Skim Latihan Kemahiran Menjahit Untuk Industri - Matac Malaysia

51 downloads 251 Views 3MB Size Report
“Skim latihan ini membuka ruang untuk saya mendalami bidang jahitan”. Pelatih- pelatih Batch 1 & Batch 2. Testimoni. Untuk pendaftaran, sila hubungi:.
Testimoni “Saya memulakan kareer sebagai penjahit mahir untuk salah sebuah syarikat pengeluar jenama Nike. Selang beberapa tahun, saya telah dinaikkan pangkat dan sebelum saya bersara, saya telah menjawat pangkat Penolong Pengurus di syarikat tersebut”. Madam Chong “MATAC telah melatih saya menjadi seorang penjahit mahir. Skim ini membantu saya mempelajari pelbagai jenis mesin”. “MATAC adalah garis panduan saya mengenali mesin dan boleh menjahit”. “Kami dapat mengenali pelbagai jenis mesin jahit. Walaupun saya tidak mempunyai kemahiran dalam bidang menjahit, saya sangat berpuas hati kerana mendapat kemahiran dan pekerjaan dalam bidang ini”.

www.matac.com.my

Pejabat Urusan: C-9-4, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Tel : 03-2162 1454 Fax : 03 – 2162 5148

“Skim latihan ini membuka ruang untuk saya mendalami bidang jahitan”. Pelatih-pelatih Batch 1 & Batch 2 Untuk pendaftaran, sila hubungi: Ms Regina : 010 – 207 5175 atau [email protected] Ms Emeil Yee : 016 – 391 9069 atau [email protected] Pejabat Cawangan Batu Pahat 34, Jalan Persiaran Flora Utama, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor Tel/Fax: 07 – 434 1363

Pejabat Urusan C-9-4, Megan Avenue 1, No. 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2162 1454 / 1587 / 1879 Fax: 03 - 2162 5148

www.facebook.com/matac.malaysia www.matac.com.my

Skim Latihan Kemahiran Menjahit Untuk Industri Skim Latihan dan Penempatan Pekerjaan Skim Latihan Bersama PSMB dan MATAC Jangan Ketinggalan! Dapatkan, Tingkatkan dan Pelbagaikan Kemahiran Anda!

Jangan Ketinggalan! Dapatkan, Tingkatkan dan Pelbagaikan Kemahiran Anda!

SKIM LATIHAN KEMAHIRAN MENJAHIT UNTUK INDUSTRI Soalan - Soalan Lazim Adakah skim ini sesuai untuk anda? Skim ini sesuai untuk lepasan sekolah rendah/menengah dan kepada mereka yang berminat dalam bidang menjahit. Objektif skim ini adalah untuk melahirkan pengendali mesin jahit mahir untuk industri pembuat pakaian. Di bawah skim ini, calon-calon akan dilatih untuk mencapai kemahiran yang diperlukan untuk menjahit pelbagai operasi untuk mendapatkan sehelai pakaian yang lengkap contohnya jeans, gaun, kemeja dan sebagainya.

Berapakah yuran yang dikenakan? Yuran dan elaun latihan untuk skim ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui Tabung Khas Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Adakah elaun bulanan diberi? Pelatih yang menyertai skim ini akan menerima elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan. Elaun bulanan ini diberi kepada pelatih sebagai elaun sara hidup iaitu untuk perbelanjaan makan dan sewa rumah sepanjang tempoh latihan. Manual latihan dan peralatan pembelajaran sepanjang tempoh latihan diberikan secara percuma oleh MATAC.

Berapa lamakah tempoh latihan untuk skim ini? Pelatih akan menjalani kursus selama 3 bulan.

Adakah Sijil MATAC diiktiraf? Pelatih-pelatih skim ini akan dianugerahkan sijil PSMB dan MATAC. Mereka juga akan menduduki ujian penilaian Asean Common Competency Programme yang dikeluarkan oleh AFTEX (Persekutuan Industri-Industri Textile ASEAN). Jangan Ketinggalan! Dapatkan, Tingkatkan dan Pelbagaikan Kemahiran Anda!

Apakah peluang kerja selepas tamat latihan ini? Selepas menamatkan latihan, pelatih-pelatih akan diambil untuk bekerja oleh industri. Penempatan pekerjaan selepas latihan adalah terjamin.

Adakah penginapan disediakan? MATAC tidak menyediakan kemudahan penginapan, namun pihak MATAC membantu pelatih mencari/menempatkan pelatih di rumah sewa yang berdekatan dengan tempat latihan. Tempat penginapan berasingan untuk pelatih lelaki dan perempuan. Sewa rumah setiap bulan adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM60 seorang. Pembayaran sewa boleh dibuat setelah pelatih menerima elaun bulanan mereka.

Adakah perlindungan insurans disediakan? MATAC menyediakan perlindungan insurans untuk pelatih sepanjang tempoh latihan.

Di manakah Pusat Latihan untuk skim ini? Terdapat tiga pusat latihan untuk skim ini iaitu: (1) Pusat Latihan Batu Pahat, Johor (2) Pusat Latihan Matac Satelit Kulai, Johor (3) Pusat Latihan MATAC Satelit Melaka

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mengesahkan kesahihan maklumat skim MATAC? Anda boleh menghubungi Bahagian Perantisan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad di talian 03-2096 4800.