Nor 'Atikah Safri. Para pelajar IPT ini sangat teruja menyaksikan demonstrasi
pemuliharaan bahan arkib ... Aziz menyampaikan teks Ucapan Ketua Pengarah
ANM semasa Majlis ... Aplikasi Online Finding Aids (OFA) telah bermula pada
akhir tahun. 2011. Dalam ..... dan penuh dengan permainan dan jamuan. Kini,
adat ini ...
ISSN 2180-3323 BIL. 2/2012 (April - Jun)
Edisi 10
www.arkib.gov.my
Seminar Pemikiran Perdana Menteri
Menarik di dalam...
Frances Muna Empari
11
Menteri KPKK, YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim memukul gong tanda perasmian Seminar Pemikiran Perdana Menteri di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya .
20
Program P. Ramlee di Pulau Pinang
Seminar Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam
P
ada 22 Mei 2012, Jabatan Arkib Negara Malaysia menerusi Bahagian Arkib Negarawan telah menganjurkan seminar bertajuk Pemikiran Perdana Menteri. Seminar ini antara lain bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis pemikiran Tokoh-tokoh Negarawan, iaitu bekas-bekas Perdana Menteri berkaitan dasar dan pendekatan mereka terhadap perpaduan kaum selaras dengan gagasan 1Malaysia. Seminar Pemikiran Perdana Menteri ini dianjurkan secara usaha sama dengan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya (UM). Seminar ini merupakan salah satu aktiviti hasil daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Arkib Negara Malaysia dan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia. Seminar ini diadakan di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya dan telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Kehadiran peserta bagi program ini adalah dianggarkan seramai 800 orang yang terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat usia. Pembentang kertas kerja untuk seminar Menteri KPKK, YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucapan perasmian di Seminar ini telah mengupas mengenai pemikiran setiap Pemikiran Perdana Menteri.
...bersambung ke mukasurat 3
16
Mesyuarat Lembaga Penasihat ANM Ke-42
18
Senam Seni Arkib Negara Malaysia
Perutusan Ketua Pengarah Assalamualaikum dan salam sejahtera,
T
ahun 2012 telah sampai ke pertengahan dan segala perancangan yang dibuat untuk tahun ini diteruskan bagi memastikan segala sasaran yang dijanjikan dapat dicapai. Nilai-nilai murni dan integriti serta kemahiran dan kompetensi setiap warga arkib dalam melaksanakan tugasan adalah tonggak kepada kejayaan dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Usaha-usaha telah dilaksanakan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik disamping meningkatkan daya saing serta memastikan sistem dan prosedur kerja yang kemas, terselaras dan cekap. Perubahan dan inovasi dalam halatuju dan juga sistem bekerja perlu dilaksanakan. Oleh itu, dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk jati diri di kalangan rakyat dan mengenali pemikiran setiap bekas Perdana Menteri, jabatan ini telah mengadakan program Seminar Pemikiran Perdana Menteri pada 22 Mei 2012 di Universiti Malaya. Selain itu, Arkib Negara Malaysia juga berjaya mengenengahkan beberapa penemuan fakta baru mengenai sejarah awal Pulau Pinang yang dijalankan oleh pengkaji tempatan melalui Majlis Polemik Sejarah Sesi 26 : Petempatan Awal di Pulau Pinang yang diadakan di Auditorium P.Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni pada 12 Jun 2012. Sementara itu, Seminar “Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam: Ke arah Penerapan Budaya Kerja Persekitaran Elektronik telah diadakan pada 18 hingga 21 Jun 2012 bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada penjawat awam terhadap pengurusan rekod elektronik selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan Kerajaan Tanpa Kertas (Paperless Government) melalui Projek Digital Document Management System (DDMS) di bawah Entry Points Projects, Program Transformasi Ekonomi. Saya menyeru supaya kita sentiasa memiliki inspirasi yang tinggi untuk terus mencapai kejayaan. Tahap etika, moral dan integriti yang baik dapat membantu seluruh warga arkib mempunyai peribadi yang terpuji dan seterusnya membantu jabatan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan sebagaimana yang diseru oleh kerajaan. Sekian, wassalam dan selamat melaksanakan tugas.
ARKIB NEGARA MALAYSIA, JALAN DUTA, 50568 KUALA LUMPUR Tel : 03-6209 0600 Faks : 03-6201 5679
WAKTU RUJUKAN DI DEWAN PENYELIDIKAN Hari
Masa
Isnin dan Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang
Selasa hingga Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
MEMORIAL, GALERIA DAN PUSTAKA MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, JALAN DATO’ ONN 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-26937740 Faks : 03-26937335 MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK, SRI TAMAN, JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR. Tel : 03-26937740 Faks : 03-26937335 MEMORIAL TUN HUSSEIN ONN JALAN DATO’ ONN, 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-20315540 Faks : 03-20708364 GALERIA SRI PERDANA JALAN TERENGGANU, OFF JALAN DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR Tel : 03-20720032 Faks : 03-20720035 RUMAH MERDEKA JALAN PUTRA 05100 ALOR SETAR, KEDAH Tel. : 04-7204205 Faks : 04-7340235 RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE, LOT 2180, JALAN P. RAMLEE 10460 PULAU PINANG Tel : 04-2817484 Faks : 04-2637210 PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE NO. 22, JALAN DEDAP, TAMAN P.RAMLEE, SETAPAK 53100 KUALA LUMPUR Tel : 03-40231131 Faks : 03-40248632 PUSTAKA PERKHIDMATAN AWAM JALAN CENDERAWASIH, 50480 KUALA LUMPUR. Tel : 03-26945284 Faks : 03-26945280
Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.30 petang
Sabtu & Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD NO. 18, LORONG KILANG AIS, TEPI JALAN PEGAWAI, SEBERANG PERAK, 05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN Tel : 04-7722319 Faks : 04-7340235
Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 5.30 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
MEMORIAL TUN GHAFAR BABA LOT 163, PERSIARAN TUN ABDUL GHAFAR BABA PERINGGIT 75450 MELAKA Tel : 06-2844593 Faks : 06-2829730 MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN JALAN PARAMESWARA, 75000 BANDAR HILIR, MELAKA Tel : 06-2841231 Faks : 06-2829730
HAJAH DARESAH HAJI ISMAIL
Hari
Masa
Selasa hingga Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tgh 3.00 petang - 6.00 petang
Sabtu & Ahad
9.00 pagi - 6.00 petang
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
MASUK ADALAH PERCUMA Puspawangsa ialah dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit yang sangat popular digunakan dalam kesusasteraan Melayu lama. Puspa membawa dua erti berlainan iaitu bunga dan mahkota. Perkataan wangsa pula bermaksud bangsa, kaum, masyarakat atau keluarga. Perkataan Puspawangsa kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia merupakan istilah keramat dan ikon kepada fungsi Jabatan. Bersesuaian dengan maksud perkataan puspawangsa dan falsafahnya, ianya boleh dirujuk sebagai bunga mahupun mahkota kepada bangsa. Perkataan puspawangsa juga digunakan sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini.
SIDANG REDAKSI
Pihak Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang bentuk artikel/cadangan/komen dari seluruh warga Arkib. Sila e-mel kepada
[email protected]
Penasihat YBrs Pn Hajah Daresah Haji Ismail
Pengarang • Roseline Mapong Sabai • Nurul Azizi Shafie • Suzana Md. Isa • Azizah Sapuan • Shahida Mohamad Salleh
Ketua Pengarang Puan Hajah Yatimah Rimun
2
Berita Arkib Negara Malaysia
• Suhaina Abdul Manap • Nor ‘Atikah Safri • Frances Muna Empari • Diyana Akmal Mansor • Norazrina Mohd Zin • Norazwa Samsudin
Rekabentuk dan Susun Atur Siti Kamaliah Madil Jurufoto Hasnan Boslam
...sambungan dari m/s 1
Perdana Menteri menerusi tiga tema yang berbeza. Sesi pertama yang bertemakan “Asas Pemikiran Perdana Menteri” dipengerusikan oleh YBrs Dr R. Sivaperegasam P. Rajanthiran dengan tiga orang ahli panel iaitu YBhg Dato’ Haji Abdul Rahim Abdul Majid, YBrs Prof Dr. K.S. Nathan serta Encik Teoh Ai Hua. Sesi kedua bertemakan “Pengkisahan Perdana Menteri Malaysia” menampilkan YBhg Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai ahli panel dan YBrs Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz selaku moderator. Sementara, sesi ketiga bertemakan “Ke Arah Perpaduan Nasional” menampilkan tiga ahli panel iaitu YBhg Prof Datuk Dr Zainal Kling,
YBhg Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid dan Encik Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dan dipengerusikan oleh YBrs Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah. Pengisian seminar ini diharapkan dapat menyedarkan rakyat majmuk negara ini tentang nikmat perpaduan yang dinikmati selama ini serta dapat membentuk jatidiri yang lebih teguh dalam kalangan generasi muda. Ini bertepatan dengan tema program, iaitu “Ke arah Pemupukan Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Masyarakat – 1Malaysia”.
YBhg Dato’ Haji Abdul Rahim Abdul Majid sedang berbicara bertemakan “Asas Pemikiran Perdana Menteri” pada sesi pertama Seminar Pemikiran Perdana Menteri .
Mikrofilem : Kaedah Penyimpanan dan Penjagaan Afzainizam Bin Abdul Rahman
Kakitangan Seksyen Pemuliharaan dan Reprografi sedang menganginkan mikrofilem
A
ktiviti menganginkan mikrofilem merupakan salah satu tugas yang perlu dijalankan untuk memastikan mikrofilem tidak rosak. Bahan-bahan mikrofilem ini amat sensitif dengan suhu dan kelembapan. Suhu perlu dikawal supaya sentiasa tepat dan tahap kelembapan bilik menyimpan juga perlu disemak setiap hari. Selain itu bilik-bilik yang menyimpan bahan-
bahan ini perlu mempunyai peredaran udara yang baik, dehumidifier dan sentiasa bersih di mana bacaan suhu bilik hendaklah di bawah 21°C dan kelembapan udara “humidity” di antara 20%-40%. Bahan-bahan dalam bentuk mikrofilem perlu dianginkan setiap 3 hingga 6 bulan bagi menyemak tahap keselamatan dan kerosakan bahan tersebut. Sekiranya bahan-bahan ini telah berbau maka ia perlu dianginkan segera dan proses pembaikan dijalankan dengan menggunakan bahan kimia Trichloroethylene khas perlu dilakukan agar bahan-bahan tersebut dapat terus terjaga dan kekal. Untuk memastikan bahan dalam bentuk mikrofilem yang terdapat di Jabatan Arkib Negara Malaysia, maka Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi telah menjalankan proses menganginkan mikrofilem bermula pada 4 Mei 2012 dan sebanyak 75 torak telah selesai dianginkan dengan mengunakan 5 tenaga kerja dan 5 alat rewinder digunakan. Bahan atau dokumen yang kita wujudkan perlu dijaga dengan baik dan sempurna, bukan hanya sekadar kumpul dan simpan di dalam almari sahaja. Kadar suhu setiap bahan dan dokumen adalah berbeza-beza.
Berita Arkib Negara Malaysia
3
Malay Agricultural Settlement (MAS) Wan Zubaidah Wan Harun
L
embaga Pentadbiran (Malay Agricultural Settlement), Kampung Bharu, telah ditubuhkan pada 12 Januari 1900 oleh Kerajaan Federated Malay States dengan tanah pengurniaan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad dengan keluasan 223 ekar. Terdapat 7 buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Paya, Kampung Pindah, Kampung Atas ”A” dan Kampung Atas “B” yang diketuai oleh wakil-wakil kampung. Malay Agricultural Settlement ditadbirkan oleh Board Management atau lebih dikenali sebagai Lembaga Pentadbiran Kampung Bharu bertanggungjawab mengenai segala urusan pentadbiran sehingga sekarang, walaupun dengan Pengistiharan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 800 rekod rasmi disimpan di Lembaga Pentadbiran (Malay Agricultural Settlement), Kampung Bharu. Jenis rekod yang diwujudkan seperti fail, minit mesyuarat, terbitan, buku, peta, pelan dan sebagainya. Pihak Arkib juga telah melihat beberapa rekod awam, yang telah diwujudkan seawal tahun 1930-an. Di antara rekodrekod tersebut adalah seperti Malay Agricultural Minutes Book, Malay Agricultural Settlement Board Meeting Minutes 1941-1955,
Pengarah Bahagian Pengurusan Arkib, Puan Faridah Ishak (dua dari kiri) memberi penerangan mengenai perolehan dan pengesahan bahan arkib persendirian di Lembaga Pentadbiran (Malay Agricultural Settlement)
The History of Malay Agricultural Settlement Kuala Lumpur, January 1899 to October 1941, Malay Agricultural Settlement Register, Fail-1965 (Fail Individu-lot–lot tanah), Buku Ulangtahun 111 Tahun Pentadbiran MAS, Kampong Bharu, Kuala Lumpur : Pameran 3 ALAM, Mengimbas Kembali dan sebagainya.
Bengkel Penyelarasan Penyediaan Klasifikasi Fail dan JPR Fungsian Roseline Mapong Sabai
P
ada 20 hingga 22 Mei 2012 telah diadakan Bengkel Penyelarasan Penyediaan Klasifikasi Fail Dan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian, bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Bengkel telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Encik Azemi Abdul Aziz dan telah dihadiri oleh 26 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan dan juga Bahagian Perancangan dan Penyelarasan (BPP) - Seksyen Konsultansi dan Latihan. Objektif bengkel ialah untuk mendapatkan maklumbalas terbaru Para peserta bengkel bergambar bersama Timbalan Ketua Pengarah, Encik Azemi Abdul Aziz (duduk tengah) untuk diselaraskan pelaksanaannya supaya lebih sistematik dan efisyen. Ia juga bertujuan untuk diharap akan dapat memantapkan Pasukan Penyediaan Klasifikasi menyelaraskan dan menyeragamkan pelaksanaan Penyediaan Fail dan JPR Fungsian dalam memenuhi pra-syarat dalam Klasifikasi Fail dan JPR Fungsian oleh pegawai-pegawai Bahagian pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) dan Rekod Kerajaan (BRK) dan Bahagian Perancangan dan seterusnya untuk menghasilkan Standard Operating Prosedur Penyelarasan (BPP) yang dilantik sebagai Pasukan Penyediaan (SOP) dan carta aliran kerja yang seragam serta dapat menyakinkan Klasifikasi Fail dan JPR Fungsian. Seterusnya melalui bengkel ini pejabat awam mengenai kepakaran Pegawai Arkib.
4
Berita Arkib Negara Malaysia
Cakna Klasifikasi Fail dan JPR Fungsian Roseline Mapong Sabai
Para peserta dan pegawai-pegawai dari Arkib Negara yang mengikuti program Cakna Klasifikasi Fail dan JPR Fungsian pada 9 April 2012.
C
akna Klasifikasi Fail dan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian (JPR) adalah satu program yang dilaksanakan secara taklimat dan soal jawab selama 3 hari yang mensasarkan penyertaan dari agensi-agensi kerajaan yang berlainan. Majlis perasmian dan penutup cakna telah disempurnakan oleh Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Program cakna ini diadakan selama tiga hari. Ianya diadakan bagi tiga kumpulan sasar yang berlainan. Kumpulan pertama melibatkan 60 agensi yang terlibat dengan ‘penarafan bintang’ atau star rating yang dikendalikan oleh MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan) yang hadir pada hari pertama iaitu 9 April 2012. Kumpulan kedua adalah 149 agensi dari Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh negara yang hadir pada hari kedua 10 April 2012. Manakala kumpulan ketiga yang hadir pada hari ketiga iaitu 12 April 2012 melibatkan 14 agensi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seluruh negara. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada agensi-agensi kerajaan tentang kepentingan membangunkan sesebuah klasifikasi fail dan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian. Ia dapat membantu menyeragamkan sistem fail pejabat awam serta mengenalpasti tempoh simpanan bagi rekodrekod yang diwujudkan di pejabat awam. Tajuk-tajuk taklimat yang dibentangkan adalah ”Membangunkan Klasifikasi Fail: Mengapa Perlu Seragam”, “Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian dan Kepentingannya” dan “Inventori Rekod Jabatan bagi penyediaan Jadual Pelupusan Rekod”. Selain memberi kefahaman tentang tatacara membangunkan serta kepentingan keseragaman klasifikasi fail, ia juga memberi pendedahan awal tentang Jadual Pelupusan Rekod Fungsian
sebagai satu panduan bagi menentukan tempoh simpanan rekod di pejabat awam. Di samping itu ia telah menjelaskan peranan Arkib Negara Malaysia dalam memberi khidmat nasihat kepakaran, menetapkan piawaian (standard), peraturan dan prosedur bagi membangunkan sesebuah klasifikasi fail serta Jadual Pelupusan Rekod Fungsian di semua pejabat awam. Pengunaan sistem klasifikasi fail yang disyorkan oleh Arkib Negara di pejabat awam adalah bertujuan untuk menjadikannya seragam, memudahkan penggunaan dan kefahaman di kalangan pengguna. Ianya juga dapat diadaptasi dan diaplikasikan ke dalam sistem pengurusan rekod elektronik. Pengunaan klasifikasi fail Urusan Am yang seragam juga akan membolehkan pejabat awam menggunapakai Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am yang telah dibangunkan oleh Arkib Negara. Ini akan mempercepatkan proses pelupusan rekod yang biasanya mungkin memakan masa sehingga enam (6) bulan berdasarkan piagam pelanggan kepada tempoh yang lebih singkat iaitu 14 hari bekerja. Begitu juga sekiranya pejabat awam menyediakan JPR Urusan Fungsian maka peraturan kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja juga akan terpakai. Bagi penyediaan JPR Urusan Fungsian, Arkib Negara telah menyediakan Panduan Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian. Cakna ini diharapkan dapat menjadi batu asas kepada penyeragaman klasifikasi fail dan pembangunan Jadual Pelupusan Rekod Fungsia di sektor awam. Ianya juga sebagai strategi bagi penyediaan ke arah pengurusan rekod elektronik yang akan meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Di samping, program cakna ini juga telah memberi peluang kepada Arkib Negara Malaysia untuk menjadi rakan urus rekod yang mesra tapi disegani.
Berita Arkib Negara Malaysia
5
Lestari Ilmu ‘Arkib Bersama IPT’ Nor ‘Atikah Safri
Antara peserta program yang tertarik dengan pameran surat khabar ‘Ceritera 3 Zaman’ yang disediakan oleh Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan.
B
ahagian Pengembangan Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan program mega bersama penyelidik yang dinamakan Lestari Ilmu ‘Arkib Bersama IPT’. Program ini telah dilaksanakan pada 24 Mei 2012, melibatkan lebih 200 orang pelajar institusi pendidikan tinggi awam dan swasta daripada 5 buah institusi; Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Universiti Selangor (UNISEL). Penyelidik tetap Arkib Negara Malaysia juga turut diundang untuk memeriahkan lagi program tersebut. Lestari Ilmu ‘Arkib Bersama IPT’ diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Arkib Negara Malaysia kepada penuntut di IPTA dan IPTS serta memberi kefahaman asas tentang perkhidmatan
Para pelajar IPT ini sangat teruja menyaksikan demonstrasi pemuliharaan bahan arkib yang dilaksanakan oleh Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi.
dan koleksi bahan yang disediakan. Program ini juga memberi ruang kepada para pelajar serta pensyarah berkongsi maklumat untuk kepentingan bersama. Para peserta juga turut diberi penerangan mengenai kaedah melaksanakan penyelidikan di Arkib Negara dalam satu sesi yang dinamakan Klinik Kepenggunaan Arkib. Hasil maklum balas peserta program, didapati bahawa mereka sangat teruja dan mencadangkan supaya program seumpama ini diteruskan lagi. Program ini telah membuka ruang dan memberi pemahaman kepada mereka dalam melaksanakan kajian berdasarkan sumber primer yang ada di dalam koleksi Arkib Negara Malaysia.
Sesi Perkongsian Ilmu@Knowledge Sharing Roseline Mapong Sabai
S
semasa berada di luar negara. esi Perkongsian Ilmu (Knowledge Sesi Perkongsian Ilmu kali ini Sharing) telah diadakan pada 14 melibatkan tiga orang pembentang iaitu Mei 2012 di Auditorium Arkib Ketua Seksyen Arkib Digital, Puan Hajah Negara Malaysia, Wisma Warisan, Kuala Norehan Jaafar, yang menerangkan Lumpur. Perasmian telah disempurnakan mengenai Pelaksanaan Projek myCreative oleh Timbalan Ketua Pengarah, Encik Content (MYCC). Manakala Puan Nor Azemi Abdul Aziz, yang mewakili Ketua Kamisah Yusoff dan Encik Afham Jauhari Pengarah Arkib Negara, Puan Hajah Aldi, berkongsi pengalaman mereka semasa Daresah Binti Ismail. Sesi Perkongisan menghadiri Persidangan SEAPAVAA Ke 16 Ilmu ini merupakan siri yang pertama bagi (16th SEAPAVAA Conference And General tahun 2012, telah dihadiri seramai 50 Assembly) di Ho Chi Minh City, Vietnam orang. Sesi ini ialah sebagai platform untuk pada14 April 2012 sehingga 21 April 2012. perkongsian ilmu dalam kalangan Pegawai Dalam teks ucapan Ketua Pengarah yang dan kakitangan Arkib Negara, juga untuk dibacakan oleh Encik Azemi Abdul Aziz, berkongsi pandangan dan idea ke arah transformasi pemikiran dan budaya kerja Timbalan Ketua Pengarah ANM, Encik Azemi Abdul antara lainnya berharap para pegawai dan yang cemerlang. Disamping itu juga, sesi Aziz menyampaikan teks Ucapan Ketua Pengarah ANM kakitangan perlu melihat penganjuran sesi semasa Majlis Perasmian Sesi Pengkongsian ini dengan lebih terbuka dan mengambil ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat Ilmu@Knowledge Sharing iktibar daripadanya untuk sama-sama dan perkembangan terkini berkaitan melakukan anjakan pemikiran terhadap proses kerja. Maka perlu dengan program/projek/aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan menggunakan peluang ini untuk berbincang dan memberikan di Arkib Negara. Melalui majlis sebegini para pembentang yang pandangan, idea yang bernas, komen dan sebagainya ke arah dijemput akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman perkongsian ilmu yang lebih baik dan matang. dalam bidang kerja masing-masing serta juga berkongsi pengalaman, pemerhatian, cabaran dan ilmu baru yang diperolehi 6
Berita Arkib Negara Malaysia
Naiktaraf Pusat Data ANM Projek MyCreative Content (MYCC) Norazrina Mohd Zin
P
usat Data Arkib Negara Malaysia (ANM) mula diwujudkan semasa pembangunan aplikasi Computerised Archival System and Services (COMPASS) dilaksanakan bagi membantu dalam memudahkan urusan pengurusan rekod yang diterima sehingga penyimpanan bahan ke dalam gedung di ANM. Pusat data pada ketika itu menempatkan peralatan dan kelengkapan ICT yang minimal dan membolehkan komunikasi secara dalam talian. Pusat data ANM berkembang dengan penambahan aplikasi utama seperti capaian bahan arkib melalui web (COMPASSWEB), Laman Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS), Sistem katalog bahan perpustakaan (WEBOPAC), Electronic Record Management System (HP-TRIM), Archival Management System (AMS), Aplikasi E-mel dan aplikasi intranet. Aplikasi Intranet yang digunakan di ANM adalah Helpdesk, Sistem Aduan Bangunan, Sistem Penyelidikan Khas dan Portal Knowledge Management. 2012 merupakan tahun perkembangan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi Arkib Negara Malaysia (ANM) secara menyeluruh. Perkembangan ini selaras dengan pelaksanaan Projek MyCreative Content (MyCC) yang merupakan di antara 133 projek permulaan (Entry Point Project – EPP) di bawah Program Transformasi Kerajaan. Projek MyCC mensasarkan pendigitalan bahan-bahan arkib sehingga ianya boleh dicapai oleh orang awam dan dikomersilkan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pelaksanaan Projek MyCC terdiri daripada empat (4) skop utama iaitu Pendigitalan Bahan Arkib Dokumen, Pendigitalan Bahan Arkib Audio Visual, Naik Taraf Pusat Data dan Pembangunan Aplikasi Online Finding Aids (OFA) telah bermula pada akhir tahun 2011. Dalam memastikan projek ini dapat dilaksanakan secara
menyeluruh dan mampu menyokong kepada kejayaan pelaksanaannya, prasarana ICT dari segi rangkaian, perkakasan, storan, perisian, sistem dan aplikasi harus disediakan terlebih dahulu selaras dengan jumlah bahan yang akan didigitalkan serta peningkatan pengaksesan bahan arkib secara dalam talian. Naik taraf pusat data ANM melibatkan peningkatan empat (4) skop utama prasarana ICT iaitu rangkaian (network), storan (storage), salinan pendua (backup) dan teknologi maya (virtualization). Bagi setiap skop, naik taraf ini melibatkan perolehan perkakasan dan perisian ICT. Pelaksanaan pusat data ANM mengambil kira ciri-ciri utama yang diperlukan bagi mengukuhkan struktur rangkaian dan menjamin keselamatan data. Keselamatan rangkaian dan pusat data diperkukuhkan lagi dengan pemasangan sistem kawalan persekitaran pusat data yang mampu mengesan perubahan suhu, kelembapan bilik, pengawalan keluar masuk di dalam pusat data serta menghantar pemberitahuan kepada pentadbir rangkaian yang bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini. Bagi memastikan persekitaran pusat data sentiasa berada pada tahap suhu yang ditetapkan, pemasangan Sistem Penyejukan (Cooling System) dilaksanakan. Ini sekali gus dapat mencegah kerosakan perkakasan ICT yang terdapat di pusat data ANM dan memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Konsep high-availability (HA) diterapkan dalam pelaksanaan ini pada struktur dan peralatan rangkaian. Struktur rangkaian baru yang direka oleh pasukan teknikal ICT ANM menetapkan ciri-ciri ketersediaan (availability) dengan sasaran zero-failure atau gangguan rangkaian yang minimal serta tidak menjejaskan perkhidmatan ANM. Konsep ini mampu mengelakkan gangguan pada aplikasi semasa jabatan dan aplikasi yang dibangunkan bagi projek MyCC agar ia boleh diakses pada bila-bila masa. Struktur rangkaian ANM dengan peningkatan kapasiti daripada 10MB kepada 16MB mampu meningkatkan prestasi capaian dan menyokong kepada pelaksanaan projek ini. Bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah teknologi hijau, teknologi virtualization diadaptasikan dalam pelaksanaan ini. Teknologi ini merupakan teknologi yang membolehkan beberapa sistem operasi (Operating System) berada dalam satu (1) pelayan (server) induk dan mampu mengoptimumkan penggunaan pelayan dan storan. Kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan menjimatkan kos dari segi perolehan pelayan serta kos penyelenggaraan kerana penyelenggaraan pada setiap pelayan secara individu tidak perlu dilaksanakan. Selain daripada itu, konsep virtualization ini memudahkan pengurusan dan peningkatan kapasiti pelayan pada bila-bila masa oleh pentadbir. Keselamatan data yang disimpan di ANM ditingkatkan dengan kaedah backup and recovery yang mampu mengatasi masalah kehilangan maklumat yang bernilai. Kaedah ini merupakan proses salinan pendua maklumat yang digunakan semasa melaksanakan pemulihan data (recovery) sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini seperti kehilangan data. Pelaksanaan backup dilakukan secara automatik dan berjadual untuk semua aplikasi dan data jabatan. Dalam menampung keperluan dan pertambahan data yang perlu disimpan, ruang storan berteknologi tinggi dan ruang simpanan berbentuk cakera keras (hard drive) berkapasiti tinggi diperoleh. Dengan teknologi yang ada pada perkakasan storan ini, data yang disimpan mampu dicapai dengan pantas. Kejayaan dalam melaksanakan projek naik taraf pusat data ANM merupakan hasil kerjasama daripada semua warga arkib terutamanya pihak atasan ANM dan juga pihak kontraktor. Sokongan dan kerjasama yang diberikan daripada semua pihak yang terlibat membolehkan projek ini berjalan lancar mengikut perancangan bagi memastikan bahan-bahan yang didigitalkan dapat diurus, dipelihara dan dicapai secara dalam talian tanpa sebarang masalah.
Berita Arkib Negara Malaysia
7
SARBICA 2012 – Bangkok, Thailand Frances Muna Empari
Persidangan Agung Ke-18 dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-19 The Southeast Asia Regional Branch of International Council on Archives (SARBICA) pada 24 Jun 2012, Bangkok, Thailand.
T
he Southeast Asia Regional Branch of International Council on Archives (SARBICA) telah berjaya mengadakan Persidangan Agung Ke-18 dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-19 pada 24 Jun 2012 bertempat di Hotel Amari Watergate, Bangkok, Thailand. Persidangan Agung dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif SARBICA pada kali ini dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Arkib Negara Thailand, Naiyana Yamsaka selaku Pengerusi SARBICA dan dihadiri oleh semua sepuluh buah negara anggota SARBICA. Arkib Negara Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah, Puan Hajah Daresah Haji Ismail selaku Timbalan Pengerusi SARBICA, Puan Gowri PS Thangaya selaku Setiausaha Kehormat, Puan Sulasteri selaku Bendahari, Puan Normazlinalaila Bahari selaku pemerhati dan pembentang kertas kerja serta Puan Frances Muna Empari juga selaku pemerhati dan peserta seminar. Pelbagai isu dan perkara berbangkit yang berkaitan dengan program dan aktiviti telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut berlangsung. Isu mengenai keahlian baru dan yuran keahlian turut dibangkitkan semasa mesyuarat. Isu berkenaan dengan kedudukan Sekretariat Tetap SARBICA di Arkib Negara malaysia sejak tahun 1968 juga telah dibangkitkan dan dibincangkan. Majoriti ahli Lembaga Eksekutif SARBICA bersetuju supaya sekretariat SARBICA terus dikekalkan di Arkib Negara Malaysia dan perkara ini kemudiannya dipersetujui sebulat suara. Selain itu, mesyuarat telah mengadakan pemilihan baru untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SARBICA bagi tempoh 2012 hingga 2014. Mesyuarat telah memutuskan Pengerusi baru SARBICA ialah Vietnam, manakala Brunei sebagai Timbalan Pengerusi. Arkib Negara Thailand yang bertindak selaku tuan rumah pada mesyuarat pada kali ini turut mengadakan satu seminar yang bertemakan “Electronic Records: Prepare for Change and Prevent Loss” pada 25 hingga 26 Jun 2012. Seminar selama dua hari ini dihadiri oleh seramai 211 orang peserta yang terdiri daripada 77 orang peserta dari luar negeri dan 134 orang peserta tempatan. Ia disertai oleh 19 orang peserta dari Malaysia, termasuklah delegasi dari Arkib Negara Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan ahli individu SARBICA. Seramai enam orang pembentang kertas kerja telah dijemput bagi menjayakan seminar pada kali ini. Salah seorang pembentang kertas kerja yang terlibat ialah Dr. Pauline Joseph dari Curtin University, Australia telah membentangkan kertas kerja yang
bertajuk ‘Prepare for Change and Prevent Loss’ yang antara lain membincangkan tentang risiko yang perlu diambilkira dalam mengendalikan rekod elektronik. Beliau juga turut menyentuh tentang pendekatan yang boleh diambil bagi memastikan maklumat yang terkandung dalam rekod elektronik kekal terpelihara keasliannya sebagaimana yang asal. Sementara itu, James Lowry dari International Records Management Trust (IRMT) telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Record-keeping System in Government Agencies’ yang menekankan tentang aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam memastikan pengurusan rekod elektronik dapat dilaksanakan dengan sistematik bagi memelihara ketepatan, kesahihan dan integriti sesuatu rekod. John McDonald dari Toronto University, Kanada pula memberi fokus kepada kepentingan suatu piawaian antarabangsa dalam menguruskan rekod elektronik. Seorang lagi pembentang kertas kerja, iaitu Anthea Seles juga dari IRMT telah berkongsi tentang kaedah terbaik yang perlu digunakan bagi memastikan rekod elektronik kekal terpelihara untuk jangka masa yang panjang. Dua pembentang daripada negara anggota SARBICA, iaitu Malaysia dan Singapura turut berkongsi pengalaman masingmasing dalam mengendalikan projek berkaitan rekod elektronik. Puan Normazlinalaila Bahari dari Arkib Negara Malaysia telah berkongsi mengenai peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara Malaysia dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (ERMS) di Sektor Awam. Beliau juga turut berkongsi maklumat tentang cabaran yang dihadapi oleh Arkib Negara Malaysia dalam usaha untuk melaksanakan ERMS mengikut piawaian dan jangka masa yang ditetapkan. Sementara itu, Dr. Eric Tan Huck Gim pula telah berkongsi pengalaman Arkib Negara Singapura menerusi pembentangan kertas kerja yang bertajuk ‘Using Digital Technology in The Management of Non-Textual Archives’. Seminar ini secara keseluruhannya telah mewujudkan satu platform dan peluang yang amat baik kepada semua pembentang kertas kerja dan para peserta untuk berkongsi dan bertukar pandangan serta maklumat tentang pelbagai isu terkini dan permasalahan berkaitan pengurusan rekod elektronik, termasuklah dari segi pelaksanaan, piawaian, kawalan dan cabaran yang dihadapi. Sesungguhnya, banyak maklumat berguna yang diperolehi melalui seminar ini yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawab Jabatan ini dengan lebih efektif dan efisien sebagai penyimpan dan pemelihara khazanah bangsa. ...bersambung ke mukasurat 9
8
Berita Arkib Negara Malaysia
...sambungan dari m/s 8
Delegasi SARBICA juga telah dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik, antaranya ialah Muzium and Archives Bank of Thailand. Delegasi juga berkunjung ke wilayah Ayutthaya dan di sana delegasi berpeluang melawat ke Ayutthaya Historical Study Center, Chaosamphaya National Museum, Wang Chang Ayutthaya Corral (Elephants Center) dan Ayothaya Floating Market.
Selaku sekretariat tetap SARBICA, Arkib Negara Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Arkib Negara Thailand kerana berjaya menganjurkan Persidangan Agung Ke-18 dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-19 SARBICA serta seminar “Electronic Records: Prepare for Change and Prevent Loss” dengan amat jayanya.
16 th SEAPAVAA Conference and General Assembly AfhamJauhari Aldi
berkongsikan pengalaman dan cabaran yang dihadapi di institusi masing-masing serta perunding yang dijemput seperti Mr.Ricard Wright (Former Senior Researcher, British Broadcasting Corporation (BBC)/Current Independent Consultant on AV Preservation and Access). Pada persidangan tersebut juga, Encik Afham Jauhari Aldi telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Going Digital AV Archives: National Archives of Malaysia Challenges and the Road Ahead” yang membincangkan Executive Councilor SEAPAVAA bergambar bersama Mr. Huynh Vinh Ai, Timbalan Menteri Kebudayaan, cabaran yang dihadapi oleh ANM dalam Sukan dan Pelancongan Vietnam selepas acara perasmian 16th SEAPAVAA Conference & General Assembly pada 17 April 2012. Di kanan sekali Puan Nor Kamisah Yusoff. menubuhkan sebuah arkib digital untuk koleksi bahan AV dan peranan Projek My Creative outh East Asia-Pacific Audio Visual Archive Association Content (MyCC) merealisasikan wujudnya koleksi bahan AV digital atau lebih dikenali sebagai SEAPAVAA telah menganjurkan di ANM. 16th SEAPAVAA Conference and General Assembly pada Pengisian seminar kali ini di Ho Chi Minh City sangat 14 hingga 21 April 2012 yang lalu. Persidangan tahunan kali ini bermakna kerana peserta juga dibawa melawat ke Vietnam Film dianjurkan oleh Vietnam Film Institute (VFI) bersama-sama Institute (VFI) dan melihat sendiri pemuliharaan dan pemeliharaan SEAPAVAA di Ho Chi Minh City. Dua orang Pegawai Arkib telah filem yang dijalankan. Praktis yang ditunjukkan sangat bermanfaat menghadiri persidangan yang dianjurkan iaitu Puan Nor Kamisah dan berguna kerana tidak pernah diamalkan lagi di ANM tetapi Yusof yang hadir sebagai Ahli Eksekutif SEAPAVAA dan Encik tenyata berkesan dan boleh digunapakai bagi tujuan pemeliharaan Afham Jauhari Aldi yang hadir sebagai salah seorang pembentang filem dimasa akan datang. Peserta juga dibawa melawat ke tempat kertas kerja. bersejarah seperti Cu Chi Tunnel iaitu lokasi persembunyian dan Persidangan kali ini membawakan tema “Creating, Funding operasi Tentera Vietkong menentang pencerobohan Tentera and Protecting Digital AV Archives” yang khusus membincangkan Amerika sewaktu perang Vietnam. tujuan mewujudkan sebuah arkib AudioVisual (AV) dalam bentuk SEAPAVAA yang menganjurkan persidangan tahunan digital bagi mendepani keperluan semasa. Melalui seminar dan sebegini memberikan ruang yang terbuka luas kepada Pegawai sesi perbincangan yang diadakan juga telah memberikan banyak Arkib untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan selain menjadi faedah dan pengetahuan kepada peserta seminar yang rataplatform mengangkat nama Arkib Negara Malaysia sebagai ratanya masih baru dalam penubuhan sebuah arkib AV dalam sebuah Institusi Arkib dan Penyelidikan yang unggul melalui bentuk digital. Diantara pembentang kertas kerja adalah daripada perkongsian ilmiah para pegawainya di masa akan datang didalam wakil-wakil institusi arkib Negara-negara Asia Tenggara yang seminar yang diadakan.
S
Train the Trainer’s Seminar Rusniza Hamdan
I
nternational Council Of Archive (ICA) adalah sebuah pertubuhan Arkib antarabangsa yang telah ditubuhkan sejak tahun 1948. Pertubuhan ini telah membangunkan satu aplikasi web-based dengan menggunakan perisian sumber terbuka (open source). Aplikasi yang dinamakan ICA-AtoM “International Council on Archives-Access to Memory” telah digunapakai secara meluas di peringkat antarabangsa dan berfungsi untuk mengendalikan aktiviti pendeskripsian bahan arkib. Pada 2 hingga 4 Mei 2012, pertubuhan ini telah menganjurkan seminar yang bertajuk Train the Trainers yang menjemput penyertaan perwakilan institusi arkib yang bernaung dibawahnya
dari seluruh dunia seperti Majlis Arkib Antarabangsa Rantau Asia Tenggara (SARBICA), Majlis Arkib Antarabangsa Rantau Asia Timur (EASTICA), Majlis Arkib Antarabangsa Rantau Eropah (EURBICA) dan sebagainya. Arkib Negara Malaysia telah diberi penghormatan untuk menghantar pegawainya mewakili rantau ini menyertai seminar tersebut dan telah dihadiri oleh Pegawai Arkib dari Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik, Cik Rusniza Hamdan. Seminar ini bertujuan untuk melahirkan tenaga pengajar dalam pelaksanaan aplikasi ICA-AtoM. Melalui seminar ini para peserta telah diajar mengenai ...bersambung ke mukasurat 11 Berita Arkib Negara Malaysia
9
Siapa Buka Pulau Pinang? Samariah Md. Ali/Usdi Abdullah
Ketua Pengarah ANM, Puan Hajah Daresah Haji Ismail (tengah), Ketua Seksyen Penyelidikan Khas Negara, Puan Samariah Md. Ali (kanan sekali), Pengarah ANM Cawangan Pulau Pinang, Encik Mohd Nasser Malim (kiri sekali) bersama tokoh-tokoh Majlis Polemik Sejarah Sesi 26 : Petempatan Awal di Pulau Pinang.
P
engambilan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 11 Ogos 1787 merupakan titik penting dalam catatan sejarah negara. Sejak itu Pulau Pinang terpisah daripada ketuanan Melayu Kedah dan mula mencipta identiti sebagai koloni British. Walaupun cara pengambilan ini penuh dengan helah dan penipuan, Francis Light terus diiktiraf sebagai pembuka Pulau Pinang . Kisah masyarakat Melayu pada era pra-British terus terpinggir dalam aliran dan catatan sejarah kebangsaan. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak penemuan fakta baru mengenai sejarah awal Pulau Pinang yang dijalankan oleh pengkaji tempatan telah berjaya ditemui. Penemuan fakta-fakta baru dalam mengkaji sejarah Pulau Pinang ini perlulah diketengahkan supaya kebenaran dapat ditegakkan dan sejarah negara diletakkan di landasan yang sewajarnya. Kajian dan penilaian ini semestinya dilihat daripada sudut pandang para pengkaji dan sejarawan tempatan supaya sesuatu episod sejarah ditonjolkan daripada perspektif anak watan demi menegakkan keutuhan dan martabat bangsa. Bagi membolehkan masyarakat memperolehi gambaran dan persepsi yang lebih seimbang, Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Majlis Polemik Sejarah Sesi 26 : Petempatan Awal di Pulau Pinang sebagai medan untuk ahli akademik dan sejarawan membentangkan hasil kajian dan penemuan baru mereka bagi merungkai polemik petempatan awal di Pulau Pinang. Majlis polemik kali ini menampilkan 3 orang tokoh iaitu Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa (USM) yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sejarah Yang Terpinggir: Petempatan Awal Melayu Pulau Pinang.’ Kertas ini menyentuh sejarah kewujudan petempatan di Pulau Pinang sebelum kedatangan Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada 1786. Kewujudan masyarakat awal yang menetap di pulau itu terbukti melalui penemuan petempatan dan pelabuhan di Batu Uban, perkampungan dan tanah perkuburan
10
Berita Arkib Negara Malaysia
yang luas di sekitar Datok Keramat, dan kesan-kesan tanah yang diteroka di beberapa kawasan lain di negeri itu. Seterusnya pembentang kedua, Dr. Hj. Nabir Hj. Abdullah (UPSI) telah membentangkan kertas kerja bertajuk ’Petempatan dan Isu Lord of the Soil Sebelum dan Sewaktu Pendudukan Inggeris di Pulau Pinang.’ Kertas ini cuba memaparkan perjalanan sejarah pemindahan hak atau kuasa membuka dan memberi hak pemilikan tanah dari Kedah kepada British merupakan faktor yang menyebabkan orang Melayu, khususnya penghuni asal mengalami peminggiran dan kepupusan hak asal mereka. Manakala kertas terakhir pula bertajuk ‘Wajah Dan Warisan: Identiti Melayu Awal Pulau Pinang Yang Dilupakan’ disampaikan oleh Prof. Dr. Ahmad Murad Merican (UTP). Beliau mengandaikan masyarakat Melayu Pulau Pinang menjadi ‘pengemis’ sejarah kerana mereka ini sebenarnya bukan dipinggirkan dari sudut politik atau ekonomi tetapi dipinggirkan dari sudut sejarah dan persejarahan. Akibat dari peminggiran ini, maka wajah dan pengwajahan Melayu di Pulau Pinang telah digambarkan sebagai dhaif, tidak ada peradaban, dan tidak ada sejarah. Sesi pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Isa Othman (USM) yang juga merupakan Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Majlis polemik yang julung kali diadakan di Pulau Pinang ini telah berjaya menarik seramai 200 orang warga Pulau Mutiara berhimpun di Auditorium P.Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni pada 12 Jun 2012. Mereka terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, pensyarah, pengetua, NGO, peminat sejarah, guru serta pelajar-pelajar tingkatan 6 daripada beberapa sekolah di Pulau Pinang. Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan agensi-agensi KPKK cawangan Pulau Pinang.
Program P. Ramlee di Pulau Pinang Frances Muna Empari
TYT YDP Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas semasa merasmikan Program P. Ramlee Dalam Kenangan.
S
empena sambutan Hari Seniman peringkat Kebangsaan, Arkib Negara Malaysia melalui Bahagian Arkib Negarawan dan Cawangan Pulau Pinang telah berganding bahu mengadakan ‘Program P. Ramlee Dalam Kenangan’. Program ini diadakan secara kerjasama dengan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pulau Pinang pada 2 hingga 4 Jun 2012 bertempat di Auditorium P. Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 4 Jun 2012. Program ini berkonsepkan semangat perpaduan 1Malaysia yang diterapkan dalam semua karya seni Tan Sri P. Ramlee, khususnya dari filem-filem beliau. Antara matlamat utama program
TYT YDP Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas melawat pameran yang diadakan sempena Program P. Ramlee Dalam Kenangan.
ini adalah untuk mendedahkan keunikan dan keistimewaan Tan Sri P. Ramlee kepada masyarakat negara ini, terutamanya yang berkaitan dengan hasil karya beliau yang mempunyai nilai perpaduan dan integrasi sosial berlandaskan konsep 1Malaysia. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sempena program ini. Antaranya pameran mengenai P. Ramlee, Pertandingan P. Ramlee Pujaanku @Youtube, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Pertandingan Pakaian Beragam, Bengkel Mewarna dan beberapa aktiviti lain. Selain itu, Forum Pemikiran 1Malaysia Dalam Filem Karya Tan Sri P. Ramlee turut diadakan bagi mengupas dengan lebih mendalam mengenai intipati hasil karya beliau yang mana YBhg. Dato’ Aziz Sattar dan Dr. Mahyuddin Ahmad telah diundang sebagai ahli panel. Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Saadon.
...sambungan dari m/s 9
Cik Rusniza Hamdan (kiri) bersama peserta-peserta Seminar Train the Trainers
penggunaan dan pengendalian aplikasi ICA-AtoM secara praktikal. Peserta telah diberi penerangan mengenai fungsi modul yang terdapat di dalam aplikasi ICA-AtoM. Seminar ini telah dikendalikan sepenuhnya secara hands on oleh 5 orang tenaga pakar dalam pembangunan aplikasi ICA-AtoM iaitu Claire Sibille, Jean-Francois Moufflet, Adele Torrance, Tobias Widi dan Baptiste de Coulan dan telah memberi peluang kepada para peserta berkongsi maklumat,
ilmu dan kemahiran selain menjalinkan hubungan yang erat dengan pakar-pakar yang telah membangunkan aplikasi ICAAtoM. Pembangunan aplikasi ini juga adalah berasaskan standard ICA iaitu General International Standard Archival Description (ISAD), International Standard Archival Authority Records (Corporate bodies, Persons, Families) (ISAAR), International Standard For Describing Institutions with Archival Holding (ISDIAH) dan International Standard For Describing Functions (ISDF). Perwakilan penyertaan ini memberi penghormatan kepada Arkib Negara untuk menjadi Arkib yang pertama mendalami aplikasi ini (first hand information) di rantau Asia Tenggara. Pegawai Arkib yang menghadiri seminar ini telah diiktiraf untuk menjadi tenaga pengajar bagi institusi arkib di negara-negara di rantau ini.
Berita Arkib Negara Malaysia
11
Pameran “Imbasan…” Shahlin bin Ali
Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, YB Dato Sri Hj. Nasir Tun Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran (berbaju batik) melawat gerai pameran ANMCS diiringi Encik Shahlin Ali, Pengarah ANMCS (dua dari kiri). Turut kelihatan YBhg Datuk Hj. Amri A. Suratman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) (di tengah).
A
rkib Negara Malaysia Cawangan Sabah (ANMCS) telah menyertai pameran sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012M dari 15 hingga 18 Mei 2012 bertempat di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Pameran ini telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah,YB Dato Sri Haji Nasir bin Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran pada 16 Mei 2012. Pameran sempena majlis tilawah ini bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa pihak kerajaan sangat komited dalam mempromosikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri yang dianjurkan pada setiap tahun. Pameran ini juga dapat
mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan ANMCS khususnya, melalui kaedah “Down to Earth”. Pameran bertajuk ‘Imbasan…’ yang diadakan ini menampilkan rekod-rekod seperti gambar, fail, buku dan poster tentang Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Negeri Sabah yang diadakan di Sabah semenjak dari tahun 1974 sehingga 2010. Pameran ini juga menonjolkan Koleksi Surat Persendirian Datuk Hj. Awang Sahari bin Abdul Latif (SP.1) yang juga mengandungi bahan-bahan tentang majlis tilawah al-Quran dan al-Quran itu sendiri. Semua rekod ini merupakan koleksi yang terdapat di dalam simpanan ANMCS.
Arkib Kelantan Pamer Bahan-Bahan Sejarah Tun Hamid Tuan Daud
A
rkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan (ANMCK) tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan program Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan. Program ini telah diadakan pada 3 hingga 4 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan. Dalam program ini ANMCK telah menyediakan pameran berkaitan dengan Bahan Sejarah Asas 1Malaysia. Majlis pelancaran program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim; Ahli Parlimen Gua Musang, YB Tengku Razaleigh Hamzah dan ketua-ketua agensi di bawah KPKK. Seramai kira12
Berita Arkib Negara Malaysia
kira 50,000 orang telah hadir pada majlis perasmian tersebut. Sepanjang dua hari diadakan, gerai pameran ANMCK menerima kunjungan sekitar 5,000 orang pelawat. Disamping dapat melihat pameran yang disediakan pelawat juga turut diberikan risalah-risalah dan terbitan percuma keluaran Arkib Negara. Para pelajar sekolah dan generasi muda telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap pameran yang diadakan oleh Arkib Negara ini. Penyertaan dalam pameran ini telah berjaya memberi pendedahan kepada orang ramai tentang fungsi dan peranan Arkib Negara sebagai pusat penyelidikan dan penyimpan khazanah Negara.
IAB Cawangan Utara Lawat Arkib Pulau Pinang Nazrim Syah b. Nazeri
Penolong Pengarah ANMCPP, Puan Rose Idayu binti Omar (berdiri di tengah) bersama peserta rombongan Lawatan Kerja Institut Aminuddin Baki.
A
rkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang (ANMCPP) telah menerima Lawatan Kerja Pegawai dan kakitangan dari Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara pada 14 Jun 2012. Rombongan ini terdiri daripada 30 orang. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai fungsi arkib dan mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan rekod dan pentadbiran arkib.
Lawatan yang berlangsung selama 3 jam ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat ringkas mengenai Arkib Negara Malaysia dan Rumah Kelahiran Tan Sri P.Ramlee, demonstrasi mengenai pembaikan tradisional dan awet jilid bahan arkib yang telah rosak oleh Pembantu Pemuliharaan dan demonstrasi mengenai Sistem COMPASS di Arkib Negara Malaysia.
Arkib Terima Kunjungan Delegasi Luar Negara Norazam Zainal
Delegasi State Records and Archives Department of Vietnam (kiri) dan The National Records and Archive Authority Sultanate of Oman (kanan) antara pelawat luar negara yang mengunjungi Arkib Negara Malaysia
S
epanjang bulan April hingga Jun 2012, Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menerima sebanyak 8 lawatan dari institusi luar negara. Pada 4 April 2012 ANM menerima kunjungan daripada The National Records and Archive Authority Sultanate of Oman di mana Delegasi Oman ini telah menjalankan kerja di ANM selama seminggu. Pada 20 April 2012, ANM telah menerima kunjungan Delegasi Arkib Negara India manakala pada 28 Mei 2012 telah menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Tinggi India. Dalam pertemuan ini beberapa perkara berkenaan hubungan dua hala dan kepentingan bersama antara ANM dan Arkib Negara India telah dibincangkan. Melalui perbincangan tersebut diharap proses untuk memperolehi bahan-bahan sejarah mengenai negara ini yang terdapat di institusi-institusi di India akan lebih mudah lagi. Bersempena dengan Seminar “Transformasi Pengurusan
Rekod Sektor Awam – Ke Arah Penerapan Budaya Kerja Persekitaran Elektronik, dua pembentang kertas kerja di seminar tersebut iaitu Ms. Geogina Grey Assistant Director, Government Information Management Branch, National Archives of Australia dan Ms. Judith Ellis, Managing Director, Enterprise Knowledge Pty Ltd, Australia telah mengadakan lawatan kerja ke ANM pada 21 Jun 2012. Pada hari yang sama, ANM turut menerima kunjungan 20 orang dari delegasi State Records and Archives Department of Vietnam. Delegasi Vietnam ini kagum dengan pencapaian dan menyifatkan ANM sebagai sebuah arkib contoh. ANM juga turut menerima kunjungan daripada Arkib Negara Bangladesh yang mana mereka lebih berminat untuk mendalami projek pendigitilan bahan Arkib yang sedang dilaksanakan oleh ANM.
Berita Arkib Negara Malaysia
13
Adat Suku Ayer Kaki Atau Lingkongan No. Penerimaan : 1957/0451443 Nor ‘Atikah Safri
N
egeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang sinonim dengan adat seperti lembaga dan perpatih yang mengandungi 12 ‘suku’ di bawahnya. Suku-suku ini terdiri daripada Suku Tanah Datar, Suku Batu Hampar, Suku Selemak Pahang, Suku Selamak Menangkabau, Suku Mungka, Suku Payakumbuh, Suku Sari Malanggang, Suku Tiga Batu, Suku Biduanda, Suku Tigo Nenek, Suku Anak Acheh dan Suku Batu Balang. Mengikut adat perpatih, perkahwinan sesama suku atau ‘seperut’ adalah dilarang atau mereka akan hilang sesuatu hak sekiranya masih meneruskan perkahwinan tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua belas suku ini boleh dikahwini oleh orangorang besar seperti putera raja atau anak-anak putera atau pun lelaki/ perempuan daripada suku ayer kaki atau lingkongan. Apa yang difahami
daripada rekod ini, mana-mana anak putera/tunku besar yang berkahwin dengan lelaki/perempuan daripada 12 suku itu akan membentuk suku ayer kaki atau lingkongan yang berlembagakan orang ampat istana. Dalam tahun 1926, satu perbincangan telah diadakan di antara Pegawai Daerah Kuala Pilah dan Tunku Besar. Perbincangan tersebut adalah berkenaan peraturan-peraturan yang dirangka oleh pihak Tunku Besar bagi manamana suku ayer kaki atau lingkongan yang hendak ‘menyemenda’ (berkahwin) dengan mana-mana perempuan daripada mana-mana suku yang dua belas itu, hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Pakaian Tradisi Peranakan @ Baba-Nyonya No. Penerimaan : 2003/0008456, 2003/0008457, 2003/0008461 Nor ‘Atikah Safri
G
olongan Peranakan atau lebih dikenali dengan nama Baba dan Nyonya adalah hasil perkahwinan campuran orang Cina dan Melayu sejak kurun ke-15 lagi terutamanya di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Kebanyakan pendatang Cina pada masa itu berkahwin dengan orang-orang Melayu tempatan lalu mewujudkan tradisi dan cara hidup yang unik, termasuklah rekaan pakaiannya yang tersendiri dan mempunyai ciri-ciri klasik orang Melayu. Pakaian Baba lebih bercirikan kaum Cina di mana kebiasaannya mereka memakai samfoo yang agak longgar dan diperbuat daripada satin. Manakala rekaan pakaian Nyonya lebih mengutamakan ciri pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya labuh atau panjang dan dipadankan dengan batik sarung. Pakaian tradisi tersebut dilengkapi dengan pemakaian kerongsang sebagai aksesori. Kasut manik juga menjadi pelengkap kepada pakaian tradisi golongan ini. Kasut manik ini adalah hasil buatan tangan yang 14
Berita Arkib Negara Malaysia
memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit. Sumber : Koleksi Persendirian Tan Chin Phen
Tawarikh Raja-Raja Melayu No. Penerimaan : 1998/0006644 Mohd Nazri Baharudin
B
ahan manuskrip berbentuk carta salasilah ini yang bertarikh 21 Jun 1922 diperoleh daripada Koleksi Surat Persendirian Mohd. Yusof Haron, seorang bekas pendidik dan ahli budaya-sastera-sejarah. Salasilah ini disusun oleh Kapten H.M. Said, bekas Setiausaha Sulit kepada Sultan Johor. Ia mengandungi susur galur Kesultanan Melayu sejak zaman Sang Saperba Nila Utama (1133M) sehinggalah ke zaman Sultan Ismail, Sultan Johor (1960M). Ia juga merangkumi kerajaan di Singapura, Melaka, Johor, Perak, Johor-Lingga, Kampar, Siak, Terengganu, Pahang dan Kelantan. Sumber : Koleksi Persendirian Cikgu Mohd. Yusof Haron
*Paparan di sebelah adalah sebahagian daripada bahan asal
Tulisan Tangan Mubin Sheppard Mengenai Adat Berpuar No. Penerimaan: 2001/0026154 Mohd Nazri Baharudin
M
anuskrip yang ditulis oleh Mubin Sheppard pada tahun 1976 adalah catatan ringkas yang menceritakan tentang Adat Berpuar yang diamalkan di Negeri Sembilan. Adat ini lebih tertumpu kepada bidang pertanian. Bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, adat sebegini dikaitkan dengan kegiatan penanaman padi selain daripada buah-buahan dan tanaman kecil-kecilan yang lain. Untuk pengetahuan umum, Adat Berpuar ini adalah sejenis adat pemujaan ghaib kepada penjaga atau penunggu ataupun keramat di sesebuah tempat. Pemohon atau pemuja dikenal sebagai Tok Pawang. Upacara ritual yang dijalankan adalah mengikut kehendak dan perancangan Tok Pawang itu sendiri termasuk dalam memilih tarikh dan hari upacara “membaca doa”, dan juga dalam memilih “Hulubalang-hulubalang” sebagai pembantu beliau yang terdiri daripada suku-suku di kawasan tersebut. Kebiasaannya upacara ini dirancang sebulan sebelum atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum “Pesta Berpuar”. Setiap ahli keluarga yang hadir diminta untuk membawa makanan sendiri mengikut kemampuan dan ia mestilah dibungkus dengan sehelai sapu tangan. Pinggan yang digunakan haruslah berwarna putih dan ia dikumpulkan bersama serta diletakkan pada satu tempat yang dikhaskan. Adapun upacara ini kelihatan khurafat dengan bacaan jampi serapah, namun diselitkan juga ayat-ayat Al-Quran dan zikir kerana tujuan akhir adalah memohon kepada Allah s.w.t. semata. Semasa upacara diajalankan, hadirin tidak dibenarkan makan atau minum. Sesudah Tok Pawang membaca doa penutup, barulah mereka yang hadir dibenarkan untuk makan bekalan yang dibawa dan digalakkan bertukar-tukar makanan dengan orang lain. Selesai menjamu selera, pesta yang ditunggu oleh anak-anak muda ialah “mandi Safar” yang dilakukan disekitar jeram atau sungai yang
terdapat di kawasan upacara itu. Setelah selesai mandi, semua hadirin akan berkumpul semula di tempat pemujaan untuk bacaan doa. Tiga batang pokok puar digunakan, satu dibaling ke arah kanan, yang kedua dibaling ke arah kiri dan satu lagi akan menjadi tongkat Tok Pawang sepanjang perjalanan pulang. Ketika acara pulang, tetawak dan canang dipalu, juak-juak mengibarkan bendera atau ular-ular. Tok Pawang akan berjalan dengan diikuti orang ramai dan tidak seorang pun dibenarkan mendahului Tok Pawang sehinggalah masing-masing sampai ke rumah. Pantang larang selepas upacara yang dikenakan kepada penduduk ialah mereka dilarang bergaduh mahupun menumpahkan darah dan juga dilarang menganiaya binatang. Pesta ini dijalankan selama 2 minggu dan setiap hari dilakukan perkara yang sama dan setiap hari ada aktivitinya yang tersendiri dan penuh dengan permainan dan jamuan. Kini, adat ini jarang sekali diamalkan lagi semenjak kewujudan pelbagai teknologi moden. Namun di kawasan Rembau masih menjadi tumpuan pengkaji untuk terus menyelidiki adat ini. Sawah padi yang dahulunya menghijau kini terbiar kering kontang. Persoalannya, apakah ianya dapat dipulihkan menerusi Adat Berpuar ini? Wallahhu a’lam.. Berita Arkib Negara Malaysia
15
Kunjungan Hormat Ke Atas TYT YDP Pulau Pinang Hapiza Osman
TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas menerima cenderamata daripada Ketua Pengarah ANM, Puan Hajah Daresah Haji Ismail.
K
etua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM), YBhg Puan Hajah Daresah Haji Ismail telah mengadakan kunjungan hormat keatas Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 11 Jun 2012. Turut mengiringi Puan Hajah Daresah dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Encik Mohd Naseer Malim dan Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah ANM, Puan Hapiza Osman. Kunjungan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan di atas kesudian TYT untuk merasmikan Majlis Forum Forum Pemikiran 1Malaysia Dalam Filem Karya P.Ramlee, bertempat di
Pulau Pinang pada 5 Jun 2012. Di samping itu, kunjungan tersebut untuk memaklumkan peranan dan fungsi Arkib Negara Malaysia serta menyatakan hasrat Arkib Negara untuk mendapatkan bahan-bahan TYT sebagai koleksi surat persendirian untuk simpanan Jabatan. Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu cukup bermakna di mana banyak isu-isu dibincangkan terutama berkaitan sejarah Pulau Pinang. TYT merupakan seorang tokoh kenamaan negara yang sangat mesra dan menunjukkan minat yang begitu mendalam terhadap sejarah Negara dan begitu dekat dengan penulisan dan karya-karya ilmiah. Melalui pertemuan itu juga, TYT menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Arkib Negara bagi menubuhkan Galerinya di kediaman beliau. TYT juga sangat berminat terhadap penerbitan buku yang dihasilkan oleh Arkib Negara. Minat ini mungkin kerana beliau sendiri banyak terlibat dalam penulisan dan menghasilkan karya-karya yang baik. Satu perkara menarik yang sempat TYT kongsikan bersama, semasa sesi kunjungan hormat tersebut ialah, cerita di sebalik pemilihan tarikh keramat 31 Ogos 1957, tarikh kemerdekaan Negara kita. Menurut beliau, tarikh tersebut telah dipilih oleh tokoh negara, iaitu Tuan Sheikh Abdullah Fahim. Tarikh 31 Ogos 1957 dipilih kerana ia bersamaan tarikh hijrah iaitu 6 Safar 1377, juga bersempena dengan angka 31 iaitu 3 bangsa bersatu iaitu Melayu, India dan Cina untuk menolak 1,iaitu penjajah British pada masa tersebut. Di akhir kunjungan, beliau berpesan supaya Arkib Negara terus memainkan peranannya untuk menyediakan fakta sejarah yang sebenarnya agar sejarah Negara tidak terpesong dan di salah ertikan.
Mesyuarat Lembaga Penasihat ANM Ke-42 Nor Sham Irwandi Mat Yacob
Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Puan Hajah Nancy binti Haji Sukri. Antara ahli-ahli Lembaga Penasihat ANM yang turut hadir ke mesyuarat ini adalah Fellow Kehormat ISIS, YBhg. Tan Sri Ab. Kadir bin Mohamad; Profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris, YBhg. Prof. Datuk Dr. Zainal bin Kling; Profesor Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Teknologi MARA, Prof. Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali; Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom; Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah binti Haji Ismail serta Timbalan Pengarah Projek Unit ePerolehan, Kementerian Mesyuarat Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia Ke-42 yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Batang Kewangan Malaysia, Puan Noraini binti Abdul Sadong, YB Puan Hajah Nancy binti Haji Sukri Razak. Mesyuarat Ke-42 ini juga adalah yang pertama bagi semua Ahli Lembaga Penasihat selepas dilantik esyuarat Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia Kesemula sebagai Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia 42 telah diadakan pada 17 Mei 2012 bertempat di Bilik bagi penggal 2012-2013. Mesyuarat Utama, Wisma Warisan. Mesyuarat kali Ke-42
M
dan yang pertama bagi tahun 2012 ini telah dipengerusikan oleh
16
Berita Arkib Negara Malaysia
Kursus Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 ANM Nor Sham Irwandi Mat Yacob
P
ada 29 hingga 31 Mei 2012, Seksyen Dasar, Standard dan Pengurusan Kualiti telah menganjurkan Kursus Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak. Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), Encik Azemi Abdul Aziz, selaku Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Arkib Negara Malaysia. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Ketua Seksyen serta pegawai dari setiap seksyen yang terlibat dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di ANM telah dipilih bagi menyertai kursus tersebut. Objektif kursus adalah untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, memantau prestasi proses dengan berkesan melalui pemantauan pencapaian objektif kualiti serta mengenal pasti keperluan tindakan
Peserta kursus sedang mendengar ceramah daripada Encik Nik Shaher bin Nik Wan
pencegahan dan pelaksanaan tindakan pembetulan. Kursus selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh Encik Nik Shaher bin Nik Wan, pakar runding dari syarikat Baraka Resources.
Ceramah Paper Conservation Siti Sapinah Rahman
Para peserta ceramah Paper Conservation, Pengarah Bahagian Pengurusan Arkib, Puan Faridah Ishak dan Ketua Seksyen Pemuliharaan dan Reprografi, Encik S. Prabhakaran Nair (duduk 4 dan 5 dari kiri) bersama penceramah, Cik Mahshid Kakoei-Ezbarami (duduk 3 dari kiri)
S
eksyen Pemeliharaan dan Reprografi telah menganjurkan satu ceramah berkaitan ‘Paper Conservation’ pada 23 Mei 2012 di Auditorium Menara Warisan. Ceramah ini disampaikan oleh Cik Mahshid Kakouei-Ezbarami, Konservator dan Pensyarah dari Iran. Antara topik yang dibincangkan dalam taklimat ini ialah kaedah restorasi dan penjilidan yang diamalkan di Iran. Ia meliputi prinsip pembaikan bahan dan penekanan terhadap kepentingan pendokumentasian dalam kerja pemuliharaan bahan yang meliputi keperluan pengambilan gambar sebelum dan selepas pembaikan; bahan mentah dan kaedah restorasi yang digunakan. Peserta juga diperkenalkan dengan beberapa jenis bahan kimia yang digunakan dalam kerja pembersihan seperti Hidrogen Peroksida, Metanol, Asid Formik dan Asid Nitrik. Ceramah diteruskan dengan
kaedah pengenyahan asid yang menggunakan Calsium Hidroksida dan Barium Hidroksida berserta Metanol. Kaedah restorasi yang diamalkan di Iran agak berbeza dengan kaedah yang digunakan di Arkib Negara Malaysia. Di Iran, tisu diwarnakan dengan menggunakan pelbagai bahan seperti serbuk teh dan inai bagi menghasilkan tisu yang berpadanan dengan rekod yang perlu dibaiki. Konservator Iran tidak menggunakan kertas buatan tangan (Handmade Paper) dalam kerja pembaikan bahan. Hasil daripada ceramah ‘Paper Conservation’ ini, satu bengkel ‘Paper Conservation’ telah diadakan pada 18-19 Jun 2012 di Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi. Hasilnya, SPRG telah mengenal pasti beberapa kaedah yang boleh diadaptasikan dalam proses kerja sedia ada bagi tujuan penambahbaikan.
Berita Arkib Negara Malaysia
17
Kursus Asas Keselamatan dan Kursus English Proficiency Skills Diyana Akmal Mansor
Peserta kursus bergambar bersama Encik Phillip Leong (duduk, tengah).
A
rkib Negara Malaysia (ANM) melalui Unit Pembangunan Sumber Manusia (Latihan dan Kursus) telah menganjurkan Kursus Asas Keselamatan Untuk Pengawal Keselamatan Siri I pada 9 dan 10 April 2012 bertempat di Memorial Tun Abdul Razak dan Kursus English Proficiency Skills pada 28 hingga 30 Mei 2012 di Memorial Tun Hussien Onn. Kursus Asas Keselamatan Untuk Pengawal Keselamatan Siri I yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Ketua Pengawai Keselamatan Wilayah Kuala Lumpur telah disertai oleh 25 orang pengawal keselamatan ANM termasuk di Cawangan Negeri.
Kursus ini disampaikan oleh penceramah dari Pejabat Ketua Pengawai Keselamatan Wilayah Kuala Lumpur, Tuan Haji Zaini bin Haji Harun dan Encik Hashim bin Ismail. Kursus ini memberi penekanan kepada pengurusan keselamatan jabatan memandangkan ANM telah diwartakan sebagai kawasan larangan dan sebagai penyimpan khazanah negara yang bernilai yang memerlukan pengawasan rapi dan tatacara yang betul dalam mengawal keselamatan untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Manakala Kursus English Proficiency Skills dihadiri seramai 21 orang Pegawai Arkib, Penolong Pegawai Arkib dan Pegawai Penerangan dari Ibu Pejabat dan Cawangan. Kursus ini disampaikan oleh Encik Phillip Leong yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang pengurusan korporat dan keusahawanan. Pendekatan yang digunakan semasa kursus ini adalah aktiviti dalam kumpulan seperti penulisan dan komunikasi manakala pengucapan awam adalah secara individu. Pelbagai tip diberikan kepada peserta kursus untuk lebih memahami dan menguasai Bahasa Inggeris, antaranya tip dalam penulisan, pengucapan awam dan komunikasi. Dengan cara ini Bahasa Inggeris akan lebih mudah dipelajari dan difahami, di samping itu juga, penekanan kepada aspek tatabahasa juga dititikberatkan.
Senam Seni Arkib Negara Malaysia Nor Sham Irwandi
“G
Antara gerakan senaman yang dilakukan semasa Program Senam Seni di perkarangan tempat letak bas, ANM.
aya Hidup Sihat”, antara kempen yang selalu diuar-uarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi menyahut seruan kempen tersebut, Kelab Arkib Negara melalui Biro Sukan dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan program Senam Seni Arkib Negara Malaysia yang diadakan pada 28 Mei 2012 bertempat di perkarangan tempat letak bas, ANM. Seramai kira-kira 60 orang kakitangan telah bersama-sama menjayakan program Senam Seni ini yang telah diketuai oleh Encik Nor Shaifulnizam Ramli, Jurulatih Senam Seni
18
Berita Arkib Negara Malaysia
dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah ANM, Puan Hajah Daresah Haji Ismail; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), Encik Azemi Abdul Aziz; Pengarah-Pengarah Bahagian serta Ketua-Ketua Seksyen. Program in akan dijadikan program tetap ANM untuk memastikan warga Arkib Negara sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria. Sekaligus dapat melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif.
Arkib Sertai PBAKL 2012 Shahida Mohamad Salleh/Mohamad Shahriman Sahar/Afzainizam Abdul Rahman
Jualan terbitan Arkib Negara di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
A
rkib Negara Malaysia telah dijemput mengadakan jualan buku dan program pengisian iaitu pameran dan demonstrasi awet dan jilid di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012) yang diadakan pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pesta buku anjuran Majlis Buku Kebangsaan ini dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sebagai mewakili Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Fuad Zarkasi.
Jualan buku telah diadakan di Bilik Perlis melalui Seksyen Penerbitan dan Percetakan serta telah menarik perhatian ramai pengunjung dan pembeli memandangkan pelbagai diskaun yang menarik diberikan sepanjang PBAKL 2011 tersebut. Antara buku yang laris dijual ialah Umpama Sebuah Bahtera, Sepanjang Riwayatku, Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Poskad Negeri-negeri Selat. Kebanyakan pembeli terdiri dari pembekalpembekal buku, kakitangan kerajaan dan swasta dari kumpulan profesional serta pesara-pesara kerajaan. Bagi program pengisian yang lain, pameran yang bertajuk Permata Pusaka Negara telah diadakan di Bilik Melaka oleh Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan bersama–sama dengan demonstrasi awet dan jilid oleh Seksyen Pemuliharaan dan Reprografi. Pameran yang diadakan bertujuan mengenengahkan koleksi bahan-bahan arkib eksklusif yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara bagi menarik minat para pengunjung melakukan penyelidikan di Arkib Negara dan menanamkan semangat cintakan khazanah warisannya. Bagi Demonstrasi Awet dan Jilid, teknik-teknik asas dan pemuliharaan yang dijalankan di Arkib Negara telah diperkenalkan kepada para pengunjung. Semasa demonstrasi ini, para pengunjung telah diberi tunjuk ajar berkaitan dengan teknik-teknik jahitan, penjagaan buku yang betul, penerangan pemuliharaan (awetan) dan pengenalan peralatan pemeliharaan. Para pengunjung juga diberi peluang untuk mencuba sendiri bagaimana menjahit buku sebagai cenderamata kenang-kenangan untuk dibawa pulang.
Demonstrasi Awet dan Jilid serta pameran adalah aktiviti-aktiviti ANM yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
Info Buku
Sebutir Permata Di atas Takhta Siti Kamaliah Madil
Sinopsis
Buku ini mengandungi sejarah penting dalam kehidupan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah selama 25 tahun memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda merupakan Sultan Perak yang ke-34 dan mempunyai pertalian salasilah daripada Kesultanan Melayu Melaka. Tahun Diterbitkan : 2009 • Harga : RM150.00
• ISBN : 978 – 967 – 61 – 2293 - 3
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku ini dan lain-lain terbitan Arkib Negara Malaysia, sila layari www.arkib.gov.my atau hubungi Seksyen Penerbitan dan Percetakan Kuala Lumpur. Tel 03-62090693/ 62090694 Berita Arkib Negara Malaysia
19
Seminar ‘Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam’ Azizah Sapuan/Zam Zarina Ishak
Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan (tengah), Ketua Setiausaha KPKK YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf (kiri), Ketua Pengarah ANM, Puan Hajah Daresah Haji Ismail (kanan) di majlis perasmian seminar.
A
rkib Negara Malaysia (ANM) telah menganjurkan Seminar ‘Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam – Ke Arah Penerapan Budaya Kerja Persekitaran Elektronik’ pada 1821 Jun 2012 sebagai usaha melaksanakan fungsi asasnya sebagai peneraju pengurusan rekod di sektor awam. Seminar ini bertujuan meningkatkan pengetahuan penjawat awam mengenai kepentingan kawalan rekod secara sistematik dari peringkat pewujudan sehingga pelupusan seperti yang digariskan dalam piawaian pengurusan rekod antarabangsa yang diadaptasi menjadi Standard Malaysia seperti MS 2223 dan MS ISO 16175. Ia juga bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan rekod elektronik selaras dengan hasrat kerajaan melaksanakan Kerajaan Tanpa Kertas (Paperless Government). Melalui projek pengurusan rekod elektronik Digital Document Management System (DDMS) di bawah Entry Points Projects, Program Transformasi Ekonomi, sektor awam perlu bersedia dengan budaya kerja persekitaran elektronik. Penyediaan prasyarat iaitu Klasifikasi Fail dan Jadual Pelupusan Rekod bagi pelaksanaan projek DDMS juga turut diberi penekanan. Seminar yang diadakan 2 peringkat ini dilaksanakan di 2 lokasi berbeza. Peringkat pertama diadakan pada 18-19 Jun 2012 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan telah dihadiri oleh penjawat awam dari pelbagai kementerian dan agensi serta syarikat perusahaan kerajaan (GLC). Seminar ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan yang turut melancarkan aplikasi e-Pelupusan dan menerima Pelan Strategik Transformasi Pegawai Arkib. Aplikasi e-Pelupusan merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh
ANM untuk memberi kemudahan kepada sektor awam dalam melaksanakan proses pelupusan rekod secara dalam talian. Manakala Pelan Strategik Transformasi Pegawai Arkib pula adalah tanda komited dan tanggungjawab Pegawai Arkib sebagai penjawat awam. Peringkat kedua seminar pada 20-21 Jun 2012 di Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara, ANM dihadiri oleh pegawai-pegawai ANM, pensyarah universiti dan syarikat swasta yang terlibat dalam pengurusan rekod. Di keduadua peringkat seminar ini, para peserta berpeluang berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengurusan rekod elektronik dan standard-standard pengurusan rekod seperti ISO 15489 (MS 2223), ISO 30300 dan MS ISO 16175 maklumat melalui pakar rujuk yang dijemput khas dari Australia iaitu Ms. Judith Ellis dari Enterprise Knowledge Pty Ltd dan Ms. Georgina Grey dari National Archives of Australia. Selain dari itu beberapa penceramah dari Arkib Negara Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia juga dijemput menyampaikan taklimat mengenai Akta Arkib Negara, Projek DDMS dan pra-syarat pelaksanaan ERMS, pewujudan jawatan kader Pegawai Arkib dan pelupusan rekod awam. Turut diadakan ialah Klinik Konsultansi Pengurusan Rekod yang membolehkan penjawat awam mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pengurusan rekod awam, pameran dan jualan buku ANM, pameran produk-produk pembekal pengurusan rekod dan penjualan standard pengurusan rekod oleh SIRIM.
Ketua Pengarah ANM, Puan Hajah Daresah Ismail menyampaikan cenderamata kepada Ketua Setiusaha Negara YBhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan.
Klinik konsultansi antara aktiviti yang diadakan semasa Seminar ‘Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam .
20
Berita Arkib Negara Malaysia