanak-kanak dalam menguasai kemah iran as as ini. Pengesanan awal dapat membantu guru untuk merangka strategi serta aktiviti pemulihan atau pengayaan yang bersesuaian dengan tahap kematangan mereka.
Penguasaan Bahasa Kanak-kanak
dari Perspektif Teori Pembelajaran
Merujuk peringkat perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Piaget (1963), anak-kanak prasekolah berada dalam peringkat yang dinamakan sebagai peringkat praoperasi. Kanakkanak yang berada dalam peringkat ini memerlukan peneguhan dalam membentuk idea dan memahami konsep-konsep as as melalui aktiviti praktikal, permainan, berinteraksi dengan rakan dan persekitaran serta dirangsang dengan penggunaan bahan-bahan konkrit bagi membekalkan mereka dengan pengalaman yang berguna. Menurut Eliason dan Jenkins (2002), proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak perlu dirancang dengan teliti agar menghasilkan suasana belajar yang menyeronokkan, merangsang daya pemikiran kreatif, dapat menarik penglibatan pelajar serta menyuburkan sikap positif terhadap pelajaran yang dipelajari. Dalam keadaan demikian, terdapat beberapa pendekatan yang boleh dipraktikkan oleh guru prasekolah dan ibu bapa untuk merangsang proses perkembangan bahasa kanak-kanak. Antaranya kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan pendapat, membaca buku, bercerita dan sebagainya. Kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu disediakan dengan bahan bacaan yang menarik serta aktiviti permainan yang melibatkan bahasa. Penguasaan bahasa kanak-kanak juga dipengaruhi oleh proses sosialisasi mereka dengan persekitaran. Interaksi sosial bersama guru, ibu bapa dan rakan bukan sahaja dapat mengasah kemahiran mendengar dan bertutur, tetapi ia juga membantu perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Perspektif teori pembelajaran konstruktivis menekankan kepentingan ZPD - zone of proximal development dalam proses perkembangan bahasa kanak-kanak. Konsep yang diperkenalkan oleh Vygotsky melihat proses pembelajaran amat dipengaruhi oleh interaksi persekitaran. Vygotsky (1978) mendefinisikan ZPD sebagai the distance between the actual development level as determined by independent problem solving and the level of potential development as determined through problem solving under adult guidance or in collaboration with more capable peers. Perkara yang cuba diutarakan oleh Vygotsky ialah peranan guru, ibu bapa atau rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam proses pembelajaran dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi berbanding apabila kanak-kanak tersebut belajar secara bersendirian. Kemahiran berbahasa kanak-kanak dengan itu amat bergantung pada sistem sokongan sosial yang diwujudkan oleh rangkaian ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Apabila kanak-kanak berinteraksi bersama sistem sokongan sosial ini sarna ada di rumah atau di sekolah, mereka akan membina model komunikasi mereka sendiri.
25
Pendidikan Prasekolah
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
Kesimpulan Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang bersesuaian dengan pengalaman, kesediaan serta tahap kematangan kanak-kanak adalah penting. Ibu bapa atau guru perlu kreatif dalam merancang suasana pembelajaran bahasa yang berkesan dan menarik serta sesuai dengan tahap kematangan kanak-kanak tersebut. Pelopor pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel, Johann Pestalozzi, Maria Montessori (dalam Eliason & Jenkins, 2003) sering menyarankan agar pendidikan peringkat awal ini berasaskan persekitaran semula jadi dengan menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak.
Rujukan
Bond, G.L., Thinker, M.A., & Wasson, B.B. (1994). Reading difficulties:
their diagnosis and
correction. Boston: Allyn & Bacon
Eliason, C. & Jenkins, L. (2003). A practical guide to early childhood curriculum. New Jersey: Meril Prentice Hall.
Mahzan
Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa: Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
satu pendekatan
bersepadu.
Kuala
Piaget, J. (1963).The origin of intelligence in children. New York: Norton.
Pusat
Perkembangan Dawama
Kurikulum
(2006).
Kurikulum
prasekolah
kebangsaan.
Selangor:
Siri Panduan Guru (1992) Kurikulum baru sekolah rendah: asas kemah iran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Abu Bakar Syed Akil (1994). Panduan mengajar kemah iran membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Vygotsky, L (1978). Mind in society. Cambridge MA : Havard University Press.
26