perkembangan industri makanan halal dalam membangunkan modal insan. Ia
merangkumi ... development of halal food industry in upgrading human capital.
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PERKEMBANGAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
SUZILA BINTI SHAHARUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PERKEMBANGAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
SUZILA BINTI SHAHARUDIN
Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
iii
DEDIKASI
Istimewa untuk semua Insan Tersayang, Untuk ayahanda dan bonda yang dikasihi SHAHARUDIN ABDULLAH & ROKIAH MOHD NOOR Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT jua, Terima kasih atas doa dan pengorbanan dan kasih sayangmu.
Untuk Insan Tercinta, Suamiku MOHD RUSDI SAAD, Terima kasih kerana sokongan dan doronganmu, Terima kasih juga kerana memahami diri ini, Terima kasih atas segalanya.
Untuk permata hati Ummi, SYAUQINA RAUHAH & MUHAMMAD IMAN AZZOWAHIRI Kalian berdua menaikkan dan membakar semangat ummi, Untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu.
Tidak lupa juga buat pensyarah dan guru, kalian tidak pernah jemu mendidik dan mengamanahkan ilmu, terima kasih atas segala tunjuk ajar, halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari.
Semoga hamparan indah sentiasa menanti kehadiran hidupku….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah kuniaNya diberi kekuatan dan semangat dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammmad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan para mujahidin.
Ribuan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga yang memberi banyak dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini. Sokongan kalian memberikan kekuatan kepada saya dalam terus berusaha bersungguh-sungguh untuk terus berjuang.
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat penyelia Ustaz Mohd Abas bin Abd. Latiff yang banyak memberi tunjuk ajar, pendapat dan nasihat. Tidak lupa juga buat semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan, UTM yang banyak mencurahkan ilmu, pengetahuan, dorongan, kursus dan pelbagai seminar untuk menjadikan kami insan berguna. InsyaAllah, ilmu yang berguna dapat dimanfaatkan dan menjadi amalan kita semua.
Akhirnya, buat sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberikan idea, inspirasi dan sokongan dalam menyiapkan tugasan ini serta sahabat-sahabat tahun 3 Fakulti Pendidikan yang memberi kerjasama menjawab soal selidik. Seterusnya, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan kajian ini. Di harap kita semua mendapat keredhaan Ilahi. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap perkembangan industri makanan halal dalam membangunkan modal insan. Ia merangkumi pengetahuan dan keyakinan terhadap makanan dapat membentuk akhlak individu dan faktor kesedaran yang mendorong kesedaran guru pelatih terhadap pengambilan makanan halal. Seramai 77 guru pelatih dari Fakulti Pendidikan telah dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) for Windows versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah α = 0.946. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunujukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap perkembangan industri makanan halal dalam membangunkan modal insan. Kesimpulannya, guru pelatih mempunyai kefahaman dan keyakinan bahawa makanan dapat membentuk akhlak individu dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap pengambilan makanan halal.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to perceive teacher trainees’ perception on the development of halal food industry in upgrading human capital. It encompasses the knowledge and confidence in food intake and its correlation to mould positive moral conduct among individual and responsiveness factor to halal food intake amongst teacher trainees. 77 teacher trainees from Faculty of education were chosen as respondents. Questionnaire consisting 45 items were disseminated to the respondents and were analyzed using Statistical Package of Social Science (SPSS) for Windows version 15.0 in order to obtain the frequency, percentage and mean. The alpha croncbach for the instrument used in this study is α = 0.946. In general, the result shows that the respondent have positive perception towards the development of halal food industry in upgrading human capital. Thus, the teacher trainees have understanding and confidence to the fact that the fact that the choice of food intake helps to mould individual positive moral conduct and so, they have high consciousness on halal food intake.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB I
PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI SINGKATAN
xv
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Latar belakang Masalah
3
1.3
Pernyataan Masalah
6
1.4
Objektif Kajian
7
1.5
Persoalan Kajian
7
1.6
Kepentingan Kajian
8
1.7
Skop Kajian
8
1.8
Definisi Istilah 1.8.1
Persepsi
9
1.8.2
Guru
9
viii
1.9
BAB II
1.8.3
Industri
9
1.8.4
Makanan
9
1.8.5
Halal
10
1.8.6
Insan
11
1.8.7
Modal Insan
11
Kesimpulan
11
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pendahuluan
13
2.2
Makanan Minuman yang Halal
14
2.3
Makanan Seimbang dalam Islam
18
2.4
Makanan dan Minuman yang Haram
20
2.5
Makanan yang Syubhah
25
2.6
Industri Makanan Halal di Malaysia
27
2.7
Penyembelihan mengikut syarak
28
2.7.1
Kaedah penyembelihan
29
2.7.2
Syarat Penyembelihan
29
2.7.3
Hikmah Sembelihan
30
2.8
Garis Panduan ketika Memilih Makanan
2.9
Kepentingan Menjauhi Makanan yang
2.10
30
memudaratkan dan meragukan
32
Masalah berhubung isu halal dan haram
34
2.10.1 Keraguan dan ketidakpastian
ix
logo halal
34
2.10.2 Kehalalan makanan di restoran dan hotel diragui
BAB III
BAB IV
36
2.11
Kajian Lepas
37
2.12
Kesimpulan
39
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pendahuluan
40
3.2
Reka Bentuk Kajian
40
3.3
Tempat Kajian
41
3.4
Populasi Kajian
42
3.5
Instrumen Kajian
42
3.5.1 Pengumpulan Data Primer
43
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder
44
3.6
Kajian Rintis
45
3.7
Prosedur Kajian
45
3.8
Analisa Data
46
3.9
Kesimpulan
48
ANALISA DATA
4.1
Pendahuluan
49
4.2
Analisa Data (Bahagian A)
50
4.2.1 Latar Balakang Responden mengikut
50
x
Jantina 4.2.2 Latar Belakang Responden mengikut
51
Umur 4.2.3 Latar Belakang Responden mengikut
52
Status Perkahwinan 4.2.4 Latar Belakang Responden mengikut
52
Aliran Pendidikan 4.2.5 Latar Belakang Responden mengikut
53
Keputusan PNGK Terkini 4.3
Analisa Data (Bahagian B, C dan D)
53
4.3.1 Analisa Data Mengenai Persepsi Guru Pelatih terhadap Perkembangan Makanan Halal.
53
4.3.2 Analisa data mengenai pengetahuan dan keyakinan terhadap makanan halal dapat membentuk akhlak individu.
62
4.3.3 Analisa data mengenai faktor yang Mendorong kesedaran guru pelatih terhadap pengambilan makanan halal. 4.6
BAB IV
Kesimpulan
72 81
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pendahuluan
82
5.2
Perbincangan
83
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden
83
xi
5.2.2 Persepsi Guru Pelatih terhadap
84
Perkembangan Makanan Halal. 5.2.3 Pengetahuan dan Keyakinan terhadap
87
Makanan Halal dapat Membentuk Akhlak Individu. 5.2.4 Faktor yang Mendorong Kesedaran Guru
89
Pelatih terhadap Pengambilan Makanan Halal. 5.4
Rumusan
90
5.5
Cadangan
91
5.5.1 Masyarakat Islam
91
5.5.2 Pihak Berkuasa Tempatan
92
5.5.2.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
92
(JAKIM) 5.5.2.2 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
5.6
93
5.5.3 Kementerian Pelajaran
93
5.5.4 Pengusaha Makanan
93
5.5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
94
Kesimpulan
94
BIBLIOGRAFI
95
LAMPIRAN
100
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
3.1
TAJUK
Peringkat skala likert bahagian B, C dan D
3.2
HALAMAN
44
Agihan soalan mengikut Klasifikasi persoalan kajian
44
3.3
Nilai skor min
47
3.4
Perubahan lima skala likert kepada dua peringkat
47
4.1
Taburan responden mengikut jantina
51
4.2
Taburan responden mengikut umur
51
4.3
Taburan responden mengikut status Perkahwinan
4.4
Taburan responden mengikut aliran Pendidikan
4.5
52
52
Taburan responden mengikut keputusan PNGK terkini
53
4.6
Taburan skor bagi item 1
54
4.7
Taburan skor bagi item 2
54
4.8
Taburan skor bagi item 3
55
4.9
Taburan skor bagi item 4
55
4.10
Taburan skor bagi item 5
55
xiii
4.11
Taburan skor bagi item 6
56
4.12
Taburan skor bagi item 7
56
4.13
Taburan skor bagi item 8
57
4.14
Taburan skor bagi item 9
57
4.15
Taburan skor bagi item 10
58
4.16
Taburan skor bagi item 11
58
4.17
Taburan skor bagi item 12
59
4.18
Taburan skor bagi item 13
59
4.19
Taburan skor bagi item 14
60
4.20
Taburan skor bagi item 15
60
4.21
Analisa keseluruhan bagi item 1-15 (Bahagian B)
61
4.22
Taburan skor bagi item 16
62
4.23
Taburan skor bagi item 17
63
4.24
Taburan skor bagi item 18
63
4.25
Taburan skor bagi item 19
64
4.26
Taburan skor bagi item 20
64
4.27
Taburan skor bagi item 21
65
4.28
Taburan skor bagi item 22
65
4.29
Taburan skor bagi item 23
66
4.30
Taburan skor bagi item 24
66
4.31
Taburan skor bagi item 25
67
4.32
Taburan skor bagi item 26
67
4.33
Taburan skor bagi item 27
68
4.34
Taburan skor bagi item 28
68
4.35
Taburan skor bagi item 29
69
4.36
Taburan skor bagi item 30
69
4.37
Analisa keseluruhan bagi item 16-30 (Bahagian C) 70
4.38
Taburan skor bagi item 31
72
xiv
4.39
Taburan skor bagi item 32
72
4.40
Taburan skor bagi item 33
73
4.41
Taburan skor bagi item 34
73
4.42
Taburan skor bagi item 35
74
4.44
Taburan skor bagi item 36
74
4.45
Taburan skor bagi item 37
75
4.46
Taburan skor bagi item 38
75
4.47
Taburan skor bagi item 39
76
4.48
Taburan skor bagi item 40
76
4.49
Taburan skor bagi item 41
77
4.50
Taburan skor bagi item 42
77
4.51
Taburan skor bagi item 43
77
4.52
Taburan skor bagi item 44
78
4.53
Taburan skor bagi item 45
78
4.54
Analisa keseluruhan bagi item 31-45 (Bahagian D) 79
xv
SENARAI SINGKATAN
SWT
-
Subhanahu Wa Taala
SAW
-
Sallahualaihi Wasallam
UTM
-
Universiti Teknologi Malaysia
PPIPP
-
Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang
HDC
-
Halal Industry Development Corporation
JAKIM
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAIN
-
Jabatan Agama Islam Negeri
MAIN
-
Majlis Agama Islam Negeri
MAIPP
-
Majlis Agama Islam Pulau Pinang
PSZ
-
Perpustakaan Sultanah Zanariah
PNGK
-
Purata Gred Nilai Keseluruhan
KPDNKK
-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
N
-
Jumlah Responden (Sampel)
SPSS
-
Statistical Package for the Sosial Sciences
STS
-
Sangat Tidak Setuju
TS
-
Tidak Setuju
TP
-
Tidak Pasti
S
-
Setuju
SS
-
Sangat Setuju
BAB I
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Islam adalah agama yang mementingkan permasalahan halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang haram dan boleh memudaratkan kesihatan adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Umat Islam perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana makanan yang dimakan akan masuk ke dalam perut dan sebahagiannya akan menjadi darah daging. Pengambilan makanan yang haram bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan, malah boleh menjejaskan akidah seseorang Muslim.
Makanan yang suci dan bersih bukan sahaja boleh menyihatkan tubuh badan seseorang, bahkan boleh membantu individu Muslim meningkatkan ibadahnya dan melaksanakannya dengan sempurna. Pada sudut kerohanian, seseorang perlu mensucikan dirinya dengan hanya memakan makanan yang suci dan bersih kerana Allah Maha Suci dan mahukan hambaNya sentiasa dalam keadaan suci dan bersih. Allah SWT memberi perintah kepada hamba-hambaNya. Allah SWT berfirman:
2
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah : 168)
Penghasilan dan pemprosesan makanan kadangkala mengelirukan pengguna Islam. Oleh itu, logo halal yang diberikan amat penting bagi memudahkan pengguna terutamanya umat Islam untuk mendapat produk-produk yang halal. Tambahan pula, makanan yang baik serta halal bukan sahaja menjamin kesihatan fizikal, malah membentuk peribadi seseorang. Bagi memutuskan sama ada sesuatu makanan itu layak dimakan atau tidak, kita perlu menimbangkan lebih pada sekadar ianya halal atau haram. Perkataan ‘thoyyiban’ bermakna baik, dan ini juga bererti baik untuk dimakan dan diperolehi daripada sumber asli. Sabda Rasulullah SAW:
قال اي:عن جابر بن عبدهللا أن رسول هللا صىل هللا عليه وسمل كعب بن جعرة إهه لن يدخل إجلنة حلم هبت من حست Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Wahai Kaab bin ‘Ujrah sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga jika terdapat daging yang tumbuh di dalam tubuh badannya daripada sumber yang haram. (Riwayat Ad-Darimi)
3
1.2
Latar Belakang Masalah
Makanan adalah amat penting dalam kehidupan seharian, ia adalah salah satu keperluan hidup supaya manusia dapat menjalankan kehidupan harian dengan lebih sempurna. Makanan yang halal juga dilihat dari segi pemprosesan dan penyediaan makanan itu sendiri seperti cara penyembelihan yang mengikut syarak, penyediaan makanan dilakukan dengan bersih serta penyembelihan dilakukan oleh orang Islam. Menurut Muhamamad Uqbah An Nafiq (2000:17) memilih makanan yang halal dan baik, adalah untuk kebaikan tubuh badan, fikiran dan jiwa manusia itu sendiri.
Persoalan ini dibuktikan melalui operasi yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur dengan kerjasama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Pasar Pudu. Dalam operasi ini, pihak berkuasa mendapati kebanyakan penyembelih ayam di pasar tersebut adalah terdiri daripada warga Bangladesh yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Tambahan pula, ayam yang diproses dibiarkan bergelimpangan di atasa lantai yang berlumut. Keadaan ini menyebabkan ayam yang diproses, diragui kebersihannya. (Harian Metro, Mei 2010)
Selain daripada itu, fatwa telah dikeluarkan mengenai pengharaman ikan yang diberi makanan yang sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan. Menurut Mohd Amri Abdullah, Penolong Pengarah Cawangan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), fatwa yang dikeluarkan adalah wajar untuk menjadi panduan umat Islam untuk membeli hasil ternakan yang haram dimakan. (Berita Harian, April 2010). Semua pengguna terutamanya umat Islam perlu berhati-hati memilih makanan.
4
Makanan yang halal dan berkhasiat juga akan membentuk badan yang sihat dan minda yang cerdas. Pengambilan makanan yang sudah dijelaskan haramnya di dalam al-Quran akan menyebabkan mudarat kepada kesihatan manusia. Contohnya, pengharaman daging babi adalah kerana makanan yang dimakan oleh binatang tersebut adalah terdiri daripada benda yang kotor dan najis. Penyelidikan yang dibuat dan mendapati seseorang yang memakan daging babi akan menjadi penyebab wujudnya cacing pita yang sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia. (Majalah Al-Islam, Jun, 2009)
Makanan juga akan mempengaruhi amalan individu. Apabila seorang individu mengambil makan yang halal lagi baik, ia secara tidak langsung akan terdorong melakukan sesuatu yang baik. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam alQuran bahawa faktor pemakanan berkait langsung dengan setiap amalan kebaikan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh, sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mu’minun : 51)
Pengambilan makanan yang tidak halal juga akan menyebabkan hati sesorang menjadi gelap dan tidak mahu menerima teguran kearah kebaikan. Menurut Ustaz Safwan Fathy dalam Md Silahudin (2007:2), makanan dan minuman yang haram akan menutup pintu hati daripada melakukan kebaikan, sebaliknya akan mendorong kepada kemaksiatan. Selain itu, kesan pengambilan makanan yang halal juga berkaitan dengan doa seseorang. Doa seseorang akan terhijab jika makanan yang diambilnya adalah haram dan syubhah.
5
Hal ini menunjukkan pentingnya sesorang individu mengambil berat tentang makanan yang diambilnya. Sabda Rasulullah SAW:
مسعت:عن أيب عبد هللا إلنعامن بن بشري رىض هللا عهنام قال إن إحلالل بني وإحلرإم: رسول هللا صىل هللا عليه وسمل يقول مفن إثقى،بني وبيهنام مشتهبات ال يعلمهن لثري من إلناس ومن وقع ىف إلش هبات وقع ىف،إلش هبات إس تربأ دلينه وعرضه إحلرإم اكلرإعى يرعى حول إمحلى يوشك أن يرثع فيه أال وإن للك مكل محى وإن محى هللا حمارمه أال وإن ىف إجلسد مضغة إذإ صلحت صلح إجلسد لكه وإذإ فسدت فسد إجلسد لكه أال وىه .إلقلب )(روإه إلبخارى ومسمل
Maksudnya: Daripada Abu Abdullah an-Nu’maan bin Basyiir r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang (itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhah, ramai dari kalangan manusia tidak mengetahuinya. sesiapa yang menjaga diri daripada perkara syubhah, (maka) dia telah membersihlan agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat, dia akan jatuh ke dalam perkara haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah jasadnya seluruhnya. apabila ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
6
Dapatlah difahami daripada hadis tersebut bahawa kebaikan jasmani seseorang akan bergantung kepada kebaikan hatinya kerana ia merupakan anggota yang penting di dalam tubuh badan. Oleh itu, setiap individu perlu menjaga aspek pengambilan makanannya supaya dapat memperoleh hati yang bersih dan mudah untuk menerima kebenaran.
1.3
Pernyataan Masalah
Persoalan halal dan haram dalam pengambilan makanan masih dianggap remeh oleh masyarakat. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh guru pelatih sebagai bakal guru untuk memastikan para pelajar di sekolah memahami tentang makanan halal. Selain itu, seorang bakal guru perlu menerangkan kesan pengambilan makanan halal dalam kehidupan seorang Muslim. Di antara kesan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat akan membentuk individu yang sihat tubuh badan, membentuk akal yang cerdas dan secara tidak langsung ibadat yang dilakukan oleh individu diterima oleh Allah SWT. Kesan apabila seseorang individu mengambil makanan yang haram dan tidak bersih akan menyebabkan mudarat pada tubuh badan, gelap hati serta doanya tidak akan diterima. Ini jelas bahawa pengambilan makanan amat mempengaruhi sikap individu.
7
1.4
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
i.
Mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap perkembangan makanan halal.
ii.
Mengenal pasti pengetahuan dan keyakinan guru pelatih terhadap makanan halal dapat membentuk akhlak individu.
iii.
Mengenal pasti faktor yang mendorong kesedaran guru pelatih terhadap pengambilan makanan halal.
1.5
Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji:
i.
Apakah persepsi guru pelatih terhadap perkembangan makanan halal.
ii.
Adakah guru pelatih mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap makanan halal dapat membentuk akhlak individu.
iii.
Apakah faktor yang mendorong kesedaran guru pelatih terhadap pengambilan makan halal.