Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D.
Jawab ... Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 4. 18.
SJK(C) PEI HWA BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 5 PENILAIAN 3 Nama:_________________
Markah : ________________%
Kelas : 5 (
Tarikh
)
:(
).8.2013
T/tangan Ibu Bapa: ________________
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1-20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai 1. “Sila datang ke hadapan apabila nama______________ dipanggil,’’ kata Cikgu Hasnah kepada pelajar-pelajarnya. A. saya B. kamu C. beliau D. mereka Soalan 2 berdasarkan gambar
2. Puan Shanti sedang ________________ kelapa di dapur rumahnya. A. meramas B. memusing C. memarut D. memungut 3. Encik Kanang __________________ penyakit kencing manis. A. menghidapi B. dihidapi C. hidapan D. penghidapi 4. ________________orang askar telah terkorban dalam peperangan itu. A. Pelbagai B. Kedua C. Beratus-ratus D. Berbagai-bagai
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 1
5. Sempena hari lahir Ali yang ______________, keluarganya telah mengadakan sambutan secara besar-besaran. A. kedua belas B. dua belas C. kedua-dua D. dua 6. Proton Saga _____________kereta buatan Malaysia yang pertama. A. untuk B. ialah C. adalah D. dengan 7. Bersenam _______________ baik untuk kesihatan. A. yang B. iaitu C. ialah D. adalah 8. Warna rumah saya ____________biru tetapi kuning. A. ialah B. tidak C. bukan D. adalah Soalan 9 berdasarkan gambar
9. Lingam berasa _________________ melihat ibunya terlantar di hospital. A. kecewa B. lalai C. rela D. pilu 10. Kami memperoleh banyak manfaat _______________ ceramah tersebut. A. dari B. dengan C. daripada D. terhadap 11. Semua penduduk perlu menunggu ______________ banjir surut sebelum dibenarkan pulang ke rumah. A. sejak B. hingga C. daripada D. seperti 12. Lee Teng bekerja secara sambilan ________________menunggu keputusan peperiksaannya diumumkan. A. walaupun B. sementara C. supaya D. untuk
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 2
Soalan 13 dan 14 berdasarkan gambar.
13. Kakak Hafizah meletakkan se____________ oren di tepi gelas berisi jus oren itu sebagai hiasan. A. hiris B. ulas C. biji D. ketul
14. Mak Norisa memasukkan se_______________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. A. potong B. genggam C. keping D. cubit 15. Pasangan suami isteri itu sering _________________ walaupun disebabkan oleh perkara yang remeh-temeh. A. lidah bercabang B. bertikam lidah C. berpeluk tubuh D. berpaling tadah 16. Ayuni menjadi _______________ apabila melangkah masuk ke dalam sebuah butik yang dipenuhi dengan pakaian fesyen terbaharu. A. rambang mata B. buruk siku C. halwa telinga D. hilang akal Soalan 17 berdasarkan gambar.
17. Maniam merupakan __________________ dalam keluarganya. A. mata duitan B. anak emas C. buruk siku D. buta huruf
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 3
18. Hock Leng tidak tentu arah _________________ apabila mendapati dompetnya hilang. A. bagai telur di hujung tanduk B. seperti rusa masuk kampung C. bagai kucing kehilangan anak D. bagai mencurah air di daun keladi 19. Tasnim hanya mengikut sahaja kemahuan orang lain tanpa membantah seperti____________________. A. melepaskan batuk di tangga B. layang-layang putus tali C. rusa masuk kampung D. kerbau dicucuk hidung Soalan 20 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 20. Kurun kedua puluh satu merupakan zaman kecemerlangan sains dan teknologi. A. Zaman B. Abad C. Ketika D. Tahun Soalan 21 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 21. “Kami bercadang untuk mendirikan sebuah surau di kawasan ini,” kata Ali kepada wakil rakyat. A. merobohkan B. membaik pulih C. menambahkan D. mencadangkan Soalan 22 – 24 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22. l. Hati Mak Kamsiah hancur apabila mendapati anaknya terlibat dalam kes jenayah. ll. Biskut-biskut di dalam bekas itu hancur apabila terhempas ke lantai. lll. Kulit bayi itu sungguh hancur. lV. Tandas yang lama tidak dicuci itu berbau hancur. A. I dan ll B. I,ll dan lll C. l,ll dan lV D. ll,lll dan lV 23. l. Faud menutup bekas itu dengan rapat. ll. Wai Mun amat rapat dengan Jeyanti. lll. Kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api semakin marak. lV. Adik duduk rapat ke dinding. A. l sahaja B. lV sahaja C. ll dan lll sahaja D. l,ll,lll dan lV
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 4
24. l. Budak-budak sedang menjala ikan di sungai yang cetek itu. ll. Novel karangan penulis terkenal itu sudah siap cetek. lll. Murid-murid dinasihati agar banyak membaca supaya tidak cetek pengetahuan. lV. Abibah seorang budak yang cetek. A. l dan lll B. l,ll dan lll C. ll dan lV D. I,lll dan lV Soalan 25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 25. Bilakah Yi Ling mendapat angpau daripada bapanya? A. Yi Ling mendapat angpau daripada bapanya kerana Tahun Baharu Cina. B. Yi Ling berasa gembira apabila mendapat angpau daripada bapanya. C. Yi Ling mendapat angpau daripada bapanya pada Tahun Baharu Cina. D. Yi Ling mengucapkan terima kasih apabila mendapat angpau daripada bapanya. Soalan 26 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 26. Pesta Menuai disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. A. Bilakah Pesta Menuai disambut? B. Siapakah yang menyambut Pesta Menuai? C. Berapa harikah Pesta Menuai disambut? D. Bagaimanakah Pesta Menuai disambut? Soalan 27 dan 28 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 27. “Amboi,berseri-seri sungguh pengantin kita hari ini!” usik Mak Jah kepada Alia. A. Alia memuji kecantikan Mak Jah menjadi pengantin. B. Mak Jah memuji kecantikan Alia menjadi pengantin. C. Mak Jah dipuji oleh Alia atas kecantikannya sebagai pengantin. D. Alia memuji kerana menjadi pengantin yang berseri-seri oleh Mak Jah. 28. Cikgu Chong meminta murid-muridnya beratur sebelum masuk ke perpustakaan. A. “Murid-murid diminta beratur sebelum masuk ke perpustakaan dahulu,” kata Cikgu Chong. B. “Cikgu minta murid-murid jangan lupa beratur sebelum masuk ke perpustakaan,” kata Cikgu Chong. C. “Murid-murid,sila beratur sebelum masuk ke perpustakaan,” kata Cikgu Chong. D. “Cikgu,murid-murid mesti beratur sebelum masuk ke perpustakaan,” kata Cikgu Chong.
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 5
Soalan 29 - 30 Pilih ayat yang betul. 29. l. Aduh,kasihannya anak kucing itu! ll. Aduhai,sakitnya perut saya setelah makan nasi lemak itu! lll. Wahai adikku,belajarlah bersungguh-sungguh! lV. Oh, rupa-rupanya kamu yang berdiri di belakang saya! A. I dan ll B. ll dan lll C. lll dan lV D. ll,lll dan lV 30. l. Saya tidak kenal jiran awak. ll. Murid itu datang ke sekolah hingga demam. lll. Wanita tua itu akan dihantar ke rumah orang tua. lV. Johan bermain bola sepak dan kawan-kawannya di padang. A. l dan lll B. ll dan lll C. I dan ll D. IV sahaja
Soalan 31- 35 Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dahulu,permainan sepak takraw dikenal sebagai sepak raga. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,semua peringkat golongan rakyat menggemari permainan ini. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad,putera Sultan Mansor Shah yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Dalam permainan sepak raga,beberapa orang pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Salah satu pemain akan melambungkan bola kepada rakannya dengan tangan. Kemudian,rakannya itu akan menimang bola dengan kakinya sekali atau beberapa kali sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Permainan ini memerlukan ketangkasan fizikal dan ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan akan dianggap menang. Pada masa kini,sepak raga tidak lagi dimainkan. Sebaliknya telah ditukar 31. dengan Berapakah bilangan pemain dalam setiap pasukan sepak takraw? sepak takraw. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga orang pemain. Tekong bahagian belakang gelanggang. A. Dua melakukan sepak mula dan mengawal B. Tiga Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian C. Lima D. Enam hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. 32. Sepak takraw juga dikenal sebagai_____________. A. sepak bola B. bola raga C. sepak raga D. olahraga
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 6
33. Siapakah yang menendang bola raga sehingga tertanggal tanjak Raja Muhammad? A. Sultan Melaka B. Sultan Mansor C. Raja Muhammad D. Tun Besar 34. Pernyataan yang berikut benar tentang permainan sepak raga kecuali A. permainan ini memerlukan ketangkasan fizikal B. permainan ini memerlukan beberapa orang pemain C. permainan ini memerlukan ketajaman mata D. permainan ini memerlukan kaki yang panjang 35. Perkataan menggemari dalam petikan bermaksud A. membenci B. menyukai C. mempermain D. mementingkan
Soalan 36 – 40 Baca dialog di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jenny Choo : Selamat pagi,puan. Penjual tiket : Selamat pagi.Boleh saya bantu,cik? Jenny Choo : Puan,tiket perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 20 Januari 2012 masih ada? Penjual tiket : Ya,masih ada kerana pihak kami menyediakan penerbangan tambahan sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini. Cik mahu perjalanan pada waktu pagi atau malam? Jenny Choo : Saya mahu penerbangan waktu malam. Penjual tiket : Berapakah bilangan tiket yang mahu ditempah oleh cik? Jenny Choo : Saya mahu dua tiket bagi dewasa dan satu tiket warga emas. Penjual tiket : Baiklah,cik. Satu tiket dewasa berharga RM135. Ini tiketnya. Bayarannya ialah RM350. Jenny Choo : Ini wangnya,puan. Penjual tiket : Cik perlu berada di sini sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu Penerbangan.Sekiranya berlaku perubahan waktu penerbangan,cik boleh melayari internet untuk menyemaknya. Cik dapat menyemak jika berlaku perubahan waktu penerbangan 24 jam sebelum waktu berlepas. Jenny Choo : Baiklah,terima kasih kerana memaklumkan kepada saya tentang hal ini. Penjual tiket : Sama-sama.Selamat menggunakan perkhidmatan kami. Jenny Choo : Terima kasih.
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 7
36. Jenny Choo pulang ke Pulau Pinang menaiki A. bas B . feri C. kereta api D. kapal terbang 37. Berapakah harga tiket bagi seorang warga emas? A. RM 70 B . RM 80 C. RM 100 D. RM 145 38. Bagaimanakah caranya untuk Jenny menyemak perubahan waktu penerbangan? A. menyemak di kaunter tiket B . menyemak menggunakan internet C. menyemak pada tiket penerbangan D. menyemak pada hari penerbangan berlepas 39. Jika waktu penerbangan Jenny pada pukul 8.00 malam,Jenny perlu berada di situ sekurang-kurangnya pada pukul A. 0715 B . 1715 C. 1915 D. 2015 40. Perkataan waktu dalam petikan bermaksud A. kira B . lepas C. tebus D. masa
Disediakan oleh : Han Chien Hui Disemak oleh : Jong Lee Foon
Han Chien Hui/Bahasa Melayu K1/Tahun 5/Ogos/Muka surat 8