29 Apr 2015 ... Makanan dan Bahan Mentah Kering / Basah DAN 040102 : Makanan dan
Minuman (tin, ... dan bungkus) bagi menyertai sebutharga berikut :.
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang : 040101 : Makanan dan Bahan Mentah Kering / Basah DAN 040102 : Makanan dan Minuman (tin, botol dan bungkus) bagi menyertai sebutharga berikut : NO. SEBUTHARGA
:
JAKOA.PK.2015/SH/036
eP : X0361030200150006
TAJUK SEBUTHARGA
:
SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAKUL MAKANAN BAGI PROGRAM MENINGKATKAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PERAK JAKOA NEGERI PERAK DAN KEDAH BAGI TAHUN 2015
TARIKH BUKA
:
22 APRIL 2015 (RABU)
TARIKH TUTUP
:
29 APRIL 2015 (RABU)
MASA : 12.00 TENGAHARI
1. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi mulai 22 APRIL 2015 (RABU) di Laman Web ePerolehan http://home.eperolehan.gov.my. 3. Syarikat mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan eP-enabled. Syarikat perlu mengunci masuk cadangan Tawaran Teknikal serta cadangan Tawaran Harga ke dalam sistem ePerolehan. 4. Semua dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam SATU SAMPUL SURAT BESAR yang berlakri serta ditulis No.Rujukan sebutharga dan No. Cadangan ePerolehan (Y036103010015............) di penjuru atas sebelah kiri. 5.
Dokumen-dokumen tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap yang dihantar secara manual dan di masukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Blok A, Tingkat 2 & 3, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak sebelum jam 12.00 tengah hari pada 29 APRIL 2015 (RABU). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
6.
Penyebutharga adalah diingatkan supaya mencatat dengan jelas harga yang ditawarkan di ruangan yang disediakan di dalam sistem ePerolehan.
7.
Harga yang dikemukakan hendaklah mengambilkira potongan bayaran transaksi (transaction fee) sebanyak 0.8% akan dikenakan ke atas jumlah nilai pesanan kerajaan yang dijana melalui ePerolehan.
8.
Adalah diingatkan bahawa kegagalan tuan/puan bagi mematuhi arahan-arahan tersebut, boleh menyebabkan pertimbangan terhadap Sebutharga tuan/puan akan terjejas.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : Cik Noor Atikah Binti Ramli di talian 05-2540009 ext 116