PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

1223 downloads 12208 Views 2MB Size Report
Keselamatan pelajar pergi balik sekolah. 2. ... Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan ... program kebersihan dan keceriaan serta membaiki.
UNIT HAL EHWAL MURID SKTM

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

ELEMEN SEKOLAH SELAMAT 2012 1. Keselamatan pelajar pergi balik sekolah. 2. Keselamatan warga sekolah.

DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam ataupun luar sekolah.

MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF 1 2 3

4 5 6 7 8 9

Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. Memastikan hak setiap warga sekolah dipertahan dan dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.

RASIONAL 1 2

3 4

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, social, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

FUNGSI JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT 1. 2.

3. 4. 5. 6.

Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak komuniti dan keluarga. Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat. Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada. Memastikan kesedaran wujud di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat. Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa.

POLISI 1 KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH DEFINISI Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan selamat semasa pergi dan balik sekolah. OBJEKTIF 1 Menghindari kemalangan yang melibatkan murid semasa pergi dan balik sekolah. 2 Mendisiplinkan murid-murid melalui peraturan di jalan raya. 3 Mengenalpasti laluan ke sekolah. 4 Membekakan maklumat tentang undang-undang dan peraturan jalan raya. 5 Membimbing dan menekankan amalan berhemah ketika berada di jalan raya.

KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH PERANAN IBU BAPA 1 2 3 4 5

6

Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya menjaga keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah. Mengingatkan anak-anak supaya sentiasa berhemah ketika menggunakan jalan raya. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan laluan yang selamat. Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak-anak berada dalam keadaan yang baik. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan program ‘Keselamatan Jalan Raya’. Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.

POLISI 2 KESELAMATAN WARGA DI SEKOLAH DEFINISI Semua warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat sewaktu di sekolah. OBJEKTIF 1 Mengenalpasti jenis kemalangan yang sering berlaku di kawasan sekolah. 2 Memberi kesedaran kepada warga sekolah bagaimana mengelakkan kemalangan. 3 Memberikan maklumat yang tepat tentang peraturan-peraturan semasa berada di kawasan sekolah. 4 Membimbing warga sekolah menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau bencana lain. 5 Membimbing warga sekolah menggunakan peralatan kecemasan seperti pemadam api, peti ubat dan sebagainya. 6 Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan perkara yang tidak diingini.

KESELAMATAN WARGA DI SEKOLAH PERANAN IBU BAPA 1

Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.

2

Membantu pihak sekolah melaksanakan programprogram kebersihan dan keceriaan serta membaiki kerosakan-kerosakan kecil perabot dan bangunan.

3

Sentiasa menasihati anak-anak tentang ciri-ciri keselamatan ketika berada di sekolah.

4

Melaporkan tentang individu atau situasi yang mencurigakan kepada pihak sekolah.

TATACARA APABILA BERLAKU KEMALANGAN DI SEKOLAH ATAU DI LUAR KAWASAN SEKOLAH 1

Memberi rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.

2

Sekiranya perlu, hantarkan ke hospital.

3

Laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada pihak polis.

4

Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan permohonan tuntutan insuran.

SISTEM KAWALAN KESELAMATAN (CCTV)

PASUKAN KAWALAN LALU LINTAS (PIBG SKTM)

SKTM

LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN