mencari komuniti anak yatim yang lebih dekat dengan Universiti Malaya.Hasil pencarian. rumah anak yatim yang saya lakuka
NAMA KUMPULAN
: MATHZIK
NAMA KURSUS
: JALINAN MASYARAKAT
KOD KURSUS
: GXEX1417
NAMA PENSYARAH
: EN.NORJOHARUDDEEN
REFLEKSI DIRI JALINAN MASYARAKAT Nama : Mohd Zulhilmi bin Abdul Razak No matrik : SEP140030 Peranan : Pengarah
Kursus Jalinan Masyarakat merupakan salah satu subjek Universiti di mana semua mahasiswa dan mahasiswi perlu mengambil subjek ini. Kursus ini memerlukan sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi melakukan aktiviti atau meluangkan masa serta membantu masyarakat di luar.Oleh itu,kumpulan saya telah memilih untuk melakukan aktiviti dan meluangkan masa bersama anak-anak yatim di Rumah Bakti Nur Syaheera,Cheras. Pada permulaannya,kami telah mendapat tempat rumah anak yatim di Puchong,tetapi memandangkan pelbagai masalah yang timbul seperti masalah pengangkutan,saya selaku Pengarah bagi projek ini mencari jalan lain iaitu dengan mencari komuniti anak yatim yang lebih dekat dengan Universiti Malaya.Hasil pencarian rumah anak yatim yang saya lakukan di internet,saya telah mendapat
Rumah Bakti Nur
Syaheera.Kami juga telah membuat lawatan dan perbincangan di rumah tersebut .Setelah kami berbincang dengan pemilik rumah tersebut,beliau telah bersetuju membenarkan kami untuk melakukan aktiviti di sana. Selepas kami mendapat tempat tersebut,saya dan rakan-rakan mula mencari sumbangan daripada orang ramai dan saya telah meminta pertolongan ayah saya untuk membuat kutipan derma di pejabatnya. Hasil kutipan yang ayah saya perolehi adalah RM
403.00 . Selain itu,rakan sekumpulan saya juga banyak mencari sumbangan di laman sosial Instagram dan Alhamdulillah,kami mendapat begitu banyak sumbangan dari segi makanan serta wang ringgit yang bernilai RM 2000.00. Memandangkan saya selaku pengarah projek,saya merupakan ketua dalam semua aktiviti yang dilakukan di sana.Aktiviti yang kami lakukan kebanyakannya secara berkumpulan bagi mengeratkan lagi hubungan kami dengan anak-anak yatim di situ. Setelah selesainya aktiviti kami di sana,terdapat banyak pengalaman yang saya timba,iaitu cara untuk berinteraksi dengan kanak-kanak serta pengalaman dalam menguruskan sesuatu majlis.Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan ialah apabila anak-anak yatim tersebut meluahkan perasaan mereka yang gembira dan berkongsi cerita mereka bersama saya.Pengalaman itu menyebabkan saya berasa sebak dan simpati terhadap mereka. Selain itu,saya juga dapat mempelajari sesuatu yang baharu daripada sesebuah komuniti di mana setiap komuniti itu mempunyai perbezaan terutama dari segi perasaan mereka dan kita perlulah menjaga adab serta pertuturan kita bagi mengelakkan mereka terasa hati.Di samping itu juga,mengenai rakan sekumpulan saya,perkara yang saya pelajari ialah,kita seharusnya saling bantu–membantu antara satu sama lain tanpa mengira jawatan kita bagi memudahkan sesuatu pekerjaan itu. Manakala berkaitan dengan diri saya pula,perkara baru yang saya pelajari ialah kita seharusnya sabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana tidak semua perkara mudah,jadi kesabaran yang tinggi amat penting supaya kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas.
Sehubungan dengan itu,perkara yang berkaitan dengan kerja lapangan yang akan saya kekalkan ialah semangat setia kawan dimana semua ahli dalam kumpulan saya bekerja keras dan bekerjasama dalam menjayakan program Ikatan Silaturrahim ini. Manakala perkara yang akan saya tambah baikkan ialah meluangkan masa dan melakukan aktiviti yang lebih banyak agar hubungan kami dengan komuniti tersebut bertambah erat. Oleh itu,cadangan saya kepada pihak Universiti Malaya ialah dengan mengekalkan Kursus Jalinan Masyarakat ini serta menyediakan peruntukan kewangan yang lebih kepada pelajar bagi memudahkan pelajar melakukan aktiviti.
REFLEKSI Nama: NURUL SYAHIDA BINTI MAT HUSSIN No. Matrik: SEP140048 Peranan: Setiausaha
Nama diberi Nurul Syahida Binti Mat Hussin merupakan setiausaha bagi projek Ikatan Silaturrahim yang diadakan di Rumah Bakti Nur Syaheera,Cheras.Sebelum projek dijalan kan secara rasmi pada 10,16 dan 17 Mei 2015,saya sebagai setiausaha berperanan untuk menyediakan minit mensyuarat setiap kali pejumpaan antara ahli dijalankan.Selain itu,saya juga berperanan untuk menyediakan surat tajaan bagi biro tajaan untuk meminta sumbangan daripada beberapa syarikat atau peniaga-peniaga kecil.Sumbangan yang diminta, bukan sahaja berbentuk wang,malahan makanan dan sebagainya.Semasa berlangsungnya program,saya berperanan sebagai fasilitator.
Pengalaman yang bermakna yang saya dapat daripada projek Ikatan Silaturrahim adalah saya dapat melihat sendiri keadaan anak-anak yatim di Rumah Bakti Nur Syaheera yang sudah pandai berdikari dalam menguruskan diri meskipun mereka merupakan anak kecil yang berumur 6,7 atau 8 tahun.Antara perkara yang saya agak kagum dengan anak-anak yatim ini,mereka diajar mengemas tempat makan setelah selesai makan.Selain itu,saya juga dapat berkomunikasi dengan lebih dekat dengan anak-anak yatim dan ternyata
mereka sama dengan anak-anak yang lain meskipun mereka tidak mempunyai ibu bapa.Mereka sangat aktif dan bertenaga.Semasa program dijalankan,mereka sangat gembira dan bermain dengan bersungguh-sungguh seoalah-olah pertandingan besar sedang dijalankan.Di samping itu,perkara yang tidak dapat dilupakan adalah apabila setiap ahli menari dan menyanyi bersama-sama anak-anak yatim, kegembiraan yang dirasakan, sama-sama kami kongsi. Perkara baru yang saya pelajari daripada projek ini adalah keakraban anak-anak yatim di Rumah Bakti Nur Syaheera.Mereka sangat akrab meskipun mereka datang daripada pelbagai tempat,namun mereka sedar ,mereka mempunyai nasib yang sama iaitu kehilangan ibu bapa tercinta.Selain itu,saya juga bersyukur,masih ada masyarakat yang berhati mulia yang snaggup menjaga anak-anak ini meskipun mereka sendiri hidup dalam serba kekurangan.Ini merujuk kepada pemilik Rumah Bakti Nur Syaheera yang tidak putus-putus mencari dana demi memberi sesuap nasi anak-anak yatim disana.Saya juga bersyukur,masih ada masyarakat yang prihatin akan keadaan anak-anak ini dan sanggup
memberi
sumbangan
dalam
bentuk
apa-apa
sahaja.Projek
Ikatan
Silaturrahim,berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk makanan.Pelbagai makanan yang disumbangkan antaranya adalah kek,brownies dan sebagainya.Saya juga belajar untuk menghargai idea dan cadangan rakan-rakan tentang aktiviti yang akan dijalankan disana.Salah seorang rakan kami,sangat bersemangat untuk melakukan permainan yang sangat menarik.
Pengalaman yang sangat bermakna ini,sangat sukar untuk dilupakan.Saya sangat bersyukur,pihak universiti mewujudkan kursus ini.Kursus ini haruslah dikekalkan kepada generasi yang akan datang agar lebih ramai generasi muda masa akan datang sedar akan nasib yang dialami oleh setiap orang tidak sama,ada yang bernasib baik dan ada yang nasibnya
kurang
baik.Disamping
itu,generasi
akan
datang
dapat
membantu
meringankan beban masyarakat yang kurang baik di luar sana.Namun,cadangan saya,pihak universiti seharusnya menyediakan pengangkutan kepada pelajar untuk menjalankan projek ini.
REFLEKSI Nama: Faradiana Binti Juan No. Matrik: SEP140011 Peranan: Bendahari PROGRAM IKATAN SILATURRAHIM BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA Sebelum bermulanya program ini, kami berbincang dan diberi tugasan dan saya merupakan bendahari untuk program ini. Tugas saya sebagai bendahari adalah membuat bajet perbelanjaan yang akan kami gunakan sepanjang program ini berlangsung. Setelah itu, apa yag saya cuba lakukan adalah membantu biro tajaan. Banyak syarikat perniagaan yang kami cuba hubungi dan kebanyakkan daripada itu adalah perniagaan online. Alhamdulillah kerana respon yang diberi amat menggalakkan. Ramai peniaga online yang sudi memberi sumbangan dan menolong kami menjayakan program tersebut. Kami mendapat terlalu banyak tajaan makanan untuk anak-anak yatim tersebut. Kami juga dapat memberi sumbangan berbentuk yasin dan tasbih untuk mereka beserta wang derma ikhlas yang kami terima dari pihak-pihak lain. Daripada situ, saya mulai sedar yang ramai masyarakat kita terutama yang berkemampuan untuk menyumbang tidak akan lepaskan peluang untuk membantu anak-anak yatim di luar sana. Ada juga di antara barang tajaan yang kami ambil sendiri di kediaman mereka masing-masing. Dari situ jugalah, saya mengenal erti bersabar dan ikhlas untuk melakukan kerja amal dalam diri saya.
Sehinggalah tiba hari kejadian, saya pertama kali
bertemu dengan anak-anak yatim
dan berasa agak sebak kerana mereka dapat hidup tanpa kasih sayang ibu bapa yang secukupnya. Mereka memberikan kesedaran kepada saya dan membuat saya bersyukur masih diberi peluang untuk hidup dengan kasih sayang ibu bapa. Kami memperkenalkan diri dan bermain bersama untuk mengeratkan hubungan sesama kami.
Perkara yang tidak dapat saya lupakan. Salah seorang budak dari kumpulan saya bernama Aqbar. Adik Aqbar pada mulanya agak malu dan pasif. Tetapi selepas melakukan aktiviti, dia semakin boleh didekati dan mesra sifatnya. Pada hari kedua kami datang, saya tidak menyangka yang dia dapat mengingat nama saya dan memanggil saya dari jauh seolah-olah menyambut kedatangan kami. Pada hari itu juga makcik Aqbar datang untuk membawanya pulang tetapi dia enggan kerana mahu meneruskan aktiviti bersama kami. Apabila saya bertanya pada beliau, beliau terus menceritakan asal usul keluarga dan masalah beliau. Agak sedih kerana dia seolah-olah percaya pada saya untuk menceritakan tentang masalah dia. Dia jugak kelihatan sedih mendapat tahu yang program kami akan berakhir pada hari itu. Dia selalu memanggil saya dan sentiasa duduk dibelakang saya. Dia pernah berkata yang muka saya sama seperti makcik yang menjagnyaa dari kecil. Itulah pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. Apa yang saya pelajari dari aktiviti ini ialah perlu adanya belas ihsan dan simpati pada orang yang memerlukan. Kita seharusnya membantu mereka dan memberi semangat agar mereka dapat meneruskan hidup seperti orang lain. Ikhlas dalam melakukan kerja dan
sabar amatlah penting. Dari sini jugalah saya dapat mengenal erti kasih sayang dalam hidup bermasayarakat. Perkara tentang kerja lapangan yang perlu dikekalkan: -Program Jalinan Masyarakat perlu mengekalkan konsep seperti ini pada sem akan datang kerana ianya memberikan impak yang sangat mendalam. Teruskan dengan konsep aktiviti bersama masyarakat supaya kesedaran dapat dicapai. Perkara tentang kerja lapangan yang akan ditambah baik: -Perlu mengadakan perjumpaan dengan lebih kerap dan mengatur masa yang sesuai untuk aktiviti ini. Cadangan kepada pihak universiti tentang kursus jalinan masyarakat: -Pihak universiti perlu menyediakan perkhidmatan kenderaan kepada pelajar bagi memudahkan pelajar untuk pergi membuat aktiviti. Di samping itu, ianya dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan. Kenderaan tersebut boleh dibuat bergilir dengan kumpulan yang lain.
NAMA : RAZANAH BINTI ZAKARIA NO. MATRIK : SEP140051 PERANAN : UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
A) Sebelum Program Jalinan Masyarakat Kursus Jalinan Masyarakat merupakan salaha satu daripada kursus wajib universiti bagi mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaya. Ketika pertama kali saya mendengar kursus seperti ini termasuk di dalam kursus wajib universiti, saya tertanya-tanya kursus ini berkaitan dengan apa? Kita perlu buat apa untuk kursus ini? Saya merujuk kepada senior-senior di universiti untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus ini sebelum mendaftar kursus ini untuk semester ini. Tetapi kebanyakan senior-senior tidak tahu kerana sebelum ini kursus ini tidak ada pada zaman mereka. Kemudian, barulah saya mengetahui bahawa rupa-rupanya kursus ini baru sahaja wujud pada pelajar-pelajar sesi 2013/2014 dan kami merupakan pelajar-pelajar yang kedua setelah wujudnya kursus pada sesi lepas. Ketika mendaftarkan kursus ini saya berasa pelik kerana kursus ini tiada tempat dan masa yang spesifik seperti subjek-subjek yang lain. Jadi saya mengambil keputusan tunggu dan lihat kerana ketika itu tidak terfikir untuk bertanya senior-senior tahun dua yang telah pun
menyempurnakan kursus ini. Saya juga tertanya-tanya kenapa kursus ini tidak melibatkan satu fakulti dan kami dikelaskan mengikut jabatan/kos. Setelah mendapat email dari pensyarah untuk perjumpaan yang pertama, saya pun menunggu sehingga perjumpaan yang pertama. Ketika hari itu tiba, saya pun pergi pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan dan mendapati sememangnya hanya mahasiswa daripada jabatan kami sahaja di situ. Ketika pensyarah kami menjelaskan kursus jalinan masyarakat ini barulah terasa segala simpulan persoalan di benak pemikran mula merungkai ikatannya satu persatu. Ketika itu, kami diberikan satu soalan iaitu SIAPA SAYA? Dan seperti biasa kami pun menjawab soalan itu dengan jawapan-jawapan yang ‘cliche’ seperti ‘Saya seorang pelajar,seorang anak,seorang manusia....’. Dan kami diminta untuk memberikan jawapan-jawapan itu. Dan selepas selesai sesi menjawab soalan itu, pensyarah kami pun menayangkan video-video yang pada saya telah menyedarkan kita apa erti kita kepada manusia di sekeliling kita. Dan sekali lagi, kami diberi soalan yang sama’SIAPA SAYA?’ seusai menonton video-video yang menyentuh naluri seoran insan. Kali ini seperti kami mendapat suatu jawapan yang selama ini tidak pernah terfikir oleh kami setiap kali diajukan soalan ini. Seolah-olahnya kita seperti kita tahu diri kita, tetapi sebenarnya ada lebih lagi dari sekadar yang kita tahu. Bermula dari titik itu, pelbagai iktibar dan titik tolak perubahan dari sudut pemahaman dan diri saya mula timbul. Mengapa kita dijadikan di muka bumi ini?Kenapa setiap manusia yang berada di dalam video-video itu bersikap sedemikian? Mengapa? Mengapa? dan Mengapa? Dan sebagai seorang Islam, saya mengetahui setiap manusia yang bertindak sedemikian adalah suatu rahmat. Dalam konteks Islam sendiri, seorang muslim itu membawa rahmat kepada muslim-muslim yang lain.
Begitu juga manusia yang beragama lain, sebenarnya setiap seorang yang bergelar insan itu sebenarnya adalah rahmat bagi manusia yang lain. Boleh jadi pada hari ini, kita terjumpa seorang pencuri kerana kesempitan hidupnya tetapi sekiranya kita menghulurkan bantuan mereka pada masa akan datang adalah seorang doktor yang berjaya dan menghulurkan bantuan kepada kita saat kita berada dalam kesusahan. Dan inilah yang dikatakan kita adalah rahmat kepada orang lain. Sebenarnya inilah hasil kupasan daripada video-video yang dipertontokan kepada kami oleh pensyarah supaya kami melakukan kursus ini bukan hanya sekadar untuk melengkapkan kursus wajib universiti kami supaya boleh bergraduasi atau sekadar membuat kerja-kerja amal yang bermusim tanpa menjalinkan hubungan dengan sesuatu komuniti. Lebih dari itu yang ingin diketengahkan kusrsus jalinan masyarakat ini diwujudkan di universiti. Selepas itu, kami membentuk kumpulan kursus jalinan kami untuk memudahkan perjalanan jalinan masyarakat kami. Setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang ahli dan kumpulan kami sendiri terdiri daripada 8 orang ahli. Setiap ahli pula membawa peranan dan tanggungjawab dalam organisasi setiap kumpulan. Kami mengalami sedikit kesukaran dalam
penentuan setiap peranan ahli-ahli memandangkan tidak semua ahli turut hadir ketika perjumpaan kali kedua bersama pensyarah berkenan pembentukan organisasi disebabkan mereka mempunyai kelas pada waktu perjumpaan itu. Pada saya,banyak yang saya pelajari dari setiap yang belaku kepada kumpulan kami, betapa pentingnya kerjasama dan komitmen yang harus diberikan oleh setiap ahli bagi menjamin kelancaraan sesebuah organisasi. Sepanjang pembentukan organisasi kumpulan telah banyak kali berlaku perubahan-perubahan yang telah memakan banyak masa sehingga menyukarkan setiap ahli menjalankan peranan dan tugas masing-masing. Sememangnya perkara ini banyak
memberi kesedaran kepada saya dan ahli kumpulan saya betapa pentingnya interaksi dua hala antara kami untuk memudahkan kerja. Setelah melalui detik-detik yang mencemaskan itu akhirnya sebuah organisasi kumpulan terbentuk juga, dan saya telah memegang peranan sebagai ahli dibawah unit publisti dan multimedia untuk meng’update’ segala gerak kerja dan perjalanan kursus jalinan masyarakat di laman-laman sosial dan kami memilih blog dan instagram untuk meng’update’ kerja-kerja kami. Bagi pihak saya sendiri, memandangkan saya sahaja seorang ahli di bawah unit ini, saya berasa sedikit kesukaran dan kelewatan dalam meng’update’ kerja-kerja kami disebabkan kekangan waktu juga ketandusan idea untuk mengarang dan menceriakan wadah-wadah publisiti kami. Tetapi, saya tetap dengan peranan saya memandangkan saya sendiri berminat untuk berada dalam unit ini.
B) Persiapan dan persediaan sebelum program Kami diberi tempoh sehingga sebelum minggu 10 dan keatas untuk merangka persiapan dan persediaan bagi menjalankan kursus jalinan masyarakat kami. Antara perkara-perkara yang perlu kami selesaikan sepanjang persiapan dan persediaan program ialah mencadangkan beberapa program atau aktiviti kemasyarakatan yang ingin dijalankan, cadangan target komuniti yang ingin diketengahkan dalam program kami dan pihak NGO atau badan sukarelawan yang ingin kami dapatkan kerjasama dan sumbangan untuk tajaan program. Pengalaman yang saya dan ahli kumpulan lalui sepanjang tempoh persiapan dan persediaan ini agak mencabar dan berhadapan dengan berbagai-bagai kesukaran. Antara kesukaran yang kami lalui ialah, ketandusan idea untuk mencari target komuniti dan tajaan atau badan NGO/sukarelawan, penolakan cadangan-cadangan kumpulan kami atas sebab-sebab tertentu dan kesukaran untuk berurusan dengan pihak komuniti yang ingin kami jalinkan. Banyak perkara yang dipertimbangkan kembali sepanjang tempoh ini dari segi masa pelaksanaan dan tempat yang kami tujui. Saya berasa sedikit terkilan kerana sumbangan saya agak kurang ketika ini selain meng’update’ gerak kerja kami,kerana kekurangan pengalaman dalam merancang sesuatu program dan mencari tajaan dan sumbangan untuk program memandangkan ketika di peringkat sekolah tidak pernah terlibat dalam persiapan dan persediaan program. Saya amat berterima kasih kepada unit tajaan yang bertungkus lumus mencari sumbangan dan tajaan ke sana ke mari,juga kepada pengarah kami dan bendahari kami yang juga seperti tak cukup tanah berkejar mencari tempat-tempat dan merangka program kami bersama kami. Walaubagaimana pun, banyak yang saya pelajari dan transformasi yang berlaku kepada saya dalam tempoh ini dan saya amat menghargainya. Pelbagai pengalaman yang tidak ternilai
dapat saya kutip sepanjang tempoh ini. Merasai sendiri pengalaman membuat tinjauan di Projek Iqra’ yang merupakan cadangan asal kami di Rumah At-taqwa Putra Perdana, Puchong. Itulah pengalaman pertama saya mendekati anak-anak yatim dan ia adalah pengalaman yang sangat berharga dan menyentuh hati saya walaupun kami membuat tinjaun itu hanya selama 2 jam. Perasaan bagaimana bergaul dengan anak-anak yatim ini sangat menginsafi diri saya yang diciptakan oleh Allah lengkap mempunyai keluarga,kesihatan akal dan fizikal berbanding dengan mereka yang kehilangan ibu ayah dalam usia yang muda, dan yang mempunyai masalah kesihatan. Betapa saya dapat merasai bagaimana mereka dahagakan kasih-sayang dan perhatian dari orang lain kerana tidak dapat merasai belai mesra ibu ayah. Benarlah, Allah S.W.T menciptakan setiap manusia untuk membawa rahmat kepada manusia yang lain dan saya dapat merasakan perkara itu. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan buat pertama kali bertemu dengan mereka dan ia adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana banyak mengajar saya erti kemanusiaan yang mendalam. Tetapi atas faktor tempat yang agak jauh kami memutuskan untuk tidak melakukan program jalinan masyarakat kami di situ. Meskipun begitu, target komuniti kami masih sama iaitu, anak-anak yatim dan kami telah memulakan operasi mencari rumah anak-anak yatim yang lebih dekat. Berkat usaha kesungguhan, kami akhirnya terjumpa Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras. Walaubagaimana pun, tinjauan kali ini saya tidak ikut serta memandangkan ada komitmen kelas, lalu kami menghantar tiga orang wakil kumpulan kami untuk membuat tinjauan dan berurusan dengan pengurus tempat itu. Dan Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan program di situ.
Bermula dari situ, permulaan pencarian tajaan dan sumbangan dari orang ramai bermula. Pada mulanya, saya kurang membantu tetapi atas rasa terdorong melihat ahli tajaan yang begitu gigih mencari dana dan sumbangan sehingga tak cukup tangan di buatnya, lalu saya pun turut sama membantu walau bukan dari unit tajaan. Tetapi atas dasar semangat kerjasama dalam kumpulan untuk tolong-menolong antara satu sama lain saya turut mengorak langkahh mencari dana dan sumbangan. Satu lagi pengalaman bernilai yang di peroleh. Bagaimana rasa mencari sumbangan, bila memohon sumbangan ada yang tidak memberi respon, lambat memberi respon dan ada yang memberi respon tetapi tidak mendapat sumbangan atas sebab-sebab tertentu. Dari situ saya belajar bagaimana rasanya untuk berurusan dengan orang untuk meminta sumbangan yang mana selama hari ini kita was-was untuk menghulur sumbangan ketika orang memohon sumbangan dari kita kerana takut ditipu. Inilah yang dikatakan pengalaman yang tak ternilai yang saya berjaya kutip dari tempoh persediaan dan persiapan program.Sesuatu pengalaman itu tidak akan kita perolehi melainkan kita sendiri merasainya.
C) Semasa Perjalanan Program Setelah pelbagai persiapan dan persediaan yang dirancang berjaya disusun dengan rapi, akhirnya tibalah waktu kami menjalankan segala apa yang telah dirancang. Seperti yang
dimaklumkan di atas, kami telah memilih anak-anak yatim Rumah Bakti Nur Syaheera sebagai target komuniti kami dan kami telah memilih tarikh10,16 dan 17 Mei 2015 sebagai hari kami menjalankan program kami. Kami membawa nama Ikatan Silaturrahim sebagai nama program/projek kami. Sepanjang program kami, kami mendapat banyak sumbangan dan dana dari orang ramai baik dari bentuk wang mahupun bentuk makanan. Dan kami amat berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program kami. Sedikit kesulitan kami ialah mencari kenderaan, kami memilihuntuk tidak menaiki kenderaan awam kerana banyak barang yang perlu di bawa hasil dari sumbangan orang ramai, mujurlah pengarah kami membawa kereta keluarganya untuk kegunaan kami ke sana, dan kami hanya mengeluarkan duit untuk sewa kereta satu hari yang kereta keluarga pengarah kami tidak boleh digunakan. Perjalanan program kami adalah untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim di situ. Jadi kami telah memilih waktu-waktu hujung minggu untuk meluangkan masa bersama mereka memandangkan itulah waktu-waktu di mana kami dan anak-anak di situ lapang dari kesibukan seorang penuntut ilmu. Pelbagai aktivti telah kami rencanakan untuk menghiburkan dan mengembirakan mereka dan memandangkan purata umur mereka sekitar 9 tahun, jadi kami lebih banyak menyediakan permainan untuk kami bermain-main bersama mereka memandangkan budak-budak sukakan permainan berbanding sebarang acara yang pasif seperti mendengar ceramah dan sebagainya. Dan ini merupakan satu strategi kami untuk menjalinkan hubungan dengan target komuniti kami, iaitu anak-anak yatim ini. Kami memilih untuk menjalankan program yang tidak formal dan santai sahaja supaya lebih senang untuk kami mendekati mereka. Sepanjang perjalanan program kami bertanggungjawab sebagai fasi-fasi untuk setiap aktiviti yang kami lakukan,
walaubagaimana pun, kami teteap membawa peranan kami seperti yang telah termaktub di dalam organisasi bagi menjamin kelangsungan program kami dan sebenarnya semangat berpasukanlah yang perlu sentiasa wujud sepanjang perjalanan program. Setiap aktiviti yang diranacang membawa motif dan tujuan yang tersendiri, di mana kami ingin memberikan setiap daripada mereka pengalaman. Di samping itu, setiap aktiviti mempunyai pengajaran dan nilai murni yang ingin kami terapkan kepada mereka ketika aktiviti berkumpulan. Antara nilai murni dan pengajaran yang kami ketengahkan ialah kerjasama,semangat berpasukan,keprihatinan dan kepatuhan di antara mereka. Setiap aktiviti itu dijalankan bukanlah hanya sekadar bermain dan berseronok sehingga puas dan letih, tetapi setiap aktiviti itu melatih daya pemikiran dan mencungkil bakat-bakat di antara mereka. Sebagai contoh bakat dalam melukis seperti aktiviti Surat Cinta kami dimana mereka perlu mengeksperasikan diri,hobi,cita-cita dan apa yang ditakuti dalam sesi ‘ice breaking’ dalam bentuk lukisan. Selain itu, membina keterampilan diri sebagai seorang pemimpin apabila dalam aktiviti berkumpulan, di situ kita dapat melihat siapa antara merka yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin. Kami juga membina keyakinan anak-anak yatim di situ melalui sesi ‘sharing’ setiap kali selesai aktiviti permainan. Kita mahukan mereka berani tampil ke hadapan dan yakin dengan kebolehan mereka sejak dari umur sebegini supaya mereka akan sentiasa maju kehadapan walau apa jua status yang mereka bawa. Perkara ini sangat penting kerana saya sendiri pernah berada pada usia mereka dan merasakan sendiri pengalaman bagaimana menjadi seorang pelajar sekolah yang pasif ketika berada di dalam bilik darjah kerana kurangnya pendedahan kepada perkara-perkara sebegini. Walaupun, mungkin ada yang mengatakan semuanya akan berubah apabila kita sudah dewasa nanti, tetapi ianya masih tidak sama jika kita berlatih sejak kecil.
Sepanjang program ini berlangsung, saya turut mempelajari sesuatu yang baharu yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Bagaimana sesebuah kelangsungan sesebuah program itu berlangsung dengan baik dan jayanya, setiap apa yang dirancang dapat diterima oleh para peserta. Kelancaran sesuatu program itu juga penting berdasarkan kecekapan ahli-ahli program iaitu kami sendiri dalam menghidupkan suasana supaya mereka tidak cepat berasa bosan dan penat yang tidak membawa sebarang makna. Itulah pengalaman pertama menjadi fasi kepada sebuah program untuk anak-anak yatim yang melibatkan kanak-kanak, dimana menuntut saya untuk mendekati dan memahami mereka dengan cara mereka. Kebanyakannnya saya lebih melayan mereka seperti melayan adik saya sendiri kerana mereka juga perlu merasakan bagaimana kasih-sayang antara adik-beradik yang mungkin antara mereka yang tidak punya adik-beradik. Pelbagai kerenah dan telatah yang di tunjukkan mereka, ada yang mendengar cakap, ada yang degil, ada yang ‘blur’ dan sebagainya. Namun bagi saya mereka semua adalah adik-adik saya yang comel, dan saya tidak pernah terasa hati dengan setiap kelakuan mereka kerana saya sendiri pernah seusia mereka dan bertindak seperti mereka kerana kita ketika itu hanya seorang budak. Jadi, bagi saya adalah tidak patut seorang yang dewasa terasa hati dengan apa yang kanak-kanak lakukan sehingga berlaku kes penderaan dan sebagainya,sedangkan kanak-kanak itu hanya seorang yang belum matang dan mengerti mana yang betul dan salah dengan rasionalnya. Sepanjang tempoh program,saya sentiasa mencari waktu-waktu yang terluang untuk berbicara dari hati ke hati dengan mereka untuk mengenali mereka dan pelbagai perkara yang tidak kita lihat dengan mata kasar apa yang dialami mereka. Suatu perkara yang sangat menyentuh hati dan perasaan saya ketika bertanya mereka. Saya bertanya seorang adik ini,
umur dia 9 tahun. Saya tanyalah”Adik, macam mana dengan sekolah?Best tak?”. Jawab adik itu”Saya tak sekolah”. Saya terkejut. Saya tanya lagi”Kenapa adik tak sekolah?Bukan dah umur 9 tahun ke?”.Pada saya umur ketika itu sepatutnya sudah berada darjah tiga sekrang. Lalu adik itu pun menjawab”Tak de sijil lahir,jadi tak boleh sekolah.”. Terus sentap saya mendengarnya. Saya terdiam dan pelbagai perkara yang timbul di benak fikiran. Dan ini betul-betul sangat mencengkam jiwa saya, mereka ada yang lahir tanpa kenal siapa ibu ayah, tiada sijil lahir. Sedangkan saya lengkap dengan semuanya. Betapa banyaknya nikmat yag kita peroleh yang tidak dirasai oleh mereka yang lain. Tetapi amat sedikit sekali kita bersyukur, malah kita sentiasa mempersoalkan itu dan ini, tanpa memikirkan orang sekeliling kita. Benarlah, kita perlu sentiasa memandang mereka yang berada di bawah kita supaya kita sentiasa belajar mensyukuri nikmat yang kita miliki. Barangkali kita merasakan kitalah manusia yang paling malang, tetapi lihat sekeliling kita ada yang lebih malang dan pelbagai liku hidup yang dilalui mereka. Lalu kita tidak perlu untuk mementingkan diri sendiri sedang ada yang memerlukan bantuan dari kita. D) Selepas program jalinan masyarakat Saya masih kekal dengan peranan saya sebagai ahli unit publisiti dan multimedia untuk kumpulan kami ini yang akan bergerak lebih lagi memandangkan banyak perkara yang perlu di’update’kan di blog kami sehingga tamat kursus jalinan masyarakat ini. Ketika ini daya kecekapan melakukan kerja agak di perlukan memandangkan kami sedang berada di minggu-minggu akhir kuliah dengan timbunana kertas kerja,ujian,quiz dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester. Jadi saya akan cuba untuk menyempurnakan tugasan saya ini dengan lebih awal tanpa bertangguh lagi.
Sebaik sahaja 17 Mei melabuhkan tirai bermaksud program kami bersama target komuniti kami telah berakhir. Adakah bermaksud sampai sini sahaja sumbangan kita kepada mereka? Seperti sumbangan dan bantuan yang dihulurkan mengikut musim? Bagi saya adalah tidak. Setelah melalui pengalaman bersama anak-anak yatim ini telah timbul satu keinginan yang baru, iaitu ingin lagi terlibat dalam program-program sebegini yang mana sebelum ini saya tahu banyak badan-badan NGO yang terlibat, cuma selagi kita tidak mencuba selagi itu kita tidak akan tahu. Saya sangat bersyukur kursus jalinan masyarakat ini berjaya membuka satu minat baharu saya, iaitu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Saya terfikir untuk kami sekumpulan pergi lagi ke Rumah Bakti Nur Syaheera untuk menjalinkan ikatan ukhuwah dengan adik-adik di sana agar jalinan yang terbina itu akan kekal dan dapat memberi aspirasi kepada orang lain untuk turut membantu dengan sukarela bukan sekadar atas dasar ianya satu kursus wajib universiti atau apa-apa sahaja yang bersifat mandatori. Tetapi barangkali mungkin bukan dengan kumpulan ini lagi akan saya teruskan jalinan masyarakat ini,tetapi mungkin bersama-sama mereka yang mempunyai rasa yang sama seperti saya. Mungkin ianya kelihatan seperti sebuah tulisan atas kertas yang kosong buat sementara waktu, tetapi saya akan tetap mencari dan menceburi program sebegini pada masa akan datang. Besar harapan saya agar kursus jalinan masyarakat ini dapat di kekal buat selama-lamanya di Universiti Malaya ini agar ia dapat membangungkan modal insan yang faham diri mereka itu adalah rahmat kepada yang lain apabila kita menghulurkan bantuan dan sumbangan. Saya turut merasakan adalah wajar untuk Kementerian Pelajaran Tinggi mewujudkan kursus ini di universiti-universiti di seluruh Malaysia baik Universiti Awam mahupun Universiti Swasta.
Di sini, saya ingin mencadangkan penambahbaikan kursus jalinan masyarakat pada masa akan datang ialah penyediaan kenderaan dari setiap fakulti kepada mahasiswa yang mengambil kursus ini pada masa akan datang. Saya dari fakulti sains, dan saya melihat hanya Jabatan Institut Sains Biologi menyediakan khidmat kenderaan atas budi bicara Ketua ISB. Saya berharap agar jabatan lain turut bermurah hati menyediakan perkhidmatan kenderaan dari fakulti masing-masing bagi memudahkan pergerakan mahasiswa yang mengambil kursus ini masa akan datang.
Nama: Nur Adibah Binti Kamar No. Matrik: SEP140035 Peranan: Unit Tajaan a) Peranan dan sumbangan sebelum kerja lapangan ialah biro tajaan. Saya dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan sumbangan atau tajaan untuk program tersebut. Alhamdulillah hasil usaha saya dan pertolongan dari rakan-rakan saya, saya berjaya mendapatkan sumbangan lebih daripada 20 pihak yang berbentuk duit, makanan dan barangan. Peranan dan sumbangan semasa kerja lapangan ialah biro makanan dan fasilitator. Tugasan saya kali ini ialah mengagihkan makanan hasil sumbangan pelbagai pihak kepada anak-anak di rumah itu dan juga semua fasilitator. Saya juga perlu memastikan makanan mencukupi hingga ke akhir program. Peranan dan sumbangan selepas kerja lapangan ialah biro tajaan. Di mana saya perlu membuat surat atau sijil penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan mencukupi utk program 3 hari kami itu.. b) Pengalaman paling bermakna atau diingati semasa menjalankan kerja lapangan ialah dapat saling bekerjasama dengan pasukan saya dalam mencari sumbangan/tajaan. Meskipun berbeza tugasan, pasukan saya membantu saya untuk mengambil makanan atau barangan yg disumbang oleh pelbagai pihak. Saya dan rakan2 sanggup menyewa kereta utk mendptkan sumbangan
dan memastikan anak-anak di sana berasa gembira dgn apa
kami bawakan serta kehadiran kami.
Alhamdulillah masih byk pihak yg ingin menyumbang dlm projek kecil kami ini tapi amat bermakna buat saya. Semasa di Rumah Bakti Nur Syaheera, anak-anak di situ begitu mesra menyambut kedatangan kami. Mereka amat bersemangat dan terhibur dgn xtvt yg kami lakukan. Tidak mgkn dpt sy lupakan telatah anak-anak tersebut walaupun pelbagai ragam tapi menceriakan hari saya.
Saya banyak bljr erti berkongsi dan
kasih-sayang daripada mereka. Saya dan rakan-rakan berharap dapat melakukan program ini bersama mereka di hari yang lain. c) Satu perkara baru yang dipelajari tentang diri sendiri ialah gigih berusaha. Hal ini dapat dikenalpasti apabila saya sebagai biro tajaan perlu mencari sumbangan yang mencukupi bagi memastikan kelancaran program ini. Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu sumbangan itu, ia memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Perkara ini telah membuatkan saya perlu bekerja keras supaya anak-anak di sana merasakan apa yang mereka patut rasa dan saya ingin berkongsi rezeki tersebut bersama mereka. d) Satu perkara berkaitan kerja lapangan yg akan dikekalkan ialah menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar tidak kira lapisan masyarakat supaya dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama. e) Satu perkara berkaitan kerja lapangan yang akan ditambahbaik ialah menyediakan pengangkutan kepada pelajar-pelajar yang ingin melakukan program ini supaya dapat menjimatkan kos perbelanjaan, masa dan tenaga mahasiswa.
f) Cadangan saya kepada pihak universiti tentang kursus jalinan masyarakat ialah menyediakan pengangkutan dan wang yang mencukupi
NAMA
: NURAIN BINTI ISMAIL
NO MATRIK
: SEP140043
UNIT
: LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN REFLEKSI AKHIR Peranan dan sumbangan saya sebelum, semasa dan selepas kerja lapangan adalah
memastikan susun atur tempat dan peralatan disediakan bagi setiap aktiviti dan memastikan barang yang diperlukan oleh setiap unit mencukupi disamping membuat tempahan pengangkutan untuk ke tempat kerja lapangan. Pengalaman paling bermakna dan akan saya ingati semasa menjalankan kerja lapangan adalah melihat kegembiraan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera ketika sambutan hari kelahiran mereka. Kelihatan mereka sungguh teruja dan gembira kerana mereka diraikan dengan pelbagai jenis kek dan hadiah, malah penaja turut hadir bagi memeriahkan majlis. Satu perkara baru yang dipelajari tentang perkomuniti di kerja lapangan adalah kasih sayang yang kuat antara mereka dan rasa tanggungjawab sebagai abang dan kakak bagi segelintir anak-anak yatim yang lebih berusia. Selain itu, perkara baru yang saya pelajari adalah sikap teliti rakan saya yang sentiasa memastikan semua aktiviti yang akan diadakan berjalan dengan lancar. Saya juga telah mempelajari perkara baru tentang diri saya iaitu sikap untuk sentiasa menepati masa dan saling menolong ahli jawatankuasa yang lain.
Satu perkara berkaitan kerja lapangan yang akan dikekalkan adalah sikap bertanggungjawab dalam setiap perkara yang saya lakukan. Sebagai contoh, menyediakan dan menyewa kereta adalah di bawah tanggungjawab saya, dan saya perlu melakukan tugasan tersebut dengan sebaiknya. Satu perkara berkaitan kerja lapangan yang akan ditambah baik juga dari aspek kebertanggungjawaban dari setiap ahli jawatankuasa. Saya akan memperbaiki setiap kelemahan selaku ahli jawatankuasa logistik dan pengangkutan dan akan mengamalkan sikap tersebut pada masa akan datang. Akhir kata, saya ingin mencadangkan kepada pihak universiti agar menyediakan pengangkutan untuk memudahkan pelajar melakukan aktiviti di bawah anjuran kursus Jalinan masyarakat untuk mengurangkan kos tanggungan pelajar.
Refleksi. Nama: Martin Kana anak Nyabong No. Matrik : SEP140024 Peranan: Unit Kebajikan Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengalaman pergi ke rumah anak yatim atau apa-apa seumpamanya. Maka saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana pihak universiti telah menyediakan kursus jalinan masyarakat (GXEX 1411) kepada para pelajar termasuk saya. Kursus ini telah memberi peluang yang saya tidak dapat sebelum ini untuk bertemu dan berkomunikasi lebih dekat dengan golongan anak yatim yang sebelum ini saya hanya mampu lihat terpapar di kaca media massa. Sebelum ini, terdapat banyak persoalan yang timbul dalam diri saya mengenai anak-anak yatim ini. Bagaimanakah kehidupan mereka setiap hari? Gembirakah mereka? Bagaimanakah pelajaran mereka? Saya juga ingin persoalan-persoalan ini terjawab walaupun lebih banyak lagi yang masih terpendam dalam hati. Saya pernah terfikir juga apa yang mereka rasa dan saya bakal melihat sendiri dan bertemu dengan mereka. Dalam proses persediaan ke rumah anak yatim, saya dan ahli kumpulan mengerah tenaga bagi mencari sumbangan dan tajaan untuk kami bawa sebagai hadiah bagi anak-anak yatim tersebut. Kami telah mendapat begitu banyak respon dan sumbangan dari pelbagai pihak. Saya juga tidak menjangka yang kami begitu banyak mendapat sumbangan terutama sekali makanan. Tanggapan saya sebelum ini, mungkin mencari sumbangan ini agak sukar, tapi apabila mendengar perkataan “anak yatim”, mereka ringan tangan dan terus memberikan apa sahaja yang termampu dan saya agak
terharu. Ini membuktikan rakyat Malaysia begitu prihatin untuk membantu golongan yang memerlukan. Saya juga ingin mengubah diri agar berhenti sejenak dengan hal-hal universiti dan meluangkan masa untuk membantu apa saja yang termampu ke atas golongan seumpama mereka ini walaupun hanya seketika. Semasa aktiviti mencari dana ini, ada juga sesetengah pihak yang seakan-akan tidak memberi respon apabila saya meminta sumbangan untuk anak-anak yatim. Mungkin mereka juga ada kesulitan sendiri, tapi paling kurang berilah apa-apa yang termampu.
Aktiviti mencari tajaan dan
sumbangan kami berjalan dengan lancar dan saya begitu bangga dengan majoriti masyarakat yang sangat prihatin. Semasa kami berada di rumah anak yatim, begitu banyak karenah dan sikap-sikap yang dapat saya perhatikan. Rupa-rupanya mereka sama sahaja seperti kanak-kanak di luar. Mereka sangat bertenaga, nakal dan tanggapan saya mungkin mereka selalu bersedih tetapi realitinya, seperti yang saya lihat, begitu bertenaga. Mereka sanggup main apa sahaja permainan yang kami buat untuk mereka. Saat yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa kami membawa mereka menari, ketua kami menyuruh mereka bernyanyi bersama, dan mereka bernyanyi dengan begitu nyaring sehingga muzik tidak kedengaran. Pada saat itu, saya tersentuh dan dalam hati saya bertanya, kenapa mereka mampu bermain, menyanyi dengan begitu riang sekali walaupun tidak mempunyai ibu atau bapa? Ketabahan mereka teserlah walau di usia semuda itu. Sukar untuk saya percaya tapi realitinya ada di depan mata saya. Saya juga sedar bahawa ketua kami Mohd Zulhilmi(Zul) merupakan seorang yang ada bakat kepimpinan berbanding ahli yang lain. Saya dan ahli kumpulan yang lain agak sukar kerana belum pernah menangani budak-budak seramai itu dan semuanya sangat aktif. Tapi apabila kami ada
masalah, Zul akan datang membantu kami. Saya juga mula belajar untuk membimbing kanak-kanak yang aktif pada masa itu. Saya sebelum ini, bukan jenis yang suka kanak-kanak, Semasa di rumah, saya ada seorang adik yang begitu nakal dan itu pun saya hampir tak mampu nak tangani, apatah lagi jika mereka ramai tapi saya telah mula belajar untuk mendekati dan membimbing mereka melalui kerja lapangan ini. Saya telah mendapat pengalaman begitu beharga melalui kursus yang universiti sediakan ini. Dari perspektif saya, wajarlah kursus seperti ini diteruskan agar pelajar-pelajar universiti dapat mendekatkan diri mereka dengan golongan yang kurang bernasib baik dan bantulah mereka. Mungkin kerana kita bernasib baik kerana dapat masuk universiti, tapi mereka? Mereka malah bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi. Sebelum kursus ini, apabila melihat golongan yang kurang bernasib baik di tepi jalan dalam keadaan yang lapar, berpakaian compang-camping dan bertilamkan kotak, meminta derma, sejujurnya saya sendiri juga seakan-akan tidak menoleh tapi perasaan itu memang ada. Dan selepas kursus ini, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan apa yang saya mampu kepada mereka. Mungkin bukanlah kita tidak mahu membantu, perasaan itu ada tapi, kita terlalu sibuk bergegas ke tempat kerja atau kelas dan tak ada masa nak keluarkan dompet dan beri RM1. Duit renyuk RM1 dalam poket yang mungkin kurang bermakna bagi kita tapi tinggi maknanya bagi mereka. Akhir kata, saya mencadangkan agak pihak universiti boleh membantu dari segi pengangkutan. Walaupun setelah kursus ini, saya akan terus membantu golongan yang kurang bernasib baik ini agar mereka dapat nikmat kehidupan seperti manusia lain.
REFLEKSI : Nama : Farah Norazlin Binti Azmi No matrik : SEP140012 Peranan : Unit Tajaan
(a) Peranan dan sumbangan sebelum, semasa, dan selepas kerja lapangan Sebelum kerja lapangan , saya sebagai biro tajaan telah berusaha memohon tajaan dan sumbangan duit dari orang ramai . Saya telah meyakinkan penyumbang tentang projek berserta tentative projek yang kami jalankan kepada orang awam . Setelah bertungkus lumus berusaha , saya telah berjaya memperolehi wang tajaan dan sumbangan sebanyak rm1500 dari orang awam . Dan sebanyak rm1100 telah disumbangkan kepada Encik Johari Haji Basri , pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera . Duit itu diberikan kepada beliau untuk perbelanjaan harian Rumah Bakti Nur Syaheera . Semasa kerja lapangan , tugas saya sebagai pengendali aktiviti –aktiviti sukaneka yang diadakan pada 16 mei & 17 mei 2015 iaitu pada hari sabtu dan ahad . Antara permainan –permainan yg dikendalikan saya seperti ‘karpet terbang’, ‘ movin on up ‘, ‘chandelier’ ,’lastik tin’ dan banyak lagi . Terdapat dua kumpulan . Semua ahli kumpulan harus menyertai setiap permainan . Setiap permainan memerlukan seorang ahli, dua orang ahli, dan semua ahli dari setiap kumpulan. Kumpulan yang memenangi paling banyak permainan dikira sebagai pemenang . Barang-barang untuk
aktiviti tersebut semuanya dibeli oleh saya menggunakan duit sumbangan . Barang-barang tersebut hnya menggunakan barang-barang seperti cawan kertas, beberapa biji bola ping pong, tin-tin aluminium kosong , alas kaki , pinggan kertas, gelang getah dan lain-lain. Setelah disoal selidik oleh anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera, mereka berasa puas hati dan memperolehi nilai murni daripada permainan yang dijalankan seperti sikap bekerjasama antara pasukan dan setiap permainan memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi . Ini dapat menguji tahap fikiran mereka semasa menyertai permainan tersebut.
Selain itu , saya juga bertugas sebagai jurugambar . Mengambil setiap gambar dan video sepanjang kerja lapangan . Saya mengambil gambar dan video pada 10 mei 2015 iaitu pada hari khamis . Tugas saya sebagai jurugambar sepenuhnya dan membantu rakan-rakan yang lain . Selepas aktiviti, saya bertanggungjawab memuat naik semua gambar-gambar ke Instagram projek kami iaitu @ikatansilaturrahimum . Selain itu , saya serahkan semua gambar dan video sepanjang program kepada Razanah , biro multimedia untuk memuat naik ke dalam blog kami .
(b) Pengalaman paling bermakna dan diingati
Pengalaman paling bermakna semasa mengadakan “birthday party” bersama mereka pada 17 Mei 2015 . Semasa mereka menyanyi lagu Happy Birthday, mereka menyebut nama saya . “Happy Birthday Akak Chiby” . Hari jadi saya pada 19 Mei , iaitu selepas 2 hari ‘Birthday Party’ dijalankan . Saya berasa terharu sebab mereka orang pertama mengucapkan selamat hari Ulang tahun kepada saya . Selain itu , pengalaman paling bermakna semasa makan bersama mereka . Kami saling mengenali antara suatu sama lain walaupun hanya 3 hari saya mengenali mereka .
(C) Perkara yang dipelajari (i)komuniti /masyarakat Semasa saya memohon tajaan dari beberapa pihak , saya sangat kagum melihat keihklasan masyarakat Malaysia kerana sanggup memberikan sejumlah wang yang agak banyak dan kami mendapat tajaan wang , makanan dan barangan yang banyak dari pelbagai pihak yang memberikan sumbangan . Sikap mereka yang sanggup membantu anak-anak yatim ini harus dicontohi oleh semua masyarakat . Mereka menyumbang dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa apa balasan daripada kami .
(ii)Rakan-rakan
Rakan-rakan banyak membantu saya sepanjang program dijalankan , saya banyak belajar dari pada mereka , seperti cara memohon tajaan melalui email , mengendalikan program dan banyak lagi . Rakan-rakan juga tidak kedekut ilmu, dan banyak beri tunjuk ajar kepada saya .
(iii) Diri Antara perkara saya belajar dari anak – anak yatim dan fakir miskin di Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sikap menghormati antara suatu sama lain tanpa mengira darjat seseorang , membantu golongan yang susah tanpa mengharapkan balasan , kasih sayang , bersyukur dengan apa yang kita perolehi kerana tidak semua orang merasa dan dapat kemewahan yang kita ada sekarang . Seperti mereka, ada dalam kalangan mereka yang tidak mendapat kasih sayang ibu bapa .Ini mengajar saya supaya lebih menyayangi keluarga dan menghormati ibu bapa saya . Ada juga ada dikalangan mereka yang hidup susah dan fakir miskin. Ini juga mengajar saya supaya lebih bersyukur dengan kemewahan dan kesenangan yang saya perolehi dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
(d) Satu perkara berkaitan kerja lapangan yang akan dikekalkan . Sikap prihatin terhadap golongan memerlukan haruslah kita kekalkan dalam diri kita . Sentiasa hidup merendah diri , tidak sombong dengan masyarakat . Bak kata pepatah, hidup ini umpama roda, sekejap kita berada diatas , sekejap kita berada dibawah .
Semasa kita berada diatas , iaitu hidup dalam kesenangan haruslah kita membantu orang yang berada dibawah kita . walaupun kita tidak dapat menolong semua orang .Harap sumbangan dan pertolongan yang kecil dapat menjadi contoh kepada orang ramai untuk turut membantu orang lain. (e) Satu perkara berkaitan kerja lapangan yang akan ditambah baik . Jika program seperti ini akan dijalankan pada masa akan datang, kami akan membawa anak-anak yatim ke luar , seperti melawat zoo Negara atau tempat-tempat perlancongan dengan tajaan yang lebih banyak .
(f) Cadangan kepada Universiti tentang kursus jalinan masyarakat Cadangan kepada universiti adalah dengan member duit peruntukan kepada pelajar-pelajar kursus Jalinan Masyarakat .Seperti yang saya lihat ,ada beberapa kumpulan pelajar yang menggunakan duit tabungan sendiri untuk program kursus Jalinan Masyarakat kerana tidak mendapat tajaan dan sumbangan dari mana-mana pihak .