“Saya akui karya yang bertajuk “Persepsi Pelajar Mengenai Faktor-Faktor yang.
Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar”.
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR
SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
υ
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR 2007/2008 SESI PENGAJIAN : 2001/2002
Saya
SITI ZAHIRAH BINTI HALIM (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4.
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( √ )
√
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS)
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO 40, KAMPUNG SUNGAI GELUGUR, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.
Tarikh: 28 APRIL 2008
CATATAN
ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO Nama Penyelia
Tarikh: 28 APRIL 2008
* Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. υ
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”
Tandatangan
:…………………………................
Nama Penyelia
: ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO
Tarikh
: 28 APRIL 2008
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR
SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
ii
“Saya akui karya yang bertajuk “Persepsi Pelajar Mengenai Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
:…………………………................
Nama Penulis
: SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
Tarikh
: 28 APRIL 2008
iii
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....
Untuk ayah dan ibu tercinta, En. Halim Bakar & Pn. Maliah Omar Doa, dorongan dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima Kasih ayah dan ibu.
Untuk Adik-adik yang disayangi, Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi, Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan serta perkongsian suka dan duka bersama.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana muda, Encik Mohamad Abdillah bin Royo diatas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar kerana telah memberikan kerjasama untuk saya menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah S.W.T membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar. Faktor yang dikaji adalah dari aspek diri pelajar, keluarga, persekitaran, persekolahan dan rakan sebaya. Seramai 132 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α = 0.806) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor diri pelajar, keluarga, persekitaran dan persekolahan berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, faktor rakan sebaya berada pada tahap tinggi dalam mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi masalah perlakuan buli di kalangan pelajar.
vi
ABSTRACT
This survey research was conducted to identify student’s perception about factors which influence the bully problem at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar. The factors study are from the aspect of student’s self, family, environment, school and peer. 132 form four students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar have been chosen randomly as the sample of this study. The investigation had been carried out using questionnaire (α = 0.806) which was divided into two parts. Data was analyzed using computer software Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 to get the value of frequency, percentage and mean. Research finding showed that student’s self, family, environment and school factor were in middle level which influences the bully problem among students. However, peer factor was in high level which influences the bully problem among students. Therefore, a few recommendations were proposed in effort to curb the bully problem among students.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB 1
PERKARA
MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI RAJAH
xiv
SENARAI SINGKATAN
xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
3
1.3
Pernyataan masalah
8
1.4
Objektif Kajian
9
1.5
Persoalan Kajian
9
viii 1.6
Kepentingan Kajian
10
1.7
Skop dan Batasan Kajian
12
1.8
Terminalogi
12
1.8.1
Persepsi
12
1.8.2
Pelajar
13
1.8.3
Faktor
13
1.8.4
Mempengaruhi
13
1.8.5
Perlakuan Buli
14
1.9
BAB II
14
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pendahuluan
15
2.2
Faktor Diri Pelajar
18
2.3
Faktor Keluarga
22
2.4
Faktor Persekitaran
26
2.4.1 2.5
BAB III
Penutup
Media Massa Faktor Persekolahan
27 28
2.5.1
Sikap guru
30
2.5.2
Peraturan sekolah
32
2.6
Faktor Rakan Sebaya
33
2.7
Penutup
35
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pendahuluan
36
3.2
Reka Bentuk Kajian
37
3.3
Tempat Kajian
38
3.4
Populasi dan Sampel Kajian
38
3.5
Instrumen Kajian
39
3.5.1
Bahagian A: Maklumat pelajar
40
ix 3.5.2 3.6
BAB IV
Bahagian B: Persoalan Kajian
40
Kajian Rintis
42
3.6.1
Keesahan Item Soal Selidik
43
3.6.2
Kebolehpercayaan Item Soal Selidik
44
3.7
Analisis Data
44
3.8
Prosedur Kajian
45
3.9
Penutup
47
ANALISIS DATA
4.1
Pendahuluan
48
4.2
Analisis Data Bahagian A
49
4.2.1
Jantina
49
4.2.2
Kaum
49
4.3 4.3.1
Analisis Data Bahagian B
50
Persoalan kajian 1: Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar
Sekolah
Menengah
Kebangsaan Kulai Besar? 4.3.2
Persoalan
kajian
2:
51 Apakah
faktor
keluarga mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar
Sekolah
Menengah
Kebangsaan Kulai Besar? 4.3.3
Persoalan
kajian
3:
53 Apakah
faktor
persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar? 4.3.4
Persoalan
kajian
4:
56 Apakah
faktor
persekolahan mempengaruhi perlakuan buli
di
kalangan
pelajar
Sekolah
Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
58
x 4.3.5
Persoalan kajian 5: Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
BAB V
pelajar
Sekolah
Menengah
Kebangsaan Kulai Besar?
60
4.4
Ringkasan Dapatan Kajian
63
4.5
Penutup
65
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1
Pendahuluan
66
5.2
Rumusan
66
5.2.1
Rumusan maklumat diri responden
5.2.2
Rumusan
berdasarkan
item
67 yang
dikemukakan 5.3 5.3.1
67
Perbincangan
69
Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5.3.2
69
Apakah faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5.3.3
71
Apakah faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5.3.4
Apakah
faktor
73
persekolahan
mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
75
xi 5.3.5
Apakah
faktor
rakan
sebaya
mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
77
5.4
Cadangan
79
5.5
Cadangan Kajian Lanjutan
81
5.6
Kesimpulan
82
BIBLIOGRAFI
83
LAMPIRAN
92
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
3.1
Pembahagian Item mengikut persoalan kajian.
41
3.2
Skala Likert
42
3.3
Skala Min
45
4.1
Taburan responden mengikut jantina
49
4.2
Taburan responden mengikut kaum
50
4.3
Analisis faktor diri pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar
4.4
51
Analisis faktor keluarga terhadap perlakuan buli di
kalangan
pelajar
Sekolah
Menengah
Kebangsaan Kulai Besar 4.5
53
Analisis faktor persekitaran terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar
4.6
56
Analisis faktor persekolahan terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar
4.7
58
Analisis faktor rakan sebaya terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar
60
xiii 4.8
Analisis dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian.
63
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
3.1
TAJUK
Carta Aliran Prosedur Kajian
MUKA SURAT
46
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
KETERANGAN
PMR
Penilaian Menengah Rendah
SPM
Sijil Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A
Borang Soal Selidik
B
Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W. Yang
MUKA SURAT
92
menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi.
96
C
Surat pengesahan Soal Selidik
98
D
Surat Kebenaran Menjalani Projek Sarjana Muda
100
E
Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor
101
F
Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia
102
xvi
BAB I
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Pelajar merupakan harapan bangsa dan negara kerana mereka bakal memimpin negara pada masa depan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah berusaha memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada golongan ini bagi memastikan mereka mendapat ilmu yang berguna dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).
Sekolah merupakan sebuah institusi yang paling penting dalam memastikan matlamat negara dapat dicapai dengan melahirkan insan yang berkualiti dalam setiap segi. Pelajar bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu pengatahuan yang berguna, malah
2 mereka juga turut diterapkan dengan nilai-nilai murni bagi memastikan mereka menjadi masyarakat yang sentiasa mengamalkan budaya Malaysia serta dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Tugas mendidik anak bangsa bukanlah satu tugas yang mudah. Guru memainkan peranan yang sangat penting bagi membentuk pelajar yang baik dari segi mental, emosi dan rohani. Tugas guru semakin mencabar kerana mereka terpaksa mendidik pelajar yang terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang. Oleh itu, wujud pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan.
Dalam senario pendidikan sekarang, terdapat pelbagai masalah disiplin pelajar yang masih tidak dapat dikawal. Antara yang dimaksudkan adalah seperti masalah tingkah laku antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di kawasan sekolah (Fortin, 2003). Antara banyak masalah, masalah buli merupakan masalah yang dianggap serius walaupun ia hanya berlaku di kawasan sekolah.
Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa (Rigby, 1996). Menurut Tattum (1988) pula perlakuan buli adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan atau stress. Ianya diarahkan kepada individu yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya di dalam situasi sebenar (Roland, 1993).
Perlakuan buli ini terjadi kerana ia didorong oleh beberapa faktor. Olweus (1978), menyatakan faktor keluarga adalah yang paling signifikan berbanding faktor yang lain. Antara faktor lain yang menyebabkan terjadinya perlakuan buli ini adalah faktor diri pelajar, persekolahan, rakan sebaya dan persekitaran.
3 1.2
Latar Belakang Masalah
Misi Nasional yang dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bukan sahaja berpaksikan usaha merealisasikan Wawasan 2020 yang tinggal hanya 12 tahun lagi, tetapi juga bertujuan untuk membina tamadun negara yang dihuni oleh masyarakat berkeperibadian mulia di sebuah negara kelas pertama menjelang tahun tersebut. RMK-9 mengakui bahawa modal insan berkualiti merupakan objek paling penting untuk mencapai Misi Nasional ini. Pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi kunci kejayaan sepanjang proses tersebut. Kemahiran, pengetahuan dan keupayaan jika diadun bersama nilai progresif, sikap positif serta adat tata susila masyarakat Timur, sudah pasti bangsa Malaysia yang cintakan negara serta menghormati Perlembagaan dan Rukun Negara akan dapat memastikan negara terus bersaing dalam dunia tanpa sempadan.
Sekolah dilihat mampu untuk membentuk, melentur serta membina modal insan berjiwa Malaysia yang bersedia mengharungi cabaran masa depan bangsa dan tanah air. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).
Sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran (Murphy et al., 1985). Beliau merujuk kepada keupayaan sekolah untuk menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah bebas daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda mereka di sekolah.
4 Perlakuan jenayah yang semakin meningkat di kalangan remaja, khususnya pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah tetapi turut memberikan impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Azizi et al., 2005).
Walaubagaimanapun, beberapa kejadian yang melibatkan disiplin pelajar menjadi isu yang sangat penting dan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Kes buli yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa seriusnya masalah disiplin di negara kita. Kes buli semakin menjadi-jadi di sekolah sehingga dilaporkan bahawa terdapat 35 orang pelajar telah meninggal dunia dalam kejadian buli yang berlaku sehingga Julai 2005 (Berita Harian, 31 Julai 2005).
Pada 28 mac 2005, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian seorang pelajar tingkatan empat akibat mengalami pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul dan dipijak oleh pelajar senior di Dom Osman, Asrama Putera Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor (SMADKPM), (Berita Mingguan, 14 Julai 2005). Berikutan kes tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Maah, telah menjatuhkan hukuman penjara tanpa tempoh ke atas lapan pelajar tingkatan lima SMADKPM pada 6 Ogos 2004.
Seterusnya diikuti pula dengan kes seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan pekan (SMKP) di Kuantan cedera dibelasah tujuh pelajar lain dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada sebatang rokok (Berita Mingguan, 14 Julai 2005).
Pada 8 Ogos 2005, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli oleh lima pelajar setingkatannya hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita Harian, 23 Ogas 2005).
5 Berita Harian, 23 Ogos 2005 juga melaporkan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak telah dibelasah oleh 10 pelajar senior asrama sekolah tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 16 tahun, patah tangan kanan serta lebam di bahagian badan dan muka.
Lazimnya, perlakuan buli ini hanya akan disedari sekiranya mangsa mengalami kecederaan ataupun kematian. Lazimnya, guru kurang menyedari perlakuan buli berbanding dengan pelajar. Mereka juga percaya perlakuan buli ini adalah dalam bentuk memukul, menyepak dan juga mencemuh (Ziegler dan Rosenstein-Manner, 1991). Terdapat juga perlakuan buli yang tidak mengakibatkan kecederaan fizikal tetapi memberi kesan kepada emosi mangsa. Perlakuan ini bukan sahaja mendatangkan ketidak selesaan kepada mangsa malah boleh mengakibatkan kecacatan fizikal serta trauma yang teruk.
Tindakan membuli mungkin dilakukan oleh individu atau kumpulan. Ia secara umumnya termasuklah mencederakan orang lain, tolak-menolak, mengejek, penyisihan, pemulauan, peras ugut, gangguan telefon, mengambil barang orang lain, bergaduh, bertumbuk, mempersendakan orang lain dengan nama yang tidak elok atau disukainya, mencela atau mencaci, merosakkan harta benda orang lain dan mengancam (Tattum dan Lane, 1988).
Perlakuan buli ini terjadi tanpa mengira jantina samada lelaki mahupun perempuan. Pelajar lelaki dilihat seakan-akan merasai kesan langsung untuk mengalami tingkah laku buli secara fizikal manakala pelajar perempuan lebih cenderung menggunakan tingkah laku buli secara verbal atau tingkah laku buli secara tidak langsung seperti penyisihan sosial (Whitney dan Smith, 1993).
Besag (1989) menyatakan bahawa pelajar yang terlibat dalam perlakuan buli semasa zaman sekolah adalah berpotensi untuk terlibat dalam kegiatan jenayah apabila ia dewasa kelak. Oleh itu, masalah ini perlu diberi perhatian kerana jika ia
6 semakin parah, generasi kita pada masa depan akan mengalami masalah sosial yang serius.
Perlakuan buli di kalangan pelajar ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada perlakuan buli adalah wujudnya perasaan tidak selesa di dalam diri pelajar itu sendiri. Menurut Zulkifli Ismail (2004), para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah sebenarnya mengalami masalah emosi yang berlainan seperti tekanan jiwa atau stress. Tekanan jiwa ini wujud mungkin bermula dari dalam diri individu itu atau ia mungkin dicetuskan oleh faktor-faktor luaran. Lazimnya, pelajar yang tidak dapat mengawal tekanan dan tidak sabar akan mengatasi masalah mereka dengan melakukan sesuatu yang drastik dengan harapan masalah mereka dapat diselesaikan atau dilupakan dengan segera. Antara tindakan drastik yang sering dilakukan pelajar adalah merokok, menonton televisyen berlebihan, mengusik kawan dan sebagainya.
Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion et.al, 1991). Fakta ini juga disokong dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) mendapati bahawa punca salah laku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku anti sosial. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April, 1995).
Faktor persekolahan juga turut mendorong kepada masalah ini. Kajian yang telah dijalankan oleh Charach, Pepler, dan Ziegler (1995) mendapati bahawa guru jarang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kajian mereka juga mendapati bahawa kakitangan sekolah mungkin melihat permasalahan perlakuan buli ini sebagai cerita
7 atau perkhabaran yang tidak memudaratkan dan ianya tidak perlu diberi perhatian melainkan gangguan verbal dan psikologikal tersebut melampaui batas sehingga membawa kepada ancaman fizikal atau pergaduhan.
Disamping itu, persekitaran pelajar juga dapat mempengaruhi pelajar melakukan kesalahan disiplin termasuklah perlakuan buli. Persekitaran merupakan satu aspek yang luas dan banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Persekitaran meliputi penglibatan pelajar dalam kerja atau aktiviti sekolah, sokongan dari ibu bapa, peranan masyarakat, media massa, rakan sebaya, budaya dan sebagainya (Fortin, 2003).
Pengaruh rakan sebaya begitu kuat dalam pembentukan budaya remaja. Masa yang lebih panjang bersama dengan rakan-rakan, samada di sekolah atau di luar sekolah, mempangaruhi kognitif, afektif dan tingkah laku remaja yang akhirnya membentuk norma yang tersendiri (Noraini Ahmad, 2000). Senario di mana ibu bapa semakin sibuk mencari rezeki dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak menyebabkan golongan remaja ini
sentiasa mencari rakan untuk berkongsi
kesedihan dan kegembiraan.
Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000). Menurut beliau juga, dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah. Antara faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.
8 Faktor diri pelajar merujuk kepada sikap, perasaan serta emosi yang mendorong pelajar melakukan perbuatan membuli. Ia juga merujuk kepada aspek motivasi dalaman seseorang pelajar. Faktor keluarga pula merujuk kepada aspek hubungan kekeluargaan antara pelajar dan ibu bapa, konflik dalam rumah tangga dan gaya keibubapaan.
Faktor persekitaran merujuk kepada pengaruh media massa, sikap masyarakat setempat serta budaya masyarakat yang mendorong pelajar melakukan perbuatan membuli. Peraturan sekolah dan sikap guru adalah antara aspek yang dilihat di dalam faktor persekolahan. Akhir sekali, kajian ini ingin melihat apakah rakan sebaya turut mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar.
1.3
Pernyataan Masalah
Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi perlakuan buli dari sudut persepsi pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar. Faktor yang akan di kaji adalah faktor diri pelajar, faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.
9 1.4
Objektif kajian
Antara Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Mengenalpasti sama ada faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
2. Mengenalpasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
3. Mengenalpasti sama ada faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
4. Mengenalpasti sama ada faktor persekolahan mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
5. Mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
1.5
Persoalan Kajian
1. Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
2. Apakah faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
10 3. Apakah faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
4. Apakah faktor persekolahan mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5. Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
1.6
Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Penyelidik menjalankan kajian ini kerana menyedari bahawa terdapat banyak pihak yang perlu bertanggungjawab dalam memastikan disiplin pelajar terkawal seterusnya berusaha membanteras kejadian buli yang berlaku di sekolah pada hari ini.
Antara pihak yang dimaksudkan di sini adalah:
1. Pihak Sekolah Kajian ini dapat dijadikan input yang berguna kepada pihak sekolah bagi merangka kempen serta program interversi dan melaksanakannya di sekolah untuk menangani masalah perlakuan buli ini. Ia juga dapat memberikan pendedahan kepada pihak sekolah mengenai faktor-faktor perlakuan buli di kalangan pelajar. Langkah pencegahan yang baik juga dapat di wujudkan setelah faktor-faktor perlakuan buli ini dikenal pasti. Seterusnya pihak sekolah perlu sentiasa memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar dan lebih berkesan.
11 2. Ibu bapa Kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah buli di kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga membantu ibu bapa memahami tingkah laku anak-anak. Ia penting kerana ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak-anak mereka belajar dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dengan perlakuan buli. Ibu bapa turut bertanggungjawab menyediakan persekitaran rumah yang selesa dan menjaga hubungan kekeluargaan yang baik supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang dari setiap ahli keluarga.
3. Pihak Guru Guru merupakan pihak yang paling dekat dengan pelajar ketika mereka di sekolah. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu malah mereka juga bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar. Kajian ini membolehkan guru mengenalpasti dan memahami perlakuan pelajar serta memberi perhatian terhadap pelajar-pelajar yang berpotensi terlibat dalam perlakuan buli ini. Guru juga boleh membantu dalam menangani perlakuan buli ini dengan pelbagai cara yang boleh diterima oleh pelajar.
4. Para Pelajar Kajian ini juga penting kepada pelajar kerana melalui kajian ini, pelajar dapat mengetahui maksud perlakuan buli yang sebenarnya serta dapat memberikan kesedaran kepada mereka mengenai tingkah laku yang tidak patut mereka lakukan. Melalui kajian ini juga, pelajar dapat membantu rakan mereka yang terlibat dengan perlakuan buli.
5. Penyelidik Bagi pihak penyelidik pula, kajian ini penting bagi membantu penyelidik mengenalpasti serta memahami faktor-faktor yang mendorong kepada perlakuan buli di kalangan pelajar. Kajian ini juga berguna kepada penyelidik kerana ia dapat dijadikan panduan untuk penyelidik menjadi guru yang berkesan dalam melahirkan para pelajar cemerlang dari segi akademik dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
12 1.7
Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktorfaktor yang mempengaruhi perlakuan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar. Oleh itu ia masih tidak dapat mencari penyelesaian terhadap masalah perlakuan buli ini.
Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebagsaan Kulai Besar. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat mewakili keseluruhan pelajar sekolah menengah di negara ini.
1.8
Terminologi
1.8.1
Persepsi
Persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia juga membawa maksud pandangan atau tanggapan (Kamus Dewan, 2002). Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada pandangan pelajar mengenai faktor-faktor yang mendorong kepada perlakuan buli.
13 1.8.2
Pelajar
Pelajar bermaksud orang yang belajar atau orang yang mengaji (Kamus Dewan, 2002). Dalam kajian ini, pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Johor.
1.8.3
Faktor
Menurut Kamus Dewan (2000), faktor merupakan unsur atau punca yang menyumbang kepada sesuatu. Faktor juga merujuk kepada perkara yang mengakibatkan sesuatu yang lain (Kamus Dwi Bahasa, 2001). Kamus Melayu Global (1997) pula mendefinisikan faktor sebagai punca keadaan yang dapat menpengaruhi dan mengubah sesuatu yang lain. Di dalam kajian ini, faktor merujuk kepada unsur yang mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan buli.
1.8.4
Mempengaruhi
Menurut
Kamus
Dewan
(2003),
mempengaruhi
adalah
menguasai,
berpengaruh keatas serta menggunakan pengaruh kepada sesuatu. Mempengaruhi juga boleh didefinisikan sebagai menghasut, mempergunakan pengaruh yang ada untuk kepentingan diri sendiri (Kamus Dwi Bahasa, 2001). Di dalam kajian ini, perkataan mempengaruhi merujuk kepada unsur-unsur yang menyumbang kepada perlakuan buli.
14 1.8.5
Perlakuan Buli
Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perlakuan buli sebagai satu perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Ia juga merujuk kepada sesuatu perbuatan mempermainkan orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan orang berkenaan.
Tindakan membuli secara umumnya termasuklah mencederakan orang lain, tolak-menolak, mengejek, penyisihan, pemulauan, peras ugut, mengambil barang orang lain, bergaduh, bertumbuk, mempersendakan orang lain dengan nama yang tidak elok atau disukainya, mencela atau mencaci, merosakkan harta benda orang lain dan mengancam
(Tattum dan Lane, 1988). Dalam kajian ini, perlakuan buli
merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh pelajar samada mencederakan atau mempersendakan orang lain dan mempermainkan orang yang lebih lemah.
1.9
Penutup
Sememangnya masalah perlakuan buli ini semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. Sebelum mencari penyelesaiannya, faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli perlu dikenal pasti agar pihak yang bertanggungjawab dapat mencari jalan penyelesaian yang sepatutnya. Kajian ini dapat membantu mengenal pasti faktor-faktor perlakuan buli seterusnya dapat mengelakkan masyarakat menuding jari kepada pihak-pihak tertentu apabila masalah perlakuan buli ini timbul.