pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak: kajian di Sekolah.
Menengah ... 2.6 Inovasi Perkaedahan Pengajaran Pendidikan. Islam. 31.
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG.
KHAIRUL NASIHA BINTI ISHAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BAHAGIA, TEMERLOH.
KHAIRUL NASIHA BINTI ISHAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii DEDIKASI
Segala puji dan syukur ku panjatkan padaMu Ya Ilahi Selawat dan salam untuk jungjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat Ayahanda dan Bonda tercinta… ISHAK BIN MD YASSIN & NOTRAH BINTI ISA Kau amat ku sayangi dan sanjungi Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu Pengorbanan, sokongan dan doronganmu Tidak akan kulupakan Menjadi kekuatan untukku terus mencapai kejayaan Adik-beradik yang sangat dikasihi, NAJMI, NAJAH, NABILA, ISLAHUDDIN, NAJWA, IZZUDDIN & ISYRAAQ
Terima kasih di atas sokongan dan bantuan di kala kebuntuan Kasih sayang kalian kusemat abadi di hati Kalian cukup bermakna dalam hidupku Doa dan harapanku agar kalian beroleh kejayaan PENSYARAH-PENSYARAH
PPIPS & Fakulti Pendidikan yang dihormati... Redhakanlah segala ilmu yang telah dicurahkan Moga dapatku teruskan pada generasi yang akan datang Ya Allah... rahmatilah para pendidikku SAHABAT-SAHABAT seperjuangan...
Terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya Membantu bersama untuk menggenggam segulung ijazah Semoga kejayaan milik kita bersama Moga rahmat dan kasih sayangNya mengiringi perjalanan hidup kita Akhir sekali...
Terima kasih pada semua... Terima kasih atas sokongan kalian...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya , maka laporan Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan hingga ke nokhtah yang terakhir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia PM Dr Yahya Bin Jusoh selaku penyelia dan pembimbing penyelidik kerana sanggup meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek sarjana muda ini amatlah dihargai. Juga tidak dilupakan kepada kedua-dua penilai iaitu Dr Ramli Bin Awang dan Ustazah Maznah Binti Ali.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, serta warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh, Pahang yang banyak membantu
Akhir sekali, kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami dan menolong penyelidik secara langsung ataupun tidak langsung. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dariNya. Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak: kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh. Pemilihan sampel secara rawak berkelompok telah dilakukan dan seramai 85 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik bagi kajian ini mengandungi 37 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi iaitu 3.57, diikuti dengan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak juga berada pada tahap min yang tinggi iaitu 3.68 dan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak berada pada tahap min sederhana iaitu dengan nilai min 3.33. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This research was carried out to assess the perception of students of Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh towards Islamic Education teaching method in behavior development. The cluster sample was done and 85 students have been chosen as respondents. This study made by and sets of questionnaires which contained 37 question was gave to the respondents and analysed by descriptively to obtain value frecuency, percent and mean. Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS) version 14.0 used to analyse data. From the findings, the perception of students towards Islamic Education method of teaching had high level of mean at 3.57, followed by the perception of students towards Islamic Education method of teaching in behaviour development have high level with mean 3.67 and the perception of students towards the implimentations of Islamic Education method of teaching in behavior development was obtained medium level of mean with 3.33. At the end of the study, the researcher had proposed several suggestions to the related parties to ensure full attention was paid towards the studied problems. Suggestions for further research were also been proposed for further research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB 1
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
ISI KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI AYAT AL-QURAN
xv
SENARAI RAJAH
xvi
SENARAI SINGKATAN
xvii
SENARAI SIMBOL
xviii
SENARAI LAMPIRAN
xix
PENDAHULUAN
1
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
2
1.3
Penyataan Masalah
7
1.4
Objektif Kajian
8
1.5
Persoalan Kajian
8
1.6
Kepentingan Kajian
9
viii 1.7
Batasan Kajian
10
1.8
Definisi Istilah
10
1.8.1
Persepsi
11
1.8.2
Pelajar
11
1.8.3
Kaedah
11
1.8.4
Pengajaran
11
1.8.5
Pendidikan Islam
12
1.8.6
Pembentukan
12
1.8.7
Akhlak
12
1.9
BAB 2
Kesimpulan
13
SOROTAN KAJIAN
14
2.1
Pengenalan
14
2.2
Falsafah Pendidikan Islam
15
2.3
Matlamat Pendidikan Islam
17
2.4
Bidang Pendidikan Islam
18
2.4.1
Pendidikan Keimanan
18
2.4.2
Pendidikan Akhlak
19
2.4.3
Pendidikan Jasmani
20
2.4.4
Pendidikan Pemikiran
21
2.4.5
Pendidikan Kerohanian
22
2.4.6
Pendidikan Kemasyarakatan
23
2.5
Kaedah Pengajaran Konvensional Pendidikan
23
Islam 2.5.1
Syarahan
23
2.5.2
Soal Jawab
25
2.5.3
Perbincangan
26
2.5.4
Cerita dan Nasihat
27
2.5.5
Modul
28
2.5.6
Projek
29
2.5.7
Qudwah Hasanah
30
ix 2.6
Inovasi Perkaedahan Pengajaran Pendidikan
31
Islam 2.6.1
Pengajaran Berbantukan Komputer
31
2.6.2
Kaedah Interaksi
32
2.7
Definisi Akhlak, Moral Dan Adab
33
2.8
Prinsip Dan Dasar Falsafah Akhlak Dalam Islam
35
2.9
Kajian-Kajian Lepas
36
2.9.1
Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam
36
2.9.2
Pembentukan Akhlak
38
2.8
BAB 3
Kesimpulan
METODOLOGI KAJIAN
40
3.1
Pengenalan
40
3.2
Rekabentuk Kajian
40
3.3
Lokasi Kajian
41
3.4
Populasi Dan Sampel Kajian
41
3.5
Instrumen Kajian
42
3.5.1
42
Pengumpulan Data Primer 3.5.1.1 Soal selidik
3.5.2
BAB 4
39
Pengumpulan Data Sekunder
42 45
3.6
Prosedur Kajian
46
3.7
Kajian Rintis
46
3.8
Kajian Sebenar
47
3.9
Jangka Masa Kajian
48
3.10 Analisis Kajian
49
3.11 Kesimpulan
50
ANALISIS DATA
51
4.1
51
Pengenalan
x 4.2
Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang
52
Responden 4.2.1
Latar Belakang Responden Mengikut
52
Jantina 4.2.2
Latar Belakang Responden Mengikut
53
Tingkatan 4.2.3
Latar Belakang Responden Mengikut
53
Tempat Tinggal 4.2.4
Latar Belakang Responden Mengikut
54
Penjaga 4.2.5
Latar Belakang Responden Mengikut
54
Pekerjaan Bapa/ Penjaga 4.2.6
Latar Belakang Responden Mengikut
55
Pekerjaan Ibu 4.2.7
Latar Belakang Responden Mengikut
56
Pencapaian Pendidikan Islam Terkini
BAB 5
4.3
Analisis Data Bahagian B
56
4.4
Analisis Data Bahagian C
62
4.5
Analisis Data Bahagian D
69
4.6
Analisis Dapatan Keseluruhan
76
4.7
Kesimpulan
82
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
83
CADANGAN
5.1
Pengenalan
83
5.2
Perbincangan
83
5.2.1
Maklumat Latar Belakang Responden
84
5.2.2
Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah
85
Pengajaran Pendidikan Islam 5.2.3
Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Dalam
89
xi Pembentukan Akhlak 5.2.4
Persepsi Pelajar Terhadap Pelaksanaan
93
Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak 5.3
Rumusan
98
5.3.1
98
Rumusan Apakah Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam
5.3.2
Rumusan Bagaimanakah Persepsi
99
Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak 5.3.3
Rumusan Sejauhmanakah Persepsi
99
Pelajar Terhadap Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak 5.4
Cadangan
101
5.4.1
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
101
5.4.2
Sekolah
102
5.4.3
Guru-Guru
102
5.4.4
Ibu Bapa
104
5.5
Cadangan Kajian Lanjutan
104
5.6
Penutup
105
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN
106
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
Jadual 3.1
Jumlah Populasi dan Responden Mengikut
HALAMAN
42
Tingkatan Jadual 3.2
Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian
43
Jadual 3.3
Pengkelasan Skala Likert
45
Jadual 3.4
Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min
49
Jadual 3.5
Nilai Skor Min
50
Jadual 4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
52
Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Tingkatan
53
Jadual 4.3
Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal
53
Jadual 4.4
Taburan Responden Mengikut Penjaga
54
Jadual 4.5
Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa
54
Jadual 4.6
Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu
55
Jadual 4.7
Taburan Responden Mengikut Pencapaian
56
Pendidikan Islam Terkini Jadual 4.8
Taburan Skor Min Bagi Item Satu
57
Jadual 4.9
Taburan Skor Min Bagi Item Dua
57
Jadual 4.10
Taburan Skor Min Bagi Item Tiga
58
Jadual 4.11
Taburan Skor Min Bagi Item Empat
58
Jadual 4.12
Taburan Skor Min Bagi Item Lima
59
Jadual 4.13
Taburan Skor Min Bagi Item Enam
59
Jadual 4.14
Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh
60
xiii Jadual 4.15
Taburan Skor Min Bagi Item Lapan
60
Jadual 4.16
Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan
61
Jadual 4.17
Taburan Skor Min Bagi Item Sepuluh
61
Jadual 4.18
Taburan Skor Min Bagi Item 11
62
Jadual 4.19
Taburan Skor Min Bagi Item 12
63
Jadual 4.20
Taburan Skor Min Bagi Item 13
63
Jadual 4.21
Taburan Skor Min Bagi Item 14
64
Jadual 4.22
Taburan Skor Min Bagi Item 15
64
Jadual 4.23
Taburan Skor Min Bagi Item 16
65
Jadual 4.24
Taburan Skor Min Bagi Item 17
65
Jadual 4.25
Taburan Skor Min Bagi Item 18
66
Jadual 4.26
Taburan Skor Min Bagi Item 19
66
Jadual 4.27
Taburan Skor Min Bagi Item 20
67
Jadual 4.28
Taburan Skor Min Bagi Item 21
67
Jadual 4.29
Taburan Skor Min Bagi Item 22
68
Jadual 4.30
Taburan Skor Min Bagi Item 23
68
Jadual 4.31
Taburan Skor Min Bagi Item 24
69
Jadual 4.32
Taburan Skor Min Bagi Item 25
70
Jadual 4.33
Taburan Skor Min Bagi Item 26
70
Jadual 4.34
Taburan Skor Min Bagi Item 27
71
Jadual 4.35
Taburan Skor Min Bagi Item 28
71
Jadual 4.36
Taburan Skor Min Bagi Item 29
72
Jadual 4.37
Taburan Skor Min Bagi Item 30
72
Jadual 4.38
Taburan Skor Min Bagi Item 31
73
Jadual 4.39
Taburan Skor Min Bagi Item 32
73
Jadual 4.40
Taburan Skor Min Bagi Item 33
74
Jadual 4.41
Taburan Skor Min Bagi Item 34
74
Jadual 4.42
Taburan Skor Min Bagi Item 35
75
Jadual 4.43
Taburan Skor Min Bagi Item 36
75
Jadual 4.44
Taburan Skor Min Bagi Item 37
76
Jadual 4.45
Rumusan
Dapatan
Kajian
Persepsi
Pelajar
Terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia,
77
xiv Temerloh. Jadual 4.46
Rumusan
Dapatan
Kajian
Persepsi
Pelajar
78
Terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh Jadual 4.47
Rumusan
Dapatan
Kajian
Terhadap
Pelaksanaan
Persepsi
Kaedah
Pelajar
Pengajaran
Pendidikan Islam Dalam Membentuk Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh
80
xv
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN
HALAMAN
Surah Yusuf 10:9
15
Surah az-Zariyat 51:56
17
Surah Luqman 31:13
19
Surah al-Baqarah 2:242
21
Surah al-An’am 6:1
24
Surah al-Baqarah 2:260
25
Surah at-Tariq 86:5-8
26
Surah an-Nisa’ 4:164
27
Surah al-Ahzab 33:21
30
Surah al-Qalam 68:4
33
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
Rajah 2.1
Falsafah Pendidikan Islam
16
Rajah 5.1
Analisis Data Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian
100
Berdasarkan Min
HALAMAN
xvii
SENARAI SINGKATAN
DVD
Digital Video Disc
IPD
Ibu Pejabat Polis
ICT
Information and Communication Technology
JAPIM
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia
LCD
Liquid Crystal Display
KBSM
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MCPF
Malaysia Crime Prevention Foundation
NUTP
National Union of the Teaching Profession
PBK
Pengajaran Berbantukan Komputer
PIBGN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
PPIPS
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PSZ
Perpustakaan Sultanah Zanariah
P&P
Pengajaran dan Pembelajaran
S
Setuju
s.a.w
Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)
SMKSB
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia
S.W.T
Subhanahu Wa Ta’ala (Allah)
SPSS
Statistical Packages For Social Sciences
SS
Sangat Setuju
STS
Sangat Tidak Setuju
TS
Tidak Setuju
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
VCD
Video Compact Disc
xviii
SENARAI SIMBOL
a
-
Alpha
n
-
Jumlah
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A
Borang Soal Selidik
B
Surat Kebenaran Menggunakan Instrumen Kajian (Kementerian Pelajaran Malaysia)
C
Surat Kebenaran Menggunakan Instrumen Kajian (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang)
D
Surat Pengesahan Menjalankan Kajian (Fakulti Pendidikan)
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Akhlak
merupakan
satu
mekanisme
yang
perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat.
terpenting
dalam
melihat
Ini memetik kata-kata yang
bermaksud jika hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini. Jelas menunjukkan bahawa kualiti kehidupan masyarakat bergantung kepada kualiti generasi hari ini. Pincang remaja hari ini maka pincanglah masyarakat akan datang.
Oleh itu, Pendidikan Islam mempunyai peranan yang sangat utama dan penting dalam aspek pembentukan akhlak. Perkara ini akan berkehendakkan para guru terutama guru Pendidikan Islam untuk meningkatkan kualiti pengajaran.
Ini kerana, kualiti
seseorang pelajar akan mencapai tahap yang terunggul apabila ilmu yang dipelajari dapat diselarikan dengan akhlak yang mulia.
Justeru, para guru Pendidikan Islam
perlulah mengorak langkah yang terbaik dalam mendidik para pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga terdidik dalam soal agama, akhlak dan kemasyarakatan.
2 1.2
Latar Belakang Masalah
Dewasa ini pelbagai masalah keruntuhan akhlak sering disuarakan oleh banyak pihak yang kebanyakannya melibatkan para pelajar sekolah. Permasalahan yang timbul ini begitu membimbangkan sehingga ramai di antara ibu bapa dan guru di sekolah mula resah dan gelisah melihat akhlak para pelajar. Tidak dapat dinafikan lagi pelbagai masalah yang timbul di kawasan kajian (Daerah Temerloh dan Mentakab) seperti salah laku pelajar terhadap guru, rogol, gengsterisme, buli dan sebagainya telah menimbulkan pelbagai pandangan dan persepsi dalam kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Islam amnya dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam khasnya.
Di Malaysia, Pendidikan Islam walaupun jauh lebih baik dari segi falsafah dan pelaksanaannya dibandingkan dengan beberapa negara Islam yang lain, akan tetapi realiti pelaksanaannya masih terpisah daripada Pendidikan Islam dengan pendidikan akademik, antara apa yang dipelajari pelajar dengan apa yang dihayati mereka. Hasilnya terdapat pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dalam Pendidikan Islam tetapi dari sudut amalannya adalah sebaliknya.
Sebelum ini, negara pernah didedahkan dengan hasil kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 yang menjelaskan tentang penularan gangsterisme yang semakin berleluasa di sekolah menengah seluruh negara. Menurut Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mendapati pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius. Sebanyak 1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2003 (Utusan Malaysia, 16 Januari 2009).
Ini
merupakan statistik enam tahun yang lepas, bagaimana pula dengan statistik bagi tahun 2009. Pastinya statistik ini mempunyai perubahan yang ketara. Oleh itu, MCPF perlu membuat perangkaan yang terbaru bagi menujukkan statistik jenayah yang terkini.
3 Terbaru, tajuk akhbar Utusan Malaysia “Kongsi gelap dalangi gengsterisme di sekolah” merupakan satu berita yang mampu menggemparkan para pendidik di negeri Pahang. Menurut guru penolong kanan sekolah berkenaan, kewujudan kumpulan kongsi gelap yang mendalangi kegiatan gengsterisme di sekolah itu menyebabkan ramai pelajar takut untuk ke sekolah. Antara kes yang dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu dan dua sering menjadi mangsa peras ugut di kalangan rakan-rakan mereka yang menjadi ahli kumpulan kongsi gelap. Kumpulan kongsi gelap ini meminta ‘wang perlindungan’ daripada para pelajar.
Ini mengakibatkan kawasan sekolah bukan lagi suatu tempat yang selesa untuk menimba ilmu tetapi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, konsep senior-junior mampu menyumbang kepada kegiatan gengsterisme dan kejadian sosial seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah (Utusan Malaysia, 6 Mac 2009). Oleh itu, konsep seniorjunior perlulah dikaji semula bagi membantu mengatasi masalah salah laku pelajar di sekolah.
Di samping itu, kumpulan kongsi gelap ini juga telah menjadikan guru penolong kanan sekolah berkenaan sebagai mangsa apabila cermin kereta cikgu tersebut dipecahkan oleh kumpulan ini. Mengikut laporan yang diberikan kejadian ini berlaku selepas anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh datang ke sekolah terbabit membuat siasatan berkenaan jenayah di sekolah. Oleh itu, kejadian seperti ini akan mengancam keselamatan seseorang guru. Bagi guru yang takut mereka terpaksa membatukan diri, membutakan mata, membisukan suara dan membenamkan kekecewaan. Ini mengakibatkan peranan sekolah dalam menghasilkan pelajar yang berpengetahuan serta berakhlak mulia akan terkubur dek kerana permasalahan salah laku pelajar terhadap guru yang semakin berleluasa.
4 Selain itu, kes belasah-membelasah dan buli-membuli semakin menjadi kegemaran di kalangan pelajar. Contohnya kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah dekat Mentakab cedera dan terpaksa dipapah pulang selepas dibelasah 10 rakan sekolahnya (Utusan Malaysia, 3 Mac 2009). Ini merupakan kejadian yang terbaru yang telah dipaparkan di dada akhbar.
Keadaan ini
menggambarkan bahawa para pelajar menjadikan tumbuk menumbuk sesama mereka sebagai jalan penyelesaian sekiranya berlaku salah faham antara mereka.
Di samping itu, rogol adalah di antara kes jenayah yang paling tinggi dicatatkan di kalangan para pelajar sekolah di daerah ini berbanding kes-kes lain yang membabitkan salah laku pelajar tahun lepas. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superitenden Mohamed Zulmazi Che Daud, kes rogol membabitkan pelajar bawah umur 16 tahun berada di tempat kedua selepas kes gaduh daripada keseluruhan 27 kes jenayah pelajar sekolah yang dicatatkan. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh IPD Temerloh, turut mencatatkan kes lain seperti curi motosikal, pecah rumah, ponteng sekolah dan melawan guru.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kurangnya pemantauan daripada ibu bapa serta kurang didikan agama dan wujudnya hiburan melampau. Selain itu, pelajar mudah untuk mendapatkan bahan lucah sama ada daripada internet, telefon bimbit berkamera, VCD dan DVD. Ini menjadikan para pelajar mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Oleh itu, perhatian dan peranan daripada semua pihak perlu diberikan dalam menangani permasalahan ini (Sinar Harian@Pahang, 11 Februari 2009:1).
Terdahulu, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita ‘Pelajar Sepak Guru’. Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan tetapi di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis pelajar perempuan tingkatan 2 di sekolah itu mula menjadikan guru wanita sebagai sasaran berikutan perasaan tidak puas hati ditegur lewat
5 menghantar tugasan sekolah. Guru yang berusia 27 tahun itu ditendang berulang-ulang kali di perut. Ini menggambarkan bahawa rasa hormat para pelajar terhadap guru pada hari ini semakin meruncing.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng mengulas perbuatan melampau pelajar tersebut merupakan kesalahan yang sangat berat dan pelajar terbabit perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan para pelajar yang lain supaya kejadian menggemparkan seperti ini tidak akan berulang lagi. Dalam hal ini, pihak NUTP juga berpandangan bahawa hukuman rotan perlu dibenarkan semula untuk memberi kesedaran dan pengajaran supaya para pelajar tidak bertindak di luar batasan (KOSMO, 17 Oktober 2008).
Oleh
yang
demikian,
melihat
kepada
keadaan
yang
begitu
nyata
membimbangkan ini, penyelidik amat berminat untuk mengkaji permasalahan ini. Sebagaimana yang diketahui, semua pelajar beragama Islam adalah diwajibkan mengambil subjek Pendidikan Islam yang mana di dalamnya mencakupi empat dasar ilmu yang berlandaskan akal (kognitif), hati (efektif) dan jawariah (psikomotor) dan rohani (spiritual).
Berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam, peruntukan masa yang diberikan bagi peringkat menengah rendah adalah sejumlah 240 minit yang boleh dibahagikan kepada enam waktu dengan 40 minit bagi satu waktu pengajaran. Tiga waktu diajar dalam waktu persekolahan biasa, dua waktu diajar dalam masa tambahan dan satu waktu untuk amali solat.
Adapun di peringkat menengah atas, peruntukan masa adalah selama 160 minit seminggu yang boleh dibahagikan kepada tiga waktu pengajaran biasa dan satu waktu
6 untuk amali solat (Ahmad Mohd Salleh, 2008: 84). Waktu pengajaran yang panjang sepatutnya membolehkan para pelajar belajar dan menghayati pengajaran yang disampaikan.
Justeru, apa yang menjadi persoalannya di sini ialah bagaimanakah
kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh mampu membentuk akhlak para pelajar?
Oleh itu, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan para pelajar ini harus dibendung dengan segera. Dengan itu, pembentukan akhlak melalui Pendidikan Islam merupakan satu usaha mendidik insan muslim melalui nasihat, pengetahuan, ilmu dan penghayatan. Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh yang merupakan salah sebuah sekolah menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sebagai sebuah sekolah
menengah harian biasa yang mempunyai latar belakang pelajar yang berbeza-beza menjadikan watak dan tingkah laku seseorang pelajar adalah berbeza-beza mengikut didikan dan pengaruh keluarga.
Sekolah ini pastinya tidak terlepas daripada berlakunya permasalahan sosial. Antara masalah sosial yang sering di kaitkan dengan sekolah ini ialah gejala buli di kalangan para pelajar, ponteng sekolah, samseng, gaduh dan lain-lain. Akhlak pelajar yang rosak akan menjadi barah kepada kehidupan bermasyarakat. Sehubungan dengan itu, persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh, Pahang?
7 1.3
Pernyataan Masalah
Isu yang ingin dibangkitkan oleh pengkaji ialah keraguan terhadap gejala keruntuhan akhlak di kalangan pelajar yang mempelajari matapelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, masalah tingkahlaku atau disiplin pelajar yang sering menghiasi dadadada akhbar begitu menghairankan masyarakat Islam.
Bagaimana situasi ini boleh
berlaku.
Ini kerana, apabila menyebut akhlak pelajar ianya berkait rapat dengan proses pengajaran Pendidikan Islam. Apabila menyebut proses pengajaran Pendidikan Islam ianya berkait pula dengan kaedah pengajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Apakah kaedah pengajaran yang diwarisi itu sesuai lagi digunakan di masa kini atau perlu kepada perubahan?
Menurut Abdul Raof Dalip (1990: 67), tahap pengajaran guru
sebahagiannya masih berada di tahap yang lemah. Oleh itu, penyelidik ingin melihat bagaimanakah persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh.
Keadaan ini menjadikan pelajar mudah merasa bosan serta jemu dan akhirnya menganggap Pendidikan Islam bukanlah satu mata pelajaran yang penting dan membantu dalam perubahan tingkahlaku pelajar ke arah yang lebih sihat.
Justeru,
penyelidik juga ingin menganalisis sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh.
8 1.4
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1
Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh.
1.4.2
Menjelaskan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh.
1.4.3
Menganalisis persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh.
1.5
Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang ingin dijawab ialah :
1.5.1
Apakah persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia?
1.5.2
Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia?
1.5.3
Sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia?